WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Mampukah Suapan RM2.71B Untuk Umno-BN Tawan Selangor
- Surat terbuka kepada Pengarah JAS Pahang
- Lebih 500 Sertai pertandingan Blog Kreatif
- Chin Tong: Jangan tersilap pilih medan perang
| Mampukah Suapan RM2.71B Untuk Umno-BN Tawan Selangor Posted: 30 Dec 2011 11:50 PM PST ![]() Sehari selepas itu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pula, Datuk Seri Noh Omar mengeluarkan kenyataan bahawa peruntukan Kerajaan Pusat untuk membangunkan Selangor lebih besar dari kerajaan negeri. Menurut Noh lagi, di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), sebanyak RM2.62 bilion disalurkan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan 628 projek di Selangor, dan sebanyak RM83.81 juta lagi disalurkan menerusi pelbagai agensi dan kementerian. Manakala peruntukan RM2.71 bilion yang di terima Umno/BN kali ini adalah amat besar jika dibandingkan peruntukan untuk lima tahun bagi RMK-10 tersebut. Kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan belanjawan 2012 baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM1.9 bilion wang kerajaan negeri untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunannya. Susulan itu, Khalid menegaskan Najib dan Noh tidak perlu mendabik dada kononnya menyalurkan peruntukan yang besar untuk projek pembangunan di Selangor. Sementara itu, wang tersebut juga di ambil dari belanjawan defisit negara dan bukannya dari perolehan sumber belanjawan berimbang. Ini meletakkan peruntukan tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat seluruh negara. Menurut Khalid, penyaluran wang tersebut cuba 'dihalalkan' di atas nama pembangunan negeri Selangor sedangkan hakikatnya wang tersebut untuk disalur kepada pemimpin-pemimpin Umno/BN melalui ganjaran dengan membuat projek-projek 'mee segera'. Projek-projek mee segera ini berupa projek-projek ringan seperti membina longkang, bilik gerakan pilihan raya dan sebagainya yang harganya berlipat kali ganda kerana selebihnya akan masuk ke saku pemimpin-pemimpin Umno bahagian serta kroni mereka. Baru-baru ini ketika mengadakan kempen keindahan kediaman dan mengecat rumah pangsa di Gombak, Khalid hanya menggunakan peruntukan RM400,000 untuk menjayakan program tersebut. Selang beberapa hari setelah pengumuman Najib, Umno Gombak pula mengumumkan peruntukan RM1.1 juta untuk tujuan yang sama. Bandingkanlah bagaimana 'pintarnya' pemimpin-pemimpin Umno mengurus tadbir wang dari dana rakyat tersebut. Ujar Khalid lagi, wang tersebut seharusnya di salur kepada kerajaan negeri sebagai pemerintah yang sah bagi membolehkan wang tersebut diurus secara berhemah dan terancang. "Ini adalah duit pembayar cukai dan bukan duit parti Barisan Nasional, wang RM2.71 bilion itu adalah pembangunan seluruh rakyat di Selangor dan bukan untuk kepentingan segelintir pemimpin-pemimpin Umno/BN," kata Khalid.
Perlantikan beliau tersebut memperjelaskan lagi bahawa Umno Selangor benar-benar ketiadaan calon berwibawa. Mungkin Najib sendiri tidak yakin dengan kemampuan Umno Selangor untuk merampas kembali negeri Jugra tersebut dari PR. Najib mempunyai alasan kukuh untuk mengetuai Umno Selangor. Sebagai menteri kewangan, beliau telah merasakan betapa perbendaharaan wang negara sedang berada dalam keadaan nazak. Manakala Selangor adalah negeri yang kaya. Lantaran itulah Najib mengeluarkan kenyataan bahawa beliau dan Umno akan bertindak merampas kembali Selangor walau dengan apa cara sekali pun. Najib mempunyai pengalaman merampas Perak pada 2009 ketika berlaku krisis perlembagaan di negeri bekas pengeluar bijih timah dunia itu. Najib juga di lantik menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Perak ketika usaha merampas Perak dari tangan PR. Tujuan Najib berada di posisi tersebut semata-mata bagi membolehkan wang yang diperuntukkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) di keluarkan untuk membeli mana-mana pemimpin PR yang ingin melompat parti. Dalam kehidupan peribadi beliau pun, tidak perlulah dipanjangkan susulannya kerana Najib lebih maklum bagaimana beliau membentuk keluarga yang dimilikinya sekarang.
Dari projek klas A hingga kepada tender cuci longkang dan potong rumput, semua disapu oleh kroni-kroni ketua bahagian dan mereka yang rapat dengan pemimpin. Maka tidak hairanlah kebanyakkan ketua-ketua bahagian Umno mempunyai rumah banglo bagaikan istana hinggap. Apabila Selangor jatuh kepada PR, semua punca pendapatan ketua-ketua bahagian tersebut hilang. Dasar tender terbuka Khalid bagaikan menutup segala periuk nasi mereka. Disebabkan selama ini Umno menjadikan wang sebagai kuasa untuk mendapatkan sokongan maka budaya tersebut telah memakan diri apabila sumber kewangan mereka terputus. Kemelut ini tidak pernah di alami oleh Umno/BN kerana sebelum PRU 2008 lalu hanya Kelantan dikuasai pembangkang. Sebagai jalan pintas, Najib teleh memberikan peruntukan yang sebegitu besar dibawah JPM yang dikepalai beliau. Berdasarkan akta parlimen, peruntukan wang tersebut tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk pihak polis, mahkamah, Jabatan Audit Negera, SPRM atau pembangkang. Peruntukan tersebut merupakan dana eksklusif kepada perdana menteri. Melalui peruntukan tersebut wang akan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang kemudiannya akan diagih kepada Pejabat-Pejabat Daerah dan Ketua-Ketua Umno Bahagian.
Pada 7 Oktober lalu pula Najib baru sahaja membentangkan belanjawan 2012 bernilai RM232.8 bilion dengan RM181.58 bilion (78 peratus) perbelanjaan mengurus dan RM51.25 bilion ( 22 peratus) untuk perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus yang sebegitu tinggi membuktikan fokas kerajaan pimpinan Najib pada 2012 bukan lagi kepada pembangunan negara tetapi usaha untuk menyelamatkan Umno/BN dalam menghadapi PRU 13 nanti. Manakala perbelanjaan pembangunan pula bertujuan akan di beri fokus kepada projek-projek kroni yang akan membantu BN menghadapi pilihan raya nanti. Inilah amalan yang diamalkan oleh BN selama ini. Sementara itu, menurut Indeks Prestasi Rasuah (CPI) Malaysia meningkat dari tangga 56 kepada angka 60. Angka ini memperjelaskan bagaimana amalan rasuah semakin berkembang biak dalam kerajaan dan Umno. Didalam Umno sendiri, Isu politik wang ketika pemilihan dalam Perhimpunan Agung Umno telah menjadi darah daging yang tidak mampu diselesai hingga saat ini. Lantaran itulah juga Najib tidak sanggup untuk di adakan pemilihan dalam Umno hampir tiga tahun disebabkan takut berlaku perpecahan dan sogokan wang yang akan dijadikan modal PR dalam PRU-13 nanti.
Begitu juga dengan kes Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar sebagimana didedahkan oleh Laporan Ketua Audit negara berhubung kehilangan Ekoran itu petani dan pesawah di Selangor mengadakan tunjuk perasaan berhubung kehilangan dana yang di peruntukkan untuk subsidi peningkatan hasil petani di seluruh negara itu. Sehubungan itu, Najib sekali lagi meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM117 juta lagi untuk Noh membayar kepada para pesawah selepas seminggu demontrasi tersebut berlangsung. Persoalannya ke mana wang rakyat yang lesap dari kementerian Noh yang bernilai RM110 juta tersebut masih belum terjawab oleh beliau.
Ketika Sidang Dewan DUN Selangor November lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan bagaimana syarikat milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman menjual tanah di Cyberjaya yang berstatus milik orang Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera.
Menurut Khalid, pendedahan terperinci berhubung kes pecah amanah melibatkan Satim akan didedahkan tidak lama lagi.
Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 25 Disember lalu bahawa "siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah", membenarkan lagi bahawa rasuah dan sogokan melibatkan hampir kesemua pemimpin Umno di semua peringkat adalah suatu amalan yang telah lama berlaku. Sokongan Rakyat
Katanya, dari bancian tersebut PR memerlukan lebih dari 809,000 undi untuk memperoleh dua pertiga kerusi Dun bagi menguasai kerajaan negeri. Manakala perolehan setakat November lalu mendapati sokongan rakyat terhadap PR melebihi 815,000 pengundi. Berdasarkan pengalaman beberapa siri PRU lalu dan tindakan saat akhir yang dilakukan Umno/BN dalam pelbagai bentuk sogokan dan ugutan untuk meraih sokongan, PR memerlukan sekurang-kurang 15 peratus tambahan (lebih 100,000 undi) dari jumlah undi yang diperlukan bagi berada dalam keadaan selesa. Pelbagai isu penyelewengan wang rakyat dan amalan rasuah dan sogokan politik seperti isu NFC dan rasuah membabitkan bekas Menteri Besar Selangor memberi impak yang besar terhadap penolakan rakyat terhadap Umno/BN. Apatah lagi bagi pengundi di Selangor yang kebanyakkannya terdiri dari pengundi bandar dan separa bandar yang celik maklumat dan berpendidikan. Bagi Najib dan Noh, sekiranya Selangor tidak dikembalikan pada Umno/BN semula dalam PRU akan datang bermakna Kerajaan Pusat sekarang akan kekal sebagai pembangkang. Tanpa wang, rasuah dan sogokan telah lama Umno/BN berkubur. Ini disebabkan jentera BN hanya akan berfungsi apabila ada wang dan rasuah. Apabila pusat jatuh ke tangan PR bererti BN akan ketiadaan sumber kewangannya. Dengan yuran tahunan keahlian Umno sebanyak RM2.00 setahun serta keahlian Umno berjumlah lebih kurang tiga juta apakah dengan RM6 juta tersebut mampu bagi parti tersebut beroperasi sebagimana sekarang. Semua rakyat mungkin merasa hairan bagaimana kerajaan menggunakan wang berjuta ringgit untuk kepentingan Umno/BN di seluruh negara sebagaimana peruntukan RM2.71 bilion yang diberikan kepada Umno/BN Selangor. Segala kehairanan ini setentunya akan terjawab apabila rakyat membuat keputusan meletakkan PR menerajui Putrajaya nanti.
|
| Surat terbuka kepada Pengarah JAS Pahang Posted: 30 Dec 2011 11:49 PM PST
Tuan Pengarah, |
| Lebih 500 Sertai pertandingan Blog Kreatif Posted: 30 Dec 2011 11:46 PM PST Bagi pelajar Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Arivalagan a/l Raja Manickam, 21, yang ditemui berkata, kandungan blog yang dibuat lebih menumpukan kepada pembangunan Selangor dari segi pelancongan dan sebagainya. Beliau yang menjuarai kategori pelajar institusi pengajian tinggi dengan capaian web Selangorku11.blogspot.com melihat Selangor sebagai negeri yang membangun dan bakal lebih maju pada masa akan datang. "Bagi saya, saya mendapat banyak pengalaman mencari informasi berkaitan Selangor. Saya bukan orang Selangor, tapi dengan pertandingan ini saya boleh lihat apa yang dilakukan di Selangor. Ini cara terbaik untuk mengenali Selangor," katanya. Penyertaan saat akhir pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Ikhtiaruddn Md Yasim, 23, tidak menjadi halangan untuk beliau mengungguli kategori Umum dengan Secara peribadi beliau melihat Selangor berada dalam keadaan baik ditambah dengan sikap prihatin kerajaan negeri yang mengutamakan kebajikan rakyat "Saya menyertai pertandingan ini dua hari sebelum tarikh tutup. Saya bukan orang Selangor tapi sedikit sebanyak saya mengetahui mengenai Selangor seperti pelancongan Selangor, sejarah, kerajaan negeri dan sebagainya. "Dari segi kandungan blog, saya meletakkan sejarah Selangor, segala program yang berkaitan rakyat yang dibuat di Selangor," katanya. "Saya tinggal di Selangor sejak tahun 2006 dan banyak perbezaan yang saya lihat. Misalnya dari segi bil air memang saya tidak bayar. Dari segi kebajikan, Alhamdulillah kebajikan rakyat agak terjamin," katanya. Dengan tema 'Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan', pertandingan ini turut melibatkan kerjasama penuh Fakulti Industri Teknologi Maklumat, Universiti Industri Selangor (Unisel) mendapat penyertaan ramai peserta namun jumlah peserta terpaksa ditapis untuk 500 orang peserta sahaja.
Sementara itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata pertandingan ini bakal diteruskan pada tahun hadapan memandangkan sambutan menggalakan yang diterima. Beliau mengakui, golongan muda merupakan penggerak utama dalam pembangunan teknologi masa kini memandangkan lebih ramai berminat kepada maklumat segera dan pantas. "Selangor agak unik ditambah sebagai nadi malaysia. Penduduk yang tinggal di sini rata-rata dari dalam dan luar Selangor. Banyak IPT di Selangor sebab sudah menjadi hub ilmu. Saya tidak hairan kalau orang lain lebih berminat," katanya. |
| Chin Tong: Jangan tersilap pilih medan perang Posted: 30 Dec 2011 11:45 PM PST Chin Tong: Jangan tersilap pilih medan perang
Politik tanpa percaturan strategi yang bijak bisa membinasakan, apatah lagi seandainya terikut-ikut diheret rentak musuh, secara sedar atau tidak. Sesungguhnya, idealisme sering menemui batasnya dalam struktur politik yang mencengkam ini, namun mangsa sistem ini semestinya bukan pembangkang sahaja. Dari satu segi, pemerintah memerangkap sendiri dalam pelusuk sehingga gagal terkeluar untuk menerokai dunia baru seiring dengan arus perubahan. |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


RM110 juta dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani yang diterajui beliau.
Mengapakah Pengarah JAS perlu bersekongkol dengan JASA dalam taklimat tertutup? Bukankah juga tanggungjawab Pengarah JAS ialah memberitahu perkara yang benar kepada rakyat dan tidak diperalatkan sebagai alat politik oleh pihak pemerintah yang mahu memutar-belitkan fakta sebenar?
Pertandingan ini terdiri daripada tiga kategori iaitu pelajar sekolah menengah, pelajar institusi pengajian tinggi dan umum. Jumlah keluruhan hadiah berjumlah RM16, 300 dan hadiah iringan.
Dalam satu wawancara bersama
Liew Chin Tong berkata, UMNO-BN memilih untuk membesar-besarkan isu dalam kategori ketiga, yang mungkin mencetuskan keresahan sehingga menambat langkah "15%" Melayu ini daripada menyokong PR. Beliau mengakui bahawa selama ini UMNO-BN berkuasa untuk mendominasi ruang wacana, sehingga PR terheret dan terpaksa menjawab setiap serangan yang dilontarkan. Situasai hanya diterbalikkan apabila muncul isu BERSIH 2.0, yang memberi tekanan kepada UMNO-BN.
"Di Semenanjung (Malaysia), tiada lagi kampung yang tulen," katanya, sambil mendefinasikan "kampung" sebagai kawasan yang jauh dari bandar, jauh dari sistem kapitalisme yang berdagang dengan wang tunai. Komuniti yang mampu membela binatang ternakan, berkebun untuk memenuhi keperluan makanan diri sebegini hampir lenyap di Semenanjung Malaysia, katanya.
"Anda sebenarnya mencelarukan langkah percaturan musuh anda, apabila menyerang dan mengusik musuh anda di medan lawan. Pada masa yang sama, kubu anda selamat," ulas Chin Tong.
Bagaimanapun, Chin Tong mengakui bahawa sama ada UMNO dan PR gagal terkeluar dari wacana yang lama, dengan mengandaikan "kampung sebegini" dan "bandar sebegitu". Beliau mendakwa PR masih belum mengenalpasti gelanggang baru, dan menerokainya. Malah, beliau mengingatkan bahawa mustahil UMNO kalah sehingga sifar kerusinya dalam PRU yang akan datang. Bertitik tolak dari situ, Chin Tong melontarkan soalan, di mana PR harus meletak sumbernya?
Chin Tong berkata, UMNO yang terkurung di medan Melayu gagal keluar menerokai ruang yang baru, yang lama-kelamaan akan tersingkir dengan sendirinya. Memainkan isu Melayu pada hakikatnya mengasingkan UMNO-BN dari sokongan bukan Melayu, sementara strategi ini gagal menarik sokongan Melayu di bandar yang berdepan dengan masalah yang puncanya berasal dari pendemokrasian politik dan ekonomi. Mengapa UMNO terperangkap dengan jerat diri? Kerana tidak memahami secara mendalam perubahan masyarakat, demografi dan pengaliran manusia yang berlaku sekarang, ulasnya.
Beliau mengakui, agak susah untuk menggembleng sokongan massa dengan "perjuangan berlandaskan nilai", berbanding memainkan sentimen perkauman dan agama di kalangan masyarakat Melayu. Nilai demokrasi dan kebebasan mungkin sukar dibincangkan, namun Chin Tong menganggap nilai "keadilan" boleh diterima di kalangan masyarakat Melayu secara keseluruhannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan