Selasa, 11 Januari 2011

kalam Perantau

kalam Perantau


Pindaan Undang-Undang Selangor : Mampukah Khalid dapat 2/3?

Posted: 11 Jan 2011 02:48 PM PST

Oleh MOHD SUHAIMI AL-MANIRI

Kerajaan Negeri Selangor pimpinan  Tan Sri Khalid Ibrahim bertegas untuk mengadakan sidang tergempar DUN pada akhir bulan ini bagi meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Sementara Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman pula dilaporkan sebagai berkata, pihaknya belum membuat keputusan untuk menghadiri persidangan tergempar DUN sebagaimana yang dicadangkan oleh Menteri Besar Selangor.

Daripada 56 kerusi DUN, Pakatan Rakyat (PKR-DAP-PAS) mempunyai 35 kerusi iaitu 14 PKR, 13 DAP, 8 PAS dan BN mempunyai 20 kerusi. Manakala seorang lagi ADUN Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang) yang keluar dari PKR menjadi ADUN Bebas telah memihak kepada BN.

Apa yang menarik di sini adalah kesungguhan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Negeri Selangor untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 itu sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mempunyai 37 kerusi yang menjadi jumlah undi yang diperlukan bagi mendapatkan undi majoriti dua pertiga daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sehingga tahun 2010, Negeri Selangor telah mempunyai 28 orang Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang telah berkhidmat bermula dengan Raja Tun Uda Raja Mohamad (1947-1949), Othman Mohamad (1949-1953), Abdul Aziz Abdul Majid (1953-1955), Engku Mohamad Engku Besar Burhanuddin (1955-1957), Abdul Jamil Rais (1957), Mohd Ismail Abd Latif (1957-1958), Taib Andak (1958-1959), Hashim Mat Deris (1959-1960), Lokman Mohd Yusof (1961-1963), Mohd Shamsuddin Yaacob (1963-1967), Tuan Megat Mahy Megat Ismail (1959-1960), Abd Gani Mod Don (1961-1963), Datuk Alwi Jantan (1972-1975), Hussain Mohd Idrus (1976), Datuk Wan Mansor Abdullah (1977-1981), Datuk Sulaiman Amin (1981-1983), Datuk Sulaiman Hashim (1983-1985), Datuk Sulaiman Osman (1985-1988), Datuk Abdul Halim Abd Rauf (1988-1991), Datuk Ahmad Zabri Ibrahim (1991-1993), Datuk Yaakub Abd. Hamid (1993-1994), Datuk Tik Mustaffa (1994-1995), Datuk Hashim Meon (1995-1999), Datuk Ambrin Buang (1999-2001), Datuk Abd Aziz Mohd Yusof (2001-2004), Datuk Mohd Adzib Mohd Isa (2004), Datuk Ramlan Othman (2004-2006) dan Datuk Ramli Mahmud (2006-2010).

Isu SUK Selangor ini bermula bila Tan Sri Mohd Sidek Hassan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam satu kenyataannya mengumumkan perlantikan bahawa Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Khusrin Munawi akan dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari, 2011.

Memandangkan Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan pegawai utama yang akan bekerja bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Selangor, khususnya Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor maka perlantikan ini harus mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Pemerhati politik melihat tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) membuat pengumuman SUK Selangor yang baru ini tanpa mendapat persetujuan daripada Menteri Besar (Ketua Eksekutif) Kerajaan Negeri Selangor sendiri merupakan satu tindakan sabotaj terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 52 (1), jawatan Setiausaha Kerajaan perlu diwujudkan dan perlantikan ke jawatan ini hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

Dalam Nota Amalan mengenai prosidur perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dinyatakan bahawa; (1) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan menghantar calon yang difikirkan layak yang difikirkan layak (gred 54 dan keatas) kepada Menteri Besar; (2) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada Sultan; (3) Setelah tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, MB akan menyerah semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

Polemik perlantikan Kusyrin yang pernah menjadi Setiausaha Sulit, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohamad Taib sebagai SUK yang baru ini difahamkan belum mendapat persetujuan daripada Menteri Besar Kerajaan Negeri Selangor  walaupun SUK telah mendapatkan perkenan Sultan Selangor.

Tan Sri Khalid mendakwa haknya sebagai Menteri Besar tidak dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri yang terdahulu, Datuk Ramli Mahmud hingga kepada tarikh persaraannya pada 16hb. Disember, 2010 berhubung dengan penggantinya walaupun difahamkan Sultan telah berkenan melantik Datuk Mohamad Khusrin dalam suratnya kepada SUK pada 10hb. Disember, 2010 lagi.

Kedua-dua pihak cuba berada dipihak yang benar. Dalam kes ini Menteri Besar dan sultan Selangor berada dalam pihak yang benar.  Kelicikan pegawai tadbir Selangor memainkan peranan 'gunting dalam lipatan' menyebabkan Menteri Besar,Tan Sri Khalid Ibrahim dan Sultan Selangor dimalukan dalam satu okestra politik yang disengajakan bila perlantikan SUK yang baru tidak dimaklumkan kepada Menteri Besar. 

Disebabkan oleh tindakan tidak professional mantan SUK Selangor, Datuk Ramli Mahmud memaklumkan kepada Menteri Besar berhubung dengan penggantinya sebelum diumumkan oleh KSN menyebabkan pihak Sultan memaklumkan kepada Menteri Besar bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan kepadanya oleh SPA ekoran pindaan undang-undang kerajaan persekutuan pada tahun 1983 dan 1993 yang lalu.

Bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam hal perlantikan 3 pegawai kanan kerajaan iaitu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri, DUN Selangor akan mengadakan pindaan kepada Undang-undang tubuh kerajaan Negeri Selangor, 1959. 

Menurut laporan Bernama hari ini (10hb Januari, 2010), kerajaan negeri sudah melantik Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan peguan Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah


Penjelasan Terhadap Berita Dalam The Star 10 Januari 2011

Posted: 10 Jan 2011 11:37 PM PST

Artikel berita yang dimuatkan dalam akhbar harian The Star bertarikh 10 Jan 2011 dengan tajuk “PAS won't bow to pressure from any quarter, says Hadi" adalah dirujuk. Adalah ingin dipertegaskan bahawa berita berkenaan telah memberikan gambaran yang salah terhadap ucapan Presiden PAS di Majlis Suai Kasih yang dianjurkan oleh PAS dan Pejabat Parlimen Titiwangsa pada 9 Januari lalu.

Presiden PAS sebenarnya menjelaskan bahawa PAS melihat perkembangan yang sangat positif di kalangan rakan dalam Pakatan Rakyat dalam memahami maksud Islam yang ingin dibawa oleh PAS, di mana ianya adalah dalam kerangka perlembagaan persekutuan yang turut di pertahankan oleh semua pihak dalam Pakatan Rakyat. Perubahan paradigm ini memperkukuhkan lagi kerjasama erat PAS bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bertepatan dengan semangat dalam dasar bersama yang dipersetujui sebagaimana yang dirangkakan dalam Dasar Bersama Muafakat Rakyat.

Apa yang dipertegaskan oleh Presiden PAS dalam majlis berkenaan adalah rentetan terhadap ucapan Presiden PAS di Konvensyen Pakatan Rakyat yang kedua di Pulau Pinang kira-kira hampir sebulan lalu bahawa PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan yang ingin dilaksanakan adalah semestinya dalam ruang lingkup perlembagaan dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar, tanpa menjejaskan amalan penganut agama lain di negara kita ini. Inilah yang ingin ditonjolkan oleh PAS, bahawa Islam adalah adil untuk semua.

Oleh yang demikian maksud laporan dalam pemberitaan akhbar The Star pada tarikh berkenaan adalah tidak benar dan tersasar dari apa yang diucapkan sama sekali.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS


MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PKR nafi ADUN Sri Muda letak jawatan

Posted: 11 Jan 2011 08:32 PM PST

PKR denies Sri Muda rep quitting

SHAH ALAM, Jan 12 — PKR was forced today to dismiss rumours that Sri Muda assemblyman Shuhaimi Shafiei has decided to quit after a week of intense political pressure from Umno over remarks he made about the Sultan in the Selangor state secretary impasse.

But his absence from the hastily convened press conference has added to the continuing speculation surrounding his status. He also did not turn up at a police station yesterday to have his statement recorded over reports lodged against him for sedition by pro-Umno groups.

Today, PKR Kota Raja vice chief Kamarudzaman Sanusi said that a text message calling for a news conference this morning on Shuhaimi's alleged resignation announcement was fake.

"You have been sent on a wild goose chase," Kamarudzaman told reporters today.

"The SMS that you received is a fake SMS," he added.

MORE TO COME

Cina MCA ni bantah azan di Pantai Hill Park -

Posted: 11 Jan 2011 07:16 PM PST

Seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA dari Pantai Hill Park tidak berpuas hati dengan berkumandangnya azan di Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam. Nama cina MCA dari parti sekutu rapat UMNO-BN tersebut ialah NG KIAN NAM yang beralamat di No. 1-21-4, Phase 2, Pantai Hill Park, Pantai Dalam, 59600 Kuala Lumpur dan boleh dihubungi melalui HP: 012-6973840 dan email: wu_jiannan79@yahoo.com

Beliau telah menulis surat kepada PM Najib, Hishamuddin, Raja Nong Chik, Jamil Khir, Nazri Aziz dan Koh Tsu Koon pada 20 Dis 2010 yang lalu dan telahpun dihantar melalui fax dan email.

Kalau dulu MP Kepong (DAP), Dr Tan Seng Giaw pernah dihentam teruk oleh penyokong-penyokong UMNO-BN kerana membangkitkan isu azan di Taman Putera, Jinjang Utara dan sekarang ini saya nak tengok adakah penyokong-penyokong UMNO-BN juga akan melakukan perkara yang sama terhadap ahli MCA selaku sekutu rapat UMNO-BN. UMNO jangan hanya berani pada DAP!... tapi takut pada MCA.

Di bawah ini adalah salinan surat dari peguam/ahli MCA berkenaan.


Klik pada gambar untuk besarkan.





Mangsa bukan saja diculik, dirompak, dirogol malah diliwat ... cilaka betul la

Posted: 11 Jan 2011 03:38 PM PST

KUALA LUMPUR: Seorang wanita kini trauma dan terlantar di hospital akibat dipukul, dirompak, malah turut dirogol dan diliwat selepas diculik sekumpulan tiga lelaki dari perkarangan rumah sewanya di sebuah kondominium di Pandan Indah, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun dan bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat baru pulang dari rumah keluarganya di Ulu Yam, Selangor.


Sumber polis berkata, sejurus mangsa keluar daripada Perodua Myvi dipandunya, tiba-tiba muncul tiga lelaki yang terus memukul dan menendangnya.

"Mangsa ditarik masuk semula ke dalam keretanya dan ketika itu mereka masih memukul mangsa tanpa belas kasihan dalam usaha melemahkannya.



"Mereka membawa mangsa ke sekitar ibu kota dan memaksanya menyerahkan barang berharga termasuk kad pengeluaran wang automatik (ATM) serta nombor pengenalan peribadi (PIN) daripadanya," katanya.


Menurutnya, mangsa yang ketakutan mengikut arahan tiga lelaki terbabit sebelum dia dibawa ke sebuah lokasi berhampiran Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Chamang, Bentong, Pahang.

Sumber itu berkata, sebaik tiba di satu lokasi sunyi di situ, seorang daripada lelaki terbabit merogol dan meliwat mangsa.

"Mangsa berjaya meloloskan diri dan meminta pertolongan daripada orang ramai yang melalui jalan berkenaan.

Dia dibawa membuat laporan di Balai Polis Bentong sebelum menjalani pemeriksaan di Hospital Bentong.

"Pada masa sama, tiga lelaki terbabit melarikan diri dari tempat kejadian dengan kereta mangsa," katanya.

Menurutnya, mangsa dipindahkan ke Hospital Temerloh untuk menjalani pemeriksaan dan kini masih dirawat di hospital itu. Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan trauma.

Sumber itu berkata, setakat ini polis sudah menahan seorang lelaki yang dipercayai mengenali mangsa untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan siasatan awal mendapati tiga lelaki terbabit kemungkinan warga Indonesia.

"Bagaimanapun, polis Ampang Jaya hanya menyiasat kes rompakan yang berlaku kepada mangsa. Mangsa dirogol dan diliwat di kawasan Bentong dan kami sudah menyerahkan kes terbabit kepada polis di daerah itu untuk tindakan lanjut," katanya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman ketika dihubungi turut mengesahkan menerima laporan mangsa berhubung dia dirogol dan diliwat - metro

Tenang dah dapat 'Bapa Angkat' ... hahaha

Posted: 11 Jan 2011 07:03 AM PST

Enam Timbalan Menteri MCA Dilantik Bapa Angkat DUN Tenang

MS: hahaha mcam2 puak-puak ni ... semuanya terjadi masa ada PRK .. semua depa nak bagi ... berapa banyak sekolah pula muyidin nak bagi .. berapa banyak jamban tan pula depa nak buat .. masa ni lah masjid, gereja kuil dan tokong akan jadi kaya raya scara segera ... untuk pengundi Tenang pula ambik saja apa yang depa nak bagi ... tapi bila nak pi pangkah nanti PANGKAH LAH BN - BARANG NAIK, kalau nak terus HIDUP DALAM DERITA - hahahahaha.
Cuba relex dan fikirkan kembali ... apakah benar Rakyat Didahulukan ...???
KUALA LUMPUR: MCA melantik enam Timbalan Menteri dari parti tersebut sebagai 'bapa angkat' bagi meraih sokongan pengundi Cina pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang di Labis, Johor hujung bulan ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, pelantikan tersebut sebagai komitmen parti itu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

"Kami akan memastikan pemimpin-pemimpin parti, baik dari peringkat pusat, negeri atau akar umbi, berusaha bertungkus lumus bagi memastikan calon Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kerusi DUN," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti itu di Wisma MCA hari ini.

Enam Timbalan Menteri tersebut ialah Datuk Wee Ka Siong (Timbalan Menteri Pelajaran), Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan), Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Dalam Negeri), Gan Ping Sieu (Timbalan Menteri Belia dan Sukan), Chua Tee Yeong (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani), dan Heng Seai Kie (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ditetapkan pada 22 Jan ini, dan jika ada pertandingan, pengundian akan diadakan pada 30 Jan.

Mengenai isu yang dibincangkan pada mesyuarat itu, Chua berkata pihaknya mendapat aduan mengenai sikap segelintir guru besar dan guru yang menghalang atau enggan membenarkan pelajar mengambil mata pelajaran bahasa Mandarin bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata, tenaga pengajar seharusnya berusaha memudahkan hasrat pelajar untuk mengambil mata pelajaran tersebut.

Mengenai novel Interlok, Chua berkata pihak yang membidas novel itu sepatutnya mengambil kira mesej tersirat dalam karya tersebut.

"Kita mesti melihat buku ini dalam perspektif yang betul...ia adalah sebuah novel sejarah...dan ditulis pada 1910.

"Sesetengah perkataan mungkin sensitif dalam konteks masa kini, namun buku ini sememangnya memaparkan satu mesej yang amat penting, cara bagaimana ia menggalakkan keharmonian antara kaum dan bagaimana rakyat berbilang bangsa bekerjasama," katanya.

Beliau mengulas desakan golongan tertentu yang mahukan novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu tidak dijadikan novel sastera bagi tingkatan lima, kononnya kerana mempunyai unsur menghina kaum India di negara ini. - BERNAMA

DSAI - Liwat vs Rais Yatim - Rogol ... awat jadi lagu ni?

Posted: 11 Jan 2011 02:21 AM PST

oleh Faisal Mustaffa
Usaha untuk menjatuhkan seseorang di dalam organisasi berlaku di mana-mana; di dalam parti, di luar parti, di dalam syarikat, di dalam jabatan - pada ketika mereka merebut kerusi dan jawatan.

Kali ini, usaha bagi menjatuhkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim (gambar kiri) berlaku dengan menyebarkan berita beliau memperkosa pembantu rumahnya, Robengah yang bekerja di rumah menteri itu sejak 23 Disember 1999 hingga 2007 selama lapan tahun.

Insiden dikatakan berlaku sekitar 2007 yang diketengahkan oleh Migrant Care, sebuah badan bukan kerajaan yang menjaga kebajikan pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia. Pada tahun 2007, sekiranya perkara ini dibangkitkan, sesungguhnya warga Indonesia serta kerajaan Indonesia sendiri sudah "mengamuk" kerana perhubungan Malaysia-Indonesia pada waktu itu tidak berapa baik, malah lebih teruk daripada kemarahan Indonesia terhadap Malaysia atas kekalahan semasa perlawanan bola sepak akhir Piala Suzuki baru-baru ini.

Oleh kerana kejadian berlaku pada tahun 2007 dan dibangkitkan sekarang, maka menimbulkan persoalan sendiri. Adakah pihak yang membangkitkan isu ini benar-benar simpati terhadap mangsa dirogol si menteri atau tujuan menjatuhkan kerjaya menteri tersebut?

Sumber yang mendedahkan jenayah Menteri pada asalnya datangnya dari WikiLeaks dan kemudiannya diperbesarkan lagi oleh blog bigdogdotcom.wordpress.com dan rockybru.com.my.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) didapati lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, sedangkan SKMM tangkas bertindak ke atas RockyBru melalui laman blognya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.

Media Indonesia sendiri tidak terbakar dengan liputan yang dibuat. Mereka berpendapat, sikap Robengah itu sendiri yang sudah membuat pengakuan bahawa beliau tidak dirogol menutup segala spekulasi. Pihak Migrant Care yang menerima laporan awal kes ini juga tidak berhasrat untuk memperbesarkan kes tersebut kerana menghormati permintaan Robengah dan Pejabat Luar Negara Indonesia juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kes tersebut ditutup.

Robengah tidak mengakui dirinya dirogol. Suaminya juga meminta supaya tidak memporak-perandakan keluarganya. Bagi Perdana Menteri pada waktu kejadian berlaku, Abdullah Badawi juga mengeluarkan kenyataan dengan menafikan tindakannya berdiam diri berhubung tuduhan memperkosa terhadap Rais Yatim bertujuan menutup kes dan melindunginya. Abdullah berkata dakwaan penulis blog dan pembangkang itu adalah tidak berasas, malah kejadian itu tidak pernah dilaporkan kepadanya sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009.

Lagipun, perkara ini dibangkitkan oleh seorang penulis yang sememangnya dijangkakan beragenda tersendiri.

Keputusan atas keyakinan PM

Berlainan sungguh dengan dakwaan yang dikenakan sebelum ini terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim (gambar kanan) sewaktu waktu dahulu. Di saat Anwar Ibrahim diserang media, dinafikan hak bersuara, dikecam peribadinya di sebalik perbicaraan mahkamah yang lompong dan belum dibuktikan bersalah. Anwar berkali-kali menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa dia meliwat pemandu kereta isterinya, tetapi dakwaan tetap dikenakan - kerana Perdana Menteri yakin perkara ini berlaku.

Sehingga rencana ini ditulis, tiada sebarang dakwaan oleh pihak Peguam Negara terhadap Rais Yatim. Barangkali keputusan Peguam Negara (untuk tidak bertindak) berdasarkan atas keyakinan Perdana Menteri bahawa perkara tersebut tidak berlaku.

Tolak-tarik Pengakuan Bersumpah

Di Malaysia, pengakuan bersumpah seperti suatu yang boleh dipermainkan. Terdapat beberapa kes di mana pengakuan bersumpah yang dibuat, boleh dibuat pengakuan bersumpah lain satu lagi bagi menutup pengakuan bersumpah yang awal. Antara faktor-faktor yang menjadikannya begitu ialah kerana dipaksa membuat pengakuan, ada juga tidak lari daripada diugut, dan diberi rasuah.

Berikut beberapa contoh insiden pengakuan bersumpah yang dibuat di negara ini:

1. Julai 2008: P.Balasubramaniam, seorang peyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak Baginda memperincikan kisah yang mahu diceritakan berkenaan apa yang berlaku dan apa yang diberitahu kepadanya oleh tokoh-tokoh utama dalam kes tersebut termasuk Abdul Razak Baginda dan Altantuya sendiri. Pengakuan berkanunnya juga mengaitkan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Pada 4 Julai 2008, P.Balasubramaniam didapati menarik kembali pengakuan tersebut. Akuan berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.

2. Penghujung tahun 1998: Pengakuan bersumpah Munawar Ahmad Anees, penulis ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang memperjelaskan betapa keji dan hinanya perbuatan polis Malaysia di dalam tindakan mereka yang mereka banggakan sebagai "profesional". Munawar mendakwa dipaksa membuat pengakuan bersumpah untuk membebaskannya daripada pendakwaan diliwat oleh Anwar Ibrahim.

3. Penghujung tahun 1998: Pengakuan bersumpah adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja bahawa dia diliwat oleh Anwar Ibrahim kemudiannya membuat pengakuan bersumpah yang lain yang menyatakan beliau dipaksa membuat pengakuan bersumpah awal dan kemudiannya menafikan segala dakwaan liwat antara beliau dengan Anwar Ibrahim.

4. September 2008: Pengakuan Doktor Mohamed Osman, doktor yang memeriksa Saiful Bukhari (pihak yang mengadu diliwat Anwar Ibrahim) bahawa tiada kesan tusukan pada dubur Saiful.

5. 19 Jun 2008: Pengakuan bersumpah Raja Petra Kamarudin penglibatan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri sekarang, dalam kes pembunuhan Altantuya. Raja Petra kini menjadi buruan polis dan dakwaan di dalam pengakuan bersumpah tersebut langsung tidak dipertikaikan.

Mungkin benar, bahawa daripada pendakwaan tersebut mempunyai kepentingan tertentu, tetapi mengapakah siasatan tidak dibuat ke atas laporan polis yang telah pun dibuat oleh Norazizi Abd Aziz, Penyelaras SAMM b/p Solidariti Anak Muda Malaysia?

*Faisal Mustaffa ialah penulis bebas

MS: hahaha aku agak bukan saja aku, tapi ramai lagi yang berfikiran macam aku yang tak berapa pandai ni ... kes Rais ini akan berkesudahan macam ni ... penafian mangsa dan pemangsa. So polis pun akan kata, apa nak disiasat lagi selepas mangsa dah kata dia tak diapa-apa oleh majikannya ... rakyat senyum sinis bila baca kedua-dua penafiaan ini ... hahaha ... inilah kelebihan menteri-menteri umno ... pasai tu ramai nak jadi menteri ...
Kalau boleh aku pun nak jadi menteri juga ... hahahahahahahaha

Apa kejadah polis ke rumah Shuhaimi jam 1 pg?

Posted: 11 Jan 2011 12:22 AM PST

Police 'harassing' Sri Muda rep, says PKR

By Yow Hong Chieh

SHAH ALAM, Jan 11 — PKR has accused the police of "harassment" for going to Sri Muda assemblyman Shuhaimi Shafie's home in the early hours of the morning without cause.

PKR vice-president Chua Tian Chang said the act of going to Shuhaimi's home at around 1 this morning suggested that the police wanted to put pressure on the assemblyman and the Selangor state government.

"This is unnecessary and totally unacceptable," he told reporters outside Shah Alam district police headquarters here after meeting police officials to discuss the matter.

The Batu MP, better known as Tian Chua, said Shuhaimi was prepared to co-operate with the police but only if they served the latter with a notice under section 111 of the Criminal Procedure Code.

"So far there has been no official notice issued requiring Shuhaimi's presence at this police station," he said.

Chua urged the police not to get involved in political matters and be professional.

"The recently-appointed IGP (Inspector-General of Police) said the priority for the police would be public safety. This thing with Shuhaimi has nothing to do with public safety," he said.

PKR Youth deputy chief Azmizam Zaman Huri also called on the police to give a guarantee that Shuhaimi would not be arrested unless and until notice was given.

The Selangor Anti-Fraud Coalition (GAPS) and Malay rights group Perkasa last week lodged a police report at the same station against Shuhaimi for allegedly insulting the Selangor Sultan on his website.

GAPS chairman Hamizun Khairuddin said Suhaimi had openly opposed Sultan Sharafuddin Idris Shah's appointment of Datuk Mohd Khusrin Munawi as state secretary despite protests from Selangor's PKR-led government in a statement on his website on December 30.

"The statement is like a warning to the Sultan that he will face action from the people," he had said.

Hamizun added that GAPS will make a police report everyday in all districts until action is taken against the assemblyman - TMI


MS: Kita tau tugas polis begitu sibuk sgt, maklum lah macam2 kes sekarang ni. Jadi sebab tu lah depa tak dak masa nak pi cari Shuhaimi pada siang hari ... hahahaha.

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Robengah kata Rais Yatim tidak bersalah,dia ada niat menggoda Rais(temubual eksklusif Robingah dengan Al-Jazeera dan tv indon)

Posted: 11 Jan 2011 09:06 PM PST

yg tak baca surat khabar..

tak payah la baca..tak de pun cite pasal robingah hari ni..

wei korang suma..

berentilah main tuduh2 rais yatim oi!!!!

tadi aku belajar pasal qazaf..

nk kena ada 4 saksi la baru nk tuduh rais cam tu..

rilek la..anwar dituduh liwat pun saiful tak leh kemuka saksi...yg fanatik akan emotional..

tu yg bersumpah lahanat tu..

ingat sumpah saiful tu logik ke??

dia kena bersumpah dalam 4 hingga 5 kali baru leh pakai la..

Allah tu maha kaya,maha mengetahui dan maha adil..

tu antara sepol ngn Allah...

sama la..robingah pun tak kemuka saksi..

tak boleh la kita yg baru tau cite nk tuduh2 rais..

tu antara rais ngn Allah..

kita yg menuduh tanpa hal ni pun leh jadi dosa jugak...

biarkan..

dacing al-Mizan yg menentukan..

nnti akhirat kat padang mahsyar masa dihisab..kita masing2 akan tonton rewind video perilakuan kita didunia..kita tengok la nanti..sapa yg meraba,siapa yg mengebom,siapa yg meliwat,siapa yg merogol,siapa yg rasuah..dan siapa yg mandi tak pakai sluar..

takkan nnti nk suruh robingah bersumpah mcm saiful dalam siri tv liwat2 tu..

yg aku heran...

laki kepada isteri yg berzina ngn adun selingsing tu..

boleh lak bela bini dia yg dah berzina tu..

dayus ke hape wei????

suruh bini dia bersumpah betul2 beromen.. tak plak timbul plak isu cam ni..

laki dayus tu plak bertambah heran..tak nk lak cerai bini dia..

dah berzina dah weiiiiiiiii

tak pun sumpah li'an ke??

ahaha bak kata p ramli..

"siape tak sayang bini oooi"

oi oi oi...

saiful dah bersumpah...robengah atau rais mungkin nak bersumpah....ezam hari2 bersumpah mcm sesumpah..

psst...isteri ustaz dayus bile lagi??kote basah??pantat lagi lencun

harharharhar

kita yg menunduh orang beromen meliwat berzina bersetubuh berogol2an..

harus bertaubat..

sbebelum kapal singh yg suruh kita bertaubat..

ahahahahahhahahahahahahahahahaahahahahhaahhaahhahahahahahahahahahahaaha

blogger umno bodoh!!!!!!!

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Lagi kes kekasaran polis: Kini giliran jurugambar stesen BERNAMA menjadi mangsa...

Posted: 11 Jan 2011 03:02 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Belum selesai kes laporan keganasan polis terhadap seorang peniaga Cina bulan lalu, kini kita dikejutkan pula dengan perlakuan ganas polis bantuan terhadap seorang jurugambar Melayu dari stesen BERNAMA..

Jika dahulu puak2 fanatik Umno menuduh orang Cina sengaja mereka2 cerita kononnya untuk menjatuhkan maruah polis, kini Allah bayar cash, orang Melayu pula menjadi mangsa, malah Melayu itu datangnya dari stesen berita kerajaan, BERNAMA...

Seperti yg pernah penulis katakan sebelum ini, ada polis baik ada polis yg tidak baik..kesemua kesalahan2 ini mungkin sebagai kafarah dosa bagi pihak (atasan) polis dan juga pihak kerajaan yang sering memperkuda polis demi survival politik sempit mereka..

Nasihat akhir penulis kpd kerajaan, jangan kerana perangai biadap kamu (memperalat polis), rakyat menjadi muak, benci dan tidak hormat kepada pihak polis..fikir2kan..wallahua'lam..

p/s: Artikel terdahulu, "Lagi kes keganasan polis: "Polis pukul saya kerana mahu duit!" - Mangsa..(video inside)"...


Jurugambar dakwa dipukul

Seorang jurugambar membuat laporan polis terhadap beberapa anggota polis bantuan yang didakwanya telah memukul, menggari serta mengugutnya berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di Kuala Lumpur semalam.

Hairul Nizam Baharin, 37, dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata beliau diperlakukan sedemikian selepas menjalankan tugas mengambil gambar di persekitaran terminal tersebut kira-kira-kira pukul 11.30 pagi.

"Sekumpulan lelaki yang memakai ves polis bantuan meminta saya memberhentikan motosikal selepas saya selesai ambil gambar di situ, tapi saya enggan kerana tidak tahu tujuan mereka," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur.



Hairul Nizam berkata beliau bagaimanapun terpaksa memberhentikan motosikalnya apabila kumpulan itu terus mengekori dan menghalangnya daripada meneruskan perjalanan.

"Mereka kemudian merampas kunci motosikal saya dan apabila saya tanya kenapa mereka cuma diam. Seorang daripada mereka minta kad pengenalan namun saya enggan serahkan kerana tidak tahu tujuan mereka.

"Polis berpangkat sarjan itu kemudian menyentuh badan saya dan saya kata padanya yang dia tidak boleh menyentuh saya. Dia kemudian bertindak menumbuk saya," katanya.

Hairul Nizam berkata kepalanya juga diketuk dengan topi keledar meskipun berulang kali meminta dilepaskan.

"Salah seorang daripada mereka kemudian mengarahkan saya digari sebelum dibawa ke balai polis TBS-BTS. Di situ anggota yang bertugas mengarahkan gari saya dibuka dan saya dibebaskan," katanya.

Hairul Nizam berkata tindakan kumpulan polis bantuan itu adalah tidak profesional selain memperlakukannya seperti penjenayah sedangkan beliau hanya menjalankan tugas yang diarah majikannya. - Bernama

Dibawah pula, berita terbaru juga berkaitan dengan sikap polis..jelas, anggota polis ini jenis pelahap wang haram..tak hairan, hati mereka gelap sehingga sanggup membelasah orang awam yg menyertai perhimpunan aman atas arahan boss mereka...

Dua Anggota Polis Cedera Ketika Ditangkap Oleh SPRM

GEORGE TOWN: Dua anggota polis mengalami kecederaan ringan ketika cuba melarikan diri daripada ditangkap oleh pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Gurney, di sini, Isnin.

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, kedua-dua anggota polis itu berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan pegawai SPRM di tempat kejadian.

Menurut sumber, SPRM sebelum itu menerima aduan dari orang awam mengenai kegiatan dua anggota polis itu meminta rasuah daripada pesalah trafik di kawasan itu.

Katanya, dua anggota SPRM kemudian bergegas ke kawasan itu dan menyamar sebagai orang awam dan melakukan kesalahan trafik di hadapan anggota polis terbabit sebelum mereka ditahan dan diminta rasuah sebanyak RM800.

Setelah kedua-dua anggota SPRM itu memberi rasuah seperti yang diminta, dua anggota SPRM lain menyerbu dan menangkap anggota polis terbabit, katanya.

Sumber itu berkata, kedua-dua anggota polis itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan pesakit luar sebelum ditahan mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Latifah Md Yatim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan enggan mengulas lanjut. - BERNAMA

Berita berkaitan:
- 'Pukul' jurugambar: NUJ desak polis tak keterlaluan
- 'Belasah' ahli perniagaan, lima polis didakwa

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Ayat-Ayat "CINTA" Untukmu..

Posted: 11 Jan 2011 07:42 AM PST

Dibawah ini terdapat ayat-ayat cinta yg ditujukan khusus buat Najib...mai kita layannnn ...zasssss.


Anwar: Pakatan hanya perlukan RM19 bilion untuk rakyat

Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta.  Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan Najib bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, UMNO/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung.  Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.

Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK.  Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan.  Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.


Tabiat berhutang UMNO/BN akan diperhebatkan tahun ini.  Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011.  Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.

Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini.  Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika UMNO/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang - tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat.  Malaysia akan muflis akibat ketagihan UMNO/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong UMNO/BN.

Contoh-contoh pembaziran UMNO/BN sudah diketahui rakyat.  Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda.  Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO.  Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan di sini.

Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik.  Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni.  Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan.  Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi tol untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat - lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:


Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.


Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak.  Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.


Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.


Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP.  Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.


Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun.  Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.


Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.  Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa UMNO/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan.  Tabiat berhutang UMNO/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim (gambar kiri) selaku Ketua Pembangkang.

