Isnin, 19 Disember 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KAJIAN DARI UM - HANYA 18 PERATUS PERCAYA VIDEO SEKS TAJAAN `DATUK T'

Posted: 19 Dec 2011 06:00 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMENJAK isu video seks yang dibawa oleh `Datuk T' dikumandangkan melalui seluruh media elektronik dan media cetak di bawah kawalan Umno/Bn, ramai di kalangan pemimpin Umno beranggapan bahawa kali ini nasib DS Anwar pasti berkubur di arena politik.  Masakan tidak, kali ini rakyat dihidangkan dengan `gambar' yang bergerak berupa paras dengan Ketua Pembangkang tersebut di dalam sebuah `hotel', ada yang mendakwa kondomunium bersama dengan seorang `pelacur Cina' ada yang kata `pelajar Cina' di dalam keadaan mengaibkan sekali. 

Rupa-rupanya sangkaan mereka meleset samasekali.  Sokongan terhadap DS Anwar tidak berkurangan malahan bertambah kuat pula kebencian rakyat terhadap rejim Umno.  Mereka lupa zaman sekarang bukan seperti zaman baru lepas merdeka yang kebanyakan rakyat mengikut dan mempercayai apa jua yang keluar di dalam media.  Sekarang zaman rakyat sudah boleh mengkaji dan berfikir.  Sebab itulah, tidak sampai 24 jam video seks `Datu T' disiarkan di dalam blog pro Umno dan media, blog-blog pro PR sepantas kilat membuat kajian dan menjawab dengan fakta fitnah video seks tersebut. 


Apatah lagi, keterangan lintang pukang oleh `Pengarah' video itu sendiri menjadikan skrip fitnah yang dirancang begitu mudah ditangkis.  Keterangan awal Datuk Eskay yang mendakwa dia hanya menyedari ada kamera tersembunyi sewaktu beliau masuk ke bilik kononnya untuk mengambil jam DS Anwar yang dikatakan tertinggal, bercanggah samasekali dengan keterangan kemudiannya bahawa beliau mengaku beliau adalah dalang yang terlibat di dalam rakaman video tersebut.

Percubaan mereka untuk memancing beberapa Ahli Parlimen serta tokoh-tokoh Pembangkang menyaksikan video berkenaan agar mereka berpaling dari menyokong DS Anwar ternyata gagal.  Sebaliknya, mereka diserang hebat oleh YB Johari Abdul dan Sdr Chegu Bard (Badrul Hisham Shahrin) yang mereka panggil untuk menonton video berkenaan.  Percanggahan tempat berlakunya perbuatan jijik dan personaliti wanita Cina tersebut di antara Datuk Eskay dan pihak Polis sudah cukup menggambarkan `drama' tajaan Datuk T ini gagal mencapai objektif mereka.

Terbaru satu kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya, Universiti Malaya telah diadakan untuk meninjau sejauh mana kepercayaan rakyat terhadap isu video seks yang kononnya melibatkan DS Anwar Ibrahim ini.  Malaysiakini melaporkan, hasil kajian tersebut hanya 18 % sahaja yang mempercayai video seks tersebut melibatkan DS Anwar Ibrahim.  Manakala, 36 % tidak pasti walaupun media berhempas pulas untuk meyakinkan mereka.  Kemungkinan, yang 36 % ini akan terus diracun oleh media agar mereka mempercayai fitnah tersebut.  Sejumlah 46% telah membuat keputusan tidak terpengaruih dengan fitnah jijik ini.

Bayangkan, jika video bergambar dan bergerak ini pun rakyat boleh membuat penilaian tersendiri dari segi fakta, apakah rakyat tidak mampu berfikir dengan kisah Liwat II yang mengisahkan jenaka pemuda yang tidak mencuci dubur dua hari itu?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: