WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- ISU MINYAK SAHAJA SUDAH CUKUP UNTUK MEMPERBODOHKAN RAKYAT
- RAKYAT PAHANG TERANCAM, SURAT YB FUZIAH KEPADA MB PAHANG
- OKU DITAHAN DI BAWAH ISA KERANA TAYANGAN VIDEO LUCAH ?
ISU MINYAK SAHAJA SUDAH CUKUP UNTUK MEMPERBODOHKAN RAKYAT Posted: 02 Apr 2011 02:00 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS TIDAK sukar untuk membaca maksud yang tersirat seperti yang dikeluarkan oleh kerajaan berhubung kenaikan minyak petrol. Petikan Malaysiakini hari ini melaporkan, " Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga petrol RON 95 buat masa ini sekalipun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan tidak dapat menjamin perkara tersebut pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan. Apabila kita membaca kenyataan dari menteri berkenaan, kita sudah boleh merasakan akan berlaku sesuatu selepas pilihanraya negeri di Sarawak nanti. Menteri ini sibuk menasihati rakyat jangan terlalu bergantung kepada subsidi, tetapi yang mendapat subsidi paling banyak siapa? Menteri ini tidak menasihatkan syarikat-syarikat besar atau GLC yang kini terlalu mewah dengan subsidi kerajaan. Mengapa rakyat yang menteri ini sedar kebanyakannya hidup susah di`bebel'kan dengan subsidi? Jika rakyat bijak dan cerdik, tiada sebab mereka mahu menolak tawaran dari PR jika memerintah Putrajaya hari ini, esok harga minyak turun. Memang pemimpin Umno akan mendakwa itu adalah janji-janji manis PR sahaja kerana pemimpin Umno ini amat takut mereka kehilangan kuasa. Jika mereka ada hujah atau fakta bahawa PR berbohong tentang janji tersebut atau janji-janji yang terdapat di dalam Buku Jingga, mengapa mereka takut untuk berdebat secara ilmiah? Sebaliknya menteri ini bercakap seperti budak-budak hingusan yang mencabar agar negeri-negeri di bawah PR terlebih dahulu turunkan harga minyak. Ini bukan hujah, ini lawak jenaka yang memperbodohkan diri menteri itu sendiri. Kadangkala terliur kita melihat bagaimana negara-negara lain yang menjadi negara pengeluar minyak seperti negara kita, rakyatnya mewah menggunakan hasil bumi negara mereka sendiri. Di mana akal menteri kita yang berhujah bahawa harga minyak di negara kita lebih murah jika dibandingkan dengan Thailand dan Singapura. Adakah mereka anggap kesemua rakyat di negara ini seperti `katak di bawah tempurung'? Bayangkan, jika kita memiliki dusun durian adakah kita mahu menjual durian kita dengan harga yang mahal kepada anak beranak atau kaum kerabat kita? Atau, kita akan berhujah bahawa orang lain menjual durian lebih mahal dari kita jual kepada anak beranak dan kaum kerabat kita? Durian gred bermutu, anak beranak dan kaum kerabat kita tidak boleh merasainya kerana kita menjual mahal. Durian yang tidak bermutu, pecah, busuk dan masam kita jamu kepada anak beranak dan kaum kerabat kita, itu pun dengan harga yang mereka berfikir dua tiga kali untuk membelinya. Jenis apa kita? Pilihanraya Umum Ke 13 nanti satu lagi ujian buat rakyat. Adakah kita bersedia untuk terus diperbodohkan atau tidak. Pilihanraya Negeri Sarawak, saya tidak berani meramalkannya kerana budaya politik di negeri tersebut tidak tahu untuk saya memikirkannya. Apa yang saya tahu, Taib Mahmud serta keluarganya terus mewah dan kaya raya dan Taib sendiri mempunyai isteri muda yang baru./wfauzdin.blogspot.com |
RAKYAT PAHANG TERANCAM, SURAT YB FUZIAH KEPADA MB PAHANG Posted: 02 Apr 2011 01:09 AM PDT Kepada YAB Menteri Besar Pahang Daripada Hjh Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan Saya mengalu-alukan kenyataan YAB MB Pahang berkenaan pembinaan logi pemprosesan Lynas di Gebeng serta pengiktirafan YAB terhadap status keselamatan logi tersebut. Ianya menunjukkan bahawa YAB MB prihatin terhadap keselamatan rakyat Pahang amnya dan rakyat Kuantan khususnya. Namun saya berpendapat bahawa penerangan yg diterima oleh YAB MB darirpada LPTA merupakan taklimat yg tidak cukup menyeluruh kerana industri pemprosesan 'rare earth' ini merupakan industri yg melibatkan pelbagai bidang kepakaran dan juga melibatkan pembuatan dasar dari pelbagai kementerian. YAB MB seharusnya telah berusaha mendapatkan satu kajian dan pandangan dari satu badan bebas berkenaan impak pembinaan logi Lynas serta juga impak operasi pemprosesan nanti kepada keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat di kawasan Kuantan. Antara persoalan yg harus telah ditanya oleh YAB MB kepada pihak pakar ialah kenapa tiada negara di dunia melainkan negera Cina telah bersetuju untuk membenarkan logi pemprosesan 'rare earth' di bina di negara mereka sejak 3 dekad (30tahun) kebelakangan ini. YAB MB juga harus bertanya kepada jiran kita, MB Trengganu berkenaan pendirian Kerajaan Negri Trengganu berkaitan permohonan Lynas Corporation untuk membina logi yang sama di Teluk Kalung dalam tahun 2007. YAB MB juga harus bertanya berkenaan sisa pepejal (leach purification solids) hasil dari pemprosesan yang akan mengandungi bahan ThO2 - bagaimanakah ianya akan diuruskan dan peraturan apakah yg akan di gunapakai oleh Lynas. Adakah Solid Radiactive Waste Management yg akan diamalkan oleh Lynas apabila bermula operasi akan menepati piawaian negara Cina atau piawaian British atau piawaian Australia? Piawaian mana yang akan diguna pakai nanti? YAB MB juga harus bertanya kepada pakar, apa kesan sisa yg mengandungi radioaktif kepada alam sekitar dan seterusnya terhadap industri perikanan di kawasan Kuantan, memandangkan Sungai Balok berada di persekitaran Gebeng. YAB MB juga harus meminta kajiselidik dijalankan tentang bagaimanakah nanti persepsi pelancung terhadap keselamatan mereka sekiranya mereka memilih Kuantan sebagai destinasi percutian. Samada mereka akan masih tertarik dan berminat untuk datang ke Cherating bercuti di sebelah logi pemprosesan 'rare earth'? Memandangkan logi pemprosesan ini nanti akan menjadi logi terbesar di dunia selain yang ada di negara Cina (yang kita semua tahu tidak mengambil berat tentang piawaian pemeliharaan alam sekitar.), persoalan di atas adalah amat penting. Bagaimana pula impak terhadap industri keropok lekor dan ikan bakar serta industri ikan masin di Kuantan? Adakah akan lebih semarak atau nanti akan juga mengalami impak negatif daripada kekurangan kunjungan pelancong? Saya jangka YAB MB hanya boleh berpuas hati setelah mendapat jawapan yg menyenangkan dari kesemua persoalan diatas. Amanah kepimpinan ialah amanah besar dan rakyat mengharapkan pemimpin untuk bertindak telus serta bertanggungjawab. Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan 1 April 2011 |
OKU DITAHAN DI BAWAH ISA KERANA TAYANGAN VIDEO LUCAH ? Posted: 02 Apr 2011 12:31 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS MENDAPAT berita SMS dari ADIL NEWS menyebut bahawa seorang lelaki OKU bernama Kadir Hashim, seorang peniaga kedai makan dan seorang ahli PKR Kg Kerinchi telah ditahan di bawah Akta zalim ISA. PKR telah membuat gesaan agar kerajaan membebaskan segera OKU ini. adakah kesalahan beliau? Adakah beliau juga terlibat dengan penayangan video seks atau memilikinya video tersebut? Adakah beliau sebagai `master mind' yang menguruskan kad pengenalan kepada warga asing di negara ini? Apa pun, tabik kepada mereka yang zalim dan mereka yang menyokong kezaliman. Tidak lupa juga tahniah kepada mereka yang menyokong perbuatan pihak yang menaikkan harga minyak serta harga barang-barang keperluan utama. /wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan