Sabtu, 2 April 2011

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Adegan paling tak ranjang

Posted: 02 Apr 2011 10:35 AM PDT

Oleh Hishamuddin Rais

Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana pembukaan sedunia, filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.



Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana pembukaan sedunia, filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.

Walau apa pun aku mesti berkata benar bahawa aku merasa begitu bangga sekali apabila seorang pengarang akhbar The Star menelefon dan menjemput aku untuk datang menonton. Menggeletek anak tekak, tak sabar-sabar nak menonton Tiga Mat Boroi. Cepat-cepat aku seterika baju dan seluar.

Aku juga merasa amat amat gembira kerana dapat sama-sama merayakan kerja seni garapan Le Petit Tambi. Le Petit Tambi ini adalah pengarah filem kanak-kanak pada tahun 80-an dahulu. Dia cukup hebat dalam hal kanak-kanak dan buat anak. Dari apa yang aku difahamkan, filem terbaru ini adalah percubaan awal untuk meninggalkan genre kanak-kanak dan memasuki filem yang dianggap engaging atau filem fikrah.

Bayangkan betapa bangganya aku kerana telah dijemput untuk melihat tayangan eklusif Tiga Mat Boroi ini. Tayangan ini bukan di panggung kokak di Penang Road atau di Mid Valley. Aku dijemput ke panggung yang amat eklusif - Le Carcosa.

Tentang Carcosa ini, aku pernah diberitahu bahawa satu ketika dahulu Queen Elizebeth pernah terkencing berdiri di tandasnya. Ini terjadi sesudah Queen Elizebeth makan sup tomyam yang agak pedas di Jalan Masjid India. Drama ini berlaku ketika Queen Elizebeth datang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan Sukan Kommonwealth pada tahun 1998 dahulu.

Berita Queen Elizebeth terkencing berdiri di Carcosa ini memang tidak dilaporkan media kerana takut akan menjadi satu trend ikutan anak-anak muda. Amat ditakuti kalau-kalau anak muda akan pergi beramai-ramai ke Carcosa hanya untuk berdiri terkencing.

Bila aku sampai ke Le Carcosa, aku telah disambut oleh lelaki gelap berpakaian serba hitam, termasuk berkaca mata hitam. Sekali pandang mereka kelihatan seperti pelakon dalam filem Man in Black. Sekali lagi pandang mereka ini semuanya seperti samseng dalam filem Tamil - bangang tapi lawak.

Liputan meluas

Kemudian aku pun dibawa masuk ke dalam panggung. Kelihatan ramai para gedebe tempatan dan wartawan yang telah datang lebih awal berada di situ. Semuanya kelihatan resah dan gelisah , duduk ternanti-nanti bilakah filem ini akan diputar.

Sebelum filem diputar, Le Petit Tambi sebagai pengarah telah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, terutama wakil media. Le Petit Tambi berharap filem Tiga Mat Boroi ini akan mendapat liputan yang meluas. Menurut pengarah filem ini, dengan laporan media pasti orang ramai akan teringin ke panggung untuk menonton.

Filem pun diputar. Belum sampai tiga minit, mula kedengaran orang berdengkur. Pada minit ketujuh, dua orang penonton bangun untuk ke tandas. Untuk aku, ini petanda yang kurang sihat kerana filem ini tidak dapat memaku bontot penonton di kerusi.

Aku sendiri kembali untuk memberi konsentrasi dan melihat semua adegan yang sedang bergerak di hadapan mata. Aku terperanjat besar. Menurut Le Petit Tambi, filem ini adalah filem drama politik yang serius. Tetapi bila aku lihat, filem ini adalah filem komedi bodoh bergenre Senario.

Malah aku hairan kenapa tajuk filem ini diberi nama Tiga Mat Boroi. Tajuk sebegini sudah lawak. Tidak mungkin tajuk sebegini akan dilihat sebagai filem yang serius. Filem genre politik yang serius untuk aku adalah filem seperti Maria Mariana atau Sembilu. Filem-filem ini memiliki drama politik yang hebat dan tak ada tolok bandingan dalam dunia perfileman.

Sebelum filem diputar tadi, Le Petit Tambi juga berkata bahawa adegan di ranjang dalam filem ini cukup hebat. Pengarah telah menggunakan lapan buah kamera. Ini untuk memastikan semua sudut dirakam tanpa ada potongan. Penggunaan lapan buah kamera ini cukup hebat, malah lebih hebat dari Stanley Kubrick ketika membuat adegan ranjang dalam Lolita. Stanley Kubrick hanya menggunakan tujuh buah kamera sahaja. Ini betul-betul sikap Malaysia Boleh dari Le Petit Tambi!

Menurut Le Petit Tambi, filem ini mengisahkan seorang negarawan ulung yang telah digoda oleh seorang gadis Siam. Si gadis ini adalah pengintip macam Mata Hari yang dihantar khusus ke Malaysia oleh kerajaan Siam untuk mengagalkan projek Getah Negara. Jika projek Getah Negara ini berjaya, maka Siam akan kehilangan pasaran yang amat besar. Inilah jalan cerita filem ini.

Bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi tentang adegan ranjang ini, air liur aku meleleh. Aku ternanti-nanti adegan ranjang ini. Malah aku telah bersedia dengan sarung tangan, jika kejantanan aku terganggu. Jika terganggu, aku tahu apa yang wajib aku lakukan.

Long shot

Tup! Tup! Apabila adegan ranjang bermula, aku terperanjat besar. Aku merasa tertipu. Walaupun lapan kamera digunakan dari pelbagai sudut, semuanya kelihatan gagal. Semua gambar kabur dan bergoyang- goyang. Tidak ada satu pun kamera yang berani menyorot dekat. Semua gambar diambil dari jarak jauh - long shot.

Malah cukup menyedihkan kerana tidak ada satu pun reverse angle untuk memperlihatkan reaksi muka negarawan yang sedang bertogel. Apa yang jelas dilihat hanyalah punggung dan bahagian belakang si negarawan ini sahaja. Macam si negarawan sedang membuat tekan tubi.

Adegan ranjang ini adalah adegan yang paling tidak ranjang, yang pernah aku lihat. Gambar yang agak kabur dan bergoyang-goyang ini bertambah buruk lagi dengan lakonan kaku watak utamanya. Pelakon yang menjadi negarawan ini kelihatan tidak kacak. Kalau tidak kacak tetapi memilik badan yang gagah perkasa, mungkin juga penonton akan berpuas hati. Tetapi ini tidak juga berlaku.

Mengikut istilah 'nyah ', badan pelakon utama ini, "cukup mak tak taste."

Biar aku berkata jujur bahawa pelakon ini kelihatan boroi. Keboroiannya kelihatan jelas apabila dia bangun untuk memakai seluar. Perutnya kelihatan gendut. Malah apabila dia bangun, aku terdengar ramai yang ketawa melihat perutnya yang boroi dan bergoyang-goyang.

Mengambil pelakon berperut boroi adakah kesilapan yang amat besar. Dalam pembikinan filem, amat penting pemegang watak utama dilihat kacak dan bergaya. Kalau pun bukan bermuka Brad Pitt, sekurang kurangnya pilihlah muka kacak seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apabila wira filem ini mula berjalan, aku hampir terbarai ketawa. Tetapi kerana hormat kepada penonton yang lain aku terpaksa mengigit jari untuk menahannya. Sakit perut aku menekan ketawa masuk ke perut.

Pesta filem di Cannes

Bayangkan, siapa pun akan ketawa apabila melihat imej negarawan ini, bukan sahaja boroi, pungungnya tonggek pula. Oh la la... di mana silapnya tuan pengarah ini? Mata aku mencari-cari dalam gelap, di manakah Le Petit Tambi? Pada ketika itu, aku rasa nak memberi satu penampar kepada tuan pengarah.

Kemudian si negarawan bangun untuk memakai baju. Nah, sekali lagi aku teperanjat. Kelihatan jelas tangannya yang memegang baju itu kelihatan berbulu lebat. Memang betul, bukanlah berbulu macam King Kong. Tetapi aku amat yakin pelakon ini cukup sesuai untuk berlakon dalam iklan Gillette. Tangannya yang berbulu itu akan kelihatan licin jika dicukur dengan Gillette.

Bila lampu dibuka, aku terperanjat sekali lagi. Hanya tinggal lima kerat dalam panggung Carcosa ini. Penonton yang lain telah senyap-senyap cabut pulang. Aku diperkenalkan oleh Le Petit Tambi dengan dua orang lagi yang menjadi pembantu pengarah. Bila aku lihat muka pembantu pengarah ini, aku rasa nak menempeleng kepala mereka. Muka mereka kelihatan 'poyo' walau pun mereka kelihatan bangga menjayakan filem ini.

Le Petit Tambi tanpa malu dan segan telah berkata bahawa filem ini akan di bawa ke pesta filem di Cannes. Sedih bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi ini. Aku merasa sedih kerana kebodohan mereka. Aku rasa filem ini, kalau YouTube adakan syarat piawaian, sudah pasti filem ini tidak akan lepas.

Bila sampai ke rumah, aku termenung dan langsung membuka internet. Aku terperanjat beruk apabila membaca tentang Ummi Ufilada yang telah membuat sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa dia memiliki 18 buah lagi filem yang akan menandingi kehebatan filem Tiga Mat Boroi. Aku hampir pengsan apabila membaca berita ini. Nampaknya si Ummi ini ingin bertempur dengan Le Petit Tambi.

Lalu aku terfikir, apa sudah jadi? Lalu aku bertanya, ke mana arahnya perkembangan filem Melayu hari ini? Apakah peranan Finas telah gagal? Apakah desas-desus yang aku dengar tentang Finas kini betul?

Untuk para pembaca yang teringin menonton filem Tiga Mat Boroi ini, lupakan sahaja. Tetapi kalau nak melihat orang boroi tak susah. Yang agak susah ialah bertemu orang boroi yang tonggek dan tangan bebulu. Orang jenis ini hanya berada di Siam. Tetapi kepada anak muda, kalau hendak pergi terkencing berdiri di paggung Le Carcosa seperti Queen Elizebeth dipersilakan.M/Kini

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU MINYAK SAHAJA SUDAH CUKUP UNTUK MEMPERBODOHKAN RAKYAT

Posted: 02 Apr 2011 02:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK sukar untuk membaca maksud yang tersirat seperti yang dikeluarkan oleh kerajaan berhubung kenaikan minyak petrol. Petikan Malaysiakini hari ini melaporkan, " Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga petrol RON 95 buat masa ini sekalipun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan tidak dapat menjamin perkara tersebut pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan.

Apabila kita membaca kenyataan dari menteri berkenaan, kita sudah boleh merasakan akan berlaku sesuatu selepas pilihanraya negeri di Sarawak nanti. Menteri ini sibuk menasihati rakyat jangan terlalu bergantung kepada subsidi, tetapi yang mendapat subsidi paling banyak siapa? Menteri ini tidak menasihatkan syarikat-syarikat besar atau GLC yang kini terlalu mewah dengan subsidi kerajaan. Mengapa rakyat yang menteri ini sedar kebanyakannya hidup susah di`bebel'kan dengan subsidi?

Jika rakyat bijak dan cerdik, tiada sebab mereka mahu menolak tawaran dari PR jika memerintah Putrajaya hari ini, esok harga minyak turun. Memang pemimpin Umno akan mendakwa itu adalah janji-janji manis PR sahaja kerana pemimpin Umno ini amat takut mereka kehilangan kuasa. Jika mereka ada hujah atau fakta bahawa PR berbohong tentang janji tersebut atau janji-janji yang terdapat di dalam Buku Jingga, mengapa mereka takut untuk berdebat secara ilmiah?

Sebaliknya menteri ini bercakap seperti budak-budak hingusan yang mencabar agar negeri-negeri di bawah PR terlebih dahulu turunkan harga minyak. Ini bukan hujah, ini lawak jenaka yang memperbodohkan diri menteri itu sendiri. Kadangkala terliur kita melihat bagaimana negara-negara lain yang menjadi negara pengeluar minyak seperti negara kita, rakyatnya mewah menggunakan hasil bumi negara mereka sendiri. Di mana akal menteri kita yang berhujah bahawa harga minyak di negara kita lebih murah jika dibandingkan dengan Thailand dan Singapura. Adakah mereka anggap kesemua rakyat di negara ini seperti `katak di bawah tempurung'?

Bayangkan, jika kita memiliki dusun durian adakah kita mahu menjual durian kita dengan harga yang mahal kepada anak beranak atau kaum kerabat kita? Atau, kita akan berhujah bahawa orang lain menjual durian lebih mahal dari kita jual kepada anak beranak dan kaum kerabat kita? Durian gred bermutu, anak beranak dan kaum kerabat kita tidak boleh merasainya kerana kita menjual mahal. Durian yang tidak bermutu, pecah, busuk dan masam kita jamu kepada anak beranak dan kaum kerabat kita, itu pun dengan harga yang mereka berfikir dua tiga kali untuk membelinya. Jenis apa kita?

Pilihanraya Umum Ke 13 nanti satu lagi ujian buat rakyat. Adakah kita bersedia untuk terus diperbodohkan atau tidak. Pilihanraya Negeri Sarawak, saya tidak berani meramalkannya kerana budaya politik di negeri tersebut tidak tahu untuk saya memikirkannya. Apa yang saya tahu, Taib Mahmud serta keluarganya terus mewah dan kaya raya dan Taib sendiri mempunyai isteri muda yang baru./wfauzdin.blogspot.com

RAKYAT PAHANG TERANCAM, SURAT YB FUZIAH KEPADA MB PAHANG

Posted: 02 Apr 2011 01:09 AM PDT

Kepada

YAB Menteri Besar Pahang

Daripada

Hjh Fuziah Salleh,
Ahli Parlimen Kuantan

Saya mengalu-alukan kenyataan YAB MB Pahang berkenaan pembinaan logi pemprosesan Lynas di Gebeng serta pengiktirafan YAB terhadap status keselamatan logi tersebut. Ianya menunjukkan bahawa YAB MB prihatin terhadap keselamatan rakyat Pahang amnya dan rakyat Kuantan khususnya.

Namun saya berpendapat bahawa penerangan yg diterima oleh YAB MB darirpada LPTA merupakan taklimat yg tidak cukup menyeluruh kerana industri pemprosesan 'rare earth' ini merupakan industri yg melibatkan pelbagai bidang kepakaran dan juga melibatkan pembuatan dasar dari pelbagai kementerian.

YAB MB seharusnya telah berusaha mendapatkan satu kajian dan pandangan dari satu badan bebas berkenaan impak pembinaan logi Lynas serta juga impak operasi pemprosesan nanti kepada keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata
pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat di kawasan Kuantan.

Antara persoalan yg harus telah ditanya oleh YAB MB kepada pihak pakar ialah kenapa tiada negara di dunia melainkan negera Cina telah bersetuju untuk membenarkan logi pemprosesan 'rare earth' di bina di negara mereka sejak 3 dekad (30tahun) kebelakangan ini.

YAB MB juga harus bertanya kepada jiran kita, MB Trengganu berkenaan pendirian Kerajaan Negri Trengganu berkaitan permohonan Lynas Corporation untuk membina logi yang sama di Teluk Kalung dalam tahun 2007.

YAB MB juga harus bertanya berkenaan sisa pepejal (leach purification solids) hasil dari pemprosesan yang akan mengandungi bahan ThO2 - bagaimanakah ianya akan diuruskan dan peraturan apakah yg akan di gunapakai oleh Lynas. Adakah Solid Radiactive Waste Management yg akan diamalkan oleh Lynas apabila bermula operasi akan menepati
piawaian negara Cina atau piawaian British atau piawaian Australia? Piawaian mana yang akan diguna pakai nanti?

YAB MB juga harus bertanya kepada pakar, apa kesan sisa yg mengandungi radioaktif kepada alam sekitar dan seterusnya terhadap industri perikanan di kawasan Kuantan, memandangkan Sungai Balok berada di persekitaran Gebeng.

YAB MB juga harus meminta kajiselidik dijalankan tentang bagaimanakah nanti persepsi pelancung terhadap keselamatan mereka sekiranya mereka memilih Kuantan sebagai destinasi percutian. Samada mereka akan masih tertarik dan berminat untuk datang ke Cherating bercuti di sebelah logi pemprosesan 'rare earth'?

Memandangkan logi pemprosesan ini nanti akan menjadi logi terbesar di dunia selain yang ada di negara Cina (yang kita semua tahu tidak mengambil berat tentang piawaian pemeliharaan alam sekitar.), persoalan di atas adalah amat penting.

Bagaimana pula impak terhadap industri keropok lekor dan ikan bakar serta industri ikan masin di Kuantan? Adakah akan lebih semarak atau nanti akan juga mengalami impak negatif daripada kekurangan kunjungan pelancong?

Saya jangka YAB MB hanya boleh berpuas hati setelah mendapat jawapan yg menyenangkan dari kesemua persoalan diatas. Amanah kepimpinan ialah amanah besar dan rakyat mengharapkan pemimpin untuk bertindak telus serta bertanggungjawab.



Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
1 April 2011

OKU DITAHAN DI BAWAH ISA KERANA TAYANGAN VIDEO LUCAH ?

Posted: 02 Apr 2011 12:31 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MENDAPAT berita SMS dari ADIL NEWS menyebut bahawa seorang lelaki OKU bernama Kadir Hashim, seorang peniaga kedai makan dan seorang ahli PKR Kg Kerinchi telah ditahan di bawah Akta zalim ISA.

PKR telah membuat gesaan agar kerajaan membebaskan segera OKU ini. adakah kesalahan beliau? Adakah beliau juga terlibat dengan penayangan video seks atau memilikinya video tersebut? Adakah beliau sebagai `master mind' yang menguruskan kad pengenalan kepada warga asing di negara ini?

Apa pun, tabik kepada mereka yang zalim dan mereka yang menyokong kezaliman. Tidak lupa juga tahniah kepada mereka yang menyokong perbuatan pihak yang menaikkan harga minyak serta harga barang-barang keperluan utama. /wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Di mana moral Najib pertahan Adun Lenggeng

Posted: 02 Apr 2011 10:16 AM PDT

Harakahdaily

TEMERLOH, 2 April: Kejadian demi kejadian di mana kemungkaran dipertahankan semakin menjadi-jadi di dunia politik Malaysia.
Terbaru, tatkala rakyat masih mempersoalkan isu mengapa orang yang menayangkan video lucah dipertahankan oleh kerajaan, hari ini mereka dikejutkan lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara terang-terang mempertahankan seorang Adun yang dibuktikan bersalah atas tuduhan rasuah.
Meskipun dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 kerana rasuah semalam, Najib bukan sahaja tidak serta merta menasihati Adun Lenggeng, Mustafa Salim untuk melepaskan jawatannya demi menjaga maruah kerajaan dan parti, malah beliau mengingatkan rakyat bahawa Mustafa masih seorang Adun yang sah.
"Tindakan PM masih mempertahankan Adun yang dibuktikan melakukan rasuah dianggap satu tindakan tidak bermoral daripada pihak Barisan Nasional.
Sebagai pimpinan utama, sepatutnya PM menasihatkan beliau untuk meletak jawatan bagi menjaga maruah parti," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.
Mengulas lanjut mengenai nasib Mustafa ketika disoal pemberita hari ini, Najib turut menegaskan bahawa Mustafa masih lagi Adun Lenggeng kerana beliau akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Seremban ke atasnya semalam.
Namun begitu, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa kenyataan Najib seolah-olah dibuat tanpa melihat pada cermin kerana ia jauh berlainan dengan tindakan Barisan Nasional ketika mereka menyerang barisan pimpinan Pakatan Rakyat dengan pelbagai tuduhan rasuah.
"Walaupun beliau masih ada hak untuk membuat rayuan, namun sebagai pemimpin politik, bila mana disabit kesalahan merasuah, di mana umum mengetahui ialah satu amalan jijik pada waktu BN menyerang pimpinan PR dengan pelbagai tuduhan rasuah dan tiba-tiba Adun mereka yang disahkan terima rasuah adalah amat menghinakan," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menyeru para pengundi Sarawak untuk mengambil iktibar daripada kes Adun Lenggeng ini yang jelas memperlihatkan pimpinan Umno sudah terbukti gagal untuk menjadi model yang baik bagi rakyat.
"Bayangkan kalau baru sepenggal jadi YB dah mula buat perangai, bagaimana kalau 30 tahun jadi pemimpin, berapa banyak kekayaan negara akan disapu?" soal Tuan Ibrahim.
Selain itu, katanya, PAS turut menasihatkan Adun Lenggeng agar meletakkan jawatan dengan segera sekiranya beliau masih mempunyai rasa tanggungjawab, maruah dan harga diri.
"Rayuan hanyalah prosedur perundangan bukan kaedah yang boleh menggambarkan maruah diri bagi menjaga nama baik," tegur beliau

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Perak Sudah Haram,Perlis Belum

Posted: 02 Apr 2011 07:01 PM PDT

Isu Semasa

KANGAR: Perlis akan mendapatkan maklum balas pejabat Mufti Perak berhubung dakwaan tarian poco-poco dikatakan menyerupai upacara keagamaan Kristian sebelum memutuskan sama ada tarian itu perlu diharamkan atau sebaliknya.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata pihaknya tidak boleh terburu-buru mengikut Perak kerana sebarang keputusan perlu berasaskan bukti dan kesahihannya, selain bergantung keputusan Majlis Fatwa negeri.
Selagi tiada bukti sahih dakwaan berkenaan, maka tiada sebab poco-poco diharamkan, apatah lagi jika motif utama tarian menjadi ikon pihak tertentu sekadar bersenam dan menyihatkan badan.

Kami akan meneliti laporan pengharaman poco-poco oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, mendapatkan kepastian termasuk kesahihan sumber dirujuk sebelum keputusan dibuat, katanya di sini, semalam.
Katanya, langkah itu penting bagi menguatkan kredibiliti sumber dirujuk, selain mengelak timbul spekulasi kurang sihat.
Sebelum ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan fatwa pengharaman poco-poco dengan alasan mempunyai kaitan agama dan pemujaan roh sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

Sumber : Harian Metro

Hancus...



Cari N3 lama-lama disini

Siapa Kena Rogol?

Posted: 02 Apr 2011 09:20 AM PDT

Isu semasa

Assalamualaikum dan salam blogger,malam ni ,sebelum tidur saya nak bagi soalan kuiz sikit pada teman semua,Soalannya "Siapa yang kena rogol?
Untuk jawab soalan kuiz ini kena baca panduan di bawah dulu.Sebelum tu nak bagitahu syarat dulu,syaratnya lepas baca tidak dibenarkan ketawa,senyum pun tak boleh.kalau langgar syarat tak dapat hadiah.hahaha..

sila baca panduan dibawah ye.

Fakta-fakta pelik dalam kes tuduhan liwat Anwar-saiful
 
kalau pembaca ikuti kes ni anda pasti terkeliru atau mungkin tergelak dengan fakta-fakta pelik yang di bawa di mahkamah.saya senyum kambing bila mendengar YB HusyamMusa membacakan fakta-fakta pelik ni.
 
1) Saiful membuat laporan polis hanya selepas dua hari dia "Dirogol"kemudian sampel air mani anwar diambil dari du**r saiful.setelah itu airmani itu disimpan oleh ihak polis didalam peti besi,Diulangi PETI BESI bukan peti sejuk.setelah beberapa hari barulah sampel itu dihantar ke makmal DNA.macammana air mani masih boleh diambil sampel DNA nya setelah hampir seminggu peristiwa itu berlaku.
kalau fakta tu tak pelik ,mari lihat fakta kedua
 
2)Terdapat kesan airmani pada seluar dalam milik Sauful,
yang hairannya,kesan airmani itu bukan pada bahagian belakang tapi bahagian depan.
apa depan?? tak dapat den nak bayangkan macammana situasi tu keh keh keh
tunggu dulu,setelah diperiksa .doktor mengesahkan airmani itu bukan milik Anwar.Apa??? habistu milik siapa.Milik saiful sendiri.
hehehe..

Saya dah pening ni,siapa "rogol" siapa ???
ada sesiapa tolong jawab..



Cari N3 lama-lama disini

Lagu Untuk Mat Rempit

Posted: 02 Apr 2011 06:09 AM PDT

Islamik Muzik

Ni satu lagi penyakit remaja zaman sekarang,mak ayah dah puas nasihat.kawan dia mati depan matapun masih degil gian merempit lagi.yang lelaki pertaruhkan nyawa ,yang perempuan pertaruhkan maruah diri jadi hadiah.


 
Cari N3 lama-lama disini

Berita Gempar OKU Di Tangkap ISA

Posted: 02 Apr 2011 01:26 AM PDT

Isu Semasa
Gambar hiasan

Pelik tapi benar, Berita yang diterima dari twitter kartunis Zunar melaporkan bahawa, seorang Orang Kelainan Upaya, OKU di kampung Kerinchi di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA sebentar tadi. Sebab-sebab penahanannya masih tidak dapat dipastikan. [TwitterZunar].

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Tiz Zaqyah tak bayar bil air!(ohbule.com)

Posted: 02 Apr 2011 04:22 AM PDT

ahahahaa...aku sbagai orng yg baik...nk mempromot posting mr edz.. link dia rasakusut.blogspot.com check la sndiri.. aku baikkan mr edz kan???harharhar...

ah??tiz zaqyah bayar la bil air dia..saja je aku taruk tajuk cam tu....jgn saman aaaaaaa...harharhar

Sabtu, 2 April 2011

entry khas untuk Pengarah Jab. Bekalan Air pahang


kepada tuan pengarah Jabatan Bekalan Air Pahang..

saya dengan rendah diri ingin mengadu kepada tuan bahawa kawasan di kampung di Felda Keratong 3 kerap mengalami gangguan bekalan air. pada hari ini untuk yang kesekelian kalinya lebih kurang jam 10 pagi air di pili sudah tiada. yang ada hanyalah desiran angin sahaja. (ketika saya menulis inipun air masih tidak keluar dari paip)

tuan, mengikut maklumat dari adik saya memang kerap air tiada. entah mengapa saya pun tak tahu. menurutnya lagi baru dua hari gangguan tidak berlaku. ini bermakna memang dalam seminggu gangguan pasti akan berlaku.

tuan, saya telah pun menelefon pihak tuan, dan telah memberikan butir butir diri saya dalam pukul 2.30 ptg tadi. terima kasih di ucapkan kepada anggota tuan kerana melayan aduan saya.

tuan, adakah perlu PilihanRaya baru nak di selesaikan masalah ini? perlukah saya melapor perkara ini ke Najib Tun Razak baru nak diselesaikan masalah ini..? mungkin Najib sedang bingung sekarang sebab sebagai PM macam macam nak di selesaikan. lagipun minyak ron 97 sudah naik harganya malam tadi.

tuan, jika masalah air seperti ini tidak dapat diselesaikan macam mana jika nanti air di pahang di salurkan ke selangor. adakah masalah ini semakin rumit? di negeri pahang ini tiada 20m padu percuma seperti di selangor. beruntung jugak saya menetap di selangor. walaupun ada air percuma tetapi gangguan kurang terjadi.

saya amat berharap jika masalah yang membelenggu penduduk di sini dapatlah di selesaikan secepat yang mungkin. sekian terima kasih



pesanan buat tuan pengarah:nak harap YB (dun bkt. ibam)kat sini jarang nampak muka (saya pun tak kenal, lagipun mak saya cakap orang kat sini bukan suka sangat kat YB ni, nasib dia wakil BN jer orang kampung sini undi kalau tak tak jadi YB la jawabnya)nak ngadu kat Jamaluddin Jarjis dia dah pegi US.

mr edz: sesapa yang baik sila post kat blog anda.

dollah yankee

dollah yankee


Terbayang berakhirnya zaman

Posted: 02 Apr 2011 06:41 AM PDT

Antara tanda-tanda dunia akhir zaman ialah ... manusia akan mati beramai-ramai, ini semua orang tahu, sekali mati tiga empat ratus orang, sekali mati seribu dua ribu orang dan paling baru lebih dua puloh ribu orang mati di Jepun.

Manusia akan berebut-rebut membina banggunan yang tinggi-tinggi yang mencakar langit, ini pun orang semua tahu. 

Orang susah, orang miskin akan jadi kaya-raya dengan tiba-tiba. Yang ini orang tak tahu sebab hanya dua tiga kerat orang saja yang perasan akan elemen-elemen dunia akhir zaman ini bila seorang tukang sapu jalan majlis perbandaran Pulau Pinang ini tiba-tiba jadi jutawan bila terserempak dengan seorang saudagar dari negara China yang bertanyakan satu kawasan tanah kosong berbukit di kawasan Batu Feringghi milik siapa. Dan dengan sedikit usaha dan berpenglaman sebagai 'broker angin', si tukang sapu ini telah berjaya menjejak tuan punya tanah ini, selepas dua tiga minggu maka berlakulah urusan jual beli tanah berbukit ini, 'and guest what??', komisyen yang telah berjaya diperolehi oleh si tukang sapu ini selaku 'broker' adalah sebanyak 1 juta ringgit dan dengan sekelip mata sahaja dia telah menjadi 'one night millionaire'. 

Maka disini lah kebenaran seperti yang di dalam Al'Quran, orang miskin,orang susah tiba-tiba menjadi kaya raya.

Juga antara tanda-tanda akhir zaman ialah bila para ulama dan bijak pandai tentang hukum-hakam agama akan bertelagah sesama mereka untuk menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Ini pun semua orang tahu bila Mufti negeri Perak telah mengharamkan tarian 'poco-poco' manakala Senator Ustazah (yang semakin hari semakin mengancam) pula cuba menghalalkannya dengan berkata tarian 'poco-poco' ini hanya tarian yang berbentuk sebagai satu senaman sahaja.

Gurkah-gurkah politik di'port' tak mahu bincang tentang hal-hal agama ini, yang mana yang halal dan yang mana yang haram sebab gurkah-gurkah ini pun kadang-kadang kencing pun lupa nak basuh. Jadi kesimpulannya bagi gurkah-gurkah ini ialah, ada otak pakai jangan simpan dalam almari atau simpan dalam poket seluar. Sebabnya kalau dah pening-pening nak memikir 'just go back to basic', percaya kepada rukun iman dan rukun islam habis cerita.

dollah yankee -
1- Lihat lah perjalanan gempa bumi ini ... dari Jepun menuju ke Myanmar kemudian ke New Zealand.
2- Sedang menunggu perang besar antara orang-orang islam dengan orang-orang kafir.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Terima kasih polis bantu rakyat benci Umno BN

Posted: 02 Apr 2011 05:14 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 April: "Terima kasih PDRM bantu rakyat benci Umno BN," kata Datuk Mahfuz Omar.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam yang mengesahkan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan tiga manusia baru-baru ini adalah tulen.
Menurut Ismail, pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik pihaknya minggu lalu untuk membuat kajian terperinci.
Katanya, hasil siasatan rakaman video itu yang kini di peringkat akhir akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.
Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kemungkinan selepas ini pihak polis akan mengesahkan bahawa 'pelakon' lelaki di dalam video berkenaan adalah Anwar.
Baginya, itulah 'skrip' sejak dari awal lagi di mana semua media yang pro Umno BN cuba mengaitkan video lucah itu dengan Ketua Umum PKR.
Secara sinis, beliau berkata, walaupun video lucah itu dimaklumkan pihak polis adalah tulin tetapi gagal mengesahkan pelakonnya kemungkinan disebabkan mata penyiasat rabun.
"Mungkin penyiasat mata rabun atau yang siasat ni 'polis malaikat' yang tak tengok adegan atas katil, jadi dia siasat video saja," ujarnya lagi.

Video Lucah : Pemuda PAS Tolak Kenyataan Ketua Polis Negara

Posted: 02 Apr 2011 05:10 PM PDT


SHAH ALAM 2 APRIL : Pengumuman Ketua Polis Negara bahawa video lucah yang ditayangkan di sebuah hotel terkemuka di Ibu Negara pada 21 Mac lalu adalah tulen, tidak bermakna kerana ia gagal menangani isu fitnah terhadap individu yang dikaitkan dengan rakaman itu.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, teknologi canggih memungkinkan pengarah menghasilkan apa sahaja bentuk filem dan lakonan yang dikehendaki.

"Sekalipun videonya disahkan tulen tetapi pelakunya [watak pelakonnya] masih terdedah kepada manipulasi dan kepalsuan. Justeru dunia moden hari ini, tidak hairan video sedemikian boleh dihasilkan tambahan pula dalam bentuk filem hitam putih.

"Saya masih ingat sebuah filem yang pernah saya saksikan di atas kapal terbang dalam perjalanan saya ke Mesir pada satu ketika dahulu, iaitu filem lakonan John Travolta dan Nicholas Cage yang berjudul Face Off. Saya tidak mengingati keseluruhan jalan cerita filem ini, tetapi apa yang saya masih ingat ialah bagaimana mereka menukar wajah antara dua watak [John Travolta menjadi Nicholas Cage dan Nicholas Cage pula berwajah John Travolta] sehingga isteri mereka sendiri tidak dapat membezakan antara keduanya," ulas beliau dalam satu kenyataan media.
Read More / Baca Lagi >>

Memoir Dr M: Antara fakta dan fiksyen

Posted: 02 Apr 2011 05:07 PM PDT

Sepanjang kerjaya awamnya, Tun Dr Mahathir Mohamad seringkali diduga hampir tidak dapat terduga.

Beliau selesa menjadi seorang 'maverick' atau 'pengingkar' - melanggar peraturan setiap kali ia tampaknya tidak masuk akal, ataupun yang menghalang jalannya.

Tindakan berkenaan seringkali berisiko politik dan memerlukan keberanian bagi melakukannya. Namun ia berjaya menjadikan imejnya agung dan ada kalanya menyebabkan saingannya hilang keseimbangan ketika beliau merampas peluang tersebut.

mahathir book launch memoirs 080311Buku setebal 843 halaman, 'A Doktor di Rumah: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' yang docoretnya mengambarkan pola berkenaan.

Pada usia 85 tahun, perdana menteri paling lama di Malaysia itu dalam bukunya itu dijangka akan mengimbas zaman silam, menjawap kritikan sambil mengketengahkan kejayaan prestasinya tetapi membisu mengenai kesilapan atau matlamat yang belum dicapai.
Beliau juga dikatakan akan menjelaskan beberapa kebuntuan sebelum ini tetapi secara umumnya cuba berdamai dengan seterunya.

Tetapi tidak bagi Seorang polemik sehingga ke saat akhir, beliau tidak banyak memperdulikan kritikan atau bidasan yang dilontarkan terhadap dirinya dan dasar-dasar selama 22 tahunnya sebagai perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Program 100 Hari Pakatan Rakyat

Posted: 02 Apr 2011 05:02 PM PDT

 
Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.
Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:
1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
Read More / Baca Lagi >>

Video Seks : Motif Politik Amat Jelas

Posted: 02 Apr 2011 05:01 PM PDT


Sekurang-kurangnya kes video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sahih.
Soal kesahihan ini bukan sahaja membabitkan pembikinan video seperti yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar Ismail tetapi apa yang lebih sahih ialah isu siapa yang mengusahakannya.
Berbeda dengan dua kes konspirasi yang juga berbaur seks yang cuba dipalitkan ke atas Anwar sebelum ini, kes kali ini jelas digerakkan oleh orang politik.

Dalam kes pertama Anwar dihukum bersalah kerana "salah guna kuasa" untuk lindungi apa yang dikatakan perbuatan seks sumbangnya. Beliau dipenjara enam tahun.
Namun Mahkamah Persekutuan yang merupakan badan kehakiman tertinggi Negara kemudian mendapati kes itu tidak benar dan membebaskan Anwar.

Yang jelasnya, walaupun dapat dihidu umum kes itu adalah satu konspirasi politik untuk menjatuhkan wibawa kepemimpinan Anwar, tangan-tangan politik yang terbabit cuba disorokkan oleh pelbagai institusi – polis, mahkamah dan juga media – daripada dikenalpasti umum.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berselindung di sebalik kedudukan politiknya dan enggan memberi keterangan di mahkamah tetapi tidak pernah lelah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Anwar (termasuk yang terbaru dalam Memoir yang bercambah kesalahan fakta).

Begitu juga kes tuduhan liwat kedua. Berhempas pulas institusi yang sama cuba melindungi perancang-perancang di sebalik tuduhan terhadap Anwar.
Seberapa boleh biarlah Anwar terpaksa berhadapan dengan pihak kehakiman, media dan juga polis sahaja. Sehingga kes bersambung semula pertengahan bulan ini, akan dapat disaksikan pula betapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bersilat enggan ke mahkamah.

Kes ketiga ini lain sedikit. Mungkin kerana silap langkah dan disergah oleh beberapa pihak yang pada mulanya menjadi sasaran untuk mengukuhkan rencana jahat mereka – Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ketua Solidariti Anak Muda, Badrul Hisham Shaharin -- pihak penganjur drama politik video seks ini tidak sempat dan dapat mengelak diri.

Ketiga-tiga mereka terpaksa mengaku pembabitan dalam kisah video seks ini. Mereka menggelarkan diri kumpulan Datuk T (satu nama pelik yang terpaksa direkacipta setelah tembelang mereka diketahui umum) dan, mendapat nasihat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Maka oleh kerana ketiga-tiga Datuk T ini orang politik dan mempunyai rekod yang kurang cemerlang dalam soal keluhuran amalan politik mereka, maka sahih ada unsur politik dalam konspirasi ini.
Lebih penting lagi amat mudah sekali kes ini dikaitkan dengan motif politik – jatuhkan Anwar.

Hakikat ini apabila ditokok dengan musim pilihanraya Sarawak, maka suluhan terhadap motif politik yang digerakkan orang-orang politik Umno yang masih enggan pencen ini amat ketara.
Bahawasanya mereka ini dipacu oleh dendam kesumat politik peribadi dan kepartaian adalah amat jelas.

Soal adakah dendam kesumat Rahim, Shuib dan Eskay Abdullah sahaja yang menjadi pendorong kepada usaha menggunakan perencah seks untuk menjatuhkan Anwar? Tentu tidak. Ada pihak lain yang lebih berkepentingan yang yakin bahawa hanya fiksyen seks yang boleh meranapkan kerjaya politik Anwar.

Sudah tentu entiti pendengki dan bacul ini adalah Umno.
Sebagai gerakan politik yang sudah hampir lumpuh dan yang hanya mampu mengatur langkah bila disogok wang ringgit, Umno nampaknya makin ketandusan idea untuk menang dalam persaingan politik.
Betapa tidaknya, tema untuk menjatuhkan musuh hanya mampu dikaitkan dengan seks. Memang benar pepatah orang dahulu kala, "alah bisa tegal biasa" dan "turutkan nafsu lesu."

Kelesuan politik Umno ini nampaknya juga membawa kesuraman kepada daya pemikiran dan tindakan institusi lain yang memang sebelum ini juga bertolak-tolak tidak mahu dikenalpasti rakyat sebagai tangan-tangan yang terbabit dalam konspirasi skala besar ini terhadap Anwar ini.

Cara laporan media misalnya, jelas tidak berdaya lari daripada usaha cuba mensensasikan rekayasa konspirasi.
Dengan mengulang pendekatan yang sama dari kes fitnah seks satu hingga tiga, ia sekaligus mengisytiharkan betapa dangkal dan lemahnya daya fikir pengendali media arus perdana.
Mungkin kerana mereka sendiri tidak mampu mengendali naluri seks masing-masing, maka merekapun merumuskan bahawa kisah-kisah seks mampu membantu jualan akhbar dan melonjakkan "ratings" televisyen mereka.

Begitu juga dengan cara penyiasatan polis. Yang disiasat ialah orang yang mengadu difitnah dan teraniaya.
Dengan menggunakan taktik yang condong kepada pengesahan cerita-cerita fitnah, ketiga-tiga kes disiasat menggunakan pendekatan sebegitu. Kes terakhir yang segera disiasat bukan kesalahan memiliki, menayang video lucah serta identiti pelaku adegan seks tetapi ketulenan video!

Motif Rahim jelas. Dia kehilangan kerusi Ketua Menteri Melaka pada 1994 sebab terpalit kes rogol gadis bawah umur. Motif Eskay pula adalah kerana terlepas imbuhan berjuta ringgit kerana Anwar tidak mahu menjadi saksi kes tuntutan komisyen dalam projek Jambatan Bengkok.
Motif Shuib pula adalah dendam Perkasa sebuah badan yang mahu Melayu terus Perkasa dalam politik Malaysia (hanya kerana ia mendakwa Melayu) tetapi gerun bersaing dengan orang lain kerana kurang yakin pada kebolehan sendiri.

Motif institusi yang bersengkongkol apa pula? Takut! Ya takut hilang kedudukan dan jawatan kerana kecurangan ketua-ketua silam.
Jika mengaku pemimpin institusi seperti polis, kehakiman dan media sebelum ini curang dan culas, kedudukan sendiri akan diperkecil masyarakat. Jadi atas nama untuk memelihara keluhuran institusi, mereka pun meneruskan tradisi dan politik usang dengan harapan rakyat tidak dapat membaca pembabitan mereka. Maka yang sahih, kes kali ini adalah kes konspirasi politik skala tinggi.

Di mana moral Najib pertahan Adun Lenggeng

Posted: 02 Apr 2011 04:46 PM PDT

TEMERLOH, 2 April: Kejadian demi kejadian di mana kemungkaran dipertahankan semakin menjadi-jadi di dunia politik Malaysia.
Terbaru, tatkala rakyat masih mempersoalkan isu mengapa orang yang menayangkan video lucah dipertahankan oleh kerajaan, hari ini mereka dikejutkan lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara terang-terang mempertahankan seorang Adun yang dibuktikan bersalah atas tuduhan rasuah.
Meskipun dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 kerana rasuah semalam, Najib bukan sahaja tidak serta merta menasihati Adun Lenggeng, Mustafa Salim untuk melepaskan jawatannya demi menjaga maruah kerajaan dan parti, malah beliau mengingatkan rakyat bahawa Mustafa masih seorang Adun yang sah.
"Tindakan PM masih mempertahankan Adun yang dibuktikan melakukan rasuah dianggap satu tindakan tidak bermoral daripada pihak Barisan Nasional.
Sebagai pimpinan utama, sepatutnya PM menasihatkan beliau untuk meletak jawatan bagi menjaga maruah parti," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Rasuah: ADUN Lenggeng masih wakil rakyat, kata PM

Posted: 02 Apr 2011 04:44 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ADUN Lenggeng Mustafa Salim yang didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan menerima rasuah masih adalah wakil rakyat bagi kawasan itu.

Bernama memetik beliau berkata ADUN BN itu akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Seremban ke atasnya semalam.

NONESemalam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 terhadap Mustafa atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mendapatkan permit menjual pasir, tiga tahun lalu.

Najib berkata demikian sebagai mengulas kedudukan ADUN berkenaan, dalam satu persidangan akhbar selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di Balik Pulau, hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini juga mempertahankan kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat.
Katanya, kelayakan Mustafa tidak akan dilucutkan selagi ADUN berkenaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.
Read More / Baca Lagi >>

Ku Li: Dedah video seks bukan budaya Melayu, Islam

Posted: 02 Apr 2011 04:42 PM PDT

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini membidas pihak yang mendalangi video lucah untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang. Katanya, rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting.

NONE"Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku dan rakyat nampak tidak menerimanya.

"Oleh kerana itu (mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat ketepikan hal seumpama itu. Ini bukan politik," kata mantan menteri kewangan dan bekas naib presiden Umno itu.

Dalam wawancaranya di TV Selangor, Tengku Razaeligh yang juga dikenali 'Ku Li' menegaskan rakyat, khususnya masyarakat Melayu, menolak cubaan mana-mana pihak menyerang keperibadian pihak lain semata-mata untuk mencari kelebihan politik.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah.
Read More / Baca Lagi >>

Sex video: Anwar a victim of character assassination, reveals poll

Posted: 02 Apr 2011 04:41 PM PDT

Anwar at a PR ceramah at Stadium Melawati, Shah Alam last Monday. — Picture by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, April 3 — A local poll has found that a majority of people believe Datuk Seri Anwar Ibrahim is merely a victim of character assassination in the latest sex video scandal. The poll, conducted by independent survey house Merdeka Centre last week, also discovered that respondents agree the video had been released to destroy the former deputy prime minister's political career.
The survey was conducted via the telephone between March 24 and 27 and has an estimated margin of error of ± 4.40 per cent. A total of 504 respondents were selected via random stratified sampling method along the lines of state, ethnicity, gender and age.
The respondents comprised 59 per cent Malays, 32 per cent Chinese and nine per cent Indians.
According to survey findings obtained by The Malaysian Insider, of the 504 respondents polled, 85 per cent were aware of the existence of the video while 15 per cent were not.
A total of 45 per cent said Anwar was a victim of political character assassination while 22 per cent agreed that the leader was a man of poor moral standing.
Twenty-seven per cent said they were unsure and six per cent declined comment.
Anwar is currently undergoing his second sodomy trial.
Read More / Baca Lagi >>

Video seks: Ramai tidak percaya, tapi sukar buat Pakatan

Posted: 02 Apr 2011 04:40 PM PDT

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 3 April — Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat (PR) pimpinannya kemungkinan berhadapan dengan 'laluan sukar' ekoran skandal video seks terbaru yang didedahkan oleh "Datuk T" dua minggu lalu.
Meskipun hasil kajian firma bebas itu mendapati ramai yang tidak percaya dengan ketulenan video, yang didakwa membabitkan aksi Anwar dan seorang pelacur asing, sejumlah responden yang ramai mengatakan mereka tidak pasti.
Malah, ramai daripada 504 responden yang ditemui juga berkata mereka berpendapat keseluruhan episod akan memberi kesan ke atas keyakinan terhadap PR.
"Ada banyak ruang kabur (dalam pandangan) di kalangan orang ramai, kemungkinan disebabkan ketidakpastian, sesetengah (pula masih) teragak-agak atau memang kurang maklumat apabila bercakap mengenai Anwar, memandangkan kebanyakan maklumat yang ada mengenai beliau adalah (condong kepada) satu pihak dan negatif," kata Pengarah Eksekutif  Merdeka Center Ibrahim Suffian mengenai hasil kajian itu.
Kajian pendapat umum ini dijalankan menerusi telefon antara 24 dan 27 Mac lalu. Seramai 504 responden dipilih menggunakan kaedah persampelan strata secara rawak.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Felcra Perlu Buat Perjanjian Bertulis

Posted: 02 Apr 2011 10:27 AM PDT

Video : Rakyat Sarawak Bakal Ikut Semangat Mesir,Tunisia

Posted: 02 Apr 2011 10:27 AM PDT

'Tour Jingga' Bukti Politik PR Lebih Matang

Posted: 02 Apr 2011 06:35 AM PDT


KUALA LUMPUR 2 APRIL: Pakatan Rakyat menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggerakkan 'Tour Jingga' dalam usaha menyebarkan maklumat kepada rakyat berhubung program 100 hari gagasan itu sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin, pendekatan yang digunakan Pakatan Rakyat lebih dinamik berbanding amalan tradisi Umno Barisan Nasional yang menggunakan pendekatan fitnah lucah misalnya untuk menarik perhatian rakyat.

'Tour Jingga' yang dilancarkan semalam menyaksikan kira-kira 20,000 risalah berkaitan Buku Jingga Pakatan Rakyat diedar menggunakan pengangkutan awam PUTRA LRT dan akan berlangsung sepanjang April ini.

Shamsul ketika ditemui pemberita menjelaskan, pendekatan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga lebih bertepatan dengan aliran politik semasa di
negara ini.   

"Tentunya pendekatan ini berbeza dengan pendekatan Umno-Barisan Nasional yang menggunakan politik fitnah, mengedarkan filem lucah dan sebagainya, tetapi kita lebih sesuai dan relevan untuk menunjukkan cara politik yang lebih baru dan dinamik iaitu menyebarkan maklumat yang betul dan fakta supaya rakyat Malaysia kita ajak untuk berfikir memilih parti berdasarkan dasar yang diperjuangkan ataupun program yang kita cadangkan kepada rakyat.

"Kita lakukan ini kerana kita ingin menyebarkan maklumat dan risalah jingga ini yang mengandungi program 100 hari Pakatan Rakyat yang kita rasakan penting untuk rakyat Malaysia terutamanya orang muda untuk mengetahui pendirian atau program kita sekiranya kita memenangi kerajaan persekutuan pada pilihanraya akan datang," katanya.

Buku Jingga menggariskan demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat, memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan secara adil, keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh dan hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil- setara.

Menurut Shamsul lagi, 'Tour Jingga' merupakan sebahagian daripada perlaksanaan kempen yang dilakukan lebih awal bagi menghadapi pilihanraya umum yang bakal berlangsung bila-bila masa.

" Ya, ia sebahagian daripada program kita. Pakatan tidak percaya kepada kempen dalam tempoh singkat. Jadi kita lakukannya lebih awal dan akan melakukan yang sama di Sarawak,"tambah beliau.

Risalah yang diedarkan semalam turut memuatkan alamat laman sesawang, Twitter dan Facebook Buku Jingga.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat Buku Jingga boleh melayari :-

www.bukujingga.com

Video : Skim Rumah Pertamaku: Bantuan atau tambah hutang?

Posted: 02 Apr 2011 06:19 AM PDT

NGO berang OKU PKR ditahan ikut ISA

Posted: 02 Apr 2011 06:17 AM PDT

NGO anti Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) berang dengan satu lagi tangkapan di bawah undang-undang yang dianggap mereka sebagai 'kuku besi - kali ini membabitkan seorang pengusaha restoran dari golongan orang berlainan keupayaan (OKU).

"Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membidas tahanan baru di bawah ISA itu atas dakwaan terbabit dengan kegiatan subversif," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan hari ini.

isa internal security act vigil 050108NGO tersebut mendakwa Kadir Hashim, 42 ditangkap semalam oleh anggota polis cawangan khas mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA).

Memetik ahli keluarga, NGO berkenaan berkata Kadir adalah OKU yang menjalankan perniagaannya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.

Kadir, seorang aktivis juga adalah ahli pemuda PKR cawangan kampung itu.

NGO berkenaan turut mempersoalkan mengapa ISA perlu digunakan ke atas Kadir dan melahirkan rasa prihatin terhadap keselamatan dan keadaan diri pemuda itu.

"Kami gesa kerajaan membenarkan peguam dan ahli keluarga melawat Kadir bin Hashim pada kadar segera," petik kenyataan itu.

GMI dan Suaram juga mendakwa insiden itu membuktikan bahawa penggunaan ISA dicabuli atas alasan keselamatan negara sedangkan tahanan itu sekadar berkepentingan politik.

"Kami gesa kerajaan mendakwa tahanan ini di mahkamah; ataupun jika tidak, beliau mesti dibebaskan segera dan tanpa sebarang syarat," kata NGO itu lagi.

Lagi Mahal Lagi Baik : K'jaan tak boleh jamin harga RON 95 kekal

Posted: 02 Apr 2011 05:59 AM PDT

Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga petrol RON 95 buat masa ini sekalipun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan tidak dapat menjamin perkara tersebut pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan.

petrol price hike consumer interview 040608 01"Sekarang ini kita (kerajaan) tanggung subsidi bagi RON 95 sebanyak 79 sen, tambahan subsidi sebanyak RM4 bilion," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2011, di Kuala Lumpur hari ini.

Ismail Sabri diminta mengulas kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak 20 sen seliter yang berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, sekalipun kerajaan sebelum ini pernah menyatakan subsidi melebihi 30 sen ditanggung pengguna, namun demi kepentingan rakyat kerajaan tidak berbuat demikian menyebabkan beban subsidi yang ditanggung semakin besar.

Ditanya sama ada kenaikan harga RON 97 akan meningkatkan harga barangan, Ismail Sabri berkata tidak ada sebab untuk perkara itu berlaku memandangkan lori pengangkut menggunakan diesel.

NONEPada masa yang sama beliau turut meminta masyarakat mengubah sikap terlalu bergantung kepada subsidi kerana tindakan sedemikian mampu membantutkan usaha kerajaan membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

"Rakyat juga perlu tanya pada diri sendiri adakah perlu RM4 bilion itu kita nak tanggung subsidi minyak atau nak gunakan untuk pembangunan lain," katanya.

Mengulas perkembangan lain, Ismail Sabri berkata sebuah jawatankuasa kerja bagi meneliti cadangan mewujudkan kedai menjual bahan makanan pada harga diskaun sudah ditubuhkan.

"Kita akan bincang dengan beberapa pihak luar, peniaga dan sebagainya. Banyak perkara yang perlu kita lihat dari segi kedai mana yang hendak digunakan, apa produk yang hendak dijual. Tapi yang jelasnya produk yang nak dijual itu nanti mestilah betul-betul produk keperluan kita," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenalkan pembukaan kedai yang menjual bahan makanan pada harga diskaun untuk dijual kepada rakyat bagi membantu rakyat menghadapi inflasi.

- Bernama

Pornthip: 'Teoh Beng Hock dicekik sebelum jatuh'

Posted: 02 Apr 2011 05:52 AM PDT

Pakar patologi Thai, Dr Pornthip Rojanasunand bersependapat dengan pakar forensik Britain Prof Dr Peter Vanezis bahawa Teoh Beng Hock masih bernyawa.

Namun katanya, beliau tetap mempertahankan hujahnya bahawa kesan tanda merah di sekeliling leher mangsa pembantu politik itu adalah akibat dicekik.

dr pornthip rojanasunand at teoh beng hock rciMenurut beliau, kesan merah itu amat ketara pada bahagian kiri leher Teoh pada bedah siasat pertama meskipun tubuh mangsa telah dijahit semula.

Pakar patologi dari Thai itu tidak menjalankan bedah siasat pertama tetapi hadir sebagai pemerhati pada bedah siasat kedua.

Pornthip, 56, yang tiba hari ini dan diberi kawalan ketat berkatakontusi pada sebelah kiri leher Teoh menunjukkan mangsa dicekik.

Tegasnya, terdapat tiga senario di mana kontusi boleh berlaku.
  • dicekik dengan menggunakan tangan,
  • leher mangsa dipukul dengan objek tumpul,
  • ataupun leher mangsa ditekan kepada objek atau kedua-duanya sekali.
Katanya, tanda seperti bentuk syiling di leher Teoh adalah akibat tekanan jari atau objek bulat dan kejelasan tanda itu mengikut Pornthip bergantung kepada tekanan yang digunakan.

"Teoh berkulit cerah jadi kesan tanda lebam ini boleh dilihat dengan jelas," kata saksi itu.

Beliau juga memberikan beberapa contoh tentang bagaimana kecederaan di leher akibat dicekik yang mempunyai tanda-tanda lebam yang sama.

Loji Lynas: MB Pahang perlu tanya sebab Terengganu batal, kata MP Kuantan

Posted: 02 Apr 2011 05:51 AM PDT

Kumpulan yang membantah pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia menagadakan sesi taklimat di Gebeng minggu lepas. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 2 April — Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh menyambut baik jaminan Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, tetapi mendakwa Menteri Besar Pahang itu tidak cukup maklumat untuk memberi jaminan ia benar-benar selamat.  Sehubungan itu kata Fuziah, Menteri Besar Pahang perlu mendapatkan satu kajian dan pandangan daripada badan bebas berkenaan impak pembinaan loji Lynas serta juga impak operasinya ke atas keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat di kawasan Kuantan.
Read More / Baca Lagi >>