Khamis, 14 April 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


POLIS TELAH KENAL PASTI PELAKUN VIDEO, JIKA ANWAR ADAKAH RAKYAT PERCAYA?

Posted: 14 Apr 2011 10:00 PM PDT


Polis – orang dalam video itu dikenal pasti

Written by Webmaster
Thursday, 14 April 2011

Memetik kenyataan dari www.malaysiakini.com pihak polis telah mengenal pasti siapa yang terbabit dalam klip video lucah tersebut. Pihak polis telah mengenal pasti wanita tersebut. Pihak polis walau bagaimanapun tidak akan mendedahkan hasil siasatan dan siapa yang dikatakan terbabit sehingga semua siasatan selesai.

Setakat ini Datuk Eskay yang menjadi pemilik klip itu mengatakan Anwar Ibrahim adalah orang yang ada dalam video tersebut. Pemilik laman www.umno-reform2.com Anuar Mohd Nor adalah antara orang yang dapat menonton penuh video itu pada 21hb March 2011.

Mengenai wanita itu – apa yang dimaklumkan kepada Anuar Mohd Nor adalah, wanita itu ada disimpan oleh Datuk Eskay. Ini adalah jawapan beliau kepada pertanyaan Tan Sri Rahim Thamby Chik pada malam 21hb March 2011 di Shangrila Hotel – di mana Anuar Mohd Nor dan Badrul Hisham Shahrin mula mendapat penerangan dari Datuk Eskay yang sebelum ini mengaku bahawa beliau adalah Datuk T.

Datuk Eskay, sewaktu memberi penerangan kepada kami mengatakan bahawa tempat itu adalah di Hotel Kuala Lumpur dan beliau memang mengakui menjadi agen menyusun Anwar Ibrahim untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sebegitu. Kenyataan polis – sehingga hari ini amat tidak membantu dalam mengelak timbulnya – spekulasi demi spekulasi.

Kenyataan Ketua Polis – mengenai jam – kemudian memberi tahu sudah mengenal pasti lelaki dan wanita terlibat – mengumumkan berperingkat-peringkat menimbulkan berbagai-bagai tanda tanya. Apa pun – tujuan akhir penyiasatan isu video klip ini masih kurang pasti. Adakah polis akan membuat tuduhan kepada orang yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim? Adakah keperluan hasil siasatan siapa pemilik jam Omega itu dan yang penting, apa akan terjadi kepada mereka yang memiliki video tersebut dan membongkar – menayang dan mengedar klip video itu.

Setakat Anwar Ibrahim – sekiranya beliau dikenal pasti oleh polis sebagai watak dalam video tersebut – adakah penyokong beliau akan menerima bulat-bulat keputusan polis itu? Adakah video itu akan terus menjadi senjata bagi menumbangkan politik Anwar atau sebaliknya – video itu akan menjadi pendorong bangkitnya gerakan reformasi 1998 yang akan mengucar-ngacirkan senario politik negara kita ini.

Komen Seorang Pembaca:




pak ali - jadi agen tapi buat terkejut pula? |2011-04-14 22:23:01 kalau dah jadi agen aka bapak ayam lah..n kenapa buat terkejut pulak terjumpak video n br tahu perangai sebenar anwar, so kononnya tak mahu pm malaysia berlagak alim tapi...

Dan kalau dah jadi agen, kenapa tak kumpul jawi, jakim, polis, sprm dan segala kuasa yg ada utk kepung hotel tu n cekup time tu jugak? Kan senang cerita? Mcm dok tgkp org khalwat..apa susahnya.? Ni susah2 amik video lah, simpan pompuan lah, nak cari identiti lah..kerja gila dan tak msk akal langsung!

Lagipun susah sgt ke nak trace anwar kalau setakat hotel kat kl tu? Dan bodoh sgt ke dia nak cari masalah lagi? Tak nampak sgt gila sebegitu si anwar tu?! Atau hanya org yg gila je yg pikir mcm tu?

Semakin lama semakin jelas mengarutnya...

Agen 'pelacur' aka bapak ayam tak salah ke? Tak kisah, janji kalau implicate anwar maka semua org lain jadi tak salah..tgk video lucah awam pun tak salah, ada bnyk dna lain kat anus pun tak salah, anwar sorang je salah...nampak tak betapa mengarutnya semua benda ni? Sudah lah..anwar bukanlah sorang malaikat, tapi kita jgn pulak nak jadi iblis!

Sumber: Umno-Reform2

TAIB MAHMUD MUNGKIN MENANG, TAPI SARAWAK DITAWAN ?

Posted: 14 Apr 2011 08:00 PM PDT

Kebangkitan rakyat bakal ubah Sarawak – Anwar

Ribuan rakyat pelbagai etnik berhimpun menunjukkan isyarat kebangkitan rakyat kepada regim BN



Walau ditohmah, difitnah, ucapan Anwar tetap dinanti-nantikan rakyat Sarawak

SEMARIANG: Kebangkitan rakyat Sarawak melawan kezaliman regim Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri kali ini adalah sejarah yang belum pernah berlaku, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.

"Tidak pernah terjadi dalam sejarah Sarawak sebelum ini yang rakyat bangkit untuk membuat perubahan. "Kita bukan hanya mahu gantikan kerajaan, tetapi kita mahu ubah sistem yang rosak oleh pentadbiran BN," katanya pada program Grand Finale di sini, malam tadi.

Ribuan penduduk setempat bersesak-sesak hadir bagi mengikuti ceramah Anwar di Bandar Baru Semariang, Kuching malam ini. Buat pertama kali, rakyat Sarawak menunjukkan sokongan jitu melawan regim BN yang selama ini mendominasi pemerintah negeri itu tetapi gagal menangani dan membela kebajikan rakyat walaupun Sarawak antara negeri terkaya di Malaysia.

Sebelum ini,parti pembangkang baik parti kelahiran negeri itu mahupun yang beribu pejabat di Semenanjung Malaysia sukar bertapak di negeri itu tetapi kini, segala-galanya berubah berdasarkan perkembangan politik semasa di Sarawak kebelakangan ini.

Ribuan rakyat pelbagai etnik berhimpun menunjukkan isyarat kebangkitan rakyat kepada regim BN

Acara itu adalah program kemuncak anjuran KEADILAN yang turut menampilkan tokoh dan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah; Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pada program itu, Anwar turut memperkenal calon-calon Pakatan Rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Semariang, Tupong, Pantai Damai dan Demak Laut. "Inilah pimpinan yang kita tampilkan. Kita bukan hanya cakap-cakap kosong tetapi kita sudah buktikan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat," kata Anwar.

Terdahulu, Anwar turut berceramah di Borneo Development Centre (BDC) Kuching, Bazar Serian di pekan Serian, Saadon Jaya dan pekan Asajaya yang semuanya mendapat sambutan hebat dari segenap lapisan etnik di Bumi Kenyalang itu./KeadilanDaily

PR BAKAL MENANG DI SARAWAK ? BETULKAH RAMALAN ZENTRUM INI?

Posted: 14 Apr 2011 10:34 AM PDT


BN tewas pada peratusan 38% berbanding pembangkang 62%

kerusi2 condong Pakatan Rakyat:

N3 Tanjung Datu,N8 Satok,N9 Padungan,N10 Pending,N11 Batu Lintang,N12 Kota Sentosa,N13 Batu Kawah,N14 Asajaya,N15 Muara Tuang,N20 Sadong Jaya,N22 Sebuyau,N24 Beting Maro,N27 Simanggang,N29 Batang Air,N30 Saribas,N39 Repok,N40 Meradong,N42 Meluan,N45 Bukit Assek,N46 Dudong,N47 Bawang Assan,N48 Pelawan,N49 Nangka,N50 Dalat,N53 Kakus,N54 Pelagus,N59 Kidurong,N62 Lambir,N64 Pujut,N67 Telang Usan,N71 Bukit Sari
Jumlah : 31

Sumber: Forum Tranungkite

Pandangan mengenai Raja Petra, TV3 dan akuan bersumpah

Posted: 14 Apr 2011 09:00 AM PDT

Gambar Hiasan

Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta di dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008. Akuan Bersumpah tersebut telah mendedahkan dakwaan seri us terhadap Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.

Kenyataan Raja Petra semalam yang dibuat tiga tahun selepas Akuan Bersumpah tersebut kelihatan tidak begitu penting dan kurang bernilai.

Satu-satu Akuan Bersumpah perlu dibaca dan ditafsirkan berdasarkan kandungan sepenuhnya. Wawancara televisyen tidak sedikit pun menjejaskan isi atau kebenaran kandungan Akuan Bersumpah, melainkan wujud bukti berlakunya tekanan yang mana ianya tidak berlaku dalam kes ini.

Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Raja Petra telah mengesahkan Akuan Bersumpah beliau pada 18 Jun 2008 di mana beliau telah dimaklumkan oleh "sumber yang boleh dipercayai" berkenaan perkara ini.

Apa yang lebih mustahak adalah tiada penjelasan yang memuaskan dari Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib atau pihak Kerajaan berkaitan dakwaan oleh akhbar Liberation yang berpengkalan di Perancis tentang kaitan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan penjualan tiga buah kapal selam oleh syarikat Amaris dari Perancis kepada kerajaan Malaysia.

Pada ketika itu, Najib merupakan Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab ke atas pembelian tersebut. Persoalan ini adalah sangat mustahak dalam konteks kepentingan awam. Juga tiada sebarang penjelasan yang jelas tentang mengapa syarikat Perimekar dari Malaysia menerima bayaran €114 juta dari urusan pembelian kapal selam. Urusan pembelian tersebut kini di dalam
siasatan di Perancis kerana dipercayai melibatkan unsur rasuah.

Adalah mengecewakan manakala pihak Perancis giat meneruskan siasatan ke atas perkara ini, namun di Malaysia ianya kelihatan 'disapu ke bawah permaidani'. Dakwaan dan isu yang menyelubunginya adalah sangat serius dan sewajarnya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk melakukan siasatan.

N. SURENDRAN
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Sumber: KeadilanDaily

HJ HADI PATUT KEKAL PRESIDEN PAS

Posted: 14 Apr 2011 04:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

DI TENGAH kehangatan kempen Pilihanraya Negeri Sarawak, saya mahu mencelah sedikit tentang pemilihan pimpinan PAS di dalam Muktamar PAS akan datang. Sudah tentu selepas hari mengundi di Sarawak 16 Apr ini, maka kita akan dihangatkan pula oleh cerita tentang pemilihan kepimpinan di dalam PAS.

Ucapan tahniah saya ucapkan kepada YB Datuk Paduka Husam Musa yang awal-awal lagi membuat pengakuan tidak akan bertanding jawatan tertinggi di dalam PAS melainkan jawatan AJK PAS Pusat sahaja. Ertinya, tidak perlu sesiapa untuk mencalonkan beliau samada untuk jawatan Naib Presiden, Timbalan mahu pun Presiden PAS. Kenyataan beliau yang dipetik melalui Harakahdaily menyebut, " Saya menyokong 100 peratus kepada pimpinan Tuan Guru Haji Hadi, kerana kepada saya beliau adalah seorang yang berwibawa dan boleh menyatukan PAS".

Bagi saya memang tidak perlu ada pertandingan untuk jawatan Presiden PAS kerana tiada lagi yang dapat dilihat mampu menjadi lebih baik dan efisyen dari Tuan Guru Hj Hadi. Beliau berada di kerusi itu setelah pemergian Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan tiada cacat celanya yang boleh membawa PAS semakin mundur. Memang benar ada ketikanya pasang surut berlaku di dalam PAS tetapi bukan kerana kelemahan kepimpinan beliau tetapi kerana beberapa situasi semasa yang terjadi. Pasang surut ini berlaku juga di dalam PKR yang dipimpin oleh DS Anwar sendiri. Apa yang penting, PAS terus mendapat sokongan malahan lebih hebat dari PKR dan DAP.

Mungkin ada yang berfikir sebaliknya, terpulang kepada semua ahli PAS untuk menilai kepimpinan mereka. Bahkan, ada yang menganggap DS Anwar pun kewibawaannya lebih bawah dari Presiden PAS, ini satu bukti menunjukkan Tuan Guru Haji Hadi adalah tokoh yang berwibawa. Jika bukan kerana ketokohannya, masakan ada orang yang sanggup menjadi gila untuk `terjah atau langar Hadi'./wfauzdin.blogspot.com

HJ HADI SAMBUT NAJIB, MANA PENYOKONG BN ?

Posted: 14 Apr 2011 02:00 AM PDT

Harakahdaily

BETING MARO, 13 April: Dua hari lagi menjelang pilihan raya negeri Sarawak, Barisan Nasional (BN) kelihatan semakin terdesak apabila isu membabitkan Tan Sri Taib Mahmud terpaksa dijawab satu persatu. Namun isu bila Ketua Menteri itu akan meletak dan siapa pengganti nampaknya belum mampu dirungkai BN.

Ini menyebabkan aktiviti kempen jentera BN kurang mendapat sambutan. Hari ini terbukti lagi apabila kehadiran Datuk Seri Najib Razak di Pekan Pusa disambut tidak lebih 100 penyokong BN. Lebih memalukan lagi apabila program kempen Najib yang diadakan sejurus selepas itu semakin kurang bilangan pendengar. Kalau hendak dihitung 50 orang pun sukar.

Perdana Menteri datang menggunakan helikopter (gambar). Pemimpin BN tidak serik menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan biar pun seorang terbunuh pada kemalangan helikopter kelmarin. Najib difahamkan terpaksa berkempen di Beting Maro memandangkan terdapat bayangan BN sukar mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya kali ini.

Isu calon yang tidak dipersetujui akar umbi penyokong BN kini sukar ditangani. Keputusan Taib mengenepikan Bolhassan Di, penyandang sebelum ini juga makin payah diselesaikan.


Selain itu dan kemenangan kecil Bolhassan pada pilihan raya sebelum ini dengan 895 undi menyebabkan situasi cemas melanda BN. Menurut krew Kelantantv yang berada di Beting Maro sejak Ahad lalu, kedatangan Najib turut disambut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang. Katanya, Presiden PAS turut tampil bersalam dengan Najib ketika Perdana Menteri datang ke Pasar Pusa. Ketika itu pemimpin PAS dan sebahagian daripada Kelantan sedang minum pagi bersama calon PAS Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

"Sambutan penduduk Pusa terhadap Najib amat dingin sekali. Tidak ramai sebagaimana dijangka walaupun BN buat pengumuman termasuk melalui TV meminta rakyat Pusa keluar menyambut Perdana Menteri. "Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Ketika ucapannya beliau menghentam Presiden PAS apabila menyebut 'orang PAS bila sambut, peluk kita nampak baik tapi politiknya jahat," kata jurucakap Kelantantv.

Najib difahamkan tiba di Kuching malam tadi. Beliau dijangka menghabiskan masa berkempen di bahagian Selatan Sarawak iaitu Pusa, Sebuyau dan Batang Sadong sehingga esok. Dua hari lalu beliau berkempen di Beladin, salah satu Daerah Mengundi di Dun Beting Maro yang hanya boleh dihubungi melalui feri menyeberangi Sungai Saribas. Turut berkempen membantu calon BN di Beladin, semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom.

"Tinggal dua hari kempen sebelum hari pengundian Sabtu ini ternyata BN berada dalam keadaan tersepit apabila pelbagai isu membabitkan Taib terutamanya tanah adat langsung tidak disentuh Najib semasa melawat Beladin," katanya. Penduduk di Beladin juga dikatakan menuntut janji yang tidak ditunaikan sehingga kini termasuk membayar pampasan tanah. Malam tadi Ustaz Abdul Hadi berceramah di Pusa Tengah bersama anggota jawatankuasa PAS pusat, Mohamad Sabu; Senator Mumtaz Nawi, dan Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

Sambutan penduduk Pusa terhadap ceramah PAS begitu menggalakkan sekali di mana jauh lebih positif berbanding pilihanraya negeri Sarawak pada 2006. Malah anak-anak muda tidak kekok melaungkan kata-kata 'Hidup PAS' dan didapati mereka memberi sokongan padu terhadap Abang Mat. Jentera pembantu kempen dari Dewan Pemuda Kelantan diketuai Abdul Latif Abdul Rahman turut mengadakan acara sukan bersama belia dan anak muda di Kampung Pusa Tengah semalam.

Sementara itu pegawai penyelidik dari Pusat Kajian Strategik Kelantan, Zainal Abidin Husien berkata, momentum yang berlaku di semenanjung pada 2008 ternyata telah hanyut ke Sarawak. "Sebelum ini kita boleh lihat gerak kerja kempen parti selain BN sukar mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan.

"Kempen PAS di Beting Maro pada pilihan raya negeri lalu pun berdepan dengan pelbagai kesukaran. Namun sekarang berubah 360 darjah. Penduduk boleh menerima PAS dan Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi di sini. (Gambar: Abdul Hadi dan Najib bertemu sewaktu sama-sama berkempen di Pasar Pusa)

Menurutnya juga isu yang paling penting BN sehingga kini belum mampu memecah benteng keutuhan Pakatan Rakyat biar pun cuba membawa isu video lucah dengan andaian Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak rakyat Sarawak. Sebaliknya kata beliau apa yang berlaku sekarang, kehadiran pemimpin Pakatan mendapat sambutan hangat.

Ceramah Muryidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin utama DAP di bandar Kuching malam 10 April lalu mendapat sambutan luar jangka. "Apa pun keputusan pilihan raya Sarawak ini akan mempengaruhi sentimen politik di semenanjung. Semangat Pakatan sudah diterima rakyat, kata orang boleh jalan sekarang. "Kalau dahulu orang masih ragu-ragu, sekarang tidak lagi.

Malah usaha media pro BN menghodohkan wajah pemimpin Pakatan nampak belumberjaya," ujarnya. Beliau yang mempunyai kelulusan dalam Sains Politik berkata, keputusan pilihan raya Sarawak menjadi petunjuk kepada pilihan raya umum ke-13./Harakahdaily

HARAKAH RAMAL 17, MALAYSIAKINI RAMAL 19 , YANG PENTING TAPAK KUKUH PR DI SARAWAK

Posted: 14 Apr 2011 12:00 AM PDT

Nazri Abdullah

KUCHING, 13 April: Sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak didakwa sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Dr Dzulkefli yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) berkata, biarpun maklumat itu hanya sekadar pandangan pemerhati politik, namun ianya sesuai dengan sokongan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat setakat ini.

Maka tidak hairanlah katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu bimbang sehingga beliau terpaksa turun sendiri berkempen di Sarawak.

"Najib memang tergugat, saya mendapat maklumat BN hanya boleh menang 43 kerusi yang mana mereka rasa betul-betul selamat. 17 kerusi milik pembangkang manakala 11 lagi jadi pertarungan sebenar," katanya.

Turut serta pada sidang media itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.

Keadaan itu juga jelas beliau menyebabkan Najib kini seperti hilang kepercayaan kepada timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengemudi jentera pilihan raya BN.

Ianya juga ditambah dengan faktor kebencian rakyat terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Hampir seluruhnya kekayaan negeri ini dibolot secara rakus bukan sahaja oleh dirinya (Taib), tetapi juga oleh suku sakatnya, abang, adik, ipar dan menantu.

"Maka amat wajar Najib kalau berani menyatakan siapa pengganti Taib Mahmud dalam masa terdekat ini.

"Ataukah ini mainan Najib, atau mainan Muhyiddin dengan Taib Mahmud untuk mensabotaj Najib,"soalnya lagi.

Kebangkitan rakyat pada pilihan raya Sarawak kali ini dapat dilihat dengan jelas apabila penyertaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini disambut bagai menatang minyak yang penuh.

Ceramah-ceramah Pakatan Rakyat juga turut mendapat sambutan luar biasa khususnya masyarakat Cina, apatah lagi dengan kehadiran pemimin utama PAS, PKR dan DAP seperti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Keadaan itu menyebabkan BN kini tidak senang duduk dan mula menumpukan kepada kawasan pedalaman yang mempunyai penduduk majoriti Melayu, Melanau dan Iban.

"BN kini sedang memperkemas bala tentera, bukan jentera tetapi wang ringgit mereka,"kata Dzulkefly lagi.

Pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini, semua kerusi ditandingi pembangkang termasuk Pakatan Rakyat iaitu PKR 47 kerusi, DAP 15 dan PAS 5, manakala Snap bertanding di 27 kerusi./Harakahdaily

dollah yankee

dollah yankee


Lagi satu langkah saja ...

Posted: 14 Apr 2011 08:43 PM PDT

Sah, confirm, jelas ...cuma tinggal lagi satu langkah saja, dan kalau dah tertulis sejarah akan terlakar, maka Pakatan Rakyat boleh 'form' satu kerajaan baru di Sarawak.

Sebabnya pagi-pagi buta lagi, dengan tinggal lagi 24 jam untuk rakyat Sarawak keluar mengundi, Najib Razak telah merayu-rayu kepada rakyat Sarawak supaya fikir lagi sekali kalau nak bagi undi dekat Pakatan Rakyat. Bunyinya ternyata sangat-sangat terdesak, wajahnya?? Gurkah-gurkah politik di'port' kata .. dok buat muka welfare!


dollah yankee -
Kalau malam ini IGP umum siapa pelakun lelaki dalam aksi seks video klip mirip Anwar Ibrahim tu, maka sah lah yang Baru Bian akan angkat sumpah sebagai KM baru Sarawak.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Mufti Pahang: ‘Amalan berkabung tak canggah Islam, cuma adat’

Posted: 14 Apr 2011 08:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 April — Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman mahu percanggahan pendapat mengenai isu berkabung selama 40 hari dibincangkan bagi mencari penyelesaian demi mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Sehubungan itu beliau juga menolak andaian bahawa amalan berkabung 40 hari sebenarnya bercanggah dengan ajaran Islam, sebaliknya berkata ia hanya salah adat untuk memperingati kematian seseorang.
"Sebenarnya dalam Islam memang tidak ada soal berkabung 40 hari, yang ada hanya untuk wanita kematian suami.
"Amalan berkabung 40 hari ini biasanya adalah adat untuk memperingati jasa pemimpin negara atau kerabat diraja, ia hanya adat biasa dan ia bukan amalan," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Awal minggu ini, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, amalan berkabung selama 40 hari sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja yang diamalkan selama ini bercanggah dengan ajaran Islam.
Kata Asri, dalam ajaran Islam yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama empat bulan 10 hari dan bukan berkabung secara "berlebihan" sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja.
Sehubungan itu jelas Abdul Rahman,  sepatutnya perkara itu dibincangkan terlebih dahulu secara khusus kerana ia bukan keputusan seorang individu.
"Kita kena bincangkan secara khusus perkara ini, ia bukan keputusan individu, saya juga tidak boleh kata ia salah atau tidak.
"Bagi saya ia hanya adat di satu-satu kawasan, jadi kita perlu bincangkan, bagi penerangan sebalum buat apa-apa keputusan," katanya.
Bagaimanapun beberapa mufti lain enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata, amalan berkabung selama 40 hari itu diamalkan kerana orang Islam tidak memahami ajaran Islam yang sebenar.
"Memang betul, dalam syariat Islam tiada amalan berkabung 40 hari yang ada pun wanita yang kematian suami, perkara ini terjadi kerana orang kita tidak ambil peduli.
"Amalan berkabung ini memang tidak ada dalam Islam, segala bentuk amalan termasuk pakai baju hitam, memakai lilitan kepala dan sebagai tiada dalam Islam, jadi ia sepatutnya tidak diadakan kerana bimbang menyerupai budaya bukan Islam pula," katanya.
Jelas beliau, Islam tidak menuntut umatnya untuk bersedih atau meratapi kematian seseorang, sebaliknya cukup dengan memberikan takziah serta bantuan.
"Islam tidak suruh orang bersedih terlalu lama, kalau ada kematian dan menurut adab Islam cukup dengan menyampaikan takziah atau memberikan pertolongan jika perlu.
"Kita tidak perlu nak buat benda yang tidak ada tapi diadakan, jangan buat benda yang akhirnya akan menjadi ikutan. Lebih baik amalan seperti ini tidak dibuat dan kita tidak mahu ia menyerupai budaya oranhg bukan Islam pula," katanya.
Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, mana-mana amalan yang tidak dituntut dalam Islam termasuk berkabung selama 40 sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja adalah tidak digalakkan.
Menurut beliau, istilah berkabung tiada dalam ajaran Islam dan amalan "meratapi" selama 40 hari kematian pemimpin negara dan kerabat diraja juga tidak dituntut dan ia sewajarnya tidak perlu dilakukan.
"Memang tidak ada (berkabung 40 hari), malah dalam Islam istilah berkabung itu juga tidak ada... apa yang ada adalah 'idah' bagi wanita kematian suami iaitu selama empat bulan 10 hari tapi ia bukan berkabung.
"Amalan ini memang tidak ada dalam Islam, saya tak tahu ia dari amalan atau budaya mana tapi seingat saya dalam Islam ia memang tidak ada," katanya.
Tegas Sheikh Abdul Halim, adalah lebih baik sekiranya amalan berkabung selama 40 hari itu tidak diadakan kerana ia tidak dituntut dalam Islam selain dikhuatiri menyerupai amalan atau budaya agama lain.
"Buat apa kita nak buat perkara atau amalan yang tak dituntut dalam Islam, ia bukan dari ajaran Islam juga bukan budaya orang Islam, jadi kenapa perlu kita buat?
"Dalam Islam memang tidak ada upacara seperti ini, benda yang tidak ada kenapa perlu diadakan? Bagaimanapun walaupun ia tidak dituntut (dalam Islam) tapi saya tidak boleh kata ia tidak boleh diadakan atau diadakan.
"Cuma ingin saya tegaskan, amalan yang tidak dituntut dalam Islam dan kalau ia menyerupai amalan agama lain kita tidak boleh buat, jadi amalan seperti ini tidak perlulah untuk kita buat. Benda yang tidak ada dalam asas Islam tidak digalakkan atau tidak boleh dibuat, mudah kata tidak perlu buat," katanya.

Integriti, Ustaz Azizan dan Prof Judin

Posted: 14 Apr 2011 04:19 PM PDT

AHMAD LUTFI OTHMAN
Ramai pejuang yang bersedia diasak penderitaan, mampu ditekan kezaliman dan bersabar dikurung elit penguasa. Namun, apabila digoda pangkat dan kedudukan, dihampar khazanah dunia, ditawar kemasyhuran dan prestij, tidak sedikit yang kecundang lemas. Rasuah, salahguna kuasa dan penyakit beriringan, seperti kronisme, mudah merebak bersama arus deras "KUASA".


Integriti, maruah dan kehormatan diri sekadar basahan bibir tetapi sukar dipertahankan, apatah lagi jika ia tercabar semasa diri keseorangan dan tiada mata yang memandang. Malah ada individu yang menduduki singgahsana kuasa, mulanya berpegang dengan prinsip luhur dan etika mulia, tetapi secara perlahan-lahan meleburkan idealisme, dengan seribu satu justifikasi.
Read More / Baca Lagi >>

Wawancara Raja Petra tidak jejaskan kebenaran akuan bersumpahnya

Posted: 14 Apr 2011 04:07 PM PDT

Oleh N. SURENDRAN
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta di dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008. Akuan Bersumpah tersebut telah mendedahkan dakwaan serius terhadap Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.
Kenyataan Raja Petra semalam yang dibuat tiga tahun selepas Akuan  Bersumpah tersebut kelihatan tidak begitu penting dan kurang bernilai. Satu-satu Akuan Bersumpah perlu dibaca dan ditafsirkan berdasarkan kandungan sepenuhnya.


Wawancara televisyen tidak sedikit pun menjejaskan isi atau kebenaran kandungan Akuan Bersumpah, melainkan wujud bukti berlakunya tekanan yang mana ianya tidak berlaku dalam kes ini.
Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Raja Petra telah mengesahkan Akuan Bersumpah beliau pada 18 Jun 2008 di mana beliau telah dimaklumkan oleh "sumber yang boleh dipercayai" berkenaan perkara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Rare earth: MCA Youth comes to Pang’s defence

Posted: 14 Apr 2011 04:06 PM PDT

Pang was just doing his duties as a state assemblyman in objecting to construction of rare earth plant in Kuantan, says Wee.
PETALING JAYA: MCA Youth chief Wee Ka Siong today defended Semambu assemblyman Pang Tsu Ming over his opposition to the rare earth plant project in Gebeng, Kuantan.
Wee said that Pang was merely fulfilling his duties as a state assemblyman in voicing the concerns of the people over the project by Australian firm, Lynas Corporation Limited.
"He has the responsibility to convey the worries and views of the people he represents to the Pahang government. It does not mean that he is colluding with the opposition.
"Pang had even suggested that the government set up an independent body to study the implications of the rare earth refinery," said Wee.
He said Pahang Menteri Besar Adnan Yaakob who had criticised Pang for his stand should focus on the advice by professionals on the health, safety and environmental aspects of the plant.
He cautioned Adnan that any attempts to prolong the dispute would only play into the opposition's hand that the government is unable to resolve the issue.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar has lost credibility, says Raja Petra

Posted: 14 Apr 2011 04:04 PM PDT

The fugitive blogger does an about-turn on the opposition leader, criticising him for deceiving the people.
KUALA LUMPUR: Blogger Raja Petra Kamaruddin said Anwar Ibrahim lost his credibility when he failed to fulfil his promise that the opposition pact would form the government on Sept 16, 2008.
Admitting that he was himself deceived, Raja Petra said the opposition leader had given him false hope when the blogger was detained in Kamunting, Perak, under the Internal Security Act (ISA).
"Anwar came to the court because there were two cases going on simultaneously and told me 'don't worry, you will be out soon because we are going to form the government on Sept 16′," he said in an exclusive interview with TV3 group editor Ashraf Abdullah in Perth recently.
The second part of the interview was shown in Buletin Utama TV3 tonight.
Raja Petra said the failure of the opposition grouping to form the government as promised by Anwar had demoralised its supporters.
Raja Petra said the opposition could not even form a shadow cabinet.
Read More / Baca Lagi >>

Raja Petra,King Bloger Dah Jadi King Burger

Posted: 14 Apr 2011 04:02 PM PDT

leh Mohd Sayuti Omar
Raja Putra Kamarudin yang kini melarikan diri di luar negara kerana kecut perut dengan tindakan beberapa individu yang menyaman beliau telah membuat pusingan baring di saat-saat rakyat Sarawak ingin memilih kerajaan baru , 16 April.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan TV3 di Perth Australia yang disiarkan malam tadi, Raja Petra menjelaskan beliau tidak sama sekali menuduh Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Katanya apa yang berlaku dia hanya menulis berdasarkan kenyataan atau sumber pihak atau individu tertentu saja


Beliau menyebut beberapa nama orang yang memberi maklumat itu dan mereka ada kaitan dengan Anwar Ibrahim.
Wah mudah Raja Petra sapu tangan dengan 'kotoran' yang beliau buat itu. Apakah sebenarnya beliau tahu tanggungjawab seorang penulis. Mungkin beliau seorang penulis yang berani tetapi kalau berani tanpa memahami etika beliau bukan penulis yang berkualiti.
Read More / Baca Lagi >>

Pembela anjur protes bantah Alkitab di KL hari ini.

Posted: 14 Apr 2011 04:01 PM PDT

Dilihat sebagai langkah melahirkan protes umat Islam berhubung isu Alkitab, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengadakan perhimpunan aman membantah keputusan Putrajaya melepaskan 35,100 naskhah kitab Injil versi Bahasa Malaysia.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider jurucakap Pembela, Dr Yusri Mohamad berkata, perhimpunan aman yang disertai 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu akan diadakan di pekarangan Masjid Negara selepas solat Jumaat esok.
"Kita anjurkan perhimpunan itu untuk menzahirkan pandangan dan suara pertubuhan-pertubuhan Islam yang turut mewakili masyarakat Islam bagi mempertahankan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
"Perhimpunan ini adalah untuk membantah tindakan kerajaan membenarkan naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia termasuk penggunaan kalimah Allah," katanya.
Kata beliau, pihaknya tetap bertegas membantah tidak membenarkan 35,100 kitab Injil atau Alkitab yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Kuching dilepaskan.
Read More / Baca Lagi >>

Kristian mahu penyelesaian kekal isu Alkitab, kalimah Allah

Posted: 14 Apr 2011 03:59 PM PDT

PETALING JAYA, 14 April — Persekutuan Gereja Malaysia (CFM) masih kekal tidak yakin dengan formula 10 perkara yang diumumkan oleh Putrajaya pada 2 April lalu bagi menyelesaikan isu Alkitab sambil mendakwa pendekatan itu hanya sebagai "langkah ad hoc dan jangka pendek" semata-mata.
Pertubuhan itu menegaskan formula tersebut masih belum menyelesaikan isu berkaitan dengan penggunaan kalimah "Allah."
"Kami menganggap penyelesaian 10 perkara sebagai penyelesaian ad hoc dan jangka pendek," kata Presiden CFM Ng Moon Hing di sini hari ini.
Ng menjelaskan formula 10 perkara sebenarnya telah gagal menangani isu akar umbi yang menyelubungi masyarakat Kristian, yang melarang penerbitan yang mempunyai kalimah "Allah."
Beliau kemudian memetik tiga undang-undang yang dilihat sebagai punca kepada masalah semasa, iaitu:
— Larangan Alkitab 1982 dan larangan 1983 ke atas "Perjanjian Baru" di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atas alasan Alkitab adalah ancaman kepada kepentingan keselamatan Negara
— Perintah pentadbiran 1986 melarang penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan Kristian atas alasan ketenteraman awam dan untuk mengelakkan salah faham antara komuniti Islam dan Kristian
— Garis panduan bahagian kawalan dan penerbitan buku teks Al-Quran yang melarang penggunaan kalimah Allah "(Langkah) satu negara dua dasar mengelirukan dan tidak boleh diterima," kata Ng.
"Kami mengulangi bahawa kitab Injil adalah kitab suci kami dan hak kami untuk membaca dan berdoa dalam bahasa pilihan kami, sebagaimana kebebasan untuk beragama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Ng.
Read More / Baca Lagi >>

PKR ‘protes’ Khalid dilantik timbalan IGP

Posted: 14 Apr 2011 03:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 April — PKR menyifatkan keputusan Putrajaya melantik Datuk Khalid Abu Bakar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baru adalah tidak wajar dan "satu langkah tidak bijak" jika mahu memulihkan imej PDRM.
Menurut naib presidennya N. Surendran, banyak pihak akan mempersoalkan pelantikan bekas ketua polis Selangor itu kerana kegagalan beliau dalam beberapa insiden kematian dan penyalahgunaan kuasa dalam pasukan polis Selangor.
Tambah Surendran, beliau sendiri tidak yakin akan kredibiliti dan keupayaan Khalid untuk memikul tanggungjawab orang nombor dua dalam PDRM.
Selain itu, tambahnya, pelantikan Khalid itu juga dilihat satu usaha untuk mengangkat beliau menjadi ketua polis negara selepa ini.
Read More / Baca Lagi >>

Sampai kiamat Yahudi tidak akan berdamai dengan Islam

Posted: 14 Apr 2011 03:54 PM PDT

KADANG-KADANG rasa simpati wujud juga buat bangsa Yahudi yang sering dihalau ke sana ke mari….tapi perasaan itu akhirnya hangus terbakar juga bila mana membaca dan melihat sendiri sikap tamak dan kezaliman bangsa yang paling dilaknat Allah ini.
Bangsa Yahudi inilah yang pernah cuba membunuh Rasul-Rasul yang dilantik oleh Allah termasuklah Rasulullah, Muhammad s.a.w Mereka jugalah yang cuba memecahbelahkan umat Islam dalam peristiwa Masjid Dhirar dan Perang Ahzab


Bangsa Yahudi ini telah menghafal sejarah pengusiran mereka dari yang berentetan di seluruh dunia. Mereka bukan sahaja pernah diusir dari tanah arab ataupun Baitulmaqdis. Malah dalam pemerintahan Kerajaan selain dari Islam pun mereka pernah diusir dan dihalau dengan penuh penghinaan.
Read More / Baca Lagi >>

10 artis terkenal mahu ikut Bob Lokman

Posted: 14 Apr 2011 04:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 April: Kira-kira 10 lagi artis terkenal kini turut tertarik dan ingin mengikuti jejak langkah pelakon dan penulis lirik Bob Lokman menjalani hidup yang lebih baik dan menyokong perjuangan Islam dan politik yang dibawa PAS.

Artis-artis tersebut termasuk lelaki dan wanita dan termasuk yang terkenal dalam genre nyanyian, lawak, lahir dari Akademi Fantasia dan dari kategori pengarah.

Pelakon Bob Lokman ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, mereka sekarang sememangnya sudah bersedia untuk mengikuti jejak langkahnya dan sedang berusaha memperdalami ajaran Islam menerusi kelas pengajian Islam yang diusahakan bersama rakan-rakannnya.

Menurut beliau, selain mengikuti kelas-kelas agama, artis-artis itu juga kini sudah seringkali mengikuti pengajian agama daripada tokoh-tokoh agama tanah air di beberapa buah masjid.
Read More / Baca Lagi >>

Wawancara Raja Petra untuk pesong ‘peranan’ Najib-Altantuya

Posted: 14 Apr 2011 04:58 AM PDT


PETALING JAYA: Wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin (RPK) di TV3 malam tadi bertujuan memesongkan fakta dalam akuan bersumpah (SD) beliau yang mengaitkan 'peranan' Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu.
"Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta dalam akuan bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008.
"SD itu mendedahkan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran pada kenyataan media hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, wawancara itu sebenarnya tidak akan menjejaskan isi kebenaran SD melainkan wujudnya bukti tekanan.
Read More / Baca Lagi >>

Najib says he's thankful but who has cleared him of the Altantuya allegations?

Posted: 14 Apr 2011 04:46 AM PDT

Najib says he's thankful but who has cleared him of the Altantuya allegations?As expected, Prime Minister Najib Razak made full use of a small respite offered by controversial blogger Raja Petra Kamaruddin to claim that both he and his wife have been vindicated over the murder of Mongolian translator Altantuya Shaariibuu.
"Wow, that is one step too huge to take," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle. "But if he thinks Malaysians are not smart enought to see through the show, then he is in for a very rude awakening soon."
A slew of questions remain
Indeed, Malaysians have pored over the comments made by Raja Petra who did not actually clear the first couple from involvement in the murder, but rather said he reported their involvement based on information given to him by others.
While the blogger's words were confusing to many, what was clear was the opening it gave Najib and Rosmah to slip away from the allegations that have been hounding them since 2006. Nonetheless, most Malaysians do not believe the first couple are un-involved and suspect Raja Petra's motives.
Indeed, PKR vice president and civil rights lawyer N Surendran has already issued a press statement, calling for a Royal Commission of Inquiry into the murder that took place five years ago.
Read More / Baca Lagi >>

Yusmadi : Siasat Semula Kes Altantuya

Posted: 14 Apr 2011 04:45 AM PDT

SHAH ALAM 14 APRIL : Dalam keghairahan untuk menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, laporan TV3 semalam mengenai pendedahan Raja Petra Kamarudin membuka semula pelbagai persoalan mengenai pembunuhan Altantuya Sharibuu, kata ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuff.

TV3 dan media arus perdana hari ini cuba memberi gambaran bahawa Raja Petra dipaksa membuat kenyataan bersumpah oleh pejabat Anwar untuk  mengaitkan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor kepada pembunuhan warga Mongolia itu pada tahun 2006.

Yusmadi berkata laporan itu bertujuan menimbulkan kecurigaan untuk menghakis sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya negeri Sarawak Sabtu ini.
Read More / Baca Lagi >>

IGP: Lelaki aksi seks rakaman video sudah dikenal pasti

Posted: 14 Apr 2011 04:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 April — Polis telah mengenal pasti lelaki dalam aksi seks rakaman video yang didedahkan oleh "Datuk T" bulan lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini.
Bagaimanapun Ismail berkata pihaknya tidak akan mendedahkan identiti individu berkenaan.
Justeru tambah Ismail, kertas siasatan berkaitan video seks itu akan selesai minggu depan.
Video seks itu dipertontonkan kepada sekumpulan wartawan oleh "Datuk T" di hotel Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu, mendakwa lelaki dalam aksi seks adalah pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
Kata Ismail, polis kini dalam proses mengenal pasti pemilik tangan Omega yang menurut "Datuk T" adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kami sedang mengenal pasti siapa pemilik jam tangan (Omega) yang diserahkan kepada polis," kata beliau kepada pemberita.
Apabila ditanya mengenai wanita tidak dikenali dalam aksi seks itu juga telah disoal siasat, Ismail berkata, "polis telah bercakap dengan setiap orang yang terlibat dalam video seks."
Tiga "Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuaib Lazim yang disoal siasat polis dilaporkan telah menyerahkan jam tangan Omega kepada polis.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR telah tampil membuat penafian beliau adalah individu dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.