Selasa, 8 Mac 2011

kalam Perantau

kalam Perantau


BN dah pulih, Pilihanraya Sarawak April ?

Posted: 08 Mar 2011 07:01 PM PST

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Keputusan pilihanraya kecil DUN N27 Merlimau, Melaka dan N28 Kerdau, Pahang memang sudah dijangka lebih awal oleh pemerhati-pemerhati politik. BN menang besar di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi dimana calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullah memperolehi 2,319 undi. BN turut menang pilihan raya kecil DUN Kerdau dengan majoriti 2,724 undi dimana calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi 5,060 undi, menewaskan calon PAS yang mendapat 2,336 undi.

Di Kerdau, majoriti kemenangan BN di situ juga menunjukkan pertambahan hampir 70 peratus berbanding majoriti yang diperolehi BN sebanyak 1,615 undi pada 2008 dan dapat  mengembalikan tahap sokongan yang dinikmatinya pada pilihan raya umum 2004 di mana parti itu mendapat majoriti sebanyak 2,565 undi. Manakala Di Merlimau, majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. Bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN pada 2004 sebanyak 5,087.

Setelah 16 siri pilihanraya kecil diadakan, saya tidak pasti sama ada akan berlaku atau tidak lagi pilihanraya kecil selepas ini memandang masa berbaki selepas 3 tahun persidangan DUN pertama  selepas Pilihanraya umum ke-12, Mac 2008 masih ada kira-kira sebulan lebih lagi.

Tidak ada pilihanraya kecil DUN jika berlaku kekosongannya selepas tarikh berikut, di Penang (20hb. April), Melaka dan Johor (21hb. April), Perak dan Negeri Sembilan (25hb. April),  Perlis dan Kelantan (28hb. April), Sabah (30hb. April), Terengganu (6hb. Mei), Pahang (20hb. Mei) dan Selangor (21hb. Mei).

Jika tidak ada lagi PRK selepas ini bagi penggal PRU ke-12, bermakna ianya kurang 1 daripada 17 PRK yang diadakan dalam penggal PRK ke-8 pada tahun 1990 dan melebihi 1 daripada 15 PRK yang diadakan sepanjang PRK ke-9 pada tahun 1995. Dalam penggal ke-10 (1999), 9 PRK  diadakan dan 6 PRK sahaja diadakan pada penggal ke 11 (2004).

Sebelum tahun 2008, walaupun banyak PRK diadakan tetapi ianya bukanlah menjadi fenomena dan mimpi buruk kepada parti pemerintah, BN. Walaupun begitu, pada tahun 1990 dan 1999 kedudukan BN sedikit tergugat, sebelum pulih semula pada tahun 1995 dan 2004.      

Sebagaimana yang saya tulis dalam ruangan ini beberapa minggu yang lepas, tirai pilihanraya kecil pada 2011 merupakan ujian kepada BN (UMNO) pula sama ada mampu mengekalkannya atau pun tidak. BN (UMNO) memulakannya dengan baik bila ianya berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang, Johor (Januari, 2011) Sekarang berjaya mengekalkan Merlimau, Melaka  dan Kerdau, Pahang pula. 

Manakala bagi 6 kerusi DUN dalam PRK pada tahun 2009 sebelum itu, semua parti mengekalkan kerusi DUN masing-masing, iaitu PKR bagi DUN Bukit Selambau (April, 2009) dan Penanti  (Mei, 2009) dan PAS pula mengekalkan Manek Urai ((Julai, 2009) dan Permatang Pasir (Ogos, 2009) serta BN pula mengekalkan Batang Ai (April, 2009) dan Bagan Pinang (Oktober, 2009). Nasib tidak menyebelahi PR, bila PAS kecundang kepada BN (UMNO) dalam PRK DUN Galas (November, 2010).

Tahun 2009 bolehlah diistiharkan tahun pilihanraya kecil kerana sepanjang tahun tersebut sebanyak 8 pilihanraya kecil diadakan melibatkan 2 kerusi parlimen dan 6 kerusi DUN. PAS berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada UMNO (BN)  dalam pilihanraya kecil diadakan pada bulan Januari, 2009 dan mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang dalam pilihanraya kecil pada bulan April, 2009.

Mulai tahun 2010, daripada 3 pilihanraya kecil Parlimen dan satu pilihanraya kecil DUN  keadaan tidak lagi menyebelahi PR dan pencapaian BN menjadi semakin baik. BN (MIC) berjaya merampas kerusi parlimen Hulu Selangor (April, 2010) dari PKR tetapi BN (SUPP) kecundang di kerusi parlimen Sibu (Mei, 2010) kepada DAP serta BN (PBS) berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi (November, 2010).

Daripada 16 PRK ini, PR bermula dengan baik, tetapi BN mengakhir dengan baik. Setelah 16 siri PRK, BN berjaya memenangi 8 kerusi, iaitu Batang Ai (Sarawak), Bagan Pinang (Negeri Sembilan), Hulu Selangor (Selangor), Galas (Kelantan), Batu Sapi (Sabah), Tenang (Johor), Merlimau (Melaka) dan Kerdau (Pahang). Manakala PR juga memenangi 8 kerusi, iaitu Permatang Pauh (Pulau Pinang), Kuala Terengganu (Terengganu), Bukit Gantang (Perak), Bukit Selambau (Kedah), Penanti (Pulau Pinang), Manek Urai (Kelantan), Permatang Pasir (Pulau Pinang) dan Sibu (Sarawak).  

Sepintas lalu kekuatan kedua-dua pihak masih lagi seimbang antara BN dan PR walaupun kelebihan sentiasa memihak kepada BN dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang terakhir pada tahun 2011 seperti di Tenang (Johor), Merlimau (Melaka) dan kerdau (Pahang) yang merupakan kubu kuat mereka.

Pilihanraya Sarawak 9hb April, 2011?

Sehari sebelum pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau, BN Sarawak telah mengadakan konvensyennya dengan dihadiri oleh lebih 5 ribu perwakilan daripada 4 parti BN Negeri, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakya Bersatu Sarawak (SUPP), Pari Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP). Sekarang ini BN menguasai 62 daripada 71 kerusi DUN Sarawak.

Pilihan raya negeri terakhir diadakan pada 2006 dengan DUN dibubarkan pada 24 April manakala penamaan calon 9 Mei dan pengundian 20 Mei. Mandat untuk Dewan Undangan Negeri Sarawak akan berakhir pada 24hb. Julai akan datang. Beberapa pemerhati politik dan media tempatan telah mula membuat ramalan bahawa Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud akan membubarkan DUN dalam jangkamasa terdekat setelah perkembangan positif dalam beberapa siri PRK yang disertai oleh BN kebelakangan ini.

Ramalan yang cukup popular sekarang ini, pilihanraya Sarawak akan diadakan pada 9hb. April, 2011. Laporan The Star hari ini (2 Mac) menyebut DUN Sarawak akan dibubarkan pada 19 Mac dan kemungkinan hari pengundian pula 9 April.   

Artikel ini diterbit untuk akbar Siasah


Bolehkah PAS tawan Terengganu?

Posted: 08 Mar 2011 04:00 PM PST

Oleh Awang Harun

Hari ini, timbul pula gema 'PAS Ganti Umno' yang cuba dan sedang diwujudkan oleh PAS sebagai sebuah parti orang Melayu Islam yang telah lama bertapak di negeri Terengganu Darul Iman.

Kewujudan PAS sejak lebih 50 tahun lalu juga berikutan 'serpihan' di kalangan para alim ulama' yang pernah sama-sama berjuang dalam Umno dan tidak bersetuju dengan dasar-dasar Umno yang bertentangan dengan Islam.

Maka, dalam beberapa siri persidangan golongan ulama' yang benar-benar berpegang dengan Islam bertindak keluar dari Parti Kebangsaan Nasionalisma Melayu atau Umno.

Sehubungan itu, Umno yang telah lama wujud sejak lebih 60 tahun itu kini telah memasuki usia 'warga emas' yang 'nyanyuk'. Masalahnya, jika panjang umur tetapi 'beriman' dan 'beramal soleh' tidak menjadi beban.

Tetapi, yang menjadi masalahnya Umno yang telah memasuki usia warga emas itu bukan sekadar 'nyanyuk' tetapi diperkatakan orang semakin 'jahat', 'bodoh sombong' dan 'gila' kuasa.

Maka, kali ini menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang mungkin paling awalnya dijangka bulan Jun atau November 2011? atau mungkin Mac 2012? atau mungkin Jun atau November 2012?

Sehubungan itu, PAS kali ini melancarkan 'gelombang' agar rakyat sudi membuat perubahan demi masa depan agama, banga dan negara. Gelombang 'PAS Ganti Umno' itu diharapkan segera disambut rakyat dan pengundinya.

Persoalannya, bersediakah rakyat dan para pengundi Melayu hari ini membuat perubahan untuk menukar rumah yang telah lebih 60 tahun didiaminya hingga beranak cucu dan bercicit-cuit?

Rata-rata rakyat dan pengundi dibawa masih 'mamai' atau 'pening-pening lalat' atau 'mabuk' dalam membuat pilihan untuk menukar Umno kepada PAS. Kenapa?

Alasannya, kerana adanya Umnolah maka, orang Melayu boleh mencapai kemajuan sehingga hari ini dan kerana orang Melayu-Umnolah membolehkan kita hidup senang. Benarkah begitu wahai rakyat?

Sebenarnya, usahlah biarkan kita rakyat bawahan ini terus-menerus diperbodohkan. Cukuplah wahai rakyat Melayu sekalian. Jadilah, kita seorang manusia yang merdeka jiwa dan mindanya.

Namun begitu, hanya orang Melayu-PAS dan Melayu PKR sahaja yang dikategorikan cerdik dan berjiwa merdeka. Sebab itu, PAS dan PKR yang celik internet pasti akan bebas jiwa dan mindanya.

Hari ini, Umno dan kerajaan Barisan Nasional sudah tidak kuat lagi. Dia hanya bergantung kepada 'tongkat' yang masih ada disekelilingnya. Tongkat itu ialah MCA, MIC, Polis dan Tentera, Pegawai dan Kakitanagan Kerajaan.

Jika PAS dan Pakatan Rakyat boleh 'tawan' hati golongan tersebut dan hati rakyat dan hati para pengundi. Awang beri jaminan barulah 'gelombang rakyat' untuk buat perubahan akan bersama-sama dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Justeru itu, senario politik yang berlaku di Terengganu hari ini, PAS berkeyakinan boleh mengulangi kejayaan memerintah semula negeri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Harun Taib berkata PRU ke-13 akan datang boleh jadi seperti PRU ke-10 tahun 1999.

Ini kerana, katanya berdasarkan situasi politik di Terengganu hari ini PAS boleh mengulangi kejayaan pada PRU ke-13 sebagaimana PRU ke-10 dan memerintah semula negeri.

"Kita telah siapkan 30 tawaran PAS kepada rakyat untuk pilihan raya (PRU ke-13) akan datang supaya rakyat boleh membuat perubahan.

"Situasi politik hari ini, PRU ke-13 boleh jadi seperti PRU ke-10 tahun 1999 dan PAS boleh kembali memerintah Terengganu, Insya'Allah," tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Nadwah Ulama' PAS Terengganu bertajuk "Cabaran dan Resepi Kemenangan Dalam Konteks Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13" di Markaz Tarbiyyah PAS Kubang Lembek, Manir, 3 Februari lalu.

Namun begitu, katanya ahli dan petugas PAS perlu 'menghadamkan' resepi dalaman bagi menghadapi cabaran serta mencapai kemenangan tersebut.

Kata Ustaz Harun, jentera PAS perlu mempelajari ilmu menguasai hati rakyat dan para pengundi dalam pilihan raya.

"Kita, parti dakwah perlu memujuk orang (pengundi) dengan kita menerangkan dasar Islam, kebaikan Islam berbanding dengan dasar parti lain.

"Saya tidak suka 'menyerang' dengan bahasa yang kasar dalam ceramah-ceramah kerana tidak disukai oleh orang Umno atau orang atas pagar," ujarnya.

Antara lain, katanya jentera parti perlu sentiasa bersedia berkorban sama ada yang murah atau mahal, mempunyai pendirian yang tetap dan tabah.

Menurutnya, ahli PAS hendaklah sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya, tidak berbantah-bantahan serta bersabar menghadapi halangan dan tentangan.

Awang diberitahu, hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ketua Dewan Ulama' PAS Terengganu, Dato' Hussin Awang, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali dan Bendahari PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid dan ramai lagi.

Kesimpulannya; "USAH BIAR KESILAPAN KITA HARI INI MENYEBABKAN ANAK CUCU KITA KENCING DI KUBUR KITA DI MASA HADAPAN"


Keputusan Prk N27 Merlimau mengikut saluran

Posted: 08 Mar 2011 01:30 AM PST

Untuk download sila klik icon di bawah


PRK Kerdau: BN kuat atau PAS yang lemah?

Posted: 07 Mar 2011 11:58 PM PST

OLEH : Tuan Ibrahim Tuan Man   

Keputusan PRK DUN Kerdau telahpun diketahui, dan media telah melaporkan bagaimana BN meraikan kemenangan tersebut dengan penuh gaya. PAS merakamkan ucapan tahniah kepada calon BN yang telah berjaya.

Kini beliau menggalas amanah besar yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah; semoga dengan kuasa yang ada beliau mampu melaksanakan amanah ini. Rakyat akan menilai hal ini dan peranannya yang tentunya berbeza dengan wakil rakyat yang bukan dari aliran agama.

Kekalahan PAS dalam PRK Kerdau sememangnya telah dijangka, memandangkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk merampas kerusi yang telah dimenangi BN bilamana jentera kerajaan sepenuhnya diturunkan bagi memastikan kemenangan bergaya di negeri PM. 

Hakikat ini dapat dilihat bilamana PM dan Isteri turut sama berkempen  dengan perisytiharan jutaan ringgit bakal diturunkan bagi kawasan DUN Kerdau.

Analisa Keputusan

Secara asasnya ada sesuatu yang agak menarik dalam keputusan PRK ini, bilamana undi PAS secara keseluruhannya merosot sebanyak 184 undi atau -7.3%, dan undi BN meningkat sebanyak 925 undi. Atau +22.4% Peningkatan undi BN  hasil dari peningkatan peratus keluar mengundi sebanyak 3%.

PAS mendapat peningkatan undi di semua kawasan Felda, walaupun mereka dijanjikan dengan pelbagai wang MPOB, dan SES berjumlah RM13,000 dan RM4,000 seorang. Keadaan ini membayangkan PAS  mempunyai masa depan yang agak baik di kawasan Felda, yang dianggap lubuk Umno.

Peningkatan undi di Felda Jengka 22 sebanyak 28.2%, di Jengka 23 meningkat sebanyak 8.0% dan di Jengka 25 pula meningkat 4.9%.  Kejayaan ini boleh dianggap kemenangan bagi perjuangan Anak yang mula diterima oleh masyarakat Felda, walaupun sebahagian mereka bersama anak dalam membuat tuntutan tetapi mempunyai pandangan politik yang berbeza.

Hakikat ini dapat dilihat dari kehadiran ratusan pemuda khususnya generasi kedua dalam program anjuran Anak dan penyertaan mereka dalam Anak.

Penghargaan juga harus diberi kepada PKR yang menumpukan gerakerja mereka di kawasan Felda bersama dengan jentera PAS dari Kelantan, Kedah dan Pahang.

Di Kawasan Felcra Rumpun Makmur sokongan kepada PAS merosot sebanyak -4.2%. Hal ini berkemungkinan dari tumpuan jentera Felca seluruh negara dengan pelbagai ugutan kepada peserta Felcra.

Walau bagaimana pun PAS perlu melihat kemerosotan ini sebagai satu cabaran besar dalam PRU yang hampir tiba. Kelemahan yang ketara di Unit Peti Undi berpunca dari kelemahan jentera di cawagan yang gagal berfungsi dengan baik, sehingga ada cawangan yang tidak bergerak dan terpaksa dibantu oleh tenaga luar.

Kelemahan ini akan dapat diatasi dalam PRK, namum bilamana menghadapi PRU, suasananya tentu berbeza bila tenaga tempatan adalah penggerak utama. Diharap dengan PRK ini beberapa kelemahan dapat dikenalpasti dan di ambil tindakan segera, bagi menghadapi PRU akan datang.

Kini Kerdau mulai sunyi sepi, dan jalan-jalan yang diturap separuh siap, terus menanti curahan tar bagi menyiapkannya; Namur  apakah ianya akan terus kekal begini. Rumah-rumah buruk, kedai yang terbiar, projek perumahan yang terbengkalai dan sekolah agama yang tidak mendapat perhatian dan pelbagai gambaran tertinggalnya Kerdau dari pembangunan.

Apakah bandar  Kerdau akan terus menjadi "bandar Kerbau". Sama-sama kita tunggu.

Penulis adalah Naib Presiden PAS yang juga Pengarah pilihan kecil Kerdau.


MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


FLOM Division di JPM - Jawapan Nazri

Posted: 08 Mar 2011 09:19 PM PST


Senarai enam pegawai yang ditugaskan kepada Divisyen Wanita Pertama Malaysia (FLOM) pada direktori Jabatan Perdana Menteri dikeluarkan dari laman sesawangnya bagi mengelakkan kekeliruan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

"Direktori dan laman web Jabatan PM sedang dalam proses kemas-kini, untuk elakkan kekeliruan," katanya di bangunan parlimen hari ini.

Beliau mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.

Dalam jawapan yang berdolak-dalih, Nazri mengulangi kenyataan yang dibuatnya pada Disember tahun lalu bahawa 'divisyen' berkenaan bukan sebahagian daripada jabatan PM tetapi adalah senarai pegawai yang dipinjamkan bagi 'membantu' Datin Seri Rosmah Mansor dengan 'tugasnnya' sebagai isteri perdana menteri.

"Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau."

Katanya, antara tugasan pegawai yang dipinjamkan itu termasuk menguruskan surat menyurat dan jemputan ke majlis antarabangsa dan juga peringkat negara.

Tambahnya, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang telah diambil bertugas di pejabat perdana menteri.

"Tidak timbul soalan kos tambahan kerana mereka memang sebahagian daripada kakitangan pejabat PM," katanya lagi - malaysiakini
STONE : Apa kejadanya si katek tu perlukan kakitangan utk bantu dia. Sapa dia? Kejadian sebegini tak terjadi pun semasa PM terdahulu. Apakah bini PM perlukan pejabat? TAK PERLU PUN. Duk rumah diam2 mcm bini2 PM yg dulu, tak der sapa nak kacau, nak kata apa? Ramai dah pembantu Najib yg ada. FLOM tu dicipta sendiri untuk SYOK SENDIRI. ROSMAH KATEK TU TAK TAK LAYAK PUN NAK GUNA FIRST LADY, YG BOLEH GUNA HANYA PERMAISURI AGONG ... ada reti ker Najib ...
Hang cerita la nazri ai, org gelak saja ... kuangkuangkuang ... kahkahkah

Judi: PAS gesa Muhyiddin bertaubat

Posted: 08 Mar 2011 07:57 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Mac: PAS menyeru rakyat Malaysia membuka mata dan menilai sendiri sikap kepimpinan Umno yang ditunjukkan melalui kenyataan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan yang mempertikaikan tindakan Kerajaan PAS Kelantan mengharamkan judi loteri di negeri Serambi Mekah itu.

"Baru sahaja menang di Merlimau dan Kerdau, Umno terus kembali menegakkan kemungkaran sebagai tanda kesyukuran," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, sebagai seorang pemimpin Islam dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin sewajarnya menyokong tindakan itu kerana jelas ianya diterima oleh semua agama di negara ini yang mengharamkan judi.

PAS juga, katanya kesal kerana Umno terlalu suka mengaitkan aktiviti perjudian sebagai aktiviti kesukaan mereka yang bukan Islam.

Menurutnya, mereka yang mempunyai moral yang tinggi memandang judi dalam perspektif yang amat buruk, hanya mereka yang bermoral rendah sahaja menjadikan judi sebagai hiburan mereka yang akhirnya menghabiskan duit poket mereka.

Tambahnya, PAS juga yakin kenyataan Muhyiddin itu dibuat ekoran desakan taikun-taikun perjudian di negara ini yang banyak membantu memberikan sokongan kepada Umno Barisan Nasional untuk menghadapi PAS dalam mana-mana pilihan raya.

