Ahad, 1 Mei 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Jawapan Syeikh Qaradawi Isu wahabi

Posted: 01 May 2011 06:38 PM PDT

Soal Jawab Agama

Dr Yusuf al-Qaradawi mengulas tentang puak ini dengan katanya: "Semenjak beberapa tahun yang lalu aku ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lebanon, ia menimbulkan masalah kepada umat Islam di sana dengan pandapat-pendapat yang pelik, menyelewe…ng dan pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fekah dan akhlak…dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dalam kalangan umat Islam hari ini atau yang terdahulu. 

Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti tokoh tajdid tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Demikian juga mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-'Allamah al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya… 

Golongan Ahbash yang pelampau dan menyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abu al-Hasan al-'Asy'ariy segi aqidah, mazhab al-Imam al-Syafi'i segi Fekah, dan mengikut Tarikat al-Rifa'iyyah dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka amat jauh dari manhaj kesemua para imam itu samada dalam pemikiran, adab dan akhlak.. 

Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lebanon, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah (Ethopia) berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belahkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Dr Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Muasarah 3/685-686, Dar al-Qalam).
 
http://www.mohamadazhar.com/2011/04/27/wahhabipolitik-lucahvideo-seksliwat-memeningkan-rakyat



Cari N3 lama-lama disini

Gambar Aweks Aku Ke Ni? ,hehehe...

Posted: 01 May 2011 04:02 AM PDT

Santai

Tadi saya terbaca dalam email ada seorang pengguna FB yang bagitahu saya kononnya dia sudah tag dan bagi komen gambar saya kat FB.
Inilah rupanya gambar saya kat FB dengan nama "ijok2009"
nickname aku ijoks ada "s"


Tergelak sesorang bila baca email tadi,
terdetik dalam hati,bila masa pulak aku jadi pompuan,aku lelaki lah hahaha..

kalau nak kata bini aku,Bila masa aku berbini?

Aweks akupun bukan laa.. Tak tahulah gambar siapa tu..

Korang jangan pandai-pandai nak gosip mengosip pulak.nanti merajuk pulak ehem-ehem aku tu,susah mau pujuk maa..

Untuk pengetahuan pembaca dengan ini saya pemilik blog "Kami Sokong Tokguru" dengan domain name " 
 http://ijoks2009.blogspot.com yang menggunakan nikname "ijoks2009" tidak pernah ada akaun FB ,Tweeter atau seumpama dengannya yang ada hanyalah akaun blog ini dan akaun youtube sahaja.YM ada dengan nickname matbee2009(tapi jarang-jarang online)
Jika ada sebarang urusan surat menyurat sila emailkan ke sini melayumuslim@gmail.com



Cari N3 lama-lama disini

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Plat Kereta Sultan Kelantan: Muhammad ke-V

Posted: 25 Apr 2011 05:43 AM PDT



Sekali pandang tak ada apa pun yang pelik dan 'special' gambar diatas ini. Gambar ialah Kenderaan rasmi KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Diambil semasa baginda merasmikan Sambutan Jubli Emas Pondok Pasir Tumboh pada hari Jumaat 22 April 2011.

Yang menarik nya ialah 'plate number' kereta tersebut. Plate tersebut ditulis dalam bentuk tulisan jawi.

Untuk makluman, tulisan jawi dikeluarkan dari pembelajaran sekolah kebangsaan pada 1969 oleh Menteri Pelajaran masa itu Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Aku darjah 3 masa tu. Lama kelamaan tulisan jawi semakin terpinggir sehingga beberapa tahun lepas, akhbar Utusan Melayu(jawi) pun lingkup. Penerbitan terakhir nya pada januari 2006. Masa tu bukan main lagi juak juak UMNO menjadi juara untuk membela tulisan jawi konon nya. Jenis dasar penipu, lama lama senyap.

Satu satu nya negeri yang masih cuba mendaulatkan tulisan jawi hanya lah Kelantan. Bukan setakat cakap tapi diiringi dengan pelaksanaan apabila Sultan Kelantan sendiri menggunakan tulisan jawi pada kereta baginda.

Sekian.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Hadkan penjualan nasi lemak disekolah: NASI LEMAK MAKANAN TERBAIK UNTUK BADAN..!

Posted: 21 Apr 2011 11:58 PM PDT


KUALA LUMPUT 21 April - Garis panduan makanan sihat di sekolah yang dikemaskini dengan memberi tumpuan kepada beberapa perkara baru termasuk kekerapan sesuatu makanan itu dijual, dijangka diedarkan bulan depan untuk dilaksanakan di kantin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pematuhan garis panduan terbaru itu dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka seperti berat badan berlebihan.

"Kalau dulu kita hanya katakan (makanan dalam) senarai ini boleh dijual di sekolah tapi (dalam garis panduan yang dikemaskini), kita kata kena ada kekerapan (yang perlu diikuti), contoh nasi lemak, berapa kali boleh dijual seminggu…mee goreng, berapa kali boleh dijual di sekolah.

"Itu semua kita akan beri garis panduan yang teliti. Bukan garis panduan secara orang kata am…bahawa terpulang kepada kantin sekolah membuatnya. Oleh itu banyak kantin sekolah tidak menjual makanan yang betul," katanya. - www.selangorkini

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa tiba-tiba heboh pasal nasi lemak punca kanak-kanak gemuk? Menteripun cepat-cepat bagi komen pasal obesiti ini. Adakah mereka gemuk kerana makan nasi lemakkah? Hal sekecil ini betul-betul menggelikan hati!

Apa tidaknya? Hal sekecil ini tiba-tiba mendapat liputan meluas dengan pelbagai pakar dari pelbagai institusi turut terpanggil dengan masalah GEMUK!

NASI LEMAK mengandungi 5 bahan utama yang diperlukan badan! Sains mengakuinya factor ini. Nasi lemak mengandungi;
1. Karbohidrat
2. Protein
3. Vitamin
4. lemak
5. garam galian

Budak tahun 5 pun dah didedahkan perkara ini. Kenapa VVIP di Malaysia tiba-tiba risau pasal NASI LEMAK sampai ada menteri yang melawat kantin-kantin sekolah.

Yang membuat rakyat Malaysia GEMUK bukan NASI LEMAK! Tetapi makanan moden!

KFC, MARY BROWN, SUGARBUN, McDONALD, FIZZA, AISKRIM, SOSEJ, HOTDOG, ROTI JOHN, dan beratus-ratus jenis lagi…!

Kenapa pula menteri-menteri tidak memantau semua premis makanan moden ini?

Very doubtful!

Semua menteri yang ada pada hari ini tidak gemukpun! Walaupun dari kecil mereka menjamah nasi lemak! Saya 100% yakin tidak seorangpun menteri hari ini 'Lahir sahaja terus makan KFC dan semua makanan moden di atas!' Itu belum termasuk makanan hebat-hebat di hotel-hotel!

Tolonglah jangan perbesarkan perkara sekecil ini! Kesian makcik-makcik yang baru sahaja cuba menambah pendapatan secara kecil-kecilan dengan berjual nasi lemak. Rezeki tidak seberapa inipun kita nak sekat! Kita bukan hidup di zaman Firaun!

Please Mssrs….jangan mudah melatah!

oleh Om Tomato

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Lisa Surihani kalahkan Najib di Twitter

Posted: 01 May 2011 09:45 PM PDT

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengungguli carta pengikut atau follower paling ramai di kalangan Ahli Parlimen Malaysia di laman Twitter dengan mempunyai 113,905 followers diikuti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (58,078 followers) dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di tempat ketiga (37,340 followers).

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan memiliki lebih ramai peminat berbanding Anwar Ahli Parlimen Permatang Pauh) dan Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau.

Menurut laman blog http://nobisha.blogspot.com, tujuh twitter lain yang menduduki senarai 10 twitter Ahli Parlimen paling popular ialah Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dengan 28,845 followers, Datuk Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun) dengan 23,418 followers, Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dengan 19,684 followers, Azmin Ali (PKR-Gombak) dengan 18,248 followers.

Selain itu ialah, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara, 16,515 followers), Tian Chua (PKR-Batu, 15,679 followers) dan Lim Guan Eng (DAP-Bagan, 15,016 followers) yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sehingga 27 April lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menguasai 10 Tangga Teratas Ahli Parlimen di laman sosial berkenaan dengan empat Ahli Parlimen (Anwar, Nurul Izzah, Azmin dan Tian Chua), manakala Umno diwakili Najib, Khairy dan Mukhriz sementara DAP (Tony Pua, Lim dan anaknya, Guan Eng).

Bloger berkenaan berkata, Ahli-Ahli Parlimen PAS, MCA, Gerakan dan MIC serta parti-parti politik lain tidak mampu mencapai kedudukan 10 tangga teratas.

Namun, menurut statistik itu, Presiden Parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim mempunyai 18,779 followers manakala Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memiliki 5,707 followers.

"Sekadar perbandingan, artis Lisa Surihani mempunyai 119,338 followers di Twitter!" kata blog itu lagi.

Najib macam ketam ... hahaha

Posted: 01 May 2011 09:05 PM PDT

Najib macam ketam minta PAS berpisah dengan DAP
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Mei: PAS menganggap cadangan Datuk Seri Najib Razak supaya PAS berpisah dengan DAP seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana parti ini tidak sehaluan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad  berkata, Najib perlu menyelesaikan masalah dalaman BN dahulu.

"Jangan cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponen BN mengenai isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA.

"Apa sudah jadi slogan 1Malaysia tiba-tiba lahir pula gagasan 1Melayu 1Bumi, seolah-olah Umno menduakan suami," ujarnya.

Beliau mengulas alasan Najib bahawa PAS perlu jauh dengan DAP kerana PAS bekerja, yang menang ialah DAP dan PAS perlu berpisah dengan DAP kerana PAS tidak boleh melaksanakan agenda Islam.

"PAS hendak bertanya sejak bila pula Umno iktiraf PAS sebagai sebuah parti Islam," ujarnya.

Katanya, dengan kenyataan Najib sahlah teori yang mengatakan Umno akan bercakap Islam dan Melayu ketika orang Melayu menolak Umno.

"Ketika rakyat tolak Umno, baru mereka sedar, PAS parti orang Melayu. Selama ini merekalah membunuh kontraktor dan ahli perniagaan PAS, berapa ramai aktivis PAS diletakkan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya lagi.

Tambahnya, terbaru mereka menukar Cikgu Maaruf Mutalib, suami Cikgu Normala bekas calon PAS di Tenang.

"Siapa punya angkara?" soalnya.

Menuutnya, sekarang apabila lemas kerana pelampong Umno, iaitu pengundi bukan Melayu sudah meninggal mereka, baru mereka teringat kepada PAS.

PAS, ujarnya hendak mengingatkan Najib bahawa PAS membayar harga begitu mahal untuk berada bersama Pakatan Rakyat.

Katanya, kejayaan PAS yang menjinakkan orang bukan Islam kepada Islam satu imbuhan yang cukup berharga.

"Hendak harap kepada Umno memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam di negara ini amat jauh sekali," ujarnya.

Malahan, menurutnya merekalah yang meliarkan orang bukan Islam dengan Islam.

Tambahnya, sikap hipokrit mereka dengan berjumpa pengundi bukan Islam supaya menjauhkan dengan PAS kerana mereka hendak melaksanakan agenda Islam, apabila berjumpa pengundi Islam mereka mendakwa PAS sudah tidak bercakap Islam kerana takut kepada DAP.

TERKINI - Osama bin Laden meninggal dunia

Posted: 01 May 2011 08:23 PM PDT

Musuh nombor satu Amerika Syarikat, Osama Laden meninggal dunia dan pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat tidak berapa lama lagi oleh Presiden Barack Obama.

Wartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, tidak dapat disahkan bahawa allahyarham dibunuh di Afghanistan atau Pakistan.

[Berita penuh menyusul)

STONE : Al Fatihah

Jumaat 6 Mei - Masjid Negara - 'Hari Marah' - Diminta semua turun

Posted: 01 May 2011 08:09 PM PDT

Bertempat di Masid Negara tanggal 6 Mei ini bakal mengukir satu lagi sejarah negara Malaysia moden apabila menjadi medan himpunan rakyat menunjuk rasa pada Hari Amarah Rakyat Malaysia.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, 6 Mei ini yang jatuh pada Jumaat menyaksikan himpunan besar-besaran dari semua kalangan rakyat yang mempunyai perasaan marah dan tidak puas dalam banyak perkara.

"Paling kemuncak dalam isu fitnah video seks melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh salah seorang terlibat, Eskay Abdullah yang menyalahgunakan tindakan itu yang jelas bercanggah dengan syariat agama.
"Mewakili lebih 60 badan-badan Islam dalam negara ini, saya berharap himpunan aman itu berjaya menyatakan hasrat semua pihak yang mempunyai rasa marah dan tidak bersetuju dengan tindakan politik fitnah, keji dan kotor," tegasnya.

Bercakap pada Harakahdaily malam ini, Azmi berkata, selepas menunaikan solat Jumaat, himpunan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil tindakan segera terhadap Eskay yang berbuat demikian di dalam sebuah masjid di Sentul, Jumaat lepas.

Dalam isu sama, Azmi yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyentuh perkara itu dalam Majlis Selamatkan Dewan Bahasa Pustaka (DBP)di Perpustakaan Bandar Dalam, dekat sini, malam tadi.

Azmi bertegas, nampaknya terlalu banyak perlu diselamatkan di negara ini seperti kampung orang Melayu, tanah orang Melayu, aqidah bangsa, Bahasa Melayu dan berbagai lagi.

"Negara kita seperti sedang mengalami konsep pandang ke belakang meskipun yang dilaungkan kepada rakyat adalah pertumbuhan, kemajuan dan pembangunan kebendaan tetapi dalam masa sama, banyak perkara yang hilang," jelasnya.

Mengambil contoh, DBP yang ditegakkan atas keringat, darah dan air mata rakyat, ia bukan sekadar satu lembaga tetapi lahir dari aspirasi bangsa yang luar biasa, kini sudah tidak bermaya lagi dengan hutang ratusan juta.

Lebih menyedihkan, tambahnya, apabila Dewan Bahasa Pustaka kini lebih dikenali dengan Dewan Pusara Bahasa kerana akibat salah urus dan tindakan pihak terbabit campur tangan dalam pentadbirannya, tiada kemajuan bahasa yang dapat dilakukan.

Namun, katanya, apabila ada rakyat bangun menyuarakan bantahan, pihak berkaitan menyifatkan 'ini suara orang gila, mereka yang suka berhimpun di jalan raya dan hanya beremosi'.

Dalam pada itu, tegasnya, tanyalah hati kecil mereka yang berbicara sedemikian rupa, mereka sendiri akan mengakui bahawa gara-gara merekalah rakyat Melayu khususnya, sedang berbicara dalam bahasa bangsat di negara sendiri.

Orang Melayu sedang menagih simpati dan meminta-minta dengan siapa lagi dan memohon pertolongan dan yang lebih parah kerana golongan atasan itu telah mati rasa dan perasaan yang lebih teruk dari mati pucuk. - Kerat E-Jau

Pelakon porno ni jaga lah MCA tu jangan dok sibuk pasal PAS

Posted: 01 May 2011 07:48 PM PDT

Soi Lek dinasihat fokus 'nasib' MCA, bukannya heret PAS
Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 2 Mei — Kepimpinan PAS pusat menggesa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar menjaga urusan dalaman MCA, bukannya mengheret masalah dihadapi komponen BN berkenaan ke atas parti Islam itu menjelang pilihan raya umum ke-13 sekarang.

Sehubungan itu, anggota biro politik PAS ini berkata, beliau juga ragu-ragu sama ada Presiden MCA itu benar-benar faham apa yang beliau memperkatakan apabila mendakwa MCA tidak akan menerima PAS menyertai BN selagi tidak menggugurkan dasar Islamnya.

"Saya ragu-ragu sama ada CSL (Chua Soi Lek) tahu apa yang beliau cakap," kata beliau dalam reaksi dihantar menerusi teks SMS.

Semalam, Dr Chua berkata pihaknya akan menutup pintu menyertai BN kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu.

Dr Chua berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam.

"Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini," kata beliau.

"Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam," kata Dr Chua mengulas pelawaan Najib kepada PAS kelmarin.

Khalid (gambar), yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam dan Ahli Parlimen kawasan itu berkata, PAS tidak pernah membentangkan matlamatnya kepada Dr Chua yang hanya memperlihatkan sedikit minat ataupun sama sekali tidak untuk mengetahui soal itu.

"Apa yang beliau bayangkan sebagai matlamat politik PAS kemungkinan bukan apa yang ada pada PAS," kata Khalid sambil menambah, sebelum meletakkan syarat untuk menerima PAS, Dr Chua wajar memastikan sama ada ia benar-benar berminat untuk diterima MCA dan beliau juga benar-benar tahu apa yang diperkatakannya.

Justeru Khalid menambah, Dr Chua seharusnya memberi tumpuan ke atas kemerosotan populariti MCA di kalangan komuniti Cina berbanding keperlun PAS diterima oleh MCA.

Katanya, jika MCA sudah ditolak oleh komuniti Cina sendiri, maka soal suka atau tidak suka dan keutamaannya tidak menjadi keprihatinan mana-mana pihak kecuali parti itu sendiri.

Malah tegas Khalid, Umno selaku parti teras BN sendiri tidak lagi memberi tumpuan ke atas MCA.

Pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri telah menolak bulat-bulat pelawaan Najib - TMI

Dua ceramah DSAI di Johor malam tadi dihalang polis

Posted: 01 May 2011 07:24 PM PDT

JOHOR BAHRU: Polis menghalang ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Dahlia, Gelang Patah malam tadi dengan mengarahkannya memendekkan ucapan.

Kira-kira 200 anggota polis termasuk bahagian trafik dilihat berkawal di sekitar kawasan ceramah. Manakala jalan menuju ke lokasi turut ditutup dalam jarak 300 meter.

Sebelum itu, Anwar turut dihalang untuk berceramah di Markaz Pas Kampung Ulu Pulai, menyebabkan pihak penganjur memindahkan lokasi ke Taman Dahlia.

Jarak antara dua lokasi berkenaan sejauh 30 kilometer, menyebabkan orang ramai yang ingin hadir terperangkap dalam kesesakan teruk.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohammad dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Anwar dalam ucapannya sempat menyelar kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional, khususnya Kementerian Dalam Negeri kerana menjalankan dasar autokratik kerana menyekat kebebasan bersuara.

"Apa maknanya ini. Apakah mahu ikut perangai Mubarak? Apakah rakyat tiada pilihan lain? Sokong Umno dan Barisan Nasional, atau ditangkap.

"Jelas ini adalah atas arahan oleh Menteri Dalam Negeri. Mereka takut kepada kebangkitan rakyat, lalu mereka cuba menakut-nakutkan (rakyat).

Secara sinis Anwar berkata, beliau 'diawasi' pihak polis sejak memimpin gerakan mahasiswa.

"Saya ini memang sentiasa 'dijaga' oleh polis. Dari zaman mahasiswa di Universiti Malaya, jadi Timbalan Perdana Menteri sampailah sekarang ini pun.

"Apakah rakyat ini hamba yang buta dan tuli? Tidak dibenar untuk dengar sebarang penjelasan? Bila kita ada kuasa, kita fikir negeri ini kita yang punya. Sekarang ini ada budaya baru, mahu ugut orang pula," ujarnya.

Beliau dalam masa sama memberi amaran kepada pimpinan Umno-Barisan Nasional supaya tidak terlalu angkuh dengan memperalat polis bagi mempertahan kuasa.

"Kita ini perintah negara ikut undang-undang. Tindakan apa sampai begitu sombong dengan meletakkan lori polis di depan tempat ceramah?


"Yang letakkan kamu sehingga ke peringkat itu, bukan semata-mata kerana kamu, tetapi rakyat. Dan rakyat yang berkuasa untuk menurunkan kamu," kata Anwar.

Terdahulu sebelum itu, Anwar menyampaikan ucapan di Konvensyen Keadilan negeri di Pulai Spring Resort dan merasmikan ibu pejabat baru Keadilan negeri Johor di Bandar Baru Uda.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12599

UMporNO Kuala Kedah kencing ... Cawangan PAS Tak Wujud di sana

Posted: 01 May 2011 07:14 PM PDT

Cawangan PAS Tak Wujud Di Kuala Kedah Tapi Ada Ketua PAS... Ketua Bahagian Tertipu Ahmad Marzuki adalah JKKKP

Media talibarut UMNO Be End dakwa kununnya 225 ahli PAS di ketuai Ahmad Marzuki masuk UMNO di Kuala Kedah.

Maklumat sebenarnya untuk diketahui ialah:

1. Ahmad Marzuki bukan ahli PAS, sebaliknya adalah ahli UMNO dan merupakan seorang JKKKP.

2. PAS Kawasan Kuala Kedah tidak pernah ada cawangan yang bernama Lahar Buluh.

3. Hanya ada 4 orang kemungkinan penyokong PAS sedang dipastikan. Mereka yang terlibat dikatakan tidak berpuas hati berkaitan bantuan banjir. Walau bagaimanapun itu cuma 'alasan yang dicipta' kerana mereka telah pun menerima bantuan banjir.

4. Sementara selebih seperti yang didakwa bukan dari ahli PAS sebaliknya ahli-ahli dan penyokong UMNO.

Maklumat di atas telah diberikan oleh ADUN Kubang Rotan YB Mohd Nasir Mustaffa serta beberapa anggota PAS yang mengetahui isu tersebut. - Buletin 'Hairan' Online

Laporan Utusan Meloya

225 anggota Pas Kuala Kedah sertai UMNO

01/05/2011 12:56pm

ALOR SETAR 1 Mei - Seramai 225 anggota Pas Kuala Kedah yang mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyertai UMNO.
 
Ahmad Marzuki, Ketua Pas cawangan Lahar Buluh, Kuala Kedah sebelum ini, mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah pada satu majlis di pekan Kubang Rotan, dekat sini semalam.
 
Ahmad berkata mereka bertindak keluar Pas kerana sudah tidak percaya dan yakin dengan cara Azizan dan Pas mentadbir negeri kerana tidak menunaikan janji-janji pilihan raya kepada rakyat.
 
"Kami yang setia tertunggu-tunggu janji pemimpin Pas tetapi sampai sekarang satu apapun tidak mereka tunaikan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO itu.
 
Latt Shariman berkata pintu UMNO Kuala Kedah sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertainya termasuk anggota Pas

Sumpah Eskay adalah sumpah orang jahil – bekas Mufti WP

Posted: 01 May 2011 09:21 AM PDT

Bekas Mufti Wilayah Perseutuan, Dato Md Hashim Yahya (gambar) berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.

Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.

"Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan," ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Bagaimanapun, sumpah li'an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.

Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.

Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li'an.

"Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.

"Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li'an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.

"Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.

"Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak," ujar beliau.

Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang ke atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.

"Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

"Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.

"Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman," ujarnya.

Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.

"Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina," ujarnya.

- greenboc

Video seks : Hanya wayang untuk mengaibkan seseorang

Posted: 01 May 2011 03:48 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Mei: Tindakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang mengatakan bahawa polis tidak akan tunduk kepada desakan pelbagai pihak untuk mendedahkan kepada umum pelaku dalam video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali ada keperluan undang-undang untuk berbuat demikian hanyalah mainan politik semata-mata untuk memburukkan seseorang.

"Kalaulah yang menyimpan dan membuat tayangan pun tidak dihukum, sedangkan ada peruntukan yang jelas mereka telah melakukan kesalahan; apatah lagi kepada yang berlakon yang tiada peruntukan undang-undang.

"Jelas, ianya hanya mainan politik bagi memburukkan seseorang," bidas Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Khalid baru-baru ini yang menyatakan bahawa pelakon seks dalam video tersebut akan didedahkan bergantung kepada keperluan undang-undang.

"Kita bukan dedahkan (pelaku video) atas desakan tetapi bergantung kepada keperluan undang-undang," Khalid dipetik sebagai berkata.

Menurut Tuan Ibrahim, pelakon dalam klip video tersebut tidak akan didakwa kerana tiada peruntukan undang-undang boleh mendakwa pelaku, kecuali dalam mahkamah syariah.

"Di dalam undang-undang sivil, tiada kes untuk disabitkan kerana pelakon dan wanita bukan gadis bawah umur serta tiada unsur paksaan dan tidak dilakukan untuk edaran mahupun jualan," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Oleh sebab itu, kata Tuan Ibrahim, PAS lebih setuju untuk membawa kes ini ke mahkamah syariah kerana ada enakmen yang boleh disabitkan kesalahan sama ada atas kes qazaf atau perlakuan zina sekiranya dapat dibuktikan.

Sementara itu, Presiden Aliran, P Ramakrishan turut menempelak polis yang telah melakukan pelbagai kenyataan untuk mencipta persepsi awam bahawa Anwar terlibat dalam skandal video seks tersebut.

Setelah bukti jam Omega yang diwar-warkan kehilangan berita, P Ramakrishan membidas tindakan polis yang mengatakan bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan kepada awam pelakon seks terbabit sehingga keadaan memerlukan untuk berbuat demikian.

"Dalam kata lain, apa yang mereka kata ialah mereka sudah mengenal pasti pelakon seks, tapi mereka tidak ingin mendedahkankannya kecuali keadaan memerlukan.

"Rakyat Malaysia kini keliru. Apa yang dimaksudkan 'kecuali memerlukan'? Jika ya, mengapa mereka menyiasat jauh untuk mencari pemilik jam Omega? Mereka bertungkus-lumus sehingga mencarinya sehingga ke Taiwan. Apa tujuannya?

"Bukankah itu tujuan untuk mengaitkan pelakon seks dengan jam tersebut supaya mereka dapat mengesahkan identiti pelakon seks dan mendedahkannya?" soal Ramakrishan.

Beliau turut menambah bahawa Anwar tidak sepatutnya dipanggil untuk memberi keterangan untuk kali kedua, 28 April yang lalu sekiranya polis tiada bukti yang sahih untuk menunjukkan bahawa orang dalam video tersebut ialah Anwar.

"Jika ia adalah tidak penting untuk menentukan siapa pelakon tersebut, mengapa Anwar dilecehkan? Adakah ini kerana mereka inginkan episod memalukan ini berterusan?" selarnya.

Jawapan Kepada Ucapan Najib di Terengganu - Tn Guru Haji Hadi

Posted: 01 May 2011 02:52 AM PDT

by YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang 
on Sunday, May 1, 2011 at 5:46pm.

Untuk kesekelian kalinya, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya Parti Islam SeMalaysia (PAS) bekerjasama dengan UMNO-BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR).

.Bagi PAS, seruan Dato'Seri Najib itu adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan UMNO-BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang telah menjadi bencana dalam negara kita yang tercinta ini. Kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara.

PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. Kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip. Ia tidak sama dengan kerjasama wala' antara UMNO dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu-Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun.

.Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90% adalah orang Melayu-Islam ?. Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan UMNO-putra ?. Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini? Jawapannya adalah kerajaan pimpinan UMNO-BN itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri.

.Maka, sebaliknya saya menyeru kepada ahli-ahli dan pemimpin UMNO supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini. Jika benar UMNO hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada ditangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?

.Abdul Hadi Awang
27 J'Awal 1432 / 1 Mei 2011

Najib bukan lagi PM Malaysia selepas PRU 13 - Jui Meng

Posted: 01 May 2011 02:26 AM PDT

This bold prediction is made by PKR's Johor chief Chua Jui Meng, who said Pakatan will topple BN by then.

JOHOR BARU: Johor PKR chief Chua Jui Meng today warned that Najib Tun Razak would be ousted as the Prime Minister in the next general election.

Commenting on the recent remarks on the Chinese community by MCA and Najib, Chua, the former health minister, said he was confident that Pakatan Rakyat would topple the Barisan Nasional government.

"Hey, Datuk Seri Najib, you ingat (you should be the one to be wary), after the 13th general election will you still be the Prime Minister of Malaysia?

"It is not you. I am confident that (opposition leader) Anwar Ibrahim will bring your downfall in the next election," said Chua to the loud applause of PKR delegates at its one-day Johor state convention here today.

Yesterday, Najib was reported to have said that if the Chinese community decided not to support BN and MCA, they would lose representation in the government. He had said:"the Chinese cannot expect to get strong representation if they vote for the opposition".

Najib was supporting an earlier announcement by MCA that it will not seek any positions in the government if it performs badly in the next general election.

Nobody with miss MCA

On MCA's stand on cabinet positions, Chua's retort was:"I say, if (MCA president) Dr Chua Soi Lek and MCA members don't want to be in the cabinet… good luck to you, nobody will miss you."

On Najib's call to PAS to break ties with DAP, Chua said:"Obviously, it's better to be with DAP than be with Umno."

"(Umno) it is a party that goes against Islam. Nik Aziz himself says, we need to stay away from Umno, we don't want to be tainted by Umno and its politics," he said.

"We will never divorce from each other or be divided. We will together bring down this unjust and unGodly Barisan Nasional," he said sternly.

Najib had called on PAS to cooperate with BN and sever ties with DAP, saying that both parties' ideologies clashed.

He said DAP's "Malaysian Malaysia " slogan was clearly different from PAS' Islamic state objective and that Umno had done more for Islam.

Lafaz sumpah laknat Eskay tidak menepati hukum Syarak - Dr Asri

Posted: 01 May 2011 01:33 AM PDT

PETALING JAYA: Sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bagi membuktikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam klip video seks bukanlah sumpah laknat (mubahalah) kerana ia tidak menepati hukum syarak.

Menurut mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin, mubahalah membawa pengertian berikut:

"Dua pihak berkumpul bersama ahli keluarga kemudian kedua-dua pihak memohon agar Allah swt melaknat sesiapa yang berdusta antara keduanya pada perkara yang mereka berselisih dalam hal agama."

Peristiwa mubahalah disebut dalam Al Quran, ayat 61 Surah Ali Imran, yang bermaksud, "Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka:

"Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu.

"Kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta."

Seorang pakar akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah dan Ilmu Hadis, Abu Syafiq Al-Asy'ary yang menulis di dalam blognya, berkata bahawa sumpah dan mubahalah mempunyai pengertian berbeza.

Kebenaran dalam agama

Pengertian mubahalah adalah seperti yang disebutkan di atas dan dilakukan pada perselisihan tegar antara pandangan kedua-belah pihak pada perkara berkaitan kebenaran dalam agama.

Dalam Surah Al Imran ayat 59 hingga 61, Allah swt berfirman bermaksud:

"Sesungguhnya bandingan (kejadian) Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka jadilah ia.

"Kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi di kalangan mereka yang ragu-ragu.

"Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka:

"Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, isteri-isteri kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu.

Kemudian kita memohon kepada Allah serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta."

Sumpah disebut sebagai halaf caranya seperti dimulakan kenyataan seseorang itu dengan dia menyebut perkataan Wallahi atau Billahi atau Tallahi (bersumpah dengan nama Allah) dengan maksud apa yang dinyatakan adalah benar (tanpa ada melaknat pihak yang lain).

Surah An-Nur ayat 4, sepertimana yang tertera di dalam laman sesawang Jabatan Perdana Menteri menyatakan seperti berikut:

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Dalam tafsir Ar Rahman, cetakan 1980, menafsirkan ayat yang sama seperti berikut:

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi maka sebatlah mereka delapan puluh sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.

Berdasarkan perlakuan Shazryl yang melafazkan sumpah laknat tanpa membawa empat orang saksi di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu maka beliau boleh dijatuhkan hukuman 'Qazaf' iaitu dengan 80 kali sebatan Sumpah laknat yang dilafazkan oleh Shazyrl bukanlah sumpah mubahalah dan tidak menepati hukum syarak, sebaliknya bersumpah biasa sahaja bagi membuktikan dirinya benar.

Jumaat lalu, di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, Eskay melafazkan sumpah laknat bagi membuktikan bahawa Anwar adalah pelaku dalam klip video seks yang ditayangkan kepada pihak media di Carcosa 21 Februari lalu. - FMT

Sumpah tak wajib tapi Anwar harus balas elak buruk sangka : Dr Asri

Posted: 01 May 2011 01:23 AM PDT

TERKINI @ 03:27:49 PM
01-05-2011May 01, 2011

KUALA LUMPUR, 1 Mei — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) berkata sumpah bukan satu paksaan, tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya melakukan sumpah balas untuk menghilangkan sangkaan buruk ekoran tindakan "Datuk T" kelmarin.

Bagaimanapun beliau tidak bersetuju dengan tindakan ahli perniagaan Datuk Sharyl Eskay Abdullah — salah seorang "Datuk T" melakukan sumpah laknat yang didakwanya hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain, dalam kes ini Anwar.

"Saya tidak bersetuju Datuk T bersumpah kerana itu hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain.

"Tapi, oleh kerana mereka dah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak DSAI (Anwar) bersumpah saja . . . jika beliau tidak salah, apa yang hendak dirisaukan," kata beliau dalam kenyataan ringkas menerusi SMS hari ini.

Pandangan yang hampir sama dilahirkan oleh Mufti Perlis Dr Juanda Jaya semalam.

Asri berkata, melakukan sumpah bukan satu paksaan atau pun kewajiban tetapi dapat mengatasi buruk sangka.

"Sumpah bukan semestinya di mahkamah. Sumpah di mahkamah ada babnya. Sumpah luar mahkamah ada babnya.

"Jika isteri suruh suami bersumpah bahawa dia tidak curang, adakah berdosa atau Allah menghukum jika suami bersumpah dia tidak buat dan memang dia tidak buat. Sumpah macam itu dapat menghilangkan perbalahan," katanya.

Namun tegas beliau, politik negara ini sudah "jijik dah kotor" ekoran perkembangan terbaru ini.

"Isu aib peribadi cuba dijadikan isu rakyat dan negara. Sangat hina. Jika kita usah layan puak-puak ini pun patut," kata beliau.

Shazryl, yang mendedahkan rakaman video seks yang si pelakunya mirip Anwar pada 21 Mac lalu, melakukan sumpah laknat di Masjid Amru al-As di Bandar Baru Sentul di sini petang kelmarin.

Laporan media semalam menyebut, Anwar memutuskan tidak tampil untuk bersumpah laknat berhubung isu video seks itu dan tidak menyahut cabaran Shazryl selepas mendapat nasihat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan beberapa tokoh agama lain.

Anwar berkata, Nik Aziz menasihat beliau supaya tidak melayan desakan untuk bersumpah laknat kerana tuduhan zina yang dikenakan terhadapnya perlu diselesaikan di Mahkamah Syariah.

"Beberapa bekas mufti seperti bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan bekas Mufti Perlis menasihatkan saya dan menyatakan simpati tuduhan zina yang dikenakan terhadap saya.

"Malah, saya turut mendapat simpati ulama dari Indonesia atas tuduhan yang dikenakan terhadap saya," katanya ketika berucap di Dewan Kampung Bukit Seputeh dekat Ampang malam kelmarin.

Oleh itu tegas Ketua Pembangkang itu, beliau tidak akan melayan desakan untuk bersumpah laknat sebaliknya akan terus memperjuangkan keadilan dan membantu rakyat.

Dalam kenyataan semalam, Juanda juga berkata beliau amat setuju Anwar segera bersumpah untuk menafikan tuduhn kotor ke atas beliau walaupun pilihan di tangan beliau sendiri.

"Saya mahu kes ini segera selesai. Ia malukan umat Islam. Saya sekarang di Mekah atas undangan kerajaan (Arab) Saudi dengan mufti-mufti lain," kata beliau.

Juanda menambah, kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa perlu membawa bukti tuduhan, yang kena dakwa perlu bersumph kalau dia menafikan tuduhan.

"Datuk Eskay tidak patut bersumpah, yang patut bersumpah adalah yang kena tuduh kalau dia nak nafi tuduhan.

"Memadai lafaz, wallahi tuduhan itu palsu. Mahkamah Syariah wajib proaktif putuskan hal ini segera untuk tutup aib umat Islam," kata beliau.

Juanda juga berkata badan kehakiman Islam tidak harus menjadi "penonton saja" dalam kes semasa ini dan semua pihak perlu menjaga imej Islam terutama mereka yeng memperjuangkan Islam. TMI

Tiada lagi PRK untuk 4 negeri

Posted: 01 May 2011 01:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan lagi di empat negeri sekiranya berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran penggal DUN negeri berkenaan telah genap tiga tahun.

Negeri berkenaan ialah Sabah yang tempoh tiga tahun DUN tamat pada 29 April, Negeri Sembilan (25 April), Selangor (22 April) dan Melaka (21 April).

Kedudukan DUN di negeri berkenaan berdasarkan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Tiga negeri akan cukup tempoh tiga tahun DUN pada bulan ini adalah Terengganu (6 Mei), Kedah (20 Mei) dan Pahang (21 Mei), manakala DUN yang cukup tempoh tiga tahun bulan hadapan adalah negeri Perlis dan Perak (24 Jun) dan Johor (19 Jun).

Tempoh tiga tahun bagi DUN Kelantan adalah pada 7 Julai manakala Pulau Pinang merupakan negeri terakhir tempoh tiga tahun DUN tamat iaitu pada 21 Julai.

Mandat Kerajaan Persekutuan sekarang akan berakhir pada April 2013.

Rabu lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas 28 April memandangkan penggal Parlimen ke-12 ini telah mencapai tempoh mandat tiga tahunnya.

Abdul Aziz berkata tempoh akhir bagi mengadakan pilihan raya kecil kerusi DUN adalah berbeza, bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, katanya PRK boleh diadakan selepas tempoh itu sekiranya ada keperluan khas termasuklah jika berlaku situasi kerajaan pusat atau negeri tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat atau DUN, menyebabkan kerajaan sedia ada hilang kelayakan untuk memerintah negara atau negeri.

Selepas pilihan raya umum 2008, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, iaitu enam bagi kerusi Parlimen dan 10 DUN, membabitkan kos lebih RM11 juta.

Enam kerusi Parlimen iaitu Pematang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala 10 kerusi DUN - Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. - BERNAMA

Betul ka puak-puak ni 'hilang kepercayaan' atau tak dapat habuan?

Posted: 30 Apr 2011 11:10 PM PDT

Seramai 225 anggota PAS Kuala Kedah yang mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyertai Umno.

Ahmad Marzuki, Ketua PAS cawangan Lahar Buluh, Kuala Kedah sebelum ini, mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah pada satu majlis di pekan Kubang Rotan, dekat Alor Setar semalam.

Ahmad berkata mereka bertindak keluar PAS kerana sudah tidak percaya dan yakin dengan cara Azizan dan PAS mentadbir negeri kerana tidak menunaikan janji-janji pilihan raya kepada rakyat.

"Kami yang setia tertunggu-tunggu janji pemimpin PAS tetapi sampai sekarang satu apapun tidak mereka tunaikan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO itu.

Latt Shariman berkata pintu Umno Kuala Kedah sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertainya termasuk anggota PAS.

--Bernama