Sabtu, 29 Januari 2011

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Muka Wanted Budak-budak Syiah UIA

Posted: 29 Jan 2011 11:06 PM PST

sebelum mula bicara..

terima kasih kepada 3 lagi follower blog keAZAManMalaysia..iaitu..

hanyzan30,chalfaizal dan gayapeneroka..

blog korang akan dibloglist..

ahahaha bagindareformasi penah suroh aku tanpa bayaran untuk borak sikit pasal syiah..

ahahahah syiah ni dah start dah masuk malaya..

bagi aku sndiri..dari pengalaman aku..dok denga cite dari senior..dari lekcerer kat uia ni..

syiah ni mana boleh pakai..

bagindareform kata kapiaq paling takut ngn syiah..

ye la kot..tapi bukan takut kerana syiah ni adalah Islam..tetapi keradikalan syiah itu sndiri..

apa yg mmbezakan syiah dan sunnal wal jamaah adalah iktikad..

iktikad ni..kalau dah bertambah2..dah tu lain daripada syariah daripada sunnal dan Al-Quran..

iman kepada Allah pun akan lari..

penah diinterbiu Abu Hassan Din..pengacara Adik dan Al-Quran TV9..

semasa syiah gombak diserbu..

menyatakan ajaran Islam itu penyebarannya tidak boleh smbunyi2 mcm syiah gombak..

kalau mahu menyebarkan ajaran Islam..hendaklah dibuat dengan terbuka..

betul la tu...apa yg dibuat syiah gombak tu secara sorok menyorok adlah salah..

kita boleh saspek benda ni sebagai ajaran yg agak menyimpang..

berapa banyak ajaran sesat sumanya dengan cara sorok dan menyorok...

tengok je ayah pin..skjap terbang ke sana dan ke sini..

lagi satu...dalam syiah..mana ada solat 5 waktu...pegi tengok kat Iran tu..jadi adakah itu rukun Islam???

ye la pun..kita ni yg solat 5 waktu seperti dalam rukun pun tk habih tunai..tetapi adakah kita beriktikad bahawa rukun Islam memerintah umatnya solat 3 waktu sehari smalam??tak bukan?

dalam iktikad Syiah juga....mereka menyatakan seperti Al-Quran itu makhluk..tidak menerima hadis kecuali dari kalangan ahlul bait..mereka yg dah buat dosa konform masuk neraka..dan juga menghalalkan darah Islam yg melakukan dosa...

persoalannya..adakah Syiah ini maksum??

lekcerer aku orang nigeria amik phd kat uia aja aku fardhu ain cerita pagi smalam..

ada seorang tokoh.,.nama dia Syeikh Islam berkata..Syiah lebih bahaya daripada Yahudi dan Nasara....

dia kata..ada puak2 iran yg belaja kat utm..mmg geng2 syiah..

jadi jngan la nak respek iran..kalau orng boleh kata anwar ibrahim bermuka2...nik aziz bermuka2..lim kit siang bermuka2..tak mustahil kalau mamot madinijad dan ayatolah kameni tu pun same...

jadi..jngan la ada yg nak mngaku diri tu syiah..elok2 berada di landasn yg betul..tak pasal2 tersasar..

lagi lawak ada setngah blogger dok taruk kerajaan umno pasal serbu syiah..ini bukan main politik la skang oi..ini kes iktikad...nik aziz dan hadi awang pun tk bukak suara pasal isu ni..

mmg syiah itu dah sesat..ada plak hadis menyatakan..Rasulullah berkata..hanya ahli sunnah wal jamaah je yg diiktiraf..lobih kurang gitu la..mmbe aku kata...

tindakan nk serbu syiah tu mmg patut...dah la letak gambar kameni kat tempat meeting..bahaya oi..karang menyeleweng anak2 kita...well aku bujang lagi belum beranak..

tengok berapa ramai pemuda2 iran dok masuk malaysia bawak dadah..lagi mau percaya sama iran ka??kata nk bomb israel..balik2 dok tunjuk je bom..dalam2 mengutuk yahudi..simpan gak yahudi dalam negara...tak da beza la ...propaganda dia sama je la mcm Hitler..

bab syiah uia..dan juga geng jemaah Islamiah kat UIA..

lawak2 keluar surat khabar konon UIA bebas daripada geng2 ni..

oi...UIA tu bukan IPTA semata2..dia pun ditubuh bawah akta syarikat..kompani ma..kalau la surat khabar cakap cam tu..camne orng nk hantar anak2 diorang belaja kat situ..suma lari la..income lari la...ahahahahahaha..

sbb tu..kerajaan apa2 hal nk lawan ngn PAS pasal agama..pasal perlembagaan..pergi carik lekcerer UIA..tapi pasal normala salam pakal sarung tangan ada diorang tanya UIA tk???

ahahahahahahahahahahaa

yg tak tau ni yg kena bagi tau...jangan tengok tv.."hah prof UIA dah ckp cam tu..umno betul la"..

ape je perkara yg dia tanya UIA..cuba tanya kat UIA..apa yg dilaksanakan Najib Razak betul atau tidak???kita denga jawapan dia..wei aku hari2 lekcerer course perundangan...msti relate isu semasa..kerajaan kena bantai gak selalunya..

hwahwahwahwahwahwa...

back to the point..mmg ada la geng2 syiah dan jemaah ni kat uia..diorang menyorok..senior2 kata..lekcerer2 pun kata...

yg lawak presiden mpp dok tampal la surat konon dia dah bertanya kat najib pasal isu..

hwahwahwa..bapok punya presiden...

masa berhimpun palestin dia la yg berselendang yasser arafat..

semua yg masuk nk jadi mpp tu nak popular aje..ape ke yg diorang buat demi kepentingan mahasiswa???

ahahahaha nk tk nk korang kena paham ..mentaliti anak2 muda skarang ni dah lain..sumanya ke arah yg bukan2...adala lagi yg ok cam aku ni..(ahahaha)..

tak lama lg nk ada pilihanrayo kampus...ahahaahaha aku konform tak keluar mengundi punyo..

malas..dak2 poyo yg betanding....mungkin ada yg nmpak diorang cool..tapi..cool dari segi perjuangn la kot..tapi pelaksanaan apa yg diperjuangkan itu??

siapa yg tau..budak2 yg bodo gi ngundi dak2 poyo ni je yg tau..

apa yg diorang cakap cuma sia2 belaka...

harharhar...

tapi kalau yg betanding tu awek cun..serius aku undi awek cun..hidup awek cun!!!!!!

kesimpulannya..buat siapa yg dah baca sampai dah nk abis..

syiah itu sesat..jangan la terpengaruh ngn janji2 manis diorang..kerana syiah ini berbeza dengan 4 mazhab terunggul Islam..syiah is about the iktiqad..but the 4 mazhabs are about muamalah..iaitu praktikal dalam Islam..

iktiqad tu ape??alahai..iktikad tu iman dan tauhid kepada Allah la..cara engkau mempercayai Allah dan Rasulullah..adakah berlandaskan seperti Al-Quran dan Sunnag ataupun tidak...

sekian terima kasih..bukan johor je hujan..sepang pun hujan..lobek ha...

bocor zink rumah den..

(hari ini berita harian tak da topik best untuk aku kupas mengupas dan kritik komen)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


PRK Dun Tenang: Lintas Langsung (LIVE) hari Pengundian

Posted: 29 Jan 2011 06:16 PM PST


Sumber gambar dari twitter teresa kok

Terima Kasih kepada http://n05tenang.pas.org.my

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

PRK Dun Tenang: Jika calon BN menang bermakna....

Posted: 28 Jan 2011 06:44 PM PST

..

Jika pengundi DUN Tenang memilih untuk mengundi BN dan BN menang dalam pilihanraya ini, inilah isyarat yang dihantar oleh para pengundi kepada parti yang memerintah;

1. BN bebas menghapuskan subsidi harga barang pada masa depan kerana pengundi Tenang tidak terkesan dan tiada sebarang masalah dengan kenaikan harga petrol dan barang-barang keperluan lain kerana harga komoditi getah dan sawit sedang melambung pada waktu ini.

2. MCA bebas menghina Islam dan nilai-nilai Islam sebab orang melayu Islam di Tenang tidak kisah dengan komen-komen komponen BN yang menghina Islam asalkan BN terus memberi perhatian kepada tuntutan-tuntutan orang melayu dalam meneruskan kelangsungan hidup semasa pilihanraya ini.

3. FELDA akan terus memanipulasikan peneroka FELDA dengan perkhidmatan yang bertaraf rendah tetapi dicajkan dengan mahal kepada para peneroka kerana peneroka di DUN Tenang tetap akan mengenang jasa BN dalam menubuhkan FELDA walaupun penyalahgunaan dana FELDA untuk pelbagai tujuan yang tidak menguntungkan peneroka telah didedahkan dengan seluas-luasnya.

4. UMNO bebas memilih calon yang mewakilinya walaupun calon itu dibuktikan di mahkamah telah tidak menjalankan amanah dengan adil dan saksama sebagaimana sepatutnya kerana pengundi Tenang masih mengundi Azahar walaupun dia pernah diturunkan pangkat dan gagal menjalankan tugas sebagai ADO dengan adil dan saksama.

5. PAS akan terus lemah di Johor dan orang melayu Johor tidak ada peluang untuk membuat rundingan yang lebih menguntungkan dengan Kerajaan BN kerana Kerajaan BN tidak gusar sedikit pun bahawa rakyat tidak akan menyokong mereka dalam mana-mana pilihanraya.
- http://dunbpayong.blogspot.com

UNDILAH PAS DAN BN AKAN LEBIH MENGHARGAI ANDA!

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Maruah Islam tercalar di bumi Tenang: Banner/poster 'panas' untuk tujuan sebaran!

Posted: 29 Jan 2011 07:36 AM PST





































Oleh: Pria Malaya

Koleksi isu penghinaan terhadap Islam di bumi Tenang oleh pemimpin BN ini akan dijadikan entry "koleksi" sepanjang zaman..sila rujuk pada sidebar blog penulis setiap kali mahu membuat rujukan..

Akhir kalam, menang atau kalah, sila pastikan isu penting ii disebar pada rakan-rakan kita yang lain, terutama di kalangan rakan non-politik, orang2 agama, termasuk juga kepada ahli/penyokong tegar Umno..

Pastikan sasaran kita tepat..sesungguhnya isu ini tidak akan dikeluarkan di media2 perdana, maka tugas kita memanjangkan kpd seluruh masyarakat dgn harapan mereka membuka mata, siapa itu Umno, siapa itu BN..fikir2kan..wallahua'lam..

p/s: Di bawah adalah link2 yang berkaitan dengan banner/poster2 di atas..


1. BIADAP: MCA hina Islam di Tenang, takutkan pengundi Cina dengan penubuhan negara Islam!
2. Akhbar MCA hina Islam: "Undang-undang itu (Enakmen Syariah Selangor) terlampau bodoh untuk digambarkan" - The Star
3. KURANG AJAR: Selepas MCA, giliran Gerakan pula menyerang Islam..parti rasis Umno terus membisu!
4. MCA SEMAKIN BIADAP!: "Apa baiknya untuk mengenali tatasusila orang Islam?" - Chua Soi Lek

5. Isu salam: Taresa Kok pertahan calon PAS, PKPIM selar Umno sebagai punca MCA dan Gerakan bantah!
6. Isu salam, negara Islam: Ketua DHPP, Hu Phang Chaw cabar MCA dan Gerakan berdebat!

7. BIADAP: Akhbar Harian Metro hina Islam!
8. Laporan POLIS terhadap presiden MCA, Dr Chua Soi Lek atas dakwaan menghina Islam..(video inside)


Pusat Kesihatan Keluarga Nafi fitnah blogger Umno: Nafi "Jual" MC & Sahkan Suami Cikgu Mala Tidak Sihat

Posted: 28 Jan 2011 11:55 PM PST



SH melaporkan bahawa Pusat Perubatan Keluarga, Jalan Segamat, menafikan pihaknya menjual sijil cuti sakit (MC) kepada suami calon Pas, Normala Sudirman yang dikatakan mengalami masalah kemurungan.

Pakar perubatan, Dr Siti Juriah Kusni mengesahkan kliniknya ada mengeluarkan cuti sakit berkenaan kepada Maarof Abd Mutalib berikutan tahap kesihatannya yang lemah.

"Maarof diberikan cuti sakit selama dua hari memandangkan perlu rehat secukupnya kerana mengalami simptom demam, batuk dan selesema.

"Pemeriksaan mendapati Maarof juga kelihatan begitu lesu dan tidak bermaya serta memaklumkan turut mengalami tekanan," tambah Dr Siti Juriah.

Menurutnya, sebagai doktor, beliau ada bertanyakan punca tekanan itu dan Maarof berkata bahawa tekanan itu berkaitan dengan hal pertukarannya ke Johor Bahru.


(Contoh fakta kes dari sumber Pusat Perubatan Universiti Malaya: "Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," - cikgu Noreha (46), Pulau Pinang..baca lanjut di SINI..)

"Akibat memikirkan hal itu, beliau terlalu tertekan sehingga tidak dapat tidur malam. Oleh yang demikian, saya memberikannya cuti sakit selama dua hari, iaitu pada 6 dan 7 Januari," jelas Dr Siti Juriah.

Berikutan masalah tekanan yang dialaminya, beliau mencadangkan Maarof mendapat khidmat pakar psikitrik dengan merujuk masalah itu kepada Klinik Kesihatan Bandar Putra Segamat untuk pemeriksaan lanjut.

Walau bagaimanpun, Dr Siti Juriah memaklumkan tidak mengetahui sama ada Maarof mendapatkan khidmat pakar psikitrik seperti mana yang dicadangkannya sehingga mengetahuinya melalui laporan akhbar, semalam.

Status kesihatan Maarof menjadi persoalan apabila beliau dilaporkan mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Sementara itu, Kosmo pula melaporkan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Maarof Abd. Mutalib yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenang Stesen itu menipu untuk mendapatkan sijil cuti sakit (MC) selama 21 hari.

Menurut Muhyiddin Yassin, kementeriannya akan menyiasat dan mendapatkan laporan daripada pelbagai pihak termasuk pengetua SMK Tenang Stesen sendiri.

Kata Muhyiddin, "Kementerian akan siasat sama ada cuti yang diberikan itu berasas atau dia telah memberi kenyataan yang tidak betul untuk mendapatkan cuti.

"Dia sebagai seorang guru sepatutnya amanah dan tidak boleh salah guna hak untuk mendapat cuti dan memberi perakuan yang bohong.


(Cikgu Mala bersama suami dan ibu bapa pada malam pengisytiharan calon..baca laporan Harakah pada tajuk, "Ibu gembira Cikgu Mala suka bantu masyarakat"..)

"Kami difahamkan jumlah MC yang diambil banyak dan jika benar sakit, dia sepatutnya sudah terlantar tetapi dia dilihat berdiri tegak meredah kawasan Tenang untuk membantu isterinya berkempen."

Justeru, penjelasan Dr Siti Juriah yang merawat dan mengeluarkan sijil cuti sakit kepada Maarof sudah memadai untuk menjawab persoalan dan pertanyaan Muhyiddin dan tulisan-tulisan di blog pro-UMCO. - duniacacamarba.blogspot.com

**baca juga kupasan blogger "tulahan" mengenai isu ini pada tajuk, "Doktor boleh saman, suami Cikgu Mala layak dapat MC"...

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


61.17 PERATUS TELAH MENGUNDI JAM 2 PETANG

Posted: 29 Jan 2011 11:11 PM PST

2.45pm Di SMK Kamarul Ariffin, Bandar Labis Tengah, walaupun banjir, penyokong kedua-dua calon masih bersemangat menyanyi, bersorak dan mengejek sesama sendiri.


Mereka juga bergilir-gilir mengucapkan "Gong Xi Fa Chai" (Selamat Tahun Baru Cina) dan "kamsia" (terima kasih) kepada pengundi.

2.37pm
Sehingga 2 petang, peratus keluar mengundi sebanyak 61.17 peratus atau 9,025 orang.

2.26pm:
DAP mendakwa banjir di dua pusat pengundian sudah "serius". Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor and SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah.

2.16pm: Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu Malaysiakini, pemanjangan masa mengundi "tidak boleh berlaku mengikut undang-undang".

Sumber: Malaysiakini

PRK DUN TENANG - BELI UNDI DI KAWASAN CINA ?

Posted: 29 Jan 2011 10:23 PM PST


DAP dakwa berlaku beli undi di Tenang Station

Kuek Ser Kuang Keng
Jan 30, 11

DAP mendakwa berlaku pembelian undi di SJK (C) Ai Chun yang terletak dalam daerah pengundian Tenang Station.

NONEMenurut Teo Chin Liang (kanan, duduk) - bapa kepada ahli Parlimen
DAP Serdang, Teo Nie Ching - dia dan agen undi DAP, Liew Choan Chee (kanan, berdiri), pergi ke dewan sekolah tersebut di mana mereka mendapati pintunya terbuka luas, yang menurut mereka tidak biasa berlaku pada hujung minggu.

Setibanya di situ, kata Teo, dia nampak beberapa orang lelaki Cina sedang duduk di sebuah kaunter. Dia kemudiannya didatangi tiga orang, yang bertanyakan mengapa dia berada di situ.

Teo menjawab dia hanya mahu melihat yang apa yang sedang berlaku di situ. Mengesyaki sesuatu, dia kemudiannya memanggil Liew yang berada di dalam kereta dan Liew datang serta mengambil gambar tiga orang berkenaan.

NONEMeliha foto mereka diambil, ketiga-tiga mereka menjadi marah.

Menurut Teo, seorang daripada mereka yang berbaju putih, mengejar
Liew hingga ke keretanya dan mengarahkannya menyerah kameranya, dan mengancam akan menggunakan kekerasan jika Liew enggan berbuat demikian.

Liew, bagaimanapun, memberi amaran kepada penyokong ketiga-tiganya bahawa penyokong PAS akan sampai beberapa minit lagi. Mereka jadi takut dan beredar dari situ.

Setelah mereka pergi, kelihatan masih ada yang datang ke dewan sekolah tersebut.

NONEApabila ditemui Teo, beberapa orang berkata mereka diminta datang
oleh seorang yang dipanggil 'Ah Teck' untuk mengundi di situ, walaupun sekolah berkenaan bukan menjadi pusat pengundian.

Tertinggal di situ ialah cek RM3,000 yang telah dikoyak, dengan tandatangan ketua kampung yang juga pengerusi MCA Kampung Sawah Padi, Kok Yun Keong.

Cek bertarikh 27 Januari itu, ditulis "MCA cawangan Tenang" di atasnya, namun tiada nama penerima./Malaysiakini

PERLANTIKAN SUK SELANGOR - KHALID SAMAD INGATKAN MB SELANGOR

Posted: 29 Jan 2011 10:00 PM PST

MB perlu bersikap tegas



SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Kerajaan Negeri bersikap tegas berhubung pelantikan Datuk Mohad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru berkuat kuasa 1 Januari lalu kerana dikhuatiri ada usaha sabotaj terhadap Kerajaan Negeri.

Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim samada ada menerima dan beri peluang kepada Mohd Khusrin melaksanakan tugasnya, perkara disabotaj perlu diambil kira.

Khalid berkata, ia berikutan pelantikan tersebut dilakukan oleh Kerajaan Pusat dan bukanlah kehendak Pakatan Rakyat (PR) negeri ini dan juga rakyat Selangor.

"Amaran dan pendirian tegas beliau (MB) perlu diberitahu kepada Khusrin supaya beliau (Khusrin) profesional kerana beliau bukan lagi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)," katanya.

"Rakyat di negeri ini faham apa yang berlaku setelah pelantikan itu dan sekiranya berlaku masalah, pengurusan tidak cekap di negeri ini, beliau (Khusrin) perlu memberi penjelasan," katanya pada sidang medianya, semalam.

Kelmarin, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan akan bertemu Khusrin pada 7 Februari ini bagi membincangkan isu yang timbul selepas pelantikan itu.

Mengulas mengenai kegagalan Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan 24 Januari lalu, Khalid berkata, walaupun keputusan gagal dibuat tetapi keberanian Kerajaan Negeri harus dipuji.

"Ia merupakan usaha murni untuk mengembalikan semula kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar untuk melantik tiga pegawai eksekutif Selangor iaitu SUK, Penasihat Undang- Undang dan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

"Tindakan sesetengah pihak menyuruh Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar tidak sepatutnya ditimbulkan apabila dalam Sidang Khas DUN itu beliau telah mendapat 34 undi yang menyokongnya walaupun gagal mendapat dua pertiga undi," katanya./Sinar

PRK DUN TENANG - SIAPA PATUT DIPILIH?

Posted: 29 Jan 2011 06:00 PM PST

PRK Tenang: Pusingan akhir pergelutan

Hafiz Zainuddin | Jan 29, 2011

Hari paling sibuk dalam pilihanraya biasanya adalah hari-hari akhir menjelang pengundian. Di sinilah "senjata akhir" akan digunakan oleh parti-parti yang bertanding. Hari terakhir berkempen bermakna hari kritikal bagi kedua-dua pihak. Hari "panas" untuk mengambil seberapa banyak peluang berkempen! Bagi pengundi, ini mungkin hari terakhir mereka mendapat sebarang bentuk hadiah dari langit. Tangan-tangan yang memangkah dalam pilihanraya merupakan tangan yang amat berkuasa menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.

Dalam konteks Tenang; rakyat diberi pilihan samada memilih PAS ataupun BN. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Kurang dari 24 jam lagi, tempoh berkempen akan tamat. Jentera kedua-dua parti bertungkus lumus berperang memenangi psikologi dan hati rakyat. Ada banyak cerita dapat didengar, ada banyak emosi boleh dikongsi. Para pengundi semestinya telah ada pilihan di hati. Semangat kerja berpasukan dengan moral dan disiplin yang tinggi terutama dari jentera Pakatan Rakyat boleh diberi salut! Ia bukan disebabkan upah atau nasi bungkus. Harapan dan sokongan dalam merintis jalan kesepaduan PAS, DAP dan PKR tidak lain hanya untuk Malaysia yang lebih adil dan berkebajikan.

Malaysia dengan sinar yang begemerlapan!

Pakatan Rakyat mantap

Tidak dapat dinafikan, BN dibantu dengan jentera kerajaan. Akan tetapi, jentera sahaja tidak cukup kalau tanpa isu yang baik. Kempen politik boleh jadi sangat menjengkelkan dengan isu peribadi yang "terlalu remeh" dan dilihat tiada maruah. Penganalisis politik melihat BN ketandusan isu sejak mula berkempen lagi. Sehingga saat-saat akhir tempoh berkempen, BN dilihat gelabah apabila telah mempolitikkan MC suami calon PAS Makrof Abd Mutalib.

Selain itu, kes lelong tanah yang menyeret calon BN Mohd Azahar Ibrahim secara langsung dan tidak langsung dikatakan sedikit sebanyak telah mempengaruhi mood sebahagian pengundi yang bersimpati. Jelas, Azhar Ibrahim punya rekod kurang baik untuk difikirkan warga Tenang. Isu ini merupakan kredit percuma untuk PAS.

Harapan Malaysia Baru untuk Tenang

Seluruh Malaysia sedang memerhati perkembangan politik di Tenang. Kita diperlihatkan dengan Kugan, Teoh Beng Hock dan Amirulrasyid yang meninggal dunia akibat salah laku dan kerakusan pihak berkuasa. Apakah tragedi yang meragut nyawa ini tidak menjadi sentimen rakyat di Tenang?

Atau; harga minyak harus dinaikkan lagi supaya rakyat Tenang sedar? Apa yang akan berlaku? Adakah keputusan pilihanraya nanti akan memihak kepada rakyat? Sekiranya BN menjaja isu Negara Islam, "salam", hudud PAS, ketuanan Melayu dan percaturan Saiful dengan bekas bosnya; Pakatan Rakayat lebih mendahului dengan senarai panjang isu-isu lokal dan nasional melibatkan keadilan dan intergriti yang masih segar dan bermaruah. Tak perlulah saya senarikan semuanya di sini. Anda lebih sedia maklum. Saya yakin PRK kali ini akan memperlihatkan sejauh mana jentera Pakatan Rakyat berjaya membebaskan pemikiran rakyat Tenang khususnya masyarakat FELDA mengenai isu-isu nasional atau; rakyat Tenang selesa dengan keadaan sekarang.

Akbar Sinar Harian bertarikh 28 Januari 2011 memetik Mashitah Ibrahim; Ketua Wanita UMNO Baling memberi ingatan kepada BN supaya jangan memandang remeh strategi PAS meletakkan "pemidato" sebagi calon. Apatah lagi calon PAS adalah calon dari kalangan kaum wanita. Penulis melihat Cikgu Mala punya aura tersendiri sebagai seorang yang penuh semangat, tabah dan "tidak gemuk". Beliau tidak kekok bercakap, tidak lekang senyuman. Untung nasib. Tangan yang menghayun buaian ini mampu menggegarkan DUN Johor!

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas./MerdekaReview

PERTIKAI CUTI SAKIT - MENTERI BODOH ATAU DOKTOR YANG BODOH ?

Posted: 29 Jan 2011 12:34 PM PST

Panas berapi: Doktor boleh saman, suami Cikgu Mala layak dapat MC

Oleh Tulahan

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0322/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.1.jpgSudah tidak ada isu untuk menghadapi aura Cikgu Mala yang semakin menyesakkan Umno. Maka , tindakan tidak beretika Umno adalah mempamerkan cuti sakit suami Cikgu Mala untuk dijadikan isu.

Malang sekali isu ini yang ditimbulkan oleh blogger Umno digunakan juga oleh Menteri yang menjaga cikgu-cikgu

Sudah tidak ada isu, disuruhnya pengetua sekolah berikan cuti sakit untuk dijadikan isu menghentam Cikgu Mala. Sungguh tidak beretika, tidak menghormati profesion perguruan dan kakitangan awam.

Jangan salahkan pengetua berkenaan kerana beliau pun pasti takut jika tidak beri cuti sakit itu. Tak beri mungkin tak naik pangkat, senarai hitam, bertukar sekolah dan macam-macam lagi terpaksa dihadapi. Nak selamat beri je lah.

Kenapa nak hentam Cikgu Mala dan suaminya kerana mereka tidak salah apa-apa pun. Suami Cikgu Mala layak dapat cuti sakit kerana pegawai perubatan berkenaan sudah mengesahkan sakit Cikgu Mala.

Dalam bidang perubatan, sakit bukan maknanya kena perlu mengerang , ada darah, ada luka, berbalut sana sini. Doktor pun bukan hanya tengok kepada aspek luaran tapi aspek dalaman pesakitnya. Jadi jika doktor merasakan seseorang itu layak mendapat cuti sakit, Umno tidak sepatutnya menjadikannya isu politik tidak bertamadun.

Doktor berkenaan tentunya sudah tahu masalah yang akan dihadapi oleh suami Cikgu Mala. Isteri sebagai calon pilihanraya, tumpuan untuk mengendalikan P&P akan terganggu, tekanan dan keresahan akan berlaku semasa berada di sekolah akan mengakibatkan penyakit-penyakit lain. Banyak faktor lain diambil kira oleh doktor berkenaan.

Malah doktor berkenaan tidak merasa takut untuk mengeluarkan cuti sakit kerana beliau arif mengenai profesion yang diceburi berbanding pemimpin dan blogger Umno yang tidak ada etika. Tindakan pun tidak boleh diambil kepada beliau, malah beliau layak menyaman mereka yang mempertikaikan cuti sakit berkenaan.

Penulis akan paparkan artikel mengenai tekanan / stress yang dihadapi oleh guru-guru sehingga terpaksa mengambil cuti sakit. Mereka-mereka ini dibela oleh NUTP walaupun ada yang mengatakan mereka tidak sakit, tetapi doktor tetap memberi cuti sakit kepada mereka kerana mereka layak menerimanya akibat tekanan yang dialami. Bacalah......

Bebanan kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.

Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.

"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan.

"Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.

Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.

Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.

"Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.

"Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.

Kerja tujuh hari seminggu

Berbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan, 42, pernah mengalami sakit jiwa.

Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.

"Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan.

"Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar," katanya.

Zaimah yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah berkata, ada pengurusan sekolah yang memahami tanggungjawab guru JQAF namun ada juga sekolah yang menyamakan guru JQAF seperti guru-guru lain.

"Semasa saya mengajar di sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu, dari pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak.

"Hari Isnin hingga Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF.

"Hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat," katanya.

Menurut Zaimah, beban terlalu berat yang tidak dipantau oleh pegawai yang sepatutnya itu ternyata memberi kesan kepada guru-guru JQAF.

"Kami terbeban, tersepit, letih, dan hampir kena mental block. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu pun kami terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda.

"Itu tidak termasuk kursus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja," katanya.

Zaimah yang baru lima bulan mengajar semula selepas bercuti panjang menjelaskan, keadaan dirinya ketika 'sakit' dahulu bertambah teruk lebih-lebih lagi apabila suaminya berkahwin lain dan anak-anak enggan berjumpa dengannya.

"Bila saya tertekan dengan kerja, suami kata dia nak kahwin lain dengan alasan saya terlalu sibuk dengan kerja. Keadaan saya bertambah teruk waktu itu.

"Bila sakit saya datang, anak-anak tidak mahu dekat dengan saya. Hanya keluarga saya yang datang memberi sokongan untuk saya jalani terapi dan rawatan di hospital.

"Selepas bercuti lama, saya mengajar di sekolah lain. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan dan sesi kaunseling, saya sudah boleh mengawal tekanan di tempat kerja. Suami dan anak-anak pula sudah kembali pada saya," katanya.

Berisiko mendapat penyakit kritikal

Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.

"Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.

"Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain.

"Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan," katanya.

Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru.

Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.

Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan.

"Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.

"Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka," katanya.

Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.

Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

"Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.

"Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling," jelas Nor Zuraida-

RAIS PEMIMPIN SESAT YANG INGIN MENYESATKAN ORANG LAIN

Posted: 29 Jan 2011 08:25 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

RAIS Yatim mempertikaikan apa yang disebut oleh Mursyidul Am PAS bahawa sesiapa yang menyokong Umno/Bn adalah golongan Jahil. Jika begitu kepercayaan Rais, tentulah baginya sesiapa yang menyokong Umno/Bn terdiri daripada golongan `cerdik dan bijak'. Benarkah begitu?

Rais dipetik dari Malaysiakini menyebut, "Sekarang, setiap yang bernama Melayu dan Islam harus kerjakan sesuatu yang lebih dalam iaitu memahami agama kita dan tolong cari dalam al-Quran atau Hadis bahawa seseorang yang tidak memilih partinya (PAS) dia langsung menjadi seorang yang jahil atau tidak".

Memang jelas di dalam Al-Quran, tiada ayat yang menyebut sesiapa yang memilih PAS dia terdiri daripada orang yang bijak yakni tidak jahil. Tetapi, di dalam Al-Quran banyak ayat yang mewajibkan melaksanakan hukum hakam dan peraturan Al-Quran yakni undang-undang Islam termasuk hukum Hudud dan Qisas. Di dalam konteks negara ini, mana satukah parti yang dasarnya ingin melaksanakan hukum dan undang-undang Islam? Adakah Rais Yatim fikir Umno? Cuba Rais semak betul-betul di dalam dasar dan Perlembagaan Umno, adakah ada fasa yang menyebut bahawa parti itu ingin menegakkan hukum Islam berdasarkan Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Ulamak?

Kemudiannya, bandingkan dengan dasar parti PAS. Terbukti PAS satu-satunya parti yang menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai dasar perjuangan dan dasar pemerintahan sekiranya parti ini berkuasa. Justeru itu, adakah menyokong PAS boleh menjadi kita jahil dan menyokong Umno menjadikan kita bijak bistari? Secara kiasnya, menyokong PAS tentulah berpahala kerana PAS adalah parti yang ingin melaksanakan suruhan agama.

Berpahalakah kita jika kita menyokong Umno yang banyak terbukti menentang hukum Islam selama ini? Kalau tidak mendapat berpahala, maka apa yang kita akan dapat? Apa lawan bagi pahala? Berpahala menunjukkan jalan ke syurga, berdosa menunjukkan jalan ke Neraka. Cuba kita jawab sendiri, adakah kita berpahala, dosa, syurga atau Neraka jika memilih PAS atau Umno?

Semua antara kita cuba renungkan baik-baik dan buatlah keputusan yang berlandaskan hukum agama kita. Jangan kita menjadi pak turut kepada pak-pak Menteri yang jahil tentang agama itu. Bagaimana mahu yakin dengan mereka sedangkan mereka sendiri gagal bentuk keperibadian Islam baik kepada dirinya, isteri dan ahli keluarganya. /wfauzdin.blogspot.com

APABILA MUHYIDDIN TERLALU BERPOLITIK, BUKU PUN SALAH CETAK

Posted: 29 Jan 2011 07:26 AM PST

Silap cetak, Muhyiddin perlu tanggungjawab

Jan 29, 11

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga menteri pelajaran perlu memberi penjelasan terperinci berhubung kesilapan mencetak 400 ratus ribu buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun 1 sehingga menyebabkan buku itu ditarik balik, kata Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

pkr congress 281110 shamsul iskandarBeliau dipetik oleh TV Selangor sebagai berkata Muhyiddin selaku menteri yang bertanggungjawab perlu menjelaskan kerugian yang mencecah hampir RM4 juta itu.

"Beliau adalah individu yang bertangungjawab ke atas kesilapan sehingga memberikan kesan implikasi bukan sahaja terhadap pelajar sekolah malah ke atas implikasi ekonomi.

"Ini jelas merupakan satu pembaziran yang membabitkan jumlah wang yang begitu besar, jumlah RM4 juta ini jelas menunjukan timbalan perdana menteri yang juga menteri pendidikan mengambil sikap endah tidak endah.

"Dan sikap melepaskan batuk di tangga dalam usaha kerajaan memberi ingatan kepada rakyat supaya berhemah dan berjimat cermat dalam berbelanja tetapi dalam hal ini wang itu dihabiskan begitu sahaja," kata Shamsul.

kbsr english year 1 book, pull back by education ministryAkhbar semalam melaporkan, kementerian pelajaran akan menarik balik hampir 400,000 buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun 1sekolah kebangsaan kerana mengandungi pelbagai kesalahan dan menggantikan dengan buku teks cetakan baru, Mac depan.

Harga seunit buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun satu adalah RM8.20 dan jika mengambil kira keperluan hampir 400,000 naskah maka jumlahnya mencecah RM4 juta.

Ditanya apa tindakan yang patut diambil kepada pihak terbabit berhubung kerugian ini, Shamsul menegaskan Muhyiddin perlu dipertanggungjawabkan.

Letak jawatan

"Kalau berlaku di mana-mana negara, pada saya dari segi tanggungjawab, sudah pasti menteri berkenaan harus meletakan jawatan dan mengambil sikap tindakan bertanggungjawab kerana ia membabitkan wang rakyat yang begitu besar.

NONE"Sebab itu kami memberi ingatan dan teguran yang keras kepada TPM dengan mengambil mudah jawatan TPM dan juga menteri pelajaran dan jangan sibuk menyerang pembangkang dan sibuk berpolitik.

"Pada saya menteri kewangan, Datuk Seri Najib (Razak) harus mengambil tindakan yang tegas, paling tidak pun memberi kata-dua kepada menteri pelajaran supaya perkara ini tidak berlaku lagi," katanya.

nutp national union of teaching professionSementara itu, setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Loke Yim Phang yang juga dihubungi TV Selangor berkata perkara yang menyebabkan kejadian itu masih belum diketahui puncanya sama ada disebabkan kesilapan manusia atau masalah percetakan namun kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku.

"Sesuatu benda itu bila diterbitkan mesti tepat, kerana ia akan menyebabkan pembaziran, kalau kita hendak fokus kepada kualiti asasnya buku yang hendak dikeluarkan perlu ada kualiti.

"Bagi saya kita kena pastikan bahawa dalam proses percetakan sesuatu buku untuk pelajar itu kita tidak boleh lupa kepada kualiti," katanya./Malaysiakini

PKR LEMBAB UNTUK TENDANG `KATAK HITAM' INI

Posted: 29 Jan 2011 04:17 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA `katak hitam' pun melompat keluar. PKR nampaknya terlalu lembab untuk menendang keluar `katak hitam' ini sehinggakan terpaksa sang katak melompat sendiri. Tepat sekali masa yang dipilih oleh `katak hitam' ini iaitu mengumumkan keluar dari PKR beberapa jam sahaja rakyat Dun Tenang akan mengundi. Apa ertinya?

Ertinya, `katak hitam' ini berusaha untuk menentukan agar calon PAS tewas di Dun Tenang. Maka, media hari ini terutamanya TV menyiarkan berita `sang katak hitam' yang keluar dari PKR atas alasan tidak percaya lagi kepada Anwar dan Azmin. Itu sahaja. Masakan beliau mahu cerita tentang beliau tidak dipilih sebagai Naib Presiden PKR yang dilantik, sebaliknya N.Surendran yang dipilih.

Di dalamj Twitternya, `katak hitam' ini menyebut, " Selamat Pagi kepada semua Rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam Parti PKR Dan teruskan kerja saya melalui NGO Baru."

Cuba kita semak semula, siapakah yang menjadi `katak' yang berani mengosongkan kerusi mereka? Semuanya sekadar keluar parti dan lepaskan jawatan di dalam parti kemudian sebut tidak lagi percaya kepada pimpinan parti. Siapa berani kosongkan kerusi mereka untuk lihat samada mereka punyai pengaruh atau tidak? Semuanya bacul dan mahu makan gaji dan elaun `haram' sebagai Wakil Rakyat.

`Katak Hitam' ini pernah berjanji tidak akan keluar dari PKR kerana beliau masih yakin dengan PKR cuma tidak yakin dengan Anwar dan Azmin. Tetapi hari ini, `lidah yang makan biawak' ini bercakap macam `lidah biawak' juga. Beliau tahu beberapa jam lagi Dun Tenang akan mengundi, maka inilah saatnya untuk berbakti kepada Umno. Maka, jelas agenda `katak hitam' ini. Cuma, saya kesal PKR terlalu lembab untuk tendang `katak hitam' ini./wfauzdin.blogspot.com