Khamis, 14 April 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


POLIS TELAH KENAL PASTI PELAKUN VIDEO, JIKA ANWAR ADAKAH RAKYAT PERCAYA?

Posted: 14 Apr 2011 10:00 PM PDT


Polis – orang dalam video itu dikenal pasti

Written by Webmaster
Thursday, 14 April 2011

Memetik kenyataan dari www.malaysiakini.com pihak polis telah mengenal pasti siapa yang terbabit dalam klip video lucah tersebut. Pihak polis telah mengenal pasti wanita tersebut. Pihak polis walau bagaimanapun tidak akan mendedahkan hasil siasatan dan siapa yang dikatakan terbabit sehingga semua siasatan selesai.

Setakat ini Datuk Eskay yang menjadi pemilik klip itu mengatakan Anwar Ibrahim adalah orang yang ada dalam video tersebut. Pemilik laman www.umno-reform2.com Anuar Mohd Nor adalah antara orang yang dapat menonton penuh video itu pada 21hb March 2011.

Mengenai wanita itu – apa yang dimaklumkan kepada Anuar Mohd Nor adalah, wanita itu ada disimpan oleh Datuk Eskay. Ini adalah jawapan beliau kepada pertanyaan Tan Sri Rahim Thamby Chik pada malam 21hb March 2011 di Shangrila Hotel – di mana Anuar Mohd Nor dan Badrul Hisham Shahrin mula mendapat penerangan dari Datuk Eskay yang sebelum ini mengaku bahawa beliau adalah Datuk T.

Datuk Eskay, sewaktu memberi penerangan kepada kami mengatakan bahawa tempat itu adalah di Hotel Kuala Lumpur dan beliau memang mengakui menjadi agen menyusun Anwar Ibrahim untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sebegitu. Kenyataan polis – sehingga hari ini amat tidak membantu dalam mengelak timbulnya – spekulasi demi spekulasi.

Kenyataan Ketua Polis – mengenai jam – kemudian memberi tahu sudah mengenal pasti lelaki dan wanita terlibat – mengumumkan berperingkat-peringkat menimbulkan berbagai-bagai tanda tanya. Apa pun – tujuan akhir penyiasatan isu video klip ini masih kurang pasti. Adakah polis akan membuat tuduhan kepada orang yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim? Adakah keperluan hasil siasatan siapa pemilik jam Omega itu dan yang penting, apa akan terjadi kepada mereka yang memiliki video tersebut dan membongkar – menayang dan mengedar klip video itu.

Setakat Anwar Ibrahim – sekiranya beliau dikenal pasti oleh polis sebagai watak dalam video tersebut – adakah penyokong beliau akan menerima bulat-bulat keputusan polis itu? Adakah video itu akan terus menjadi senjata bagi menumbangkan politik Anwar atau sebaliknya – video itu akan menjadi pendorong bangkitnya gerakan reformasi 1998 yang akan mengucar-ngacirkan senario politik negara kita ini.

Komen Seorang Pembaca:




pak ali - jadi agen tapi buat terkejut pula? |2011-04-14 22:23:01 kalau dah jadi agen aka bapak ayam lah..n kenapa buat terkejut pulak terjumpak video n br tahu perangai sebenar anwar, so kononnya tak mahu pm malaysia berlagak alim tapi...

Dan kalau dah jadi agen, kenapa tak kumpul jawi, jakim, polis, sprm dan segala kuasa yg ada utk kepung hotel tu n cekup time tu jugak? Kan senang cerita? Mcm dok tgkp org khalwat..apa susahnya.? Ni susah2 amik video lah, simpan pompuan lah, nak cari identiti lah..kerja gila dan tak msk akal langsung!

Lagipun susah sgt ke nak trace anwar kalau setakat hotel kat kl tu? Dan bodoh sgt ke dia nak cari masalah lagi? Tak nampak sgt gila sebegitu si anwar tu?! Atau hanya org yg gila je yg pikir mcm tu?

Semakin lama semakin jelas mengarutnya...

Agen 'pelacur' aka bapak ayam tak salah ke? Tak kisah, janji kalau implicate anwar maka semua org lain jadi tak salah..tgk video lucah awam pun tak salah, ada bnyk dna lain kat anus pun tak salah, anwar sorang je salah...nampak tak betapa mengarutnya semua benda ni? Sudah lah..anwar bukanlah sorang malaikat, tapi kita jgn pulak nak jadi iblis!

Sumber: Umno-Reform2

TAIB MAHMUD MUNGKIN MENANG, TAPI SARAWAK DITAWAN ?

Posted: 14 Apr 2011 08:00 PM PDT

Kebangkitan rakyat bakal ubah Sarawak – Anwar

Ribuan rakyat pelbagai etnik berhimpun menunjukkan isyarat kebangkitan rakyat kepada regim BN



Walau ditohmah, difitnah, ucapan Anwar tetap dinanti-nantikan rakyat Sarawak

SEMARIANG: Kebangkitan rakyat Sarawak melawan kezaliman regim Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri kali ini adalah sejarah yang belum pernah berlaku, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.

"Tidak pernah terjadi dalam sejarah Sarawak sebelum ini yang rakyat bangkit untuk membuat perubahan. "Kita bukan hanya mahu gantikan kerajaan, tetapi kita mahu ubah sistem yang rosak oleh pentadbiran BN," katanya pada program Grand Finale di sini, malam tadi.

Ribuan penduduk setempat bersesak-sesak hadir bagi mengikuti ceramah Anwar di Bandar Baru Semariang, Kuching malam ini. Buat pertama kali, rakyat Sarawak menunjukkan sokongan jitu melawan regim BN yang selama ini mendominasi pemerintah negeri itu tetapi gagal menangani dan membela kebajikan rakyat walaupun Sarawak antara negeri terkaya di Malaysia.

Sebelum ini,parti pembangkang baik parti kelahiran negeri itu mahupun yang beribu pejabat di Semenanjung Malaysia sukar bertapak di negeri itu tetapi kini, segala-galanya berubah berdasarkan perkembangan politik semasa di Sarawak kebelakangan ini.

Ribuan rakyat pelbagai etnik berhimpun menunjukkan isyarat kebangkitan rakyat kepada regim BN

Acara itu adalah program kemuncak anjuran KEADILAN yang turut menampilkan tokoh dan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah; Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pada program itu, Anwar turut memperkenal calon-calon Pakatan Rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Semariang, Tupong, Pantai Damai dan Demak Laut. "Inilah pimpinan yang kita tampilkan. Kita bukan hanya cakap-cakap kosong tetapi kita sudah buktikan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat," kata Anwar.

Terdahulu, Anwar turut berceramah di Borneo Development Centre (BDC) Kuching, Bazar Serian di pekan Serian, Saadon Jaya dan pekan Asajaya yang semuanya mendapat sambutan hebat dari segenap lapisan etnik di Bumi Kenyalang itu./KeadilanDaily

PR BAKAL MENANG DI SARAWAK ? BETULKAH RAMALAN ZENTRUM INI?

Posted: 14 Apr 2011 10:34 AM PDT


BN tewas pada peratusan 38% berbanding pembangkang 62%

kerusi2 condong Pakatan Rakyat:

N3 Tanjung Datu,N8 Satok,N9 Padungan,N10 Pending,N11 Batu Lintang,N12 Kota Sentosa,N13 Batu Kawah,N14 Asajaya,N15 Muara Tuang,N20 Sadong Jaya,N22 Sebuyau,N24 Beting Maro,N27 Simanggang,N29 Batang Air,N30 Saribas,N39 Repok,N40 Meradong,N42 Meluan,N45 Bukit Assek,N46 Dudong,N47 Bawang Assan,N48 Pelawan,N49 Nangka,N50 Dalat,N53 Kakus,N54 Pelagus,N59 Kidurong,N62 Lambir,N64 Pujut,N67 Telang Usan,N71 Bukit Sari
Jumlah : 31

Sumber: Forum Tranungkite

Pandangan mengenai Raja Petra, TV3 dan akuan bersumpah

Posted: 14 Apr 2011 09:00 AM PDT

Gambar Hiasan

Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta di dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008. Akuan Bersumpah tersebut telah mendedahkan dakwaan seri us terhadap Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.

Kenyataan Raja Petra semalam yang dibuat tiga tahun selepas Akuan Bersumpah tersebut kelihatan tidak begitu penting dan kurang bernilai.

Satu-satu Akuan Bersumpah perlu dibaca dan ditafsirkan berdasarkan kandungan sepenuhnya. Wawancara televisyen tidak sedikit pun menjejaskan isi atau kebenaran kandungan Akuan Bersumpah, melainkan wujud bukti berlakunya tekanan yang mana ianya tidak berlaku dalam kes ini.

Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Raja Petra telah mengesahkan Akuan Bersumpah beliau pada 18 Jun 2008 di mana beliau telah dimaklumkan oleh "sumber yang boleh dipercayai" berkenaan perkara ini.

Apa yang lebih mustahak adalah tiada penjelasan yang memuaskan dari Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib atau pihak Kerajaan berkaitan dakwaan oleh akhbar Liberation yang berpengkalan di Perancis tentang kaitan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan penjualan tiga buah kapal selam oleh syarikat Amaris dari Perancis kepada kerajaan Malaysia.

Pada ketika itu, Najib merupakan Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab ke atas pembelian tersebut. Persoalan ini adalah sangat mustahak dalam konteks kepentingan awam. Juga tiada sebarang penjelasan yang jelas tentang mengapa syarikat Perimekar dari Malaysia menerima bayaran €114 juta dari urusan pembelian kapal selam. Urusan pembelian tersebut kini di dalam
siasatan di Perancis kerana dipercayai melibatkan unsur rasuah.

Adalah mengecewakan manakala pihak Perancis giat meneruskan siasatan ke atas perkara ini, namun di Malaysia ianya kelihatan 'disapu ke bawah permaidani'. Dakwaan dan isu yang menyelubunginya adalah sangat serius dan sewajarnya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk melakukan siasatan.

N. SURENDRAN
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Sumber: KeadilanDaily

HJ HADI PATUT KEKAL PRESIDEN PAS

Posted: 14 Apr 2011 04:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

DI TENGAH kehangatan kempen Pilihanraya Negeri Sarawak, saya mahu mencelah sedikit tentang pemilihan pimpinan PAS di dalam Muktamar PAS akan datang. Sudah tentu selepas hari mengundi di Sarawak 16 Apr ini, maka kita akan dihangatkan pula oleh cerita tentang pemilihan kepimpinan di dalam PAS.

Ucapan tahniah saya ucapkan kepada YB Datuk Paduka Husam Musa yang awal-awal lagi membuat pengakuan tidak akan bertanding jawatan tertinggi di dalam PAS melainkan jawatan AJK PAS Pusat sahaja. Ertinya, tidak perlu sesiapa untuk mencalonkan beliau samada untuk jawatan Naib Presiden, Timbalan mahu pun Presiden PAS. Kenyataan beliau yang dipetik melalui Harakahdaily menyebut, " Saya menyokong 100 peratus kepada pimpinan Tuan Guru Haji Hadi, kerana kepada saya beliau adalah seorang yang berwibawa dan boleh menyatukan PAS".

Bagi saya memang tidak perlu ada pertandingan untuk jawatan Presiden PAS kerana tiada lagi yang dapat dilihat mampu menjadi lebih baik dan efisyen dari Tuan Guru Hj Hadi. Beliau berada di kerusi itu setelah pemergian Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan tiada cacat celanya yang boleh membawa PAS semakin mundur. Memang benar ada ketikanya pasang surut berlaku di dalam PAS tetapi bukan kerana kelemahan kepimpinan beliau tetapi kerana beberapa situasi semasa yang terjadi. Pasang surut ini berlaku juga di dalam PKR yang dipimpin oleh DS Anwar sendiri. Apa yang penting, PAS terus mendapat sokongan malahan lebih hebat dari PKR dan DAP.

Mungkin ada yang berfikir sebaliknya, terpulang kepada semua ahli PAS untuk menilai kepimpinan mereka. Bahkan, ada yang menganggap DS Anwar pun kewibawaannya lebih bawah dari Presiden PAS, ini satu bukti menunjukkan Tuan Guru Haji Hadi adalah tokoh yang berwibawa. Jika bukan kerana ketokohannya, masakan ada orang yang sanggup menjadi gila untuk `terjah atau langar Hadi'./wfauzdin.blogspot.com

HJ HADI SAMBUT NAJIB, MANA PENYOKONG BN ?

Posted: 14 Apr 2011 02:00 AM PDT

Harakahdaily

BETING MARO, 13 April: Dua hari lagi menjelang pilihan raya negeri Sarawak, Barisan Nasional (BN) kelihatan semakin terdesak apabila isu membabitkan Tan Sri Taib Mahmud terpaksa dijawab satu persatu. Namun isu bila Ketua Menteri itu akan meletak dan siapa pengganti nampaknya belum mampu dirungkai BN.

Ini menyebabkan aktiviti kempen jentera BN kurang mendapat sambutan. Hari ini terbukti lagi apabila kehadiran Datuk Seri Najib Razak di Pekan Pusa disambut tidak lebih 100 penyokong BN. Lebih memalukan lagi apabila program kempen Najib yang diadakan sejurus selepas itu semakin kurang bilangan pendengar. Kalau hendak dihitung 50 orang pun sukar.

Perdana Menteri datang menggunakan helikopter (gambar). Pemimpin BN tidak serik menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan biar pun seorang terbunuh pada kemalangan helikopter kelmarin. Najib difahamkan terpaksa berkempen di Beting Maro memandangkan terdapat bayangan BN sukar mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya kali ini.

Isu calon yang tidak dipersetujui akar umbi penyokong BN kini sukar ditangani. Keputusan Taib mengenepikan Bolhassan Di, penyandang sebelum ini juga makin payah diselesaikan.


Selain itu dan kemenangan kecil Bolhassan pada pilihan raya sebelum ini dengan 895 undi menyebabkan situasi cemas melanda BN. Menurut krew Kelantantv yang berada di Beting Maro sejak Ahad lalu, kedatangan Najib turut disambut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang. Katanya, Presiden PAS turut tampil bersalam dengan Najib ketika Perdana Menteri datang ke Pasar Pusa. Ketika itu pemimpin PAS dan sebahagian daripada Kelantan sedang minum pagi bersama calon PAS Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

"Sambutan penduduk Pusa terhadap Najib amat dingin sekali. Tidak ramai sebagaimana dijangka walaupun BN buat pengumuman termasuk melalui TV meminta rakyat Pusa keluar menyambut Perdana Menteri. "Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Ketika ucapannya beliau menghentam Presiden PAS apabila menyebut 'orang PAS bila sambut, peluk kita nampak baik tapi politiknya jahat," kata jurucakap Kelantantv.

Najib difahamkan tiba di Kuching malam tadi. Beliau dijangka menghabiskan masa berkempen di bahagian Selatan Sarawak iaitu Pusa, Sebuyau dan Batang Sadong sehingga esok. Dua hari lalu beliau berkempen di Beladin, salah satu Daerah Mengundi di Dun Beting Maro yang hanya boleh dihubungi melalui feri menyeberangi Sungai Saribas. Turut berkempen membantu calon BN di Beladin, semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom.

"Tinggal dua hari kempen sebelum hari pengundian Sabtu ini ternyata BN berada dalam keadaan tersepit apabila pelbagai isu membabitkan Taib terutamanya tanah adat langsung tidak disentuh Najib semasa melawat Beladin," katanya. Penduduk di Beladin juga dikatakan menuntut janji yang tidak ditunaikan sehingga kini termasuk membayar pampasan tanah. Malam tadi Ustaz Abdul Hadi berceramah di Pusa Tengah bersama anggota jawatankuasa PAS pusat, Mohamad Sabu; Senator Mumtaz Nawi, dan Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

Sambutan penduduk Pusa terhadap ceramah PAS begitu menggalakkan sekali di mana jauh lebih positif berbanding pilihanraya negeri Sarawak pada 2006. Malah anak-anak muda tidak kekok melaungkan kata-kata 'Hidup PAS' dan didapati mereka memberi sokongan padu terhadap Abang Mat. Jentera pembantu kempen dari Dewan Pemuda Kelantan diketuai Abdul Latif Abdul Rahman turut mengadakan acara sukan bersama belia dan anak muda di Kampung Pusa Tengah semalam.

Sementara itu pegawai penyelidik dari Pusat Kajian Strategik Kelantan, Zainal Abidin Husien berkata, momentum yang berlaku di semenanjung pada 2008 ternyata telah hanyut ke Sarawak. "Sebelum ini kita boleh lihat gerak kerja kempen parti selain BN sukar mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan.

"Kempen PAS di Beting Maro pada pilihan raya negeri lalu pun berdepan dengan pelbagai kesukaran. Namun sekarang berubah 360 darjah. Penduduk boleh menerima PAS dan Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi di sini. (Gambar: Abdul Hadi dan Najib bertemu sewaktu sama-sama berkempen di Pasar Pusa)

Menurutnya juga isu yang paling penting BN sehingga kini belum mampu memecah benteng keutuhan Pakatan Rakyat biar pun cuba membawa isu video lucah dengan andaian Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak rakyat Sarawak. Sebaliknya kata beliau apa yang berlaku sekarang, kehadiran pemimpin Pakatan mendapat sambutan hangat.

Ceramah Muryidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin utama DAP di bandar Kuching malam 10 April lalu mendapat sambutan luar jangka. "Apa pun keputusan pilihan raya Sarawak ini akan mempengaruhi sentimen politik di semenanjung. Semangat Pakatan sudah diterima rakyat, kata orang boleh jalan sekarang. "Kalau dahulu orang masih ragu-ragu, sekarang tidak lagi.

Malah usaha media pro BN menghodohkan wajah pemimpin Pakatan nampak belumberjaya," ujarnya. Beliau yang mempunyai kelulusan dalam Sains Politik berkata, keputusan pilihan raya Sarawak menjadi petunjuk kepada pilihan raya umum ke-13./Harakahdaily

HARAKAH RAMAL 17, MALAYSIAKINI RAMAL 19 , YANG PENTING TAPAK KUKUH PR DI SARAWAK

Posted: 14 Apr 2011 12:00 AM PDT

Nazri Abdullah

KUCHING, 13 April: Sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak didakwa sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Dr Dzulkefli yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) berkata, biarpun maklumat itu hanya sekadar pandangan pemerhati politik, namun ianya sesuai dengan sokongan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat setakat ini.

Maka tidak hairanlah katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu bimbang sehingga beliau terpaksa turun sendiri berkempen di Sarawak.

"Najib memang tergugat, saya mendapat maklumat BN hanya boleh menang 43 kerusi yang mana mereka rasa betul-betul selamat. 17 kerusi milik pembangkang manakala 11 lagi jadi pertarungan sebenar," katanya.

Turut serta pada sidang media itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.

Keadaan itu juga jelas beliau menyebabkan Najib kini seperti hilang kepercayaan kepada timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengemudi jentera pilihan raya BN.

Ianya juga ditambah dengan faktor kebencian rakyat terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Hampir seluruhnya kekayaan negeri ini dibolot secara rakus bukan sahaja oleh dirinya (Taib), tetapi juga oleh suku sakatnya, abang, adik, ipar dan menantu.

"Maka amat wajar Najib kalau berani menyatakan siapa pengganti Taib Mahmud dalam masa terdekat ini.

"Ataukah ini mainan Najib, atau mainan Muhyiddin dengan Taib Mahmud untuk mensabotaj Najib,"soalnya lagi.

Kebangkitan rakyat pada pilihan raya Sarawak kali ini dapat dilihat dengan jelas apabila penyertaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini disambut bagai menatang minyak yang penuh.

Ceramah-ceramah Pakatan Rakyat juga turut mendapat sambutan luar biasa khususnya masyarakat Cina, apatah lagi dengan kehadiran pemimin utama PAS, PKR dan DAP seperti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Keadaan itu menyebabkan BN kini tidak senang duduk dan mula menumpukan kepada kawasan pedalaman yang mempunyai penduduk majoriti Melayu, Melanau dan Iban.

"BN kini sedang memperkemas bala tentera, bukan jentera tetapi wang ringgit mereka,"kata Dzulkefly lagi.

Pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini, semua kerusi ditandingi pembangkang termasuk Pakatan Rakyat iaitu PKR 47 kerusi, DAP 15 dan PAS 5, manakala Snap bertanding di 27 kerusi./Harakahdaily

Tiada ulasan: