Isnin, 5 Disember 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


INI BARU BETUL TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI

Posted: 05 Dec 2011 06:00 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

TUA kutuk tak sedar diri.  Itu saja yang boleh aku sebut kepada Mohd Kamal Saidin orang tua nyanyuk yang dipanggil ulamak oleh puak Umno ini. Memang dia nyanyuk kalau pun tidak sedar diri kerana jika beliau waras, mana mungkin tergamak beliau menghina Hukum Hudud di hadapan orang-orang bukan Islam?

Mohd Kamal Sadin baru-baru ini dilaporkan mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan Negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.  Beliau yang bercakap pada forum berjudul 'Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia' di Ibu Pejabat MCA di Kuala Lumpur, berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.  
 
Menyalak sambil menghina hukum Islam di depan orang-orang bukan Islam....
 
Sebenarnya apa yang dipersoalkan oleh orang tua kutuk ini tentang enakmen tersebut sama seperti yang dipersoalkan oleh Zul Kulim `lembu' di dalam Parlimen sebelum ini yang mendakwa hukum tersebut `memboleh'kan suami meliwat isteri. Persoalan tersebut telah dijawab di dalam Parlimen malahan telah diperjelaskan dengan nas dan dalil oleh Dewan Ulamak PAS melalui media.  Lebih jelas lagi, telah bertahun enakmen tersebut diluluskan, sehingga kini Jabatan Agama Islam mahu pun Majlis Fatwa tidak pernah mempertikaikan enakmen berkenaan.  Masakan hukum yang `sesat' di dalam enakmen Syariah boleh dibenarkan berkuatkuasa tanpa tindakan oleh Jabatan Agama Islam?

Oleh yang demikian, mengapa bengap sangat orang tua ini untuk memahami enakmen tersebut?  Atau, sememangnya beliau dilahirkan untuk menyesatkan orang lain kalau pun tidak untuk menunjukkan betapa bebalnya Ulamak di dalam Umno memahami Hukum Hudud?  Baru-baru ini, aku sendiri tengok si tua jahil ini bercakap di pentas PWTC dengan memetik beberapa ayat Al-Quran yang bacaannya pun tunggang-langgang semata-mata untuk menghentam PAS.  PAS dikatakan parti ajaran sesat, tetapi si tua nyanyuk ini lupa bahawa parti anutan beliau itu telah beberapa kali `menyembah' kaki PAS untuk bersatu.  Jika benar PAS itu sesat, apa kejadahnya yang Umno mahu bersatu dengan PAS?  Bukankah lebih baik Umno terus bersatu dengan APCO yang `tidak sesat' itu?
 
Mahu marah pun ada, tetapi simpati pun ada pada orang tua seekor ini.  Di dalam keadaan nyawa di hujung tanduk, gigi pun semakin jarang dengan rambut sudah memutih tetapi masih bersemangat untuk memburukkan hukum Islam di hadapan orang-orang bukan Islam.  Jadi, pelik apanya jika Chua Soi Lek pemimpin MCA kaki zina itu sekarang berani menghina hukum Hudud.  Elok benarlah Chua Soi Lek melantik Mohd Kamal Saidin ini menjadi Tok Guru dia./wfauzdin.blogspot.com

CITA-CITA PAPAGOMO UNTUK DISAMAN TERCAPAI HARI INI

Posted: 05 Dec 2011 12:34 PM PST



Dari SharpShooter
Sebaran Media



Satu laporan polis akan dibuat pada, 6hb Disember 2011, pada pukul 2 petang di Balai Polis Jalan Travers  ke atas laman sesawang www.papagomo.com yang dimiliki oleh Wan Muhammad Azri bin Wan Deris, pemegang kad pengenalan bernombor 830121-03-5019.

Wan Muhammad Azri bin Wan Deris dalam laman web beliau www.papagomo.com telah melakukan fitnah terhadap diri saya pada artikel beliau berjudul "AMIN ISKANDAR PENULIS THE MALAYSIAN INSIDER AKUI DICABUL ANWAR IBRAHIM" pada capaian :
http://www.papagomo.com/2011/11/amin-iskandar-penulis-malaysian-insider.html Tulisan ini dilakukan pada tarikh tertera di laman web tersebut : 26hb November 2011.

Fitnah tulisan Wan Muhamamad Azri atau Papagomo ini dipercayai dilakukan atas niat beliau mempertahankan Datuk Razali Ibrahim daripada penulisan dan kritikan saya terhadap Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada tulisan saya bertarikh 25hb November 2011 di capaian:
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/razali-ibrahim-janganlah-bersikap-seperti-anak-kecil/

Tindakan membela Datuk Razali Ibrahim dengan cara membuat fitnah terhadap diri saya adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya dilakukan dengan berhujah secara matang.

Sebagai seorang penulis dan blogger yang menyokong kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan, laporan polis ini dilakukan bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan penulis blog untuk menulis, akan tetapi untuk mengekang budaya fitnah daripada terus menjadi amalan sesetengah pihak.

Semua media, penulis blog dan rakyat Malaysia dijemput hadir.
Sekian dimaklumkan,

Amin Iskandar
Blog:
www.aminiskandar.net

Tiada ulasan: