Khamis, 17 Februari 2011

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Mesej rahsia Musa Hassan di Facebook mengenai Anwar Ibrahim dibocorkan!!!!!!!(pendedahan eksklusif rocky beruk!!!!!!)

Posted: 17 Feb 2011 02:19 AM PST

sebelum mula bicara..ribuan terima kasih kepada aree gaban,jasad56,mizz sue,mijiemobile, dan Aku,pasbuih, dan Siamang..blog korang akan ku bloglist..nnti2 la...kecuali yg pasbuih siamang tu..sbb dia ni msti budak umno kan????..harharhar

sila baca berita harian hari ini punya dan jangan percaya pada tajuk posting..

harharhar..

polis pakai facebook cari keldai dadah..

ini lah cara menyiasat paling senang..

duduk dalam cybercafe polis..

ramai2 sedia makanan tepi komputer..

dan main facebook..

huuuuuuuuuuuuuuuhuuuuuuuu

jaga2 buat jejaka2 facebook yg mncari jodoh2..

silap2 bertemu dengan awek polis...

skali bagi private messej...

bagi plak mesej berbaur lucah...lucah2 yg nk mngurat laaaaaaaa

alamat kantoi dengan awek pulis..

uuuuuuuuuuu

malu wooooooooooo

skali yg terkantoi rais yatim..

harharharharhar...

snang skang keje polis ni..

bukan bahagian cyber je main komputer..

main facebook..

main youtube..

main blog..

main twitter...

malah bahagian narkotik pun samo..

so sapa2 yg nak jadi polis..

copek2 la mndaftar..

polis adolah pokojaan mulio...

yg tak mulio pulis yg isap ganja...

cerita pasal polis..

tak lama baru2 ini polis juga ada yg mahir dalam perjudian..

so maknanya ada jugak la pulis yg mahir ke kelab2 malam...

pakai ala2 bapak ayam...

merasa dipeluk ciom pompuan..

hukumnya haram atau tidak??

kerana ini tugas...

so..mari kita bincangkan di forum perdana hal ehwal Islam..

totamu jomputan..

rais yatim...dan tak lupo abang jalaluddin hasan sorto mufti perak..

harharhar

(tugas polis adalah mulia..yg jadi tak mulia apabila pulis mnggatal)

bumiperak

bumiperak


Coca cola mengandungi ekstrak Kokain dan Alcohol

Posted: 17 Feb 2011 07:02 AM PST

Berikut adalah penemuan resipi Minuman Coca cola yang dikeluarkan Jacobs' Pharmacy in Atlanta, diman Coca-Cola buat pertama kalinya dijual pada 1886.. The website, Thisamericanlife.org, said the 32-year-old article – buried on Page 28 of the Atlanta Journal-Constitution – shows a photograph of a recipe purported to be an exact replica of Coca-Cola creator John Pemberton's.


The recipe had apparently been written by a friend of pharmacist Mr Pemberton's then passed down through the generations. A can of Coca-Cola currently simply refers to its specialist ingredients as 'Natural flavourings including caffeine' alongside carbonated water, sugar, phosphoric acid and colour (Caramel E150d).

He removed all the labels from the containers of the ingredients so they were identified only by the sight, smell and where they were put on the shelf.  A crucial part of the formula was also given the name '7X' to add to the mystique. Mr Candler even used to go through company mail himself and remove invoices for ingredients so no one in the accounts department could sell the recipe to a rival.

'The company has always said, and as far as I know it's true, that at any given time only two people know how to mix the 7X flavouring ingredient,' said Mr Pendergrast. 'Those two people never travel on the same plane in case it crashes; it's this carefully passed-on secret ritual and the formula is kept in a bank vault.' In more recent times Coca-Cola has defended a string of legal challenges to force it to reveal its formula.

In 1977 it pulled out of India rather than divulge it to the government. The closest the company itself has come to divulging its recipe was the admission that it originally included cocaine, although the narcotic was removed in the early 1900s.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Komen pembaca buat YB Azmin

Posted: 17 Feb 2011 08:40 AM PST

Saja aku upkan satu komen dari pembaca utk YB Azmin untuk renungan bersama. Moga2 YB Azmin dapat berfikir .... UBAH SEKARANG - SELAMATKAN PKR
Pengundi Saluran 1 N19 said...

YB Azmin, Janganlah dek kerana Kuasa Yang Sementara anda Kejarkan,
Anda cuba merosakkan hati & perasaan Raayat Yang Inginkan
Pemerentahan Negara Berubah untuk bekalan generasi masa depan.
Jangan Sampai Pengundi Sabotaj Anda di PRU 13 Thn Depan. Buangkan Jauh Jauh Sifat Tamak-Haloba & Mentaliti
Yg Anda Warisi Dari UMNO Dulu. Contohi lah PAS, Tidak Mengejar Habuan Dunia, Peruntukan Diakhirat Nanti Yg di Idam-idamkan. Bersepakatlah bersama sama Pemimpin PR, Jika PKR tiada calun yg bolih dipercayai,apa salahnya diberi kpd PAS atau DAP. Pengundi Hanya Inginkan Pemerentahan Negara Berubah,Bukan Calun yg Pengundi Utamakan. Andai kata amanat diberi kpd PR untuk memerentah pd PRU13 tidak dilaksanakan sebagaimana yg diwar warkan dlm Buku Jingga, PRU14 Raayat berhak untuk cari Pemerentah lain,Ini Negara Demokrasi,Selaras Menuju ke Negara Maju,Pemikiran Raayat akan turut ke Arah Pemikiran Raayat Negara Maju.
INGATLAH:
Kita Merancang,Allah pun Merancang dan Sesungguhnya Perancangan Dari
Allah Itulah Yang Lebih Sempurna

Mangsa dibelasah UPP – adik mangsa

Posted: 17 Feb 2011 05:16 AM PST

Norutul Ilham 17 Feb 2011, 08:57 pm

TUMPAT: Beberapa saksi nampak tindakan ganas Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor terhadap Sa'aid Mat Hassan, seorang warga emas berusia 56 tahun yang mati tidak lama kemudian.

Dihubungi KeadilanDaily.com, adik mangsa, Awang Mat Hassan, 51, berkata, dua anggota UPP dikatakan menendang dada abangnya yang mematuhi arahan untuk memberhentikan kereta bagi pemeriksaan.

"Mengikut saksi, abang saya mematuhi arahan anggota UPP dan memberhenti keretanya di tepi jalan. UPP menggeledah kereta dia (Sa'aid) kemudian dua daripada mereka menendang dada Sa'aid," katanya.

Beliau berkata, Sa'aid kemudian dibawa menaiki kenderaan UPP dan difahamkan mangsa ditahan di pejabat Kastam Pengkalan Kubor sebelum dihantar ke Hospital Tumpat.

Ditanya mengenai kejadian melibatkan anak saudara merekka, Nizamuddin Mohamad, 19, yang ditembak UPP, Awang berkata Nizamuddin berang dengan tindakan ganas UPP terhadap Sa'aid, sebelum memanggil sekumpulan lelaki lain.

"Anggota UPP melepaskan dua tembakan di bahagian dada dan perut Nizamuddin di hadapan Hospital Tumpat. Kini, Nizamuddin dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu. Keadaannya stabil.

Media arus perdana sebaliknya melaporkan polis Kelantan menyatakan Sa'aid mati akibat serangan jantung, bukan akibat dikasari anggota UPP.

Semalam, Said ditemui dalam keadaan lemah, berwajah pucat dan mulutnya berbuih dalam sebuah kereta. - Keadilan Daily

Mahathir dihantui dosa silam. Tidak terlambat untuk bertaubat

Posted: 17 Feb 2011 03:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Perbuatan Tun Dr Mahathir Mohammad menuding jari kepada polis kononnya menolak cadangannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), disifatkan sebagai nyanyuk dan dihantui dosa silam.

Pengarah Penerangan KEADILAN Selangor, Dr Badrulamin Bahrom, berkata sikap Mahathir yang berdolak dalik dalam isu itu membuktikan beliau kini dibayangi dosa-dosa silam, tambahan umurnya yang semakin senja.

"Kalau dia cakap cadangan itu ditolak, mana kredibilitinya sebagai Perdana Menteri ketika itu? Bukankah polis di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diketuai beliau," katanya kepada KeadilanDaily.com

Baru-baru ini, Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau pernah cuba memansuhkan ISA ketika masih Perdana Menteri tetapi mendakwa polis menyatakan 'tidak boleh' kerana masih ada ancaman.

ISA diperkenal penjajah Inggeris untuk berdepan dengan ancaman komunis pada 1950-an dan Mahathir kerap menyalahgunakan akta berkenaan terutama dalam Ops Lalang pada 1987 dan zaman reformasi pada 1998.

Mengulas lanjut, Badrulamin tidak menolak sikap yang ditonjolkan Mahathir itu adalah perangai sebenar ahli dan pimpinan Umno apabila melakukan kesalahan tetapi enggan mengakuinya.

"Sikap itu adalah merupakan perangai sebenar ahli Umno yang suka mempersalahkan orang lain padahal diri sendiri yang membuat salah.

"Beliau suka mengambil sikap lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab apabila banyak pihak mempertikai profesional beliau ketika menangani beberapa kes melibatkan ISA," katanya.

Badrulamin yang juga pernah ditahan ISA, berharap Mahathir meminta maaf dan bertaubat atas semua kesalahan ylalu supaya beliau dapat hidup dengan aman tanpa diburu kesalahan lalu.

"Terlalu banyak dosa yang dilakukan beliau seperti memfitnah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, tragedi Memali, Ops Lalang.

"Tidak terlambat untuk bertaubat. Saya pasti jika beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, beliau akan rasa lebih tenang berbanding sekarang," katanya

Jatuhkan BN agenda bersama - NGO

Posted: 16 Feb 2011 11:25 PM PST

PETALING JAYA, 17 Feb: Berpuluh-puluh NGO di Malaysia mencapai kata sepakat semalam untuk menjadikan agenda menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 13 ini sebagai agenda bersama mereka.

Kata sepakat itu dicapai dalam pertemuan tertutup mereka di sebuah hotel dekat sini bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan juga DAP.

PAS katanya diwakili oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, PKR oleh Setiausaha Agungnya, Saifudin Nasution Ismail manakala DAP diwakili oleh Ketua Pemudanya, Anthony Loke.

Menurut sumber, pertemuan tertutup itu dibuat atas jemputan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Ia telah dihadiri oleh pelbagai NGO di Malaysia bagi membincangkan peranan Kuasa Ketiga (Third Force) dalam politik negara ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak membincangkan peranan Kuasa Ketiga di samping BN dan Pakatan Rakyat dalam politik Malaysia.

Ia dipelopori oleh Raja Petra Kamarudin melalui laman webnya Malaysia Today bersama dengan apa yang dinamakan sebagai Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM)

MCLM telah dilancarkan oleh beliau dan rakan-rakannya pada 30 Oktober tahun lalu.

Menurut sumber, persidangan meja bulat semalam cuba membincangkan peranan Kuasa Ketiga.

Sumber itu berkata, selepas berbincang, mereka mencapai kata sepakat paranan mereka yang utama sebenarnya adalah menjatuhkan BN bukannya memecahkan Pakatan Rakyat.

Ini kerana, para NGO ini bimbang kalau-kalau kekeliruan berlaku di kalangan rakyat jika isu Kuasa Ketiga ini diperbesarkan sedangkan kewujudan kuasa atau pun power base mereka pun dipertikaikan. - HD
STONE : Ya agenda bersama agenda utama. Tapi kalau orang-orang yang ditugaskan untuk melakukan semua ini punya agenda lain di sebaliknya, macamana? Saperti kita tahu BN tu kuat, depa punya segala jentera segala tipu helah, segala-galanya ... jadi untuk menjatuhkan yg kuat kita juga mesti kuat. Apakah kita (Pakatan Rakyat dan NGO-NGO) sudah punya cukup kekuatan untuk menentang BN? Padahal sesama PR pun masih bercakaran. Pemimpin atau pemimpin2 yang baru hanya punya 'sikit' kuasa sudah berlagak macam sudah punya kuasa yang cukup besar, seolah-olah dia sudah mampu menjatuhkan Najib tanpa bantuan rakan2 lain.
Jalan terbaik - duduk berbincang sesama pemimpin, jangan biarkan kalau ada sedikit percanggahan pendapat tersebar keluar. atau sengaja mencari publisiti murahan dengan memberi kenyataan-kenyataan kpd akhbar.
Jangan ingat dengan adanya jawatan, kita sudah besar, ... hahaha anggapan yang silap ... fikirkan lah jalan terbaik utk menjatuhkan Najib (hanya satu - pilihanraya) lalu fikirkanlah bagaimana mahu menarik lebih ramai pengundi - bukan melakukakan sesuatu yg membuat pengundi menyampah.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


HUJAH `GAMPANG' DARI MAHATHIR YANG DIMAMAH USIA

Posted: 17 Feb 2011 06:00 PM PST



Oleh: WFAUZDIN NS

BERKATALAH Mahathir bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya berjuang untuk memenangi pilihan raya dan bukannya berjuang untuk Islam. Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu menyatakan tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihan raya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR.

"Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas (Akhbar Sinar).

Inilah hujah Mahathir sejak dulu, kini dan mungkin selamanya hingga apabila beliau berdepan dengan Malaikat Maut nanti. Hujah `gampang' ini tidak perlu dijawab oleh Tuan Guru Nik Aziz, memadai saya yang jahil ini ingin menjawabnya walaupun saya tidak mempunyai hidung besar yang menipu dan membelit.

Memang tepat bahawa Tuan Guru Nik Aziz berjuang untuk memenangi Pilihanraya kerana dengan memenangi Pilihanraya saja maka PAS akan memiliki kuasa untuk melaksanakan hukum Islam. Apakah Mahathir sangka PAS akan memilih jalan lain selain dari jalan Pilihanraya untuk berkuasa? Mungkin Mahathir teringin melihat PAS mengunakan jalan `revolusi' untuk memerintah negara? Jika itu sangkaan Mahathir, beliau sudah terlalu tua sebenarnya.

Tuan Guru Nik Aziz berjuang bukan untuk Islam? Jika bukan untuk Islam, maka untuk apa? Pernahkah kita mendengar Tuan Guru Nik Aziz memekik melolong menyebut `hidup Melayu' seperti yang lazim kita dengar di PWTC itu? Di mana pun Tuan Guru Nik Aziz berucap, beliau tidak pernah melupakan Al-Quran sebagai intipati ucapannya. Bahkan, di depan masyarakat Non Muslim pun Tuan Guru mempromosi ajaran Islam ini sehinggalah DAP semakin faham tentang Islam berbanding dengan pemimpin Umno, MCA, Gerakan dan MIC.

Difitnah oleh Mahathir bahawa Tuan Guru Nik Aziz secara terbuka mengkafirkan orang Islam Umno. Secara terbuka itu bila dan di mana? Jika benar, mengapa setiap kali orang Umno masuk PAS, Tuan Guru Nik Aziz tidak pernah mengarahkan agar mereka di`syahadah'kan kembali? Jika Tuan Guru Nik Aziz menyebut bahawa orang Umno itu masih Jahiliyyah, ada lojik dan betulnya. Mendokong parti sekular dan tidak mahu memahami perjuangan Islam itu tidak Jahiliyyahkah? Jika bukan Jahiliyyah, mungkin bodoh perkataan yang lebih sedap untuk didengar.

PAS hanya menyebut apa yang disebut di dalam Al-Quran dan Hadith tentang batas-batas Kufur seperti yang terkandung juga di dalam Kitab Mustika Hadith yang dikeluarkan oleh JPM sewaktu zaman Mahathir. Masakan Mahathir tidak membaca kitab yang diterbitkan dari pejabatnya sendiri. Disebut di dalamnya bagaimana seseorang itu boleh menjadi Kafir dengan beberapa sebab termasuk menghina hukum Islam termasuk hukum Hudud. Mereka yang menyebut bahawa Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan di zaman ini, atau hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam mundur dan sebagainya boleh menjadi Kafir. Mereka yang menghina Sunnah Nabi seperti beserban, berjangut kerana tiada pisau cukur juga boleh menjadi Kafir. Jika Mahathir terasa atau ada pemimpin Umno yang terasa, itu bukan salah PAS. Bukan PAS yang menjatuhkan hukum Kafir itu.

Tuan Guru Nik Aziz ada membuat kiasan bahawa PAS sanggup bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi untuk memperjuangkan Islam hatta dengan Syaitan sekalipun. Persoalannya, adakah boleh diterima akal Syaitan akan membantu untuk perjuangan Islam? Jawapannya sudah pasti mustahil. Ini membawa maksud, betapa kuatnya cita-cita PAS untuk memperjuangkan Islam dan boleh menerima sesiapa sahaja sebagai kawan untuk menegakkan ugama yang maha suci ini. Kalau Syaitan pun PAS kata boleh terima, masakan Umno yang bukan Syaitan PAS akan tolak. Masalahnya, Umno tidak mahu bekerjasama dengan PAS untuk perjuangan Islam bahkan Umno banyak menghalang cita-cita PAS dengan berbagai cara.

PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP kerana kedua-dua parti ini tidak pernah menghalang PAS dari berjuang untuk Islam. Mana mungkin PAS boleh paksa pemimpin DAP yang bukan Islam untuk terima Hukum Hudud kerana kewajipan untuk menegakkan hukum Islam terletak di tangan umat Islam sahaja. Sama juga seperti puasa, bolehkah PAS memaksa Karpal Singh atau Lim Kit Siang berpuasa? Peliknya, mengapa pemimpin Umno yang mengaku Islam tidak juga mahu kepada hukum Islam? Mengapa Mahathir mesti cabar PAS agar menentukan DAP terima Islam? Bukankah pelik? Mengapa Mahathir tidak mahu terima hukum Islam tetapi sebaliknya mahu agar DAP terima Islam?

Mahathir kata PAS ingin tegakkan Negara Islam ala - PAS. Cuba sebutkan apakah ciri-ciri Negara Islam ala-PAS itu jika Mahathir tahu. Jika ini lah pemikiran kepala otak Mahathir, tidak mustahil satu hari nanti Mahathir akan sebut ini sembahyang ala-Umno, ini sembahyang ala-PAS. Di dalam perkara ini, Umno pernah cuba untuk berdebat dengan PAS berkaitan isu `Takfir'. Umno melakukan `warming up' terlebih dahulu dengan mengadakan debat olok-olok kununnya di antara PAS dan Umno. Akhirnya, Allah maha kuasa, dan Al-Quran adalah mukjizat yang Umno tidak boleh perdayakan. Di dalam debat olok-olok tersebut, pihak yang kununnya mewakili Umno tidak mampu membalas hujah pihak yang kununnya mewakili PAS. Debat olok-olok tersebut boleh diikuti melalui youtube.

Akhirnya, Umno tidak berani untuk berdebat dengan PAS kerana mereka tahu kebenaran yang dibawa oleh PAS setelah mereka adakan debat olok-olok tersebut. Hakikatnya Umno tahu PAS sejak dahulu konsisten di dalam perjuangannya. Sebab itulah berbagai cara telah Umno lakukan untuk memecahbelahkan kesatuan di dalam PR. Paling menyakitkan hati Mahathir adalah apabila semakin ramai di kalangan Non Muslim yang berani menghampiri PAS bahkan DAP sendiri sanggup membela PAS.

Lebih pedih hati lagi Mahathir apabila Karpal Singh menyebut di dalam Konvensyen PR baru-baru ini bahawa beliau sanggup terkorban untuk mempertahankan Islam yang terdapat di dalam Perlembagaan. Karpal Singh juga bersedia untuk berdialog dan berbincang dengan PAS berkaitan penubuhan negara Islam dan juga tentang hukum hudud. Nampaknya DAP lebih awal ingin belajar tentang Islam daripada Umno. /wfauzdin.blogspot.com

`PENYAKIT' MAHATHIR SEMAKIN SERIUS DI PENGHUJUNG USIA

Posted: 17 Feb 2011 07:58 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

AKTA ISA adalah jelas tanpa khilaf lagi di dalam Islam hukumnya `haram' jika dilaksanakan oleh pemerintah yang berugama Islam. Oleh kerana negara ini bukan negara Islam, maka hukum ini telah lama digunapakai dan dalil bagi pemerintah untuk meneruskan akta zalim dan sesat ini hanyalah kerana akta ini telah pun diakui oleh negara barat sebagai berkesan.

Memang akta yang menahan serta menghukum seseorang tanpa bicara itu amat berkesan di barat terutamanya untuk menghapuskan kumpulan militan Islam. Bezanya di barat, mangsa kepada kezaliman akta seperti ISA ini adalah kumpulan pejuang Islam yang dipanggil oleh mereka sebagai kumpulan militan. Di negara ini, mangsanya tidak mengenal siapa termasuk pemimpin politik yang menentang kerajaan.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau pernah cuba untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang jawatan tersebut.

mahathir mohamad hari raya open house 2Katanya, ketika beliau menyarankan supaya ISA dimansuhkan, pihak polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman. Di zaman Dr Mahathir menjadi PM, beliau sering dituduh menyalahgunakan ISA, yang membolehkan penahanan tanpa bicara, terutama ketika Operasi Lalang pada 1987 dan era reformasi, terhadap penentang kerajaan.

Semenjak bila PM selaku Menteri Dalam Negeri mengikut nasihat pihak Polis dengan mudah? Kununnya Mahathir tidak mahu Akta ISA tetapi di`larang' oleh pihak Polis. Lucu sungguh. Jika benar Mahathir tidak suka ISA, mengapa beliau terus menandatangani lanjutan tahanan mangsa-mangsa ISA ini? Adakah pihak Polis dapat buktikan kepada kerajaan sememangnya negara berada di dalam keadaan bahaya ketika itu?

Nampaknya Mahathir ini semakin tua semakin kuat putar belitnya. Beliau tidak pernah mahu mengaku kesilapan dan kezaliman yang beliau lakukan sewaktu beliau memerintah. Mungkin beliau mahu dikenang sebagai seorang PM yang baik dan berjasa kepada rakyat setelah beliau bersara. Malangnya, rakyat tidak mudah melupakan kezaliman lampau beliau.

Beliau sanggup meletakkan kezaliman yang telah beliau lakukan ketika dulu ke bahu pihak Polis. Beliau cuba untuk menggambarkan betapa yang zalim bukan beliau tetapi pihak Polis. Mahathir selaku PM dan Menteri Dalam Negeri ketika itu ternyata tidak bertanggungjawab terhadap pihak polis. Cubaan beliau untuk menjejaskan imej Polis yang sekarang ini masih belum pulih dari pandangan buruk masyarakat amat mendukacitakan.

Cukup-cukuplah Mahathir. Zaman untuk beliau menipu rakyat sudah lama berlalu. Biarlah Najib pula menyambung kerja kamu itu. Apa yang penting, rakyat mesti menilai sikap pemimpin-pemimpin Umno sewaktu mereka berkuasa dan setelah mereka hilang kuasa. Allah lanjutkan usia Mahathir bukan untuk terus menipu rakyat dan menyokong kezaliman Akta ISA. Kenyataan Mahathir semakin hari semakin `nyanyuk'./wfauzdin.blogspot.com

KES LIWAT - APA STANDARD, SERAH DOKUMEN PUN BERTERABUR

Posted: 17 Feb 2011 04:00 AM PST

Liwat II:Kecoh: Pendakwaraya Beri Bukti Mengelirukan

KUALA LUMPUR, 17 FEB : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini sekali lagi kecoh apabila pihak pembelaan menerima dokumen yang mengelirukan daripada pihak pendakwaraya.

Menurut Peguambela Sankara Nair, Dokumen sampel DNA yang diberikan kepada pasukan peguam bela tercampur antara dua set menyebabkan pasukan pembelaan gagal mendapat maklumat sebenar.

"Dokumen yang diberi kepada kami, dokumen DNA berlebihan. Sebenarnya dua set tapi bercampur sehingga keliru.

"Akibatnya kita terpaksa betulkan, kalau sama (dokumen) mereka, kita tak complain(bantah) tapi kalau berlainan kita buat bantahan serius. Sekarang kita masih betulkan," katanya.
Hal ini menyebabkan Hakim Datuk Zainudin Mohd Diah menangguhkan perbicaraan sehingga esok bagi memberi peluang pihak peguambela menyusun dokumen itu.

Dalam prosiding petang tadi, Dr Seah menyatakan ujian DNA menunjukkan kehadiran dua DNA di seluar dalam berwarna kelabu berlabel A6.

Pemilik DNA pertama ialah Saiful Bukhari Azlan dan kedua dinamakan sebagai "Male Y'
Datuk Chua Jui Meng yang turut menghadiri prosiding tadi menyatakan hal ini tidak boleh diterima.

Malah menurut beliau kecelaruan dokumen dari pihak Pendakwaan dari Jabatan Peguam Negara ini hanya memberi persepsi wujud konspirasi fitnah.

"Nampaknya hari ini ada kecoh sikit. Dua kali. Petang ini dokumen mengelirukan.
"Orang ramai ada persepsi ada komplot terhadap DSAI. Buat pihak pembelaan keliru. Pendapat saya sebagai bekas peguam dan menteri ialah ini tak boleh diterima," katanya./-tvsnews-

DULU TILAM, KINI SELUAR DALAM DAN BULU....

Posted: 17 Feb 2011 02:05 AM PST

SELUAR AIR MANI DAN BULU SAIFUL DIBAWA KEMAHKAMAH
MUA HA HA..

Jika pada perbicaraan kes fitnah I Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihak pendakwa mengusung tilam ke mahkamah, perbicaraan terbaru yang dihadapi Ketua Umum Keadilan itu menyaksikan pihak pendakwa 'mengusung' bulu, seluar dalam dan cadar ke mahkamah.

Semua barang-barang tersebut dibuka oleh Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong untuk ditandakan sebagai bahan bukti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Bahan bukti tersebut termasuk helaian bulu yang dikatakan sebagai 'bulu kemaluan'. Peguam Sankara Nair ketika melihat bukti itu mempersoalkan mengapa ia tidak disebut sebagai 'rambut sahaja' kerana ia kelihatan seperti helaian rambut. Hakim Zainal Abidin Mohd Diah berkata Sankara boleh menyoal balas Dr Seah kemudian.

Sehelai seluar dalam kepunyaan pengadu Mohd Saiful Bukhari turut dikemukakan sebagai bahan bukti kes. Seluar dalam tanpa jenama itu sebelum ini didakwa saksi terdapat kesan air mani Saiful.

Sehelai permaidani berwarna warni juga turut dijadikan sebagai 'saksi' pendakwaan, yang dikatakan disita dari Jabatan Kimia. Selain itu, kain cadar berwarna kelabu turut ditanda sebagai bahan bukti.

Sepasang seluar hitam tanpa jenama, kameja biru dan kolar putih berjenama Ralph Lauren serta baju hijau jenama G2000 kepunyaan Saiful juga dikemukakan di mahkamah sebagai bukti kes.

Sumber: http://suwaritimur.blogspot.com/2011/02/seluar-air-mani-dan-bulu-saiful-dibawa.html#ixzz1ED20y9Hf

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Kempen: Anak muda tidak ‘makan’ mi segera

Posted: 17 Feb 2011 08:16 PM PST



Yusri Amin

KETEREH, 18 Feb: Mantan Setiausaha Sulit kepada bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Suhaimi Wan Daud mendakwa Umno Barisan Nasional yang mendominasi kerajaan menggunakan habis-habisan jentera kerajaan bagi mempertahankan parti pemerintah terutama bagi menenangi pilihan raya kecil.

Beliau berkata, bagi mempertahankan kuasa, Umno BN banyak menghabiskan wang untuk dicurahkan pada kawasan pilihan raya kecil berkenaan di samping menggunakan banyak agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Jabatan Penerangan, Komunikasi dan Penerangan.

"Keadaan itu berlaku terutama pada pilihan raya kecil di kawasan luar bandar seperti di kawasan Felda, yang masih lagi 'termakan' kempen pembangunan mi segera Umno BN.

"Ini berbeza dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS yang menguasai bandar, namun mudah untuk masuk kampung mendekati rakyat," katanya pada majlis ringkas upacara penyerahan borangnya memasuki PKR (gambar) yang berlangsung di hadapan lebih 10,000 hadirin di Padang Majlis Perbandaran Islam, Ketereh, malam tadi.

Beliau menyerahkan borang kemasukan dalam PKR itu kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, golongan terpelajar termasuk anak masyarakat luar bandar tidak akan terpengaruh dengan langkah Umno BN itu.

"Orang muda tidak akan terpengaruh dengan kempen Umno BN itu. Anak-anak kita khususnya di Kelantan dan di mana saja, apabila pulang ke pangkuan keluarga diharap menerangkan kedudukan sebenarnya tentang Umno BN," katanya.

Mengulas tindakannya menyertai PKR, beliau menjelaskan bahawa beliau amat prihatin terhadap pengalaman yang dihadapi masyarakat bandar yang berdepan dengan 'kemiskinan bandar' termasuk pemandu teksi.

"Berjuang dalam PKR, saya boleh berjuang dengan lebih luas, lebih jauh untuk membantu orang Kelantan khususnya termasuk di Pasir Mas, selaras dengan kelulusan saya dalam jurusan ekonomi," tegasnya sambil sinis menyatakan tidak akan terikut-ikut dengan mereka yang melompat parti termasuk dari Pasir Mas.

7 NAMA SENARAI DUN KERDAU

Posted: 17 Feb 2011 06:24 AM PST

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/Roslan%20Zainalq.jpg

PAS Pahang telah menyenaraikan tujuh nama untuk dicalonkan bagi bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau.


Mereka yang disenaraikan itu adalah anak tempatan berkelulusan dalam pelbagai bidang, antaranya bekas pensyarah, aktivis dan anggota biasa parti.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal (gambar) berkata mereka yang tersenarai itu dilihat berpotensi untuk menang, selain muda dan berkarisma untuk menjadi calon dan wakil rakyat di kawasan berkenaan.

"Nama-nama berkenaan telah diputuskan pada mesyuarat khas PAS Kawasan Kerdau pada Isnin lepas, senarai itu akan dihantar kepada pucuk pimpinan parti," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata, PAS tidak mempunyai masalah dalam memilih calon kerana ramai yang berkelayakan dan berkelulusan tinggi.

"Berdasarkan perkembangan politik semasa serta penambahan pengundi baru, PAS yakin akan dapat memenangi pilihan raya kecil itu nanti sekalipun kerusi DUN Kerdau merupakan kawasan kubu kuat Barisan Nasional (BN)," katanya.

Kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63 akibat serangan jantung pada Sabtu lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagaimanapun masih belum memutuskan tarikh pilihan raya kecil di kawasan berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Kebangkitan Rakyat: Harapan untuk Demokrasi di Timur Tengah?

Posted: 17 Feb 2011 06:17 AM PST

Kebangkitan rakyat di Mesir untuk menggulingkan Presiden Hosni Mubarak menjadi tumpuan dunia terkini. Sesungguhnya, tidak kurang pemerhati politik yang membandingkan pergolakan di dunia Timur Tengah dengan konteks politik di Malaysia - dari cara hidup keluarga Presiden hinggalah jurang ekonomi dalam masyarakat yang menjadi faktor tercetusnya kebangkitan rakyat.

MerdekaReview bersama Free Public Forum dan Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor mengambil inisiatif untuk menganjurkan forum berjudul "Kebangkitan Rakyat: Harapan untuk Demokrasi di Timur Tengah?" pada jam 8 malam, 22 Februari (Selasa), di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor. Forum ini bakal membariskan panelis Nora Murad (Amnesty International Malaysia-AIM), Liew Chin Tong (Ahli parlimen Bukit Bendera), Mujahid Yusuf Rawa (Ahli parlimen Parit Buntar, Penulis buku "Menuju PAS Baru") dan Hishamuddin Rais (Aktivis/pengkritik sosial, penulis bebas), dengan Fahmi Fadzil sebagai moderatornya.

Kemasukan adalah percuma. Sila datang beramai-ramai.

Sinopsis Forum

Gelombang kebangkitan rakyat Mesir yang sedang berlaku amat menggemparkan seluruh dunia. Rejim kediktatoran Hosni Mubarak berakhir dengan pengunduran beliau dari kerusi Presiden Mesir dan telah menjadi simbol kemenangan kuasa rakyat dalam usaha menjatuhkan kezaliman rejim yang menindas rakyat sepanjang 30 tahun pemerintahan beliau.

Sumber: Reuters

Antara perkara yang perlu diteliti, kebangkitan rakyat marhaen di Tunisia, Yaman dan Jordan menjadi antara faktor besar berlakunya kebangkitan rakyat Mesir. Bahkan di saat ini, kebangkitan rakyat ini telahpun berjangkit sehingga terkini di Iran dan Bahrain dan mendapat perhatian seluruh dunia.

Namun, apakah kesudahan bagi kebangkitan gerakan ini? Apakah pengunduran Mubarak sekadar akan berakhir dengan penggantian satu lagi rejim kediktatoran yang baru?

Apakah keadaan yang berlaku ini akan menjanjikan lembaran baru kepada demokrasi yang lebih sihat serta memberi ruang kepada seluruh warga tanah air di Mesir dan Timur Tengah umumnya dalam menyuarakan pandangan serta melibatkan diri terhadap proses pembuatan polisi yang akan lebih bersifat menguntungkan rakyat?

Adakah kuasa-kuasa dari blok barat khususnya AS sebagai kuasa besar politik dunia akan sekadar berdiam diri tanpa sebarang campur tangan lebih-lebih lagi bagi memastikan kepentinngan mereka terpelihara?

Di mana dan bagaimanakah pula kedudukan kumpulan-kumpulan Islam yang amat signifikan terhadap persoalan pertembungan antara blok-blok ideologi termasuklah berkaitan pembebasan tanah air dari cengkaman pemerintahan diktator-sekular negara-negara Timur Tengah?

Diskusi bersama:
1. Nora Murad (Amnesty International Malaysia-AIM)
2. Liew Chin Tong (Ahli parlimen Bukit Bendera, Research for Social Advancement-REFSA)
3. Mujahid Yusuf Rawa (Ahli parlimen Parit Buntar, Penulis buku "Menuju PAS Baru")
4. Hishamuddin Rais (Aktivis/pengkritik sosial, penulis bebas)

Anjuran bersama: MerdekaReview, Free Public Forum Malaysia (FPF), Pemuda Dewan Perhimpunan KL-Selangor.

KERAGUAN DALAM KES ANWAR

Posted: 17 Feb 2011 01:37 AM PST











"si penuduh tertakluk kepada undang-undang jenayah Islam yang berat seandainya tidak didokongi dengan bukti yang kukuh seperti yang digariskan oleh Syari'at. Hukuman terhadap perbuatan 'Qazaf' yang termaktub di dalam al-Quran iaitu pada ayat 4, Surah An-Nur yang bermaksud, "dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq",


Mani lelaki misteri pada seluar dalam Saiful'

Doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan seks oral."

Doktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.

Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.

pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Hello.... Di sini rakyat didahulukan!!

Posted: 17 Feb 2011 09:08 PM PST


Mereka yang pukul canang 'Rakyat didahulukan...' tetapi tindakan mereka ibarat tin kosong. Bunyi tak serupa isi. Bunyi saja bising tetapi.... pengisiannya 'lemau'.

Itulah....UMNO/BN. Haprak!!

Tengok saja masa mula-mula nak bawak pulang rakyat kita dari Mesir.... lembab sekali. Teragak-agak... Setelah dikritik hebat dan digesa, barulah nak ambil tindakan. Kalau tidak ada gesaan, entah-entah mereka buat dono jer. Tunggu ada perkara buruk berlaku dulu baru nak ambil tindakan. Itulah biasanya... sikap kerajaan 1Malaysia. Dah terantuk baru nak terngadah. Apa-apa pun, alhamdulillah ler.... At last.... they did the right thing.

Sekarang.... bagaimana pula nasib para pelajar kita yang telah dibawa pulang dari Mesir. Bagaimana pengajian mereka di sana?? Siapa nak tanggung perbiayaan mereka untuk pulang ke sana bagi menyambung semula pengajian mereka apabila keadaan mengizinkan nanti??

Kerajaan 1Malaysia mereka awal-awal lagi telah ambil sikap lepas tangan. Mereka siapa kata.... kos pergi semula ke Mesir untuk menyambung pengajian mesti ditanggung sendiri oleh para pelajar itu sendiri. Kerajaan hanya bawa pulang saja. Nak balik semula kesan.... pandai-pandailah. Aduuuhh....sakitnya!!

Namun.... bagi anak watan Pulau Pinang, mereka lebih bernasib baik kerana berada di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat. UMNO/BN yang berdegar-degar dengan slogan 'Rakyat didahulukan....' tetapi yang sebenarnya, kerajaan Pakatan Rakyatlah yang melaksanakannya.

Apa tidaknya....?? Kerajaan Pakatan Pulau Pinang telah bersetuju untuk memberi 318 orang penuntutnya yang dibawa pulang dari Mesir untuk kembali ke sana bagi menyambung pengajian mereka semula. RM2000 telah diputuskan untuk diberi kepada setiap mereka. Alhamdulillah.... Sekurang-kurangnya, hilanglah kerisauan mereka dan ringan sedikit beban mereka. Baca sini

Dengar cerita, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pun akan mengadakan perjumpaan dengan anak watannya yang belajar di sana bagi membincangkan kepulangan mereka untuk menyambung semula pengajian mereka. Walau pun... belum ada-ada apa-apa yang diputuskan tetapi insyaAllah.... mereka tidak akan dibiarkan terkapai-kapai.

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor, yang telah membuktikan mereka pro-rakyat.... rasanya, tidak akan menghampakan para pelajar mereka di sana. Tak caya.... tunggu dan lihat.

Oleh itu....syabas kerajaan Pakatan Rakyat. Rakyat didahulukan....!!
 

Ni Lagi Menteri Bingai : Muhyiddin dakwa umat Islam pecah jika PAS masuk Sarawak

Posted: 17 Feb 2011 09:07 PM PST

PUSA, 18 Feb — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata beliau bimbang PAS akan memecah belahkan masyarakat Islam jika ia memasuki negeri Sarawak.
Timbalan presiden Umno berkata rakyat Sarawak, khasnya masyarakat Islam, agar tidak mudah menerima dasar politik PAS yang berangan-angan untuk meluaskan kuasa.
"Saya takut kalau PAS masuk Sarawak ia akan memecah belah masyarakat Islam di sini. Di Kelantan 20 tahun PAS memerintah, kadar kemiskinan merupakan paling teruk," kata beliau dipetik Bernama hari ini.
Muhyiddin menyatakan demikian ketika berucap pada majlis tinjauan mesra di sini hari ini.
Dalam ucapannya Muhyiddin juga berkata kadar gaji pekerja ladang di negara ini masih lagi terlalu rendah sedangkan harga minyak sawit telah meningkat.
Memandangkan rakyat tempatan kurang berminat untuk bekerja di sektor perladangan kerana gajinya yang rendah, kerajaan pusat menubuhkan satu majlis perundingan di Kementerian Sumber Manusia untuk membuat kajian semula kadar gaji pekerja ladang agar setimpal dengan perkembangan industri perladangan.
"Pendapatan kerja di sektor perladangan tidak setimpal, sedangkan apa yang kita tahu seperti harga minyak sawit ketika ini merupakan antara yang terbaik, dan justeru itu pekerja yang bekerja di ladang sawit sepatutnya mendapat imbuhan gaji yang  jauh lebih tinggi," katanya ketika berucap pada majlis tinjauan mesra di sini hari ini.
Muhyiddin berkata sebagai permulaan kerajaan akan berunding dengan pihak pengurusan ladang syarikat milik kerajaan (GLC) untuk mencari langkah terbaik dalam menimbang semula kadar gaji pekerja di ladang masing-masing.
Menurutnya langkah itu, yang dipersetujui oleh kabinet minggu lepas, perlu dipercepatkan.
"Kalau boleh keputusan dapat dicapai sebelum rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan dalam usaha ini," katanya.
Muhyiddin berkata di bawah pelan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), rakyat di Sarawak akan terus mendapat perhatian daripada kerajaan pusat khasnya dalam pembangunan infrastruktur serta meningkatkan kadar pendapatan rakyat di luar bandar.
Katanya dalam pusingan pertama pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10, sebanyak RM83 juta telahpun diperuntukkan oleh kerajaan pusat untuk menaik taraf kemudahan seperti jalan kampung, kemudahan air bersih serta bekalan elektrik di kawasan luar bandar di Sarawak.
Timbalan Perdana Menteri berkata hubungan yang baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri telah memudahkan lagi usaha untuk membantu rakyat  di Sarawak yang masih perlukan banyak bantuan dan sokongan daripada kerajaan.

ISA: Dr M selamatkan diri, kambing hitam polis

Posted: 17 Feb 2011 09:06 PM PST

KUALA LUMPUR, 18 Feb: TindakanTun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan pihak polis berhubung pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa pemerintahannya hanya cuba menyelamatkan dirinya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Katanya, sebagai pemegang kuasa eksekutif, Dr Mahathir sepatutnya mempunyai wibawa membuat keputusan dan bukannya tunduk kepada kata-kata pihak polis selaku pelaksana undang-undang.

"Benda dah berlalu, dia boleh la sebut macamtu. Dia sekarang cuba letak lialibiliti kepada polis untuk selamatkan diri dia sahaja," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Dr Mahathir ketika berucap sebuah forum mengenai demokrasi semalam berkata beliau pernah cuba untuk memansuhkan ISA ketika memegang jawatan perdana menteri.

Namun jelasnya, ketika beliau menyarankan supaya ISA dimansuhkan, pihak polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman.

Dalam ucapan itu juga beliau mengaku undang-undang itu dilaksanakan oleh penjajah Inggeris untuk berdepan dengan ancaman komunis pada 1950-an yang kini sudah tidak releven lagi.

Jika benar Dr Mahathir berpendirian begitu kata Salahuddin, mantan perdana menteri itu seharusnya berani mencabar Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri ketika ini untuk berbuat demikian.

"Dia seharusnya mencabar Najib untuk hapuskan ISA, kalau dia benar-benar konsisten benci ISA.

"Tapi saya rasa, dia lah sebenarnya yang tidak mahu ISA dimansuhkan," katanya.

Tambah Salahuddin lagi, Dr Mahathir juga wajar bersetuju dengan pendirian Pakatan Rakyat (PR) seperti termaktub dalam Buku Jingga berhubung janji 100 hari PR yang mahu menghapuskan akta yang didakwa zalim itu.

Dr Mahathir sering dituduh menyalahgunakan ISA, yang membolehkan penahanan tanpa bicara, terutama ketika Operasi Lalang pada 1987 dan era reformasi, terhadap penentang kerajaan.

Kes Fitnah 2 : 10 DNA Pada Tubuh Saiful, Kata Dr Seah

Posted: 17 Feb 2011 09:06 PM PST

KUALA LUMPUR 18 FEB : Suasana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bertukar menjadi hangat apabila digemparkan dengan pengakuan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong bahawa sample DNA yang diambil daripada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin membabitkan 10 lelaki.
"Terdapat kemungkinan DNA yang ditemui pada sample yang diperiksa datangnya daripada 10 orang lelaki," kata Dr Seah dalam keterangannya pagi tadi ketika menjawab soal balas daripada peguam Karpal Singh.
Terdahulu, mahkamah semalam digemparkan dengan penemuan tiga DNA lelaki pada calitan yang diambil daripada tubuh Saiful, juga yang diakui oleh Dr Seah.
Pasukan peguam Anwar juga berjaya dalam bantahan mereka menolak dokumen tambahan dalam laporan kimia pada awal perbicaraan semalam kerana perbezaan ketara dengan dokumen yang diterima pada awal perbicaraan.
Justeru, Karpal meminta mahkamah menolak laporan Elektropherogram yang dibentangkan semalam berdasarkan keterangan Dr Seah
Dr Seah turut mengakui tidak menjalankan ujian perbandingan profil DNA laporan tersebut dengan kapas pengesat DNA milik Saiful.
Seorang lagi peguambela Ram Karpal berjaya menimbulkan keraguan umum apabila soalan beliau mendapati Dr Seah tidak arif dalam penggunaan perisian Gene Mapper.
Perisian ini digunakan untuk mendapatkan keputusan laporan elektrophenograf yang dibentangkan semalam.
Perbicaraan bersambung jam tiga petang ini.

Gambar Pembantu Menteri Disoalsiasat Setelah Ditangkap Tidur Berpelukan Dgn Pasangannya

Posted: 17 Feb 2011 08:25 PM PST

 

Kota Kinabalu: Kelmarin blog GB ada menyiarkan kisah mengenai seorang pembantu menteri negeri ini mengambil kesempatan cuti umum dan Hari Kekasih untuk memadu asmara bersama pasangannya yang berusia 23 tahun di sebuah hotel murah di bandar raya ini, awal pagi semalam.

Gambar yang dilampir ketika itu adalah gambar fail. Namun semalam Borneo Post ada menyiarkan gambar sebenar sewaktu pembantu menteri tersebut sedang ditanya pegawai agama. Pasangannya di atas katil dalam keadaan berkemban sedang berselubung dengan selimut. Lihat gambar di atas.

Berdasarkan maklumat, sepasukan penguat kuasa JHEAINS menyerbu sebuah hotel murah lalu mengetuk pintu bilik pasangan terbabit selama hampir satu jam sebelum dibuka seorang lelaki berusia 51 tahun yang berpakaian lengkap.

Sebaik memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa JHEAINS dan meminta izin untuk pemeriksaan, mereka mendapati seorang wanita juga lengkap berpakaian sedang berselimut di atas katil bilik berkenaan.

Ketika diminta menunjukkan kad kahwin, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan tidur bersama di hotel terbabit.

Difahamkan, lelaki berkenaan berstatus bapa tunggal dan mempunyai empat anak manakala pasangannya masih bujang.

Ketika disoal, gadis itu yang berasal dari Papar mendakwa sudah menjalinkan hubungan bersama duda terbabit sejak setahun lalu selain mengakui hubungan mereka tidak direstui keluarga.

Namun, penguat kuasa JHEAINS menjelaskan kepada mereka bahawa perkara itu bukan alasan untuk mereka berdua-duaan dalam sebuah bilik hingga sanggup melakukan maksiat.

Terdahulu, Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Mohd Noor Kasah berkata, dalam operasi lebih empat jam berakhir kira-kira jam 4 pagi itu, empat lagi pasangan turut dicekup.

"Paling mengejutkan apabila kami menahan seorang wanita berusia 50 tahun dalam keadaan berkemban ketika sedang tidur bersama teman lelakinya yang baru berusia 21 tahun.

"Mereka ditahan dalam sebuah bilik di asrama pekerja di Putatan selepas menerima maklumat awam," katanya ketika ditemui selepas operasi terbabit. Katanya, pasangan umpama ibu dan anak itu memberi alasan hanya makan bersama di rumah, tetapi dicekup ketika sedang tidur dalam keadaan mengaibkan.

"Pada awalnya, suspek lelaki mengaku wanita berusia 50 tahun itu kakak angkatnya dan sudah menjalinkan hubungan sejak dua tahun lalu.

"Ketika dicekup, kedua-dua mereka sedang tidur dalam keadaan berpelukan," katanya.

Katanya, semua mereka dibawa ke Balai Polis Putatan untuk membuat laporan dan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

"Operasi ini dilakukan bagi mengurangkan pelakuan maksiat terutama ketika umat Islam seluruh dunia sedang menghayati hari keputeraan Rasulullah SAW.

"Operasi sebegini tidak akan berakhir di sini saja, ia akan berterusan lagi dari semasa ke semasa," katanya.

Menteri Bingai : Tunai janji turun harga barang negeri pakatan ...harga barang naik bermula dari pusat..bukan negeri..!!!!

Posted: 17 Feb 2011 08:21 PM PST

AYER KEROH - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum ini menjadikan isu kenaikan harga barangan sebagai bahan untuk kempen pilihan raya kecil (PRK) dicabar melaksanakan janji menurunkan harga barang di negeri jajahan mereka.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Pas sendiri pernah berjanji akan menurunkan harga barangan jika menang pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Nyata PR hanya berjanji kosong kerana mereka ada empat negeri yang dikuasai tetapi kenapa harga barang tidak turun di negeri terbabit.

"Mereka tahu kenaikan harga barangan adalah fenomena global yang tidak dapat dielakkan tetapi masih berjanji dengan rakyat akan menurunkan harga malah menuduh kerajaan kejam kerana terus membiarkan kenaikan harga barang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga di Pasar Raya Besar Mydin, di sini, semalam.

Hadir sama, timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe; Timbalan Setiausaha KPDNKK, Datuk Daud Tahir dan Pengurus Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin.

Mydin menjadi pemborong pertama menyahut seruan penurunan harga barangan bagi 2011 dengan menawarkan penurunan harga 10 hingga 30 peratus untuk 200 barangannya, bermula semalam.

Ismail berkata, kementeriannya turut mengedarkan risalah untuk memaklumkan kepada pengguna, termasuk pengundi di DUN Merlimau, bagi memperjelaskan isu kenaikan harga barangan dan subsidi yang ditanggung kerajaan.

"Kenaikan harga barang sememangnya tidak dapat dielak dengan perincian yang cukup jelas.
"Ia juga bagi menepis fitnah pembangkang yang menjadikan kenaikan harga ini sebagai salah satu senjata untuk meraih undi dan menabur janji kosong kepada pengundi sedangkan ia mustahil dilakukan," katanya.

Menurutnya, peniaga dan peruncit juga diminta bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha menjayakan kempen menurunkan harga barangan bagi meringankan beban pengguna.
"Selain peranan pengguna, kerajaan sentiasa prihatin dengan keluhan masyarakat mengenai kenaikan harga barang yang banyak memberi kesan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.

Ismail berkata, selain mengawal empat barangan iaitu gandum, minyak, beras dan gula, kenaikan harga barangan tidak dapat dielakkan kerana ia dipengaruhi 'cuaca' global.

"Kenaikan harga gula, kelapa, bawang dan minyak masak adalah disebabkan bencana alam yang berlaku di negara yang menjadi pengeksport utama barangan keperluan itu.

"Fenomena banjir di India, China, kebakaran di ladang gandum di Rusia, selain musim melawas kelapa di Indonesia menjadi antara sebab kenapa produk dari negara ini mengalami kenaikan harga," katanya.

Menurutnya, pengimport pula tiada pilihan, selain menjual dengan harga tinggi berikutan kekurangan bekalan barangan berkenaan dan dijangka masalah itu berterusan dalam tempoh masa yang panjang.

"Pada masa sama, kerajaan sentiasa melakukan usaha kawalan harga barangan terpilih terutama pada musim perayaan agar peniaga tidak menaikkan harga barangan sesuka hati," katanya.

Ismail juga mengingatkan peniaga di Merlimau tidak mengambil kesempatan menaikkan harga.

PRU13: PSM guna logo sendiri, tak mahu tanding banyak kerusi

Posted: 17 Feb 2011 08:12 PM PST


KUALA LUMPUR, 18 Feb — Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan berkata pihaknya mahu menggunakan logo parti itu pada pilihan raya umum ke-13, bukannya logo Parti Keadilan Rakyat yang disaksikan sebelum ini.
Jelas Arutchelvan, selama ini PSM bersetuju menggunakan logo PKR namun sudah sampai masa bagi parti bertanding menggunakan logo sendiri selepas 11 tahun diwujudkan.
"Pendirian kita sekarang adalah kita bersetuju menggunakan logo pembangkang dan telah ada satu perjanjian pilihan raya dengan Pakatan Rakyat selain bersetuju dengan manifesto Pakatan Rakyat.
"Tapi dalam situasi sekarang yang mana Pakatan Rakyat masih tiada logo sendiri, jadi setiap parti menggunakan logo mereka, jadi kami merasakan ia tiada masalah untuk membenarkan PSM menggunakan logo sendiri di kawasan yang kita tanding," katanya dalam satu kenyataan.
PSM telah bertanding dengan menggunakan logo PKR pada pilihan raya 2004 dan 2008.
Arutchelvan berkata adalah satu tindakan "bodoh" sekiranya PSM yang telah memenangi dua kerusi pada pilihan raya umum 2008 tidak menggunakan logo sendiri selepas 11 tahun berjuang.
Pendaftaran parti itu diluluskan selepas pilihan raya umum Mac 2008.
"Sebelum parti kami didaftarkan, kami bertanding dengan menggunakan logo parti lain dan seperti mana yang dikatakan, PSM tidak belot terhadap Pakatan Rakyat seperti mana pemimpin PKR.
"Jadi ia satu perkara logik untuk PSM gunakan logo, ia kelihatan bodoh kepada parti yang tidak menggunakan logo sendiri selepas 11 tahun berjuang menentang kerajaan persekutan dan ia kelihatan tidak munasabah," katanya.
Baru-baru ini Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, parti itu hanya akan mempertimbangkan calon-calon daripada kumpulan bukan Pakatan Rakyat sekiranya mereka bersedia menerima dasar-dasar perikatan itu.
Kata beliau, PKR terbuka kepada calon-calon yang dinamakan oleh pelbagai pertubuhan seperti Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), malah sedia memberi PSM lebih banyak kerusi jika mereka bersedia untuk menerima arahan whip perikatan.
"Kita boleh berbincang dengan mereka. Tetapi jika mereka masih mahu menjadi bebas, apa gunanya?" kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Jika dipilih, MCLM berkata, calon-calonnnya akan memutuskan isu berdasarkan pada suara hati mereka berbanding konsensus perikatan. Ia hanya akan menawarkan calon kepada PKR, bukan kepada DAP dan PAS.
Azmin yang juga pengarah pilihan raya berkata kepimpinan tertinggi PKR termasuk ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan mesyuarat dengan PSM hujung minggu lalu untuk membincangkan peruntukan kerusi pilihan raya umum ke-13.
Dalam pilihan raya umum 2008, PSM meletakkan empat calon dan menang dua kerusi iaitu Michael Jeyakumar Devaraj yang menang di Sungai Siput untuk muncul Ahli Parlimen pertama PSM manakala presiden parti Dr Nasir Hashim pula menang di Kota Damansara, Selangor.
Tambah Arutchelvan, pihaknya tidak mempunyai rancangan untuk bertanding lebih banyak kerusi tetapi hanya mahu melihat Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya umum nanti.
"Kami percaya calon terbaik patut dibenarkan bertanding, PSM tidak berniat untuk menuntut lebih banyak kerusi ... kami hanya mahu bertanding di beberapa kerusi yang kami rasakan boleh menang dan membantu Pakatan Rakyat di kawasan lain," katanya.
Beliau berkata PSM akan meneruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat sebagai rakan dan memastikan BN disingkirkan.

Politik Rosmah mampu jatuhkan Najib pada PRU-13!

Posted: 17 Feb 2011 08:03 PM PST

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Pembaziran demi pembaziran ke atas wang rakyat dilakukan oleh 'first lady' (wanita pertama) yang bernama Datin Seri Rosmah Mansor sejak Dato' Seri Najib Tun Razak bergelar Perdana Menteri.
Nama Rosmah Mansor terus meniti dibibir masyarakat, hampir semua media arus perdana sering melaporkan apa sahaja aktiviti yang dijalankan isteri Perdana Menteri ini.


Penampilan Rosmah dilihat sangat berbeza dengan isteri beberapa Perdana Menteri yang sebelum ini, antaranya Allahyarham Tun Hendon Mahmood dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang jauh lebih sederhana, tidak dilihat mengganggu pentadbiran PM.
Selepas mendapat jolongan 'de fakto PM', Rosmah mendapat habuan besar dalam Projek Pertama Negara yang bagi pandangan umum ia satu lagi 'kemusykilan' besar kepada rakyat, apakah seorang isteri PM boleh mendapat keistimewaan dengan mendapat belanjawan khas dalam Belanjawan Negara.
Jika era Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi sering diserang oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan menempatkan menantunya di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri (JPM), kini Najib pula didakwa menempatkan pejabat isterinya di bangunan yang sama
Rosmah ketika ini dilihat sedang menikmati kedudukan beliau sebagai isteri PM apabila bukan sahaja berjaya mencuri tumpuan malahan menjadi satu-satunya isteri PM yang menerima peruntukan yang tinggi dan pejabat khas di Putrajaya untuk beliau.
Rosmah bukan sahaja memiliki pejabatnya sendiri malah turut mempunyai bahagian atau jabatan yang dinamakan Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division. Bahagi
an tersebut yang hanya ditubuhkan dan diketuai oleh Pegawai Khasnya Dato' Siti Azizah Sheikh Abod disamping lima lagi pegawai lain.
Selain dianggap keterlaluan, tindakan tersebut turut dianggap satu pembaziran apabila melibatkan perbelanjaan tambahan dana kerajaan seperti gaji pegawai dan kakitangan, ubah suai pejabat dan pelbagai kos lain yang berkaitan.
Rosmah juga didakwa menderhaka kepada Yang Dipertuan Agung dan Permaisurinya kerana menggunakan gelaran Wanita Pertama Negara yang sepatutnya gelaran bagi Permaisuri Agung seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Kontroversi gelaran ini yang telah lama ditimbulkan
Kontroversi gelaran ini yang telah lama ditimbulkan semenjak isu iklan satu muka surat penuh di akhbar New York Times yang memaparkan beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia tidak berapa lama dahulu, telah diserang hebat oleh media pro pembangkang.
Bagaimanapun serangan pihak pembangkang yang seakan menyedari bahawa Rosmah sebagai satu lagi 'titik lemah' Najib, tidak memberi apa-apa kesan apabila Rosmah dilihat berusaha menjadikan gelaran tersebut sebagai gelaran rasmi terhadapnya apabila menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menelan belanja RM4.5 juta.
Malahan sesetengah pihak menganggap dari hari ke sehari, Rosmah dilihat begitu dominan dalam pentadbiran Najib dan dikatakan sebagai pihak di belakang tabir dalam beberapa keputusan pentadbiran Najib.
Memetik blog bedukcanang.blogspot, dalam laporannya awal tahun 2010, pengendali blog tersebut melihat tingkah laku Rosmah sebagai tidak mustahil sekiranya beliau mempunyai cita-cita untuk terjun ke dunia politik sepenuhnya dan langkah-langkah awal untuk mempromosi dirinya sedang giat dijalankan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
Beberapa blogger menggelarkannya sebagai 'Suami Perdana Menteri'.Mungkin ia sinonim dengan 'kelakuan' Rosmah yang cukup menjelekkan mata teman-teman bloggers dan rakyat kebanyakan.
Keputusan Najib dalam Belanjawan 2011 yang memperuntukan sejumlah RM111 juta bagi Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isterinya sebelum ini telah mendapat bantahan keras dari ahli-ahli parlimen blok pembangkang.
Tidak cukup dengan itu, terkini ramai yang mempertikaikan kos sebenar penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai yang didakwa mencecah RM 140 ribu untuk satu malam.
Antara yang mempertikainya ialah Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali mahu Najib atau Kementerian Luar memberi respons segera mengenai kos penginapan dan operasi sepanjang lawatan Rosmah ke Dubai kerana ia melibatkan wang rakyat.
Isu ini bukan sahaja ditujukan hanya kepada 'batang tubuh' Rosmah, namun lebih berat kredibiliti Najib selaku Perdana Menteri dan suami yang sewenang-wenang melepaskan 'wang rakyat' kepada isteri.
Tabiat isteri kesayangan Najib itu juga ditegur oleh bloggers, Badrul Hisham Shaharin yang menyifatkan Perdana Menteri gagal melihat bahawa Rosmah seorang yang boros dan gemar berbelanja besar.
Telahan Badrul Hisham mudah, kerajaan pimpinan Najib kerap memberi alasan untuk memotong subsidi rakyat disebabkan kos pengurusan ekonomi negara meningkat setiap tahun.
Dalam pada masa sama Najib merayu rakyat agar mengubah cara hidup dan tidak boros berbelanja.
"Peliknya, Presiden Umno itu kekal membisu apabila pemborosan melibatkan isterinya Rosmah Mansur. Sebab itu, saya melihat Rosmah ini sudah menjadi beban utama kepada seluruh rakyat Malaysia. Najib perlu berani menegur isterinya," kata Badrul Hisham.
Rimas rakyat dibuatnya.Najib tidak harus lupa akan kecaman umat Islam ke atas Rosmah dalam isu Pertunjukan Busana Islam di Monte Carlo tahun lalu yang mana Rosmah didakwa menghina Islam dengan penganjuran tersebut.
Selaku penaung, Rosmah sendiri gagal menjawab isu-isu yang dibangkitkan ramai, termasuk kepimpinan politik dan bloggers dimana pakaian model sangat menjolok mata, selain ada model yang mengenakan pakaian dengan logo kalimah Allah diterbalikkan.
Apabila isu itu dibawa ke Parlimen, Najib dan menteri-menterinya berdiam diri, tidak mampu menjawab hatta persoalan daripada mana datangnya wang penganjuran yang hanya menambah malu kepada negara.
Sebelum ini, ada cadangan dari Rosmah untuk menganjurkan tilawah Al-Quran bagi orang-orang buta,Entah apa gerangannya Rosmah yang sangat dipertikai ini mengutarakan cadangan sedemikian, apakah ianya hanya satu lagi bentuk 'retorik politik' untuk mengaburi mata awam?
Blogger Mohd Sayuti Omar dalam blognya ada menulis, cadangan Rosmah itu nampak lebih untuk menjaja akan keperihatinan Malaysia kepada orang buta dan tidak lebih dari itu dan bukan usaha yang serius untuk memberi kelegaan kepada orang buta atau memertabatkan peranan Islam oleh negara".
Kata Sayuti jika ingin memertabtkan Islam, apa yang harus diutamakan ialah martabatkan diri kita dulu. Dalam konteks ini Rosmah perlu menjadikan dirinya Wanita Pertama yang mantap Islamnya termasuk soal menutup jambulnya.
Tabiat Rosmah bukan sekadar terhenti dengan soal pemborosan, beliau juga semakin 'jelek' di mata rakyat kerana sering menonjolkan diri sebagai 'wanita pertama' mengalahkan baginda Permaisuri Agong, Tuanku Nurzahirah.
Bloggers edeseyes.com pula menyifatkan Rosmah sebagai liabiliti besar kepada Najib yang mampu menjatuhkan Perdana Menteri itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Telahan bloggers tersebut mudah, pandangan sisi rakyat bahawa Najib perlu menyelesaikan antara cabaran utama BN menjelang PRU-13 yang salah satunya ialah menjinakkan 'waris jari hantu' belaannya.
"Kami sebagai rakyat sudah naik jelak dengan tindakan, arahan, kenyataan dan aksi-aksi terlampau 'suami' Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang saban hari memenuhi ruang media mengalahkan menteri kabinet sendiri," tulis bloggers berkenaan.
Rakyat sudah lama menganggap wanita tidak bertudung itu (Rosmah) adalah Perdana Menteri sebuah negara Islam yang masih belum sedar dan sebagai liabiliti kepada BN.
Apakah anggapan rakyat ini akan menjadi suatu kenyataan pada PRU-13 nanti, Najib pastinya resah akan 'cakap-cakap' mengenai isteri kesayangannya itu yang mampu menjatuhkannya sepertimana Tun Abdullah Ahmad Badawi jatuh kerana anak menantunya.

Khir Toyo: Mencari makna krisis Mesir

Posted: 17 Feb 2011 08:03 PM PST

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Selamat menyambut Maulidur Rasul. Semoga makin bertambah ramai umat Muhammad s.a.w di negara ini sekaligus akan menjadikan kita satu umat yang kuat dan menjadi kuasa penentu dalam pemerintahan dan penggubalan polisi negara.
Sumber: Reuters
2. Berhampiran dengan sambutan Maulidur Rasul juga kita melihat kepimpinan sebuah negara Islam yang agak besar iaitu Mesir turut mengalami perubahan mengejut.  Hosni Mubarak akhirnya tunduk dengan kehendak rakyat yang keluar berdemontrasi agar meletak jawatan.
3. Terdapat banyak analisa perletakan jawatan Hosni Mubarak.  Selain memimpin terlalu lama dalam bentuk pentadbiran yang dianggap autokratik, masalah-masalah ekonomi dan pengangguran yang terlalu tinggi telah "mengasak" rakyat sehingga "ke penjuru dinding" tanpa jalan keluar.  Kesempitan hidup menyebabkan rakyat tiada pilihan kecuali keluar ke jalan dan berdemontrasi.
4. Satu lagi penyebab yang diutarakan oleh beberapa penganalisa politik ialah beberapa tindakan yang dilihat ramai sebagai usaha Hosni Mubarak dan Suzanne membina dinasti kepimpinan Mesir sebagai faktor tambahan pencetus kemarahan rakyat.  Sejak tahun lalu dikatakan anak Hosni dan Suzanne, Gamal, dilihat banyak mencampuri urusan pentadbiran.  Sungguhpun Gamal dianggap bijak dan seorang yang sangat cemerlang dalam pelajaran, namun beliau gagal memahami sepak terajang politik dalam negara tersebut.  Tindakan dan campur tangan yang terlalu menonjol bukan sahaja menimbulkan kemarahan rakyat tetapi juga di kalangan penasihat dan pegawai lama yang setia.
Sumber: Reuters
5. Justeru Hosni Mubarak yang suatu ketika dahulu dijulang sebagai wira perang akhirnya dihambat dari negara tanpa sebarang rasa kasihani.  Pengajaran kepada kejatuhan Hosni ialah jangan susahkan kehidupan rakyat sehingga rakyat tiada pilihan, akhirnya berpaling berhadapan dengan kerajaan.  Gunakanlah kuasa sebaik mungkin bagi memberi kehidupan yang selesa kepada rakyat bukannya sekadar mahu menunjukkan angka-angka ekonomi yang baik tetapi rakyat terbanyak tidak menikmatinya.
6. Namun yang amat menarik juga untuk dilihat ialah apakah perubahan kepimpinan Hosni Mubarak akan membawa satu keadaan yang lebih baik kepada rakyatnya atau memberi lebih banyak masalah dan derita seperti mana berlaku di beberapa negara lain yang melakukan perubahan melalui demontrasi, coup d'état dan peperangan.
7. Krisis Mesir ini juga memperlihat kemampuan cemerlang jentera kerajaan terutamanya Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pertahanan dalam menjalankan operasi menyelamatkan rakyat Malaysia.  Biarpun tiada keganasan melampau sehingga menimbulkan ancaman yang serius kepada nyawa rakyat Malaysia, namun kerajaan telah bertindak pantas mewujudkan pelan menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir.
8. Saya percaya sebahagian besar bersyukur dengan usaha keras kerajaan dalam membantu mereka yang terperangkap di Mesir.  Bagi segelintir yang merungut dan mengkritik operasi menyelamat ini atas alasan yang remeh-temeh seperti tidak selesa, lambat dan sebagainya, nyata mereka tidak pernah tahu erti bersyukur.  Bayangkan rakyat sesetengah negara yang langsung tidak dipeduli oleh kerajaan mereka.  Janganlah mengharapkan layanan "kelas pertama" dalam keadaan krisis dan penuh ketegangan.
9. Janganlah usaha bersungguh-sungguh pelbagai kumpulan termasuk kakitangan kerajaan, NGO dan pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri diperli dan diperlekehkan hanya kerana kepentingan politik kepartian yang berbeza.  Janganlah orang memberi susu dibalas dengan tuba.  Jika tidak mahu berterima kasih pun, diam sahajalah, jangan pula memburukkan.
10. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada sebahagian yang mengambil keputusan untuk terus tinggal di Mesir bagi menghabiskan kuliah dan peperiksaan.  Mereka ini ternyata mempunyai iltizam dan iktikad yang kuat dalam meneruskan perjuangan mendapatkan ilmu.  Semoga Allah melindungi mereka dari sebarang mara bahaya.
11. Akhirnya, semua kita patut bersyukur betapa kehidupan di Malaysia jauh lebih baik dan aman.
*Tulisan ini dipetik dari blog Khir Toyo (gambar kanan), bekas Menteri Besar Selangor. Tulisan ini disiarkan pada 15 Februari 2011.

Dosa Lalu :Mahathir terlupa dirinya Menteri KDN ketika Ops Lalang

Posted: 17 Feb 2011 08:02 PM PST

Mahathir Mohamad sememangnya terkenal sebagai Perdana Menteri yang dominan, tegas ketika memberi kata duanya.  Beliau tidak mengendahkan sindiran pengkritiknya, sebaliknya akan menyanggah kritikan mereka dengan sikap dan nada yang angkuh.
Sesungguhnya, jasa dan silap seseorang tokoh bakal dinilai sejarah.  Untuk tokoh seperti Mahathir (gambar kiri), mustahil penilaian terhadapnya hanya berat sebelah.  Tokoh seperti Mahathir sering berkeupayaan untuk menghalalkan setiap dasar dan tindak-tanduknya, malah amat yakin dengan hujah dirinya - meskipun wacananya itu tidak semestinya diterima umum.  Keyakinan ini, dari perspektif yang lain, ditafsirkan sebagai keberanian untuk bertanggungjawab - iaitu memikul tanggungjawab terhadap jasa dan silap yang dilakukan.
Namun demikian, sifat Mahathir ini semakin luntur dalam tempoh lapan tahun selepas beliau bersara.  Contoh yang terdekat, Mahathir cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate.  Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu.  Malah, beliau mendakwa dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap.
Sejumlah 106 orang, termasuk ahli politik, pejuang pendidikan Cina, pencinta alam dan pekerja agama ditahan dalam Operasi Lalang, malah 40 orang antaranya dilanjutkan penahanan dua tahun.  Permit akhbar The Star, Watan, Sin Chew Jit Poh dilucutkan, dan hanya kembali beroperasi pada tahun 1988.  Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila Mahathir menafikan bahawa dirinya adalah dalang utama di sebalik operasi penekanan politik ini.
Mahathir terlupa
Rakyat bukan menuduh sembarangan apabila menuding jari terhadap Mahathir, sebagai dalang "Operasi Lalang".  Setelah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Musa Hitam dicantas, Mahathir sebagai PM merangkap jawatan Menteri Dalam Negeri sejak tahun 1986.  Jawatan Menteri Dalam Negeri ini hanya diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Abdullah Ahmad Badawi, selepas Pilihan Raya Umum tahun 1999.
Meskipun Mahathir berdepan dengan sekta yang berlainan pada awal zaman pemerintahannya, namun beliau berjaya menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah (gambar kanan) bersama pasukan B-nya, dalam pergelutan kuasa yang sengit dalam UMNO.  Mahathir berjaya mempertahankan kedudukan sebagai PM, Menteri Dalam Negeri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO.  Polis Diraja Malaysia berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri - adalah sesuatu yang tidak masuk akal bahawa polis berani mengingkari arahan Mahathir - jika dilihat kepada sifat Mahathir yang diktator.
Jikapun tidak membincangkan realiti hubungan politik pada ketika itu, Mahathir tetap tidak boleh memisahkan diri dari tanggungjawab "Operasi Lalang" seandainya disemak peruntukan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).  40 dari 106 orang tahanan dilanjutkan penahanan dua tahun, yang seandainya dirujuk kepada Seksyen 8 (1) ISA - adalah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri untuk mengarahkan agar penahanan dua tahun dikenakan, seandainya pada budi bicara Menteri, tahanan tersebut mengancam keselamatan negara.
Menurut ISA, walaupun Seksyen 73 memperuntukkan kuasa kepada polis untuk menangkap tanpa waran sesiapa yang boleh ditahan mengikut Seksyen 8, tetapi Seksyen 73(3) juga menyatakan bahawa tempoh penahanan ini tidak boleh melebihi 60 hari.  Malah, jika penahanan melebihi 30 hari, Ketua Polis Negara perlu melaporkan kepada Menteri Dalam Negeri tentang keadaan penahanan.
Oleh itu, seandainya Mahathir tidak merestui tindakan menindas yang tidak demokratik ini, beliau mempunyai sekurang-kurangnya dua peluang untuk menghalang, dan bukannya menjurus kepada penangkapan.  Pertama, mustahil polis tidak berunding dengan Mahathir sebelum operasi penangkapan yang sebegitu besar dijalankan.  Namun, Mahathir tidak membantah, sebaliknya merestuinya.  Kedua, selepas penangkapan 106 orang, suasana ketegangan (yang didakwa kerajaan) telah dikawal.  Persoalannya, mengapa Mahathir tetap menandatangani arahan untuk melanjutkan penahanan selama dua tahun untuk 40 orang tahanan?
Seandainya Mahathir tidak bersetuju dengan penangkapan seawalnya, tetapi terpaksa akur kerana khuatir "berlakunya konflik perkauman" - maka beliau boleh membubuh noktah kepada operasi ini selepas penahanan 60 hari.  Beliau tidak perlu menandatangani surat untuk melanjutkan tempoh penahanan - kuasa yang hanya dimiliki Menteri Dalam Negeri, dan bukan polis.
Sebagai PM, Mahathir adalah Ketua Eksekutif (kerajaan), maka beliau tidak terelak daripada tanggungjawab politik terhadap semua keputusan dan operasi kuasa eksekutif.  Sebagai Menteri Dalam Negeri, Mahathir juga tidak terelak daripada segala tanggungjawab eksekutif terhadap keputusan dan tindakan PDRM.  Kita boleh memahami keterbatasannya jikalau Mahathir sekadar Menteri Dalam Negeri - kerana Menteri Dalam Negeri mungkin membantah penangkapan polis, tetapi dihalang PM.  Namun, Mahathir adalah PM merangkap Menteri Dalam Negeri - apa lagi alasan yang ingin dikemukakan untuk membela dirinya?
Menjadi bahan lawak
Bukan kali pertama Mahathir menafikan bahawa dirinya memainkan peranan yang negatif dalam pemerintahannya.  Walaupun Mahathir adalah dalang di sebalik "krisis kehakiman 1988", namun beliau tetap berkeras untuk membela dirinya - bahawa bukan dirinya yang memecat Ketua Hakim Negara, Salleh Abas, serta dua orang Hakim Mahkamah Agung yang lain, Wan Suleiman dan George Seah, tetapi tribunal.
Krisis kehakiman 1988 bermula dengan niat Mahathir untuk mengawal kuasa kehakiman.  Sebelum tercetusnya "krisis kehakiman", beliau telah bersilat lidah dengan Salleh Abbas (gambar kanan) dalam isu kebebasan badan kehakiman, kemudian dilanjutkan pula kes kelangsungan UMNO/UMNO Baru (UMNO 11).  Tribunal yang menjatuhkan kesalahan "misconduct" (salah laku) ke atas Salleh Abas, ditubuhkan atas cadangan Mahathir kepada Yang Di-Pertuan Agung dengan kuasanya sebagai PM.  Motifnya cukup jelas.  Kini, Mahathir cuba mengasingkan diri daripada tanggungjawab ini - mungkin "muka tebal" tidak cukup untuk menyifatkan kenyataan sebegini.
Hujah-hujah Mahathir sepanjang lapan tahun yang lalu telah menghakis imejnya sebagai pemimpin dominan yang berkarisma.  Seandainya Mahathir memilih untuk mengakui kesalahan politik dirinya, dan menunjukkan keikhlasan dirinya untuk bermuhasabah; atau tetap berpegang bahawa dirinya melakukannya demi kepentingan negara ketika itu, dan berdepan dengan segala tanggungjawab dan kritikan - ia semestinya lebih baik daripada apa yang dilakukan sekarang - enggan meminta maaf, sebaliknya menolak segala-galanya kepada orang lain.
Mungkin Mahathir ingin meninggalkan catatan bertulis untuk membersihkan tanggungjawabnya, agar mempertahankan reputasi sejarahnya.  Tetapi perhitungannya silap.  Tindakan ini sekadar menambah bahan lawak tentang dirinya dalam sejarah.

Perubahan peranan parti Islam dalam negara demokrasi

Posted: 17 Feb 2011 08:01 PM PST

Oleh Abu Firdaus
Perjuangan rakyat di Mesir belum selesai walaupun peletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai presiden merupakan langkah besar.
Buat masa ini tumpuan ialah pada tuntutan berlaku di Algeria. Tidak kurang penting ialah Yaman dan Jordan. Sementara perkembangan di Sudan di mana negara itu mengiktiraf kemerderkaan Sudan Selatan wajar dilihat dalam konteks kemajuan demokrasi juga.


Peranan gerakan Islam dalam politik kini sudah berubah dan berbeza. Gagasan Negara Islam kini perlu dilihat bukan dalam bentuk eksklusif tetapi bersifat inklusif dalam kerangka demokrasi.
Kebangkitan rakyat Mesir bersama peranan besar Ikhwanul Muslimin hanya mencerminkan perkembangan pemikiran baru dalam fahaman politik Negara Islam ini.
Kalau dahulu, 20 tahun lalu, perjuangan Negara Islam dilihat dalam bentuk penubuhan Republik Islam Iran diikuti pula dengan Sudan menjadi republik Islam serta kemenangan Mujahidin yang mendirikan Negara Islam Afghanistan, kini gagasan itu telah digantikan dengan kedudukan parti Islam dalam kerangka demokrasi.
Contoh utama kejayaan peranan parti Islam dalam negara demokrasi kini dilihat di Turki melalui Parti Keadilan dan Pembangunan (AK).
Namun konsep peranan parti Islam dalam demokrasi sebenarnya dipelopori oleh Hizbullah di Lubnan yang kini menguasai negara itu setelah begitu lama berada dalam parlimen dan kerajaan Beirut.
Malah di Palestin, ternyata Hamas bersifat lebih demokratik daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dengan kesediaannya menyertai pilihan raya, dan menang pula.
Sementara Sudan pula sudah mengalami pergolakan politik yang hebat dan pelbagai sejak 20 tahun lalu dan kini muncul sebagai negara demokratik dipimpin parti Islam yang bersedia melepaskan Sudan Selatan demi menurut kehendak rakyat di situ.
Sementara di Afghanistan pula, Mujahidin yang diwarisi oleh Perikatan Utara pimpinan Jamaati Islami bekerjasama dengan pihak Amerika Syarikat untuk berusaha menjadikan negara itu demokratik dan berfungsi.
Malah gagasan demokrasi dalam negara Islam paling jelas berlaku di Iran. Pertembungan antara dua pihak, iaitu apa yang disebut sebagai golongan konservatif dan prodemokrasi adalah proses yang akan menjadilan republik Islam itu sebagai negara demokratik.
Justeru apabila berlaku kebangkitan rakyat menuntut demokrasi seperti di Indonesia, peranan parti Islam akan ketara dan menjadi penyumbang kepada kestabilan negara.
Adalah suatu yang bertmakna di Indonesia apabila gerakan Reformasi di sana digerakkan oleh tokoh Muhamadiyah, Amien Rais melalui Parti Amanat Nasional (PAN) dan presiden pertama yang dipilih rakyat pula adalah tokoh Nahdhatul Ulama, Abdurrachman Wahid melalui Parti Kebangkitan Bangsa (PKB).
Kini parti parti Islam yang dipanggil jalur tengah turut dikukuhkan dengan kekuatan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang mengambil inspirasi daripada parti AK Turki.
Maka dalam keadaan begini, dapat difahami bagaimana Ikhwanul Muslimin bergerak di Mesir, Yaman dan Jordan. Begitu juga dengan Annahdhah di Tunisia dan pewaris Parti Penyelamat Islam (FIS) di Algeria.
Di Malaysia, PAS turut serta dalam amalan demokrasi dan sejak tahun 1990 ia telah meletakkan perjuangan Negara Islam dalam konteks kerangka demokrasi.
PAS bersedia berperanan dalam negara demokrasi di bawah pimpinan Tengku Razaleigh pada tahun 1990 dan Anwar Ibrahim pada tahun 1999.
Apabila menerima demokrasi, ia memberi erti bahawa negara merupakan ekspresi politik rakyat dan bukannya milik sesebuah golongan atau parti.
Dalam tradisi Islam, seringkali disebut mengenai kehidupan berjemaah dan kesejahteraan ummah. Itulah Negara Islam dalam konteks gagasan demokrasi.

Dun Merlimau, perkiraan untung nasib PAS di bumi Hang Tuah

Posted: 17 Feb 2011 08:00 PM PST

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Hanya selang beberapa minggu sahaja pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang selesai, negara sekali lagi akan menyaksikan pertarungan satu lagi PRK iaitu di Dun Merlimau, Melaka.
Dun Merlimau merupakan kubu kuat Umno-BN sejak ianya mula didaftar sebagai Dun selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 1994.


Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Dato' Mohd Hidhir Abu Hassan yang juga merupakan salah seorang Exco Kerajaan Negeri Melaka akibat sakit jantung.
Rakyat di Melaka amnya dan pengundi di Merlimau khasnya sudah mula menerima habuan berupa 'projek mee segera' dan kebanjiran pimpinan utama negara yang sudahpun mula berkempen secara 'tidak rasmi' meskipun penamaan calon hanya akan diadakan pada 26 Februari ini.
Melaka pernah menyaksikan pilihan raya Kecil sebelum pilihan raya umum 2008 dimana pada tahun 2007 di Dun Machap.Dalam pilihan raya tersebut Barisan Nasional (BN) diwakili MCA,Lai Meng Chong yang menang besar ke atas calon DAP, Liou Chen Kuang dengan majoriti 4081 undi.
Walaupun Merlimau merupakan kubu kuat Umno sejak empat pilihan raya umum lalu, namun pastinya PAS selaku wakil Pakatan Rakyat akan menjanjikan tentangan yang sengit.
Pada awalnya, kawasan ini mahu ditandingi oleh Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi Dun Merlimau.
Namun, setelah perbincangan antara kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat diadakan, mereka bersetuju mengekalkan PAS yang bertanding di Dun tersebut sebelum ini sebagai mewakili Pakatan Rakyat.
PAS pastinya mahu mencapai kemenangan di Dun Merlimau walaupun seperti yang disebut ramai penganalisis politik sebagai suatu yang sukar.
Ini kerana Melaka adalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai wakil pembangkang Melayu terutamanya daripada PAS.
Walaupun sejak 12 pilihan raya umum lalu PAS meletakkan calonnya di Melaka, namun PAS tidak pernah berjaya menghantar wakil ke Sidang Dun Melaka.
Negeri-negeri jiran yang dahulunya dikenali sebagai kubu kuat Umno sudah berjaya ditembusi PAS dimana di Johor PAS memiliki dua Dun, Sungai Abong dan Maharani, sementara di Negeri Sembilan PAS melahirkan anak sulongnya di Dun Paroi.
Di Melaka, PAS telah meletakkan calonna di 13 kerusi Dun dalam pilihan raya umum yang lalu, namun gagal mendapat walaupun satu kerusi.
Pembangkang yang berjaya menembusi Dun Melaka hanya DAP yang mana mereka berjaya menawan lima daripada lapan kerusi yang ditandingi iaitu Dun Bachang,Ayer Keroh,Kesidang,Kota Laksamana dan Bandar Hilir.
Mengikut rekod SPR, dalam PRU-12, PAS diwakili oleh Mejar (b) Jasme Tompang menentang Allahyarham Hidhir dengan majoriti undi lebih 2000. Keadaan Dun Merlimau hampir sama dengan Dun Tenang kerana Umno memiliki kekuatan undi Melayu yang sangat tegar sokongannya kepada mereka.
Pada pilihan raya Umum 1995, Dun Merlimau menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Semangat 46 dan Umno, dan kemudiannya pada tahun 1999 PAS mewakili Dun Tersebut, namun pada tahun 2004, PAS memberi laluan kepada KeADILan, sementara mengambilnya kembali pada tahun 2008 melalui Jasme.
Mengikut rekod, PRU 2008 menyaksikan seramai 10 471 orang pengundi berdaftar layak mengundi di Dun Merlimau.
Daripada jumlah tersebut,seramai 64.69 peratus pengundi adalah berbangsa Melayu, 21.11 peratus Cina, 14.16 peratus kaum India dan baki 0.04 peratus lain-lain kaum.
Merlimau yang terletak berhampiran Daerah Jasin adalah sebuah pekan kecil yang juga merupakan sempadan negeri antara Johor dan Melaka.
Kawasan Merlimau mempunyai tujuh buah daerah mengundi iaitu Ayer Merbau, Chinchin,Jasin Lalang,Ladang Merlimau,Merlimau Pasir,Permatang Serai dan Pengkalan Samak.
Merlimau memiliki kependudukan Melayu di perkampungan tradisional yang mengamalkan adat dan budaya masyarakat Melayu Melaka yang sangat kuat.
Sementara kaum-kaum lainnya iaitu kaum Cina tinggal di Pekan Merlimau dan India pula di beberapa estate dan kampung tradisis India yang mundur sejak British meninggalkan Melaka.
Sedikit pembangunan yang diterima Merlimau sejak dua pilihan raya umum kebelakangan ini dimana memiliki pusat pendidikan tinggi iaitu Politeknik Merlimau dan Kolej Komuniti Jasin.
Melihat kepada perkembangan pilhan raya umum yang lalu dan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, Merlimau bukanlah kawasan yang boleh diletakkan sebagai kawasan yang mudah bagi PAS untuk menang.
Namun, pastinya pilihan raya kecil pertama di Melaka sejak 2008 dan pertama juga di Merlimau sejak 1994, bakal menyaksikan perubahan lanskap politik bagi Melaka.
Sumber maklumat kedua dan ketiga yang 'jarang' diperolehi masyarakat di Merlimau bakal melimpah di sana bermula 26 Februari ini.
Antara isu yang dijangkakan akan menghiasi kempen di Merlimau termasuklah :
1) Sistem Keretapi Aliran Ringan Monorail-dilancarkan pada 20 Oktober 2010 namun rosak pada hari pelancarannya.
2) Jam bunga di hadapan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah - RM500,000. Apa pentingnya jam ini untuk rakyat. Bila rakyat mohon untuk peruntukan kebajikan dan lain-lain pimpinan kerajaan menjawab tiada wang.
3) Wang peruntukan setiap Dun ialah RM325,000 tetapi sehingga kini wang ini tidak dilaporkan kepada rakyat ke mana perginya Dun ini.
4) Banjir terus berulang melibatkan beberapa tempat seperti Durian Tunggal, Sungai Rambai dan dan lain-lain. Banjir kilat juga terus melanda di banyak tempat di seluruh Melaka.
6) Menipu rakyat dengan status negeri maju di mana OECD sendiri menafikan bahawa mereka mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.
7) Jumlah anak luar nikah puratanya 2.8 orang sehari dari tahun 2007 hingga 2009
8) Lapangan Terbang yang menelan belanja ratusan juta tetapi tiada pesawat yang beroperasi
9) Melaka ditadbir oleh seorang Ketua Menteri yang didakwa terbabit rasuah semasa pemilihan Umno.
10) Eye On Melaka yang ditutup menyebabkan kerugian puluhan juta wang rakyat.
11) Kegagalan kerajaan dan negeri menguruskan harta wakaf seperti yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2009.
12) Litar Go-Kart di Durian Tunggal yang ditutup kerana tidak berdaya maju sehingga pihak pengurusan gagal membayar sewa
13) Hutang kerajaan negeri yang berjumlah lebih RM500 juta dan dijangka meningkat kepada RM700 juta seperti dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2009.
Semua isu ini pastinya menjadi buah tangan PAS kepada pengundi Merlimau sebagai doktrin agar pengundi membuat perkiraan dalam memilih wakil rakyatnya kali ini.

Kelantan dan maksiat

Posted: 17 Feb 2011 08:00 PM PST

Oleh nik mohamad abduh
Jika mereka bertanya saya, apakah yang paling manis sepanjang 8 tahun saya sebagai ahli majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI)? Saya akan menjawab, bersama menikmati usaha-usaha ke arah memantapkan perlaksanaan Islam di perbandaran Kota Bharu bersama para ahli majlis dan pegawai kerajaan di peringkat atasan dan bawahan yang begitu ikhlas, konsisten dan tanpa menghiraukan penat dan lelah.


Jika pula mereka bertanya saya, apakah yang paling pahit dan mengecewakan pula? Saya akan menjawab, ketika bungkam dan hilang kata-kata memerhati kerenah segelintir ahli majlis dan pegawai kerajaan juga, atas dan bawah yang begitu lunak cakapannya, lebat hujahnya dan bersimpang siur liatnya untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar!
Paling manis, bila saya turut menyumbang buah fikir dan turut menyertai perlaksanaan program dan projek yang baik dan berguna untuk warga MPKB dan rakyat Kelantan umumnya. Paling pahit, bila keengganan itu berlaku di depan saya dan saya mendapati diri saya kalah dan akur. Di tahun-tahun terakhir, ia begitu mendorong dan menekan saya untuk melepaskan jawatan lebih awal. Itu pastinya salah, tetapi itulah yang saya alami dan cuba memeranginya.
Akhirnya, tercipta juga satu sebab yang membolehkan saya
mengundur diri secara berhemat dan tanpa ditegur lagi. Saya masih mengharapkan daripadaNya agar tindakan saya itu tepat untuk saya dan agama saya.
Menyeru ke arah perlaksanaan syariat Islam yang syumul adalah perjuangan yang benar dan tiada yang benar selainnya di dunia ini. Melaksanakan tuntutan syariat yang dikandung kalimat mulia 'amar makruf nahi mungkar' juga adalah perjuangan yang benar dan kesukarannya sebenarnya bertambah-tambah pula.
Kala itu, yang berjaya adalah yang ikhlas hatinya, betul jalannya dan bersungguh kerjanya. Perjuangan Islam selalu songsang, tak menjadi rentak dan tarinya buat mereka yang terpasung kotak fikirnya daripada akidah yang benar, terpalit hatinya dengan lumpur duniawi dan tersadung kakinya daripada jalan yang lurus. Jika mereka sejahtera di situ, mereka masih tersisih sehinggalah mereka memacu dan memecut bersama para pejuang lain yang sentiasa segar dan istiqamah berlumba-lumba dan pintas-memintas menuju ridha Allah.
Islam adalah al Quran. al Quran adalah petunjuk dan nasihat. Jika ia tiada berkesan dan sememangnya sebahagian manusia keras dan buta hatinya daripada mendengar al Quran, maka al Quran memerlukan kuasa dan tongkat untuk menyuruh dan menghalang manusia. Apa-apa yang gagal dicabut dengan nasihat akan dicabut dengan kuasa.
Semasa baginda al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam di Kota Mekah selama 13 tahun memimpin dakwah dengan al Quran di tangannya, baginda mampu menarik sekitar 300 orang warga Mekah mendengar nasihat dan wasiat al Quran. Kemudian apabila baginda kembali memasuki Mekah 10 tahun kemudiannya, dengan al Quran di tangannya dan pedang juga di tangannya, baginda dengan tempoh yang terlalu segera telah berjaya menarik puluhan ribu rakyat kota Mekah dan sekitarnya untuk mendengar nasihat dan wasiat al Quran.
Pedang itu bukan buat memenggal leher seganasnya dan sejarahnya, tetapi cukuplah ia berisyarat, akulah teman setia al Quran. Demi tuhan, al Quran dan kuasa adalah bersaudara lagaknya. Bukankah kalam suci dan kuasa itu milik dan sifat Allah?
Justeru perjuangan membalut, menyeri dan menabal al Quran dengan tampuk kuasa adalah kerja nabi dan kerja perjuangan suci sepanjang zaman. Selagi Allah kekal hidup menjaga al Quran, selagi itulah al Quran ditawafi para pejuangnya yang kekal berjuang dan terbang syahid!
Janganlah Islam ini dikerjakan oleh mereka yang meletakkan kuasa di parlimen dan menyimpan al Quran di dalam almari, mengasingkannya daripada kehidupan sementara menunggu kehadiran majlis perarakan maulidur rasul.
Justeru ia perjuangan.
Kemudian, sesudah anda memiliki kuasa, maka mengurus kuasa adalah perjuangan juga. Ia fasa selepas fasa.
Zahirnya, kuasa pertama adalah apabila anda memiliki isteri, kemudian anak-anak. Jika mereka lari daripada nasihat al quran, anda masih memiliki kuasa. Dengan kuasa, anda mampu mengembalikan mereka ke jalan Allah. Itulah sesempurna Tindakan dalam mengurus kuasa.
Kemudian kehidupan melebar dan menjadi semakin melebar. Jika anda masih kekal berjuang memburu kuasa di Putra Jaya demi kecintaan mencantumkan al Quran dengan kuasa, maka anda telah pun memiliki selaras kuasa di Kelantan. Kecil tetapi besar. Sempit tetapi luas.
Marilah berdansa bersama kuasa dan al Quran. Kata al Quran, ajaklah rakyat Kelantan mendirikan solat lima waktu dan sembahlah Allah di rumah, di kedai, di kampung dan di bandar. Kemudian, carilah rezeki yang halal, tunaikanlah zakat dan bantulah orang-orang miskin dan lemah. Buatlah kebajikan, serulah kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran dan kemaksiatan.
Caranya? Nasihatlah dengan al Quran dan gunakan kuasa yang Allah kurniakan. Caranya? RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam adalah sebaik-baik ikutan. Hasilnya? Akan bertambah ramailah umat Muhammad terarah dan berada di jalan yang lurus dan diredhai Allah. Hasilnya? Akan kecewalah musuh-musuh tuhan daripada kalangan jin dan manusia. Itulah buah-buah manis tuaian perjuangan.
MPKB-BRI dengan kuasa sebuah kerajaan tempatan di bawah kerajaan negeri Kelantan telah melakukannya. Anda tidak akan mendapati perniagaan dan aktiviti terlarang agama di premis yang berdaftar dan diluluskan. Bahkan, wujud peraturan-peraturan kecil dan garis panduan yang berusaha menyekat sesuatu aktiviti yang secara mudah mendorong kepada keburukan dan haram.
Anda akan melihat kesungguhan MPKB-BRI memasuki medan kemasyarakatan demi menganjurkan kebajikan dan tolong-menolong yang memberi manfaat. Bahkan, agensi-agensi kerajaan negeri yang lain turut berganding bahu melibatkan diri memeriahkan usaha-usaha kebajikan yang dianjurkan ugama.
20 tahun adalah potret masa yang memisahkan Kelantan dan Kota Bharu daripada negeri-negeri lain dan perbandarannya yang begitu jauh ketinggalan. Pencapaian ini, adakah anda mahu menafikannya?
Sebelum anda menunjuki saya pusat-pusat pelacuran dan gambar-gambar bogel pelacur Kelantan, mari saya perkenalkan anda dengan apa yang anda telah ketahui.
Adakah bandar Madinah di zaman al Rasul bebas maksiat? Tidakkan? Bagaimana dunia ini bebas maksiat sedangkan dosa itu sentiasa melekat di badan, apatah di hati. Bukankah keimanan kita adalah bahawa hanya al Rasul sahaja yang maksum dan bebas dosa dengan izin tuhannya?
Bukankah nabi pernah melaksanakan hudud yang membawa erti telah berlaku maksiat zina di Madinah? Bukankah nabi pernah menyebut kepinginnya untuk membakar rumah-rumah yang kaum lelakinya tidak keluar untuk solat berjamaah bersama baginda yang bererti seruannya diingkari juga di Madinah? Bukankah nabi pernah mencela peniaga di pasarnya yang menipu dalam perniagaan?
Jika begitu, terlaksanakah atau berjayakah amar makruf dan nahi mungkar di Kota Madinah? Jangan berkata tidak! Sesungguhnya nabi dan zamannya adalah kemilau kehidupan yang memancar-mancar sebagai panduan sepanjang zaman.
Amar makruf bererti kebebasan melaksanakan kebaikan dan kemanfaatan yang disepakati bersama. Nahi mungkar bererti mencegah kemungkaran yang dilakukan secara terbuka dan dibenarkan. Kemungkaran mestilah dihimpit dan ditolak keluar sehingga ia tidak mengganggu masyarakat dengan kebusukannya.
Jika anda terpaksa menyamar dan bersusah payah menyelongkar, itu tandanya kemaksiatan telah terpinggir dan hidup ketakutan sehingga menyepi di ruang gelap.
Di Kuala Lumpur dan di bandar-bandar lain maksiat adalah halal dan haram. Terang dan cerah. Terbuka dan tertutup. senyap dan bising. Anda boleh memilih. Selera nafsu serakah adalah berbeza. Neraka seleranya berbeza juga.
Di Kota Bharu, tugas mengharamkan sarang dan pusat yang mudah mendorong aktiviti maksiat dan haram berjaya dilaksanakan pada kadar yang hampir sempurna. Lihatlah, betapa sukarnya menyimpulkan samada aktiviti karaoke, biliard, snoker, alatan syisya, tinju siam dan seumpamanya perlu dibuka atau disempitkan laluannya. Semuanya kerana kebimbangan dan wujud bukti penyalah gunaan yang membawa kepada aktiviti haram dan merosakkan.
Jika begitu, lebih-lebih lagilah pembanterasan terhadap aktiviti halal dan terbuka pelacuran, judi, arak dan sebagainya.
Tinggal lagi, bagaimana dengan aktiviti maksiat yang tidak berdaftar dan berlaku secara sembunyi dan haram di sisi undang-undang?
Anda usahlah berbangga kerana berjaya membuktikan Kelantan tidak bebas dan bersih maksiat selepas 20 tahun memerintah dengan nama Islam dengan mendedahkan pusat-pusat maksiat yang yang tak pernah pun diberi lesen itu.
PAS tak pernah pun menafikan kesungguhan kerajaan pusat memburu dadah, arak, judi dan pelacuran haram. Itu nahi mungkar yang disokong.
Apa yang PAS canggah adalah bagaimana kerajaan pusat boleh meluluskan pusat dan aktiviti yang mendorong maksiat dan kejahatan secara terbuka dan halal pula?
Mengapa kuasa dimandulkan? Tidakkah kuasa itu hak dan milik Allah yang dikurniakan kepada manusia untuk membantu al Quran di dalam kekuasaannya ke atas manusia agar mereka selamat dan sejahtera?
Jadi, jika kerajaan pusat yang memiliki kekuatan 100 kali ganda kuasa berbanding kerajaan Kelantan pun tak mampu mengisytiharkan kejayaan membanteras pelbagai aktiviti haram tersebut, maka bayangkanlah kesukaran kerajaan Kelantan juga.
Fahami ini jika anda seorang yang berakal, insaf dan takutkan murka Allah.
Sesudah anda memahami ini, ketahuilah kekuatan dan kuasa sebenar adalah pada diri sendiri. Kita menyebutnya sebagai sumber manusia. Atau modal insan. Dalam menyeru kemakrufan dan mencegah kemungkaran, keberkesanan terlalu bergantung kepada iman di dada dan dorongannya yang kuat untuk melaksanakan tugas dan amanah Allah ke atas hambaNya.
Jika saya dibenar bercakap lantang, saya akan lahirkan rasa bangga dengan rakan-rakan di MPKB yang begitu ikhlas dan bersungguh-sungguh melaksanakan misi kerajaan negeri untuk membangun bersama Islam.
Tetapi demi keadilan dan keinsafan, saya terkadang menjadi kecewa dan muak dengan segelintir warganya, ahli majlis dan pegawai MPKB yang tidak pun membantu kemeriahan berkerja, bahkan mengusutkan dan melambatkan kerja-kerja benar dan disukai Allah.
Paling menyayatkan, mereka berhujah semacam mereka ini pakar di dalam siasah syar'eiyah pula. Semoga Allah menemukan kita dengan penyelesaian.
Kawan saya, seorang doktor pulang dari ibadah haji beberapa bulan lepas. Bukan buah tamar dan kismis, tetapi sebuah buku dalam teks Arab telah dihadiahkan kepada saya tulisan seorang ulama terkenal, Doktor Salman al Audah bertajuk 'Terima Kasih Wahai Musuhku'.
Isinya tentu menarik. Saya masih belum membacanya kerana dalam telaah beberapa kitab lain.
Terima kasih sahabatku. Terima kasih juga wahai musuhku. Tak kiralah syeikh-syeikh Firaun yang telah tumbang di Mesir itu atau syeh-syeh Quraish yang sedia menanti tumbang diterjang sunnah Allah ke atas penjarah di muka bumi ini.

Politics or limbo rock: How low can you go

Posted: 17 Feb 2011 07:58 PM PST

Politics or limbo rock: How low can you goWith each passing day, we witness how low politicians are willing to go just to get what they want. The question is: how low can the rakyat go?
The General Elections is bound to come some day soon. And the rush to run each other down is shifting into very high gear as the politicians stoop so very low to impress their potential voters.
From smearing individuals with sexual crimes that clearly hinge on pornographic details within court rooms, to even commenting about 'expensive' clothes – that's how low we are going.
It certainly betrays any sensibility if you take inventory of the Sodomy II trial, just as much as it sends shivers down ones spine when you recall the Mongolian murder episode. It is like a nightmare to know that a sexually straying individual can be the chosen party leader of a coalition (in the BN). And lest we forget we even have someone who was condemned by the court of justice is back into the loop of politics and riding high.
Politicians also have no moral qualms as they shoot from the mouths without any restrain. From hollering threats to ban foreigners who express opinions of Malaysia to spewing accusations upon revered individuals – these seem to be the trading currencies of Malaysian politicians of today.
How do we claim to be producing a future generation of exemplary human capital when our pathways are strewn with indecency? How can we claim to be doing this and that for the children of Malaysia when we court with immorality within the hallways of governance?
Just look at the Sodomy II unfolding within the Court of Justice? Every child who reads the newspapers or combs the net has been initiated into learning about oral and un-natural sex, semen and crotch and public hair. And mind you that is how low our politicians will go just to kill off their rival.
You do not get any intellectual arguments to prove oneself as a better candidate than the opponent. You do not get any wise statements to win admiration from the potential voter. What you do get is statements to the effect of 'what is wrong with corruption; it is everywhere'.
That is how low the going is today.
Today it is 'anything goes' as long as you can finish-off an opponent. And the worst thing is all these are largely coming from the ruling party politicians.
Even our Pime Minister who should be setting the standards of igh moral grounds has in no uncertain trms spelt out that "if BN cannot win no one else can or should win". Now that is not the dictum of democracy.
Losing an election cannot be accepted as the people's right to choose a government. And again the PM is said to have warned "even if our odies are crushed and our lives lost, brothers and sisters, whatever happens, we must defend Putrajaya."That in essence summarizes the 'how low' we have gone today.
Whether we like it or not Malaysia has gone to the low of being a police state. So says the Tun Dr Mahathir and so too said our honorable Bapa Merdeka. And the lowest of the lows is that of racism and religion-tampering.
The challenge now is for the rakyat to wake up from their drugged stupor of thirty years. They should not allow the politicians to get them to also dance to their limbo of 'how low can you go'.
If we Malaysians do not wake up now and say affirmatively and collectively that enough is enough, then one day in the not too distant future we may never be able to travel abroad and proudly proclaim that we are from Malaysia for the world would have had an opinion of us all – the people of the lowly of 'low' countries.
One way is to walk away from any political rally where the speaker is dipping too low on the moral bar. We must also learn to register our disapproval and not just comfort ourselves that we will teach the low-politicians a lesson on polling day. This is where God fearing and dignified politicians and political parties as well as organizations and NGOs can come to the fore and help make a stand.
Just take a read of all news around the world. Malaysia stands out as the only country that has on its entire political turf issues like 'First Lady of Malaysia'; "C4 killings"; Sodomy I and now a sequel called Sodomy II; anti-this and anti-that; court cases that drag and drag with so much of drama costing tax payers money; and a whole lot of other 'how low can we go' episodes.
It is surprising that we can continue to live with all these low bending. But for how long?

Close down NS camps till a probe is completed: What say you, Rosmah?

Posted: 17 Feb 2011 07:57 PM PST

Close down NS camps till a probe is completed: What say you, Rosmah?In the past few days, two National Service trainees died from different causes and at separate hospitals. Ironically, just last month 'First Lady' Rosmah Mansor was reported to have praised the NS. Will she come to the rescue of the camps now?
When we heed the call of duty to our nation and entrust our child to the camp commander and his team, we expect that responsibility to be upheld, and that trust to be respected.
Two deaths and a girl lying in coma, within four days, should be reason enough to temporarily close the camps and have each undergo a through and detailed examination. Camps should only reopen when they are given the all-clear.
If the NS programme is to be successful, then both parents and children should feel confident. Those whom we hold responsible cannot neglect their moral and legal obligation, and fail in their duty of care towards their charges.
On January 2, Mohamad Zulhaili Noraihan, 17, from Kuala Lumpur, died of meningoencephalitis (bacterial infection of the brain) at the Queen Elizabeth Hospital. He had reported for training at the Wawasan Papar camp in Sabah.
A medical form prior to his entry to the camp had stated that he was being treated for nephrotic syndrome and that he suffered from gastric and kidney problems and had previously suffered from head injuries.
NS Department director-general Abdul Hadi Awang Kechil said, "He was treated initially at a clinic at the camp on Jan 24 for a pain in the ear and also on Feb 10 for fever and headache."
He said Mohamad Zulhaili was referred to Papar district hospital and when his headache worsened, he was transferred to the Queen Elizabeth Hospital.
He developed fever after swimming with friends in a pond at the camp.
In another case, Fatini Aqilah Fadhil died of neutropenic sepsis (leukaemia) at the Raja Permaisuri Bainun Hospital in Ipoh.
Fatini, 17, was based at the Chenderiang camp in Tapah and had reported for duty on 2 January.
Abdul Hadi said, "She was given a Chinese New Year break like other trainees from Feb 2 to Feb 6."
Fatini was admitted to the intensive care unit at Taiping Hospital on Feb 7.
In the third case, NS trainee A, Tamilarasi developed a high fever at the PDS Resort camp in Port Dickson. She subsequently fell into a coma.
Spokesman Mej Mohd Rafee Zain said that the authorities had not referred her to the hospital as her condition had not been serious.
He said, "She was still able to attend all the programmes. Our medical staff examined her thoroughly to ensure she was able to undergo training."
He stressed that the camp authorities were not negligent in not referring her to a government clinic or hospital.
He said, "We always have medical officers who examine trainees showing signs of being ill. When she was here, her condition was not serious enough to warrant her being sent for treatment outside the camp."
Tamilarasi is in a life-threatening condition at the Tuanku Ja'afar Hospital intensive care unit where she has been warded since 8 February.
After the five-day Chinese New Year break, Tamilarasi did not return to camp. Her father said a private clinic had given her seven days' medical leave. She slipped into a coma the next day.
Tamilarasi's father K. Anandan, 39, said doctors had told him that the girl might require dialysis and minor surgeries.
He said, "They (doctors) are almost certain that she must have contracted an illness during training."
Our National Service, or Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) has high ideals. It aims to foster racial integration among our youth, make them more disciplined, have strong moral convictions and not be averse to volunteering
Our child should be enriched by his or her experience. But when they fall seriously ill or when their safety is compromised and in a few tragic cases, when death has occurred, someone has to be held accountable.
The death of two teenagers in the past four days, with one in intensive care is worrying. It is the latest in a string of illnesses and deaths in the LPKN camps.
If those who suffer from a pre-existing medical condition are exempt, then how come Mohamad Zulhaili and Fatini were required to do their National Service.
Those parents who wave goodbye to their children on national service duty are anxious. They read with alarm about the sickness, food poisoning and safety lapses in the camps dotted all over Malaysia.

The government must make it a priority to sort out the camp management structure, and ascertain if the medical officers at the camp are adequately trained, that outbreaks of disease is prevented (zero tolerance) and better safety is practised in them.

Gelombang politik Asia Barat

Posted: 17 Feb 2011 07:55 PM PST




SIAPAKAH pemimpin yang akan digulingkan selepas Hosni Mubarak? Mampukah rakyat Iran menggugat pemerintahan Presiden Mahmoud Ahmadinejad atau berjayakah Yemen menuntut pembaharuan politik sekali gus peletakan jawatan Presiden Ali Abdullah Saleh?
Teka-teki kini bermain di fikiran masyarakat dunia mengenai kepincangan pemerintahan di negara-negara di Asia Barat. Ternyata, rakyatnya enggan menunggu lama untuk memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat yang ditindas selama ini.
Penggulingan Hosni Mubarak hasil demonstrasi pembangkang itu ternyata bukan penutup tirai pemberontakan di Mesir. Ibarat tsunami, gelombangnya telah menghempas kerusi-kerusi pemerintahan pemimpin negara Asia Barat sehingga mereka tidak lagi dapat duduk dengan selesa.
Pemberontakan kumpulan pembangkang di Mesir adalah pencetus yang membangkitkan suara rakyat di negara-negara Asia Barat yang selama ini membatu. Mesir menjadi teladan kepada jiran-jirannya di sekiranya mereka mahu pembaharuan berlaku dengan pantas.
Di Teheran, Iran, ketua pembangkangnya, Mahdi Karroubi berkata, dia sanggup membayar apa juga harga bagi membawa perubahan demoktarik kepada negara berkenaan menerusi demonstrasi jalanan yang diketuainya.
Tindakan yang mungkin membawa Karroubi ke tali gantung itu bukan sahaja bagi menyokong pemberontakan yang dilancarkan oleh penduduk di Mesir tetapi untuk membuka pekung pemerintahan pemimpin negara berkenaan, Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

AHMADINEJAD turut terkena tempias gelombang pembangkang di Iran.


Dalam kejadian sama yang membabitkan beribu-ribu aktivis pembangkang Iran, dua individu maut sementara beberapa yang lain mengalami kecederaan manakala berpuluh-puluh penunjuk perasaan telah ditahan kerana menyertai protes haram yang bertujuan menguji kekuatan kumpulan reformis di republik Islam tersebut.
Laungan Allahu Akbar kedengaran dari atas bumbung beberapa bangunan di Teheran dalam mengenang kejadian protes yang dilancarkan ke atas Presiden Mahmoud Ahmadinejad pada 2009.
Tunjuk perasaan jalanan besar-besaran yang berlarutan selama sebulan itu dan mengakibatkan lapan orang maut, selain beberapa penangkapan serta pelaksanaan hukuman mati.
Laporan Fars mengenai keganasan penunjuk perasaan itu jelas menggambarkan pendirian keras pihak berkuasa untuk membendung kebangkitan semula pihak pembangkang.
Penunjuk perasaan
"Dua individu ditembak mati oleh penunjuk perasaan yang mengadakan perhimpunan di Teheran, manakala beberapa yang lain mengalami kecederaan," lapor Fars tanpa memberikan butiran terperinci.
Bagaimanapun, pendirian pihak berkuasa sehingga menyebabkan kematian itu hanya menyemarakkan lagi semangat aktivis pembangkang yang mahu kemenangan seperti dinikmati pemberontak Mesir turut berlaku di Iran.
Beberapa penunjuk perasaan di Iran melaungkan, 'Mati kepada diktator' semasa protes yang berlarutan di sesetengah kawasan sehingga lewat malam itu.
Gelombang pemberontakan yang turut memasuki Bahrain bagi mencabar pemerintahnya di negara Teluk yang merupakan sekutu penting Barat selain menempatkan Armada kelima tentera laut Amerika Syarikat (AS).
Kemiskinan dan kadar pengangguran yang tinggi telah memberi tekanan kepada rakyat Bahrain yang merupakan pengikut mazhab Syiah.
"Rakyat mahu rejim digulingkan," laung penunjuk perasaan sambil menumbuk dada mereka yang melambangkan simbol pengorbanan dan kesedihan.
"Kami menuntut hak kami secara aman. Saya yakin kehadiran kami dalam jumlah besar akan membolehkan hasrat kami tercapai," kata seorang pelajar universiti, Bakr Akil, 20, yang memakai kain selimut berlumuran dakwat merah dalam satu demonstrasi.
Penunjuk perasaan mendakwa pemerintah dari puak Sunah yang memerintah negara tersebut telah mengenepikan mereka daripada mendapat kemudahan perumahan, penjagaan kesihatan dan pekerjaan dalam sektor awam.
Ketika ini, penunjuk perasaan mahu Perdana Menteri, Sheikh Khalifa Salam al-Khalifa berundur berbanding Raja Hamad Isa al-Khalifa yang mempunyai kata putus dalam politik.
Terdahulu, kekerasan pihak berkuasa telah menyebabkan kehilangan nyawa seorang. Ali Abdulhadi Mushaima, 21 menjadi korban pertama selepas demonstrasi besar-besaran yang diadakan di Teluk selepas kejatuhan Presiden Hosni Mubarak di Mesir.
Ali terbunuh selepas ditembak semasa pertempuran dengan pasukan keselamatan yang cuba menyekat protes Hari Kemarahan bagi menuntut kebebasan dan hak politik lebih luas daripada kerabat diraja yang memerintah Bahrain.

RAKYAT Bahrain terutama penyokong Syiah mengibarkan bendera kebangsaan mereka di Dataran Pearl, Manama.


Bantahan meningkat
Sekurang-kurangnya 25 orang cedera dalam pertempuran itu, dua daripada mereka dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terkena tembakan.
Bagaimanapun, seorang lagi pemuda maut selepas menyertai perhimpunan perarakan jenazah Ali dalam protes besar-besaran awal minggu ini. Dia meninggal dunia akibat terkena tembakan peluru penabur yang dilepaskan semasa kekecohan berlaku.
Kematian lelaki itu bakal meningkatkan protes dan hanya memarakkan api kebencian kepada pemerintah di Bahrain.
Bahrain yang majoriti rakyatnya bermazhab Syiah diperintah oleh kerabat diraja Sunah pimpinan Raja Hamad Al-Khalifa yang menguasai jawatan Perdana Menteri dan kementerian-kementerian penting.
Pertempuran di Yemen juga adalah bagi menuntut pembaharuan politik dan peletakan jawatan Presiden Ali Abdullah Saleh.
Di kalangan 23 juta rakyat di negara itu, 40 peratus hidup dengan pendapatan kurang daripada AS$2 (RM6.20) sehari, satu pertiga mengalami kelaparan kronik dan satu dalam dua orang memiliki senjata api.
"Revolusi lebih mudah berlaku di Yemen berbanding di Mesir kerana kemiskinan di sini lebih teruk dan lebih ramai rakyat yang kelaparan," kata Tawakul Karman yang merupakan pengerusi Wartawan Wanita Tanpa Rantai.
Penunjuk perasaan yang kebanyakannya pelajar universiti, peguam dan aktivis hak asasi itu melaungkan slogan mengutuk Saleh dan samseng-samseng presiden itu.
"Rakyat mahu menggulingkan rejim," laung mereka yang mengulangi slogan penunjuk perasaan di Mesir. Sepasukan kecil polis cuba menyuraikan penunjuk perasaan dengan gas pemedih mata dan belantan tetapi mereka meneruskan perarakan dari Universiti Sanaa menuju ke pusat bandar.
Ramai anggota polis dan hampir 2,000 penyokong kerajaan menantikan penunjuk perasaan tersebut di pusat bandar Sanaa. Tetapi, demonstrasi itu dijangka bertambah besar apabila ratusan lagi pelajar dan aktivis menyertai perarakan di ibu kota ini.
Awal minggu ini, batu dilontar dan belantan diayunkan di tengah Sanaa apabila penunjuk perasaan bertempur dengan polis dan penyokong Saleh. Pertempuran antara polis dengan beribu-ribu penunjuk perasaan juga tercetus di bandar Taez, selatan Sanaa semalam, menyebabkan kecederaan.
Sementara itu, Presiden Barack Obama dalam pendiriannya ke atas pemberontakan yang berlaku di negara-negara Asia Barat memberitahu, beliau percaya bahawa pemilikan kuasa se cara paksaan tidak akan bertahan lama, merujuk kepada pemerintahan Mesir di bawah Hosni Mubarak yang tidak direstui sebahagian rakyatnya.
Kuasa moral
Beliau berkata, pengajaran yang dapat diambil oleh semua negara ialah, mereka hanya dapat melihat perubahan yang berkekalan dan mendapat sokongan dalaman dan anta rabangsa, apabila ia datang melalui kuasa moral. Beliau bagaimanapun berdiam diri mengenai siapa yang harus mengambil alih pemerintahan Mesir serta perubahan yang harus dilakukan.
Dalam pada itu, pergolakan yang berlaku di negara-negara Asia Barat telah menimbulkan kebimbangan Israel seandainya ia mampu memandu agenda anti-Israel oleh rakyat Mesir. Jurucakap AS John Boehner memberi jaminan bahawa mereka akan berdiri di belakang Israel yang di anggap berkongsi nilai yang sama sekali gus mementang musuh sama dalam bentuk keganasan ekstrem.
"Orang-orang Israel telah banyak berkorban demi keamanan dan kestabilan. Dengan perubahan yang pantas berlaku di Asia Barat, AS akan bergabung dengan Israel bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau berke naan," katanya.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff ketika dihubungi berkata, kerajaan yang gagal memenuhi tuntutan asas rakyatnya sebaiknya turun daripada takhta pemerintahan supaya dapat digantikan dengan kerajaan baru yang lebih baik.
"Negara-negara Asia Barat yang selama ini berdiam diri mendapat ilham selepas kejatuhan Hosni Mubarak untuk menuntut hak-hak mereka yang selama ini diabaikan oleh pemerintah negara setelah sekian lama.

KEMISKINAN di Yemen menyebabkan rakyatnya bangkit untuk menuntut perubahan.


"Selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi, pemberontakan tidak akan berakhir tetapi merebak dengan pantas bukan sahaja di negara-negara Asia Barat tetapi juga di negara-negara lain seperti Algeria," katanya.
Menurut beliau, penduduk di negara terbabit berhadapan masalah luar biasa sejak sekian lama terutama jurang taraf hidup yang terlalu luas. Dengan erti kata lain, ada masyarakat kaya yang semakin kaya dan masyarakat yang hidup miskin dan semakin melarat.
"Masalah kemiskinan tegar, pengangguran yang tinggi, pendapatan yang terlalu rendah telah mendesak golongan yang selama ini ditindas dan hak mereka dinafikan bangkit menuntut keadilan serta tidak peduli lagi dengan ancaman yang bakal dihadapi," katanya.
Tambah Agus, perkara paling mustahak yang dituntut golongan berkenaan ialah perubahan yakni kehidupan yang lebih selesa dan ruang untuk terlibat dalam politik.
"Dua perkara ini adalah asas yang dapat menyelamatkan sesebuah kerajaan daripada digulingkan. Selagi perut rakyat dijaga, tiada yang hidup dalam kelaparan selagi itu kerajaan akan selamat," katanya.
Selain itu, masalah korupsi tidak dapat dielakkan sekiranya pemerintah yang sama menduduki kerusi pemerintahan melebihi dua penggal.
"Pemerintah tidak seharusnya meneraju negara melebihi dua penggal. Sekiranya mereka masih berkuasa melebihi sepuluh tahun, akan berlaku masalah rasuah secara berleluasa," katanya.

Sistem Dajjal : Tenaga Ritual...Bah 1 (BahteraWawasan)

Posted: 17 Feb 2011 07:54 PM PST

Definisi tenaga:
"Kapasiti daya kekuatan akibat hasil rangsangan sumber-sumber tertentu melalui kaedah-kaedah tertentu seperti makanan, air, cahaya matahari, kilat, angin, ombak, arang batu, sumber fosil atau sebagainya yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu aktiviti fizikal atau operasi mesin." – British Columbian Encyclopedia.


Definisi ritual:
"Upacara keagamaan di sesuatu lokasi penyembahan tertentu yang memerlukan elemen-elemen tertentu dalam sesebuah kepercayaan seperti perbuatan, percakapan, kelakuan atau bacaan yang dianggap suci bagi melengkapkan upacara agama termasuk yang dilakukan secara rutin atau bermusim." – Encyclopedia of Spiritual.

Dalam Islam, kita menamakan ia sebagai ibadah dan ibadah mempunyai maksudnya yang tersendiri, ia bukan sekadar ritual.

Definisi ibadah menurut sumber Islam:

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaan-Nya." (Quran, al-Zariyat: 56-58)

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam". (Quran, al-An'am: 162)

"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka." (Quran, al-Sajadah: 16)

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah." (Quran al-Hasyr: 21)

Sabda Rasulallah: "Tidaklah beriman dengan Al-Quran oleh orang yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran" (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Islam menerusi al-Quran menetapkan maksud ibadah dengan sangat jelas, mencakupi perbuatan, keimanan, ketakwaan, perasaan takut kepada Allah Maha Satu, ketaatan dan berserah diri kepada Allah supaya ditaati oleh manusia, jin dan segala makhluk yang ada di langit dan di bumi.

--- Jadikan definisi dan petikan al-Quran serta hadis yang disebutkan di atas sebagai bekal untuk memahami artikel ini serta sambungan-sambungannya. --

Sandarkan juga pemahaman anda terhadap perkara-perkara ini sebelum mengikuti artikel ini:

Untuk memahami artikel ini, kita juga harus sandarkan pemahaman kita terhadap keperluan beramal dengan ayat-ayat al-Quran serta amalan-amalan yang digariskan dalam Islam. Kita sebagai umat Islam sedia maklum bahawa mengamalkan bacaan ayat-ayat tertentu mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Sandaran pertama: Kita percaya bahawa dengan membaca ayat Kursi dalam surah al-Baqarah boleh menghindar diri kita daripada gangguan jin dan syaitan kerana khasiatnya yang mampu membakar jin dan syaitan yang kafir sehingga rentung. Namun adakah kita nampak seolah-olah ada peluru atau laser yang keluar menembak jin-jin kafir itu semasa kita membacanya? Kita tak nampak semua itu kan?

Sandaran kedua: Kita percaya bahawa laungan azan pada setiap kali masuk waktu solat juga mempunyai khasiat menghalau jin kafir dan syaitan yang berkeliaran di setiap sudut dunia untuk menyesatkan manusia. Malah jika anda perhatikan, kebanyakan bayi (tidak kira bangsa atau agama) yang di bawah umur setahun akan terdiam seketika daripada menangis atau ketawa pada setiap kali azan dilaungkan, malah jika kita perhati, bayi itu mengamati keindahan azan (kerana hatinya diciptakan bersih). Tetapi, adakah kita nampak seolah-olah ada kereta kebal bergerak laju menghalau jin-jin kafir semasa azan dilaungkan? Juga, adakah kita nampak seolah-olah ada sesuatu yang membuatkan bayi itu tenang dan diam mengamati keindahan azan semasa ia berkumandang?

Sandaran ketiga: Kita percaya bahawa setiap amalan baik oleh setiap hamba yang soleh akan diangkat oleh Allah untuk dihisab sebagai pahala. Manakala setiap amalan buruk yang mendatangkan dosa pula akan terawang-awang di langit menunggu waktu kita bertaubat sebelum mati dan mendatangkan kemurkaan Allah (dosa akan terhapus apabila bertaubat nasuha, insya-Allah dengan kehendak Allah), dan jika tidak sempat bertaubat, amalan buruk itu akan diangkat menjadi dosa yang menunggu azab. Mohon maaf jika sandaran ketiga ini silap.

Sandaran keempat: Setiap amal ibadah memerlukan tenaga untuk disempurnakan, solat perlukan tenaga, puasa perlukan tenaga, zikir perlukan tenaga. Hasil memanfaatkan tenaga yang diberikan oleh Allah untuk melakukan perbuatan yang diredhai-Nya akan dibalas menjadi pahala. Ringkasnya, guna tenaga ke jalan Allah akan mendatangkan pahala (dengan izin Allah). Pahala hasil dari tenaga yang digunakan itu akan diangkat ke langit sebagai amalan soleh. Pahala (hasil tenaga positif) naik ke langit. Juga mohon maaf jika sandaran keempat ini salah.

Sandaran kelima: Setiap perbuatan mungkar (mengabaikan perintah Allah) juga memerlukan tenaga, berzina perlukan tenaga, membunuh juga perlukan tenaga, minum arak juga perlukan tenaga, menyembah syaitan juga perlukan tenaga, memaki hamun juga perlukan tenaga. Penggunaan tenaga di jalan salah akan bertukar menjadi dosa. Dosa hasil dari penggunaan tenaga di jalan salah akan terawang-awang di langit dan mengundang kemurkaan Allah. Dosa (hasil tenaga negatif) mengundang kemurkaan Allah. Malah akan mendatangkan malapetaka (termasuk kiamat) sebagai balasan perhitungan kepada manusia dengan kehendak-Nya. Juga mohon maaf jika sandaran ini juga salah.

(sandaran-sandaran juga ini akan diguna dalam sambungan-sambungan topik Tenaga Ritual) (kami tidak paksa anda percaya 100 peratus, hanya Allah yang lebih mengetahui mengenai kebenaran sandaran-sandaran ini)

Selamat datang ke topik mistik dan sedikit saintifik. Gunakan segala info awal yang telah diberikan melalui artikel-artikel sebelum ini untuk memahami artikel ini.

Bersambung

Kerdau: BN Pahang kemuka empat nama

Posted: 17 Feb 2011 07:53 PM PST

KUANTAN, 18 Feb — Barisan Nasional (BN) Pahang telah mencadangkan empat nama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak untuk dipilih sebagai calon dalam pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau.
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengerusi BN Pahang, berkata kesemua mereka merupakan bakal calon yang boleh menang, bertepatan dengan kehendak Perdana Menteri sebelum ini.
"Memandangkan kerusi ini selama ini ditandingi Umno, keempat-empat nama itu adalah daripada Umno," katanya selepas menghadiri majlis makan malam anjuran sebuah syarikat di sini malam tadi.
Ditanya sama ada faktor kesihatan diambil kira dalam pemilihan itu, Adnan berkata: "Kalau sihat tetapi orang tidak suka, kita tidak akan pilih, kita pilih calon yang disukai orang."
Kerusi Kerdau kosong selepas penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, daripada BN, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya pada 12 Februari lepas.
Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin mendapat 2,520 undi.
Adnan berkata BN akan menggunakan pendekatan yang disukai orang ramai bagi meraih sokongan pada pilihan raya kecil itu nanti.
"Penduduk Kerdau ini terdiri daripada orang yang matang dan tidak mudah diracuni fikiran," katanya. — Bernama

Solat Yang Sempurna

Posted: 17 Feb 2011 07:51 PM PST

Oleh Wan Aminurrashid W Abd Hamid


SESUNGGUHNYA solat yang dilakukan setiap Muslim lima kali sehari semalam bukan sahaja kewajipan yang mesti dilaksanakan, tetapi tujuan solat itu sebenarnya selain berkomunikasi dengan Allah dan menunjukkan kepatuhan terhadap-Nya, juga untuk membentuk dan mendidik manusia menjadi insan soleh.


Namun, hal itu boleh berlaku jika solat itu dilaksanakan dengan sempurna dalam erti kata sebenar. Sebab itu, kadang-kadang kita hairan kenapa ramai orang menunaikan solat, tetapi masih melakukan perkara dosa dan tidak menjauhi larangan Allah. Sudah tentu ada sesuatu tidak kena dengan solatnya iaitu sama ada tidak khusyuk ketika melakukannya, manakala rukun dan gerakan solat tidak sempurna. Kalau tidak, masakan Rasulullah menyuruh orang yang sudah melakukan solat supaya mengulangi solatnya hingga tiga kali. Sebabnya, ketika solat, orang itu belum menyempurnakan wuduknya, takbirnya, berdirinya, bacaannya, rukuknya, sujudnya dan toma'ninahnya (tertib).
Rasulullah (SAW) bersabda bermaksud:
"Mahukah kamu aku beritahu mengenai seburuk-buruk pencuri?" Sahabat bertanya: "Siapakah dia wahai Rasulullah?" Nabi menjawab: "Orang yang mencuri dari solatnya." Sahabat bertanya: "Bagaimana seseorang mencuri dari solatnya?" Sabda Baginda: "Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya."
Solat bernilai di sisi Allah ialah solat yang ada pengaruhnya dalam kehidupan yang dapat membentuk keperibadian Muslim yang unggul. Solat itu dapat menghindar daripada berlaku pelbagai perkara mungkar dan mengikis sifat mazmumah atau keji, sesuai dengan firman Allah bermaksud:
"Dan dirikan solat, sesungguhnya solat (yang sempurna) itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar." (Surah al-Ankabut: 45).
Solat tidak cukup untuk menghalang perbuatan keji walaupun memenuhi ketentuan sebenarnya jika di luar solat seseorang itu tidak menjaga dirinya daripada hal negatif. Solat yang sempurna dan bernilai hikmahnya terpancar dalam kehidupan seharian.
Apabila solat itu mempengaruhi kehidupan seharian bermakna pelaku solat berkenaan berjaya mendirikan solat bermutu, sesuai dengan ajaran Rasulullah (SAW).
Seseorang itu dikatakan benar-benar solat apabila lengkap dan terlaksana gerak badan serta gerak jiwa (dijiwai dan dihayati solat itu). Dengan sepenuh jiwa dia mengabdikan diri terhadap Allah dan bermunajat kepada-Nya. Ketika solat, ingatannya kepada Allah semata-mata. Inilah dimaksudkan firman Allah:
"Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Aku (Allah)." (Surah Taha: 14).
Untuk mencapai kesempurnaan solat yang dapat membentuk peribadi mulia, tentunya memerlukan ilmu. Oleh itu, setiap Muslim perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan keagamaan, kerana walau apapun menuntut ilmu adalah kewajipan kepada setiap individu Muslim.

Kantoi Lagi : Kelab malam baru di Melaka, jom buat maksiat!

Posted: 17 Feb 2011 07:50 PM PST

Berita baik kepada pengunjung-pengunjung setia pusat-pusat maksiat terutama yang berdekatan dengan Negeri Melaka. Sebuah lagi kelab malam baru muncul di Melaka, anda boleh berhibur, mabuk dan menari bersama gadis-gadis jalang yang cantik lagi seksi.


Selari dengan niat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan terulung di rantau ini, Ketua menteri Melaka mengambil langkah pantas menyahut seruan kerajaan satu Malaysia Najib dengan meluluskan satu lagi pusat maksiat untuk penduduk negeri Melaka.



Teruskan menyokong kerajaan! Pergi mati dengan hukum hakam, judi maksiat boleh saja dihalalkan asalkan mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada kerajaan 1 Malaysia yang mendahulukan pencapaian.



ReJaM© "Hidup Barisan Nasional! Hidup 1 Malaysia! Hidup maksiat!"

Islam tertindas di Melaka, tak boleh pakai tudung

Posted: 17 Feb 2011 07:49 PM PST

Islam semakin tertindas nampaknya di bumi Hang Tuah, Melaka Bandaraya Bersejarah. Laman web Malaysiawaves 12 Nov 2010 menceritakan Mahkota Hospital Melaka Tidak Izin Pekerja Wanita Pakai Tudung. Sebelum ini pun pada bulan April 2010 dalam Utusan Malaysia keluhan seorang wanita Melayu Islam mengadu sukar untuk bekerja di Bandaraya Bersejarah kerana isu tudung. Kenapa Islam begitu HINA di BUMI MELAKA ? KENAPA ?

Apa ke tidaknya Bangunan dan TANAH Majlis Agama Islam Melaka pun dah TERJUAL bukan DIJUAL pada BC Lim Enterprise menurut laporan Ketua Audit Negara 2009 yang dilaporkan pada pautan berikuthttp://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html

Mana pergi keturunan Hang Tuah di Melaka ? Apa kamu semua DAYUS ? Bangsat sangatkah orang Melayu di Melaka ? - sumber

***********************
Friday, November 12, 2010
Mahkota Hospital Melaka Tidak Izin Pekerja Wanita Pakai Tudung

Dalam negeri yang dikuasai sepenuhnya UMNO ini, hospital Mahkota Melaka telah tidak mengizinkan pekerja wanita mereka memakai tudung. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya betapa pekerja2 wanita ini memakai ID yang ada gambar mereka memakai tudung, tapi di depan saya mereka membuka tudung.

Rupanya, ia adalah arahan rasmi dari pentadbiran Hospital Mahkota Melaka.

Ikutilah rakaman perbualan Tulang Besi dengan salah seorang dari pekerja Mahkota Hospital dengan klik di bawah:
http://www.4shared.com/file/P7W8y8ib/Tidak_Boleh_Pakai_Tudung_di_Ma.html

Sumber artikel http://www.malaysiawaves.com/2010/11/mahkota-hospital-melaka-tidak-izin.html

SUKARNYA MENDAPAT KERJA HANYA KERANA MEMAKAI TUDUNG
Utusan Malaysia 20 Apr 2010

SAYA merupakan pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Saya menetap di luar bandar dan perawakan saya ialah seorang gadis bertudung sesuai dengan identiti saya sebagai seorang Muslimah.

Sementara menunggu peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, saya mengambil kesempatan menggunakan masa yang terluang untuk bekerja.

Harapan saya agar pendapatan yang diperoleh nanti dapat menampung sedikit sebanyak keperluan saya, terutama untuk memulakan pengajian nanti.

Saya memulakan langkah mencari pekerjaan di sebuah hotel yang terletak di Bandaraya Bersejarah selepas terbaca iklan mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan. Saya memohon untuk bekerja di bahagian pembersihan (house keeping).

Penemuduga itu bersedia menerima saya sekiranya saya bersedia untuk tidak memakai tudung.

Penemuduga juga memberitahu ia adalah syarat 'normal' untuk bekerja di hotel. Mungkin salah saya kerana tidak mengetahui akan syarat itu kerana kehidupan saya yang tidak terdedah dengan suasana di hotel.

Mungkin juga tidak keterlaluan jika dikatakan itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di hotel. Namun jauh di sudut hati saya terselit rasa kesal kerana saya tidak berupaya menerima pekerjaan tersebut kerana syarat 'normal' itu.

Selepas itu saya turut memohon pekerjaan di sebuah pusat membeli-belah yang baru dibuka.

Banyak kedai yang menawarkan jawatan kosong sebagai pembantu kedai. Tetapi apabila ditanya majikan turut meletakkan syarat 'normal' itu untuk saya diterima bekerja. Malahan kedai yang menjual barang permainan untuk kanak-kanak turut meletakkan syarat tersebut.

Saya berasa begitu tersinggung dengan keadaan ini. Saya tidak faham. Islam ialah agama rasmi negara tetapi sensitiviti berhubung agama ini diabaikan.

Sememangnya bukan salah mereka meletakkan syarat 'normal' itu. Tetapi adakah menjadi kesalahan saya berpenampilan sewajarnya yang ditetapkan oleh agama saya?

Mungkin penampilan saya yang bertudung tidak menarik perhatian untuk pelanggan berkunjung ke kedai mereka atau menjejaskan imej mereka yang sering menjadi tumpuan pelancong asing.

Mungkin juga isu yang cuba saya ketengahkan ini kelihatan remeh kepada sesetengah pihak, namun jujur saya katakan, ia agak berat untuk gadis bertudung seperti saya.

Bagaimana nasib sesetengah gadis bertudung yang begitu terdesak memerlukan pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka? Adakah kami harus mengorbankan identiti diri demi mencari rezeki di zaman moden ini?

HYENA
Negeri Sembilan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0420&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm&arc=hive

***************
TUDUNG: BUKAN ISLAM TAK SALAH
Utusan Malaysia 23 April 2010

SAYA amat tertarik dengan tulisan Hyena dari Negeri Sembilan yang mempertahankan syariat Islam bertudung daripada 'digadai ganti' oleh tawaran pekerjaan.

Dalam tulisannya di ruangan ini 20 April lalu, beliau meluahkan kesedihan betapa sukarnya mendapat pekerjaan hanya kerana beliau bertudung.

Beginilah di akhir zaman apabila kedudukan umat Islam cukup lemah, sehinggakan amalan wajib yang kita amalkan sudah berani 'ditawar menawar' oleh pihak-pihak lain atas alasan mencari pekerjaan.

Jika kita lihat daripada sudut liberalisasi hak, pihak majikan tersebut menganggap ini suatu lumrah atau 'normal', sedangkan daripada segi hukum dan hak umat Islam ia adalah satu bentuk diskriminasi dan penghinaan terhadap amalan syariat.

Saya berpendapat hal ini tidak boleh disalahkan seratus peratus kepada pihak bukan Islam atas beberapa sebab. Antaranya:

Lihatlah gelagat dan pemakaian umat Islam sendiri, terutamanya wanita-wanita Melayu sekarang. Pemakaian rata-rata wanita Melayu sekarang tidak lagi menggambarkan ciri-ciri menutup aurat dengan sempurna. Memakai tudung tetapi mengenakan seluar dan baju yang ketat, menampakkan belakang dan depan, menonjolkan bentuk tubuh badan yang lebih bersifat 'penggoda'.

Apabila pemakaian begini diamalkan oleh perempuan Melayu, golongan bukan Islam tidak memandang mulia dan melihat perbezaan aurat bertudung atau tidak.

Sebaliknya ia sama sahaja untuk menonjolkan kebolehan mengeksploitasi wajah dan tubuh badan wanita-wanita separa seksi ini bagi promosi perniagaan.

Selain itu amalan diskriminasi terhadap wanita bertudung juga disebabkan ada ramai wanita Muslim lain sanggup menerima peraturan membuka tudung atau melakukan perkara melanggar syarak lain untuk majikan bukan Islam tersebut. Jadi, majikan bukan Islam secara mudah membuat justifikasi perkara aurat ini hal remeh dan tidak penting.

DARIPADA SUDUT UNDANG-UNDANG PEKERJAAN DI NEGARA INI TIDAK JELAS SAMA ADA UNDANG-UNDANG KHUSUS MEMBELA DAN MEMPERTAHANKAN HAK-HAK PEKERJA MUSLIM, terutama di sektor swasta seperti hak bersolat, makanan halal di tempat kerja, menutup aurat bagi lelaki dan wanita serta tahap sosial persekitaran di tempat kerja yang dibenarkan oleh syariat Islam.

Sebagai contoh, jika majikan meletakkan seorang wanita dan seorang lelaki di dalam sebuah bilik tertutup, bagaimana undang-undang tersebut boleh membela hak pekerja Islam jika ia menolak tugasan tersebut.

OLEH ITU, PIHAK BERWAJIB MELALUI BANTUAN JAKIM BOLEH MEWUJUDKAN SOP (STANDARD OPERATING PROSEDURES) UNTUK DIGUNA PAKAI OLEH MAJIKAN BUKAN ISLAM KEPADA PEKERJA MUSLIM SUPAYA SELARAS DENGAN KEHENDAK ISLAM.

Perkembangan diskriminasi terhadap pekerja Muslim ini adalah rentetan daripada kelemahan umat Islam sendiri. Jika kita lihat budaya hidup umat Islam kini, terutama di Malaysia tidak ada banyak beza dengan bukan Islam.

Lelaki dan wanita Islam kini tidak lagi serius menjaga budaya dan amalan Islam, bermula daripada unit keluarga sehinggalah kepada skala masyarakat dan negara.

Bergaul bebas lelaki dan perempuan sejak di usia sekolah lagi telah menjadi amalan biasa pada hari ini sehingga telah membiasakan masyarakat kita dengan seks bebas, akhirnya terbuanglah bayi-bayi tidak berdosa oleh manusia penzina lagi pembunuh ini.

Akibat ini juga, umat Islam dipandang jijik, lemah dan rendah oleh bukan Islam sama ada di Malaysia ataupun di mana sahaja, sudahlah lemah di dalam semua bidang keutamaan dunia, seperti penguasaan perniagaan, pencetus teknologi dan pembuatan, malah terjebak pula dengan perkara luar kemanusiaan dan kepelbagaian jenayah.

Oleh itu, diskriminasi yang berlaku pada pekerja Islam ini harus dipandang pada skop yang lebih luas, iaitu ia berpunca daripada sikap kita umat Islam sendiri yang lemah dan tidak kukuh pada ibadah dan budaya hidup Islam seperti yang dimajukan oleh sunnah melalui kitab al-Quran.

Rasulullah SAW juga telah meramalkan akan keadaan ini dan ia sudah semakin nyata, seperti yang sebuah hadis diriwayatkan oleh Thauban r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, yang bermaksud setelah ditanya oleh para sahabat,

"Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" Sabda Baginda SAW: "Tidak, Bahkan mereka pada masa itu lebih ramai, tetapi ibarat buih di laut yang menjadi tidak berguna lagi tidak digeruni."

Semoga kita mengambil iktibar dan tidak merebak menjadi parah.

Muhammad Azwan
Nibong Tebal, Pulau Pinang
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

KASIHAN !! LOKMAN DAH HILANG SEGALA-GALANYA

Posted: 17 Feb 2011 07:48 PM PST

Maruah sudah lama hilang / tergadai.  Kini idea dah kontang!!
Lalu bercakaplah dia ikut sedap mulut, lagi merapu!!,… kesian !!!
 
LOKMAN NOR ADAM,.. ialah salah seorang ahli  Umno yang menyertai gelombang  "Refomasi 98". yang diketuai oleh DS Anuar Ibrahim.  Beliau kemudiannya menyertai PKN (sekarang PKR).…Entah macammana rindu sangat dengan parti berkarat biru itu beliau pun terjun semula kedalam "tong najis" (Umno) hingga saat ini. 

Kasihan !!  beliau benar-benar diperkuda oleh Umno. Dalam siri ceramah yang dihadirinya, tak habis-habis beliau menghentam PKR terutamanya DS Anuar Ibrahim bekas bosnya dulu !

 Terbaru,.dalam satu ceramah, walaupun point atau hujjah dah tak ada  beliau akhirnya terpaksa membebel soal pakaian isteri Anuar, DS Wan Azizah. Beliau menyingkap kisah dulu-dulu!,   semasa Anuar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Azizah boros berbelanja!, terutama dalam bab pakaian yang hendak dipakai dalam sesuatu majlis!!,.. katanya

Ok lah,  teman nak tanya,.. Kenapa mike senyap saja pasal Rosmah M berbelanja?...
di dalam negara !  dan di luar negara ?  belum masuk lagi strategi mengangkatnya sebagai "first lady of Malaysia"…  Huuuu !!,   dasyat !  Rasa-rasanya seribu kali Rosmah lebih teruk!!   Sebenar mike cari penyakit je bila bercakap soal berbelanja ni.

Kesiaaan!!,..mesej yang anda nak sampaikan  tak relevan langsung!. Ianya setaraf dengan budak tingkatan tiga.   Sepatutnya  bercakaplah  soal prinsip atau  dasar perjuangan. Apakah  anda dah tak ada point lagi?,. kalau pun ada,  mungkin dah tak laku!  Mudah sangat dipatahkan oleh pemidato-pemidato PKR !   Kalau dah tak ada modal, diam lebih baik!!
Patut lah pangkat tak naik!. . Agak-agak berapa lama lagi nak jadi gurkha Umno ye!?. 

Oleh : rahimothman


MINAT FESYEN – LOKMAN NOR ADAM AKAN DIUNDANG                DALAM PROGRAM NONA TV3 SUKU?

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA seperti kehabisan modal bekas Setiausaha Pemuda PKR, Lokman Nor Adam apabila bercerita pasal pakaian DS Wan Azizah sewaktu suami Presiden PKR itu menjadi TPM. Saya ingatkan dia mahu bercerita pasal betapa DS Wan Azizah ini sentiasa menutup aurat dulu, kini dan selamanya tidak seperti isteri PM yang dulu dan kini seperti Siti Hasmah, Hendon, Jean, dan yang kini Bik Mama

NAMPAKNYA seperti kehabisan modal bekas Setiausaha Pemuda PKR, Lokman Nor Adam apabila bercerita pasal pakaian DS Wan Azizah sewaktu suami Presiden PKR itu menjadi TPM. Saya ingatkan dia mahu bercerita pasal betapa DS Wan Azizah ini sentiasa menutup aurat dulu, kini dan selamanya tidak seperti isteri PM yang dulu dan kini seperti Siti Hasmah, Hendon, Jean, dan yang kini Bik Mama.


Dalam ceramah di Bayan Baru kelmarin, Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" DS Wan Azizah. Tidak pula disebut berapa harga pakaian DS Wan Azizah, cuma dia menyebut gaya sahaja. Mungkin, beliau mahu isteri seorang TPM mesti `bergaya susah' atau berpakaian lekeh. Di dalam Islam, tidak salah berpakaian cantik atau mahal asalkan tidak keterlaluan dan menutup aurat. Apa yang dilarang oleh Islam adalah berpakaian membuka aurat seperti Bik Mama walaupun pakaian itu dibeli di kedai `Bundle', apatah lagi jika pakaian itu mahal dan hasil dari mencekik duit rakyat dan rasuah.

Nampak benar Lokman Nor adam ketandusan idea dan jahil sebagai orang politik. Jika berminat sangat untuk bercerita pasal pakaian dan fesyen, Lokman tidak perlu mengadakan ceramah politik. Beliau boleh meminta agar diberi ruang untuk bercakap pasal fesyen wanita di dalam program Nona di TV 3 Suku.

Begitulah jadinya bila seseorang yang sanggup menjadi `pencacai' demi untuk sesuap nasi. Orang seperti ini sudah tidak kisah dirinya nampak hina dan dungu, asalkan beliau rasa apa yang diperkatakannya boleh menyedapkan telinga `tuan' yang menyuapkannya makan. Di dunia lagi Allah sudah menghinakan orang seperti ini, di Akhirat kelak, Wallahu Aklam./
wfauzdin.blogspot.com

ISA: Mahathir dihantui dosa silam

Posted: 17 Feb 2011 07:45 PM PST

Norutul Ilham
Perbuatan Tun Dr Mahathir Mohammad menuding jari kepada polis kononnya menolak cadangannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), disifatkan sebagai nyanyuk dan dihantui dosa silam. Pengarah Penerangan KEADILAN Selangor, Dr Badrulamin Bahrom, berkata sikap Mahathir yang berdolak dalik dalam isu itu membuktikan beliau kini dibayangi dosa-dosa silam, tambahan umurnya yang semakin senja.
"Kalau dia cakap cadangan itu ditolak, mana kredibilitinya sebagai Perdana Menteri ketika itu? Bukankah polis di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diketuai beliau," katanya kepada KeadilanDaily.com

Baru-baru ini, Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau pernah cuba memansuhkan ISA ketika masih Perdana Menteri tetapi mendakwa polis menyatakan 'tidak boleh' kerana masih ada ancaman.
ISA diperkenal penjajah Inggeris untuk berdepan dengan ancaman komunis pada 1950-an dan Mahathir kerap menyalahgunakan akta berkenaan terutama dalam Ops Lalang pada 1987 dan zaman reformasi pada 1998.
Mengulas lanjut, Badrulamin tidak menolak sikap yang ditonjolkan Mahathir itu adalah perangai sebenar ahli dan pimpinan Umno apabila melakukan kesalahan tetapi enggan mengakuinya.
"Sikap itu adalah merupakan perangai sebenar ahli Umno yang suka mempersalahkan orang lain padahal diri sendiri yang membuat salah.
"Beliau suka mengambil sikap lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab apabila banyak pihak mempertikai profesional beliau ketika menangani beberapa kes melibatkan ISA," katanya.

Badrulamin yang juga pernah ditahan ISA, berharap Mahathir meminta maaf dan bertaubat atas semua kesalahan ylalu supaya beliau dapat hidup dengan aman tanpa diburu kesalahan lalu.
"Terlalu banyak dosa yang dilakukan beliau seperti memfitnah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, tragedi Memali, Ops Lalang.
"Tidak terlambat untuk bertaubat. Saya pasti jika beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, beliau akan rasa lebih tenang berbanding sekarang," katanya.

Umno dan Hitler

Posted: 17 Feb 2011 07:44 PM PST

Hampir seluruh dunia tahu atau kenal dengan NAZI, iaitu satu parti yang pernah berkuasa di German sewaktu Perang dunia Ke-2. NAZI sewaktu dipimpin oleh Adolf Hitler di lihat sebagai sebuah parti perkauman yang berbangga dengan bangsa Aryan iaitu asal-usul bangsa German yang ada sekarang ini.
UMNO pula adalah sebuah parti perkauman melayu yang berkuasa di Malaysia. Ada persamaan antara UMNO dan NAZI, tetapi NAZI di bawah Adolf Hitler di cap di seluruh dunia sebagai pimpinan kejam dan zalim.
Di dalam persamaan kedua-dua parti ini, ramai yang menyangka Nazi adalah lebih teruk semangat perkauman mereka dan lebih keras terhadap agama lain. Majoriti agama anutan rakyat German adalah Kristian Katolik, dengan itu adalah dilihat mereka pastinya akan menekan agama lain selain agama anutan jika mereka benar-benar begitu rasis.
Kenyataannya ialah Adolf Hitler tidak bersikap sebegitu, mereka cuma bermusuhan dengan kaum Yahudi sahaja, yang mana di waktu itu Yahudi telah menekan ekonomi mereka. Kepada bangsa lain beliau tidak bersikap demikian, malah pada ramai juga tentera meraka berbangsa lain selain German.
Hitler sendiri apabila mengadakan rapat umum bersama tentera mereka di Berlin menunggu sehingga tenteranya yang beragama islam selesai solat berjemaah di Dataran Berlin baharulah aturcara pada hari itu dimulakan. Berbeza dengan sikap UMNO yang amat prejudis terhadap agama lain sehinggakan mereka sanggup mengarak kepala lembu dan memijaknya sebagai tanda bantahan pembinaan kuil Hindu di Shah Alam.

UMNO adalah sebuah parti rasis melayu yang beragama islam, namun begitu mereka menganggap agama islam itu tidak lebih dari sudut ibadah fekah. Umno menganggap perundangan dan hukum-hukum di dalam Islam tidak semua boleh diguna pakai untuk generasi sekarang. Walhal kalau mengikut ajaran tauhid di dalam agama Islam, Allah Maha Mengetahui, maka adalah sesuatu yang amat mustahil Allah tidak mengetahui tentang wujudnya Malaysia yang mempunyai penduduk pelbagai kaum.
Maka sudah pasti hukum dan perundangan Islam tetap relevan hingga akhir zaman. Hitler menganggap Ajaran Islam adalah sebuah Tamadun yang serba lengkap dan indah malah beliau sendiri amat bersedih dengan sikap masyarakat Arab Islam yang asyik bertelagah sesama sendiri pada waktu itu.

Adolf Hitler adalah seorang beragama Kristian Katolik, namun begitu beliau amat menghormati dan banyak mengambil khidmat nasihat Ulamak Islam pada waktu itu. Ini amat berbeza dengan pimpinan UMNO yang selalu memperkecil-kecil dan menghina ulamak malah pernah ada pemimpin UMNO yang menghina Rasullallah SAW ( Mahathir menghina sunah Nabi Muhammad SAW iaitu sunah menyimpan janggut dan beberapa perkara lagi).

Hitler dan UMNO mempunyai persamaan yang nyata iaitu mereka menangkap dan menyiksa penentang-penentang mereka. Hitler menggunakan polis rahsianya GESTAPO untuk menahan dan menyiksa penentang-penentangnya, manakala UMNO menggunakan SB untuk menahan dan menyiksa pemimpin yang menentang mereka dengan alasan keselamatan dalam negeri iaitu undang-undang ISA.
Penahanan di bawah ISA tidak perlu pendakwaan di mahkamah dan tahanan akan ditahan dipusat tahanan serta dikenakan penyiksaan untuk mendapatkan maklumat dan menekan tahanan dari segi fizikal mental.

Sebenarnya banyak lagi persamaan dan kebobrokan UMNO berbanding Hitler. Andaikata di tulis dan disenaraikan ia sudah pasti terlalu panjang dan boleh dijadikan sebuah buku politik.

Kemarau Akan Melanda Rantau Asia Tenggara Pada Bulan Akan Datang

Posted: 17 Feb 2011 07:41 PM PST


SINGAPURA 18 FEB : Rantau Asia Tenggara dijangka mengalami cuaca kering semasa musim kemarau yang sering berlaku antara Jun dan September tahun ini.
Ini disebabkan kemungkinan La Nina berlaku untuk meneutralkan keadaan dalam separuh kedua tahun ini, menurut ramalan Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC).
Keadaan cuaca ini dilaporkan oleh ASMC kepada menteri-menteri alam sekitar Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu peringkat kecil Menteri Rantau ke-11 mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan di sini semalam.
Malaysia diwakili Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, menteri-menteri berkenaan juga mengambil kira jangkaan cuaca ASMC bagi tempoh yang kadangkala cuaca kering dalam masa dua bulan akan datang di rantau ini.
Negara-negara MSC juga bersetuju untuk terus mengawasi dan bersiap sedia menghadapi berlakunya jerebu rentas sempadan akibat dari kebakaran semasa tempoh cuaca kering yang berpanjangan dalam bulan akan datang.
Kenyataan itu berkata menteri-menteri berkenaan juga melahirkan penghargaan mereka kepada Indonesia kerana meningkatkan usaha baru mereka dalam pelaksanaan Pelan Tindakan (PoA) Menangani Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan di negara.
Antara tindakan yang diambil Indonesia ialah mengukuhkan kapasiti (Masyarakat Peduli Api) mengenai sistem amaran kebakaran pengawaalan awal,peningkatan penyaluran maklumat mengenai tompok panas dan kempen teknik bebas dan mesosialisasikan undang-undang dan peraturan di Sumatra dan Kalimantan,Indonesia.
Indonesia juga memperuntukkan kira-kira US$18.2 juta untuk mengukuhkan Briged Api Manggala Agni di Taman Negara dan unit pemuliharaan sumber asli di seluruh negara.
Menteri-menteri itu juga berjaya melaksanakan kerjasama Indonesia-Malaysia di Provinsi Riau, dan kerjasama Indonesia-Singapura di Provinsi Jambi, dalam pengurusan mengawal jerebu.