Rabu, 9 Februari 2011

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Tangisan Kampung Chubadak dan Airmata Kampung Berembang

Posted: 09 Feb 2011 06:39 AM PST

"Aku Takkan Melupakanmu.."


usinkata;..sejarah yg tidak akan dilupakan..mereka sudah menangis dan kekeringan airmata..dikhianati dan dizalimi..apa pula nasib kampung-kampung yg lain..yg masih wujud dan ingin dilenyapkan..Kampung Baru Tungguuuu !!!!!..


Pengkhianatan atas nama Ketuanan Melayu


Gambar diatas ini diambil ketika saya membuat liputan di Kampung Chubadak, Sentul pada tahun Disember 2006.  Peneroka bandar (atau penduduk setinggan dari kaca mata arus perdana) diarahkan untuk mengeluarkan apa-apa yang berharga sebelum rumah kayunya diranapkan jentolak.  Tiada lagi ruang untuk harapan agar jangka rundingan dilanjutkan.  Pembangkang, NGO dan media hanya menunggu masa perobohan berlaku.

Pada saat-saat akhir budak Melayu ini sempat terserempak dengan sebilah keris kayu dalam rumahnya.  Maka dengan gembira dia mengeluarkannya dan menunjuk-tunjuk kepada kawan.  Malah, budak-budak ini meniru gerak-geri pemimpin politik - berlagak menjulang keris kayu-nya di depan jentolak untuk "mempertahankan rumahnya" daripada dirobohkan.  Orang dewasa yang terpinga-pinga dengan nasib masa depan mereka di situ, hanya tersenyum pahit dengan gelagat mereka...

Dua minggu sebelum budak ini menjulang keris kayu-nya, laungan "Ketuanan Melayu" melantun-lantun dalam bangunan PWTC.  Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Hishammuddin Hussein menghunus dan menjulang keris Panca Warisan untuk mempertahankan "Ketuanan Melayu".  Bahangnya bertambah hangat, apabila sesetengah perwakilan mencurah minyak dengan ikrarnya "sanggup bermandi darah untuk mempertahankan Ketuanan Melayu"...

Untuk menamatkan kisah di Kampung Chubadak, keris kayu si budak gagal menghalang kemaraan jentolak berbadan besi.  Malah tiada seorang pun perwakilan UMNO yang turun ke situ, bermandi darah untuk mempertahankan Kampung Chubadak.  Saya tidak tahu ke mana budak dan keluarganya pergi selepas rumah mereka dirobohkan.  Cuma saya agak pasti bahawa Kampung Chubadak warisan Minangkabao yang bersejarah ini akan hilang sebahagiannya, kalau bukan semua dari peta Kuala Lumpur.

Siapa TUAN di Kampung Berembang?

Pengalaman membuat liputan di tempat kejadian perobohan "setinggan" membuatkan saya agak geli ketika mendengar istilah "Ketuanan Melayu".  Saya saksikan dengan mata sendiri bagaimana wanita Melayu berdiri di bawah pencakar jentolak untuk menghalang perobohan; bagaimana pelajar yang menduduki peperiksaan SPM terpaksa membuat persiapan terakhir di dalam khemah ketika hujan selepas Kampung Berembang diranapkan.

Malah saya tidak lupa kata-kata penduduk Kampung Berembang, Abdullah bin Ismail, 61, yang menjumpai cenderamata tertera "1968-1998", sebagai penghargaan terhadap sumbangannya selama 30 tahun dalam institusi kerajaan.  Beliau berkongsi "kemegahannya" dengan saya yang berada di situ, sambil menoleh dan menuding jarinya ke arah serpihan rumah di belakangnya, "Sumbangan 30 tahun, dan ini dia balasannya."  Sambil menahan sebak Abdullah Ismail berkata, "Saya percayalah, kalau komunis pun, dia akan bagi masa, bukan robohkan rumah awak serta-merta."

Sama ada Melayu mahupun bukan Melayu tidak akan merasai "Ketuanan Melayu" di Kampung Berembang pada tahun 2006.  Dalam nada yang dibasahi kekecewaan, Ketua Wanita UMNO pertama di Kampung Berembang, Wan Kamariah binti Che Man (gambar kanan) berkata, "Orang India, Cina, Melayu kan sama saja?  Tengok, siapa yang robohkan rumah kita sekarang?  Bukan orang lain, orang Melayu!"

Siapakah Tuan yang diperlakukan sebegitu?  Ketika saya membuat liputan di Kampung Chubadak Tambahan pada tahun 2006, seorang pakcik berumur 69 tahun menceritakan pengalaman dirinya.  Mereka menyahut seruan Timbalan Perdana Menteri Abdul Razak pada tahun 1968, berpindah ke Kuala Lumpur dari kampung untuk meningkatkan nisbah populasi Melayu dalam bandar.  Realitinya, semakin pesat ibu kota ini dibangunkan, semakin mahal tanah yang dipijak.  Akhirnya, peneroka bandar ini diberi nama baru sebagai penceroboh tanah, oleh pemaju dan kontraktor.

Ditulis oleh ; *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

sumber; petikan http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11368

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Angkat 'route map' Erdogan selesaikan konflik Mesir segera - Kamarudin Jaffar

Posted: 09 Feb 2011 09:56 PM PST

Krisis di Mesir semakin konflik, Naib Presiden barunya, Umar Sulaiman yang juga proksi kepada Amerika Syarikat mula menyuarakan ugutan kepada rakyat kononnya pemerintah Mesir sudah tidak mampu menahan kesabaran akan himpunan yang diadakan seluruh rakyat.Meskipun ucapan itu berbentuk ugutan, namun rakyat Mesir tetap mara untuk menuntut agar Presidennya, Hosni Mubarak segera melepaskan jawatannya.Membincangkan isu ini, WAN NORDIN WAN YAACOB menemui AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar pada 9 yang ahli Parlimen Tumpat.

Soalan : Bagaimana mungkin konflik di Mesir boleh diselesaikan mengikut lunas demokrasi tanpa membabitkan kuasa besar terus campur tangan?

Kamarudin : Saya mahu menyatakan bahawa saya mendesak supaya Mesir dan juga komuniti antarabangsa mengambil berat serta memberi perhatian agar dapat melaksanakan cadangan-cadangan positif dan segera yang diutarakan oleh beberapa tokoh dunia tentang jalan penyelesaian konflik yang sedang berlaku di Mesir ketika ini.

Apa yang dapat dilihat hingga ke saat ini, sambutan rakyat untuk terus memberi sokongan ke atas gerakan demonstran menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak segera melepaskan jawatan semakin meningkat, walaupun Naib Presiden barunya, Umar Sulaiman telah memberi satu kenyataan dan isyarat berbentuk ugutan bahawa kerajaan pemerintah Mesir tidak lagi mampu bertahan dari segi himpunan itu.Apa yang pastinya dengan ugutan itupun, rakyat sebaliknya semakin berani turun ke jalan raya bukan sahaja di Kaheran, Iskandariah, tetapi kini membabitkan seluruh Mesir,Kita dapat lihat bahawa kebangkitan rakyat ini semakin memuncak dengan seluruh rakyat tanpa mengira agama ataupun kepercayaan mendesak Mubarak segera turun tahta.

Soalan : Apa jalan penyelesainya?

Kamarudin : Saya mahu merujuk sokongan kita kepada apa yang diutarakan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam satu pertemuan di Turki baru-baru ini yang secara jelasnya memberi cadangan dengan apa yang disifatkan sebagai 'route map' bagi menentukan masa depan Mesir.Cadangannya itu mengandungi cadangan yang konkrit yang perlu dan harus disokongan oleh masyarakat komuniti antarabangsa, termasuk Malaysia selaku rakan dalam Persidangan Negara-negara Islam (OIC).

Antaranya Erdogan mencadangkan agar diadakan satu pilihan raya umum yang bebas, adil dan diawasi oleh satu kumpulan pemerhati antarabangsa (Internationals Observations) yang mana dengan cara mengadakan pilihan raya umum ini ini untuk memilih satu kerajaan baru ikut peraturan yang bebas dan terbuka.

Seterusnya Erdogan ada menyatakan agar peralihan kuasa diadakann serta-merta bukan seperti yang dicadang oleh Mubarak iaitu sehingga bulan September 2011 ini.Seterusnya Erdogan ada menyatakan bahawa perlunya satu kerajaan sementara dipersetujui untuk dibentuk hasil daripada perbincanag semua pihak yang terlibat dalam politik Mesir ini.Yang keempat beliau mencadangkan agar sesiapa sahaja individu mahupun pemimpin yang didapati terlibat dalam keganasan, samada polis, tentera atau orang awam yang mengakibatkan kematian dalam 16 hari ini dihadapkan ke mahkamah untuk diadli.

Seterusnya dicadangkan agar tempoh peralihan kuasa ini dan tarikh-tarikhnya dilaksanakan dan diumum kepada seluruh rakyat Mesir dengan jelas.Keenamnya ialah supaya satu sistem pilihan raya yang benar-benar adil, bebas dipersetujui sebagai prinsip dalam demokrasi pilihan raya di Mesir.

Ketujuhnya dalam cadangannya, Erdogan ada menyatakan bahawa masa depan Mesir mestilah ditentukan, diputusankan dan dipilih oleh orang Mesir sahaja.Seharusnya tiada campur tangan kuasa besar dan negara asing kerana demokrasi di negara berkenaan haruslah rakyat Mesir yang menentukannya termasuk melalui pilihan raya umum.

Dalam route map tersebut juga Erdogan ada menggariskan cadangkan supaya setelah diadakan pilihan raya yang bebas, adil dan telus, keputusan pilihan raya itu haruslah diumumkan secepat mungkin samada dalam masa 24 jam ataupun selewat-lewatnya tiga hari bagi mengelak sebarang penipuan, manipulasi dan sabotaj dilakukan pihak tertentu.


Akhirnya Erdogan juga mencadangkan supaya masalah-maslaah ekonomi Mesir yang menjadi salah satu punca kepada bangkitnya rakyat menentang pemerintahan Mubarak yang tidak bebas dan menindas itu salah satu penyelesaiannya ialah dengan mengadakan satu persidangan membabitkan negara-negara yang mahu membantu Mesir pulih dari ekonominya diadakan. Ia boleh dilakukan seperti yang komuniti dunia pernah lalukan ke atas Haiti ketika bergolak dahulu dan beberapa negara lain.Sehubungan itu, saya mahu mencadangkan agar masyarakat dunia termasuk Malaysia, OIC dan negara yang prihatin dengan konflik di Mesir ini menyuarakan apa yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Turki ini dalam mencari penyelesaian konkrit ke atas konflik di Mesir ini.

Soalan : Apa yang dapat dilihat hari ini, Amerika Syarikat selaku kuasa besar dan mempunyai pengaruh yang sangat besar di Mesir melalui Mubarak masih lagi mempengaruhi negara tersebut dalam merencana keputusan-keputusan kerana adanya kepentingan negara itu di Mesir seperti Terus Suez (Gas dan Petroleum) dan negara Israel.Bagaimana untuk atasi pengaruh ini dan membebaskan Mesir dari cengkaman tersebut?

Kamarudin : Sebab itulah secara jelasnya dalam cadangan tersebut Erdogan ada menyatakan masa depan Mesir perlu ditentukan oleh rakyat Mesi.Ini mesej jelas kepada Amerika, Rusia, Cina dan Eeropah termasuk Israel sendiri agar jangan mencampuri urusan Mesir ini.Negara dunia harus memastikan tertegaknya demokrasi di Mesir dengan rakyatnya bebas memilih pemerintah yang dikehendaki.Selain itu juga Erdogan menyentuh juga secara tidak langsung supaya diwujudkan segera kerajaan sementara, dengan peralihan yang dipersetujui melalui rundingan di antara kumpulan dalam Mesir itu.Sudah tentunya ekonomi Mesir akan diambil kira oleh kerajaan sementara ini tanpa mengabaikan tanggungjawabnya termasuk di Terusan Suez selaku jalan perhubungan minyak dunia.Apa yang penting kewujudan kerajaan sementara ini perlu disegerakan dan Mubarak harus melepaskan jawatannya segera bagi diadakan kerajaan sementara ini.

Soalan : Maknanya kerajaan ini hanya membabitkan wakil-wakil kumpulan dan rakyat Mesir secara total?

Kamarudin : Ya masyarakat di Mesir yang mewakili semua kepentingan negara dan rakyat mesir sementara diadakan pilihan raya yang diawasi pemerhati antarabngsa melalui proses demokrasi bebas.

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Pelajar Malaysia yg dirogol di Mesir adalah anak angkat Mahathir(berita yg dirahsiakan tetapi dibongkar insider Saudi Arabia)

Posted: 09 Feb 2011 04:08 AM PST

sila baca berita harian hari ni punye..

jangan percaya pada tajuk..aku tk bertanggungjawab dengan tajuk kerana isinya lain..

apa la mahathir nk tipu lg...

dia kata malaysia kena ambik iktibar atas apa yg terjadi di mesir..

dia kata malaysia ni rakyat berbilang kaum bersatu padu..

tak mcm mesir..

dia kata malaysia banyak peluang pekerjaan..

tak mcm mesir..

dia kata kalau kerajaan tumbang sekalipun..tak mungkin dapat kerajaan yg adil..

tk mcm mesir..

Allah hai..

apa la menteri pencen ni nk tipu lg..

bersatu padu???ye ke??? ye la kot..chua soi lek kondem Islam pun umno snyap..

cuba kalau orng luar negara..mula la nk berhimpun lepas solat jumaat..

dah mcm keling hindraf berdemo kat tempat ibadat..

baik yg perkasa..baik persatuan melayu2 yg lain..dan tak lupa pas dan pkr..

banyak pekerjaan??

ahahahaha

mcm aku penah kondem..

yg belajar medik ramai..

tapi malaysia tetap kekurangan dokto....

sungguh ada peluang pekerjaan..tapi hampeh gaji tk memuaskan..

sbb nk fikir untung dan save kos..

ini adalah rungutan seorang pelajar a level medik yg telah fail a level dia..

lalu mengambil jurusan undang2 sekampus ngn aku..

harharhar..

apa lg yg mahathir nk tipu ni??

tengok la..sbb tak banyak pekerjaan la wujudnya..ini sume tipu..

golongan2 yg dipanggil blogger sepenuh masa..

eh..diorang pun bekerja apa..mereka dibayar..

tk mcm aku..

aku blog sekadar suka2 menyakitkan hati mereka2 yg terlibat...

yg penting..aku tidak dibayar...ehehe

harharhar..

HIDUP PAKWE!!!!!!!

aaaaaaaaaaaaaaaahahahahahaha

mahathir juga tidak mengindahkan rungutan dan rengekan blogger2 umno..

bahawa cina tak nk kasi melayu pangkat tinggi kat sektor swasta..

tk nk amik melayu kerje..bla bla bla..

jadi inikah bilang kaum bersatu padu dan banyak peluang kerja

yg ditipu mahahthir???

fikirla sndiri oi...

(nak tau..mid term aku..kan..Islamic Legal System..dapat 11/15....terer gak aku..tak sangka..ok la..ukur baju pada badan sndiri..orng lain ada yg 13..12..ala..aku belajar bukan nk bersaing...aku belajar untuk dapat kojo)...

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


KURANG AJAR: Selepas MCA, giliran Gerakan pula menyerang Islam..parti rasis Umno terus membisu!

Posted: 23 Jan 2011 05:32 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Memang biadap dan kurang ajar!..dah 50 tahun lebih merdeka pun masih jahil tentang hukum Islam, masih mahu persoal dan pertikai syariat2 Islam..sama juga isu sebelum ini..peguam MCA yg kononnya tak dapat bezakan antara bunyi azan dengan bunyi ceramah/kuliah agama..baca di SINI..

Terus terang penulis katakan, penulis tak salahkan mereka..tak pelik mereka persoal itu dan ini krn mereka bukan Islam, sudah pastinya jahil dan tidak faham tentang Islam..yang patut dipersalahkan adalah parti assobiyah Umno!!..parti ketuanan Melayu inilah punca MCA dan Gerakan semakin jahil dan menentang Syariat Islam!


Umno barua MCA/Gerakan!

Penulis setuju dgn pandangan Cikgu Normala Sudirman, Umno GAGAL SEGAGALNYA menjelaskan apa itu Islam kpd sekutu mereka walaupun telah menjalin hubungan lebih 50 tahun..yang mereka tau, Melayu Melayu Melayu sampai agama sendiri dilacurkan..

Lihat shj contoh dlm isu bersalam/berjabat tangan antara wanita dan lelaki bukan mahram di dalam Islam, mana suara pemimpin Umno membela Normala? mana suara pencacai Umno, Zul Kulim mempertahankan Syariat Islam ini? mana PERKASAm dan sekutunya yang lain?..butakah? bisukah? pekakkah?..



Kalaulah DAP yg timbulkan isu ini, xcukup ruang Utusan malaysia dan RTM mainkan isu pengkhianat agama, anti Islam, ultra kiasu, ISA, PAS boneka DAP, dan lain2..mcm tu juga Zul Kulim...dasar lidah bercabang punya Melayu..pengkhianat agama!!


PRK Tenang pamer wajah sebenar MCA-UMNO terhadap Islam

Itu belum lagi isu 'negara Islam'..kenyataan Muhyiddin Yassin yang bersetuju dengan langkah MCA menjaja isu Islam demi menakutkan masyarakat Cina dengan penubuhan negara Islam (hukum Islam) ternyata telah melampaui batas..



Begitu juga tindakan MB Johor, Ghani Othman yang memperlekeh undang2 islam (mencuri potong tangan) di hadapan kaum Cina di Tenang..sungguh biadap cara mereka berkempen semata2 undi bukan Islam..sila baca pada tajuk, "BIADAP: MB Johor dan Muhyidin persenda hukum Allah, takutkan pengundi Cina dengan negara Islam!"...


Sila sebarkan!

Untuk yang terakhirnya, tahniah Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang segera tampil kehadapan mempertahankan syariat dan hukum Islam dari dilacurkan oleh MCA dan Umno..selagi sesuatu isu itu tidak mendatangkan manfaat kpd perjuangan mereka (Umno), jangan harap mereka nk bersuara dan menjuarai isu ini..

Akhir kalam, seperti biasa, isu kebiadapan parti MCA dan GERAKAN ini akan dikemaskini pada link di sebalah, "Koleksi sekutu Umno (parti Kompenan BN) timbul isu perkauman, hina Islam!"..mohon kalian baca dan sebarkan..

p/s: Mohon rakan2 yang punyai 'link' dgn Zul Kulim, sampaikan artikel penulis ini kepada beliau..penulis masih menunggu respon beliau di facebook, masih tidak berani approve..dasar pengecut..


BERITA 1

Tenang terus tertumpu pada tangan Cikgu Mala

Mata pemimpin BN nampaknya terus tertumpu seputar isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalam atau tidak dengan lelaki, khususnya bangsa Cina.



Pagi ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini terus menyelar pendirian muslimat PAS itu.

"Ini perkara paling asas... Bukan hanya lelaki, tetapi bila dia (Normala) bersalam dengan wanita, dia juga pakai sarung tangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor,"kata pemimpin GERAKAN itu.

"Saya harap pengundi Cina berhati-hati. Kita amat bimbang berhubung isu negara Islam. Mereka mahu mengamalkan negara Islam yang ekstrim."

Isu itu mulai timbul apabila Presiden MCA Chua Soi Lek sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan Normala enggan bersalam dengan lelaki tidak diterima oleh masyarakat Cina.

Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) pula menyatakan kegusarannya terhadap permainan politik yang didakwa tidak mengira sensitiviti agama dan adab tatasusila masyarakat.



"Isu tidak bersalam antara lelaki dan wanita bukan mahram tidak patut dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak," katanya sambil menambah perkara itu adalah tuntutan agama.

"Saya sendiri tidak akan menghulurkan tangan bersalam dengan wanita bukan mahram. Malah saya juga akan menggunakan lapik untuk bersalam dengan isteri saya ketika berwuduk."

Dalam kenyataannya hari ini, Zainul Rijal (kiri) menasihat semua pihak agar menghormati pegangan agama seseorang kerana ia bukanlah "kecacatan" malah menggambarkan prinsip utuh yang dipegangnya.

Katanya, dalam Islam sendiri perkara itu sudah maklum dan "hanya orang yang mengambil Islam secara terpilih sahaja yang tidak mengamalkannya."

Zainul Rijal juga menggesa Chua memohon memohon maaf kerana "memperlekehkan ajaran Islam" ini dengan "cuba menggambarkan pengamal ajaran Islam adalah anti sosial dan tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat". - MK

BERITA 2

Persatuan Peguam Muslim tuntut Presiden MCA mohon maaf

SHAH ALAM 23 Jan. : Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar mengesa Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek memohon maaf ekoran kenyataan menyentuh sensitiviti agama Islam seolah-olah penganut Islam sebagai anti-sosial dan tidak mampu melayani masyarakat.



Zainul Rijal berkata demikian dalam satu kenyatan medianya hari ini di sini .

Dalam pada itu, beliau yang dihubungi TV Selangor berkata dalam memperjuangkan nasib rakyat, tidak sewajarnya menjadikan isu agama sebagai barang untuk dijaja kerana ia mencakupi sensitiviti sesetengah masyarakat.

"Tidak semua isu perlu dijaja sebagai isu politik khususnya isu agama yang mencakupi sensitiviti masyarakat yang berbilang bangsa dan ini juga telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan rakyat Malaysia bebas mengamalkan agama masing-masing, jadi sebagai Islam memang ada perbahasan-perbahasan terhadap sentuhan antara lelaki dan wanita bukan mahram ini adalah haram," katanya.

Zainul menjelaskan calon PAS untuk PRK DUN Tenang, Normala Sudirman hanya mengamalkan agamanya dan keadaan ini tidak langsung mengambarkan ketidak mesraan beliau dalam kempen pilihanraya.

"Beliau hanya menjalankan prinsip agama yang utuh dan tidak sepatutnya wujud persoalan untuk ditimbulkan dalam hal ini kerana ia akan menjurus kepada mempersoalkan undang-undang Islam itu sendiri, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Chua terhadap calon PAS itu ekoran keengganan berjabat tangan dengan bukan muhrim semasa pusingan kempennya di Tenang.

Khamis lalu, Chua telah memberi amaran kepada masyarakat Cina di Tenang untuk menentang "seperti ini nilai-nilai Islam".

Hal ini diikuti oleh Naib Perdagangan Koperasi dan Menteri Hal Ehwal Pengguna Tan Lian Hoe yang pagi ini mengutuk Normala atas masalah yang sama.

"Jadi tidak bermakna tidak bersalam itu bermaksud tidak mesra dan mengurangkan produktiviti dan apa yang penting bagi seseorang itu mengamalkan agamanya dan dia perlu diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan agamanya, " katanya.

Dalam pada itu, Exco Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa pula berkata insiden ini jelas menunjukkan kegagalan UMNO-Barisan Nasional apabila dilihat gagal memberi kefahaman yang jelas kepada rakan komponennya MCA tentang agama Islam.

"Sebab itu kita melihat bahawa sikap 'double standart' yang diamalkan Umno yang bukan sahaja tidak mengamalkan agama dalam kepimpinan parti mereka tetapi juga gagal memberikan kefahaman serta merungkaikan apa yang boleh menjadi sensitiviti kepada orang Islam dan masyarakat," ujarnya.

"Dan kita juga melihat ulama-ulama Umno juga gagal memainkan peranan dalam memberikan kesedaran terutamanya sekali dalam komponen BN itu sendiri untuk memahami secara jelas dalam isu Islam," katanya lagi.

Fariz kertika dihubungi Tvselangor, turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan MCA sekaligus insiden ini membuktikan mereka jalas ketandusan idea kerana sanggup menggunakan isu agama untuk kepentingan politik mereka.

"Kita sangat kecewa dengan tindakkan yang dilakukan oleh MCA dalam suasana sebegini dan ini jelas membuktikan bahawa mereka ketandusan idea sehingga sanggup menggunakan isu-isu agama yang boleh menyebabkan tercetusnya sentimen perkauman dan agama," katanya.

Tambahnya lagi, polemik ini tidak ada penghujungnya jika tindakan tegas tidak diambil dari komponen Barisan Nasional khususnya Umno dalam mendepani permasalahan ini.

BERITA 3

Umno Gagal "Dakwah" MCA

SHAH ALAM 23 JAN : Kedangkalan ilmu agama pimpinan Umno-Barisan Nasional, menjadikan isu bersalaman calon PAS, Normala Sudirman terus digunakan sebagai kempen parti komponennya pada pilihan raya kecil Tenang.



Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, walaupun sekian lama MCA menjadi parti komponen BN yang diterajui oleh
kepimpinan beragama Islam, parti itu masih gagal mendidik perkara asas dalam Islam.

" Kalau yang sudah mengaku Islam pun tidak faham, di kalangan sahabat-sahabat MCA jauh tidak faham tentang isu-isu keIslaman.Mereka tidak dapat didik dengan
Umno sebab Umno sendiri tidak mengarah kepada mendidik tentang Islam kepada parti-parti yang bersama dengannya," kata Ustaz Ghani kepada Tv Selangor.

Malah menurut Ustaz Ghani, tindakan Presiden MCA, Chua Soi Lek mempertikai tindakan Normala yang enggan bersalaman dengan pengundi Cina menunjukkan sikap
perkauman sempit yang dibawanya.

" Jelaslah bahawa Chua Soi Lek adalah seorang politikus yang agak cenderung kepada perkauman dan oleh kerana itu hujah-hujah mereka dalam memenangi hati rakyat adalah hujah perkudaan.

" Jadi Chua Soi Lek harus dilatih dan dididik agar memahami politik yang mengatasi kaum, politik yang menggunakan alasan-alasan yang lebih logik, lebih bertamadun, lebih beretika, dan lebih bermoral," tambah Ustaz Ghani.

Dalam perkembangan terbaru, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini turut menyelar pendirian
Normala sambil menyifatkan tindakan tidak bersalam dengan bukan muhrim sebagai tidak mesra.

Walaupun penjelasan telah diberikan oleh calon PAS di Tenang namun ia nampaknya tidak dihiraukan oleh pimpinan BN dan parti komponennya dalam cubaan meraih
undi masyarakat Cina di DUN tersebut.

" Saya fikir itu bukan isu yang boleh menenggelamkan pengaruh PAS di Labis.

" Yang jelas Umno bukanlah parti yang cuba memenuhi kehendak-kehendak Islam sepertimana yang dituntut oleh agama walaupun barangkali mereka mendakwa mereka juga membela agama tetapi keagamaan yang mereka bawa itu adalah dalam batas yang dangkal. Walaupun ada ustaz-ustaz di situ tetapi hanya sebagai pengikut dan bukan yang membuat polisi dan dasar," tambahnya lagi. - TVS

BERITA 4 (Jawapan Cikgu Normala)

"Calon PAS kecewa Soi Lek tak faham Islam, Umno pula gagal bantu MCA

LABIS, 22 Jan – Calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Merujuk kepada isu tidak bersalam yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Normala meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, 38, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA yang dipimpin Dr Chua sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

"Saya secara peribadi berpendapat bahawa sudah tiba masa pihak lawan (BN) matang setelah 53 tahun kita merdeka... apa yang paling penting adalah dasar-dasar atau komitmen perkhidmatan yang mahu dibawa kepada rakyat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Bukan menyentuh isu peribadi atau serangan peribadi yang saya kira ia satu perkara yang sangat jauh daripada apa yang kita fokus.

"Saya kira perkara yang paling penting adalah setelah 53 tahun merdeka, MCA sepatutnya sudah lama memahami konsep sebagai individu Muslim yang perlu kerana mereka berkawan dengan komponen BN iaitu Umno," kata beliau dalam temu bual ekslusif bersama The Malaysian Insider hari ini.

Exco Dewan Muslimat PAS pusat ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Chua mengenai Islam apabila secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang.

"Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS," kata Dr Chua.

Dalam temu bual ringkas itu, Normala berkata, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP akan membantu memberikan sokongan dan menjelaskan mengapa beliau tidak mahu bersalam dengan lelaki sepanjang kempen pilihan raya kecil yang bermula hari ini.

Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39.

Normala juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS pusat.

"Dari segi strategi, cara dan kaedah untuk saya mendekati masyarakat seperti ini saya kira rakan-rakan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk memberitahu mereka kenapa dan mengapa.

"Apa yang paling penting adalah akhirnya pengundi DUN Tenang akan memahami itu retorik yang tak berasas untuk dibawa, sedangkan permasalahan yang paling besar adalah fokus utama termasuk permasalahan kebajikan, sosioekonomi dan sebagainya.

"Sudah seharusnya saya kira perkara itu tidak perlu timbul buat masa ini," kata beliau.

Normala juga berkata Umno-BN akan sentiasa membuat provokasi untuk memberikan beliau imej yang buruk kepada pengundi di DUN Tenang.

"Apa pun bagi saya Umno-BN tetap akan mencari isu-isu remeh, isu-isu yang sangat berbentuk picisan kerana kalau apa yang kita lihat buat pun dikata tak buat pun akan dikata.

"Yang paling penting adalah konsep kita memahamkan rakan-rakan khususnya Tionghoa dan India untuk memahami bahawa bagaimana sebenarnya apa yang kita bawa sebagai seorang individu Muslim itu.

"Bukankah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Sepatutnya mereka memahami situasi ini," katanya.

Normala bagaimanapun melahirkan rasa simpati terhadap Dr Chua kerana gagal memahami konsep Islam selepas Umno gagal memahamkan parti komponen BN itu.

"Secara peribadi saya lebih fokus kepada perasaan simpati saya kepada beliau (Dr Chua) kerana tidak memahami, seharusnya setelah lama berkawan dengan komponen BN, menjadi tanggungjawab Umno untuk memahamkan rakan-rakan tentang hak yang sebenar sebagai individu Muslim termasuk soal bersalaman dan sebagainya.

"Umno gagal memahamkan rakan-rakan dalam BN setelah 53 tahun, seharusnya tidak berlaku.

"Kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Seharusnya konsep memahami satu-satu kaum atau agama perlu difahami," katanya.

Bekas guru itu juga bersedia untuk menghadapi apa sahaja serangan yang akan dibuat BN sepanjang kempen pilihan raya yang akan berakhir 30 Januari ini.

"Saya bersedia berdepan apa sahaja cabaran, tohmahan dan fitnah yang akan dilakukan pihak lawan kerana itulah realiti setelah 14 kali pilihan raya kecil.

"Kita lihat isu begitu dan mereka tetap gunakan strategi lama yang saya kira ia tak seharusnya berlaku buat masa sekarang bagi pihak lawan buat perubahan untuk memenangi hati rakyat bukan menyuluh kelemahan peribadi begitu.

"Saya yakin kejutan besar akan berlaku dan saya bimbang itu akan menimbulkan kebencian (pengundi) kepada pihak Umno-BN," katanya.

Tambah Normala, Pakatan Rakyat akan memainkan peranan penting dalam membantu orang bukan Islam untuk memahami lebih dekat konsep yang dibawa PAS selama ini.

"Seperti kaum lain, kami orang Islam memahami budaya dan agama Tionghoa dan India.

"Kami menghormati dan memahami, itulah cara mereka dan seharusnya perkara ini sudah lama difahami rakan-rakan BN," katanya.

Ketika ditanya mengenai keyakinan untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang, Normala berkata, beliau optimis pengundi akan membuat keputusan bijak dalam memilih wakil rakyat baru.

"Saya optimis dan berkeyakinan tinggi pengundi kini telah bijak membuat keputusan untuk menentukan perjuangan masa depan dengan membawa suara dan permasalahan ke Dewan Undangan Negeri dengan memilih wakil rakyat yang berwibawa, prihatin dan empati.

"Pada 30 Januari, saya percaya dan berkeyakinan tinggi pengundi DUN Tenang mampu membuat kejutan dan perubahan besar demi," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008. - TMI

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Lakunan terbaru Umi Hafilda dan Rahimi

Posted: 09 Feb 2011 10:42 PM PST




Stone
: santai petang ni ...dengar boleh, pakai belum tentu.
sapa dia ni nak tolong kerajaan, kahkahkha ... yang mamat Rahimi tu pula nak selamatkan selangor, nak kembalikan selangor pula ... hahaha 2x lawak ... ingat ini cerita 'ultraman' ker
Rupanya si mamat satim di dibelakang semua ini

Umi Hafilda, Rahimi isytihar 'perang' terhadap Anwar, Azmin

Bekas Setiausaha Politik Nor Mohamed Yakcop didakwa

Posted: 09 Feb 2011 08:35 PM PST


KUALA LUMPUR: A minister's former aide would be charged at the Sessions Court in Butterworth, Penang, for money laundering this afternoon.

Hasbie Satar, former political secretary to Nor Mohamed Yakcop, who was the former second finance minister and now minister in the Prime Minister's Department, would be charged under Section 4 (1) of the Money Laundering Act 2001.

The Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) in a statement confirmed that the ex-aide would be charged.

It is learnt that the charge was related to cash found in his apartment in Butterworth following a raid by the MACC last February.

Nor Mohamed is currently in charge of the Economic Planning Unit

Ops Piramid .. Mengapa pula ada sepanduk Umno di KLIA?

Posted: 09 Feb 2011 05:12 PM PST

Ops Piramid, Rais dan keajaiban media — Ahmad Lutfi Othman

February 10, 201110 FEB — Siaran berita televisyen jam 8 malam, Jumaat lalu, dipenuhi dengan laporan pemindahan warga Malaysia dari Kaherah ke Jeddah ekoran konflik politik yang makin meruncing di Mesir. Bagi keluarga pelajar yang terlibat, tentulah mengharapkan tindakan segera dan efisyen bagi menerbangkan anak-anak mereka ke tanahair dengan selamat.

Cuma, yang kurang menyenangkan, tumpuan berita malam itu lebih kepada sanggahan pemimpin kerajaan — daripada Timbalan Perdana Menteri, Menteri Luar dan timbalannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sehinggalah Setiausaha Politik Perdana Menteri — terhadap apa yang disebut tohmahan pihak tertentu yang mempolitikkan langkah evakuasi berkenaan.

Saya kira, dalam saat-saat sulit dan getir ini, semua pihak mahu segala perancangan Operasi Piramid itu berjalan lancar dan tidak tergendala. Jika ada rungutan atau kritikan, sama ada yang melihat operasi itu tidak secekap yang diharapkan atau menggesa agar ia dikendalikan secara lebih profesional, maka apakah teguran seumpama itu terlalu sukar diterima pemerintah?

Dalam pada itu, saya tidak pula mendengar atau membaca kenyataan pemimpin PAS atau KeADILan, yang "mempolitikkan" operasi pemindahan itu. (Sebenarnya apa makna "mempolitikkan" itu? Apakah hanya kerana teguran atau peringatan datang daripada pemimpin politik bukan BN, maka ia dianggap "mempolitikkan", tetapi jika membabitkan pemerintah, biarpun nampak sarat-sendat dengan imej politik, ia dikira tiada kaitan langsung dengan usaha "mempolitikkan?)

Memang ada gesaan agar ia dipercepatkan dan ingatan di peringkat awal supaya semua pelajar, sama ada tajaan kerajaan mahupun persendirian, dilayan sama rata. Apakah nasihat seumpama itu pun sukar untuk diterima? Dan jika benar ada salahfaham yang timbul, maka perjelaskanlah secara berhikmah dan terbuka. Ia bukan isu besar yang mesti digembar-gemburkan.

Atau, apakah sebenarnya pemerintah itu sendiri yang menyimpan hasrat-tekad menjadikan Ops Piramid (juga seperti misi bantuan banjir di dalam negara) sebagai laba politiknya? Bagi saya, "biasalah tu", asalkan kebajikan dan keselamatan warga kita tidak dipertaruhkan. Rakyat sudah matang untuk menghakimi sendiri tanggungjawab dan bebanan tugas sebuah kerajaan. Ada yang bertanya, kalau tidak mahu Ops Piramid itu dipolitikkan, mengapa pula terbentang sepanduk Umno mengalu-alukan kepulangan pelajar dari Jeddah, di KLIA tempoh hari?

Pihak kerajaan hendaknya janganlah terlalu "manja" sehingga mudah berang (sehingga melafazkan "kata-kata amaran" seperti disebut Timbalan Menteri Luar melalui interbiu dari Kaherah yang disiarkan TV) apabila mendengar luahan rasa tidak puas hati rakyat, sebaliknya perlu bersikap terbuka, menerima pandangan berbeda, apatah lagi kritikan membina. Ia bukan semata-mata khusus mengenai Ops Piramid tetapi meliputi apa jua langkah membabitkan kepentingan rakyat dan negara. Rasa tidak puas hati rakyat biarlah diluahkan walaupun mungkin persepsi mereka agak tersasar.

Usah melihat pandangan kedua yang tidak selari dengan pendirian rasmi pemerintah, terutama apabila datang dari parti-parti pembangkang, daripada kacamata negatif semata-mata. Lebih buruk lagi apabila kritikan itu sering dianggap "bermotif politik" dan dinilai daripada persepsi persaingan kuasa dengan oposisi. Sepatutnya, bukan sahaja pandangan konstruktif yang harus dihargai, malah kecaman dan cemuhan pun perlu diambil kira.

Jangan dihakimi daripada sudut "bersopan atau tidaknya" cadangan itu dikemukakan, tetapi hendaklah berdasarkan kebenaran di dalamnya, walaupun hanya terselit secebis!

Bukankah seperti kata Perdana Menteri, Najib Razak sendiri, bahawa zaman kerajaan mengetahui segala-galanya sudahpun berlalu? Penyertaan rakyat bukan hanya terhad kepada turun mengundi pada hari pilihan raya, lima tahun sekali dan kemudiannya memberikan "cek kosong" kepada pemerintah! Ia adalah proses tanpa henti. Semakan ke atas langkah kerajaan harus berterusan.

Lagi pun, bukankah baik pihak kerajaan sentiasa terdedah dengan respons langsung rakyat. Mana-mana yang kurang sempurna boleh diperbaiki segera, dan tidaklah "terkejut beruk" nanti apabila rakyat memendam rasa dan hanya memberikan tindak balas dalam peti undi!

Menteri paling lama berkhidmat di bawah empat Perdana Menteri, yang kini menerajui portfolio mencakupi pelbagai bidang, di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim semakin kerap menonjolkan dirinya sebagai pembela Najib dan pencemuh Pakatan Rakyat. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak terlepas daripada sindiran dan sasarannya walaupun dia sendiri pernah "membakar jambatan" semasa pemerintahan Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas kebangkitan rakyat di Timur Tengah, Rais yang pernah mengetuai Wisma Putra, menegaskan: "Apa yang berlaku di Mesir ketika ini langsung tidak berkaitan dengan nilai perjuangan rakyat di Malaysia."

"Tidak ada seorang pun (Perdana Menteri di Malaysia) perintah sampai 30 tahun atau 25 tahun tanpa proses demokrasi," tambahnya. "Tapi yang saya lihat di sana, Hosni Mubarak adalah orang yang menggunakan sistem itu untuk menafikan hak-hak rakyatnya tetapi di sini kita bebas. Kebebasan kita telah dikecapi oleh pembangkang. Jadi barang siapa yang mengatakan bahawa kononnya bahang Mesir akan berlaku di Malaysia, ia adalah buta dan tuli."

Selain mempertahankan pemerintahan demokratik di Malaysia yang dikatakan menjamin kebebasan bersuara rakyatnya berbanding Mesir yang bersifat kuku besi, Rais turut mengkritik sistem pendidikan di sana. Beliau mahu pelajar Malaysia melihat kembali keilmuan yang diperoleh daripada universiti di negara berkenaan kerana "kebanyakan ideologi yang diajar adalah untuk memberontak, berkasar dan bersifat Talibanisme".

Memang tidak dinafikan revolusi rakyat yang bermula di Tunisia dan kini dalam "pembikinan" di Mesir, menakutkan semua pemerintahan autoritarian, yang membelakangkan suara dan kehendak rakyat. Walaupun realiti Malaysia tidaklah seburuk amalan kongkongan dan penindasan di Timur Tengah, namun sarjana politik antarabangsa tetap menamakan jenis demokrasi di Malaysia sebagai "Quasi-Democracy" atau "Pseudo-Democracy" iaitu "Separa Demokrasi" atau "Demokrasi Palsu".

Pelbagai peraturan dan akta mengikat kebebasan rakyat, sehingga segalanya memerlukan permit atau kebenaran pemerintah, dengan syarat yang begitu ketat. Daripada kebebasan untuk berhimpun, berucap, berpersatuan, menerbitkan akhbar dan lain-lain aktiviti normal. Pelajar dan pensyarah di menara gading turut dikongkong, termasuk menghalang mereka membuat kenyataan kepada media walaupun menyentuh bidang pengajian masing-masing.

Saya tidak berhasrat untuk menyangkal pandangan dangkal Rais itu. Rakyat negara ini, khususnya selepas era "politik baru" tentu dapat menilai sejauhmana ruang demokrasi dan penyertaan rakyat secara matang dalam iklim politik di Malaysia. Apa pun, merujuk situasi yang berkembang mekar di Timur Tengah itu, proses pendemokrasian, seperti analisis sarjana terkemuka, Samuel P. Huntington, dalam bukunya, The Third Wave: Democracy in the Late Twentieth Century, boleh merebak dan membentuk suatu trend global di kalangan masyarakat antarabangsa.

(Huntington membahagikan gelombang pendemokrasian kepada beberapa fasa. Gelombang pertama (1828-1926), bermula kesan revolusi Perancis sehingga kemenangan Sekutu Barat dalam Perang Dunia Pertama dan runtuhnya sejumlah empayar akibat perang tersebut. Ia diikuti oleh gelombang balik pertama (1922-1942), apabila pemerintahan demokrasi kembali kepada bentuk autoritarian, misalnya di Rom selepas Mussolini memerintah Itali (1922) dan Hitler berkuasa di Jerman (1933). Gelombang kedua pendemokrasian (1943-1962), yang menyaksikan sistem demokrasi dipraktikkan secara paksa di negara-negara yang kalah perang seperti Jerman Barat, Itali dan Jepun, manakala Turki, Brazil, Argentina, Peru, Ekuador, Venezuela dan Colombia menuju ke arah demokrasi kesan kemenangan Sekutu Barat.)

(Malangnya gelombang balik kedua berlaku pada 1958-1975. Perubahan paling ketara terjadi di Amerika Latin. Pergeseran dimulakan di Peru pada tahun 1962 ketika pihak militer campur tangan untuk mengubah keputusan sebuah pemilihan umum. Kemudian, tahun 1964 menyaksikan kudeta menjatuhkan pemerintah sivil di Brazil dan Bolivia. Argentina melakukan hal yang sama pada tahun 1966 dan diikuti Ekuador pada tahun 1972. Di Asia, pihak militer Pakistan telah memaksakan satu regim berdasarkan hukum darurat perang tahun 1958. Di Indonesia, pada 1957, Sukarno menggantikan demokrasi parlimen kepada demokrasi terpimpin dan pada tahun 1965, tentera Indonesia mengakhiri demokrasi terpimpin dan mengambil alih kekuasaan negara. Selain itu, 33 negara Afrika yang telah mencapai kemerdekaan (1956-1970) telah menjadi negara autoritarian sewaktu merdeka atau tidak lama selepas itu.)

(Gelombang pendemokrasian dan gelombang balik merupakan manifestasi dari suatu fenomena politik yang lebih umum yang mana dalam sejarah, peristiwa-peristiwa yang serupa kadang-kadang berlaku secara serentak kepada negara-negara atau sistem-sistem politik yang berbeza. Bagi menjelaskan gelombang pendemokrasian ketiga, Huntington telah membahaskan perkembangan politik global pada akhir abad ke-20 iaitu transisi yang dialami sekitar 30 negeri dari sistem politik non-democratik kepada sistem politik demokratik. Selain faktor-faktor yang sama berlaku di negara berbeda, perkembangan teknologi maklumat, institusi agama (termasuk gereja) dan krisis atau kemajuan ekonomi juga membantu proses pendemokrasian di peringkat global. Ia saling berjangkit.)

Di samping mengharapkan Rais dapat menasihati Najib tentang keperluan segera mengadakan pembaharuan atau reformasi dalam sistem politik, sosial dan ekonomi kita (juga mengingatkan Perdana Menteri tentang nasib Wanita Pertama di Tunisia, Mesir, dan lama sebelumnya di Iran,) agar wabak dari Asia Barat itu tidak berjangkit ke Malaysia, tuduhannya bahawa pelajar Malaysia di Mesir "diajar untuk memberontak, berkasar dan bersifat Talibanisme" adalah cukup serius dan berbahaya.

Ia mengingatkan saya tentang label pelampau, ekstrim dan militan, yang begitu lama ditujukan kepada Ikhwanul Muslimin, pertubuhan paling tersusun, berdisiplin dan berakhlak di Mesir. Tuduhan bermotif jahat itu, sejak 1940-an lagi, menyebabkan pemimpinnya yang berkaliber dan ikhlas berjuang telah ditahan, disiksa, dibuang negeri dan ramai yang dibunuh di tali gantung.

Ikhwan juga sering dikhianati. Walaupun bersama-sama Kolonel Jamal Abdul Nasser menjatuhkan regim monarki Raja Farouk dalam Revolusi Julai 1952, tetapi tidak sampai dua tahun selepas itu, pada 13 Januari 1954, Ikhwan diharamkan, manakala para pemimpinnya ditangkap bersama ribuan anggotanya. Tuduhannya — yang tidak pernah dibuktikan di mahkamah — Ikhwan merancang menggulingkan kerajaan. Sepuluh tahun kemudian, Ikhwan juga dituduh merancang rampasan kuasa, di samping dakwaan mahu menghapuskan para intelek dan golongan seniman-seniwati Mesir, termasuk penyanyi.

Rupanya ramai yang terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas itu, termasuk mereka yang berpengajian agama di negara ini. Saya pernah mendengar seorang ustaz yang lama menetap di Makkah menyifatkan Ikhwan sebagai pertubuhan pengganas yang menyusahkan rakyat Mesir! Sejarah Ikhwan memang cukup perit dan menyedihkan. Sebuah gerakan Islam yang paling hebat menyuntik inspirasi kebangkitan buat umat sejagat di zaman moden ini tidak pernah sunyi daripada rantaian tribulasi yang cukup menakutkan. Diharapkan bekas pelajar Mesir dapat menyanggah tuduhan Rais itu.

Saya kira kini begitu ramai mendoakan agar Ikhwan berjaya merentasi ujian getir bersama rakyat Mesir menumbangkan regim Hosni, bagi membentuk pemerintahan baru yang lebih demokratik, telus, bertanggungjawab, antirasuah dan menjaga kepentingan rakyat. Kesediaan pemimpinnya untuk saling bahu-membahu dengan siapa jua terbabit dalam kebangkitan rakyat itu, khususnya bersama Dr Mohamed El-Baradei, melambangkan keikhlasan Ikhwan untuk tidak mengambil kesempatan di waktu genting ini. Ikhwan tetap bertegas dengan konsensus awal yang tidak pernah berubah, iaitu Hosni mesti berundur.

Mereka langsung tidak berhasrat untuk merebut jawatan Presiden Mesir. Aktivis Ikhwan turut terbabit dalam kerja-kerja kebajikan membantu mangsa kezaliman Hosni dan Parti Nasional Demokratik. Mungkin pengalaman dan kejayaan rakan-rakan gerakan Islam di Turki, berdepan real politik yang cukup mencabar, di bawah Recep Tayyip Erdogan boleh menjadi teladan dan panduan, termasuk dalam krisis di Mesir.

Cuba anda bayangkan gerakan reformasi 1998, yang disusuli perubahan besar terhadap lanskap politik tanahair terutama pada 2008, sekiranya tidak disokong kuasa siber atau media baru. Andaikan tiada laman-laman web dalam internet yang memperincikan tragedi pemecatan Anwar Ibrahim. Lebih penting lagi, tiada hebahan demonstrasi atau perhimpunan yang dapat disalurkan dengan cepat dan mudah melalui dunia maya tanpa batas itu.

Memang sukar untuk kita mengaitkan kejayaan pergerakan reformasi atau idea politik baru tanpa sokongan ledakan ICT. Namun, tidaklah semudah itu untuk kita menetapkan bahawa faktor kemudahan internet dan dasar langit terbuka sebagai satu-satunya penyebab kebangkitan rakyat menuntut hak. Gerakan reformasi memang telah merangsang pertumbuhan penggunaan internet pada akhir 1990a-an; kebetulan pelancaran Koridor Raya Multimedia (MS) dilancarkan Dr Mahathir Mohamad setahun sebelum itu.

Justeru, saya agak pelik mendengar ura-ura kerajaan akan mengenakan sekatan terhadap apa juga dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook, Twitter dan perisian. Walaupun faktor media baru itu, termasuk kemudahan telefon bimbit, emel dan sebagainya menjadi pemangkin revolusi rakyat di Tunisia dan Mesir, namun jika suasana sosio-politik kita diakui jauh berbeza, seperti dakwaan Rais, apa yang perlu dibimbangkan dengan kemajuan teknologi maklumat itu, kan?

Rumusan pensyarah media USM, Mustafa K. Anuar mengungkapkan kaitan media baru dan pergolakan di Mesir menarik untuk diperhatikan: "Sesungguhnya rakyat jelata Mesir selama lebih kurang tiga dekad yang lalu tidak mempunyai peluang dan ruang (kalau adapun, kurang) untuk melafazkan secara terbuka perasaan tidak puas hati, kegelisahan, kekecewaan, kemarahan, keinginan dan impian mereka melalui media massa arus perdana yang ada di negara itu. Seperti di kebanyakan negara yang mengalami kebebasan media yang tersekat, internet dilihat atau diangkat sebagai satu 'cahaya' yang boleh menerangi bumi Mesir pada tahap dan keadaan sosial tertentu.

"Ini bukanlah untuk mencadangkan bahawa tercetusnya satu gelombang 'reformasi' di Mesir adalah disebabkan rangkaian internet dan aktiviti blog, Facebook dan Twitter semata-mata. Keadaan sosio-ekonomi dan politik di Mesir dan ruang komunikasi yang 'dibuka' oleh internet saling 'mencuit' hati dan memperkasakan rakyat Mesir untuk memberontak dan meluahkan perasaan pemberontakan ini.

"Dengan kata lain, kemiskinan, pengangguran, harga barang keperluan yang melambung tinggi, rasuah, dan juga ketiadaan (atau kekurangan) akauntabiliti dan ketelusan serta penyalahgunaan kuasa bagi diri pihak pemerintah, antara lain, merupakan beberapa faktor utama yang menggerakkan hati rakyat untuk bangkit menuntut keadilan dan kesaksamaan. Dan dalam konteks ini media baru dan media sosial saling membantu meningkatkan kesedaran politik rakyat."

Khususnya buat aktivis media baru di negara ini, termasuk pemimpin Pakatan yang dilaporkan semakin berjinak-jinak dengan komuniti dunia siber, masih banyak yang perlu dilakukan bagi menggerakkan kebangkitan rakyat untuk membawa perubahan dalam PRU13 nanti. Pengisian harus lebih sofistikated dan kemaskini. Media secara umumnya lebih kepada fungsi melaporkan dan membuat analisis, selain membongkar apa yang disembunyikan media tradisi yang dikontrol elit penguasa.

Lama sebelum ini saya mengingatkan, tiada apa-apa kuasa sakti atau "mukjizat" yang ada pada media, termasuk media baru, sekiranya aktivis politik hanya sekadar mengharapkan dan menanti...— Harakah Daily

Ketua Polis Johor hampir lemas

Posted: 09 Feb 2011 03:48 PM PST


BATU PAHAT - Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff nyaris lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya tergelincir ke dalam parit di kawasan banjir di Kampung Parit Basri, Sri Medan di sini semalam.

Turut bersamanya dalam kenderaan terbabit ialah Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris.

Pada masa kejadian, Mohd. Mokhtar dalam perjalanan untuk melawat kawasan banjir dan turut disertai oleh beberapa wakil media.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd. Mokhtar berkata, ketika melalui kawasan itu kira-kira pukul 3.30 petang tiba-tiba kenderaan tersebut seperti masuk ke dalam lubang yang sebenarnya adalah parit.

Difahamkan, pemandu pacuan empat roda itu sukar membezakan antara jalan dan parit di kawasan berkenaan kerana kawasan itu dilitupi air. - Kosmo

Ops Lalang : Mahathir Penipu - Mat Sabu

Posted: 09 Feb 2011 05:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berbohong apabila beliau menuding jari kepada polis sebagai pihak bertanggungjawab dalam Operasi Lalang 1987.

Demikian kata Ahli Jawatankuas PAS Pusat, Mohamad Sabu, mengulas kenyataan Mahathir di dalam buku tulisan Tom Plate, 'Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad'.

Dalam buku tersebut, Mahathir mendakwa beliau pada asalnya bercadang menangani Operasi Lalang dengan cara berbeza.

Malangnya, kata Mahathir, polis bertegas meneruskan penangkapan sedangkan beliau sendiri sebelumnya menemui pemimpin pembangkang memberi jaminan mereka tidak akan ditangkap.

Mengulas lebih lanjut, Mohamad Sabu, yang turut ditahan dalam operasi tersebut, mempersoalkan jika benar penangkapan tersebut dilakukan menurut kehendak polis, mengapakah beberapa ahli politik daripada Barisan Nasional terkecuali daripada ditahan.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda Umno pada masa itu bertempat di Stadium TPCA, Kampung Baru menyeru orang Melayu supaya membasahkan keris dengan darah orang Cina.

"Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim pula berpesan kepada orang Melayu agar ke Kuala Lumpur dengan membawa senjata sekurang-kurangnya mancis api.

"Lee Kim Sai pula pada masa tersebut menuntut supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada orang Cina.

"Kesemua mereka tidak pula ditahan semasa Operasi Lalang," kata Mohamad Sabu.

Tambahnya lagi, penahanan yang dibuat sewaktu Operasi Lalang tersebut sebenarnya berdasarkan satu senarai yang disediakan oleh orang politik.

"Sebelum operasi tersebut dijalankan, Mahathir mengarahkan Najib ke Jakarta, Lee Kim Sai ke Australia sementara Shahidan tidak pula ditahan," kata Mohamad Sabu.

Dalam perkembangan yang sama, Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang menafikan Mahathir menemui mana-mana pemimpin pembangkang sebelum operasi tersebut dijalankan.

Sedangkan katanya, lebih setahun selepas ditahan, Mahathir sendiri pernah berkata bahawa penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah wajar.

"Saya tak pernah bertemu Mahathir dan dia sendiri tak pernah memberi jaminan saya tidak akan ditahan sebelum Operasi Lalang 1987.

"Saya minta dia namakan pemimpin pembangkang yang dia kata dia jumpa!" kata Kit Siang.

Operasi Lalang dilaksanakan pada 27 Oktober 1987 oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Polis Di Raja Malaysia.

Ia menyaksikan 106 orang ditangkap dan ditahan di bawah ISA terutamanya ahli politik parti pembangkang.

Peristiwa tersebut juga menyaksikan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Lagi 'hilang keyakinan' .. 200 Ahli PKR sertai Gerakan .. DSAI, macamana ni?

Posted: 09 Feb 2011 04:26 AM PST

Wednesday, 09 February 2011
200 Former PKR Members Defect to Gerakan

IPOH, 9 FEBRUARY, 2011: Two hundred former Parti Keadilan Rakyat (PKR) members from the Ipoh Barat and Tambun divisions defected to Gerakan today.

Their membership applications were submitted by former PKR Ipoh Barat division Youth chief V. Subramaniam to Gerakan deputy president Datuk Chang Ko Youn at Wisma Gerakan here today.

Subramaniam, who joined the PKR in 2005, said he left the PKR as he had lost confidence in the party's leadership.

He said the defectors were part of about 500 PKR members from the Ipoh Barat division who left the party in March last year.

Stone : Apa nak jadi dengan PKR atau PR ni. Baru-baru ni ahli DAP dari Tawau, sebelum tu Pegerusi PKR Sabah ...
DSAI kena ubah strategi. jangan kita nampak atau nak jaga 2 3 4 0rg yang besar-besar dikeliling kita saja, yang kecik-kecik atau yang bawah-bawah pun nak kena jaga juga. Jangan oleh sebab 2 3 4 org ni kita buang yang ramai di bawah. Yang nak mengundi atau nak pangkah masa PRU nanti yang ramai kat bawah ni, bukan yang 2 3 4 orang di atas tu ...
Masih punya masa untuk meyakinkan semua. Jangan nanti dlm PKR yang tinggal hanya DSAI DSWA Nurul Azmin TS Khalid Tian Chua dan beberapa kerat MP2 dan Adun2 saja lagi ... Siapa yang nak mengundi nanti kalau lah semua ahli2 dah lompat parti ... sana 200 sini 300 lama-lama habis la ...
'UBAH SEKARANG SELAMATKAN PKR'

Tiada sambutan "Hari Valentine" bagi pasangan Muslim - JAIS

Posted: 09 Feb 2011 03:05 AM PST

PETALING JAYA (Feb 9, 2011): Married Muslim couples who are looking forward to a romantic Valentine's Day dinner on Monday may find themselves attending a compulsory counselling session to "mend" their faith, as the act is deemed to be against a 2005 fatwa which forbids Muslims from taking part in the celebrations.

Selangor Islamic Religious Department (JAIS) deputy director (public relations and publications) Nurhamizah Othman said: "The message is for Muslims to not be influenced by Western cultures – many which are not in line with Islamic teachings."

"There is no special day in Islam for a person to celebrate their love, as it is something that should be done everyday," she said.

She said, the counselling sessions are organised on top of enforcement measures for acts punishable under the Selangor Syariah Enactment.

While stating that details of its activities are confidential, Nurhamizah disclosed that JAIS had over the past years conducted similar enforcement and educational initiatives during periods when there are higher tendencies for such acts to occur.

According to the National Fatwa Council ruling, practices associated with Valentine's Day celebrations often have elements of Christianity or mixed with immoral acts.

As such, Muslims are forbidden from associating themselves with it, even if it means dining in a restaurant on Valentine's Day.

PAS youth wing head Nasrudin Hasan Tantawi was quoted in an AFP report today as saying that religious authorities in the northern states of Kedah, Penang and Kelantan as well as central Selangor will carry out immorality checks on Feb 14, as part of a campaign to encourage a "sin-free" lifestyle.

"We have identified spots in these states which are used by lovers and we are deploying local religious department officials as well as party members to stop such sinful acts like casual sex which violates Islam," he said. - Sun2surf
Stone : Ini kerja orang kapiaq .. tok sah la org2 kita dok ikot. Aku yang xpernah pun sambut hari-hari yg macam ni dah dekat 25 tahun dah bahagia aman sejahtera jer pun sampai hari ni ... Tidak perlu apa-apa sambutan, pokoknya hati ... Insyallah kita akan bahagia.

PRK Merlimau : DSAI korbankan Shamsul Iskandar

Posted: 09 Feb 2011 02:56 AM PST


Oleh: ROSLAN BIAN

PKR dan DAP sudah putuskan setuju PAS bertanding dalam PRK DUN Merlimau pada 6 Mac ini.

Sekaligus keputusan ini tentu amat mengecewakan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin yang mungkin sudah bermimpi siang malam untuk bertanding dalam pilihanraya kecil ke 15 itu.

Beliau nampaknya dijadikan korban oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang perlu akur bahawa PAS layak bertanding di kawasan tersebut mengikut peruntukan kerusi PRU sebelum ini.

Shamsul Iskandar kena akur kerana anwar sudah memberi kemenangannya pada pemilihan pimpinan PKR akhir tahun lalu.

Lagipun, bukan sesuatu yang pelik Anwar mengorbankan orang lain asalkan matlamatnya tercapai.

Ketua Umum PKR itu juga tidak ada pilihan lain kecuali mengalah kerana perlukan sokongan PAS sebagai talian hayat perjalanannya ke Putrajaya.

Lagipun, jentera pilihanraya PAS yang lebih hebat berbanding PKR dan DAP.

Anwar perlu menjaga hati pemimpin-pemimpin PAS kerana jika parti itu 'merajuk' dan keluar pakatan pembangkang, Ketua Pembangkang itu boleh ucap bye- bye Putrajaya.

Lagipun PKR semakin mengecil di Parlimen selepas ahli parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan keluar parti dan jadi wakil rakyat Bebas mengikut jejak lima rakannya.

PKR hanya tinggal 24 kerusi, PAS pula 23 manakala DAP 29 kerusi selepas menang di PRK Parlimen Sibu.

Ikut kebiasaan di Parlimen, sepatutnya pemimpin DAP jadi Ketua Pembangkang tetapi Anwar masih dapat ihsan parti itu dan PAS untuk kekal dengan jawatan berkenaan.

Berbalik PRK Merlimau, terdapat desas ada kalangan pemimpin PAS tidak setuju parti itu bertanding di kawasan tersebut.

Antara faktornya soal kewangan dan jangkaan kalah selain jika menangpun tidak akan merubah kedudukan politik negeri Melaka.

Ada juga pendapat mengatakan mereka tidak mahu kalah tiga kali berturut-turut selepas Galas dan Tenang.

Justru itu, timbul idea tidak mahu bertanding sama seperti dilakukan PAS ketika PRK Dun Talam pada 2007.

Jika idea ini kekal, PKR boleh meletakkan Shamsul Iskandar bertanding.

Cuma PAS mungkin tidak akan menurunkan sepenuhnya jentera kempen kerana kecewa dengan sikap memilih Ketua Pemuda PKR itu.

Dalam PRU ke 12, Shamsul sudah ditawarkan bertanding di Jasin tetapi memilih Parlimen Dungun.

Apapun terpulang pada PAS menentukan kerana PR sudah memberi laluan kepada parti itu di Merlimau.

Mengenai calonnya, Hadi sudah membayangkan keputusan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat kepimpinan parti itu 13 Februari ini.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi. - Agenda Daily

Lagi polis tembak mati lelaki

Posted: 09 Feb 2011 12:36 AM PST

SEREMBAN: Polis menembak mati seorang penganggur yang mengamuk apabila dia menyerang polis dengan sebilah parang di sebuah rumah di Taman Chempaka, Jalan Rompin, Bahau, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata pemuda berumur 30-an itu mati akibat kecederaan di bahagian pipinya selepas terkena sedas tembakan, dalam kejadian pada kira-kira jam 5 petang.

Beliau berkata pada kira-kira jam 2 petang empat anggota polis pergi ke rumah berkenaan selepas menerima panggilan daripada seorang suri rumah mengenai anaknya yang sedang mengamuk.

Katanya kira-kira tiga jam kemudian selepas usaha memujuk tidak berhasil dan bimbang dengan ancaman keselamatan kerana pemuda itu mempunyai sebilah parang, polis menggunakan 'taser gun' untuk melumpuhkan pergerakannya, namun ia tersasar, menyebabkan pemuda itu bertambah agresif.

"Pihak polis kemudiannya cuba berundur tapi malangnya salah seorang anggota, Sarjan Abdul Rahim Hamid, 50, yang tidak sempat beredar terus diserang dan ditetak bertubi-tubi di bahagian kepala dengan parang oleh pemuda itu," katanya pada satu persidangan akhbar di sini, hari ini.

Osman berkata seorang anggota polis terpaksa melepaskan sedas tembakan untuk menghentikan serangan, dan pemuda itu kemudiannya terus rebah dan mati di tempat kejadian.

Beliau berkata Abdul Rahim yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dibawa ke Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), dan keadaannya stabil.

Katanya mayat pemuda itu dihantar ke HTSJ untuk bedah siasat, dan polis percaya pemuda itu mungkin mempunyai sejarah gangguan mental. - Bernama