Isnin, 14 Mac 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Masalah yang dicetuskan oleh bini katek Najib - FLOM

Posted: 14 Mar 2011 07:46 PM PDT

Mohd Rashidi Hassan) Berdasarkan jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz di Parlimen 9 Mac lepas, suatu division baru yang dinamakan FLOM memang wujud pada asalnya.

Ia dipaparkan dalam laman web www.pmo.gov.my (Prime Minister Office), tetapi ia kemudiannya ditarik balik kerana dipertikaikan wakil Pakatan Rakyat.

Nazri dalam jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, menafikan kewujudan FLOM, tetapi mengakui paparan mengenainya ditarik balik kerana beliau mendakwa 'pembangkang keliru'.

Tetapi Nazri tidak sedar, kekeliruan itu sebenarnya dicetuskan oleh kerajaan sendiri. Jika tidak mahu 'pembangkang' atau rakyat keliru, mengapa paparan mengenai FLOM, dibina menggunakan alamat website rasmi kerajaan Malaysia yang menggunakan singkatan gov.my di internet?

Nazri juga memperakui bahawa Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongannya membelanjakan wang rakyat sebanyak RM134,317.76 wang negara (wang rakyat) untuk lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh.

Rosmah melakukan lawatan dari 6-10 Januari ke Riyadh, 16-18 Januari ke Muscat dan 20 Januari 2011 ke Dhaka.

Ahli rombongan yang telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri adalah terdiri daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta isteri Menteri-Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri serta beberapa pegawai kerajaan yang terliba, kata Nazri.

Ada beberapa persoalan besar yang harus ditimbulkan di sini. Jawapan Nazri ini adalah jawapan rasmi kerajaan, selepas beberapa bulan isu berkaitan isteri PM dibangkitkan rakyat.

Sebelum ini, kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri diam membisu.

Membangkitkan isu Rosmah bukan isu peribadi. Mempersoalkan kewajaran peranan Rosmah, juga bukan bertujuan menyentuh hal-hal peribadi PM Najib dan isteri.

Dalam pertemuan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan karyawan Harakah di Pejabat Agung PAS 3 Mac lepas, beliau mengingatkan para wartawan agar tidak menyerang peribadi Rosmah.

Menyerang peribadi yang dimaksudkan beliau ialah, sebagai pengerak Harakah Islamiyah, kita tidak harus melabel Rosmah dengan gelaran yang menghina peribadi beliau.

Antara yang disebarkan dalam emel, facebook, blog dan sebagainya, ada pelayar internet menggelarkan beliau sebagai 'bik mama' (big mama), ada yang kata 'the fat lady'. Semua gelaran ini tidak wajar dan tidak menepati kehendak Islam.

Namun masalah timbul apabila Rosmah menggelarkan dirinya First Lady of Malaysia (Wanita Pertama Malaysia), atau singkatannya FLOM (FLOM). Sebelum ini, isu berkaitan Rosmah menjadi serius apabila kerajaan tidak menjawab tentang kewujudan jabatan baru yang dinamakan sebagai FLOM di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Khabarnya dalam perancangan sebelum ini, FLOM ditempatkan pada aras yang sama dengan pejabat PM. Mempunyai pegawai yang tersendiri. Kewujudan FLOM disahkan melalui paparan dalam laman web rasmi JPM. Bagaimanapun, paparan tersebut dibuang selepas didedahkan media.

Namun hanya paparan yang dibuang. Lain-lain persoalan mengenai kewujudan FLOM, dana mana yang digunakan untuk membiayai perjalanan Rosmah ke luar negara, siapa yang membayar gaji pegawai-pegawai FLOM, semuanya didiamkan kerajaan.

Namun daripada jawapan Nazri di Parlimen, jelas menunjukkan Rosmah menggunakan wang kerajaan untuk memenuhi undangan negara terbabit. Yang lebih teruk sekali ialah apabila Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga menjadi anggota delegasi. Bila Menteri jadi anggota delegasi, maka sudah tentu Rosmah menjadi ketua rombongan.

Persoalannya, atas kapasiti apa seseorang yang tidak menjawat jawatan rasmi dalam kerajaan, boleh menjadi ketua rombongan, jika ianya majlis rasmi yang dibayar sepenuhnya oleh kerajaan.

Persoalan lain yang harus dibangkitkan, jika undangan tersebut khusus untuk Rosmah berucap atau menghadiri seminar, mengapa harus dibawa anggota rombongan yang besar? Mengapa harus diangkut seluruh isteri Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan? Atas kapasiti apa kerajaan meluluskan peruntukan sebesar ini?

Mengenai FLOM, gelaran First Lady memang biasa digunakan, bagi merujuk kepada isteri Ketua Negara, sama ada dalam sistem beraja mahupun dalam sistem negara republik.

Namun, diterima juga gelaran First Lady bagi negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti di Malaysia.

Apapun, ramai di kalangan rakyat yang mempertikaikan hasrat Rosmah menjadi FLOM kerana dalam sistem perundangan negara, Malaysia mempunyai Yang di-Pertuan Agong, manakala Raja Permaisuri Agong seharusnya menjadi First Lady.

Dalam konteks kuasa eksekutif berpusat kepada PM, mungkin Rosmah mahu First Lady dirujukkan kepada beliau.

Bagaimanapun, lima PM Malaysia sebelum ini, dari Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj hingga Tun Abdullah Ahmad Badawi, isteri mereka tidak pernah menggelarkan diri sebagai First Lady.

Justeru, apa yang dilakukan Rosmah adalah menyalahi presiden atau menyalahi amalan biasa yang diamalkan oleh isteri lima PM sebelum ini. Tidak dinafikan wanita yang menjadi isteri kepada PM ada peranan tertentu yang harus dimainkan, untuk mendukung kerjaya suaminya.

Tetapi peranannya membantu suami (PM) harus dikhususkan. Isteri PM, isteri Menteri, isteri MB dan KM sama sekali tidak harus terbabit dalam business dealing, tender dan sebagainya.

Rosmah sudah pergi lebih jauh daripada lima isteri PM sebelumnya. Beliau pergi berkempen ke Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau dengan menaiki helikopter. Masuk ke Felda dan berkempen untuk BN.

Harus dipersoalkan helikopter yang digunakan beliau milik siapa? Jika kos penerbangan tersebut dibiayai oleh ahli politik atau ahli perniagaan pro Umno Barisan Nasional (BN) itu kita tidak persoalkan. Kita cuma mahu memastikan wang rakyat tidak disalahgunakan.

Masalah yang ditimbulkan oleh Rosmah bukan sahaja tidak disenangi Pakatan Rakyat, malah orang-orang Umno sendiri pun tidak menyenanginya.

Harus diingat, semasa PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkuasa dahulu, bloggers Umno sendiri yang melabel pemerintahannya sebagai 'kerajaan tiga beranak'.

Hari ini, bloggers Umno sendiri yang melabel pemerintahan Najib sebagai 'kerajaan suami isteri'.

Kita tidak mahu menuduh lebih daripada itu, tetapi yang harus diperhatikan ialah kecenderungan kerajaan untuk membenarkan pihak tertentu terlalu berkuasa sehingga semua peraturan tatacara kerajaan dilanggar. Malah wang rakyat dibelanja sewenang-wenang untuk keperluan First Lady juga tidak wajar.

Kita mencabar kerajaan, jika apa yang dilakukan Rosmah tidak menyalahi peraturan, sila kemukakan bukti, butiran perbelanjaan beliau yang telus. Sila buktikan beliau tidak menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya.

Jika bukti-bukti ini tidak dikemukakan, hanya dijawab dengan mengatakan 'itu fitnah pembangkang', maka jangan sesekali dipersoalkan jika wujud persepsi buruk terhadap isteri PM.

Jika persepsi buruk ini tidak diatasi, apakah bezanya Rosmah dengan Leila Tablisi, Suzanne Mubarak dan Imelda Marcos?

Jangan-jangan FLOM bakal jadi flop!

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8941

Tsunami Jepun : Lagi video terbaru

Posted: 14 Mar 2011 04:38 PM PDT

Tsunami Jepun - video

Posted: 14 Mar 2011 05:31 AM PDT

Pakatan lancar kempen DNA - 'Datuk Najib Altantuya'

Posted: 14 Mar 2011 03:54 AM PDT

Dari KeadilanDaily

Pakatan Rakyat akan menggerakkan kempen yang dinamai 'DNA Najib-Altantuya' sebagai reaksi terhadap tohmahan pimpinan dan media kawalan Umno Barisan Nasional (BN) terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu sampel DNA.

"KEADILAN akan menggerakkan kempen bertema 'DNA Najib-Altantuya'. Kita merancang untuk memulakan kempen itu mulai minggu hadapan," kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, hari ini
Bercakap pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, beliau berkata, kempen itu berbentuk pengedaran risalah dan ceramah penerangan di seluruh negara.

"Kita kini sedang menyediakan dokumen berkaitan," katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, demonstrasi yang diadakan ahli Umno BN menuntut Anwar menyerahkan sampel DNA sebagai suatu tindakan politik yang pincang.

"Sudah jelas bahawa kes ini adalah kes politik. Ia sengaja diwujudkan untuk memberi kesan kepada pengundi pada pilihan raya akan datang," katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua

Rosmah 'FLOM' - Nazri hina perlembagaan

Posted: 14 Mar 2011 02:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang mendakwa gelaran 'First Lady' terhadap Datin Seri Rosmah Mansor hanya kod amalan, menghina Perlembagaan Persekutuan.

Ia berikutan, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, berkata Perlembagaan dalam Perkara 32 (2) menyatakan hak Wanita Pertama Malaysia adalah milik Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Dalam Perkara 32 (2) menyatakan: "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong."

"Jika benar Wanita Pertama sebuah kod amalan, isteri Perdana Menteri tertakluk di bawah kod protokol yang ditetapkan JPM, dengan mengambil kira beliau hanya seorang pegawai kakitangan buat Perdana Menteri," katanya.

Mengambil kira faktor kod amalan dan kod protokol, Ahli Parlimen Ampang itu berkata bagaimana peruntukan RM4.5 juta boleh diluluskan kepada seorang 'kakitangan' untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama.

"Bagaimana seorang 'kakitangan' biasa boleh diberi peruntukan melancong ke seluruh dunia? Apakah seorang 'kakitangan' dibenar berkempen dan membuat pelbagai janji menggunakan wang kerajaan sewaktu pilihan raya?

"Adakah wujud pula kod protokol istimewa dan khas, yang hanya terpakai untuk isteri Perdana Menteri?" katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

Zuraida turut mendesak Nazri berani menjawab dengan jujur berdasarkan fakta dan realiti, supaya beliau benar-benar bebas daripada tekanan mana-mana pihak.

Nazri dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul mendakwa Wanita Pertama adalah isteri kepada sesebuah ketua eksekutif sesebuah negara, iaitu isteri Perdana Menteri.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8896

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Malaysia Tetap Akan Bina Loji Nuklear

Posted: 14 Mar 2011 08:13 AM PDT

Isu Semasa



DAP dan Gerakan hari ini menggesa kerajaan agar menggugurkan rancangan untuk membina loji tenaga nuklear dengan mengambil kira nasib yang dialami Jepun selepas dilanda gempa bumi terburuk dan tsunami Jumaat lalu.

Loji-loji tenaga nuklear di timur laut Jepun berhadapan dengan masalah kegagalan reaktor berfungsi dan letupan juga disaksikan kelmarin dan hari ini.

Lebih 180,000 dipindahkan dari kawasan lingkungan loji melibatkan 20 kilometer manakala sekitar 160 orang terdedah kepada radiasi.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Klang dari DAP Charles Santiago berkata, Malaysia harus menggunakan kebijaksanaan untuk mengelak daripada menggunakan loji tenaga nuklear, sebaliknya menggunakan sumber tenaga lain yang lebih bersih dan selamat.

"Oleh itu, saya menggesa Menteri Peter Chin agar membatalkan kesemua idea mahu menerokai tenaga nuklear," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Wakil rakyat itu merujuk kepada kenyataan Menteri Tenaga, Hijau dan Teknologi Datuk Seri Peter Chin semalam bahawa rancangan Malaysia untuk membina dua loji nuklear akan diteruskan meksipun Jepun berhadapan dengan masalah ekoran gempa bumi dan tsunami dan bahawa "kerajaan tidak akan melakukannya dengan sembunyi-sembunyi tanpa memakumkan orang ramai."

Santiago berkata Jepun walaupun mempunyai 60 tahun pengalaman dalam tenaga nuklear tetapi ia juga ada rekod kemalangan.

"Jika negara yang ada kepakaran dan pengalaman seperti Jepun boleh menyaksikan kemalangan, maka Malaysia tidak harus pergi kepada nuklear kerana rikisi dan kesan kegagalan sangat besar," katanya lagi.

Dalam pada itu, Gerakan, parti komponen Barisan Nasional (BN) juga menggesa kerajaan mengkaji semula loji tenaga nuklear dengan meneliti kesan yang dialami Jepun sekarang.

Ketua biro alam sekitar, keselamatan dan kualiti kehidupan Gerakan Dr Cheah Soon Hai menggesa jawatankuasa Parlimen akan menilai semula elemen kelebihan dan kekurangan loji nuklear di negara ini.

"Kerajaan tidak harus mengetepikan kebimbangan dan kekhuatiran orang ramai mengenai aspek-aspek keselamatan. Kebajikan rakyat mesti diutamakan," kata ADUN Derga ini.

"Kami berharapan kerajaan akan lebih berhati-hati memandangakan kita tidak meramalkan masa depan," katanya lagi.

Malah kata beliau, kerajaan Jepun juga memberikan jaminan sebelum membina loji nuklear beberapa tahun lalu bahawa ia selamat dan terletak jauh dari kawasan padat penduduk.

Semalam, Chin berkata agensi nuklear di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Nuclear Power Corporation, akan memberikan penjelasan mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun.

Beliau berkata rakyat perlu menunggu penjelasan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kemungkinan radiasi akibat letupan itu akan merebak ke negara lain.

Mengenai rancangan Malaysia membina loji janakuasa nuklear bertujuan untuk menjana kuasa elektrik, Chin berkata Malaysia Nuclear Power Corporation sedang membuka tender kepada pakar dan konsultan antarabangsa untuk mengkaji tentang beberapa aspek seperti lokasi, kesesuaian dan keselamatan lokasi, jenis teknologi dan penerimaan rakyat mengenai cadangan tersebut.

"Semua ini akan diambil kira sebelum kita buat keputusan terakhir... ini program rancangan jangka panjang, kalaulah kita tetapkan bahawa kita akan bina loji elektrik yang menggunakan nuklear ini akan hanya boleh digunapakai pada tahun 2021, maka kita ada 10 tahun lagi. -TMI

greenboc.blogspot.com

-ijoks2009-
kalau stadium pun boleh runtuh,bangunan parlimenpun bocor.nak harapkan kerajaan jaga loji nuklear pulak.bukan lagi gadai harta negara dah ibarat gadai nyawa rakyatlah..


Cari N3 lama-lama disini

Kanak-kanak Iran Di Ajar Bertindak ganas

Posted: 14 Mar 2011 05:00 AM PDT

Merenung Sejenak




Kanak-kanak permata di Tehran diajar membenci rokok.
-Dr. Faizal Tehrani- 

-ijoks2009-


Kanak-kanak Iran diajar memBULI rokok ,kanak-kanak Malaysiapula diajar memBELI rokok

http://www.bharian.com.my
PERMAISURI: Hanya kerana si kakak tersilap membeli rokok bapanya, empat beradik menjadi mangsa terajang lelaki tidak bertanggungjawab itu, sebelum dihalau dari rumah dan bermalam dalam hujan lebat di hutan berhampiran Guntung di sini, semalam.

Empat beradik berkenaan termasuk tiga perempuan berusia 8, 10 dan 14 tahun dan seorang adik lelaki berusia tujuh tahun dipercayai menjadi mangsa dera bapa sendiri termasuk beberapa kes sebelum ini, sebelum dihalau dari rumah kira-kira jam 1 pagi akibat kesilapan kecil itu.
Lebih menyedihkan, sifat kejam bapa kanak-kanak terbabit bukan kali pertama berlaku kepada mereka, malah sudah beberapa kali diterajang, disepak dan dihentak dengan hulu parang dan dicucuh dengan puntung rokok.

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Zul Nordin Tersepit!!Anwar umum bakal dedah rahsia pertemuan sulit Zul dan Rosmah mengenai mintak maaf pasal kes Altantuya(twitter anwar)

Posted: 14 Mar 2011 10:44 PM PDT

sila baca berita harian hari ini punya..

tajuk berita harian..

anwar tegur nik aziz pasal isu haram judi di kelantan...

harharhar..

nnti kalau tv3 interview zul nordin..

zul msti cakap.."pakatan rakyat ni dah tk lama dah...akan berkubur sebelum pru ke-13"

harharhar..

ni apa cite ni wei??

dap pun bantah kerajaan kelantan punya hal..

rilek la..bagi aku..kat kelantan..tidak wujud istilah kerajaan pakatan rakyat..

yg ada adalah kerajaan pas..

sama jugak gaya kat penang..tu kerajaan dap...

kata2 karpal singh yg kerajaan persekutuan dan kelantan mmbenarkan tu betul..tapi kureng je..

sbb apa kenapa plak judi bola yg halal nk diharamkan di pineng dulu..

nik aziz pun satu..tk serik2 nk buat undang2 sndiri tanpa ikut laras perlembagaan..

bukan apa..ingt tk nape hudud tk leh dibuat??sbb bercanggah ngn perlembagaan dan akta persekutuan..

yg belajar universiti bahagian undang2 tau la..belajar..yg ckp kelantan tk leh buat hudud sbb mungkir janji politik tu orng yg tk skolah..

jngn diikut....

ni ha lg satu..si rosmah....sedekah duit bakti rm90 000 kat beberapa buah pertubuha kebajikan..

heran aku..daripada dia sibuk ngn permata..baik dia mintak kat bakti..

apa2 hal suma bini menteri kena kondem..tak de la dia sorang..harharhar

mendeeeeeeeeelah..

aku ni pun salah sorang budak skolah yg disponsor bakti..well..pmr dapat 7a kan...isteri mp sepang apooint aku..merasa la aku rm2000 free..

harharhar...

ni lg satu berita kelakar...

450 student yemen tersepit..

harharhar..

sibuk panggil budak2 malaysia kat mesir pulang..

lupa plak anak2 malaysia di yemen..

anak2 malaysia yemen telah di anak tirikan..

tak salah kutip balik..

biaqpila belajar tangguh..yg penting keselamatan..

mak ayah budak2 yemen kena desak..macam2 boleh jadi..

tengok kat jepun..suma orng leh expect ke tsunami bakal berlaku???

kalau mak ayah dah desah..kerajaan masih buat donno..

ape2 hal jadi kat anak diorang boleh kerajaan kena kondem..

sbb apa..baca la berita harian..budak2 tu kena masalah kewangan wei..

cammana nk balik wei??

kan mesin atm rosak..harharhar..duit dah kena kebas..

pencilok amik pot..

tak sangka orng arab lanie bijak2 kan??

harharhar..

jangan maraaaaaaaaa..

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PKR - ADA KETUA AMK ATAU TIDAK ?

Posted: 14 Mar 2011 10:16 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA hiruk pikuk lah puak-puak sekutu Apco mengadakan demontrasi mendesak agar DS Anwar menyerahkan sampel DNA nya, kunun untuk membuktikan samada benar atau tidak DS Anwar meliwat Saiful. Hakikatnya semua sudah maklum, DNA yang di dapati pada punggung Saiful bukan hanya satu atau dua DNA sahaja, tetapi DS Anwar tetap menjadi igauan puak mereka. Ertinya, apa?

Kita telah maklum, DNA DS Anwar telah lama diberikan sebelum ini iaitu bermulanya kes Fitnah 1 dahulu dan DNA tersebut telah dimanipulasikan. Adakah DS Anwar masih tidak belajar dari pengalaman lampau? Adakah data DNA akan berubah dari semasa ke semasa? Mengapa data DNA yang diperolehi dari DS Anwar di dalam kes fitnah Liwat 1 dahulu tidaj digunakan untuk kes kali ini? Semua jawapan tersebut kita biarkan puak sekutu Apco untuk menjawabnya.

Cuma, rasa terkilan sedikit kerana di mana suara Ketua AMK di dalam menghadapi serangan propaganda puak mereka? Kita lihat puak mereka semakin aktif memperbodohkan rakyat yang masih ramai tidak mengerti apa itu DNA. Lebih malang lagi, demontrasi puak mereka berjalan dengan aman tanpa kehadiran `sipembawa cotar' atau Water Canon. Apakah AMK tidak lagi berselera untuk membela bos mereka? Atau hanya sekadar berkokok berapi disaat pemilhan kepimpinan parti? Jangan dipersalahkan jika ada pihak lain selain dari AMK yang ke hadapan menjadi benteng kepada DS Anwar di dalam isu ini.

AMK harus berani bukan kerana ingin membodek Ketua Umum PKR tersebut, tetapi harus berani menegakkan kebenaran dan keadilan. Jika ada perasan takut, lebih baik Ketua AMK berundur segera dan berikan kepada yang lebih berani./wfauzdin.blogspot.com

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Wa salute lu Najib!!

Posted: 14 Mar 2011 07:13 AM PDT

Lee Chong Wei mengambil masa hampir setahun untuk memulihkan prestasinya setelah dipeluk oleh Bik.

Salman Khan sampai sekarang terus tenggelam popularitinya gara-gara bergesel pipi dengan Bik.

RPK dan PI Bala sampai la ni tak berani balik Malaysia setelah mendedahkan skandal Bik (dalam kes Altantuya yang tak akan kembali ke dunia ini).

Rais Yatim terus selamat kerana tak perlu serahkan DNA kerana Masnah rapat dengan orang kampong.

Macam mana Najib boleh tahan dengan Bik aku tak tahu...Wa salute lu Najib!!

Nazri, Najib slammed for not daring to say 'NO' to Rosmah
Written by Azmaine Amin, Malaysia Chronicle

Pakatan Rakyat leaders slammed Minister in Prime Minister's Department Nazri Aziz for insisting that it was legitimate for Rosmah Mansor to use the title of First Lady of Malaysia, accusing him of pandering to his boss's wife instead of standing up for national protocol and the Federal Constitution which clearly states the title belongs to the wife of the King.

So far, the Queen has maintained a dignified silence on the matter while Rosmah and her minders have fough tooth and nail to defend themselves from public ridicule.

Rosmah is the 60-year old wife of Prime Minister Najib Razak. So far, of all the prime ministers' wives, she is regarded as the least popular. The public perceives her to be brash and overly ambitious.

Even when Najib was just the deputy prime minister, her shopping sprees were legendary with top-notch boutiques at the swanky Petronas Twin Towers reportedly closing their doors specially to accomodate her and her group of intimate friends.

For years, speculation has buzzed around town about the number of bags and shoes she would snap up at any one time, while her friends would carry brief cases stacked with cash to pay the bills.

"It is a violation of our protocol and principles," Seri Setia assemblyman Nik Nazmi told Malaysia Chronicle.

He also referred to her abuse of the PM's office by inserting her own First Lady of Malaysia or FLOM unit and staffing it with officers paid with taxpayers' funds when there were no provisions for such an expense.

'Grabbing' ways, but only an "officer"

In large part, Rosmah's grab of FLOM title hit a raw nerve with the public due to their concerns over her extravagant ways. While many Malaysians said they did not wish to be represented by her, what most really feared were the exorbitant bills that she might rack up if no one complained or protested.

According to PKR women's chief Zuraida Kamaruddin, Rosmah was "only an officer for the Prime Minister", and not entitled to any fancy positions or official budgets such as the RM4.5 million allocation granted by her husband for the First Ladies Conference held in Kuala Lumpur last year.

"Can an officer also campaign and also make multiple and excessive promises using the government's money during elections which until today, not a single promise has been kept. Is there any special protocol code exclusively for the wife prime minister that we do not know about," Zuraida asked in a statement to the press.

She also blasted Nazri for "playing safe", "spinning the truth" and "manipulating the consitution" just to defend Rosmah.

Indeed, Rosmah's ambition is well known. During recent visits by US State Secretary Hillary Clinton and Australian PM Julia Gillard, Najib was ill with chicken pox and could not meet them. Rosmah had insisted on taking his place - displacing other Cabinet ministers who could better deputize for him.

"Nobody gave her the post. She grabbed it for herself and the aggression that she has shown so far is unprecedented. Now even after the public has protested, instead of moving back into the shadows, she still wants to fight and is getting her lackeys to defend her. We are disappointed with both Nazri and Najib for not standing up to her," PRK vice president Tian Chua told Malaysia Chornicle.

Earlier in Parliament, Nazri insisted he could not understand why allowing Rosmah to use the title First Lady should be confusing.

"There is no need for confusion on this in terms of the law," Nazri told his fellow MPs in the august House on Monday.

"The First Lady is the wife of the chief executive of the country, which is the wife of the PM. So as in the UK previously when Tony Blair was PM, then Cherie Blair his wife was First Lady. In Japan, they have the emperor and empress but the First Lady is the wife of the PM."

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Emm..Sedapnya Lauk Hari Ini

Posted: 14 Mar 2011 06:20 PM PDT

dollah yankee

dollah yankee


Asal barang jadi duit!!!

Posted: 14 Mar 2011 03:27 AM PDT

dollah yankee -
Ada sahabat dari KL yang kerja dengan SOGO bagi tahu yang mamat dua ekor ni rumah pun tak ada. Boleh jumpa mereka berdua ini tiap-tiap malam tidur di tepi SOGO...

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Letupan Loji Nuklear : Kadar Radiasi Meningkat Mendadak

Posted: 14 Mar 2011 08:37 PM PDT

15/03/2011


TOKYO 15 MAC : Tahap radiasi lebih tinggi 400 kali ganda dicatatkan hari ini di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear, lapor Kyodo News.

Mengikut laporan Reuters angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiishi akan memberi kesan terhadap wilayah Kyoto termasuk Tokyo.

Menurut laporan terkini tahap radiasi kini berada pada tahap yang boleh mengancam kesihatan dan penduduk yang berada pada radius 30km daripada loji nuklear dinasihatkan berada di dalam rumah.

Sebelum ini satu letupan dilaporkan di reaktor tenaga nuklear ketiga di kawasan timur laut Jepun awal hari ini - kejadian ketiga dalam empat hari selepas negara itu dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.

Seorang jurucakap agensi nuklear berkata letupan itu didengar sekitar pukul 6.10 pagi tadi (5.10 pagi waktu Malaysia).

Jurucakap berkata, agensi keselamatan nuklear negara berkenaan memberitahu ia sudah dimaklumkan oleh pengendali loji bahawa tahap radiasi di Ibaraki sudah meningkat.

Loji Nuklear Jepun Alami Letupan Ketiga

Posted: 14 Mar 2011 08:34 PM PDT

15/03/2011


JEPUN 15 MAC : Satu letupan dilaporkan di reaktor tenaga nuklear ketiga di kawasan timur laut Jepun awal hari ini - kejadian ketiga dalam empat hari selepas negara itu dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.

Seorang jurucakap agensi nuklear berkata letupan itu didengar sekitar pukul 6.10 pagi tadi (5.10 pagi waktu Malaysia).

Paras radiasi yang dikeluarkan selepas letupan itu melepasi had yang dibenarkan, lapor agensi berita Kyodo.

Beberapa pekerja di reaktor Unit 2 juga dibawa keluar.

Letupan itu terjadi ketika jurutera-jurutera Jepun cuba memasukan air laut ke dalam Unit 2 loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi selepas paras air pendingin turun, sekali gus mendedahkan rod-rod bahan api uranium.

Dalam pada itu, laporan Reuters menyebut ekoran letupan terbaru pagi ini kadar radiasi telah meningkat empat kali ganda.

Menurut Tokyo Eletcric Power Co, agensi keselamatan telah merekodkan bacaan radiasi yang meningkat sehingga paras 8,217 microsievert sejam pada pukul 8.30 pagi tadi (waktu Jepun) berbanding 1,941 kira-kira 40 minit sebelum itu.

Pihak berkuasa di kompleks tenaga nuklear Fukushima Daiichi, yang rosak teruk ekoran tsunami dan gempa bumi Jumaat lalu, sedang cuba untuk mengelakkan kecairan di ketiga-tiga reaktor yang digunakan.

Pihak berkuasa Jepun berkata tahap itu perlu mencapai paras sejuta atau lebih - peringkat yang boleh menyebabkan masalah kesihatan secara besar-besaran.

Tokyo Electric Power Co juga berkata pihaknya sedang membuka injap pada saluran tekanan reaktor untuk memasukkan air laut.

Unit 1 dan Unit 3 juga sebelum ini menyaksikan penurunan paras air tetapi dimasukkan air laut.

Pakatan Anjurkan Dialog Mengenai Interlok

Posted: 14 Mar 2011 04:34 PM PDT






KUALA LUMPUR, 14 MAC: Pakatan Rakyat akan berbincang dengan semua pihak berkaitan Khamis ini berhubung penggunaan karya Interlok yang dianggap menghina masyarakat India sebagai buku teks sekolah.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, perbincangan turut melibatkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan beberapa wakil pihak yang menimbulkan keperihatinan berhubung isu karya satera ini.

"Kita putuskan pada hari Khamis jam 1 petang wakil-wakil Pakatan Rakyat termasuk ahli-ahli parlimen akan berbincang dengan wakil-wakil semua pihak termasuk kalangan yang menimbulkan rasa keperihatinan mereka dalam beberapa aspek dan penulisan buku itu yang dianggap menghina maysrakat India," katanya.

Pakatan Rakyat berpendapat, novel atau hasil karya sastera tidak sepatutnya melibatkan kejadian yang tidak bertanggungjawab seperti pembakaran dan pengharaman buku sebagai sebuah karya sastera.

Perbincangan berkaitan Interlok itu perlu dilihat atas dasar buku teks kerana ia melibatkan sensitiviti semua kaum, kata Anwar.

"Beberapa orang daripada kalangan kita memberikan pandangan, kita mesti mengambil kira keperihatinan dan sesitiviti semua kaum di negara kita," katanya.

Diari siasatan lengkap dibuat selepas setahun kematian Teoh

Posted: 14 Mar 2011 04:26 PM PDT






15/03/2011


KUALA LUMPUR, 14 Mac – Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu diari penyiasatan yang lengkap mengenai soal siasat bekas setiausaha politik exco Selangor itu dibuat selepas setahun kematiannya.

Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Putrajaya Arman Alies berkata diari pada Ogos 2010 itu merupakan hasil laporan kedua selepas laporan pertama pada Julai 2009, yang ditulis dalam komputer riba miliknya, hilang akibat diserang virus.

Arman juga memberitahu prosiding hari ini bahawa beliau tidak menyimpan "soft copy" laporan pertamanya itu.

"Laporan pertama yang saya buat telah diserahkan kepada Jawatankuasa Aduan SPRM selepas keterangan saya diambil oleh polis pada 18 Julai 2009," katanya.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Arman turut memberitahu hasil laporan kedua itu dibuat berdasarkan ingatannya sahaja dan berpandukan kepada dua helai kertas A4 yang telah dibuat catatan olehnya semasa temu bual dengan Teoh pada 16 Julai 2009.

Ketika ditanya Peguam Edmund Bon, apa tujuannya membuat laporan kedua itu, Arman berkata: "Saya membuat laporan untuk tujuan simpanan saya."

Beliau turut bersetuju dengan Edmund bahawa perkataan "kekerasan tidak digunakan" ditambah dalam laporan kedua yang disediakan olehnya.

"Saya menambah perkataan itu untuk mengelakkan daripada tohmahan dan saya cerita benda yang benar," katanya.

Arman juga tidak bersetuju dengan Edmund bahawa beliau tidak menulis perkataan "kekerasan tidak digunakan" dalam laporan pertama kerana beliau tidak berperasaan serba salah mengenai apa yang berlaku di dalam bilik bersama Teoh.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya itu, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen memutuskan supaya kesemua komputer termasuk komputer riba dan telefon bimbit milik Arman diambil dan diserahkan kepada penyiasat persendirian Michael Leslie Squires untuk disiasat.

"Kesemua komputer riba dan telefon bimbit milik pegawai lain yang terlibat akan diambil jika perlu untuk mengetahui kandungan dan butiran yang berkaitan," katanya.

Sebelum ini, peguam Christoper Leong dari Majlis Peguam telah mencadangkan kepada suruhanjaya untuk mengambil semua dokumen termasuk komputer, telefon bimbit dan memo milik pegawai SPRM lain yang terlibat dalam penyiasatan Teoh.

Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan, Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain bagi menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat ''keputusan terbuka'' berhubung kes itu. – Bernama

SPRM Digesa Siasat BN Perak, Salahguna Kuasa

Posted: 14 Mar 2011 04:24 PM PDT




PERAK 15 MAC : Sekurang- kurangnya 20 penduduk Gunung Cheroh, Ipoh membuat satu laporan polis kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kepimpinan UMNO Barisan Nasional Perak yang didakwa menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi mereka berhubung isu pemberian hak milik tanah kepada syarikat Fasa Unggul Sdn Bhd baru-baru ini.

Adun Buntong, A Sivasubramaniam berkata, selain membuat laporan kepada SPRM pihaknya turut menggesa kerajaan negeri itu bersikap prihatin terhadap kesusahan dan kebajikan rakyatnya.

"Tujuan kita semua datang ke sini adalah untuk membuat laporan terhadap sprm kerana kita dapati ada unsur-unsur penyalahgunaan kuasa di mana kebanyakan penduduk telah menetap di tempat ini lebih kurang 70 tahu,

"Jadi laporan ini akan dibawa kepada tuan atau puan majisteret di mahkamah terhadap kes yang akan didengar pada 23 Mac ini supaya menangguhkan penguatkuasaan terhadap rumah mereka dan kita juga akan turut menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Perak supaya beliau dapat menolong rakyat miskin ini," kata Siva

Sebelum ini, satu notis mengosongkan kawasan penempatan itu dikeluarkan berikutan pemberian hak milik tanah penempatan tersebut kepada sebuah syarikat pemaju di negeri itu baru-baru ini.

Menurut Sivasubramaniam, tindakan kerajaan negeri memberikan kelulusan kepada pihak lain dan bukan kepada penduduk kawasan terbabit menimbulkan keraguan pihaknya memandangkan penempatan ini sudah didiami sehingga generasi ketiga.

Subramaniam berkata, permohonan penduduk bagi mendapat milikan penempatan ini juga menemui jalan buntu apabila beberapa rayuan yang dibuat tidak diendahkan kerajaan negeri dan Pejabat Tanah negeri itu.

Jelas Sivasubramaniam, laporan tersebut juga berikutan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan terhadap pihak peguambela dan peguamcara V.Selva & Assoc. dengan mengarahkan penduduk di kawasan terbabit mengosongkan tanah yang mereka duduki sejak 80 tahun yang lalu.

Dalam pada itu, seorang penduduk yang ditemui berkata, beliau turut mendakwa Ketua MIC Perak, Thangeswari meminta bayaran RM 10,000 sebagai yuran bagi memperjuangkan keadilan mereka dalam memiliki penempatan tersebut.

Khalid: Bukan Senang Mengawal Risiko Loji Nuklear

Posted: 14 Mar 2011 04:17 PM PDT






KUALA LUMPUR 14 MAC: Susulan insiden kebocoran reaktor nuklear Tepco di Jepun, Pakatan Rakyat sekali lagi menyatakan kesangsiang mereka terhadap cadangan pembinaan loji nuklear di negara ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kejadian luar kawalan yang berlaku di negara matahari terbit itu harus dijadikan iktibar.

"Kami Pakatan rakyat sentiasa menyatakan kesangsian kita terhadap projek ini. Kalau kita ada pilihan lain, kita mencadangkan adalah alebih baik kerajaan Malaysia gunakan selain daripada nuklear," kata Khalid.

Beliau berkata demikian selepas perjumpaan bersama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan wakil Duta Jepun di Kedutaan Jepun pagi tadi, bagi menzahirkan ucapan takziah dan meyuarakan simpati mereka terhadap mala petaka yang menimpa wilayah Timur Laut Jepun itu.

"Pengalaman di Jepun menunjukkan bukan senang mahu kawal kerosakan yang berkaitan dengan nuklear, terutama dengan kesan radiasi dan bahan uranium," ujar Khalid.

Kesempatan itu juga Khalid turut menyampaikan sokongan serta kesediaan Selangor untuk menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan.

Khalid berkata, kerajaan Selangor mencadangkan dua bentuk bantuan dalam usaha membantu mangsa gempa bumi dan tsunami dearah Sendai, Jepun dimana kebanyakan penduduk adalah petani dan nelayan.

Pertama adalah memberikan sumbangan kepada badan sukarelawan antarabangsa, Red Cross dan kedua menawarkan khidmat jururawat terlatih bagi meringankan beban mangsa yang trauma akibat bencana ini.

Khalid turut menyampaikan pesanan daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyuarakan keprihatinan mereka terhadap mangsa dan menyatakan akan sentiasa berdoa untuk keselamatan serta kesejahteraan rakyat Jepun.

KARPAL BERI AMARAN KEPADA UTUSAN MELOYA....AKHBAR FITNAH TERULUNG NEGARA

Posted: 14 Mar 2011 07:06 AM PDT

Karpal beri amaran : Jangan Guna media TV3 suku,RTM ! RTM 2...Kalau mau ke Mahkamah





KUALA LUMPUR 14 MAC: Peguambela Karpal Singh memberi amaran kepada pihak media arus perdana untuk tidak mengeksploitasi perbicaraan fitnah liwat 2, terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, mana-mana pihak yang berhasrat berbuat demikian untuk bersiap sedia dikenakan tindakan menghina mahkamah.

"Saya memberi amaran kepada sesiapa yang cuba mengeksploitasi perbicaraan ini terutama Utusan Malaysia, kalau mereka tidak berjaga-jaga, bersiap sedia untuk masuk ke penjara," kata Karpal ketika ditemubual di perkarrangan mahkamah pagi tadi.

Selain Utusan, Karpal turut menegur New Straits Times kerana membocorkan maklumat hujah pemohonan pendakwaraya untuk mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari sebelum mahkamah bersidang.

Pendedahan itu disusuli bantahan pertubuhan badan bukan kerajaan pro Umno-BN dan penyokong Umno sendiri di beberapa negeri yang menuntut Anwar menyerahkan DNA untuk tujuan penganalisaan.

Bagaimanapun sambutan terhadap protes itu hambar dengan kira-kira 50 orang sahaja menghadirinya di Petaling Jaya.

Peguamcara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden menafikan di mahkamah bahawa pejabat Peguam Negara bersekongkol dengan Utusan Malaysia dan media lain untuk membocor dokumen hujah beliau sehari sebelum dikemukakan di mahkamah.

Sehubungan dengan itu, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memberi amaran supaya tiada mana-mana pihak yang cuba mencampuri urusan mahkamah selagi perbicaraan berlangsung.

Karpal menyifatkan perbuatan membocorkan hujah pendakwaraya bertujuan mempengaruhi hakim untuk mengarahkan Anwar seraya mengaburi mata rakyat tentang hujah pendakwaan yang rapuh.

Tambahnya, semua pihak perlu memandang serius kesalahan menghina mahkamah sekaligus melindungi integriti kehakiman negara.

"Perkara utama adalah apa yang berlaku semalam. Tidak pernah terjadi permohonan disiarkan di internet, ini pertama kali. Serta cara Utusan dan NST membawa perkara itu.

"Saya harap amaran daripada hakim diambil serius," ujar Karpal lagi.

Jelajah 'DNA' Tangkis Serangan Pada Anwar

Posted: 14 Mar 2011 07:02 AM PDT

Jelajah 'Dato Najib Altantunya ' Tangkis Serangan Pada Anwar
14/03/2011 Share


Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggerakkan jenteranya di seluruh negara dengan membangkitkan semula isu kontroversi sekitar kematian model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang didakwa sesetengah pihak melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Program itu dirancang sebagai tindak balas kepada demonstrasi bersama - antaranya melibatkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) - bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA kepada pihak pendakwaan di mahkamah.

Ia akan digelar DNA sebagai singkatan untuk "Datuk Najib Altantuya", kata setiausaha agungnya Saifuddin Nasution dalam sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat di parlimen.

Saifuddin (kiri) yang juga anggota parlimen Machang berkata program itu melibatkan ceramah dan pengedaran risalah.

Ditanya tentang bantahan kumpulan NGO di ibu pejabat PKR semalam, Anwar mengaitkannya dengan usaha Umno untuk menanganinya.

Menurut ketua pembangkang itu, beliau tidak takut menyerahkan sampel DNA, tetapi memandang berat kaedah yang digunakan oleh pendakwaan dan siasatan pihak polis.

Secara sinis, beliau berkata dimaklumkan oleh "Tuan Judi" bahawa sampel itu disimpan dalam kabinet, bukan peti ais.

Justeru, beliau meminta ditunjukkan pakar manakah yang akan menerima keputusan sebegitu.-malaysiakini

Pakatan Bidas Peguam Negara

Posted: 14 Mar 2011 07:00 AM PDT






KUALA LUMPUR, 14 MAC: Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Umno-BN supaya menghormati sistem keadilan sejagat dan menjadi ahli Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penentangan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Phatail berhubung keanggotaan ICC sebagai suatu yang aneh.

"Pada pendapat kita kalangan yang takut mahkamah antarabangsa adalah diktator, pembunuh yang melakukan kekejaman terhadap rakyat sendiri. Jadi ini adalah mekanisma antarabangsa yang harus menimbulkan rasa takut di kalangan pemimpin-pemimpin rakus dan zalim supaya tidak meneruskan langkah menzalimi rakyat," katanya.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan Malaysia tidak perlu mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) semata-mata untuk kelihatan hebat di mata masyarakat antarabangsa

Beliau berkata jika Malaysia memilih untuk menyertai konvensyen itu, ia perlu bersedia memberikan sumbangan terbaik dan berperanan sewajarnya sebagai negara anggota.

Namun Gani tidak menjelaskan kenapa Malaysia keberatan berbuat demikian.

AWAS...JAGA ANAK KITA..BIAR ORANG UMNO SAJA GUNA..SEBAB MEREKA TAK MEMBACA

Posted: 14 Mar 2011 03:07 AM PDT

Larangan Penjualan Botol Susu Bayi Polikarbonat Berkuat Kuasa 1 Mac 2012
14/03/2011 Share


PUTRAJAYA 14 MAC : Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan serta penggunaan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012.

Liow Tiong Lai berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah,

Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.

Kes Anwar : Campur tangan politik makin jelas, kata Karpal

Posted: 14 Mar 2011 02:40 AM PDT

Kes Anwar :DULU SAKSI UTAMA KERAJAAN CUMA AZIZAN...KINI SAKSI UTAMA SAIFOOL....CORAK SAMA ..DRAMA LAIN-LAIN...YANG NI TAK BERAPA CERDIK..DULU PUN BINGAI JUGA...TILAM TAK BERLAPIK,TARIKH CONDO TAK SIAP DI UBAH,DAN PALING BESAQ BARUA UMI HAFILDA....

KALI NI MACAM LAIN PULAK....SAIFOOL TAK BERAK 2 HARI..TARIKH JUMPA PUN BERCELARU...KALAU 2 HARI 2 MALAM TAK BERAK.....AKU TAK TAU LA....KEMUDIAN , AMBIK DNA DI LOKAP, MAI BUBUH KAT PUNGKOQ SAIFOOL...ADOIIII

INGAT ORANG ASAL PUN DAH CERDIK DAH KALAU BACA......POLITIK...POLITIK..POLITIK......



Ditulis oleh Hadri Yaziz
14/03/2011

KUALA LUMPUR 14 MAC: Campur tangan politik dalam kes fitnah liwat 2, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah dengan cubaan pasukan pendakwaan memanipulasi peruntukan undang-undang untuk memaksa beliau memberikan sampel DNA, kata peguambela Karpal Singh.

Peguamcara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden hari mendesak Hakim Zaibdin Mohamad Diah untuk mengarahkan Anwar memberi sampel darah untuk ujian DNA sungguhpun tidak ada undang-undang sedemikian, tambah Karpal.

Peguam veteran itu berkata Yusuf kini berusaha untuk "membina" semula kes terhadap Anwar menerusi ujian DNA setelah Pegawai Penyiasat Jude Pereira mengesahkan beliau memberi keterangan yang bercanggah dan mencurigakan.

"Memang kes ini dipolitikkan. Malah tidak syak lagi DPP (Yusof) telah digunakan dan dieksploitasi oleh ahli politik. Dia juga turut mahu tutup kes selepas pegawai penyiasat (Jude) memberi keterangan.
"Dia mengajukan perkara itu kepada mahkamah. Kami terkejut apabila dia kembali dan mahu membuat dua permohonan. Jadi sudah tentu ada seseorang yang wujud di tengah untuk bertujuan politik. Kes ini dieksploitasi oleh ahli politik," jelasnya.

Antara lain, Jude mengesahkan beliau melanggar peraturan Jabatan Kimia dan Polis diraja bersabit prosedur menyimpan bukti. Beliau juga mengesahkan memberi keterangan palsu sebagai yang diperakui oleh Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia(Suhakam) tahun lalu bersabit penahanan lima peguam tanpa waran.
Selasa lalu, Zabidin memutuskan polis memperolehi bukti DNA terhadap Anwar secara tidak sah apabila menahan beliau semalaman di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008.


Anwar dan dua peguamnya mengesahkan polis tidak memberikan asas penangkapan ke atas Anwar dan waran tangkap pula yang diberikan kepada Anwar tidak sama dengan yang dikemukakan di mahkamah.
Yusof tidak merayu terhadap keputusan berkenaan serta merta tetapi menunggu hampir tiga hari dan selepas Jude memberi keterangan untuk berbuat demikian, sekali gus menimbulkan spekulasi Pejabat Peguam Negara menerima tekanan politik untuk mengubah keputusan hakim itu.

Dalam hujahnya pagi tadi, Yusof sekali lagi mengkitar semula hujah beliau dengan mendakwa penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 tidak salah disisi undang-undang.
Karpal menegaskan Yusof berhujah dalam secara terdesak kerana mengandaikan sampel DNA yang diambil pada tubuh Saiful disahkan milik Anwar dan justeru itu mahukan Anwar memberikan sampel darah untuk tujuan perbandingan.

Karpal berkata Anwar menjadi mangsa bukti reka cipta polis pada tahun 1998 dan terpaksa mengorbankan enam tahun di penjara. Justeru mantanTimbalan Perdana Menteri amat mencurigai sebarang pengambilan bukti yang membabitkan pengawasan polis, khususnya sampel darah untuk ujian DNA.

"Persoalannya tidak timbul malah sebentar tadi DPP (Yusof) mengandaikan sampel DNA telah disahkan. Setakat ini tiada apa yang disahkan. (Dan) undang-undang di negara ini jelas. Anda tidak boleh memaksa seseorang untuk memberi DNA dalam apa cara sekali pun.
Karpal berkata Yusuf cuba mengelirukan mahkamah dengan menyamakan sampel untuk ujian DNA Anwar sama seperti mengambil cap jari untuk tujuan perbandingan.

"Ia bukan untuk tujuan perbandingan. Saya rasa dia (Yusof) memberi analogi cap jari dan tulisan di mana mahkamah boleh membuat arahan itu dan menyamakannya kepada pengambilan sampel darah. Undang-undang adalah sangat jelas dalam isu ini dan sekiranya ada pihak yang memaksa untuk mendapatkan sampel sedemikian, anda boleh menyaman mereka," tegas beliau.

Esok Karpal akan memberikan hujah balas terhadap alasan-alasan Yusuf itu demi memastikan keputusan Zabidin menolak sampel tuala, berus gigi dan botol air mineral yang diambil polis secara tidak sah, dipertahankan.

Silap selangkah hancur kesemuanya: PAS menghadapi cabaran transformasi

Posted: 14 Mar 2011 12:18 AM PDT


Lim Yew Chien

Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Barisan Nasional menang dalam PRK Merlimau dan Kerdau yang dijalankan serentak. Malah bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila BN menang dengan majoriti yang lebih besar. Suasana PRK hanya hangat selepas beberapa hari berkempen. Sepanjang tempoh berkempen, penyokong Pakatan Rakyat mulai merasakan kemungkinan untuk menghakis undi majoriti BN. Jadi, undi majoriti yang besar tetap membeliakkan sesetengah orang.

Banyak mesej yang tercetus dalam pertarungan ini. Sebagaimana di Merlimau, ia menyaksikan berkecainya harapan PR untuk bertapak di Melaka. Yang menerima impak terbesar adalah cita-cita PR untuk menawan Putrajaya. Untuk menawan Putrajaya, PR perlu menerokai gelanggang baru selain kawasan yang dimenanginya ketika tsunami politik pada 8 Mac 2008.

BN hilang bimbang

Mungkin Melaka bukan barisan depan sebagaimana yang dalam percaturan PR. Namun seandainya PR berjaya menghakis undi majoriti BN, maka bertambahlah satu kawasan yang boleh diletakkan harapan untuk PR. Dari segi strateginya, seandainya undi majoriti BN dikurangkan, maka BN akan kehilangan satu kawasan yang "langsung tidak perlu dibimbangkan". Maka, BN terpaksa mengagihkan sumbernya, untuk memastikan semua barisannya dikawal dengan rapi.

Organisasi PAS di Melaka tidak setanding dengan organisasinya di pantai timur dan utara Semenanjung. Isu tempatan, organisasi tempatan malah suasana tempatan mempunyai pengaruh yang kuat di kawasan desa Melayu. Selagi organisasi tempatan UMNO beroperasi dengan lancar, maka agak mustahil PAS menembusi kubu ini.

Pengundi Cina hanya kira-kira 20% daripada jumlah pengundi Merlimau. Meskipun MCA dan DAP masih saling mempertikaikan kecenderungan pola pengundian Cina, namun pertikaiannya tidak hangat sebagaimana di PRK Tenang. Ini kerana nisbah pengundi Cina lebih rendah secara perbandingannya, malah berselerak dan sukar dianalisa.

Pada hakikatnya, seandainya sokongan pengundi Cina tidak kembali kepada BN, maka ia bermakna pengundi Melayu kembali ke pangkuan BN secara mendadak - barulah ia berakhir dengan kesudahan di mana BN meraih undi majoriti yang setinggi itu. Ini mungkin khabar yang lebih buruk buat PR. Sesungguhnya, fokus yang menjadi tumpuan dalam kedua-dua PRK ini adalah pola pengundi Melayu.

Undi Melayu di Galas jadi kayu ukur

Walaupun berjiran dengan Kelantan, negeri yang mana PAS berakar umbi sekian lama, namun Pahang secara tradisionalnya didominasi UMNO, dan bukan senang untuk ditembusi. Jikalau analisa hanya dibuat berdasarkan menang-kalah, maka kekalahan PR di kubu UMNO hanya menunjukkan bahawa lanskap politik UMNO masih tidak tergugat. Ia tidak bermakna bahawa BN semestinya memiliki kelebihan di kawasan yang asalnya dimiliki PR, atau kawasan pinggiran.

Sesungguhnya ia hanya dilihat dari sudut menang-kalah. Namun, keadaannya menjadi kompleks apabila perlu mengambil kira undi majoriti yang bertambah. Peningkatan undi majoriti BN mungkin disebabkan faktor tempatan. Sumber BN lebih tertumpu ketika PRK, ditambah pula faktor lain, ia mungkin menyumbang kepada kemenangan besar BN. PRK yang lalu, khususnya sebelum "tsunami politik", keadaan ini telah berlaku.

Selain faktor tempatan, penambahan undi majoriti BN semestinya mencerminkan pola pengundian Melayu di seluruh negara. Ia agak sukar untuk dikupas kerana terlalu banyak faktor yang saling mempengaruhi. Namun, sudah jelas bahawa ianya bukan sesuatu yang tidak berasas, seandainya didakwa bahawa undi Melayu cenderung untuk kembali ke BN - jikalau diambil kira prestasi BN di kawasan desa Melayu dalam beberapa PRK yang terkini.

Daripada beberapa PRK yang dimenangi BN, Galas adalah kayu ukur yang paling sesuai. Kerusi DUN Galas dimiliki PAS pada asalnya, malah terletak dalam negeri yang selama ini diperintah PAS. Pengalihan sokongan Melayu di Galas tidak boleh dipersalahkan kepada organisasi tempatan. Punca yang mendasar mungkin berkaitan dengan perubahan di seluruh negara.

Peratusan pengundian yang tinggi

Apa yang menarik dalam kedua-dua PRK Merlimau dan Kerdau ini adalah peratusan pengundian yang lebih tinggi berbanding PRU ke-12, dengan 79% sebagaimana yang dicatat Merlimau dan 83% di Kerdau.

Seandainya peratusan pengundian tidak tinggi, maka ia mungkin menunjukkan bahawa wujudnya sesetengah pengundi yang masih sangsi terhadap PAS, pada masa yang sama juga ragu-ragu untuk mengundi BN. Golongan pengundi sedemikian kelihatan belum tahu kepada siapa mereka mahu mengundi sebelum PRU ke-13. Jadi PR masih boleh menaruh harapan kepada golongan pengundi sebegini.

Tetapi kedua-dua PRK ini tidak menunjukkan keadaan peratusan pengundian rendah. Jumlah keseluruhan undi BN memperlihatkan peningkatan yang jelas. Sama ada undi ini datang daripada penyokong PAS ataupun pengundi baru, kecenderungan mereka nampaknya sukar untuk diubah dalam masa yang singkat.

Kedua-dua keputusan PRK ini semestinya tidak mempengaruhi kuasa kerajaan BN di negeri berkenaan. Tetapi mengapa pengundi kampung dari kedua-dua kawasan ini begitu aktif untuk keluar mengundi? Sememangnya sikap yang positif ini (keluar mengundi) sesuatu yang baik untuk proses pendemokrasian, tetapi apakah peratusan pengundian yang tinggi dalam kedua-dua PRK ini betul dijuruskan kesedaran demokrasi? Kalau bukan kerana kesedaran demokrasi, apakah pula yang mengaktifkan pengundi untuk keluar mengundi?

Ada yang membangkitkan kemungkinan bahawa peratusan pengundian yang tinggi ini disebabkan pengundi hantu dan rasuah. Jikapun begitu, ia hanya menunjukkan bahawa kemampuan parti yang terlibat menggunakan "strategi luar biasa" ini telah dipertingkatkan. Ia mungkin sukar untuk dibongkarkan seandainya diulangi pada masa akan datang. Pada hakikatnya, selain ahli parlimen Kota Melaka-DAP Sim Tong Him dan jurugambar China Press yang mendakwa melihat sendiri kejadian membeli undi, operasi "tangkap hantu" yang biasa digerakkan PR dalam PRK dahulu nampaknya tidak berhasil.

Asas PAS ditembusi

Kita ketepikan dahulu kemungkinan kejadian "beli undi" atau pengundi hantu. Fenomena pengundi aktif mengundi menunjukkan bahawa BN berupaya untuk mengerah penyokongnya keluar mengundi. Ia berbalik kepada faktor jaringan hubungan tempatan. Tetapi, seandainya "keaktifan" itu didorong inisiatif pengundi sendiri untuk memastikan kemenangan BN, maka ia menunjukkan penyokong setia ini cuba menghalang kemenangan PR. Di sini ia memperlihatkan perubahan pemikiran pengundi Melayu.

Sama ada penyelewengan, jaringan tempatan mahupun perubahan pemikiran (apa yang lebih mungkin sebenarnya adalah kombinasi daripada faktor-faktor ini), yang menjurus kepada kemenangan BN ini - PAS-PR akan berdepan dengan masa depan yang lebih genting. Faktor penyelewengan dan jaringan tempatan mungkin diulangi di kawasan yang mirip, tetapi perubahan pemikiran Melayu mungkin mengundang kesan yang lebih besar, malah sehingga menembusi asas PAS.

Selepas tsunami 8 Mac 2008, BN menyerang ketiga-tiga parti komponen PR. Untuk PKR, BN merancangkan gelombang "keluar parti", mencetuskan kontradiksi dalaman. Sehingga kini, kita gagal melihat wujudnya apa-apa faktor yang boleh menyekat PKR daripada kehilangan kerusi dan undi secara besar-besaran pada PRU yang akan datang.

PAS perlu berdepan dengan kepahitan

Pada hakikatnya, serangan dan strategi yang digunakan UMNO-BN terhadap PAS tidak kurang daripada apa yang dilakukan terhadap PKR. Antaranya, retorik seperti "perpecahan Melayu", "PAS diperkudakan", "derhaka", "bersubahat dengan DAP" dan sebagainya - diulangi dalam media arus perdana, dan kelihatan telah berkesan terhadap Melayu yang hanya boleh menerima maklumat daripada media arus perdana.

Dalam krisis sebegini, PAS diharap agar tidak mengubat penyakitnya dengan ubat sembarangan, iaitu kembali kepada jalan lamanya yang konservatif. Perjuangan PAS yang berdekad-dekad tidak terelak daripada turun naik dan pasang surut. Untuk mengharungi keadaan merudum ini, ia perlu berpegang kepada prinsip dan semangat perjuangannya. PAS kini telah pun berada di landasan dengan hala tuju yang menunjukkan keterbukaannya. Komuniti Melayu tempatan mungkin belum bersedia dari segi fikrahnya untuk menerima konsep yang lebih progresif, maka PAS mungkin perlu menahan kepahitan di mana sokongan terhadapnya akan merudum buat sementara.

Seandainya PAS berpaling dan kembali ke pangkalnya, maka imej positif yang dibina sepanjang ini akan terkubur, dan kehilangan sokongan pengundi Cina yang bukan senang untuk diperolehi sebelum ini. Malah, PAS tidak semestinya mengembalikan sokongan komuniti Melayu, jika kembali ke jalannya yang konservatif.

Reaksi yang silap bakal mengundang malapetaka

Untuk generasi Melayu yang muda, penafsiran Islam dengan konsep yang konservatif kurang menarik. PAS langsung gagal mengancam UMNO jikalau kembali ke jalan pangkalnya yang konservatif. Ini menjelaskan mengapa Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin tidak keberatan untuk mengkritik PAS apabila PAS mengemukakan pengharaman perjudian.

Malah, jika PAS membuat pusingan "U" sejurus selepas kekalahan, langkah ini hanya mengesahkan tuduhan UMNO bahawa PAS adalah parti yang tidak menentu, mempergunakan agama untuk kepentingan politiknya. Jadi, PAS akan undur ke garisan kubunya di pantai Timur. Jika ia berlaku pada zaman dahulu, maka itu mungkin caranya untuk menyelamatkan diri. Tetapi jika ia berlaku pada zaman sekarang, ertinya menunggu untuk disingkir zaman.

Jadi, golongan pemimpin PAS yang terbuka akan memahami, bahawa kekalahan PRK malah PRU, tidak semestinya memusnahkan PAS. Reaksi silap yang akan membawa PAS ke arah kemusnahan. Menyedari impaknya ini, pemimpin yang terbuka dalam PAS harus cuba sedaya upaya untuk menghalang PAS daripada kembali kepada jalan lamanya - malah jika perlu berdepan dengan keretakan parti sekali pun, ia harus diteruskan agar tidak ditimpa malapetaka "silap selangkah hancur kesemuanya".

Posted: 13 Mar 2011 09:52 PM PDT

Tsunami Di Jepun Dijangka Ragut Lebih 10,000 Nyawa

Ditulis oleh shuaib ayob













14/03/2011 Share


KORIYAMA 14 MAC : Polis Jepun menjangkakan jumlah angka kematian akibat gempa bumi sekuat 9 richter Jumaat lalu boleh mengorbankan lebih 10,000 orang di daerah Miyagi daerah yang paling teruk dilanda bencana itu, walaupun sehingga kini pegawai lain cuba memberi jaminan kepada orang ramai bahawa reaktor di dua loji nuklear yang rosak, tidak menimbulkan bahaya dalam jangka masa ini.

"Saya menjangkakan angka kematian akan mencecah lebih 10,000 di daerah ini," Ketua polis Takeuchi Naoto-dipetik laporan NHK.

Kira-kira 800 orang disahkan terkorban setakat ini di Miyagi dan beberapa kawasan lain di timur laut Jepun, yang dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.

Tiada hubungan langsung dengan kira-kira 10,000 penduduk bandar Minamisanriku.

Polis berkata sebelum ini lebih daripada 2,000 orang terbunuh atau tidak dapat dikesan di kawasan terbabit, lapor agensi berita Kyodo News.

Seorang pegawai perbandaran di bandar Futaba, Fukushima memberitahu Kyodo bahawa kira-kira 90 peratus rumah tiga komuniti pantai telah dihanyutkan oleh tsunami.

Kira-kira 390,000 meninggalkan rumah mereka, dan kebanyakannya berteduh di lebih 1,400 tempat perlindungan sementara bertempat sekolah dan pusat komuniti, lapor NHK.

Sementara itu, pegawai-pegawai Jepun memberi amaran kemungkinan letupan kedua di loji tenaga nuklear yang terjejas kerana gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu ketika negara itu bertungkus-lumus untuk mengelakkan kecairan berganda reaktor.

Perangkaan yang dikeluarkan menunjukkan 180,000 orang telah dipindahkan dari kawasan loji tenaga nuklear manakala lebih 160 orang dilaporkan terdedah kepada radiasi.

Empat loji tenaga nuklear di bahagian timur laut dilaporkan rosak, tetapi paling teruk di kompleks Fukushima Daiichi di mana letupan berlaku kelmarin dan yang kedua dikhuatiri.

Operator-operator pula telah hilang keupayaan untuk mengawal tahap kedinginan di ketiga-tiga reaktor kompleks tersebut dan tiga lagi di kompleks berhampiran menggunakan prosedur biasa.

Semalam, Ketua Setiausaha Kabinet Yukio Edano berkata letupan hidrogen boleh terjadi di Unit 3 Fukushima Daiichi.

Lagi gempa 5.8 magnitud landa Jepun

Posted: 13 Mar 2011 09:50 PM PDT

14/03/2011 Share


TOKYO 14 MAC : Gempa berkekuatan 5.8 magnitud melanda perairan timur laut Jepun, di Ibaraki, awal pagi ini menyebabkan bangunan tinggi bergegar di ibu negara Tokyo.

Bagaimanapun, menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa yang berlaku di 140 kilometer di perairan timur laut Tokyo itu tidak menyebabkan ancaman tsunami.

Setakat ini belum ada laporan mengenai kerosakan dan mereka yang cedera. - AFP

Loji nuklear ketiga Fukushima meletup

Posted: 13 Mar 2011 09:50 PM PDT

14/03/2011 Share


TOKYO 14 MAC : Satu letupan kuat merosakkan loji nuklear ketiga Fukushima, dengan asap tebal dan api menjulang di reaktor berkenaan, sebentar tadi.

Jurucakap Ketua Kabinet Jepun, Yukio Edano berkata, maklumat yang diperoleh dari pegendali reaktor, TEPCO menyebut ia bagaimanapun tidak membawa kesan kebocoran radiasi yang besar.

Sementara itu, Agensi Keselamatan Nuklear Jepun berkata, letupan itu di reaktor ketiga di Loji Nuklear 1 Fukushima dipercayai disebabkan tekanan hidrogen.

Letupan hidrogen juga berlaku di reaktor nombor satu di loji sama Sabtu lalu, sehari selepas berlaku gempa kuat dan tsunami di perairan timur laut negara itu.

Pihak berkuasa sehingga kini sudah mengisytiharkan zon pemindahan di kawasan lingkungan 20 kilometer dari loji berkenaan dengan 210,000 orang sudah dikeluarkan. - AFP