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Penyanyi Rap Terkenal Amarika Masuk Islam

Posted: 11 Jan 2011 05:14 AM PST

 Tag : Merenung Sejenak

Berita Gembira untuk semua ummat Islam ,Loon,vokalis Bad Boy yang merupakan antara kumpulan Rap popular  di Amerika kini memilih Islam sebagai pegangannya,
Allahuakbar !!
Loon ialah penyanyi yang terkenal bersama grup tersebut yang memiliki nama asli Chauncey L. Hawkins.(Urg2 p.diddy.. Ingat lagu "i need a girl?" ahh iatah si loon tu ) Setelah masuk Islam, Loon menukar namanya menjadi Amir Junaid Muhaddith. Bukan si Loon saja yang masuk Islam , isteri dan anak-anaknya juga turut serta.
Amir kemudian  berangkat ke tanah suci Makkah, bertemu dengan para Imam Masjidil Haram.

Keislaman Loon bukan disebabkan masaalah peribadi atau keewangan ,Dia Memilih Islam ketika dia berada di puncak kemewahan .Album  terakhirnya terjual 7 juta copy.
Banyakkan....?

Amir yang ketika ini berusia 34 tahun menceritakan isi hatinya yang paling dalam tentang keislamannya sambil berkata : Saya meraih kemasyhuran  yang luar biasa di kalangan masyarakat Amerika karena muzik.Saya menjadi 10 penyanyi top Amerika berdasarkan rating media Amerika sendiri.Saya telah menulis 52 lagu.
tapi walaupun memiliki harta yang melimpah dan kehormatan, saya tidak pernah merasakan kebahagiaan dan ketenangan jiwa.

Sampai ketika saya berkunjung ke Abu Dhabi 7 bulan yang lalu, saya tekajut dengan budaya kaum Muslimin Arab. Saat itu saya mendengar lantunan suara azan dan saya melihat orang-orang bergerak menuju Masjid-Masjid yang terdekat untuk menunaikan solat. Mereka terlihat berakhlak mulia dan  baik dengan siapa saja. Saat itu timbul pertanyaan dalam benak saya tentang hakikat agama mereka. Apakah Islam itu hanya khusus untuk bangsa Arab, atau untuk semua manusia? Sampai akhirnya saya mendapat jawaban bahwa Islam itu adalah agama untuk semua manusia, tanpa membezakan keturunan, suku dan bangsa.

Setelah berfikir mendalam, saya putuskan masuk Islam dan saya solat pertama kali saat kembali ke tempat tinggal saya di New York. Sejak itulah saya berubah total. Saya tinggalkan musik secara total. Saya keluar total dari komunitas di mana saya habiskan hidup saya sebelumnya selama 17 tahun. Sekarang saya merasakan ketenangan batin yang sejak lama saya rindukan. Saya merasa bertambah tenang lagi setelah isteri dan anak saya juga masuk Islam.

Semangat saya untuk belajar dan mengenal Islam semakin bertambah, karena tertanam niat dan tekad untuk mengajak orang lain kembali kepada Islam. Saya juga telah bergabung dengan lembaga dakwah Islam Kanada, bidang penyebaran Islam. Saya memiliki program khusus terkait masalah tersebut, yakni mengajak para penyanyi dan seniman top dunia untuk mengenal Islam dan prinsip-prinsipnya.

Terakhir Amir menyampaikan nasihatnya kepada generasi muda Muslim di mana saja berada : Ini adalah ucapan saya yang keluar dari lubuk hati yang dalam. Kepada setiap pemuda dan generasi Muda Muslim. Jangan sekali-kali terpengaruh oleh peradaban Barat, demikian juga dengan tradisi mereka.

Jangan sekali-kali meniru lagu-lagu Barat dan prilaku mereka serta apa saja yang dilakukan oleh penyanyi Amerika atau Barat lainnya. Berbanggalah dengan Islam dan agama ini yang sekarang sedang dicari-cari oleh orang-orang kaya dan orang-orang terkenal di dunia. Setelah mereka mengenal Islam, mereka akan tahu bahwa apa yang mereka kerjakan bertahun-tahun sebelumnya tidaklah bermutu dan berguna.

Banggalah Anda sebagai Muslim. Kenalilah Allah sebagai Tuhan Pencipta dan kenalilah Nabi Muhammad Saw. sebagai Rasul yang membawa misi keselamatan.

.

Loon(sebelah kiri) menunaikan solat bersama rakan2nya yang masuk Islam.ketika menunaikan ibadah haji di mekkah.

Loon(sebelah kiri) menunaikan solat bersama rakan2nya yang masuk Islam
Terimakasih pada http://life-injector.blogspot.com






Cari N3 lama-lama disini

Bob Lokman Masuk PAS ?

Posted: 11 Jan 2011 12:51 AM PST

Tag : Santai


Bob Lokman, nama yang tidak asing lagi di persada hiburan tanah air, terutama dalam penulisan lirik lagu-lagu melayu, malam ini bersama-sama ribuan rakyat Selangor telah sama-sama menyertai Solat Hajat yang telah diadakan di Stadium Melawati Shah Alam. Kebetulan malam ini juga TV3 suku ada amenganjurkan Anugerah Juara Lagu, tapi ternyata Bob lebih berminat untuk sama-sama menyertai program solat hajat anjuran PAS Pusat ini.
Tahniah Bob!
Baca lagi disini

-Ijoks2009-
Akhil hay sudah hijrah,Renggo vokalis  Arrow,sudah,kini Bob lokman pun sudahberhijrah,Mesti panas bijik mata blogger upahan Umno tengok gambar ni.Dulu masa Amy search jempa Tokgurupun dan meracau puak-puak tu,hehehe

-dipetik dari blog Pro Umno-
amy ditarbiyyah oleh badrul amin .....amy selalu panggil nik ajis ke restorannya.malah nik ajis yang rasmikan
masa amy jadi penyayi rock, apa yang pas tak kta pada amy.dan apa pula kerajaan pertahankan supaya jangan hina manusia seperti pas menghina artis-artis.bagi pas, artis yang join mereka walaupun buat jahat, tetap baik.so lu fikirlah sendiri....................


Cari N3 lama-lama disini

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


APABILA ANWAR CABAR NAJIB, BERLUMBA MAHU JADI PENGAMPU DAN PENCACAI`

Posted: 11 Jan 2011 08:00 PM PST

Debat Anwar - Shabery yang menjadi sejarah memalukan buat Umno...

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA DS Anwar mencabar Najib untuk berdebat di dalam isu ekonomi kerana Najib telah `berkokok' di dalam TV memperlekehkan janji 100 hari oleh PR jika memerintah negara, maka inilah peluang para `penjilat dan pengampu' Najib untuk menonjolkan diri membela atau `cover' bos mereka itu. Cuba rujuk laporan oleh Malaysian Insider tentang kisah pengampu-pengampu ini.

Pertamanya, tentulah `pencacai nombor Wahid' iaitu Nazri Aziz. Di zaman Mahathir, muka inilah yang tidak lekang mencium tangan Mahathir. Selepas itu di zaman Pak Lah, muka ini juga mengipas gila Pak Lah sehingga sanggup menghina Mahathir sebagai nyanyuk. Sekarang, muka yang sama ini juga membodek dan `menjilat' Najib. Begitulah kaedah cari makan oleh Menteri tidak ada standard ini.

Beliau mencabar DS Anwar untuk berdebat dengannya sebelum mahu berdebat dengan Najib. Perasan sungguh Nazri Aziz ini, apa `standard' beliau untuk `bersilat 'dengan DS Anwar? Nazri bukan lawan bagi DS Anwar, kerana sejarah telah membuktikan betapa Shabery Cheek `berbuih mulut' apabila berdepan dengan Ketua Pembangkang ini. Mungkin kali ini tidak sampai hati DS Anwar `bersilat' dengan anak murid Najib yang baru belajar `silat pulut atau silat pengantin' itu. Kita berharap DS Anwar menolak bertemu dengan Nazri ini kerana ianya akan menjatuhkan darjat DS Anwar sahaja sepertimana ketika beliau bertarung dengan Shabery Cheek dalam isu minyak dahulu. Ketika itu ramai memberi komen betapa jauhnya taraf Menteri berkenaan dengan DS Anwar sehinggakan tidak tentu hala hujahnya sepanjang perdebatan isu minyak tersebut.

Bersuara pula orang Jelebu, YB Rais Yatim yang pernah dikaitkan dengan kes keji baru-baru ini yang mana beliau telah nafikan. Samada disiasat atau tidak, Wallahu Aklam. Rais lagi tidak layak untuk memberi komen kerana manusia yang pernah `membakar jambatan 'dengan Umno ini sememangnya mahu hidup lebih lama di dalam politik. Lebih baik Rais Yatim buat kerja di Jelebu kerana orang Jelebu sudah bertahun bermasalah dengan kemudahan bas awam. Selesaikan masalah bas di Jelebu terlebih dahulu. Sediakan WIFI di Jelebu dahulu sepertimana beliau mahu sediakan WIFI di Gua Musang sewaktu PRK Dun Galas baru-baru ini. Di Jelebu, usahkan WIFI, komunikasi 3G pun banyak kawasan yang yang tiada. MP menjawat jawatan Menteri yang jaga komunikasi, tetapi hampeh. Jangan Rais fikir bila beliau menyampuk isu debat ini rakyat boleh lupa kisah beliau? "Sori, tak dapek den nolong eh."

Memang dijangka, suara `raja katak' Ibrahim Ali dari Pasir Mas pasti berbunyi. Beliau menyebut DS Anwar tidak layak berdebat dengan Najib tentang ekonomi kerana DS Anwar tiada kelulusan. Betapa bodoh punya `raja katak' kita tidak tahu. Najib ada kelulusan apa? `Raja Katak' ini pula kelulusan dan pengalaman apa? Pengalaman jadi `katak dan melompat ' beberapa kali? Kerusi Parlimen yang beliau duduk itu pun atas ihsan PAS. Tidak tebal muka ke atau menggerutu seperti katak puru?

Tanpa kelulusan ekonomi sekali pun DS Anwar pernah menjadi Menteri di beberapa Kementerian dan menjadi Menteri Kewangan bertahun-tahun bahkan pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri serta memangku tugas Perdana Menteri. Mahathir pernah memuji DS Anwar sebagai Menteri Kewangan terbaik ketika Mahathir menjadi PM. `Raja Katak 'pula apa pengalamannya? Ketika beliau menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga undang-undang dahulu, adakah beliau pakar di dalam bidang perundangan? Bodoh teramat bodoh punya hujah, nasib baik bukan MP dari PR.

Saya malas untuk mengulas komen seorang `Profesor kangkung' yang turut mahu `cover' Najib. Saya tidak tahu macam mana beliau boleh jadi Profesor dengan komen sedangkal itu. Saya lebih loya dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno Perak yang mahu DS Anwar berdebat dengan KJ. Hilang akal agaknya puak-puak Umno ini apabila disergah oleh DS Anwar untuk berdebat dengan Najib. Siapa KJ mahu berdebat dengan DS Anwar? KJ hanya Ketua Pemuda, lawan beliau memadai kita letakkan Chegu Bard sahaja jika beliau takut untuk bertemu dengan Ketua AMK, Shamsul Iskandar. Kita masih ingat sewaktu Pilihanraya Umum yang lalu, entah di mana KJ menyorok tatkala Chegu Bard mencabarnya berdebat di Rembau. Itu baru Chegu Bard sudah bisa buat KJ kecut. KJ harus cermin muka dia dahulu, dan bertanya kepada Ketua Pemuda Umno Perak yang kecut perut apabila dicabar oleh Ketua Pemuda PAS Perak untuk berdebat baru-baru ini.

Saya malas mahu ulas komen `beberapa ekor lagi mengkarung ' di dalam Umno yang cuba membela Najib daripada dimalukan oleh DS Anwar nanti. Kita cuma mahu tanya, Najib berani atau tidak berdepan dengan DS Anwar, itu sahaja. Persetankan suara-suara pengampu dan pencacai yang lain itu kerana mereka membela bos hanyalah untuk mencari makan. Teringat saya akan kata-kata Ezam sesumpah dahulu, "tunjukkan pada saya siapa yang masuk Umno ikhlas?". Inilah wajah-wajahnya yang dimaksudkan oleh Ezam sesumpah termasuk dirinya sendiri./wfauzdin.blogspot.com

ISA SAMAD - APABILA TUBUH DAN AKAL SAMA PENDEK

Posted: 11 Jan 2011 05:00 PM PST

Janjiku tertunai....
Oleh: WFAUZDIN NS

MEMALUKAN juga aku apabila seorang Wakil Rakyat, orang kampung aku iaitu YB Isa Samad yang baru dilantik sebagai Pengerusi Felda menunjukkan taringnya. Betapa pendeknya akal Isa Samad apabila dikatakan mengugut kakitangan syarikat kumpulan Felda agar menyokong Bn sekiranya tidak mahu disingkirkan.

Memetik laporan Malaysiakini semalam, Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen berkata ugutan Isa itu disampaikan ketika pertemuan sulung Isa dengan seluruh kakitangan syarikat kumpulan Felda, baru-baru ini. Adun Bagan Pinang yang tidak berapa tinggi dan pendek akal ini seolah-olah ingin menunjukkan kehebatannya menerajui Felda. Beliau menyangka semua kakitangan Felda pendek akal seperti beliau dan tidak tahu kisahnya yang merasuah perwakilan Umno untuk dipilih sebagai Naib Presiden Umno dahulu.

Sekarang ini pun, orang di Bagan Pinang masih tertanya-tanya di mana hebatnya Bandar Tentera Darat di Port Dickson seperti yang dijanjikan sewaktu PRK Dun Bagan Pinang dulu? Di mana WIFI yang dijanjikan kepada warga tentera di Bagan Pinang? Di mana kolam renang dan Padang Futsal? Cuma, janji yang tertunai oleh Isa Samad adalah bernikah baru setelah kematian isterinya.

Amat malang Peneroka Felda mendapat seorang ketua yang mempunyai rekod rasuah. Sudahlah Felda tersedia dengan berbagai masalah dan penyelewengan, dapat pula orang seperti ini. Kita akan saksikan nanti bagaimana Felda akan dirosakkan oleh orang tidak cukup tinggi ini./wfauzdin.blogspot.com

Hadi Rakan Setia Saya, ujar Anwar

Posted: 11 Jan 2011 08:12 AM PST

Sumber TVS

KUALA LUMPUR 11 JAN : Menyifatkan Datuk Seri Abd Hadi Awang sebagai rakan karibnya sambil mengesa rakyat jangan percaya dengan cerita-cerita musuh yang mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum PKR itu menegaskan perkara ini ketika ceramah di Gombak malam tadi bagi mempertahankan Presiden PAS itu yang kini berhadapan dengan kritikan ekoran pertemuan bersama pemimpin Umno pada 24 Disember lalu.

Jelas Anwar, Hadi dan PAS telah memperlihatkan sokongan padunya kepada beliau ketika berhadapan dengan hukuman penjara pada 1999.

"Ketika saya dipenjarakan, mereka yang menyokong saya ialah PAS, (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Nik Aziz, dan Tok Guru Hadi Awang.

"Mereka menghimpunkan ribuan penyokong mereka untuk mendoakan kesejahteraan saya. Mereka rakan karib saya," katanya.

Kelmarin PAS mengadakan program solat hajat dan pidato perdana di Stadium Malawati Shah Alam kelmarin.

Malam tadi, Anwar juga memberikan amaran bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk memperlekehkan Pakatan Rakyat.

"Ada banyak dakwaan tetapi semua itu hanya cerita semata-mata. Jangan percaya mereka," kata Ketua Pembangkang itu.

Selepas pertemuan kelmarin, Anwar berkata Pakatan Rakyat sudah menyelesaikan kontroversi berhubung pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu 24 Disember lalu.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis santapan anjuran Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

"Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum," katanya.

"Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu," kata Anwar.

Pada sidang media yang diadakan malam tadi, Hadi berkata, pihaknya telah menjelaskan "pertemuan 24 Disember itu" kepada Pakatan Rakyat.

Anwar, yang juga pemimpin PKR meminta penyokong-penyokongnya supaya meletakkan keyakinan dan percaya pada Pakatan Rakyat itu yang bercita-cita mahu menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Sambil itu Anwar memaklumkan negara boleh mencapai perubahan jika setiap kaum boleh bekerjasama ke arah satu matlamat.

"Kita perlukan sokongan daripada semua orang. Kita tidak boleh melakukannya menerusi perhimpunan politik atau slogan politik. Kita hanya boleh menang menerusi keyakinan, kesabaran dan strategi yang kukuh.

"Kita mesti faham bahawa kita hanya boleh menang jika masyarakat Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan bekerjasama dan mempertahankan kedaulatan negara," katanya.

KES LIWAT DS ANWAR - JAMIL KHIR PENGHALANG UNTUK BICARA DI MAHKAMAH SYARIAH?

Posted: 11 Jan 2011 02:46 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

DS ANWAR dituduh melakukan perbuatan liwat dengan Saiful Bukhari Azlan dan jika difahami dari seksyen pertuduhan yang dihadapkan ke atas beliau, perbuatan itu dilakukan secara `suka sama suka'. Berlawanan dengan apa yang disebut oleh Saiful Bukhari di dalam mahkamah bahawa beliau `dipaksa' melakukannya walaupun pemuda ini telah `bersedia' dengan memakai tuala dan berwangian.

DS Anwar selaku yang dituduh ingin menuntut keadilan bukan sahaja untuk dirinya bahkan juga keadilan buat Saiful. Mencari keadilan, tempat yang sesuai buatnya selaku umat Islam dan kebetulan juga Saiful yang dikatakan menjadi pasangannya juga berugama Islam sudah pastilah beliau memilih Mahkamah Syariah. Bukankah zina dan liwat `suka sama suka' itu tarafnya sama di sisi Islam dan Mahkamah Syariah sahaja tempat paling layak untuk mencari keadilan dan kebenaran. DS Anwar dari awal lagi menyangkal keras tuduhan terhadapnya, namun tetap mahu merujuk ke Mahkamah Syariah untuk mendakwa Saiful yang telah melakukan fitnah terhadapnya. Maka, DS Anwar mohon agar kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah di bawah pertuduhan `Qazaf'. Saiful pula memilih jalan mudah iaitu dengan melakukan `sumpah laknat' yang tidak pernah diakui oleh Syarak di dalam menghadapi kes seperti ini.

Mengikut berita yang dilaporkan oleh akhbar Buletin Rakyat edisi 119, DS Anwar memberitahu beliau mempunyai maklumat bahawa kertas pertuduhan kes liwatnya sudah disiapkan untuk pendakwaan di Mahkamah Syariah namun ianya telah ditahan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Mej (Jen) Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau mempersoalkan mengapa Menteri yang tahu tentang hukum Islam ini dan juga sebagai bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera boleh menggunakan kuasa menyekat pendakwaan.

Di dalam berita yang dilaporkan oleh akhbar itu juga menyebut DS Anwar memohon agar DYMM YDP Agong yang bertindak sebagai Ketua Agama agar melihat kedudukan Mahkamah Syariah supaya terpelihara dari dipergunakan demi kepentingan politik. Begitulah komitmen DS Anwar yang mahukan agar kes beliau dibicarakan secara adil mengikut lunas-lunas Islam dan sewajarnya Menteri yang berada di dalam Umno yang kununnya mengaku sebagai pejuang Islam menyokongnya. Tetapi, ini tidak berlaku dan DS Anwar masih dibawa ke mahkamah sivil yang dilihat semakin cerca merba perjalanannya.

Jelas kepada kita, siapakah yang tidak mahu melihat kepada keadilan di dalam kes ini. Adakah Mahkamah Syariah di negara ini tidak setaraf dengan Mahkamah Sivil? Adakah perundangan Islam tidak membantu Umno untuk melaksanakan kehendaknya? Adakah Umno tidak percaya kepada keadilan Islam apabila melibatkan Ketua Pembangkang ini?

Sekiranya Umno menolak Islam, Umno menghakis kuasa raja-raja dan Umno juga gagal membela Melayu, maka apa lagi boleh kita harapkan dengan parti ini? Jika Islam dan Melayu pun Umno gagal martabatkan, usah kita bicara lagi tentang keadilan Umno terhadap ugama dan bangsa dan suku yang lain. Maka, wajarlah Umno segera ditalkinkan./wfauzdin.blogspot.com