Rabu, 27 April 2011

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Bagaimana Ezam melihat perang rasuah dalam Umno?

Posted: 27 Apr 2011 09:23 PM PDT

WAN NORDIN WAN YAACOB

(Analisis)

Tanggal 27 April, Karangkraf telah berjaya mengadakan Wacana Rasuah Pemusnah Tamadun di Dewan Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam.

Cukup baik penganjuran wacana sedemikian, dan yang lebih menarik wacana itu menghimpunkan tokoh-tokoh politik selain pihak yang cukup dekat dengan badan pencegahan rasuah.

Antara panelisnya ialah bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin; bekas Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Senator Ezam Mohd Noor; Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Abu Kassim Mohammed serta Pengasas ESQ Leadership Centre, Ari Ginanjar Agustian.

Wacana ini sangat menarik dalam keadaan negara baru sahaja selesai berdepan dengan pilihan raya umum negeri Sarawak yang turut tidak terlepas daripada 'unsur rasuah'.

Walaupun Abu Kassim menyifatkan 'janji pembangunan' yang ditawarkan BN disetiap kali pilihan raya berlangsung bukan rasuah

Namun Abu Kassim sendiri pastinya tidak akan 'terlepas' dari maklumat 'taburan wang' yang diamalkan BN dalam setiap kali pilihan raya berlaku.

Berbicara dalam soal rasuah, negara tidak akan lupa bahawa Ezam adalah antara tokoh yang cukup kuat menentang amalan rasuah ini ketika beliau mengayuh perjuangan 'Api Reformasi' sejak tahun 1998 selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan Tun Dr Mahathir Mohammad.

Hebat telahan Ezam semasa berwacana di hadapan khalayak pelbagai latar termasuk aktivis anti rasuah, walaupun ramai yang melihat apa yang diperkatakan Ezam itu 'seperti Ezam ketika era reformasi'.

Dalam wacana anjuran Karangkraf itu, Ezam ada menyatakan "Bagi saya, satu-satunya cara paling berkesan melawan rasuah adalah dengan menolak ke tepi semua kepentingan politik dan peribadi, dan kembali kepada ajaran Islam".

Malah, Ezam melabelkan rasuah yang berlaku di Malaysia adalah masalah umat bukan sekadar masalah parti politik dan masalah negara.

Dengan membaca surah tertentu untuk merujuk bertapa penting amalan rasuah ini dibanteras, Ezam seolah-olah bercakap seperti beliau masih seorang 'pembangkang'.

Namun Ezam seakan lupa, kini beliau bergelar seorang Senator yang dilantik setelah menyertai Umno dan lantikan itu berlaku setelah Umno ditadbir oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.

Suatu ketika dahulu, Ezam antara tokoh hebat yang pernah mendedahkan perlakuan rasuah dan penyelewengan membabitkan individu besar dalam Umno termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Selain itu Ezam juga dikatakan memiliki kononnya 'enam kotak' fail rasuah membabitkan pimpinan Umno era Tun Dr Mahathir, namun hingga kini enam kotak fail itu 'gagal' didedahkan setelah Ezam menyertai parti yang dihentam termasuk dalam 'sumpah keramat'nya.

Malangnya, sumpah keramat menentang kezaliman dan rasuah BN itu hanya tinggal sumpah, Ezam kini duduk dalam Umno yang sinonim dengan rasuah, dan paling menyedihkan, Ezam menjadi 'tok jogho' untuk menghentam Pakatan Rakyat terutamanya Anwar setelah menyertai Umno.

Berbanding hujah Mohammad Nizar yang lebih konsisten dengan mengajukan cadangan bahawa untuk menolak perlakuan rasuah hari ini hanya boleh dilakukan dengan menolak kerajaan pemerintah yang ada hari ini.

Bagi Nizar, amalan rasuah ini gagal diatasi oleh kerajaan, malah tokoh-tokoh pemimpin yang ada dalam kerajaan sendiri ramai yang terbabit dengan dakwaan rasuah.

Persoalan ini tidakpun disentuh oleh Ezam yang kini menjadi 'pemain utama' bagi pihak Umno dalam bercakap mengenai usaha menentang rasuah, walaupun dalam pemilihan parti nasionalis itu sah berlakunya rasuah.

Ia diakui oleh Tun Dr Mahathir selain keputusan kes ke atas Tan Sri Isa Samad dan Tan Sri Mohd Ali Rustam dalam kes politik wang semasa pemilihan beberapa tahun lalu hingga digantung.

Apakah perang rasuah yang dilaungkan Ezam layak untuk dibicarakan lagi, dan apakah laungan kononnya beliau berjuang kerana Islam 'relevan' dalam Umno yang mempunyai dasar sebaliknya, Ezam sendiri boleh menilainya...

kalam Perantau

kalam Perantau


Kepimpinan adalah Amanah

Posted: 27 Apr 2011 12:34 AM PDT

Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi. Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia (PAS).
 
Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang.
 
Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin dipelbagai peringkat parti mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara’ , berpandukan petunjuk Al – Quran dan As – Sunnah.
 
Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif). 

عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: ” يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة
خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.
 
Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: "Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?". Baginda menepuk bahuku dan bersabda: "Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.”
(Riwayat Muslim) 

Berasaskan realiti ini , janganlah sesiapa dikalangan ahli parti memanjat tangga kepimpinan ini dengan gopoh dan rakus. Perhatikan bilah bilah anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkahlah dengan tertib agar tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain .
 
Apatah lagi dalam keadaan permukaan anak tangga yang licin dan mudah tergelincir. Kesabaran dan kematangan dalam mengambil langkah dan memutuskan sikap adalah dua elemen penting yang dilihat mampu memperkasakan institusi kepimpinan ini.

 
عن أبى موسى قال: دخلت على النبى صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بني عمي فقال أحدهما: يا رسول الله أمرنا على بعض ما ولاك الله, وقال الأخر مثل ذلك فقال عليه الصلاة والسلام
“إنَّا والله لا نولِّى هذا العمل أحدا سأله أو أحدا حرص عليه
 
Maksudnya : Dari Abu Musa RA, Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki dari sepupuku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebahagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang tamak utk memperolehinya .
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad) 

Janganlah kita menjawat atau menyandang status kepimpinan dengan pengaruh pidato atau populariti , begitu juga tidak dengan pengaruh senioriti dan downline . Sebaliknya sandanglah melalui thiqah atau kepercayaan yang diberikan oleh ahli parti berasaskan kelayakan dan keupayaan syari’e.
 
Thiqah ini pula bukan dibina melalui penonjolan imej dan pembiayaan komunikasi kita dengan ahli ( kerana ia boleh dilakunkan aksinya menjelang muktamar yang ada pemilihan ) tetapi thiqah lahir dari kesungguhan berjuang dan keikhlasan berkorban . Bertunjang pula di atas ketaqwaan yang tinggi dan Himmah yang berwibawa.
 
Memberi laluan kepada yang layak memimpin dalam keadaan kita adalah calon popular adalah jauh lebih bermaruah daripada kita terus menandingi jawatan kepimpinan tersebut. Tidak memegang jawatan bukanlah bermakna kita tidak boleh menyumbang kepada Islam dan parti yang memperjuangkannya.
 
Demikian juga mengambil tanggungjawab sebagai seorang pemimpin setelah mendapat thiqah dari ahli dan jamaah adalah mempamerkan ia sebagai seorang pemimpin yang ada kesungguhan berjuang dan himmah yang berwibawa.
 
Muktamar parti adalah medan untuk bermuhasabah , mengatur strategi , memperkasakan dalaman parti , membina kader dan memberi amanah kepada yang berhak dan layak . Muktamar jangan sekali kali dijadikan papan percaturan politik peribadi dan kelompok yang sangat dinilai hina oleh syara’ .
 
Perwakilan semestinya matang menilai dan memilih saf kepimpinan yang akan menerajui parti mengharungi badai perjuangan membelah episod cabaran baru dunia global hari ini.
 
Tidak didorong oleh sebarang sentimen yang asing dari apa yang kita pelajari melalui skima pentarbiyyahan parti , yang kita timba selama ini melalui usrah dan kuliah haraki di pelbagai peringkat.
 
Calon kepimpinan pula tidak meminta diundi atau dipilih dengan pelbagai penampilan dan lobi yang tidak berasaskan keupayaan dan kelayakkan sebenar. Justeru ia hanyalah hipokritisme yang akan merosakkan parti dan dirinya sendiri.

عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ” يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنَّك إن أوتيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها من غير مسألة أعنت عليها
 
Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: "Wahai 'Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)
(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad) 

Semoga muktamar PAS tahun ini , yang akan berlansung di Taman Melewar Gombak dan Shah Alam Selangor [Dewan - Dewan] akan menjanjikan satu muktamar yang bukan sahaja meriah pada sambutannya tetapi juga dilihat hebat dan perkasa menggarap perjalanan parti .
 
Ustaz Nasrudin bin Hj Hassan merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.


WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


APABILA SESUMPAH SUDAH TERBAU BANGKAI....

Posted: 27 Apr 2011 11:00 PM PDT

Siapa si buncit ini?

Belah kiri tu cam askar je rambut dia...

Mana misai dan janggut?


Oleh: WFAUZDIN NS

AKU nasihatkan Ezam sesumpah sudah-sudahlah buat kerja fitnah tu. Takkan dendam kat Anwar tak habis-habis lagi? Dari kes Liwat, Ezam sesumpah tahu, kes video seks pun dia tahu, kes Anwar ejen Yahudi pun dia tahu sehinggakan apa yang DS Wan Azizah tak tahu, semua Ezam sesumpah tahu. Hebat betul Senator lantikan ini.

Malam tadi giliran Ezam sesumpah pula keluar TV3 suku setelah beberapa hari yang lalu bergilir-gilir pencacai katak yang keluar di stesyen TV berlidah Syaitan itu. Tak lama lagi, percayalah Zul Kulim pula akan keluar, lepas tu Zahrain pula. Masing-masing berebut nak cari peluang muncul dikaca TV sambil mengusap punggung Tok Jib.

Patutnya Ezam sesumpah bertegas suruh pihak berkuasa siasat keseluruhan video seks berkenaan, bermula dari yang menayangkan video tersebut sehinggalah siapa pelakunnya. Bukannya muncul di TV 3 suku hanya menuduh Anwar kununnya tidak bermoral. Bermoral sangatkah Ezam sesumpah yang bersubahat dengan puak kaki fitnah itu? Kalau ada yang berkata Ezam sesumpah sudah bernikah satu lagi di Indonesia, tentu Ezam sesumpah terasa hati dan mungkin dia akan kata itu fitnah. Itu baru bernikah, benda yang baik belum dikatakan Ezam sesumpah ada gundik di sana. Itulah fitnah yang boleh memecah belahkan sesama Islam.

Serupa juga Zul Kulim. Kalau ada yang mendakwa Zul Kulim masih belum bayar hutang orang sewaktu kempen Pilihanraya Umum dulu, tentu Zul Kulim terasa. Zul Kulim akan kata itu fitnah. Zahrain pula, beliau mesti marah jika ada yang kata dia keluar PKR jadi katak pasal tak dapat projek di P.Pinang. Mesti Zahrain kata fitnah juga. Jadi, fitnah ini bahaya jika terus dicanangkan.

Jika cukup bukti, cukup saksi, ada kes bawa saja ke mahkamah. Buat apa guna media canangkan benda yang menjijikkan ini. Tidak terfikirkah kita isu ini akan merosakkan minda anak-anak kita? Jangan kerana nak jaga maruah laki bini kat Putrajaya tu kita sanggup nak rosakkan minda anak bangsa dan ugama kita?/wfauzdin.blogspot.com

DATUK SK SERAH DNA, ADA KITA KISAH ?

Posted: 27 Apr 2011 08:00 PM PDT

Siapa si buncit ini?


Bila pulak Anwar Masuk Tentera?....Tengok rambut dia tu, tapi esoknya sudah panjang pulak..

Oleh: WFAUZDIN NS

Datuk SK @ Three Strooges katanya dah serah DNA beliau kepada pihak Polis. Ada kita kisah? Peduli apa dia nak serah DNA samada disuruh atau secara sukarela. Kalau dia pelawa Rahim Thamby Chik atau Shuib untuk serah DNA pun peduli apa kita. Ada kita kisah?

Yang kita kisah adalah mengapa tukang tayang video lucah masih belum ditahan atau didakwa? Mereka sudahj mengaku tayang video lucah di sebuah hotel di khalayak umum, maka pengakuan sudah ada, tunggu apa lagi? Pasal siapa yang beraksi tu, biarkan je TV 3 suku main tiap-tiap malam sampai rakyat Malaysia percaya bahawa pelaku lelaki yang berperut buncit dan berambut ala-tentera tu adalah Anwar, insan yang paling ditakuti oleh sekutu Apco. Selagi seluruh rakyat Malaysia tidak percaya bahawa itu adalah Anwar, menjadi kewajipan TV3 suku menyiarkannya setiap hari.

Aku kesihan juga dengan kakitangan TV 3 suku terutamanya pembaca berita tu, tak pasal-pasal bersubahat mengeluarkan kata-kata busuk dan jijik meracuni pemikiran anak bangsa sendiri. Buat kaum Cina dan India, ada mereka kisah? Kaum Melayu saja yang tak habis-habis diperbodohkan.

Sudah berapa lama isu video seks ini bermain di media dan entah berapa pikul di antara kita yang menanggung dosa akibat tidak mahu kembali kepada Islam. Allah sediakan undang-undang dan peraturan untuk manusia yang beriman, tetapi manusia jahil ini tetap dengan sikap degil dan angkuh mereka. Aku pun tak tahu mengapa nasihat para Mufti yang mereka lantik sendiri, mereka tidak pakai dan humbankan ke dalam tong taik. TV 3 suku paling biadab sekali tanpa sedikit pun menghormati pandangan Ulamak. Maklumlah siapa bos TV 3 suku tu? Semenjak bila TV 3 Suku hormat Islam? Tengok sajalah program mereka penuh dengan program maksiat. Memang sesuai untuk jadi penyambung lidah Syaitan.

Susah sangat ke nak ikut kaedah Islam? Kita bukan mahu Anwar dibela atau disanjung, tetapi jangan sampai insan ini diaibkan sedemikian rupa. Mana hati perut menteri-menteri Melayu yang mengaku Islam ini, tidak beranikah bersuara? Rais Yatim yang terkenal dengan budaya ini, di mana budaya Melayu sekarang ini? Rais Yatim sukakah melihat TV 3 Suku buat kerja lucah setiap hari?

Ada yang kata pihak Polis terlibat, aku tak percaya Polis terlibat di dalam isu video seks ini tetapi aku hairan mengapa baru saja Blogger yang disiasat Polis kerana menyiarkan klip video lucah di dalam blognya, tiba-tiba melakukannya lagi. Mengapa begitu mudah video seks yang dikatakan ada satu saja yang asal dan telah diserah kepada Polis boleh dimuat turun ke dalam youtube? Kalau ada yang dakwa pihak Polis terlibat, susah juga aku nak bela Polis dalam hal ini walaupun aku percaya Polis di negara ini teramat telus dan jujur./wfauzdin.blogspot.com

VIDEO SEKS SIRI II -JOM LIHAT FOTO, SYABAS TUKANG KAJI PRO PR, TERNYATA KERJA BODOH MEREKA GAGAL !!

Posted: 27 Apr 2011 08:31 AM PDT

Mana misai dan janggut?

Bila plak Anwar rambut nipis cam askar tu.....esoknya dah panjang pulakkkk...huhuhu


Hahahaha...Tak puas pulak tengok hasil kerja puak Apco yang kantoi lagi ni......Terima kasih la ye TV 3 suku yang keluarkan cerita ni....ada gak member-member kita yang cerdik cepat buat kajian dan terbukti jelas betapa bodohnya hasil kerja mereka yang kaki fitnah tu....ehehhh..

Seterusnya baca lagi di sini, Klik Je SINI

TERIMA KASIH TV 3 - VIDEO SEKS SIRI II MENAMBAH KANTOI KERJA SEKUTU APCO !!

Posted: 27 Apr 2011 07:39 AM PDT

Ternyata Sah: Ia Bukan Anwar Ibrahim

Video Seks Bahagian Kedua Muncul Di Internet

PETALING JAYA: Video seks bahagian kedua yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang tersebar di internet petang Rabu termasuk di blog www.papagomo.com.

Klip video yang dipercayai mirip pemimpin pembangkang disiarkan menerusi laman youtube petang Rabu.

Klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun youtube wakparjosudorno.

Rakaman video hitam putih berkenaan memaparkan aksi seseorang lelaki bertuala dan seorang wanita tanpa seurat benang dalam sebuah bilik dipercayai selepas melakukan aksi seks.

Lelaki berkenaan kemudian pada minit ke 39 dilihat menanggalkan tualanya di hujung katil sebelah kiri video sebelum berjalan dalam keadaan bogel mengambil baju dalam nipis yang terdapat di atas katil.

Individu yang mempunyai fizikal perut buncit berkenaan kemudiannya dilihat mengambil seluar dalamnya dan membongkokkan badan pada durasi 1 minit 9 saat sehingga melihatkan wajahnya di hadapan kamera.

Isu rakaman video seks itu tercetus apabila sekumpulan wartawan dijemput oleh sekumpulan individu menamakan mereka sebagai `Datuk T' untuk menonton tayangan video seks hitam putih di Hotel Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu.

Rakaman video berdurasi selama 22 minit bermula pada pukul 10.23 malam 21 Februari lalu itu didakwa berlaku di sebuah apartmen di Ampang.

Sehari selepas rakaman itu dipertontonkan kepada wartawan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menafikan pembabitannya sebagai pelaku dalam rakaman video seks tersebut.

Identiti `Datuk T' yang mendedahkan rakaman itu terbongkar apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah muncul membuat pengakuan bahawa mereka merupakan trio `Datuk T'. -mstar


Video seks bahagian kedua di Youtube

Klip video bahagian kedua yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini disebarkan di Internet.

Malaysiakini difahamkan bahawa video yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak jam 1.30 tengahari.

Semakan Malaysiakini juga mendapati video sepanjang 1.46 minit itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "wakparjosudorno."

Ia dipercayai dilakukan dari Indonesia dan pengguna yang tidak dikenali itu menyertai Youtube hanya semalam.

Namun pada jam 6.45 petang tadi, video berkenaan telah dikeluarkan kerna didakwa melanggar syarat-syarat penggunan Youtube kerana memaparkan bahan lucah dan gambar bogel.

Namun dipercayai video berkenaan masih boleh didapati di beberapa laman web pembangkang dan juga di Youtube yang dimuat-naik oleh pengguna lain.

Sebelum ini, bahagian pertama video berkenaan dimuat-naik pada 4 April lalu.

Ia menunjukkan lelaki yang sama menggunakan tuala memeluk seorang gadis berkulit cerah yang hanya berkemban.

Pada bahagian kedua video ini, ia dipercayai disunting pada bahagian akhir. Ia menunjukkan lelaki berkenaan memakai pakaiannya semula selepas aksi seks tersebut manakala wanita yang bogel itu berjalan menuju ke bilik air.

Video kedua juga tidak mempunyai sarikata dalam bahasa Thai dan jelas memaparkan tarikh dan masa rakaman iaitu 2011/02/21 manakala rakaman masa adalah antara jam 22.43 malam hingga 22.45 malam.

Beberapa pihak sebelum ini mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.

Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T" mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.

Eskay hari ini memberitahu wartawan bahawa beliau telah memberikan sampel DNA miliknya bagi melancarkan siasatan polis.

"Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuannya dengan polis di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur itu tetapi sekadar berkata tunggu sidang akhbarnya esok. -mk



Ulasan GB

Terima kasih kepada pihak yang memuat-naik video itu di youtube kerana dengannya kita akan dapat melakukan penganalisaan yang lebih tepat mengenai lelaki yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang itu.

Pembesaran imej-imej akan membuktikan DENGAN JELAS bahawa lelaki itu BUKAN Anwar Ibrahim.

Lihat:



Jika dilihat dari jauh gambar dari video itu hitam putih itu nampak seolah-olah ia mirip Ketua Pembangkang. Disebarkan bertujuan untuk mengaibkan Anwar. Tetapi penelitian yang lebih rapi dengan apa kaedah sekalipun akan menjurus kepada rumusan bahawa ia bukan Anwar.

Hanya si bengong yang mabuk, yang tembel matanya dan yang busuk hatinya akan menyatakan ia Anwar Ibrahim!/Sumber: Greenboc

Ulasan Saya: Paling ketara - Perut buncit. Rambut Anwar potongan cam tentera je...nipis tepi...hahahaha...

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Video Ustaz Muda Umno Pulak

Posted: 27 Apr 2011 07:32 PM PDT

Merenung Sejenak


-ijoks2009-
Dalam bab ini saya sokong Ustaz Fathul Bari





Cari N3 lama-lama disini

Adakah FB Patut Diharamkan Untuk gadis-Gadis Muslim?

Posted: 27 Apr 2011 09:31 AM PDT

Isu Semasa

Assalamualaikum dan salam blogger bagi yang masih belum memasuki keluarga besar islam.

Dewasa ini semakin banyak kes-kes penipuan dialam cyber terutama yang melibatkan FaceBoock(FB).Kita sering dengar kes gadis ditipu oleh orang yang baru dikenali dalam FB akhirnya ada yang dijadikan Kendai dadah tidak kurang ada juga yang dilarikan oleh warga asing kenegara mereka.Ada juga dikalangan gadis-gadis muslim yang menjadi mangsa rompak,rogol dan bunuh,semuanya gara-gara percayakan teman lelaki yang baru dikenali dalam FB.

Kes terbaru melibatkan remaja 14 tahun menjadi mangsa rogol 9 orang lelaki ,juga gara-gara FB.Zaman sekarang zaman fitnah zaman yang Rasulullah s.a.w pernah sebitkan bahawa suatu hari nanti fitnah akan memasuki rumah-rumah orang Islam .

Inilah fitnahnya ,fitnah TV,fitnah internet dan yang paling bahaya sekarang fitnah FB.


[UM] KUALA LUMPUR 26 April - Perkenalan seorang remaja dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Facebook menjadi mimpi ngeri apabila dia menjadi mangsa 'kenduri seks' sembilan lelaki di sebuah rumah teres di Mahkota Cheras, dekat sini Sabtu lalu.

Sebelum kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun dikatakan keluar menaiki teksi dari rumahnya di Kondominium Rakyat, Pantai Dalam, kira-kira pukul 7 pagi untuk menemui rakan lelaki yang baru dikenali menerusi laman sosial tersebut.

Bagaimanapun, sebaik sahaja bertemu di lokasi dijanjikan, suspek membawa seorang rakannya menaiki sebuah kereta Proton Saga ke rumah mereka.

Sebaik sahaja sampai, terdapat tiga lagi lelaki yang merupakan rakan suspek. Salah seorang suspek telah mendekati mangsa untuk mengadakan seks namun remaja itu yang enggan menurut kemahuannya telah dipukul lalu dirogol.

Suspek dikatakan memanggil empat lagi rakan lelakinya datang ke rumah tersebut sebelum menjadikan mangsa sebagai 'kenduri seks' beramai-ramai.

Kejadian malang itu berakhir kira-kira pukul 9 malam selepas mangsa berjaya melarikan diri ketika dibawa salah seorang suspek ke restoran makanan tom yam.

Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum dibawa ke hospital berdekatan bagi pemeriksaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob ketika dihubungi UM di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Kesemua suspek terbabit dipercayai berusia 20-an," katanya.

Sumber
Nak buat macammana benda ni dah tak terkawal ,jika ibu bapa tak benarkan budak-budak sekolah ni ber FB dirumah ,diaorang akan ke cybercafe.
Ibubapa dan kerajaanpun dah tak boleh buat apadah dengan keadaan sekarang

Adakah sampai masanya nanti akan ada pendapat ulama' yang mengharamkan Fb untuk gadis-gadis muslim? wallahua'lam.dalam kaedah Fiqah walaupun asal sesuatu benda itu harus tapi jika memudaratkan ia boleh menjadi haram.
Cari N3 lama-lama disini

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


TRICUBES dapat RM5.5 juta dari MAVCAP ...

Posted: 27 Apr 2011 10:41 PM PDT


Malaysia Venture Capital Management Bhd (MAVCAP) has invested RM5.5 million directly into Tricubes Bhd's subsidiary, Tam Tam Sdn Bhd.

Its Chairman, Datuk Dr Abdul Samad Haji Alias, said Tam Tam's business portfolio included providing a mobile software service called "Sales Force Automation Software" which catered for small-and-medium enterprises.

He said as the largest venture capital company in the country, MAVCAP would remain steadfast in its commitment to catalyse the development of Malaysia's venture capital industry and spur the growth of information, communication and technology companies.

Earlier in a filing to Bursa Malaysia, Tricubes Bhd said MAVCAP had invested in Tam Tam by subscribing to 400,000 Redeemable Convertible Preference Shares (RCPS) of 10 sen each, with a premium of RM13.65 each, for RM5.5 million.

The RCPS shall be subscribed in two tranches of 254,546 RCPS and 145,454 RCPS for RM3.5 million and RM2 million, respectively. -- Bernama

ADUN BN derhaka kepada Yang Dipertuan Besar

Posted: 27 Apr 2011 09:55 PM PDT

Ini bukan kali pertama Zainal Abidin menimbulkan kekecohan dan menghina Dun Negeri Sembilan.

SEREMBAN: Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin menggesa Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, mengambil tindakan tegas ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad di atas tindakan beliau yang menghina Dewan Undangan Negeri (Dun) ketika membahaskan titah DiRaja.

Badrul Hisham mengulas demikian merujuk tindakan Zainal Abidin dari Barisan Nasional (BN) yang melaungkan perkataan lucah kepada Adun Bahau, Teo Kok Seong (DAP) pada persidangan Pertama Penggal Keempat Dun yang ke-12 kelmarin.

"Ini bukan kali pertama Zainal Abidin menimbulkan kekecohan di dalam Dun tersebut tetapi beliau juga pernah mencarut perkataan yang sama terhadap Adun Port Dickson, M. Ravi ketika persidangan Dun pada 24 November lalu.

"Tindakan ini dilihat disengajakan untuk menghina orang India dan kaum wanita, tidak mungkin beliau tidak sengaja 'termencarut' kerana beliau menggunakan perkataan Tamil untuk mencarut yang bukan bahasa Ibunda beliau.

"Insiden itu jelas membuktikan bahawa Adun BN gagal berhujah dengan baik sebaliknya membazirkan wang rakyat melalui persidangan Dun dengan mencarut dan tidak serius.

Malah Speaker Dun juga tidak mampu mengendalikan persidangan Dun dengan berkesan", kata Badrul Hisham yang lebih di kenali sebagai Chegu Bard.

Adun BN derhaka kepada YDB

Chegu Bard juga berkata bahawa perangai Adun BN tersebut sudah melampau dan mempermainkan rakyat.

"Ini membuktikan juga sikap munafik Umno, media dan organisasi lain yang kononnya merupakan pembela Raja dan Melayu.

"Jika kejadian seperti ini berlaku di negeri bukan diterajui BN atau dilakukan oleh Adun Pakatan Rakyat (PR) misalannya sudah tentu isu ini akan heboh dan kecoh.

"Tetapi oleh kerana ia negeri dibawah cengkaman BN dan membabitkan Adun BN maka ia ditutup begitu sahaja. Makin jelas sebenarnya mereka hanya bertegas berdasarkan kepentingan politik semata-mata", ulas Chegu Bard lagi.

Kekecohan yang berlaku pada persidangan Dun kelmarin bermula apabila Kok Seong dalam perbahasan beliau menafikan kenyataan sesetengah "pihak" bahawa mengundi untuk pembangkang boleh menggugat perpaduan kaum.

Maka Kok Seong menjelaskan dakwaan itu tidak benar kerana rakyat di negeri pemerintahan PR seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan hidup dengan aman makmur.

Kok Seong juga turut menamakan Perak dalam senarai tersebut tetapi beliau berkata Perak kemudian dirampas oleh lanun maka Zainal Abidin bingkas bangun dan menjerit perkataan lucah.

Adun Klawang Yunus Rahmat menyalahkan Kok Seong kerana gunakan perkataan lanun. Bagaimanapun Kok Seong menjelaskan di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bahawa perkataan lanun membawa maksud merampas. - FMT

Dunai hiburan hipokrit - Bob Lokman nekad bersara

Posted: 27 Apr 2011 08:47 PM PDT

                     Bob, Din Beramboi (allahyarham) dan Aflin semasa program Raja Lawak Astro

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

PETALING JAYA: Pelawak Bob Lokman, 47, akhirnya membuat keputusan muktamad untuk bersara sebagai seorang pelakon selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah selain menjadi ahli PAS.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia sudah tidak mempercayai dunia hiburan yang dianggapnya sebagai hipokrit selain terdapat unsur-unsur yang tidak baik di dalamnya.

"Saya membuat keputusan untuk bersara kerana mendapati selama berkecimpung dalam dunia seni, banyak perkara yang tidak elok berlaku dalam bidang itu.

"Lagipun saya merasakan sekarang tibalah masanya untuk saya beralih menjadi seorang pendakwah," katanya kepada mStar Online, di sini, Rabu.

Bob yang pernah popular dengan lirik ciptaannya, Issabella nyanyian kumpulan Search memberitahu, dia tidak menyesal dengan keputusan tersebut walaupun rezekinya sebagai pendakwah tidak semewah berbanding ketika dia menjadi artis dahulu.

Bagaimanapun Bob yang mempunyai masalah penyakit Pankreas itu reda dengan hal itu demi mendapatkan hidayah dan berkat di dunia dan akhirat nanti.

Tambahnya, sejak 19 Februari lalu, dia kini lebih selesa berdakwah dan sekurang-kurangnya memberi ceramah sebanyak tiga kali sehari.

"Sebelum meninggal dunia, lebih baik saya melakukan amal jariah sebanyak yang mungkin. Sekurang-kurangnya, saya tidak mati dalam keadaan yang leka dan melakukan perkara yang sia-sia.

"Sebenarnya industri hiburan kita boleh menjadi lebih elok jika kita ubah sistemnya kerana Islam membenarkan umatnya melakukan apa sahaja tetapi dengan syarat-syarat tertentu," tuturnya.

Kata Bob, sejak bergelar seorang pendakwah, dia jarang bertemu dengan rakan-rakan artisnya melainkan mereka yang mendengar ceramahnya atau bertemu dia di masjid antaranya ialah Cico, Abu Bakar Omar, Wahid Senario, Adam AF dan Ahmad Fedtri Yahya - mStar

Video seks : Polis restui blogger UMNO

Posted: 27 Apr 2011 07:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak pihak polis untuk menahan dan menyoal siasat pemilik laman web dan penulis blog yang menyebarkan sedutan rakaman video fitnah yang mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Strategi dan Politik, Rafizi Ramli berkata, polis dan pimpinan Umno-Barisan Nasional merestui perbuatan individu tersebut, sebagai sebahagian dari perancangan jahat untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat.

"Mengapa sehingga kini polis tidak memanggil blogger Papagomo tersebut dan lain-lain yang menyebarkannya?,"

"Sedangkan ketiga-tiga saksi (Datuk T) mengakui, selain dari pihak polis, hanya mereka yang mempunyai salinan video. Soalnya, bagaimana maklumat tersebut bocor kepada blogger dan disiarkan di dalam internet?," katanya kepada Keadilandaily.com

Rafizi mendakwa seolah-olah wujud 'kerjasama' di antara pihak berkuasa dengan rangkaian blogger yang membocorkan video fitnah itu yang kini masih dalam siasatan pihak polis.

"Bahkan kita lihat, kenyataan polis turut berbaur politik. Tidak lain tindakan ini merupakan sebahagian dari konspirasi politik bertujuan untuk mencalar kredibliti Ketua Umum KEADILAN," ujarnya.

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam reaksinya berkata, tindakan blogger tersebut melampau, keterlaluan dan memalukan apabila berniat jahat dengan meletakkan tajuk video yang mengaitkan nama keluarga Anwar Ibrahim.

"Apakah Umno dan Barisan Nasional begitu terdesak dan tiada hujah untuk menghadapi pilhan raya umum akan datang, sehingga membawa fitnah dan mengaitkan nama keluarganya?

"Saya sangat bimbang masa depan negara semakin gelap berikutan isu yang dibawa media bukan lagi berkenaan permasalahan rakyat, tetapi penyebaran fitnah politik yang dibawa secara lucah untuk menundukkan saingan.

"Kerajaan hari ini seolah-olah mahu mendidik rakyat dengan mencipta persepsi politik melalui cara yang jijik, apabila secara fitnah ia disebar secara terang-terangan," kata Surendran.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12398

Video seks : 10 Soalan UMNO kena jawab

Posted: 27 Apr 2011 06:40 PM PDT

Nampaknya umno memang membabikan seluruh rakyat malaysia dalam permainan babi dia yang jelas tak berfaedah buat rakyat malaysia. Enh nanti dulu. Kenapa aku membabitkan babi pula kat sini? Babi tak pandai fitnah orang. Jadi disini jelas babi itu lebih baik dari orang yang membuat fitnah. Jika begitu statement aku sebentar tadi patut ditukar. Nampaknya umno memang sedaya upaya cuba meng-umno-kan [baca : mensyaitankan] rakyat malaysia dengan permainan fitnah yang mengheret rakyat jelata ke kancah kepornoan.


Mungkin umno mendapat inspirasi dari filem terbaru indonesia iaitu 13 cara memanggil syaitan untuk memantapkan jalan cerita ini. Syabas diucapkan. Memang untuk menghidupkan watak porno perlu kita melayan filem porno terlebih dahulu. Jangan terkantoi lagi buat kali yang entah ke berapa aku pun tak terkira. Tetapi saiful boleh lah di anggap sebagai ikon kantoi semalaysia yang terkenal tahap worldwide.

Hari ini kita semua tahu yang umno telah mengedarkan video seks kedua yang mana mukanya mirip dsai [padahal tak mirip langsung dalam video ini] di youtube dan tv3. Memang betul umno sudah tentu akan sedaya upaya menafikan bahawa bukan mereka yang edarkan video itu walaupun kita tahu tv3 ialah syarikat proksi umno.

Bagi aku tujuan umno edarkan video itu adalah cuma 1 sebab sahaja. Iaitu mereka mahu kumpul ataupun collect pandangan rakyat marhaen atas isu ini. Setelah mendalami sedalam dalamnya isu ini aku dapati ;

1. Tujuan utama video ini diedarkan bukan untuk attack peribadi anwar namun itu adalah salah satu kelebihan yang mereka dapat jika rakyat hilang kepercayaan terhadap dsai.

2. Mereka cuma nak lihat berapa ramai yang sokong anwar itu aje. Lebih kurang macam survey. So inilah yang umno buat sebenar. Mereka edar satu video dan mereka tunggu dan lihat reaksi orang ramai.

3. Kenapa susah payah nak baca reaksi orang ramai? Mudah. Mereka ada plan yang lain. Iaitu nak masukkan dsai ke dalam penjara. Kalau pun tak dapat masuk ke penjara sungai buloh, cukuplah dsai dikenakan tahanan rumah dan dilarang untuk berpolitik lagi. Jika rakyat masih berpihak kepada dsai dan pr ini bermaksud harapan untuk rakyat berdemo dan reformasi akan berulang semula. Ini sudah tentu akan menjejaskan kepimpinan najib. Najib tidak mahu lepas jawatan sepertimana mahathir. Najib juga tidak mahu tanggung risiko kalah dalam PRU-13 jika mengheret dsai ke penjara secara keras dan paksa. Sebab itu dia perlu tahu [mengkaji] sebanyak mana sokongan rakyat terhadap dsai.

4.Kenapa anwar neh penting sangat? Sapa dia? Sapa? Dia neh adalah watak utama yang sedang struggle nak satukan dap dan pas. Dap dan pas memang tak sepakat dalam banyak hal yang melibatkan akidah umat islam. Atas sebab apa dap dan pas berkompromi sesama mereka kerana anwar dan pkr. Ini hakikat.

5. Selagi anwar ada, selagi itu anwar akan pastikan pakatan rakyat survive. Walaupun brhadapan dengan pelbagai liku. Yang pasti motif umno nak jatuhkan dsai. Jatuhkan pkr. Jika itu berlaku maka dap dan pas akan terang2 tunjuk taring [perjuangan dan matlamat] masing2. Dan bila itu berlaku pakatan akan berpecah. Yang sokong dap, undi dap. Yang sokong pas, undi pas. Takan ngam dua parti ini sampai abadi sehingga ada yang mengamkan mereka.

6. Anwar tak tentu berjaya satukan dap dan pas untuk selama-lamanya. Sebab tue aku heran apasal umno kemaruk sangat nak jatuhkan anwar secara zalim dan merepek. Kenapa umno takut secara keterlaluan pula? Whoor selagi anwar ada kuasa untuk menyatukan dua parti ini maka selagi itulah pakatan rakyat ada harapan untuk amek alih putrajaya. Bila ada harapan itu, maka secara automatik peluang untuk umno hilang kuasa juga ada. Inilah yang paling ditakuti mereka.

Berbalik kepada isu video seks tadi, setelah aku menonton part 1 dan part 2 aku nak tanyalah kepada penyokong2 umno dan umno sendiri 10 soalan ini. Aku takmo berikan analisis aku kali neh. Aku takmo masuk perangkap umno macam dulu. Sangka aku umno nak jatuhkan karakter dsai sahaja. Rupanya mereka ada misi yang lain juga. Lebih kurang baling satu batu 5,6 ekor burung mampos sekaligus.

10 soalan ini umno perlu jawab. Jangan bagi alasan. Jawab kalau berani.

1. Eskay kata hanya dia memiliki salinan tunggal video terbabit. Telah dia serahkan kepada polis. Tetapi kenapa rakaman video itu boleh tersebar keluar? Adakah pdrm sendiri yang sebarkan? Jika ya, adakan pdrm akan dakwa diri mereka sendiri sebab sebarkan rakaman lucah?

2. Eskay kata ia berlaku di hotel kuala lumpur pada awalnya. Kemudiannya di thailand. Kemudian di kuala lumpur balik tapi kali ini appartment. Jadi dimanakah lokasi yang betul? Jika polis berada di tempat yang benar, maka sila dedahkan lokasi sebenar tempat aksi itu dirakam.

3. Kenapa tidak dedahkan pemilik jam omega sedangkan itulah yang penyokong umno dan ahli parlimen kerajaan dok bising2 sebelum itu?

4. Kenapa polis tidak panggil pakar dari korea itu datang ke malaysia dan membuat statement secara terbuka di sini sambil menjelaskan secara terperinci kaedah yang digunapakai untuk mengesan bahawa video itu tulen? Whorr kejap. Kenapa korea? Kerana k-pop? Ataupun kerana rata2 rakyat malaysia percaya kepada korea kerana mereka mempunyai teknologi yang canggih maka kesempatan ini digunakan untuk mencipta satu lagi persepsi?

5. Polis banyak kali sebut bahawa video itu tulen. Ya. Jadi bilakah masa yang sesuai untuk polis memberikan fakta kepada kami bagaimanakah polis membuktikan bahawa video itu tulen? Saya tak percayakan cakap polis. Maaf. Arwah sarbani dan aminulrashid yang meninggal menjadi antara sebab kenapa kata2 polis adalah perkara yang sangat2 sukar untuk saya percaya buat masakini.

6. Kenapa dalam video pertama di upload dari thailand?Adakah ini untuk memadankan dengan cerita eskay bahawa dsai selalu ke thailand? Kenapa ada sarikata thailand untuk menutup masa di video pertama? Kenapa tiada bunyi malahan bunyi desiran angin pun takde. Kenapa?

7. Kenapa video kedua di upload dari indonesia pula? Kali neh tiada sarikata indonesia? Babak selepas mandi? Kenapa edarkan sedangkan ulama dan mufti sudah menegur perbuatan ini salah dan bercanggahan dengan islam. Tak faham bahasa atau tak faham islam?

8. Dalam video klip pertama dsai tidak mempunyai janggut. Tetapi ketika dsai pergi ke mahkamah keesokkan hari janggut dia tumbuh. Dalam video klip kedua ditunjukkan perut dsai yang boroi. Tetapi dalam gambar mahkamah dsai hari selepasnya menunjukkan bahawa perut dsai kurus. Adakah kamera cctv pandai buat kamera trick macam yang diperkatakan oleh kicdefella? Ini cctv live. Amek kamera handphone. Rakam diri kita sendiri. Sebagaimana beza pun kita dengan gambar asal ianya takan boleh menghilangkan janggut dan membuncitkan perut dengan sangat keterlaluan melainkan ia di edit terlebih dahulu sebelum di videokan. Jika berlaku editing sebelum itu, maka untuk apa? Untuk apa membuncitkan perut dsai dan menghilangkan janggut pula? Bukan kah ini akan menambahkan keraguan. Hujah kickdefella membuktikan bahawa orang yang sama boleh berubah2 jika berlaku proses mengedit. Sebab itu aku rasa aneh. Kenapa nak edit atau sunting apa2 bahagian dalam video ini pula kalau benar ia tulen? Itupun tak masuk lagi muka dsai yang hehehe.. korang tengoklah kat atas sendiri [rujuk gambar atas].

9. Eskay serah dna tadi. Lagi pelik. Kenapa dia serah dna pula kepada polis? Malahan dalam berita tv3 tadi dia cakap dia serahkan dna secara suci ahti dan sukarela menyerahkan dna kepada pihak polis dan sanggup memberikan kerjasama penuh. Aik. Kenapa dna lagi?

10. Last tapi inilah yang paling penting. Kenapa tidak umno dan kerajaan proceed dengan RCI? Bukan kah itu laungan umno dan kerajaan bahawa dsai perlu diadili bagi membuktikan mereka [umno] di pihak yang benar? Teruskan. Hari rabu sudah brlalu banyak kali. Nazri cakap kabinet nak bermesyuarat bagi menentukan wajar atau tidak RCI dibentuk bagi siasat kes ini. Cepat. Takan dah lupa kot. Proceed je RCI. Mari kita lihat siapa yang kena. Jangan main tarik tali. Jangan cakap belit2. Jangan serang dsai macam neh. Bentuk RCI segera.

Mungkin umno takut kot. Sebab akan mendedahkan kelemahan mereka.Yang paling utama mereka kena dedahkan kandungan video dan vcd video itu kot. Lepas itu kamera cctv. Lepas itu jam omega. Lepas itu lokasi kejadian. Kemudian perempuan. Kemudian pemilik premis. Kemudian pemandu dsai yang bawa dsai ke sana. Arhh sudah. Makin panjang isu neh. Sangka mereka dsai menentang RCI. Tapi mereka silap. Arh sudah. Maka mereka buat2 lupa pasal RCI pula? Heh.

Sedar tak sedar clue di manakah lokasi kejadian adalah antara perkara utama yang polis akan dedahkan jika perkara ini benar2 berlaku. Tapi sayang nak dedahkan lokasi pun polis takut. Eskay pula cakap belit2. Kejap nak bersumpah. Kejap paksa dsai bersumpah. Bila sesi berita nak sumpah menyumpah berakhir tiba2 muncul pula video seks part II. Cuba cakap dengan jelas. Bila kah tarikh sebenar video seks itu dirakam dan di mana kah lokasi kejadian? Bukan apa, kalau lokasi pun mereka ubah2 kejap sana kejap sini tak mustahil mereka boleh ubah2 tarikh kejadian pula. Tak percaya cakap aku? Takpe. Masa akan membuktikan hujah aku benar. Tunggu dan lihat

Siar fitnah : Utusan tak beretika - Idris Ahmad

Posted: 27 Apr 2011 06:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, Utusan tidak beretika apabila melaporkan secara semborono perkembangan kes perbicaraan Fitnah II membabitkan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau merujuk laporan Utusan Malaysia semalam dengan tajuk berita utama 'Anwar Lelaki Y', yang menjurus kepada usaha membina persepsi bagi menyatakan Anwar bersalah dalam kes itu.

Menurut Idris, ia salah dari segi etika kewartawanan kerana mendahului keputusan mahkamah, sedangkan berita tersebut pula hanya berpihak kepada hujah Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

"Ini merupakan suatu tindakan yang tidak beretika. Masalahnya, mengapa dalam akhbar yang sama tidak pula melaporkan hujahan oleh peguam bela," soal Idris.

Beliau menjelaskan demikian, berikutan timbulnya kekeliruan di kalangan orang Melayu yang beragama Islam, apabila dilambakkan dengan pelbagai maklumat dan berita yang bersifat spekulasi semata-mata.

Menurutnya, Islam telah menganjurkan kepada umatnya kaedah 'Tabayun' iaitu tatacara dalam menguruskan maklumat atau pun sumber bagi sesuatu berita.

"Dari segi maklumat atau berita, tidak sepenuhnya kita yang mendapat perkhabaran itu untuk terima atau tolak. Tetapi adalah wajib untuk kita selidiki terlebih dahulu sumber-sumbernya," kata Idris kepada Keadilandaily.

Justeru, beliau mengingatkan kepada wartawan dan editor akhbar supaya berhati-hati dalam membuat laporan.

"Ini kerana fitnah yang berbentuk tulisan lebih berbahaya daripada fitnah yang berbentuk perkataan. Fitnah yang berbentuk tulisan ini orang akan simpan kerana ia kekal," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12380

Kampung Wifi atau Kampung 'Wife-I'?

Posted: 27 Apr 2011 05:39 PM PDT

Oleh: SHAHIRAH ABDUL HALIM

MENTERI Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim dibidas kerana melakukan pembohongan dan melakukan jenayah pilihanraya dengan mengumumkan projek Kampung Wifi pada pilihanraya kecil Batu Sapi, November 2010.

Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan mendakwa Rais telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan berbohong kepada para pengundi di Batu Sapi dengan pengumuman enam buah kampung iaitu Kampung Air, Kampung Karamunting Lama, Kampung Karamunting Baru, sebahagian Kampung Bokara, Kampung Lupak Meluas dan Flat MPS akan dijadikan Kampung Tanpa Wayar (Kampung Wifi).

"Sehingga kini, hanya sebuah kampung iaitu Flat MPS yang mendapat kemudahan berkenaan, itupun lebih banyak rosak daripada beroperasi; kampung lain tidak langsung dipasang kemudahan berkenaan," ujar Zainuddin yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rapi kerana projek di lima kampung berkenaan sepatutnya siap serentak dengan Flat MPS.

Menurut Zainuddin, pihaknya menerima aduan daripada penduduk lima kampung berkenaan yang terpedaya dengan janji Rais yang dibuat pada 1 November 2010 menjelang pilihanraya kecil parlimen Batu Sapi bahawa kemudahan 'Kampung Wifi' berkenaan merupakan sebahagian daripada 500 kemudahan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi termasuk penggunaan Internet yang akan dipasang di seluruh Sabah melalui kenyataan media bertajuk '6 Kampung Dapat Kemudahan WiFi'.

"Kini penduduk kampung mempersenda Kampung WiFi sebagai Kampung 'Wife-I' (Isteri Saya) kerana mereka tidak menikmati sebarang kemudahan yang dijanjikan Rais," ujar Zainuddin yang mendesak agar rakyat di lima buah kampung berkenaan menolak BN pada pilihanraya umum akan datang.

Dalam pada itu, Zainuddin turut mencabar Rais supaya menyamannya kerana beliau yang membuat kenyataan dan tidak memangsakan Sabahkini.net yang menyiarkan kenyataan beliau melalui dua artikel bertajuk 'PKR Cabar Rais Sumpah Laknat' dan 'Rais Yatim Seperti 'Belut Bodoh'?

"Apakah Rais yakin dengan mengheret Sabahkini.net ke mahkamah, isu ini akan selesai? Dia silap kerana selagi Robengah tidak dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagaimana Rais mahu menyaman Sabahkini.net?," ujar Zainuddin yang menggesa agar polis dan Peguam Negara mempercepatkan siasatan terhadap laporan polis yang dibuat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Zainuddin turut mencadangkan agar Rais dan Robengah menjalani 'Ujian Mengesan Pembohongan' bagi mengelak mereka membuat akuan palsu demi untuk menyelamatkan diri masing-masing. - sabahkini

Datuk 66, nenek 60 ditangkap khalwat

Posted: 27 Apr 2011 05:14 PM PDT

KANGAR: Memalukan apabila sepasang warga emas mengaku bersekedudukan ketika dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam atas kesalahan berkhalwat pada awal tahun ini.

Tertuduh, Salleh Nyan, 66, duda dan pasangannya yang juga janda, Azizah Saad, 60, membuat pengakuan berkenaan apabila dihadapkan di depan Hakim Syarie Azeman Omar.

Pendakwaan dilakukan Pendakwa Raya Syarie, Fakhrurrazi Mahdzir.

Mengikut pertuduhan, warga emas terbabit berkurung di dalam rumah di No 254, Kampung Permatang Pauh, Simpang Empat, dekat sini, kira-kira jam 2.25 pagi pada 17 Januari lalu.

Berdasarkan fakta kes, ketika serbuan dilakukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), kedua-dua tertuduh enggan membuka pintu biarpun diketuk beberapa kali.

Tertuduh lelaki didakwa mengikut Seksyen 9(1) Enakmen Jenayah dalam Syarak Negeri Perlis 1991 manakala Azizah dituduh mengikut Seksyen 9(1)(2) enakmen sama yang boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Fakhrurrazi dalam prosiding berkata, kedua-dua tertuduh orang berusia dan kelakuan berdua-duaan sehingga lewat pagi boleh menimbulkan syak dan mendorong kepada zina.

Katanya, mereka perlu dikenakan hukuman yang boleh memberi pengajaran termasuk sebagai ingatan kepada orang lain.

"Justeru, saya mohon mahkamah mengenakan denda maksimum terhadap tertuduh," katanya.

Salleh dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan denda dengan alasan tidak mampu untuk bekerja, menghidap kencing manis, darah tinggi dan sudah bertaubat dengan tidak mengulangi perbuatan itu.

Azeman menjatuhkan hukuman denda kepada Salleh sebanyak RM2,200 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda, manakala Azizah didenda RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal menjelaskan denda - mymetro

Tiada lagi Pilihanraya Kecil Parlimen selepas 28 April

Posted: 27 Apr 2011 10:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 April — Negara yang menyaksikan 16 pilihan raya kecil — jumlah yang sama dengan sepanjang tempoh 1986 hingga 1995 — tidak akan mengadakan pilihan raya kecil bagi peringkat Parlimen selepas hari ini melainkan jika ada keperluan khas untuk berbuat demikian.

Ini termasuklah kerusi Parlimen Batu, yang disandang PKR, yang statusnya menanti keputusan mahkamah rayuan.

Mengikut perundangan negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil melainkan jika ada keperluan khas.

"Selepas hari ini jika ada kekosongan, bagi kerusi Parlimen, tidak akan diadakan lagi pilihan raya kecil," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Tarikh Dewan Rakyat bersidang 28 April, jadi mengambil kira tarikh itu, bermakna jika ada kekosongan selepas hari ini, pilihan raya kecil tidak akan diadakan," kata beliau.

"Jadi, jika berlaku kekosongan luar jangka, mengambil kira genap tiga tahun persidangan Dewan Rakyat, maka tidak akan ada pilihan raya kecil," kata beliau sambil menyifatkan sebanyak 16 pilihan raya kecil dalam tempoh tiga tahun sebagai satu jumlah yang banyak dan menjadi "ruang latihan praktikal" kepada kakitangan SPR.

Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa satu-satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat mandat Parlimen. Mandat semasa kerajaan pusat akan berakhir April 2013.

Pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008.

Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata tempoh akhir bagi mengadakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri adalah berbeza kerana kali pertama persidangan adalah berbeza mengikut negeri masing-masing.

"Mengikut maklumat yang ada, Pahang negeri terakhir mengadakan sidang pertama Dewan Undangan Negeri selepas pilihan raya umum, akhir bulan Mei.

"Jadi ada masa lagi masa untuk (diadakan) pilihan raya kecil (jika berlaku kekosongan luar jangka) bagi kebanyakan negeri dengan Pahang sehingga bulan Mei," katanya lagi.

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pahang mengangkat sumpah pada 21 Mei 2008 — dua bulan selepas pilihan raya umum ke-12.

Daripada 16 pilihan raya kecil, kerusi-kerusi Parlimen yang menyaksikan pilihanr raya kecil ialah Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi.
Kecuali kerusi Hulu Selangor dan Batu Sapi, yang lain dimenangi Pakatan Rakyat (PR). Barisan Nasional (BN) merampas Hulu Selangor daripada PR manakala PR pula menawan Kuala Terengganu dimenangi BN pada 2008.

Kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri yang menyaksikan pilihan raya kecil ialah Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Untuk mengadakan 16 pilihan raya kecil, kerajaan telah menanggung kos lebih RM11 juta.

Mengikut maklumat diberikan di Dewan Rakyat akhir bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Permatang Pauh menelan kos RM409,000, Kuala Terengganu (RM325,416), Bukit Gantang (RM460,971), Bukit Selambau (RM318,000), Batang Ai (RM391,700), Penanti (RM514,600), Manik Urai (RM548,003), Permatang Pasir (RM461,367), Bagan Pinang (RM449,485), Hulu Selangor (RM1.2 juta), Sibu (RM1 juta), Batu Sapi (RM1.29 juta), Galas (RM1.05 juta), Tenang (RM1.1 juta), Merlimau (RM755,000) dan Kerdau (RM915,000).

Katanya, kerajaan tidak bercadang untuk menggunakan kaedah lain bagi menggantikan pilihan raya kecil kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya Kecil 1958.

Menurut Wan Ahmad, kos itu hanya membabitkan pihak SPR tanpa mengambil kira perbelanjaan oleh agensi-agensi lain seperti polis.

Mengikut rekod, negara menyaksikan 16 pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ketujuh dan tiga bulan sebelum pilihan raya umum kelapan pada November 1990.
Malah, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan antara tempoh selepas pilihan raya umum 1990 menjelang pilihan raya umum April 1995.

Pun begitu negara pernah berhadapan dengan 17 pilihan raya kecil — jumlah tertinggi sejak awal 1980-an — yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999.

Kini tiga kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh, Pelabuhan Klang dan Lenggeng menunggu keputusan mahkamah rayuan.

Bagaimanapun pemerhati dan penganalis melihat kemungkinan tidak akan ada pilihan raya kecil membabitkan ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri itu dan kawasan Parlimen kerana ia boleh melalui peringkat rayuan lebih tinggi selepas ini.

Macamana PKR boleh berubah wajah?

Posted: 27 Apr 2011 09:38 AM PDT

Beban yang digalas oleh PKR untuk bertanding di 49 kerusi, termasuk yang sukar dimenangi pada pilihan raya Sarawak, 16 April lalu akan dibawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat, kata pengarah strateginya, Rafizi Ramli.

Pada pilihan raya itu, PKR yang sepatutnya bertanding di 25 DUN sahaja tetapi akhirnya terpaksa bertanding di 24 kerusi tambahan bagi mengelakkan BN menang percuma pada hari penamaan calon.

"Saya berpendapat beban ini sepatutnya dikongsi bersama (dengan parti lain dalam Pakatan)," katanya ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu. -
Mkini.

Macamana pulak tiba-tiba PKR boleh berubah wajah.

Sebelum PRN Sarawak dulu, PRK nampak cukup berlagak dan cukup tamak. Sampaikan sanggup berpatah arang dengan SNAP.

Punya la tamak PKR sampai hanya tawarkan cuma 3 kerusi saja kepada SNAP. Mana la tak marah SNAP dihina sampai macam tu sekali. Tak sesuai langsung untuk sebuah parti orang dayak tertua di Sarawak.

Kalau la masa tu PKR tawarkan 24 kerusi DUN tu kepada SNAP dah tentu tak timbul soal beban.

Masa belum pilihanraya hari tu sembang bukan main kemas lagi, tapi bila dah kalah teruk bunyi macam lain pulak.

Macam yang aku tulis sebelum ni, kalau pun betul SNAP tu balaci Umno, terbukti PRK takkan rugi tara mana sangat pun.


Kalaupun mungkin dengan SNAP bersama Pakatan Rakyat masa PRN lepas dan Pakatan Rakyat menang majoriti kerusi dan tiba-tiba calon SNAP yang menang melompat masuk BN, Baru Bian tetap tak boleh jadi Ketua Menteri, sama macam la jugak. Tapi sekurang-kurangnya, kemarahan rakyat Sarawak tentu punya akan lebih meningkat bila ada wakil rakyat yang berubah jadi katak.

Ataupun, mungkinkah kenyataan dari Rafizi ni sebenarnya suara Anwar nak belasah Ezam Azmin sebagai pengarah pilihanraya PKR yang nyata gagal di Sarawak?

sumber : zakri ali

Video seks - Kami tak akan tunduk : Nurul Izzah

Posted: 27 Apr 2011 06:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mengulangi ketegasan bahawa individu dalam rakaman video seks fitnah- bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya beliau menyifatkan ia sebagai usaha jijik dan terdesak  Umno-Barisan Nasional untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

"Kami tidak akan tunduk ataupun takut dengan taktik sedemikian," kata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, ketika mengulas sedutan kedua rakaman video fitnah yang ditayangkan di internet oleh bloger pro Umno-BN hari ini.

Nurul menegaskan bahawa beliau serta ahli keluarganya tetap berdiri teguh bersama Anwar dalam menolak fitnah jahat berkenaan.

"Ini usaha paling terdesak yang terbaru bagi memusnahkan semangat juang kami dari landasan reformasi yang sangat diperlukan bagi negara ini," tegas beliau.

Nurul, yang juga anak sulung Anwar itu dalam masa yang sama menyeru rakyat Malaysia supaya bangkit melawan politik kotor Umno-BN.

"Kami menyeru semua rakyat Malaysia, abang dan adik, ibu dan bapa untuk bangun melawan politik jijik ini. Mari kita berusaha untuk merealisasikan  satu negara Malaysia yang lebih baik," tegasnya.

Justeru itu, beliau turut mendesak supaya individu yang menyebarkan dan menayangkan video seks fitnah berkenaan- diheret ke muka pengadilan.

"Dalam semua keadaan, secara undang-undang, Islam dan undang-undang semulajadi- penjenayah sebenar adalah siapa yang menyebar video itu kepada awam," tegas nya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata, video seks fitnah tersebut bukan yang terakhir, malah BN akan memusnahkan Anwar dalam apa juga cara.

"Sesiapa yang melihat rakaman itu tahu ia bukan Anwar. Sepanjang yang kami tahu, BN akan terus melakukan perkara ini, sehingga pilihan raya umum. Jadi mereka perlu memusnahkan Anwar dalam apa jua keadaan," ujarnya.

Nik Nazmi, tanpa berselindung mendakwa Umno terlibat sebagai dalang video fitnah berkenaan.

"Sudah tentu video itu berada di tangan Umno. Ia tidak memerlukan seseorang itu genius untuk tahu perkara itu. Segalanya telah dirancang,"katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12386

SKMM Didesak Segerakan Siasatan Dalam Blog Muat Naik Video Seks

Posted: 27 Apr 2011 03:24 AM PDT

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) didesak menyegerakan siasatan bagi mengenal pasti identiti pemilik blog yang masih menyiarkan klip video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Blog www.papagomo.com pada Rabu memuat naik bahagian kedua rakaman video seks kontroversi yang dikaitkan dengan seorang pemimpin utama parti pembangkang.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Azen Mat Rasip berkata, SKMM bersetuju untuk membuka kertas siasatan berhubung aduan penyebaran klip video itu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Beberapa blog sudah ditutup sejak aduan difailkan pada 5 April lalu tetapi blog www.pisau.net dan www.papagomo.com masih boleh diakses serta terus menyiarkan klip video itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.

Rozan berkata perbuatan penyebaran klip video itu di kalangan pemilik blog terbabit sengaja dilakukan untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti Anwar selaku pemimpin utama pakatan pembangkang.

"Oleh itu, kami mahu siasatan disegerakan untuk mengenal pasti bagaimana klip video yang sepatutnya dimiliki trio Datuk T dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dimuat turun di Internet di kalangan pemilik blog," jelasnya yang juga Naib Ketua Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Video hitam putih kurang dua minit itu bocor pada 4 April lalu dan dikeluarkan daripada YouTube tidak lama selepas itu.

Sementara itu, Rozan berkata AMK tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan terhadap pemilik blog itu sekiranya klip video tersebut masih disiarkan.

Begitupun, tindakan susulan hanya akan diambil sekiranya SKMM berjaya mengenal pasti identiti individu terbabit.

"Saya tahu SKMM berdepan cabaran besar untuk mengenal pasti pemilik blog itu. Apapun, mereka perlu bekerja keras agar siasatan ini dapat diselesaikan dengan segera," tegasnya.

Rozan hadir ke pejabat SKMM bersama dua anggota pemuda AMK untuk memberi keterangan selama sejam berhubung aduan penyebaran video seks yang masih dalam siasatan pihak polis - mStar

Video seks bahagian 2

Posted: 27 Apr 2011 02:51 AM PDT


cerita di Blog PapaGomo

Ramai Islam di Semenanjung murtad

Posted: 27 Apr 2011 12:30 AM PDT

Oleh: MUTALIB M.D

ISU Murtad di Sabah bermula sejak era 1970-an apabila Kerajaan USNO melalui Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) mengIslamkan ramai bumiputera Sabah yang tidak beragama ketika itu dan memberi pelbagai insentif seperti lesen pembalakan dan kemudahan menunaikan haji secara percuma; namun mengabaikan tanggung jawab mereka menyebarkan syiar Islam.

Sejak daripada itu, ramai Islam Politik telah kembali mengamalkan anutan agama nenek moyang mereka termasuk kembali memakan makanan yang dihalalkan agama Islam dan murtad disebabkan USIA ketika itu hanya menjalankan misi sulit mengIslam bumiputera bukan Islam tetapi misi berkenaan gagal.

Akibatnya, Tun Mustapha (USNO) dan Datuk Harris Salleh (Berjaya) telah melaksanakan misi kedua meramaikan Umat Islam di Sabah untuk tujuan politik dengan memberi kerakyatan songsang kepada lebih 1.2 juta warga asing Filipina, Indonesia, Pakistan dan India untuk diternak sebagai pengundi yang kemudiannya membolehkan UMNO bertapak di Sabah.

Namun ramai warga asing yang bukan Islam, terutama penganut tegar Kristian seperti Visaya dan Tator mengambil kesempatan mendaftar dengan Skandal X-Files untuk mendapatkan kad pengenalan projek yang dikenali sebagai 'IC Projek Mahathir'.

Dasar 'Everyone Can Fly' yang diperjuangkan Air Asia menyebabkan ramai warga asing Filipina yang mendapat kad pengenalan atau MyKad projek tetapi masih beragama Kristian berhijrah ke Semenanjung Malaysia dan menetap di beberapa negeri seperti Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Walaupun kad pengenalan mereka menunjukkan nama dan agama mereka Islam, tetapi mereka menafikan beragama Islam sehingga memeningkan kepala Jabatan Agama Islam negeri-negeri berkenaan.

Berlaku pertembungan dan kejutan budaya apabila masyarakat tempatan membantah kehadiran mereka di Shah Alam (Selangor) dan Bukit Jambul (Pulau Pinang) kerana mereka secara wewenang memanggang babi sehingga menyebabkan umat Islam yang tinggal berhampiran mereka marah dan hampir mencetuskan perbalahan.

Jabatan Agama Islam gagal mengambil tindakan sekalipun mereka murtad dan kad pengenalan mereka menunjukkan mereka bernama Melayu dan mencatatkan agama mereka Islam tetapi mereka tidak mengaku beragama Islam.

"Nama saya Fernando. Saya mana tau kenapa mereka beri saya kad pengenalan bernama Muhammad Alias," ujar Fernando yang bekerja sebagai Penyelia di sebuah Pasaraya di Shah Alam dan masih mengamalkan ajaran Kristian kerana itulah hakikat yang terpaksa beliau hadapi.

Sebelum mendapat kad pengenalan, kata Fernando, beliau agak sukar bekerja kerana sering diburu pihak berkuasa, apatah lagi apabila pasportnya tamat tempoh.

"Saya dapat IC sekitar 1990-an di Kompleks Kuwasa Kota Kinabalu dan gunakan IC tersebut sehingga kini. Saya mengundi di Shah Alam sejak pilihanraya umum 2008," kata Fernando yang mengakui sebelum ini mengundi di Kampung Likas, Sabah.

Menurut Fernando, terdapat lebih kurang 600 orang Visaya di sekitar Shah Alam yang masih beragama Kristian tetapi menggunakan kad pengenalan projek yang telah disahkan Jabatan Pendaftaran Negara sebagai merujuk kepada mereka.

"Macam mana kita tidak panggang babi kerana itu makanan tradisi kita," ujar Fernando yang meminta maaf jika menyebabkan masyarakat Islam di sekitarnya tidak senang dengan kehadiran mereka - sabahkini