Katanya, beberapa pemimpin Umno juga dikenal pasti pernah atau masih mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat judi berkenaan.

"Maka jelaslah bahawa kenyataan Muhyiddin itu sengaja dilontarkan bagi membela periuk nasi kroni mereka yang telah lama bergelumang dalam industri judi," ujarnya.

Sehubungan itu, ujarnya PAS menyeru Muhyiddin serta pemimpin Umno lainnya bertaubat kepada Allah kerana berjuang dan menghalalkan judi di negara ini dan meminta maaf kepada penganut bukan Islam yang difitnahkannya sebagai kaki judi.

PAS juga, tambahnya memperingatkan Muhyiddin dan Kerajaan Persekutuan supaya menghormati hak perundangan Kerajaan Kelantan dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah bidang kuasa mereka.

"Jika tidak ada modal untuk bercakap, baik diam diri sahaja," ujarnya.

PAS, tegasnya menyokong penuh hasrat kerajaan Kelantan dan akan terus berkempen memerangi judi di negara ini.

"Semoga rakyat terus membuka mata dan menolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang," katanya. -HD

Tak berapa cerdik Datuk Seri ni rupanya ... kahkahkah

Posted: 08 Mar 2011 05:59 PM PST

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelar Datuk Seri bukan saja kerugian RM20,000, malah nyaris maut akibat terlalu percayakan kehebatan bomoh yang mendakwa boleh berinteraksi dengan makhluk halus, sekali gus mampu menyembuhkan penyakit batu karang kronik dialaminya.

Mahu dikenali sebagai Rosman, lelaki itu berkata, disebabkan percaya kepada bomoh terbabit dia mengambil risiko menangguhkan pembedahan membuang batu karang hanya dalam tempoh kurang 24 jam dari waktu dijadualkan.

"Saya mengikut bomoh itu ke Sabah untuk berubat cara istimewa dengan menggunakan makhluk halus. Namun, selepas membelanjakan ribuan ringgit, penyakit saya tidak sembuh.

"Malah, sekembalinya dari Sabah saya rebah ketika berada di rumah kerana penyakit yang disangka sudah baik itu berada di tahap kritikal.

"Mujur isteri cepat bertindak dengan membawa ke hospital, jika tidak mungkin ajal saya sudah sampai," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Rosman berkata, keputusannya menghubungi bomoh temberang itu dibuat selepas ternampak iklan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum ke hospital untuk membuat persiapan masuk ke wad pembedahan.

Sebelum itu, dia menjalani pemeriksaan di sebuah pusat perubatan di Ampang dan doktor mengarahkannya menjalani pembedahan segera berikutan penyakit batu karangnya mencapai tahap kritikal.

"Sebaik dihubungi, bomoh itu meyakinkan saya rawatannya mengambil masa singkat, malah tidak perlu menanggung kesakitan kerana pembedahan dijalankan secara batin dan dilakukan makhluk halus," katanya.

Menurut Rosman, dia bersama keluarga pergi ke Kota Kinabalu dan sejurus tiba, dia dibawa berjumpa seorang wanita berusia 90 tahun bagi memulakan sesi rawatan.

Selepas perutnya diperiksa, wanita terbabit mengeluarkan 13 batu berwarna kehitaman yang didakwa batu karang.

"Selepas batu karang dikeluarkan, wanita itu memberitahu penyakit saya sembuh sepenuhnya. Bagi menghilangkan curiga, saya membuat pemeriksaan susulan di sebuah pusat perubatan swasta dan terkejut apabila doktor memaklumkan, batu karang sudah tiada.

"Saya gembira kerana menyangka sudah sembuh, tapi sebulan kemudian saya pengsan dan hampir mati. Mujur tindakan pantas doktor mengeluarkan batu karang melalui pembedahan menyelamatkan nyawa saya," katanya.

Sehubungan itu, Rosman berharap kejadian menimpanya menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya tidak tertipu dengan rawatan bomoh, terutama yang mendakwa menggunakan makhluk halus dan mengambil kesempatan mengenakan caj tinggi.

Sementara itu, wartawan Harian Metro yang berpura-pura menjadi pesakit menemui bomoh terbabit dan dia mengesahkan mengenakan caj RM19,000 hingga RM50,000 kepada pesakitnya.

Malah, bomoh berusia 40-an itu juga mendakwa memiliki 16 kereta mewah dan beberapa banglo di Lembah Klang serta Sabah.

Lebih melucukan apabila dia menjelaskan bayaran dikenakan munasabah kerana dia perlu menghantar makhluk halus miliknya ke Lautan Atlantik untuk mengambil air mata duyung dan mengembara ke hutan tebal bagi mencari penawar mujarab mengubati penyakit.

"Saya perlu menjaga hati makhluk halus yang berdamping dengan saya sejak kecil kerana ia mampu merawat pelbagai penyakit dalam lima saat dan segala derita pesakit selama bertahun-tahun akan sembuh.

"Pesakit boleh melihat makhluk halus ini dengan izin saya apabila ia memasuki badan saya untuk melakukan proses rawatan," katanya yang mendakwa mampu merawat pelbagai penyakit termasuk santau, buatan orang dan batu karang.

Bomoh itu mendakwa, makhluk halus belaannya akan memantau setiap pesakit dari mula proses rawatan hingga selesai, malah pesakit akan dijaga selama mana diinginkan. - mesra

Melayu melarat akibat sistem ekonomi umNO BN

Posted: 08 Mar 2011 08:18 AM PST


Fakta sejumlah RM 446 bilion hutang peribadi menjadikan Malaysia antara negara yang paling buruk di rantau Asia dalam menangani masalah pengurusan kewangan, kata Ketua DAPSY (Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik), Anthony Loke.

"Ini adalah fakta bahawa krisis ekonomi di negara kita semakin membarah," kata Anthony.

Merujuk kepada 'Dokumen Jingga' yang dibacakannya, 40 % daripada rakyat Malaysia yang bekerja adalah golongan yang berpendaatan kurang daripada RM 1,500 sebulan, yang menjadikan mereko golongan paling miskin di Malaysia.

"Tiga perempat daripada keluarga yang berada dalam kategori paling miskin ini adalah keluarga Melayu bumiputera.

Manakala itu, 34 % dari pekerja Malaysia yang dianggarkan berjumlah 4 juta orang dibayar gaji kurang daripada RM 700 sebulan, satu pendapatan dibawah garis kemiskinan," kata Anthony.

Jelas Anthony, pengagihan ekonomi yang lebih adil akan mengubah paradigma ekuiti kepada isi rumah yang kebanyakannya terdir daripada orang Melayu.

"Ekuiti 30% yang kononnya diperuntukkan kepada orang Melayu telah diseleweng.

Dalam sesi perbahasan, Anthony yang mewakili DAP menegaskan, adalah perlu bagi Pakatan Rakyat untuk menerajui pemerintahan negara untuk meluaskan konsep pentadbiran dan kesaksamaan ekonomi yang diperkenalkan.

"Dasar yang akan diteruskan adalah skim pemberian air percuma, bantuan kepada warga emas dan ibu tunggal.

"Selain itu, ada cadangan penambahan antaranya, menjelang hujung tahun hadapan, negeri Pakatan akan mempunyai perkhidmatan internet secara percuma di kawasan bandar dan separa bandar.

"Kita akan meningkatkan tawaran skim Mikrokredit dan menjamin tidak akan ada penswastaan pekhidmatan kesihatan," jelasnya. - KeadilanDaily

Zaid Ibrahim, Speaker DUN Selangor, Teresa Kok, Hannah Yeoh, 'Tukar Tiub' di pelancaran radio durianFM.com

Posted: 08 Mar 2011 05:45 AM PST

Pengacara rancangan "Say Hi to Malaysia" yang "dipancung" pada Ogos 2010, Jamaluddin Ibrahim kini kembali ke ruang udara melalui saluran internet, dengan DurianFM.com. Stesen radio yang berpengkalan di laman internet ini menyasarkan audien berbilang kaum, dengan tiga bahasa pengantar, iaitu bahasa Cina, Inggeris dan Malaysia.

Ketika DurianFM.com dilancarkan pada jam 3.08 petang, Jamaluddin Ibrahim (gambar sebelah) menyifatkan ia sebagai detik yang terharu, sambil merakamkan penghargaannya kepada mereka yang menjayakan radio internet ini. "Akhirnya kita berjaya menubuhkan stesen radio internet ini," beliau berjanji untuk mempromosi kebebasan bersuara menerusi saluran ini.

Berkata kepada wartawan selepas upacara perlancaran, pengasas DurianFM.com Jamaluddin Ibrahim menjelaskan bahawa nama "durian" dipilih kerana sifat tempatannya (local), lebih-lebih lagi bunyinya hampir sama ketika diungkapkan dalam pelbagai bahasa.

Berbeza dengan stesen radio tradisional, stesen radio internet memerlukan kos yang lebih rendah. Jamaluddin menambah, penubuhan radio internet tidak memerlukan lesen daripada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC), lantas membenarkan ruang bersuara tanpa tapisan dan sekatan, selaras dengan slogannya, "Tiada Tapisan, Tiada Sekatan".

Apabila ditanya sama ada beliau berdepan dengan "tekanan politik" sepanjang penubuhan radio internet ini, Jamaluddin Ibrahim berkata, "Tiada, tiada. Setakat ini tiada. Saya berharap tiada (tekanan) pada masa depan, memandangkan penubuhan radio sedemikian adalah dibenarkan di bawah undang-undang."

Beliau memilih 8 Mac sebagai tarikh perlancaran radio internet ini untuk memperingati "tsunami politik" yang berlaku tiga tahun lalu. Untuk Jamaluddin Ibrahim, 8 Mac adalah tanda di mana rakyat bangkit untuk menggunakan hak mereka, dan beliau berharap ia diteruskan. Jamaluddin juga berharap agar ruang ini digunakan sebagai platform untuk perdebatan pandangan daripada latar belakang politik yang berbeza.

Radio internet ini dilancarkan oleh speaker DUN Selangor Teng Chang Khim, bersama EXCO Kanan Selangor Teresa Kok dari DAP. Turut hadir untuk memeriahkan upacara perlancaran termasuklah Timbalan Menteri Kewangan Donald Lim, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah, Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Zaid Ibrahim, EXCO Selangor Elizabeth Wong, ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh, Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin, dan wakil daripada MCA, selain aktivis sosial seperti Hishamuddin Rais.

Ketika diundang sebagai tetamu untuk rancangan tadi, Teng Chang Khim diminta untuk mengaitkan kebebasan dengan durian. Sambil berseloroh beliau berkata, "Durian bagaikan kebebasan. Kamu mungkin tercedera, dan berdarah seandainya tidak tahu cara untuk membuka durian. Kita perlu tahu cara untuk membuka durian, supaya kita mampu menikmati buahnya (kebebasan) tanpa berdarah"

Ruang semakin sempit dalam media elektronik

Sebelum ini, Jamaluddin Ibrahim terpaksa digugurkan dari rancangan call-in pada pagi 19 Ogos 2010, berikutan "tekanan politik" yang kononnya datang daripada majikannya, iaitu MCA. Rancangan tersebut didakwa "mengutarakan hujah yang tidak sesuai dan bias", sehingga disiasat Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC).

Susulan daripada kejadian tersebut, Star Rfm Sdn. Bhd mengambil langkah untuk menggantung jawatan (suspend) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO 98.8) Wong Lai Ngo, dan Pengarah Program (Director of Programming 98.8) Tan Chia Yong, sebelum memecat mereka kemudiannya.

Antara kejadian yang berlaku dalam media elektronik pada ketika itu termasuklah perletakan jawatan penerbit rancangan NTV7, Joshua Wong sebagai protes kerana self-censorship yang keterlaluan. Chou Z Lam, penerbit rancangan yang dihentikan RTM sebelum tempoh perkhidmatan tamat mengikut kontrak, dan Tan Ean Nee yang tidak diperbaharui kontraknya oleh RTM.

Kejadian bersiri ini dibaca sebagai tekanan terhadap media elektronik, yang semakin sempit ruang kebebasannya. Satu gerakan bergelar "1 Muted Malaysia" telah diadakan, dengan aktiviti perarakan dan forumnya, sebagai usaha untuk menyedarkan orang awam terhadap pencabulan kebebasan bersuara pada zaman pemerintahan PM keenam, Najib Razak. - Merdeka Review

Mahathir pembohong besar, pecat kerana takut dicabar - DSAI

Posted: 08 Mar 2011 04:25 AM PST


Oleh Shazwan Mustafa Kamal

March 08, 2011

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pelbagai dakwaan dibuat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam buku autobiografinya yang dipasarkan bermula hari ini.

"Dr Mahathir pembohong besar, (dengan) amnesia yang selektif," kata Anwar kepada The Malaysian Insider menerusi e-mel hari ini menjawab perkara-perkara disentuh bekas ketuanya itu dalam buku tersebut.

Kata Anwar (gambar), dakwaan-dakwaan yang digariskan Dr Mahathir dalam bukunya bukan sesuatu yang baru dan secara konsisten telah menjawab perkara tersebut sejak sebelum dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri.

"Saya telah menafikan dakwaan ini secara terbuka sejak 1997.

"Rujukan beliau kepada empat wanita, saya nafikan," kata Ketua Umum PKR ini.

Anwar, kini Ketua Pembangkang di Parlimen juga berkata beliau tidak mengulas dakwaan berhubung aktiviti homoseksual kerana dari segi "konteks" yang sebenar telah pun menafikan dakwaan berkaitan hubungan seks melibatkan empat wanita.

"Dalam konteks itu, saya tidak menyebut mengenai (dakwaan) liwat," kata Anwar lagi.

Dalam bukunya ini, Dr Mahathir menulis bahawa beliau memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri atas dua sebab iaitu tidak layak untuk berkhidmat dalam kerajaan dan juga untuk menggantikannya sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun Anwar menegaskan bahawa pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri ekoran keputusan dibuat oleh beliau selaku pemimpin nombor dua ketika itu.

"Keputusan berhubung pemecatan saya: keputusan saya agar Price Waterhouse Coopers menyiasat penyelewengan kewangan melibatkan Tan Sri Eric Chia dan Perwaja," kata Anwar.

Malah Anwar juga berkata Dr Mahathir menganggapnya sebagai ancaman dan bimbang akan mencabarnya kerana tahu tentang rasuah di kalangan keluarga Dr Mahathir.

"Kebimbangan akan dicabar: saham-saham dan kontrak-kontrak kepada Mokhzani (Mahathir) dan Mukhriz (Mahathir) serta 'bailout' bagi Mirzan (Mahathir)," tambah Anwar.

Dr Mahathir mendakwa Anwar telah dibekalkan empat wanita untuk mengadakan hubungan seks sebelum beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.

Bekas timbalan presiden itu berkata beliau ada menemu bual wanita-wanita yang memberitahunya bahawa mereka telah dibawa untuk mengadakan hubungan seks dengan timbalannya ketika itu, yang kemudian didakwa dan dihukum penjara berhubung tuduhan kes liwat dan salah guna kuasa.

Dr Mahathir menulis bahawa merema dipujuk agar berbuat demikian oleh seorang lelaki India bersama Nalla, dipercayai Datuk K. S. Nallakarupan, ketika itu rakan Anwar.

Nallakarupan telah memutuskan hubungan dengan Anwar selepas pemilihan PKR tahun 2007.

"Dia telah membawa setiap perempuan secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di sana mereka bertemu dengan seorang yang (mereka) kenalinya sebagai timbalan perdana menteri.

"Mereka telah diminta menanggalkan pakaian untuk tujuan mengadakan hubungan seks," tulis Dr Mahathir.

"Dua daripada mereka enggan (mengadakan hubungan seks) tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan," kata bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir berkata beliau memanggil pemimpin-pemimpin Umno termasuk ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar ke kediaman rasminya Sri Perdana di sini untuk memberi taklimat mengenai perkara itu dan menunjukkan mereka gambar para saksi.

"Dia mengisytiharkan dia tidak melakukan sesuatu yang luar biasa dan menegaskan bahawa setiap orang termasuk kesemua ahli Majlis Tertinggi memang ada berbuat demikian," tulis Dr Mahathir mengenai pendirian Anwar membela dirinya di hadapan kepimpinan tertinggi Umno.

"Ketika penjelasan panjang lebar, Anwar tidak pernah dirujuk kepada soal hubungan homoseks, hanya fokus hubungan dengan wanita," katanya.

Anwar kini berhadapan dengan tuduhan kes liwat kali kedua - TMI

Najib Duta Besar ke Mongolia andai menang PRU 13 - DSAI

Posted: 08 Mar 2011 12:42 AM PST

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat akan melantik Ketua Pembangkang ketika itu, Datuk Seri Najib Razak menjadi duta besar negara ke Mongolia.

Malah Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Najib juga dibenar untuk menyampaikan ceramah bersama gerombolannya dan diberi permit berceramah.

"Jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum akan datang, Datuk Seri Najib Razak sebagai Ketua Pembangkang, tetap akan diberi permit untuk ceramah.

"…dan kalau kita menang, kita akan angkat Najib sebagai duta besar Malaysia ke Mongolia," katanya ketika menyampaikan ucapan pada program Ceramah Umum KEADILAN anjuran Cabang Lembah Pantai di Dewan Gasing Indah, dekat sini malam tadi.

Anwar juga berkata, rakyat perlu bekerja keras bagi memastikan mesej 'penolakan' sistem pilihan raya sedia ada sampai kepada kerajaan Umno Barisan Nasional dengan jelas.

Ini kerana sistem dan dasar yang diguna pakai kerajaan adalah politik lama yang dicemari penipuan.

"Jangan menghina rakyat. Jika pilihan raya penuh dengan penipuan, kita akan bantah beramai-ramai, tolak kerajaan secara paksa.

"Pilihan raya adalah landasan rakyat untuk mengubah sistem pemerintahan negara dengan aman.

"Pilihan kita adalah transformasi aman, cara kita (adalah) cara pilihan raya," jelas Anwar.

Dalam pada itu, beliau mengulangi janjinya sebelum ini, jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, keesokannya harga minyak akan diturunkan serta merta.

"Kalau takdir ke Putrajaya hari ini, esok pengumumannya begini: Saya dengan ini mengisytiharkan harga minyak turun, berkuat kuasa serta merta," kata Anwar sambil meniru gaya Najib bercakap di kaca television menyebabkan lebih 1,000 hadirin ketawa.

Hadir sama, Naib Presiden KEADILAN, Azmin Ali; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sean; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, Mohd Adlin Soleh; dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, S Manikumar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8070

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Shah Rukh Khan memohon kewarganegaraan Malaysia,dibantu Ali Rustam(terlates daripada berita hairan)

Posted: 08 Mar 2011 05:04 PM PST

harharhar..

shah rukh kan sedia menjadi duta kecil nk mempromosi malaysia..

harharhar...

adoooooooooooooooooi

lawak sngt dah ni...

bukan warganegara.nk promote malaysia..

apa yg ko dah bagi makan si shah rukh khan ni ali rustam oi..

ramai orng akan memandang ni satu perkara positif..

tapi bagi aku tk..

bukan kerana aku ni suka mmbangkang dan mengkritik mahupun negatif..

tapi korang fikir la sndiri..

shah rukh khan ni international sngt ke??

ala trend hindustan skang mmg la suka ckp omputih..cerita pun cam omputih..belakon pun suka kat negeri omputih..

tak bemakna hindustan ni international...

harharhar...

cammana la ali rustam leh bagi datok kat shah rukh khan...

aku nk tengok..berapa banyak pelabur asing masuk kat melaka..

ala setakat 1-2 bilion tu biasa la..up la lagi sampai naik trillion..

bukan apa...tengok la cara berita ni masuk surat khabar..

mcm besar sngt la shah rukh khan ni..

menyampah doh ngn hindustan...harharhar...

korang ske hindustan lg ke???

lawak..seorang artis hindustan yg bukan warganegara malaysia menwarkan diri mnjadi duta kecil malaysia..

ini berdasarkan konsep 1malaysia..

hindustan didahulukan sbb rosmah suka hindustan...

harharhar..

peluk jngn tk peluk!!!!!! oooooooooi!