Isnin, 10 Januari 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Program 100 hari : DSAI cabar Najib berdebat

Posted: 10 Jan 2011 08:29 PM PST

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyertai debat terbuka bagi mengupas kandungan Program 100 Hari yang dikemukakan pakatan pembangkang.

"Oleh kerana Najib secara terbuka mengkritik Program 100 Hari dan mendakwa ia akan membawa kehancuran ekonomi kepada negara seperti yang dialami Greece, saya mengusulkan debat terbuka diadakan. "Sebagai pemimpin kerajaan dan Perdana Menteri, beliau sewajarnya menyahut cabaran ini untuk berdebat dengan saya. Biar rakyat menentukannya kemudian," katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini. -BH
Apa si Kaki Kencing ni kata? Baca di sini

hahahaha lawak malam ini ... Polis minta rasuah pada anggota SPRM

Posted: 10 Jan 2011 06:47 AM PST

Dua Anggota Polis Cedera Ketika Ditangkap Oleh SPRM

GEORGE TOWN: Dua anggota polis mengalami kecederaan ringan ketika cuba melarikan diri daripada ditangkap oleh pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Gurney, di sini, Isnin.

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, kedua-dua anggota polis itu berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan pegawai SPRM di tempat kejadian.

Menurut sumber, SPRM sebelum itu menerima aduan dari orang awam mengenai kegiatan dua anggota polis itu meminta rasuah daripada pesalah trafik di kawasan itu.

Katanya, dua anggota SPRM kemudian bergegas ke kawasan itu dan menyamar sebagai orang awam dan melakukan kesalahan trafik di hadapan anggota polis terbabit sebelum mereka ditahan dan diminta rasuah sebanyak RM800.

Setelah kedua-dua anggota SPRM itu memberi rasuah seperti yang diminta, dua anggota SPRM lain menyerbu dan menangkap anggota polis terbabit, katanya.

Sumber itu berkata, kedua-dua anggota polis itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan pesakit luar sebelum ditahan mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Latifah Md Yatim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan enggan mengulas lanjut. - BERNAMA
MS: hahahaha lantak korang lah ... dua2 sama, tak leh percaya ... tapi tahniah juga la pada anggota SPRM tu, sekurang-kurangnya bagi kesedaran pada anggota polis lain ... tapi yang aku tak suka ikan-ikan bilis macam ni cepat saja korang (SPRM) bertindak, macamana dengan jerung-jerung di luar sana. Apakah nak pegang jerung besar kena dapat 'green light' dari najib dulu ker? katanya macam tu lah, kalau nak pegang yang besar-besar ni kena jumpa najib dulu .. najib kata OK baru boleh, najib kata tak boleh, hangpa pun diam ... hahaha macam tu lah ceritanya ...

PRK Tenang : Pengarah Pelajaran Johor dicabar jadi calon BN

Posted: 10 Jan 2011 06:28 AM PST

Pemuda PAS hari ini membidas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mohd Puad Zarkashi kerana mempertahankan seorang pegawai kanan kementerian itu yang secara terang-terangan berkempen untuk BN menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang.

Ketua penerangannya, Suhaizan Kaiat (kanan) berkata justifikasi Puad membela tindakan pengarah pelajaran Johor, Markom Giran amat memalukan dan tidak dapat diterima.

"Dalam kenyataannya semalam Mohd Puad menyatakan bahawa tindakan Markom tersebut tidak salah kerana sebagai penjawat awam beliau berhak menyokong polisi-polisi kerajaan.

"Mohd Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan maka tiada kempen dilakukan oleh pengarah pelajaran Johor tersebut. Sebenarnya Timbalan Menteri Pelajaran ini tidak mengkaji ucapan sebenar Markom yang rakamannya boleh diperolehi dengan mudah di YouTube," katanya dalam satu kenyataan. --- seterusnya

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Dosa-Dosa Dlm Face Book

Posted: 10 Jan 2011 07:12 PM PST

Tag : Soal Jawab Agama
www.zaharuddin.net

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat 'membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang 'perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat 'lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah 'janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini.

3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi 'friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkanfriend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu 'bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai 'rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat 'trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semuafriend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

i- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

ii- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan 'candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh 'untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

iii- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan 'seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, 'zaman aku ekstrem', 'zaman solehah', 'waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net







Cari N3 lama-lama disini

Israel Mengaku Curi Organ Mayat

Posted: 10 Jan 2011 06:37 AM PST

BAITULMAQDIS - Israel akhirnya mengakui bahawa dalam tahun 1990-an, anggota-anggota forensiknya mengambil organ manusia termasuk jenazah penduduk Palestin tanpa kebenaran keluarga mereka. Isu kontroversi tersebut ditimbulkan berikutan pendedahan media berhubung satu wawancara dengan bekas ketua Institut Forensik Abu Kabir di Israel, Dr. Jehuda Hiss.
Wawancara itu dilakukan pada 2000 oleh seorang ahli akademik Amerika Syarikat (AS) yang kemudian mendedahkannya kepada media.
Dia berbuat demikian untuk menyokong dakwaan sebuah akhbar Sweden yang melaporkan pada musim panas lalu bahawa tentera Israel membunuh penduduk Palestin untuk mengambil organ mereka.
Israel sebelum ini bermati-matian menafikan melakukan pembunuhan tidak berperikemanusiaan itu.
"Kami bermula dengan mengambil kornea mata mereka. Apa yang kami lakukan tidak didedahkan dan tanpa kebenaran keluarga mereka (penduduk Palestin)," kata Hiss.

Laporan sebuah stesen penyiaran Internet, Channel 2 menyatakan, pakar-pakar forensik di Abu Kabir mengambil kulit, kornea, injap jantung dan tulang mayat askar Israel, warga Israel dan jenazah penduduk Palestin dan mayat pekerja asing tanpa kebenaran saudara mara mereka.

Dalam maklum balas mengenai laporan saluran berita itu, tentera Israel mengaku perbuatan tersebut berlaku.
"Aktiviti itu berakhir sedekad lalu dan ia tidak diteruskan," kata satu kenyataan tentera Yahudi.

P/s:Gambar2 bawah ni pula ialah gambar roti yg dibentuk seakan akan organ manusia.mungkin bagi org yahudi..org islam spt roti mcm ni jer..takde harga..



Cari N3 lama-lama disini

Haram Tetap Haram(Ustaz azhar)

Posted: 10 Jan 2011 04:23 AM PST


Assalamualaikum ,salam blogger.
minta maaf 2-3 hari ni tak dapat update blog,ada masaalah  peribadi sikit
 jom dengar kuliah ustazazhar.


Cari N3 lama-lama disini

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Rais Yatim hadiahkan Robingah(amahnya)Blackberry sebelum diberhentikan perkhidmatannya(surat terbaru Robingah)

Posted: 10 Jan 2011 06:15 PM PST

siapa yg belum baca surat khabar..

sila baca surat khabar..

harharhar..ini mesej kena sntiasa diiingatkan kepada pembaca posting aku..

ah??mana suratnya???surat tu ada kat dalam tangki jamban rumah koreng..

cerita yg sebetul2nya...

malaysia tak jadi haramkan blackberry..

jeng jeng jeng...

rais yatim telah pun memikir masak2 dalam jamban dirumahnya..

lalu membuat keputusan berikut..

oi oi oi..

indonesia haramkan blackberry...

malaysia pun nk haramkan blackberry..

tanam ganja tak haram..

bukak disko tak haram..

bagi lesen pelacuran tak haram...

bagi lesen judi tk haram...

anak2 menteri makin jadi anak haram...

harharhar..

mcm mana rais yatim leh terpikir nak haramkan blackberry hah??

masa dia meneran dalam jamban ke??

mcm tau2 je kisah dia mengerjekan robengah diketahui ramai..

atau kerana blackberry la robengah menyebarkan cerita ini??

atau dengan blackberry juga robengah dapat tulis surat untuk mengatakan bahawa rais yatim..

seorang majikan yg baik..

lepas ni rais yatim nk haramkan laptop..

sbb laptop boleh menyebabkan negara huru hara..

laptop ada mikrochip yg boleh menyebabkan laptop..

transform jadi robot transformers decepticon perosak mcam dalam cite budak2 katun...transformer..

pecah pungguuuuuuuuuuuuuuung!!!!!

ahahahahahhahahahahahahahhahahhahahaha

kalau rakyat nk terus hidup dengan menteri2 bodoh..

tak reti2 nk pangkah dacing masa pilihanraya umum akan datang???

harharhar

KARPET KUNING

KARPET KUNING


Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi?

Posted: 10 Jan 2011 02:19 AM PST


KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan para ahli parlimen Barisan Nasional kelmarin, telah mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan satu pilihan umum kilat diadakan tahun ini.

Datuk Seri Najib, yang juga merupakan pengerusi BN, tidak perlu mengadakan pilihan raya umum ke-13 negara itu sehingga 2013.

Namun, kejayaan BN dalam beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini telah 'menyemarakkan' lagi spekulasi tentang pilihan raya itu.

Beliau, yang menjadi perdana menteri pada April 2009 selepas BN kalah teruk pada 2008 sehingga memaksa penyandang sebelumnya bersara lebih awal, bagaimanapun menolak tanggapan tersebut.

Sebaliknya, Datuk Seri Najib berkata, pertemuannya dengan 112 ahli parlimen BN itu lebih difokuskan pada usaha mengukuhkan BN, yang selepas setengah abad berkuasa, dilanda reputasi sebagai parti yang korup dan tidak berkesan.

'Saya nak kata bahawa ini merupakan proses transformasi politik.

'Pilihan raya itu sebahagian daripada apa yang terpaksa kita lalui. Tapi lebih besar daripada itu adalah hasrat kita untuk menampilkan BN sebagai parti yang mendahulukan rakyat,' kata beliau, yang juga Presiden Umno, seperti yang dipetik dalam satu laporan akhbar The New Sunday Times (NST) semalam.

Bagaimanapun, beberapa ahli parlimen yang ditemui selepas pertemuan dengan perdana menteri Malaysia itu, dalam kumpulan tiga orang melaporkan kemajuan di kawasan masing-masing, berkata mereka percaya ia merupakan antara persediaan menghadapi pilihan raya.

'Beliau sedang mengumpulkan maklumat untuk memastikan bahawa maklumat daripada kami sejajar dengan apa yang beliau ada. Beliau berkongsi maklumat dengan kami dan mendengar pandangan kami.

'Beliau mahu kami menyelesaikan semua isu sebelum pilihan raya. Mungkin, beliau akan memanggil pilihan raya mengejut,' kata Ahli Parlimen (AP) Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, dalam satu laporan akhbar The Sunday Star.

AP Keningau, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, pula dipetik oleh akhbar yang sama sebagai berkata, semua orang tahu bahawa mesyuarat itu adalah sebahagian daripada persediaan bagi pilihan raya lebih awal.

'Perdana menteri sedang menimbangkan permintaan bagi program-progam yang boleh memanfaatkan setiap kawasan undi,' kata beliau selepas mesyuarat itu.

Parti campuran yang memerintah Malaysia itu telah pun mengadakan satu konvensyen pada Disember lalu. Sumber-sumber dalaman berkata perbincangan tertumpu kepada isu bagaimana memenangi semula sokongan yang terhakis pada pilihan raya umum 2008, apabila BN kehilangan pentadbiran lima negeri di negara itu dan penguasaan dua pertiganya dalam parlimen kepada pihak pembangkang.

Sementara itu, pakatan pembangkang Malaysia juga sedang menghadapi masalahnya sendiri sejak mencapai kejayaan pada pilihan raya 2008 itu.

Mereka semakin terbenam dalam lubuk masalahnya sendiri termasuk berlakunya pergeseran di antara anggota parti dan sering dialihkan perhatiannya kepada kes liwat pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa mereka sebagai bermotifkan politik. -- Agensi

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Rakaman audio bukti Persatuan Kontraktor Melayu memohon maaf kepada kerajaan P.Pinang

Posted: 10 Jan 2011 09:05 PM PST



Oleh: Pria Malaya

Penulis sedikit pun tak hairan jika benar laporan kontraktor Melayu PP ini 'membetulkan' balik kenyataan media kerajaan negeri bahawa mereka hanya meminta maaf dlm isu tertentu, bukan terhadap semua tuduhan selama ini..

Penulis juga tidak tekejut andai selepas ini mereka tiba2 membatalkan atau menarik balik kesemua permohonan maaf terdahulu...penulis yakin, selepas persitiwa permohonan maaf itu, persatuan ini telah menerima tekanan dan mungkin ugutan dari pihak2 tertentu kerana telah memalukan imej Umno dan akhbarnya..

Fitrah bila yang tertinggi (Umno/BN) memegang kuasa..mereka punyai kuasa, mereka mempunyai jentera, mereka punya segalanya...tapi rakyat bijak menilainya..fikir2kan..wallahua'lam..

p/s: Lanjutan artikel terdahulu, "GEMPAR: Kontrator Melayu minta maaf, tarik balik kenyataan terhadap Lim Guan Eng!..(video inside)"....


Kontraktor Melayu minta maaf ada rakaman video

GEORGETOWN, 10 Jan: Kerajaan negeri ada rakaman video menunjukkan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzil Hasan memohon maaf dan menarik balik semua kenyataan akhbarnya memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam sidang media di pejabatnya tengah hari tadi tidak menyangka Fadzil bercakap 'tidak serupa bikin' apabila bertindak menafikan kenyataannya berbuat demikian dalam akhbar arus perdana semalam.

"Kenapa beliau sanggup memutar belitkan kenyataan walhal beliau sendiri mengungkapkannya di hadapan media serta salah seorang Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malek Abul Kassim.

"Kenapa beliau putar belitkan kenyataan yang dibuatnya sendiri. Tak apa kita ada bukti rakaman sidang media itu. Dan, ia boleh memalukanya dirinya sendiri," jelasnya.

Lim tidak faham kenapa tiba-tiba Mohamed Fadzil bertindak seumpama itu dengan menggunakan media pro Barisan Nasional (BN) bagi memperbetulkan dirinya semula dengan membelakangkan fakta sebenar.

Pada 7 Januari lalu, Fadzil dengan rombongan telah berbincang dengan Ketua Menteri sendiri sebelum bertindak memohon maaf secara terbuka kepada Lim dan Kerajaan Negeri kerana sering melemparkan kenyataan yang kadang-kadang tidak munasabah.

Selepas Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan, Kontraktor Melayu Pulau Pinang acapkali mengeluarkan kenyataan pedas kononnya kerajaan pimpinan Lim menafikan projek untuk orang Melayu sedangkan pada tahun 2008 hingga 2010 sebanyak 18 projek melibatkan Jabatan Pengairan dan Saliran diperolehi oleh Melayu melibatkan peruntukan RM40 juta.

Manakala tender Jabatan Kerja Raya pula menyaksikan 17 projek bernilai RM20 juta yang diluluskan antara Januari hingga 30 November 2010 di mana 16 diberikan kepada kontraktor Melayu dan hanya satu bukan Melayu. - HD



Sementara Malaysiakini melaporkan...

Putar belit permohonan maaf, Fadzill dibidas

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang (PKMMPP) dibidas oleh kerajaan negeri kerana memutar-belitkan kata-katanya berhubung permohonan maaf kepada ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, baru-baru ini.

Pengerusi, jawatankuasa perdagangan dalam negeri, pengguna dan agama, Abdul Malik Abul Kassim (kiri) berkata presiden persatuan itu, Datuk Muhamad Fadzill Hassan menggunakan media bagi memutar-belitkan kata-katanya dengan berkata ia hanya dilakukan untuk saling memahami serta memaafkan antara satu sama lain dengan kerajaan negeri.

Abdul Malik yang juga ADUN Batu Maung kemudiannya menunjukkan kepada wartawan rakaman audio yang dengan jelas menunjukkan Fadzill memang membuat permohonan maaf dengan menarik semula kenyataan awalnya ke atas kerajaan negeri.
Cakap tak serupa bikin

"Ini menunjukkan dengan jelas jenis orang ini," katanya.

Ditanya, tindakan yang bakal diambil ke atas Fadzill jika beliau tetap dengan ulasannya, Lim yang juga hadir pada sidang media di Komtar itu berkata adalah sukar berurusan dengan orang yang "cakap tak serupa bikin."

Katanya, dengan berbuat demikian, Fadzill menunjukkan bahawa permohonan maafnya itu tidak ikhlas.

"Mungkin dirinya sendiri keliru... mungkin juga dia disalah-petik oleh akhbar," katanya.

"Kita akan biarkan beliau membuat keputusan dan menjelaskannya.

"Kenapa beliau putar belitkan kenyataan yang dibuatnya sendiri. Tak apa kita ada bukti rakaman sidang media itu. Dan, ia boleh memalukanya dirinya sendiri," kata Lim sambil menambah bahawa Abdul Malik akan menghubungi timbalan Fadzill untuk perbincangan lanjut.

Ahad lalu, Bernama melaporkan permohonan maaf PKMMPP pada pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berkaitan dengan teguran persatuan itu sebelum ini

"Permohonan maaf saya itu adalah atas kemungkinan terkasar bahasa sebelum ini terhadap kerajaan negeri, itu saja.

"Ini bukan bererti ia ada kaitan dengan teguran saya terhadap kerajaan negeri sebelum ini," Fadzill dipetik berkata kepada pemberita.

Cerita sebaliknya

Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri, PKMMPP seringkali mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan pimpinan Lim dengan dakwaan kontraktor Melayu seringkali dinafikan projek.

Namun perangkaan yang dikeluarkan kerajaan negeri menunjukkan cerita yang sebaliknya.

Sepanjang tahun 2008 hingga 2010, 18 projek melibatkan Jabatan Parit dan Saliran diperolehi oleh kontraktor Melayu dengan peruntukan RM40 juta.

Manakala tender Jabatan Kerja Raya pula menyaksikan 17 projek bernilai RM20 juta yang diluluskan antara Januari hingga 30 November 2010 di mana 16 diberikan kepada kontraktor Melayu dan hanya satu kepada bukan Melayu.

Harga bawang naik dua kali ganda, kementerian gesa rakyat kurangkan makan bawang!

Posted: 10 Jan 2011 04:32 AM PST



BERITA 1

Harga bawang naik dua kali ganda

KUALA KANGSAR- Harga beberapa barangan keperluan harian terutamanya bawang di pasar dan kedai runcit di sini didapati melambung sehingga melebihi dua kali ganda berbanding harga asal menjelang sambutan Tahun Baru Cina, Februari ini.

Kenaikan harga yang tidak munasabah itu telah menyebabkan ramai pengguna di daerah ini merungut dan mempersoalkan kewajaran tersebut kerana membebankan mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kenaikan ini berlaku di hampir semua pasar serta kedai runcit di sini.

Misalnya, bawang putih yang kebiasaannya dijual antara RM4 hingga RM4.50 sekilogram telah naik hingga RM10 sekilogram.

Bawang kecil pula yang biasa dijual RM4 hingga RM5 sekilogram meningkat kepada RM11 sekilogram, manakala bawang besar yang lazimnya dijual RM1.50 hingga RM2.50 sekilogram naik kepada RM5 sekilogram.



Menurut pengguna, kenaikan ini telah berlaku sejak sebulan lalu dan ada kedai tidak lagi menjual bawang disebabkan kenaikan harga yang terlampau tinggi.

Seorang peniaga kedai runcit, Salleh Mohamad berkata, kenaikan harga bawang berpunca daripada kekurangan bekalan yang tidak dapat dielakkan.

''Saya sendiri membeli bawang pada harga tinggi dari pembekal dan sebab itu saya terpaksa menjualnya pada harga agak mahal juga," katanya.

Tambah Salleh, minyak masak paket juga sukar didapati di pasaran dan hanya minyak masak dalam botol sahaja yang ada.

''Mungkin bekalan minyak masak paket ini akan terputus dalam pasaran dan ia mungkin taktik pemborong untuk menaikkan harga barangan ini," katanya.

Seorang penjual nasi lemak, Asmah Musa, 50, pula memberitahu, kenaikan harga bawang dan santan kelapa menyebabkan kos membuat nasi lemak meningkat, sedangkan untungnya tidak seberapa.

''Saya menggunakan tidak kurang satu kilogram bawang putih dan bawang besar serta dua kilogram santan kelapa setiap hari. Saya tidak boleh menaikkan harga nasi lemak kerana nanti pelanggan saya akan lari," katanya.

Oleh itu, mereka meminta pihak berwajib memantau kenaikan harga barangan tersebut yang tidak munasabah dan mengambil tindakan ke atas peruncit atau pemborong terlibat. - SH

BERITA 2

Kurangkan bawang dalam masakan

MELAKA 9 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Melaka hari ini meminta orang ramai mengurangkan pengunaan bawang ekoran harganya yang naik sehingga sekali ganda sejak empat minggu lalu.



Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abd. Hafidz A. Rahim berkata, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan ke atas pemborong kerana bawang adalah barang makanan yang diimport.

Menurutnya, bagi barang-barang makanan yang diimport harganya ditentukan oleh kadar yang ditetapkan oleh negara pengeluar.

''Pada masa ini bekalan bawang yang kita import dari India amat berkurangan bukan sahaja di Melaka tetapi di negeri-negeri lain kerana masalah banjir yang melanda negara itu.

''Keadaan itu menyebabkan pengeluaran bawang untuk dieksport berkurangan kerana banyak tanaman bawang rosak dan secara tidak langsung negara kita turut terkena tempias kekurangan bekalan itu.

''Apabila bekalan kurang, harga akan naik mendadak dan soal pemborong menyorok bekalan adalah tidak logik kerana jika mereka sorok bawang akan cepat rosak," katanya ketika dihubungi hari ini.



Kenaikan harga bawang turut dirasai penduduk di negeri ini apabila tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati harga bawang besar naik antara RM5 dan RM6 sekilo berbanding RM3 sekilogram bulan lalu.

Manakala bawang kecil pula pada harga RM9 sekilogram.

Mengulas lanjut, Abd. Hafidz berkata, langkah mengurangkan penggunaan bawang dalam masakan terpaksa dilakukan bagi mengelak orang menanggung beban ekoran kenaikan harga bawang yang tidak munasabah.

Beliau berkata, pihaknya mendapat banyak aduan dan rungutan daripada orang ramai kerana kenaikan harga bawang besar dan bawang kecil yang disifatkan cukup membebankan.

''Kita tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pemborong dan peruncit menurunkan harga bawang. Ini terjadi kerana masalah bekalan yang tidak mencukupi," ujarnya.

BERITA 3

Harga Bawang Naik Melambung, Minyak Masak Kering Di Pasaran

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini orang ramai bimbang dengan kekurangan bekalan minyak masak di pasaran, kini pengguna terpaksa berhadapan kenaikan harga bawang yang meningkat antara RM2 hingga RM3 kepada RM6 sekilogram sejak dua minggu lalu.



Tinjauan Berita Harian di beberapa kedai runcit, pasar raya dan pasar basah di seluruh negara semalam mendapati pengguna turut menghadapi kesukaran mendapatkan minyak masak tetapi bahan itu tidak mengalami kenaikan harga.

Di
SHAH ALAM, tinjauan di sebuah pasar raya pemborong terkemuka mendapati kebanyakan minyak masak botol lima kilogram (kg) berharga RM13.35 habis dijual dengan setiap pengguna dihadkan dua botol bagi setiap pembelian.

Bekalan bawang merah pula dilihat tinggal sedikit di dua pasar raya utama dengan sesetengah bawang sudah rosak selain dijual pada harga RM6.90 hingga RM7.99 sekilogram.

Di
KOTA KINABALU, minyak masak paket 1kg pada harga RM2.75 masih boleh diperoleh di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit, manakala harga bawang merah import pula berbeza dari satu kedai ke kedai lain, kebanyakannya dijual antara RM14 hingga RM17 sekilogram sejak sebulan lalu, berbanding antara RM3 hingga RM5 sekilogram sebelum ini.

Di
PULAU PINANG, bekalan bawang di sekitar bandar raya ini berkurangan secara mendadak sejak beberapa minggu lalu sehingga menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga mencecah sekali ganda.

Di
ALOR SETAR, bekalan minyak masak tidak mencukupi bagi menampung keperluan pengguna termasuk isi rumah, pengusaha kedai makan dan kantin sekolah sejak empat hari lalu berikutan penguncupan kuota jualan yang diterima daripada pengilang.
Di IPOH, tinjauan berhampiran Pasar Besar Ipoh mendapati harga bawang besar naik hampir 100 peratus manakala harga minyak masak (sawit tulen) kekal pada harga sama iaitu RM14.70 bagi botol 5kg.

Di
JOHOR BAHRU, beberapa kedai sekitar Tampoi dan Larkin menjual bawang merah dari India pada harga RM7.50 sekilogram, manakala bawang besar dari China pada harga RM5 sekilogram.

Di
KUALA TERENGGANU, Pengurus Besar Mydin, Malek Mahibob, berkata bekalan minyak masak kritikal sejak dua minggu lalu, manakala harga bawang merah meningkat kepada RM5.99 sekilogram berbanding RM3.59 sebelum ini dengan bawang besar dijual RM4.39 sekilogram.

Di
SEREMBAN, beberapa kedai runcit dan pasar raya kekurangan minyak masak dan bawang dijual pada harga RM10 sekilogram.

Di
MELAKA, selain bawang besar dijual antara RM6 hingga RM6.50 sekilogram dan dijangka terus meningkat, harga beberapa barangan lain seperti kicap dan cuka turut naik 20 sen, tetapi harga minyak masak kekal

Di
KUANTAN, masalah bekalan minyak masak semakin reda apabila menerima bekalan pada purata lebih 100 tan sehari sejak seminggu lalu, namun tinjauan mendapati masih ada premis perniagaan tiada langsung bekalan bahan itu, manakala harga bawang merah pula naik antara enam hingga 30 peratus.

Di
KUCHING, bekalan minyak masak bersubsidi di Sarawak dibimbangi memasuki tahap kritikal berikutan masalah bekalan yang gagal diterima pekedai, manakala bawang kecil naik sehingga RM13 sekilogram.

Di
KOTA BHARU, tinjauan di sebuah pasar raya besar mendapati bekalan minyak masak berpaket hampir kehabisan.

Artikel berkaitan:
- Gambar berbicara: Harga Minyak masak bakal naik 40 sen sekilogram?
- BERITA BAIK 2011: Harga sayur naik sehingga 125%..restoran mamak umum naik harga seluruh negara!

Keluar BN: Bekas ahli Umno bahagian Tenom sertai Parti Keadilan Rakyat Sabah

Posted: 10 Jan 2011 02:16 AM PST



UMNO/BN SEMAKIN DITOLAK DI PEDALAMAN

BERTEMPAT di Kg Sinalaung, Tomani, Ketua Cabang PKR Halik Zaman telah menerima penyertaan beramai-ramai ahli UMNO Bahagian Tenom. Sambutan yang begitu menggalakkan dapat menggambarkan bahawa hatta rakyat pedalaman pun menolak sama sekali UMNO/BN sebagai wadah politik mereka.

Ternyata segala fitnah, cemuhan dan tohmahan kepada kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat tidak 'mengena' di hati rakyat pedalaman kerana rakyat kini lebih bijak menilai baik dan buruk, betul atau fitnah.

Berucap di perjumpaan khas di kubu UMNO Kampung Sinalaung, Halik mengucapkan syabas dan penghargaan kepada penduduk kampung yang hadir beramai-ramai untuk menyertai PKR.

Menurut Ketua Cabang itu lagi, "Ini adalah merupakan suatu perkembangan positif di atas kesedaran rakyat yang selama ini tidak pernah menerima penerangan yang sejelas jelasnya tentang halatuju parti PKR."

"Selama 48 tahun Sabah sudah merdeka, namun rakyat di pedalaman Sabah masih dibelenggu kepompong ganas kemiskinan. Kian hari kos hidup rakyat melambung tinggi dan pendapatan rakyat ala kadar. Cukup untuk hidup pagi dan petang terpaksa menanggung cara hidup miskin, papakedana sedangkan negeri kita dikenali sebagai sebuah Negeri yang kaya dengan hasil minyak," jelas Halik.

Menurut beliau lagi, segala hasil bumi di pedalaman kini sedang dinikmati sepenuhnya oleh perakus-perakus yang mendabik dada menggelar diri mereka sebagai pemimpin rakyat.

Padahal kata Halik, kerja mereka saban hari hanya merompak dengan penuh riak dan berdansa di atas dada rakyat yang luka parah di landa kemiskinan hidup. Sikap ketidak-pedulian pemimpin BN terhadap rakyat pedalaman benar-benar mendukacitakan rakyat.

"Maka kerana itulah, rakyat kini bertekad untuk beralih arah kepada PKR dan Pakatan Rakyat kini telah bertekad untuk mendambakan nasib mereka kepada kepimpinan PKR dan PR. Inilah peluang rakyat yang terakhir untuk merubah Kerajaan UMNO/BN kepada Kerajaan Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti, jika rakyat benar-benar mahu merubah nasib masa depan mereka," tambah Halik lagi.

Mengakhiri ucapan beliau, Ketua Cabang PKR itu mengalu-alukan lebih ramai lagi penyertaan ahli-ahli UMNO/BN dalam PKR dan beliau berjanji PKR tidak akan sama sekali mengulangi kesilapan yang dibuat oleh para pemimpin UMNO/BN. Para pemimpin PKR akan membuat contoh yang berkualiti dalam memimpin Negara dan rakyat Malaysia. - Sabahkini.net

BN = Barang Naik: Gambar sekitar Kempen PROTES 'kenaikan harga barang' wanita PKR Shah Alam

Posted: 10 Jan 2011 01:13 AM PST



Program: Kempen PROTES kenaikan harga barang
Lokasi: Bazaarena, Tapak pasar tani Staidum Melawati, Shah Alam
Anjuran: Wanita Keadilan Shah Alam dan PKOM (Skuad Komunikasi Selangor)
Antara yang hadir: YB Aniza Talha, YB Rodziah Ismail, YB Gan Pei Nei dan Timbalan Pengarah PKOM, En. Khairul Anuar Othman


p/s: Tahniah diucapkan kpd Wanita Keadilan, khususnya pada kaum2 ibu yang cakna permasalahan rakyat, yang pastinya turut terasa dengan kenaikan mendadak harga2 barangan..pada wanita/muslimat PAS, PKR dan DAP di kawasan lain, harap dpt mencontohi laangkah Wanita PKR Shah Alam..