Selasa, 25 Januari 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


What The Fuck!! Bongkaknya pelakon Porno ini.

Posted: 25 Jan 2011 07:03 AM PST

Nilailah sendiri apa yang tersirat dari kata-katanya ini.. tiada apa yang kelihatan hanya sikap bongkak dan angkuh!

"So what is so great about that? That is your religious value which I don't know. How am I to know about the religious values when I'm not practising that religion? I have the right to say that it's basic manners to shake hands with people. That's my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands."

'What's so great' about knowing Muslim values? – Chua
Harakah Daily

MCA president Chua Soi Lek appears to be on a warpath, defending his criticism of Muslim women who chose not to shake hands with the opposite sex for religious reasons.

In an angry reaction to questions from reporters, Chua insisted that the norm practised by many Muslim women to avoid skin contact with the opposite sex during handshake was contrary to "basic culture and manners to shake hands".


"I have been in the public life for many years. It's part of the basic culture and manners to shake hands," said Chua, who also scolded a reporter from online portal Malaysiakini, which first broke news of Chua's attack on PAS candidate Normala Sudirman.

Chua had poked fun over Normala's preference not to shake hands with the opposite sex, and compared it to a similar practice by PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"She will not come here (a Chinese temple), she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this.

"She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic values, go ahead and vote for PAS," he said.

This was followed by deputy Domestic Trade Cooperative and Consumer Affair minister Tan Lian Hoe of Gerakan lashing out at Normala and saying her practise was proof of PAS's goal to establish "an extremist Islamic state".

"This is the most basic thing... Not only men, but when she shakes hands with women, she also needs to wear glove," alleged Tan in the presence of her minister Ismail Sabri.

"This is not friendly. It's as if she thinks our hands are dirty... I hope the Chinese voters are careful (with Islamic state). We are very worried about the Islamic state. They want to implement an extremist Islamic state," she added.

Chua's comments drew strong reactions from Muslims from both sides of the divide, with many recalling his sex video which exposed his adulterous affair in a hotel room in 2008. Even UMNO deputy president Muhyiddin Yassin chided him for raising religious issues in MCA's bid to convince Chinese voters that PAS would trample on non-Muslim rights.

Chua however dismissed Muhyiddin's reminder.

"There is no need for the DPM or the media to communicate this to us," an irate Chua was quoted by Malaysiakini as saying.

'What's so great?'

Despite the storm, Chua stood his ground, saying there was nothing great about knowing the Islamic religious values.

"So what is so great about that? That is your religious value which I don't know. How am I to know about the religious values when I'm not practising that religion?"

"I have the right to say that it's basic manners to shake hands with people. That's my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands," he went on, as quoted by Malaysiakini.

Meanwhile, condemnations continue to pour in over Chua's comments, with Selangor speaker Teng Chang Khim saying Chua's ignorance reflected the failure of racial integration as claimed by Barisan Nasional.

"CSL says it's not fair for non-Muslim to understand Islamic values. No wonder BN's national integration policy has failed.

"CSL now blames the media for the hand shake issue. He never blames his narrow-mindedness and sheer ignorance," added Teng on Twitter.

Perak mufti Harussani Zakaria has also broken his silence, and demanded Chua to issue an apology.

"He has to know... he must respect religious practices of others, but if he doesn't know, that is ignorance. If he knows, but pretend not to, that is insulting Islam," said Harussani, but quickly added he was not supporting the PAS candidate

Mustaffa Kamil Ayub bakal dipecat?

Posted: 25 Jan 2011 02:13 AM PST

PETALING JAYA: Pengarah Biro Latihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mustaffa Kamil Ayub diberi notis tunjuk sebab daripada PKR disebabkan tindakannya menghalang proses pemilihan parti peringkat Pusat di Cabang Pasir Salak pada 25 September tahun lalu.

Notis rasmi daripada Pejabat Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bertarikh 13 Januari lalu itu dikeluarkan berikutan terdapat satu aduan yang dipercayai dilaporkan daripada cabang itu sendiri bahawa Mustaffa melakukan tindakan sedemikian di Pejabat PKR Pasir Salak di Perak.


Berikutan tindakannya itu, Mustaffa yang juga bekas Pengerusi PKR Perak telah mengingkari keputusan parti dan melanggari disiplin parti mengikut Fasal 27.7 yang boleh membawa kepada pelucutan ahli, seperti yang dinyatakan dalam notis terbabit.

Notis itu dialamatkan ke kediaman Mustaffa di Seksyen7 Kota Damansara disini dan diberikan tempoh 10 hari daripada tarikh notis yang dikelaurkan bagi memberikan surat tunjuk sebab.

"Sekiranya saudara gagal menjawab surat ini dalam tempoh yang ditetapkan diatas, maka Jawatankuasa Disiplin akan membuat anggapan bahawa tuduhan tersebut tidak dibafikan dan meneruskan tindakan disiplin tanpa merujuk kepada saudara lagi," kata Saifuddin dalam notis tersebut yang ditandatanginya.

Namun Mustaffa mempertahankan dirinya hanya menerima surat tersebut semalam pada pukul jam 12 tengahari, sehari lewat daripada tempoh masa yang beliau ada untuk kemukakan surat tunjuk sebab.

Saifuddin ketika dihubungi FMT mengesahkan pihaknya sehingga kini masih tidak menerima sebarang respon daripada Mustaffa.

Beliau bagimanapun berkata pihaknya sedia mendengar jawapan atau alasan daripada Mustaffa berikutan kelewatan tarikh penerimaan surat tersebut walaupun dalam surat tersebut tertera bahawa ia juga dihantar melalui emel, mengikut prosedur yang ditetapkan ibu pejabat.




"Jika didapati kelewatan penerimaan menjadi punca dan di luar bidang kawalan, tak menjadi masalah bagi Mustaffa berbincang dan ini boleh dipertimbangkan semula.

Dalam masa yang sama, kita akan semak semula rekod penghantaran notis tersebut yang dihantar melalui emel dan surat berdaftar," katanya.

Beliau berkata, Mustaffa juga mempunyai peluang untuk mengemukakan alasan untuk maklumkan kepada pejabat parti melalui apa saja cara sama ada emel, surat, mahupun sistem khidmat pesanan ringkas.

"Namun sampai sekarang tidak ada komunikasi antara pejabat PKR dengan beliau (Mustaffa)," katanya.

Selepas berakhirnya pengumuman pimpinan baru parti semasa Kongres Nasional PKR November tahun lalu, Mustaffa merupakan pemimpin veteran PKR kedua yang diberikan notis tunjuk sebab selepas Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan.

Gobalakrishnan menerima notis yang sama berikutan tindakannya 'menyerang' pemimpin tertinggi PKR termasuk Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Azmin Ali melalui tulisan di laman sosial Twitter selepas tewas dalam pemilihan merebut kerusi naib presiden.

Berebeza dengan Mustaffa, beliau bagaimanapun menghadapi risiko tindakan disiplin selepas gagal menjawab notis surat tunjuk sebab walaupun diberikan peluang sebanyak dua kali oleh parti itu.

PKR pada awalnya memberikan masa selama seminggu untuk beliau menjawab surat tunjuk sebab setebal 45 muka surat yang difaks ke pejabatnya pada 4 Januari lalu.

Berikutan memberi alasan bahawa beliau memerlukan lebih banyak masa untuk menjawabnya, parti kemudian melanjutkan tempoh tersebut dengan menghantar notis kedua bertarikh 10 Januari yang memaklumkan bahawa Gobalakrishnan perlu menjawab sebelum 17 Januari.

Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita di program 'Luncheon Talk' di Shah Alam hari ini berkata isu ini akan dibangkitkan dan dibincangkan oleh pemimpin Biro Politik parti yang akan bermesyuarat esok.


Free Malaysia Today

Calon BN, Jaga tanahpun cuai.. macam mana nak jaga orang?

Posted: 24 Jan 2011 11:46 PM PST

Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil Dun Tenang didakwa cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai kerajaan sebelum ini dan pernah disaman kerana melelong tanah tanpa pengetahuan tuan tanah.

Kalau tanah yang tak bergerak itu pun dah gagal dijaga.. macam manalah agaknya dia nak menjaga manusia yang hidup ni agaknya..

Dah tu.. semasa jadi ADO pun sudah berani melelong tanah milik orang lain, rasanya kalau sudah menjadi ADUN habis tanah-tanah penduduk Tenang tu dilelongnya..

Calon BN cuai sebagai ADO
Saidah Hairan



LABIS, 25 Jan: Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil Dun Tenang didakwa cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai kerajaan sebelum ini dan pernah disaman kerana melelong tanah tanpa pengetahuan tuan tanah.


Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mendedahkan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim didapati cuai dan lalai ketika memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga disaman pada tahun 2004 oleh tuan tanah, Mansor Mohamad.

Katanya, Azahar yang dikenali dengan panggilan Tok Ai telah disaman di Mahkamah Tinggi Muar melalui Saman Pemula No: 24 (L) - 674-2004 berkaitan kes siasatan hartanah HS (M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat.

Menurut beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian Azahar yang ketika itu sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah mengakibatkan satu Perintah Jualan ke atas hartanah Mansor Mohamad pada 18 September 2009.

"Kerana kecuaian Tok Ai tanah tersebut secara tidak sah telah dilelong pada 1 Disember 2003 dengan harga RM70,000," ujarnya.

Beliau kesal dengan kecuaian Tok Ai yang menyebabkan tuan tanah, Mansor menjadi mangsa kezaliman kerana hartanahnya dilelong kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan beliau.

Justeru kata beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian itu telah mengakibatkan nama baik dan intergriti Pejabat Pentadbir Tanah Segamat terjejas teruk sekaligus menghakis keyakinan rakyat pada ketelusan Pejabat Tanah Daerah Segamat.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Asnawi telah membenarkan tuntutan Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat pada 29 Januari 2008 dengan kos akibat kecuaian Tok Ai mengendalikan isu tersebut.

Salahudin yang juga Pengarah Pilihan Raya Dun Tenang mempersoalkan mengapa calon yang telah dibuktikan oleh Mahkamah cuai dan lalai dalam melaksanakan tugas awam masih dicalonkan untuk PRK Dun Tenang.

"Tidakkah tindakan Umno ini membuktikan Umno tidak menghiraukan isu integriti dan kompetensi seorang calon bagi mewakili rakyat atau pengundi Dun Tenang," tegasnya.

Beliau yakin dengan pendedahan itu membuktikan bahawa Umno memang sengaja menyembunyikan fakta-fakta tersebut kerana bimbang pengundi Dun Tenang akan menolak calon Umno-BN.

Merujuk rekod buruk Tok Ai, Azahar Ibrahim, PAS yakin dan percaya rakyat Dun Tenang tidak akan tertipu dengan janji-janji manis beliau untuk menyelesikan maalah tanah di Labis.

Ini kerana katanya, fakta dan keterangan tersebut jelas menunjukkan tanah rakyat dengan mudah telah dilelong dengan secara tidak sah.

"Kami menyeru pengundi Dun Tenang jangan gadaikan maruah dan masa depan anak bangsa dengan memilih calon Umno yang terbukti didapati bersalah oleh Mahkamah kerana menganiayai rakyat," tegasnya.

Salahudin menegaskan pendedahan itu bukan merupakan serangan peribadi calon tetapi ia menyentuh isu integriti dan kelayakan Azahar (Tok Ai) untuk menjadi calon di Dun Tenang.


Harakahdaily

Kriteria Utama Calon BN, Ada Rekod Mahkamah ?

Posted: 24 Jan 2011 11:35 PM PST

Dah tak ada calon sangatkah UMNO ini?? hinggakan manusia yang mempunyai kes di mahkamah dijadikan calon..

Atau adakah kriteria utama yang melayakkan diri sebagai calon dalam UMNO/BN ialah mempunyai sebarang kes dimahkamah?

Calon BN Ada Rekod Mahkamah

LABIS 25 JAN : PAS hari ini mendedahkan bukti calon Barisan Nasional (BN) terlibat dalam kes mahkamah berhubung lelongan tanah di Segamat pada tahun 2003.

Azahar Ibrahim sebelum ini telah disaman pada 2004 oleh pemilik tanah Mansor Mohamad di Mahkamah Tinggi Muar berikutan melelong tanah tanpa kebenaran pemilik ketika beliau memegang jawatan sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.


Pengarah Pilihanraya Kecil PAS DUN Tenang, Salehuddin Ayub berkata kecuaian calon BN itu membuktikan beliau tidak seharusnya diberi mandat membela nasib rakyat di kawasan itu.

"Bukankah kerana kecuaian dan kelalaian calon Umno selaku Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segambut telah mengakibatkan hartanah Mansor Mohamad telah dengan tidak sah dilelong pada 1/12/2003 dengan harga RM 70 ribu," kata beliau dalam sidang media pagi tadi.

Salehuddin turut mempersoalkan isu integriti calon yang diketengahkan BN.

"Pendedahan ini menunjukkan bahawa sejak dari awal Umno dengan sengaja menyembunyikan fakta kerana sedar rakyat akan menolak calon Umno itu," jelasnya lagi.

Pada 18 September 2003, Perintah Jualan telah dikeluarkan oleh Azahar kepada hartanah Mansor Mohamad mengakibatkan tahan beliau dilelongan pada Disember tahun yang sama.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Hakim Datuk Asmadi Asnawi pada tahun 2008 memutuskan lalu membenarkan tuntutan Mansor ke atas Azahar Ibrahim yang pada masa itu memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian dan kelalaian sebelum beliau ditukarkan ke Pejabat Tanah Daerah Rengit.

Justeru Salehuddin berkata PAS akan menunggu respon daripada calon Umno dan menjelaskan perkara tersebut disamping bersedia untuk bertanggungjawab ke atas dakwaan yang dikemukakan terhadap calon BN DUN Tenang itu.

Salehuddin turut mengingatkan pengundi bahawa tidak mengadaikan maruah dan masa depan dengan memilih calon BN yang telah dibuktikan mahkamah menganiayai rakyat.

"Mengapa calon yang telah dibuktikan oleh mahkamah cuai dan lalai dalam melaksanakan tugas awam diamanahkan namun masih lagi dicalonkan oleh Umno bagi mewakili rakyat DUN Tenang," soalnya.

Dalam sidang media yang sama, mangsa Mansor Mohamad berkata sehingga kini geran tersebut masih belum ditukar ke atas nama beliau.

Tambahnya beliau tidak mengemukakan sebarang saman kepada Pejabat Tanah Daerah Segamat sebaliknya hanya menuntut kembali hak tanahnya.


TVSelangor

Bodohnya cabaran dia ni....

Posted: 24 Jan 2011 10:48 PM PST

Pakatan Rakyat yang menimbulkan isu kenaikan harga barangan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, dicabar supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata isu kenaikan harga barangan itu hanya bagi meraih sokongan.

"Kalau hebat sangat pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

"Jangan tunggu selepas pilihan raya kerana mereka sudah dapat perintah empat negeri itu, saya cabar mereka cari duit dan beri subsidi supaya harga barang di empat negeri itu turun," katanya selepas bersarapan pagi bersama penduduk di warung Kampung Tenang di Labis, hari ini.


Pilihan raya kecil pada 30 Januari ini, membabitkan calon BN Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38.

Ia diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Disember tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sebagai permulaan, beliau mencabar kerajaan di empat negeri tersebut menurunkan harga petrol di negeri masing-masing dengan cara memberi subsidi kepada pengusaha stesen minyak.

"Cari duit beri subsidi kepada pengusaha stesen minyak supaya RON95 dari RM1.90 mungkin diturunkan menjadi RM1.50 seliter. Saya cabar turunkan harga petrol satu dulu cukuplah, kalau banyak nanti mereka tidak mampu," katanya.

Beliau berkata, sekiranya Pakatan Rakyat yang terkenal dengan menabur pelbagai janji, tidak boleh berbuat demikian maka tidak usah memperdaya penduduk di Tenang semata-mata untuk meraih undi daripada mereka.

Katanya, kerajaan BN sentiasa prihatin dan berusaha mengurangkan bebanan rakyat termasuk memberi subsidi dan menetapkan harga barangan kawalan bagi barangan keperluan pada musim perayaan.

Beliau berkata, kerajaan juga berusaha supaya harga komoditi terus naik dan rakyat mempunyai pekerjaan bagi menjana pendapatan mereka.

Mengulas janji Pakatan Rakyat untuk membangunkan kawasan perindustrian di Tenang bagi mengelakkan penduduk berhijrah mencari pekerjaan di negeri lain, Ahmad berkata, mereka tidak berupaya menunaikan janji tersebut sebaliknya hanya khayalan.

Jika ditinjau di empat negeri yang diperintah pembangkang, kewujudan kawasan perindustrian besar dan sederhana adalah usaha kerajaan BN menarik pelaburan manakala tiada kawasan perindustrian baru diwujudkan Pakatan Rakyat, katanya.

Mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam yang melabelkan wakil rakyat BN sebagai penderhaka kepada institusi raja-raja, Ahmad berkata, itu adalah sandiwara politik dan sebenarnya Pakatan Rakyat yang menderhaka kepada Sultan.

- Bernama

RM100 dibayar untuk memakai 'T' Shirt 1Malaysia selama dua jam?

Posted: 24 Jan 2011 08:41 PM PST

Menurut sumber dalaman BN, pelakon filem porno yang kini telah dilantik sebagai Presiden MCA Chua Soi Lek dilaporkan telah panik hingga ketahap gelabah biawak, ini berikutan isu berjabat tangan yang dibawanya tidak mendatangkan hasil malah telah menimbulkan kemarahan orang-orang Islam sendiri hingga Muhyiddin terpaksa meminta MCA berhenti menggunakan Isu ini.

Bagi menunjukkan bahawa beliau dan anaknya masih mendapat sokongan dari masyarakat Cina di Tenang kepada Muhyiddin dan beberapa lagi pemimpin UMNO/BN yang turut turun berkempen di Tenang, beliau dikatakan terpaksa membayar kepada masyarakat Cina untuk hadir ke majlis anjuran MCA.


Tindakan ini terpaksa dilakukan bagi menarik perhatian dan sokongan masyarakat Cina di situ, dikatakan mereka telah mencetak ribuan 'T' Shirt 1Malaysia untuk diagihkan kepada penduduk Tenang.

Dan menurut sumber itu lagi sesiapa saja yang memakai 'T' Shirt itu selama dua jam akan dibayar RM100.00.


Tenang: RM100 for wearing 1Malaysia t-shirt for 2 hours?
Written by Sebastian Loon

LETTER The MCA president Dr Chua Soi Lek has pressed the panic button, according to party insiders in Tenang.

The nepotism-practising Chua and his Labis MP son Tee Yong have thus come up with a plan to put up a good show to please the eyes of their Umno masters.

Unable to attract the attention and support of the Chinese electorate physically in Tenang, they are printing thousands of 1Malaysia tee-shirts to be distributed free to the Tenang folk.

The insiders say all the Tenang folk need to do is to wear the tee-shirt for two hours and they will be paid RM100 each.

If this is true, please be Tenang. Take the money and wear the tee-shirt for two hours. You need not feel bad about it because it is all taxpayers' money, meaning your and our money.

But, come polling day on Saturday (Jan 30), do the right thing with your ballot for the future of the country and our generations.

The dirty illicit-sex hands of Dr Chua started the religious and racial bigotry ball rolling by complaining about Pakatan-PAS candidate Normala Sudirman wearing gloves to shake hands.

He likened her to PKR president Dr Wan Azizah who also wears gloves when shaking hands with the public.

Do you really want to shake his (Dr Chua) groping hands? He is so "gian" to feel Normala and Wan Azizah's hands!

Dr Chua is actually insulting the Muslim community with this and I wonder if the Umno Malays have the intelligence to realise it.

Hopefully, rational-thinking Malaysians, especially those in Tenang, will realise that Barisan Nasional (BN) has nothing to offer to forward Malaysia after 53 years of Independence.

They continue with their religious and race agenda to instil fear, to divide and rule Malaysians.

To MCA and Umno, the by-election is about wearing gloves to shake hands, chopping hands of thieves under Hudud laws (I have no fear because I am not a thief and neither am I a Muslim).

Now, was it Umno (remember how Home Minister Hishammuddin Hussein defended the slaughtered cow head protesters in Shah Alam) or PAS that resorted to this "violence"?

Was it Umno or PAS that defended the non-Muslims?

Johor Mentri Besar Ghani Othman had warned voters in Tenang not to vote for PAS, otherwise the Islamist party may "chop off your hands for stealing". That is the classic IQ level of a BN MB.

Instead of resorting to propagating the virtues of a truly 1Malaysia through unity-themed campaigns, we hear the same old subtle threats to instil fear among the various ethnic communities.

Now, we hear the MCA's nepotism duo of Chua wanting to print 1Malaysia tee-shirts for show.

Please remember this, Tenang folk.

By supporting MCA and Umno, you are endorsing that:

Ø Money can buy support;

Ø Money can buy sex; and

Ø Money can buy anything.

Chua and his son are fighting for their political survival because Labis is supposedly their stronghold. You are fighting for our future.

So, come Saturday, the future is in your hands or should I say, the ballot that you cast.


Malaysia Chronicle

Keluar PKR : Mereka BOHONG lagi...

Posted: 24 Jan 2011 07:52 PM PST

24 Januari 2011



Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Tasek Gelugor pada hari ini terpanggil membuat sidang media untuk menjawab fitnah jahat yang tersiar di dalam Akhbar Sinar Harian (Bertarikh Isnin, 24 Januari 2011 / Bahagian Seberang Perai Utara, m/s: U26).

Artikel berita yang bertajuk "120 Ahli PKR Keluar Parti" itu jelas merupakan satu pembohongan besar yang direka-reka untuk memburuk-burukkan KEADILAN secara am, dan KEADILAN Tasek Gelugor secara khususnya.


KEADILAN Tasek Gelugor dengan ini menafikan sekeras-kerasnya laporan tersebut, yang dinyatakan sendiri oleh Sdr. S. Thevadas yang mewakili "kumpulan 120 ahli PKR yang keluar parti" tersebut. Sebagai bukti & rekod bertulis, KEADILAN Tasek Gelugor hanya memiliki 22 orang ahli sah yang berdaftar di Ladang Mayfield.

Dan yang bermasalah dan mengepalai 'Majlis Keluar Parti' itu hanyalah S. Thevadas seorang dan 10 orang yang bersamanya pada hari tersebut, bukanlah dari ahli KEADILAN Ladang Mayfield, tetapi mereka semuanya adalah penyokong-penyokong MIC! Persoalan terbesar adalah, dari mana datangnya sampai 120 orang ahli yang keluar dari parti ini sepertimana yang didakwa oleh S.Thevadas?

KEADILAN Tasek Gelugor juga menyelar tindakan UMNO & Barisan Nasional Tasek Gelugor yang diwakili oleh AJK UMNO Tasek Gelugor, Dr. Mohd. Radzi Yusof yang bertindak menerima 'pembohongan' tersebut semalam. Adalah dipercayai, tindakan UMNO mengiktiraf penipuan ini, adalah berkait rapat dengan agenda jahat mereka untuk menjadikan isu ini sebagai bahan kempen BN di PRK DUN Tenang.

Tindakan terdesak UMNO ini adalah bukti jelas, bahawa mereka akan buat apa saja, walaupun sampai ke tahap mengiktiraf pembohongan & fitnah demi meraih kembali sokongan, terutama dari komuniti India yang telah lama lari dari mereka.


Sdr Lim, wakil dari DUN Telok Ayer Tawar menyerahkan 60 borang keahlian baru KEADILAN kepada Ketua Cabang KEADILAN Tasek Gelugor, Sdr. Mohd. Nasir.

Akhir sekali, KEADILAN Tasek Gelugor akan tetap menjalin hubungan baik & akan meneruskan program-program pembangunan, khususnya pembangunan ekonomi mikro di kawasan-kawasan India di Parlimen Tasek Gelugor, demi manfaat komuniti tersebut.

KEADILAN Tasek Gelugor dalam masa yang sama juga akan terus komited membantu usaha murni Kerajaan Negeri dalam membangunkan sosio-ekonomi Kaum Melayu & Cina di parlimen ini. Walaupun dilanda pelbagai dugaan, kami tetap yakin Parti KEADILAN akan terus berkembang dengan keahlian yang makin rancak dan akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat memimpin Malaysia selepas PRU akan datang.


"UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA"


Sekian, terima kasih.

SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK),
KEADILAN Cabang Tasek Gelugor

Allah akan melindungi saya - Cikgu Mala (Video)

Posted: 24 Jan 2011 07:35 PM PST

BN atau PR Guna taktik kotor kerana tertekan Muhyiddin?

Posted: 24 Jan 2011 06:01 PM PST

Pembangkang menggunakan pelbagai taktik kotor seperti menyebarkan risalah berbentuk fitnah dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kerana ia semakin tertekan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tertekan? Apa yang menekan PAS/PR? Sedangkan PAS/PR bukannya mempertahankan kemenangan tetapi hanya berusaha untuk mengurangkan majority tapi kalau boleh menang itu lebih baik, rasanya tiada tekanan langsung disini.

UMNO/BN mungkin tertekan kerana mereka perlu pertahankan kemenangan lalu di Tenang ini dan yang kita lihat yang menggunakan taktik kotor ini hatta menyokong penghinaan terhadap ajaran Agama Islam sekalipun adalah UMNO yang mempermainkan Negara Islam itu adalah juga pemimpin UMNO dan yang menuduh penyokong Pakatan Rakyat membakar bendera BN juga pemimpin UMNO.


Mereka tertekan kerana kawasan Felda yang selama ini dianggap sebagai fixed deposit mereka telah mula menunjukkan perubahan, perubahan yang menyebabkan pemimpin UMNO/BN merasa tertekan.

Kerana tertekan pemimpin UMNO dan MCA mengeluarkan kata-kata yang jelas cuba menakut-nakutkan para pengundi di Tenang terhadap tertubuhnya Negara Islam jika PAS berkuasa.

Dan Muhyiddin sendiri lebih tertekan kerana Tenang berada di negeri Johor iaitu negeri asal beliau, tumbangnya UMNO/BN di Tenang akan membawa mesej jelas UMNO telah mula ditolak di Johor..


Guna taktik kotor kerana tertekan

LABIS - Pembangkang menggunakan pelbagai taktik kotor seperti menyebarkan risalah berbentuk fitnah dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kerana ia semakin tertekan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau bagaimanapun yakin pengundi tidak mudah tertipu dengan fitnah dan tohmahan itu.

"Kita sedar mereka tidak akan berhenti mengeluarkan cerita-cerita yang mengejutkan untuk menakutkan pengundi. Itu adalah taktik biasa tetapi di dalam kebanyakan hal pengundi tahu perkara yang sebenar dan tidak tertipu," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas bersama-sama pemimpin Barisan Nasional (BN) beramah mesra dengan pengundi dalam program tinjauan mesra di beberapa jalan utama dan pusat perniagaan di sini menjelang pengundian dalam pilihan raya kecil itu pada Ahad ini.

Muhyiddin meminta pengundi yang mempunyai bukti tentang taktik kotor pembangkang yang melanggar undang-undang supaya melaporkannya kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Selain penyebaran risalah berbentuk fitnah, terdapat juga dakwaan bahawa ada pihak mengambil kad pengenalan pengundi bertujuan menghalang mereka daripada mengundi," katanya.

Muhyiddin berkata terdapat juga dakwaan kononnya Wanita UMNO Bahagian Labis tidak menyokong calon BN dan perkara itu disebarkan menerusi risalah dan sepanduk.

"Isu mengenai calon BN tidak berbangkit langsung kerana semua pihak telah memberikan komitmen sepenuhnya untuk menyokong Mohd Azahar," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pembangkang akan tetap mengeluarkan tuduhan dan fitnah lain, yang direka-reka untuk menjatuhkan kredibiliti calon BN itu.

"Tiada isu peribadi calon. Calon kita adalah terbaik. Kita telah saring calon kita 100 peratus, kalau tidak kita tidak akan letak dia sebagai calon," katanya.

Muhyiddin berkata bahawa disebabkan calon BN itu adalah bersih dan baik daripada segi perwatakannya, maka pembangkang cuba memburukkan perwatakan peribadi beliau.

Ditanya tentang peluang calon BN, Timbalan Perdana Menteri berkata, daripada penelitiannya hasil pertemuan degan pengundi, beliau mendapati mereka berkeyakinan terhadap Mohd Azahar yang merupakan anak bekas ADUN Tenang, Allahyarham Ibrahim Daud.

Mengenai keengganan calon Pas, Normala Sudirman bersalaman dengan pengundi lelaki, Muhyiddin berkata, BN tidak mahu mengeksploitasinya kerana ia merupakan soal peribadi.

"Kita biar pengundi membuat keputusan sendiri," katanya. - Bernama

Mustaffa Kamil pula terima surat tunjuk sebab?

Posted: 24 Jan 2011 05:27 PM PST

KUALA LUMPUR, 25 Jan — Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelihatan memulakan awal tahun 2011 dengan menggerakkan tindakan mendisiplinkan parti komponen Pakatan Rakyat itu — kali ini memberikan surat tunjuk sebab kepada bekas calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub.

Bekas pengerusi PRK Perak ini, yang pernah dilihat sebagai 'orang kesayangan' Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan sudah menerima surat tunjuk sebab tengah hari semalam.

"Ia disampaikan ke peti surat rumah saya di Kota Damansara pada pukul 12 tengah hari tadi (semalam)," kata beliau.

Bagaimanapun Mustaffa enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kandngan surat itu.

"Saya hanya dua perkara untuk dikatakan, pertama, saya ada menerima surat tunjuk sebab daripada parti hari ini dan kedua, saya tidak mahu memberi komen," kata beliau.


Beliau juga enggan berkata sama ada akan respons kepada surat itu.

The Malaysian Insider difahamkan ia kemungkinan ada kaitan dengan kritikan dan pendirian beliau berhubung proses pemilihan partinya tahun lalu.

Selain beberapa kenyataan mengkritik proses pemilihan beliau juga pernah memberikan kata dua 48 jam kepada pucuk kepimpinan agar membatal dan mengadakan semula proses pengundian.

Ketika dihubungi, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail tidak dapat mengesahkan sama ada parti ada mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Mustaffa.

Bagaimanapun beliau ada membayangkan bahawa parti ada mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada lebih daripada seorang pemimpin.

"Saya menandatangani lebih seratus surat tunjuk sebab. Saya tidak boleh ingat sama ada Mustaffa Kamil salah seorang daripada mereka.

"Hubungi saya esok dan saya boleh berikan gambaran sebenar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Mustaffa tewas dalam pemilihan itu yang turut ditandingi Datuk Zaid Ibrahim tetapi menarik diri di peringkat awal atas alasan proses pengundian ada kepincangan.

Persaingan itu dimenangi oleh Azmin Ali.

Awal tahun ini PKR juga memberikan surat tunjuk sebab 45 muka surat kepada Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan, salah seorang calon naib presiden yang gagal.


The Malaysian Insider

Bakar Bendera : Betulkah Angkara Petugas Pakatan Rakyat tu??

Posted: 24 Jan 2011 09:30 AM PST

Ada beberapa laporan dari Blog Pro UMNO yang telah menuduh penyokong Pakatan Rakyat telah bertindak liar dengan membakar bendera BN di Tenang sehari selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang diadakan di Majlis Daerah Labis kemarin.

(Gambar : Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menunjukan bukti bendera BN dibakar)

Betulkah dakwaan mereka itu??

Ini kisah yang telah berlaku semasa kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh dulu, juga mengisahkan tentang bakar bendera BN, yang kononnya dilakukan oleh penyokong-penyokong dari Pakatan Rakyat terutamanya PKR.

Kisahnya begini.. ketika kempen PRK Permatang Pauh sedang rancak berjalan perkara utama yang sering menganggu ketenangan malam ialah gangguan dari Mat Rempit yang memakai 'T' Shirt dengan logo Barisan Nasional.


Boleh dikatakan setiap malam Bilik Gerakan PKR yang berada ditepi jalan-jalan utama di Permatang Pauh akan diganggu dengan deruman motorsikal mat rempit-mat rempit yang telah diupah oleh UMNO untuk membuat provokasi di setiap bilik gerakan PKR.

Namum begitu kebanyakkan provokasi itu adalah sia-sia kerana tidak membuahkan hasil sebagaimana yang mereka harapkan.

Memang ada laporan polis telah dibuat tentang aktiviti mat rempit itu dan polis telah datang mengambil butiran dari bilik gerakan yang melaporkan kejadian itu dan polis telah bertindak untuk mengadakan sekatan jalan raya hingga ke pukul satu atau dua pagi tetapi bila sekatan jalanraya habi Mat Rempit-Mat Rempit itu muncul kembali.

Mat Rempit-Mat Rempit itu dikatakan akan dibayar sebanyak RM30 hingga RM50 satu malam dan setiap kumpulan mereka akan diketuai oleh seorang dari pemuda UMNO. Tapi kalau korang baca di SINI katanya RM100. bagaimanapun aku tahu hanya RM50 yang akan dibayar berdasarkan dokumen tuntutan yang aku dapat dari seorang sahabat yang aktif di pihak UMNO.

Mereka dijanjikan bayaran seperti yang dinyatakan diatas, tetapi pada malam yang pertama mereka tidak diberikan sebarang bayaran kecuali kupon untuk ditukar di bilik gerakan UMNO yang terletak di dalam Bandar Perda.

Begitu juga malam yang seterusnya, mereka masih diberikan kupon juga untuk ditukarkan di bilik gerakan UMNO hingga beberapa malam berikutnya.

Apabila tiba malam yang dijanjikan untuk mereka menukarkan kupon tersebut kepada tunai, mereka diberitahu supaya datang malam berikutnya pula.

Setelah malam yang dijanjikan tiba, mat rempit-mat rempit itu berkumpul di bilik gerakan tersebut.. dalam masa mereka menunggu pihak polis telah mengepung mereka dan dalam kepungan ini dua orang dari mereka telah terlepas.

Kesemua yang dikepung telah ditahan dan dibawa ke balai Polis Perda yang letaknya tidak jauh dari bilik gerakan UMNO itu untuk disoal, dan kebanyakkan dari mereka telah bermalam di dalam lokap.

Marah akibat ditipu oleh UMNO disitu kedua mat rempit yang terlepas dari kepungan itu telah bertindak membakar beberapa helai bendera BN dan tindakan mereka untuk membakar lebih banyak bendera BN telah dihalang oleh petugas-petugas dari PKR/PR yang kebetulan terlihat kejadian bakar bendera itu.

Apabila dihalang dan ditanya mengapa mereka membakar bendera BN.. jawab mat rempit itu kerana UMNO telah menipu mereka.

Memang menipu mereka tapi itu dari pandangan Mat Rempit-Mat Rempit itu, dari sudut pandangan petugas-petugas UMNO pula ialah itu strategi untuk menjimatkan kos, betul juga tu.. pasal kerja sudah dibuat, upah tak perlu bayar..

Seperti yang biasa dilakukan oleh pengusaha-pengusaha ladang getah atau ladang kelapa sawit dalam mengambil pekerja yang tiada permit untuk mengusahakan ladang mereka.

Gaji bulan pertama akan ditangguhkan ke bulan yang kedua, gaji bulan yang kedua dan pertama akan ditangguhkan kepada bulan yang ketiga, bila tiba bulan yang ketiga pekerja mula bising.. mudah saja panggil polis atau imigresen untuk menangkap mereka..

Kan sudah untung tu.. kerja siap upah tak perlu dibayar.. samalah dengan UMNO lakukan terhadap Mat Rempit-Mat Rempit tu..

Itu di Permatang Pauh di Tenang bagaimana pula?? nampak sama saja kerjanya tu...


PRK Tenang: Pembangkang Bertindak Liar Bakar Bendera BN

LABIS, Dua kejadian membakar bendera parti telah dikesan, sehari selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang diadakan di Majlis Daerah Labis kemarin.

Jurucakap polis bagi PRK DUN Tenang Supt. Abdul Aziz Ahmad mengesahkan menerima dua laporan polis berkaitan kejadian itu melibatkan empat bendera di dua lokasi di Taman Mewah di Jalan Kenari.

Pihak Polis telah membuat tindakan susulan, masih belum mengenal pasti individu yang melakukan pembakaran itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan bencana menggunakan api yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Insiden bakar bendera BN juga pernah berlaku di PRK Galas dan kejadian sama kini dilaporkan di PRK Tenang.

Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang diingatkan supaya jangan memperjudikan nasib mereka dengan memberi sokongan kepada Pas kerana dibimbangi budaya politik liar yang dipraktikkan oleh pembangkang menular Tenang yang tenang ini.

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Tak kreatif. Plot basi.

Posted: 25 Jan 2011 03:08 AM PST


UMNO yang lapuk dan tak kreatif, telah hilang seri tarikan terutama daripada kalangan anak muda. Malah, banyak dalam kalangan 'orang lama' pun dah jelak dengannya.

They are soo.... soooo ketandusan idea hinggakan modus operandi serta pengisian dalam kempen-kempen pada setiap pilhan raya mereka, sama saja. It's so menjelakkan. Wheekk!!

Apa tidaknya, balik-balik cuba gunakan fitnah. Macam-macam cara mereka create fitnah tapi semuanya fitnah yang tak kreatif. Stale.... Basi belaka!!

Oleh itu, ia jadi bahan ketawa semua, baik yang berada di kawasan pengundian atau yang memperoleh serta membaca berita dari jauh.

Kini, di Tenang macam-macam fitnah mereka sebarkan. Bermula dengan fitnah zina cikgu Mala, flyer ugutan pada kaum Cina, flyer fitnah, bakar bendera, di sana sini orang keluar PKR, masuk UMNO dan macam-macam lagi. Eeee.... nak termuntah!!

Yang bodohnya.... semua gimik-gimik ini ialah creation bangang mereka and then mereka pulak yang respond menggilerr babi dan berapi-api. Huh.... pelakon handalan mereka ini!!

Hmmm.... lakonan mereka, memang ada class. Itu kita kena bagi kredit pada mereka. Tapi..... plotnya hancuuss!! Tak der unsur suspens langsung. Anti-klimaks!! Banyak sangat teknik pengulangan. Boring aaarrr...!!!

Berulang kali mereka cuba memperbodohkan rakyat. Rakyat bodoh mereka teguh!!

Inilah antara faktor yang buat orang menyampah sama UMNO/BN. Rakyat berasa terhina. Apa tunggu??? Ajar mereka!!

Aha, dulu... UMNO memang popular, kini.... orang getik dan meluat, dan insyaAllah, mungkin later UMNO akan jadi sejarah dan selamanya akan tinggal dalam muzium.

Dah terantuk, baru terngadah

Posted: 24 Jan 2011 08:00 PM PST


Najib beriya-iya menyatakan kesediaan UMNO untuk berubah. UMNO akan melakukan transformasi.... itu bahasa canggihnya.

Seperti biasa, itu cuma cakap kosong. UMNO nak berubah?? Tak der makna nyer. Usah percaya ler. Dulu, kini dan selamanya..... UMNO adalah UMNO. UMNO tetap UMNO.

Puak-puak ini.... apabila melakukan sesuatu, akan ikut kepala lutut mereka saja. Tak pikir panjang. Ikut nafsu, ikut hati. Selain itu, mereka ini, macam lembu. Seorang menyondol, semua menyondol. Kalau melancarkan serangan..... melulu!! Mereka akan guna apa saja senjata tanpa memikirkan kesannya. Itu sebabnya, senjata dalam serangan-serangan mereka 'makan tuan'nya balik. Padan muka!!

Inilah yang berlaku di Tenang. Mereka serang Islam. Mereka hina Islam. Mereka tidak sedar yang mereka telah mempersenda agama bangsa Melayu.... bangsa mereka sendiri. Ini kerana mereka terlalu dirasuk keghairahan untuk mencapai kemenangan demi kepentingan politik mereka.

Apabila MCA serang Islam dan mempersenda penggunaan sarung tangan oleh calon wanita PAS serta keengganannya bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrimnya, UMNO tumpang sekaki. UMNO join 'the club'.... sama-sama menyerang Islam. Yang ghairah senada seirama dengan MCA ialah dua orang 'besar' dari Johor. Seorang MBnya dan seorang TPM. 1Malaysia. Ciiitt!! Bikin malu orang Johor jer!!

Ha... ha... ha... Punyaler ghairah nak bantu MCA dapatkan undi kaum Cina, hinggakan mereka lupa yang mereka telah menggurus hati dan perasaan orang-orang Islam, khususnya orang Melayu.

Apabila mereka kena 'penampar' daripada pembangkang, baruler puak-puak sebelah mereka tersedar dan termalu, lalu bersuara memberi ingatan kepada dua ekor malaon yang mengaku diri mereka Islam ini.

Bukan ke senjata dah makan tuan?? Tapi.... apa nak buat, it's too late. The damage has been done. You reap what you sow!!

Kah... kah.... kah....

Orang Melayu tolak mereka!! Orang Cina humban mereka!! Orang India kata 'Poooraaahh'!!!

TPM tersentak!! TPM tersedar!! Sebab tu, sekarang, kita tengok TPM sudah bertukar nada.
Cer baca tajuk berita ini.....

Muhyiddin saran MCA henti main isu salam calon PAS


[Selanjutnya di sini]

UMNO/BN true colours EXPOSED!!

Posted: 24 Jan 2011 04:51 PM PST


Jauh panggang dari api. Bagai bumi dengan langit. Itulah perumpamaan yang dapat digunakan apabila kita membuat perbandingan antara wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dengan UMNO/BN.

Syabas.... MB Selangor, Khalid Ibrahim. Begitu juga dengan Wakil-wakil Rakyat daripada Pakatan Rakyat kerana telah menjadi wira-wira yang berjuang demi memartabatkan semula daulah Sultan.

Walaupun gagal melakukannya di DUN, namun MBnya tidak putus asa. Dia akan meneruskan usaha ini ke mahkamah untuk mendapatkan semakan kehakiman. Semuanya dilakukan demi perubahan. Katanya.....


Malangnya, YB-YB daripada UMNO/BN, langsung tidak ada rasa tanggunjawab dan kesungguhan untuk mmperbetulkan kepincangan yang telah dilakukan oleh pemimpin mereka. Dalam kepala hotak mereka.... semuanya dilihat sebagai mempunyai motif politik. Just because mereka bersikap demikian, maka.... mereka fikir orang lain pun begitu.

Pelik.... mereka tidak setuju untuk mengembalikan semula kuasa Sultan tetapi, merekalah yang sering mengheret Sultan apabila mereka tersepit dalam sesuatu pertikaian.

Mereka tuduh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat derhaka tetapi merekalah yang mem-PUPPET'kan Sultan. Sultan akan diheret oleh mereka apabila diperlukan tetapi apabila tidak perlukan lagi, mereka buat donno jer. Duduk diam-diam.... jangan kacau kami.

Tapi, kemelut pelantikan SUK ini telah mendedahkan 'true colours' UMNO/BN. 1Malaysia dan seantero dunia melihat apa yang berlaku hari ini. Bagi mereka yang waras... pasti dapat melihat sifat hodoh UMNO/BN.

1Malaysia.... UMNO durjana, BN pasti binasa!!

[sumber]

Racun yang bunuh UMNO/BN

Posted: 24 Jan 2011 12:00 PM PST


SPR nak pakai dakwat kekal??

Kah.... kah.... kah....

Buang masa jer. Takkan mau demer!!

Dakwat kekal adalah racun
Racun yang akan meng-KOJOL-kan...
UMNO/BN.

[Baca sini]

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


BN Tidak Tahu Beza Huruf I dengan Angka 1

Posted: 24 Jan 2011 11:51 PM PST

Huruf I atau angka 1?

BN sudah makin hari makin bodoh dan jahil dalam pelajaran sehinggakan buta dalam menentukan huruf dan angka. Akibat terlalu kuat memfitnah parti lawan, BN seperti sudah tidak betul dalam perjuangan mereka sehinggakan tidak dapat beza angka dengan huruf.

Adakah sebagai penduduk di DUN Tenang, kita sanggup untuk memilih calon yang berada dalam parti buta huruf seperti Barisan Nasional. Kebijaksaan manusia bukan diukur dari wang ringgit tetapi pencapaian berlatak belakangkan ilmu.

Selain itu juga, pembaziran turut dilakukan oleh UMNO/BN dalam pembaziran wang rakyat. Malam tadi lima papan tanda mereka roboh walau tiangnya adalah diperbuat daripada besi. Kos untuk setiap papan tanda itu adalah bernilai RM1,000 setiap satu dan sudah RM5,000 telah dibuang begitu sahaja melibatkan lima papan tanda.

Perjalanan Calon PAS Di Tenang

Posted: 24 Jan 2011 04:41 PM PST


PROGRAM KEMPEN CALON PR 25 JANUARI


8.30 pagi          : Sarapan di warung di Chempelak Barat
10.00 pagi        : Lawatan rumah ke rumah di Felda Chempelak Barat
11.00 pagi        : Lawatan rumah ke rumah di Perumahan Awam Labis

Rehat Tengahari

3.30 petang      : Program menyantuni masyarakat India anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS bersama Ust Mujahid Yusuf Rawa
5.00 petang      : Pelancaran Sukan Rakyat anjuran ANAK di Felda Tenang
6.30 petang      : Program mesra rakyat bersama YB Salahuddin Ayub, YB Lim Guan Eng di sekitar Bandar Labis

Malam              :
Ceramah di Felda Tenang bersama Dato' Dr Haron Din dan YAB Ust Azizan Razak.
Ceramah di No 157, Jalan Sejati, Taman Perwira bersama YAB Lim Guan Eng
Ceramah di Kg Sawah Baru bersama YB Nurul Izzah Anwar

Sumber: Cikgu Mala