Sabtu, 29 Januari 2011

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Maruah Islam tercalar di bumi Tenang: Banner/poster 'panas' untuk tujuan sebaran!

Posted: 29 Jan 2011 07:36 AM PST





































Oleh: Pria Malaya

Koleksi isu penghinaan terhadap Islam di bumi Tenang oleh pemimpin BN ini akan dijadikan entry "koleksi" sepanjang zaman..sila rujuk pada sidebar blog penulis setiap kali mahu membuat rujukan..

Akhir kalam, menang atau kalah, sila pastikan isu penting ii disebar pada rakan-rakan kita yang lain, terutama di kalangan rakan non-politik, orang2 agama, termasuk juga kepada ahli/penyokong tegar Umno..

Pastikan sasaran kita tepat..sesungguhnya isu ini tidak akan dikeluarkan di media2 perdana, maka tugas kita memanjangkan kpd seluruh masyarakat dgn harapan mereka membuka mata, siapa itu Umno, siapa itu BN..fikir2kan..wallahua'lam..

p/s: Di bawah adalah link2 yang berkaitan dengan banner/poster2 di atas..


1. BIADAP: MCA hina Islam di Tenang, takutkan pengundi Cina dengan penubuhan negara Islam!
2. Akhbar MCA hina Islam: "Undang-undang itu (Enakmen Syariah Selangor) terlampau bodoh untuk digambarkan" - The Star
3. KURANG AJAR: Selepas MCA, giliran Gerakan pula menyerang Islam..parti rasis Umno terus membisu!
4. MCA SEMAKIN BIADAP!: "Apa baiknya untuk mengenali tatasusila orang Islam?" - Chua Soi Lek

5. Isu salam: Taresa Kok pertahan calon PAS, PKPIM selar Umno sebagai punca MCA dan Gerakan bantah!
6. Isu salam, negara Islam: Ketua DHPP, Hu Phang Chaw cabar MCA dan Gerakan berdebat!

7. BIADAP: Akhbar Harian Metro hina Islam!
8. Laporan POLIS terhadap presiden MCA, Dr Chua Soi Lek atas dakwaan menghina Islam..(video inside)


Pusat Kesihatan Keluarga Nafi fitnah blogger Umno: Nafi "Jual" MC & Sahkan Suami Cikgu Mala Tidak Sihat

Posted: 28 Jan 2011 11:55 PM PST



SH melaporkan bahawa Pusat Perubatan Keluarga, Jalan Segamat, menafikan pihaknya menjual sijil cuti sakit (MC) kepada suami calon Pas, Normala Sudirman yang dikatakan mengalami masalah kemurungan.

Pakar perubatan, Dr Siti Juriah Kusni mengesahkan kliniknya ada mengeluarkan cuti sakit berkenaan kepada Maarof Abd Mutalib berikutan tahap kesihatannya yang lemah.

"Maarof diberikan cuti sakit selama dua hari memandangkan perlu rehat secukupnya kerana mengalami simptom demam, batuk dan selesema.

"Pemeriksaan mendapati Maarof juga kelihatan begitu lesu dan tidak bermaya serta memaklumkan turut mengalami tekanan," tambah Dr Siti Juriah.

Menurutnya, sebagai doktor, beliau ada bertanyakan punca tekanan itu dan Maarof berkata bahawa tekanan itu berkaitan dengan hal pertukarannya ke Johor Bahru.


(Contoh fakta kes dari sumber Pusat Perubatan Universiti Malaya: "Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," - cikgu Noreha (46), Pulau Pinang..baca lanjut di SINI..)

"Akibat memikirkan hal itu, beliau terlalu tertekan sehingga tidak dapat tidur malam. Oleh yang demikian, saya memberikannya cuti sakit selama dua hari, iaitu pada 6 dan 7 Januari," jelas Dr Siti Juriah.

Berikutan masalah tekanan yang dialaminya, beliau mencadangkan Maarof mendapat khidmat pakar psikitrik dengan merujuk masalah itu kepada Klinik Kesihatan Bandar Putra Segamat untuk pemeriksaan lanjut.

Walau bagaimanpun, Dr Siti Juriah memaklumkan tidak mengetahui sama ada Maarof mendapatkan khidmat pakar psikitrik seperti mana yang dicadangkannya sehingga mengetahuinya melalui laporan akhbar, semalam.

Status kesihatan Maarof menjadi persoalan apabila beliau dilaporkan mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Sementara itu, Kosmo pula melaporkan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Maarof Abd. Mutalib yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenang Stesen itu menipu untuk mendapatkan sijil cuti sakit (MC) selama 21 hari.

Menurut Muhyiddin Yassin, kementeriannya akan menyiasat dan mendapatkan laporan daripada pelbagai pihak termasuk pengetua SMK Tenang Stesen sendiri.

Kata Muhyiddin, "Kementerian akan siasat sama ada cuti yang diberikan itu berasas atau dia telah memberi kenyataan yang tidak betul untuk mendapatkan cuti.

"Dia sebagai seorang guru sepatutnya amanah dan tidak boleh salah guna hak untuk mendapat cuti dan memberi perakuan yang bohong.


(Cikgu Mala bersama suami dan ibu bapa pada malam pengisytiharan calon..baca laporan Harakah pada tajuk, "Ibu gembira Cikgu Mala suka bantu masyarakat"..)

"Kami difahamkan jumlah MC yang diambil banyak dan jika benar sakit, dia sepatutnya sudah terlantar tetapi dia dilihat berdiri tegak meredah kawasan Tenang untuk membantu isterinya berkempen."

Justeru, penjelasan Dr Siti Juriah yang merawat dan mengeluarkan sijil cuti sakit kepada Maarof sudah memadai untuk menjawab persoalan dan pertanyaan Muhyiddin dan tulisan-tulisan di blog pro-UMCO. - duniacacamarba.blogspot.com

**baca juga kupasan blogger "tulahan" mengenai isu ini pada tajuk, "Doktor boleh saman, suami Cikgu Mala layak dapat MC"...

Tiada ulasan: