Selasa, 11 Januari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


APABILA ANWAR CABAR NAJIB, BERLUMBA MAHU JADI PENGAMPU DAN PENCACAI`

Posted: 11 Jan 2011 08:00 PM PST

Debat Anwar - Shabery yang menjadi sejarah memalukan buat Umno...

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA DS Anwar mencabar Najib untuk berdebat di dalam isu ekonomi kerana Najib telah `berkokok' di dalam TV memperlekehkan janji 100 hari oleh PR jika memerintah negara, maka inilah peluang para `penjilat dan pengampu' Najib untuk menonjolkan diri membela atau `cover' bos mereka itu. Cuba rujuk laporan oleh Malaysian Insider tentang kisah pengampu-pengampu ini.

Pertamanya, tentulah `pencacai nombor Wahid' iaitu Nazri Aziz. Di zaman Mahathir, muka inilah yang tidak lekang mencium tangan Mahathir. Selepas itu di zaman Pak Lah, muka ini juga mengipas gila Pak Lah sehingga sanggup menghina Mahathir sebagai nyanyuk. Sekarang, muka yang sama ini juga membodek dan `menjilat' Najib. Begitulah kaedah cari makan oleh Menteri tidak ada standard ini.

Beliau mencabar DS Anwar untuk berdebat dengannya sebelum mahu berdebat dengan Najib. Perasan sungguh Nazri Aziz ini, apa `standard' beliau untuk `bersilat 'dengan DS Anwar? Nazri bukan lawan bagi DS Anwar, kerana sejarah telah membuktikan betapa Shabery Cheek `berbuih mulut' apabila berdepan dengan Ketua Pembangkang ini. Mungkin kali ini tidak sampai hati DS Anwar `bersilat' dengan anak murid Najib yang baru belajar `silat pulut atau silat pengantin' itu. Kita berharap DS Anwar menolak bertemu dengan Nazri ini kerana ianya akan menjatuhkan darjat DS Anwar sahaja sepertimana ketika beliau bertarung dengan Shabery Cheek dalam isu minyak dahulu. Ketika itu ramai memberi komen betapa jauhnya taraf Menteri berkenaan dengan DS Anwar sehinggakan tidak tentu hala hujahnya sepanjang perdebatan isu minyak tersebut.

Bersuara pula orang Jelebu, YB Rais Yatim yang pernah dikaitkan dengan kes keji baru-baru ini yang mana beliau telah nafikan. Samada disiasat atau tidak, Wallahu Aklam. Rais lagi tidak layak untuk memberi komen kerana manusia yang pernah `membakar jambatan 'dengan Umno ini sememangnya mahu hidup lebih lama di dalam politik. Lebih baik Rais Yatim buat kerja di Jelebu kerana orang Jelebu sudah bertahun bermasalah dengan kemudahan bas awam. Selesaikan masalah bas di Jelebu terlebih dahulu. Sediakan WIFI di Jelebu dahulu sepertimana beliau mahu sediakan WIFI di Gua Musang sewaktu PRK Dun Galas baru-baru ini. Di Jelebu, usahkan WIFI, komunikasi 3G pun banyak kawasan yang yang tiada. MP menjawat jawatan Menteri yang jaga komunikasi, tetapi hampeh. Jangan Rais fikir bila beliau menyampuk isu debat ini rakyat boleh lupa kisah beliau? "Sori, tak dapek den nolong eh."

Memang dijangka, suara `raja katak' Ibrahim Ali dari Pasir Mas pasti berbunyi. Beliau menyebut DS Anwar tidak layak berdebat dengan Najib tentang ekonomi kerana DS Anwar tiada kelulusan. Betapa bodoh punya `raja katak' kita tidak tahu. Najib ada kelulusan apa? `Raja Katak' ini pula kelulusan dan pengalaman apa? Pengalaman jadi `katak dan melompat ' beberapa kali? Kerusi Parlimen yang beliau duduk itu pun atas ihsan PAS. Tidak tebal muka ke atau menggerutu seperti katak puru?

Tanpa kelulusan ekonomi sekali pun DS Anwar pernah menjadi Menteri di beberapa Kementerian dan menjadi Menteri Kewangan bertahun-tahun bahkan pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri serta memangku tugas Perdana Menteri. Mahathir pernah memuji DS Anwar sebagai Menteri Kewangan terbaik ketika Mahathir menjadi PM. `Raja Katak 'pula apa pengalamannya? Ketika beliau menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga undang-undang dahulu, adakah beliau pakar di dalam bidang perundangan? Bodoh teramat bodoh punya hujah, nasib baik bukan MP dari PR.

Saya malas untuk mengulas komen seorang `Profesor kangkung' yang turut mahu `cover' Najib. Saya tidak tahu macam mana beliau boleh jadi Profesor dengan komen sedangkal itu. Saya lebih loya dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno Perak yang mahu DS Anwar berdebat dengan KJ. Hilang akal agaknya puak-puak Umno ini apabila disergah oleh DS Anwar untuk berdebat dengan Najib. Siapa KJ mahu berdebat dengan DS Anwar? KJ hanya Ketua Pemuda, lawan beliau memadai kita letakkan Chegu Bard sahaja jika beliau takut untuk bertemu dengan Ketua AMK, Shamsul Iskandar. Kita masih ingat sewaktu Pilihanraya Umum yang lalu, entah di mana KJ menyorok tatkala Chegu Bard mencabarnya berdebat di Rembau. Itu baru Chegu Bard sudah bisa buat KJ kecut. KJ harus cermin muka dia dahulu, dan bertanya kepada Ketua Pemuda Umno Perak yang kecut perut apabila dicabar oleh Ketua Pemuda PAS Perak untuk berdebat baru-baru ini.

Saya malas mahu ulas komen `beberapa ekor lagi mengkarung ' di dalam Umno yang cuba membela Najib daripada dimalukan oleh DS Anwar nanti. Kita cuma mahu tanya, Najib berani atau tidak berdepan dengan DS Anwar, itu sahaja. Persetankan suara-suara pengampu dan pencacai yang lain itu kerana mereka membela bos hanyalah untuk mencari makan. Teringat saya akan kata-kata Ezam sesumpah dahulu, "tunjukkan pada saya siapa yang masuk Umno ikhlas?". Inilah wajah-wajahnya yang dimaksudkan oleh Ezam sesumpah termasuk dirinya sendiri./wfauzdin.blogspot.com

ISA SAMAD - APABILA TUBUH DAN AKAL SAMA PENDEK

Posted: 11 Jan 2011 05:00 PM PST

Janjiku tertunai....
Oleh: WFAUZDIN NS

MEMALUKAN juga aku apabila seorang Wakil Rakyat, orang kampung aku iaitu YB Isa Samad yang baru dilantik sebagai Pengerusi Felda menunjukkan taringnya. Betapa pendeknya akal Isa Samad apabila dikatakan mengugut kakitangan syarikat kumpulan Felda agar menyokong Bn sekiranya tidak mahu disingkirkan.

Memetik laporan Malaysiakini semalam, Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen berkata ugutan Isa itu disampaikan ketika pertemuan sulung Isa dengan seluruh kakitangan syarikat kumpulan Felda, baru-baru ini. Adun Bagan Pinang yang tidak berapa tinggi dan pendek akal ini seolah-olah ingin menunjukkan kehebatannya menerajui Felda. Beliau menyangka semua kakitangan Felda pendek akal seperti beliau dan tidak tahu kisahnya yang merasuah perwakilan Umno untuk dipilih sebagai Naib Presiden Umno dahulu.

Sekarang ini pun, orang di Bagan Pinang masih tertanya-tanya di mana hebatnya Bandar Tentera Darat di Port Dickson seperti yang dijanjikan sewaktu PRK Dun Bagan Pinang dulu? Di mana WIFI yang dijanjikan kepada warga tentera di Bagan Pinang? Di mana kolam renang dan Padang Futsal? Cuma, janji yang tertunai oleh Isa Samad adalah bernikah baru setelah kematian isterinya.

Amat malang Peneroka Felda mendapat seorang ketua yang mempunyai rekod rasuah. Sudahlah Felda tersedia dengan berbagai masalah dan penyelewengan, dapat pula orang seperti ini. Kita akan saksikan nanti bagaimana Felda akan dirosakkan oleh orang tidak cukup tinggi ini./wfauzdin.blogspot.com

Hadi Rakan Setia Saya, ujar Anwar

Posted: 11 Jan 2011 08:12 AM PST

Sumber TVS

KUALA LUMPUR 11 JAN : Menyifatkan Datuk Seri Abd Hadi Awang sebagai rakan karibnya sambil mengesa rakyat jangan percaya dengan cerita-cerita musuh yang mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum PKR itu menegaskan perkara ini ketika ceramah di Gombak malam tadi bagi mempertahankan Presiden PAS itu yang kini berhadapan dengan kritikan ekoran pertemuan bersama pemimpin Umno pada 24 Disember lalu.

Jelas Anwar, Hadi dan PAS telah memperlihatkan sokongan padunya kepada beliau ketika berhadapan dengan hukuman penjara pada 1999.

"Ketika saya dipenjarakan, mereka yang menyokong saya ialah PAS, (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Nik Aziz, dan Tok Guru Hadi Awang.

"Mereka menghimpunkan ribuan penyokong mereka untuk mendoakan kesejahteraan saya. Mereka rakan karib saya," katanya.

Kelmarin PAS mengadakan program solat hajat dan pidato perdana di Stadium Malawati Shah Alam kelmarin.

Malam tadi, Anwar juga memberikan amaran bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk memperlekehkan Pakatan Rakyat.

"Ada banyak dakwaan tetapi semua itu hanya cerita semata-mata. Jangan percaya mereka," kata Ketua Pembangkang itu.

Selepas pertemuan kelmarin, Anwar berkata Pakatan Rakyat sudah menyelesaikan kontroversi berhubung pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu 24 Disember lalu.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis santapan anjuran Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

"Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum," katanya.

"Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu," kata Anwar.

Pada sidang media yang diadakan malam tadi, Hadi berkata, pihaknya telah menjelaskan "pertemuan 24 Disember itu" kepada Pakatan Rakyat.

Anwar, yang juga pemimpin PKR meminta penyokong-penyokongnya supaya meletakkan keyakinan dan percaya pada Pakatan Rakyat itu yang bercita-cita mahu menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Sambil itu Anwar memaklumkan negara boleh mencapai perubahan jika setiap kaum boleh bekerjasama ke arah satu matlamat.

"Kita perlukan sokongan daripada semua orang. Kita tidak boleh melakukannya menerusi perhimpunan politik atau slogan politik. Kita hanya boleh menang menerusi keyakinan, kesabaran dan strategi yang kukuh.

"Kita mesti faham bahawa kita hanya boleh menang jika masyarakat Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan bekerjasama dan mempertahankan kedaulatan negara," katanya.

KES LIWAT DS ANWAR - JAMIL KHIR PENGHALANG UNTUK BICARA DI MAHKAMAH SYARIAH?

Posted: 11 Jan 2011 02:46 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

DS ANWAR dituduh melakukan perbuatan liwat dengan Saiful Bukhari Azlan dan jika difahami dari seksyen pertuduhan yang dihadapkan ke atas beliau, perbuatan itu dilakukan secara `suka sama suka'. Berlawanan dengan apa yang disebut oleh Saiful Bukhari di dalam mahkamah bahawa beliau `dipaksa' melakukannya walaupun pemuda ini telah `bersedia' dengan memakai tuala dan berwangian.

DS Anwar selaku yang dituduh ingin menuntut keadilan bukan sahaja untuk dirinya bahkan juga keadilan buat Saiful. Mencari keadilan, tempat yang sesuai buatnya selaku umat Islam dan kebetulan juga Saiful yang dikatakan menjadi pasangannya juga berugama Islam sudah pastilah beliau memilih Mahkamah Syariah. Bukankah zina dan liwat `suka sama suka' itu tarafnya sama di sisi Islam dan Mahkamah Syariah sahaja tempat paling layak untuk mencari keadilan dan kebenaran. DS Anwar dari awal lagi menyangkal keras tuduhan terhadapnya, namun tetap mahu merujuk ke Mahkamah Syariah untuk mendakwa Saiful yang telah melakukan fitnah terhadapnya. Maka, DS Anwar mohon agar kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah di bawah pertuduhan `Qazaf'. Saiful pula memilih jalan mudah iaitu dengan melakukan `sumpah laknat' yang tidak pernah diakui oleh Syarak di dalam menghadapi kes seperti ini.

Mengikut berita yang dilaporkan oleh akhbar Buletin Rakyat edisi 119, DS Anwar memberitahu beliau mempunyai maklumat bahawa kertas pertuduhan kes liwatnya sudah disiapkan untuk pendakwaan di Mahkamah Syariah namun ianya telah ditahan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Mej (Jen) Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau mempersoalkan mengapa Menteri yang tahu tentang hukum Islam ini dan juga sebagai bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera boleh menggunakan kuasa menyekat pendakwaan.

Di dalam berita yang dilaporkan oleh akhbar itu juga menyebut DS Anwar memohon agar DYMM YDP Agong yang bertindak sebagai Ketua Agama agar melihat kedudukan Mahkamah Syariah supaya terpelihara dari dipergunakan demi kepentingan politik. Begitulah komitmen DS Anwar yang mahukan agar kes beliau dibicarakan secara adil mengikut lunas-lunas Islam dan sewajarnya Menteri yang berada di dalam Umno yang kununnya mengaku sebagai pejuang Islam menyokongnya. Tetapi, ini tidak berlaku dan DS Anwar masih dibawa ke mahkamah sivil yang dilihat semakin cerca merba perjalanannya.

Jelas kepada kita, siapakah yang tidak mahu melihat kepada keadilan di dalam kes ini. Adakah Mahkamah Syariah di negara ini tidak setaraf dengan Mahkamah Sivil? Adakah perundangan Islam tidak membantu Umno untuk melaksanakan kehendaknya? Adakah Umno tidak percaya kepada keadilan Islam apabila melibatkan Ketua Pembangkang ini?

Sekiranya Umno menolak Islam, Umno menghakis kuasa raja-raja dan Umno juga gagal membela Melayu, maka apa lagi boleh kita harapkan dengan parti ini? Jika Islam dan Melayu pun Umno gagal martabatkan, usah kita bicara lagi tentang keadilan Umno terhadap ugama dan bangsa dan suku yang lain. Maka, wajarlah Umno segera ditalkinkan./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: