WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Sumpah Liwat - Renungan
- Tahun 2012: Tercapaikah impian orang tua?
- Pakatan Mahu Kerajaan Tangguh SBPA
- Isu Hasan Ali Selesai Secara Harmoni
- ANAK : Minta SKM Perjelas Status Isa Samad
- MENGADAP YGP AGONG JIKA USAHA MENGHALANG PENYENARAIAN FELDA GAGAL.
Posted: 28 Dec 2011 07:31 AM PST | |||||||||||||||||||||||||||||||
Tahun 2012: Tercapaikah impian orang tua? Posted: 28 Dec 2011 06:28 AM PST Tahun 2012: Tercapaikah impian orang tua?
Dalam awal usia 40-an, sepupu isteriku meninggal dunia secara tiba-tiba, meninggalkan isteri dan empat orang anak. Tidak sempat melangkau masuk ke tahun 2012, beberapa orang ahli politik juga meninggal dunia dan tidak berpeluang menyaksikan perubahan besar yang mungkin mengambil tempat apabila Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) diadakan nanti.
Jadual 1: Perbandingan harga pemerolehan kerajaan dengan harga pasaran Senarai skandal dan pemborosan yang kononnya tidak mengandungi elemen korup cukup panjang. Sama ada media melaporkannya atau tidak, kesannya terhadap pembangunan Negara cukup besar. Kerana itu, saya juga memilih wang rakyat dilembukan di samping demonstran yang juga menjadi pilihan media antarabangsa bagi melambangkan peristiwa penting tahun 2011.
Jadual 2: Perbandingan KDNK Malaysia dengan DEEs *Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview. | |||||||||||||||||||||||||||||||
Pakatan Mahu Kerajaan Tangguh SBPA Posted: 28 Dec 2011 05:28 AM PST SHAH ALAM, 29 DIS: Pakatan Rakyat mendesak agar kerajaan menagguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan memulangkan semula hak asasi semua penjawat awam di negara ini.
"Salah satu bukti sektor ini dihormati dan dihargai adalah dengan memelihara maruah para penjawat melalui pendekatan musyawarah di mana, sebagai 'stakeholder', pandangan dan pendapat mereka diutamakan serta diambil kira secara tulus. "Lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkara paling asas lagi penting, iaitu Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bukan sahaja dari aspek perundangan malah dari sudut Islam sebagai 'aqad' pekerjaan tidak boleh diperkecilkan sehingga kelihatan seperti diperlekehkan," katanya Mengulas lanjut katanya, penyisihan, pengkelasan dan 'penswastaan' peranan sektor awam mewujudkan perbezaan di antara dua atau lebih tepat empat darjat. "Darjat pertama sanggup mengorbankan segala etika dan peraturan pentadbiran dengan alasan 'saya yang menurut perintah' untuk memenuhi kemahuan ahli politik yang lazimnya merugikan rakyat. "Darjat kedua mendapat kontrak kerja mewah untuk hanya menjadi orang tengah dan mandur melakukan kerja yang mampu dilakukan setaraf malah lebih baik oleh professional penjawat awam seperti yang disaksikan dalam Pemandu," katanya. Jelas beliau lagi, darjat ketiga pula seperti dalam JUSA mendapat kelebihan yang melebihi penjawat awam lain dan darjat keempat adalah majoriti berjiwa rakyat yang melakukan kebanyakan tugas dalam diam tetapi diurus dan dimandurkan oleh ketiga-tiga darajat atasan tadi. Beliau mencadangkan agar pihak yang terlibat memulakan perbincangan ikhlas dan menyeluruh untuk merangka SBPA secara adil dan saksama, tanpa campurtangan pihak-pihak yang berkepentingan serta mereformasikan amalan mendarajatkan penjawat awam | |||||||||||||||||||||||||||||||
Isu Hasan Ali Selesai Secara Harmoni Posted: 28 Dec 2011 05:26 AM PST BACHOK, 28 Dis: Isu kontraversi yang melanda PAS melibatkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali dianggap telah selesai dalam keakraban silaturrahim dan harmoni. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini. "Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini dan juga berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini. "Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini. Kemelut isu tersebut mula berada pada tahap kritikal apabila Dr Hassan membuat ulasan menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal untuk menubuhkan sebuah negara Islam pada 20 Disember lalu. Tindakan itu bagaimanapun disanggah beberapa kepimpinan tertinggi parti termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan dakwaan itu tidak berasas. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan 'Negara Berkebajikan' diputuskan semasa Muktamar tahunan PAS dan disahkan oleh Majlis Syura Ulama. Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu bagaimana pun menarik balik kenyataannya sebelum ini yang mengatakan bahawa konsep 'Negara Berkebajikan' itu adalah tersasar daripada matlamat perjuangan parti. "Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya. "Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz yang dipetik dari Harakah Daily. Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini. Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu. Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din. Dalam perkembangan yang sama, Nik Aziz yakin hikmah disebalik kemelut ini menjadikan jurang perbezaan pendapat dalam parti semakin ditutup rapat dan tidak mungkin untuk Umno menyerang PAS dengan taktik yang sama. | |||||||||||||||||||||||||||||||
ANAK : Minta SKM Perjelas Status Isa Samad Posted: 28 Dec 2011 05:19 AM PST KUALA LUMPUR, 28 DIS : Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) hari ini mengesa Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memberi penjelasan berhubung status sebenar Tan Sri Isa Samad yang didakwa dilantik sebagai Pengerusi koperasi Permodalan Felda Berhad (KPFB). Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman berkata aduan yang diserahkan hari ini ekoran penjelasan SKM bercanggah dengan satu surat perdana menteri bertarikh 15 Ogos yang menyatakan bahawa Isa merupakan pengerusi KPFB. Sedangkan, jawapan yang diberikan SKM dalam satu surat bertarikh 10 November lalu menunjukkan Isa belum disahkan sebagai pengerusi KPFB, kata Mazlan. Lebih malang lagi, surat SKM itu juga tidak menyebut mengenai status keahlian bekas menteri besar Negeri Sembilan itu sebagai ahli KPFB. "Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Suruhanjaya mendapati bahawa sehingga kini, Tan Sri Isa Samad masih lagi belum dilantik sebagai Pengerusi KPFB. "Kita minta satu pendirian daripada SKM sama ada Isa benar-benar ahli koperasi Felda," katanya "Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Suruhanjaya mendapati bahawa sehingga kini, Tan Sri Isa Samad masih lagi belum dilantik sebagai Pengerusi KPFB," Mazlan berkata demikian kepada pemberita sejurus selepas menghantar aduan berkenaan di pejabat SKM, Kuala Lumpur. Merujuk Undang-undang Kecil KPFB dengan jelas menyatakan hanya peneroka, keluarga peneroka, kakitangan Felda (Kumpulan) Tetap dan Koperasi Gabungan sahaja layak memegang jawatan Pengerusi. Mengulas lanjut, Mazlan Aliman berkata pelantikan ini juga menimbulkan rasa tidak senang hati dikalangan Peneroka dengan penjelasan SKM sebelum ini, berhubung pelantikan tersebut. Tambahnya, penjelasan daripada SKM amat diperlukan kerana pelatikan Isa Samad ini berkait rapat dengan isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Sdn Bhd ke Bursa Malaysia. Sebelum ini, Anak mempersoalkan kewajaran kerajaan menyenaraikan FGVH di bursa saham tahun depan dengan mendakwa tindakan tersebut bakal menyaksikan agensi itu kehilangan pendapatannya daripada RM 2.3 billion setahun kepada hanya RM508 juta sahaja. Mazlan turut mendakwa usaha kerajaan itu juga menyebabkan tanah ladang kelapa sawit milik FELDA Plantation Sdn Bhd seluas 360,067 hektar bakal terkorban ekoran ia akan dipajakan kepada FGVH selama 99 tahun sekirannya rancangan itu terus dilaksanakan. | |||||||||||||||||||||||||||||||
MENGADAP YGP AGONG JIKA USAHA MENGHALANG PENYENARAIAN FELDA GAGAL. Posted: 28 Dec 2011 05:01 AM PST
Temerloh –Satu saman PEMULA yang difailkan di Mahkamah Tinggi Termerloh telah dilakukan oleh peneroka dan ahli yang berkepentingan dalam saham anak syarikat FELDA Holding agar usaha Tan Sri Isa Samad supaya diadakan satu mesyuarat agong luar biasa diadakan pada tanggal 5 Januari depan.Notis saman PEMULA ini yang difailkan oleh peguam Haris Ibrahim juga akan turut menghalang agar penuyenaraian ke Bursa Malaysia dihalang dan juga saman pemula iaitu berbeza iaitu seakan –akan usaha menuntut gantu rugi dan ini adalah satu cara yang ringkas dan cepat.Cara ini ialah agar kita meminta injunsi satu perintah mahkamah bahawa Koperasi Felda BHD atau KPF dilarang mengadakan mesyuarat agong pada 5 Januarui 2012 kerana mesyuarat ini dilihat sebagai usaha bagi menyenaraikan 10 anak syarikat felda kepada Felda Global Ventures BHD yang mana 3.13 billion harta Felda plantation akan hilang , yang mana ianya akan di pindah kan kepada anak syarikat kepada satu syarikat.
Menurut peguam Haris Ibrahim lagi saman pemula ini ialah agar satu perintah agar KPF dilarang mengadakan mesyarat Agong 2012 kerana melalui mesyuarat ini ialah agar dilupuskan harta Felda Holding dan 10 anak syarikatnya yang bernilai 3.13 billion dan dipindahkan kepada Felda Ventures Bhd.Selepas disenaraikan, mereka bercadang untuk melupuskan separuh ikuiti dalam KPF melalui proses penyenaraian dan saham ini akan dijual kepada orang ramai.Jika berlaku spekulasi dan manipulasi dan Felda Ventures akan menjadi syarikat utama, maka saham ini jika dibeli oleh pihak luar,maka hak warga Felda akan hilang, malah menurut beliau lagi, jika modal semasa membuka tanah dahulunya mengunakan wang Felda , iaitu wang atas titik peluh peneroka, tiba-tiba harta tersebut yang mebnilai keuntungan 2.2 billion setahun mahu disenaraikan dan diniagakan dan kemungkinanya pihak yang mempunyai banyak wang akan membeli dan memanupulasikanya
Selain itu juga saman pemula ini ialah agar membatalkan pemindahan saham ,iaitu menghentikan pemindahan ikuiti KPF kepada Felda Global Ventures , dan menghentikan penyenaraian Global Ventures di Bursa Saham.
Pengumuman Perdana Menteri lalu dalam budget 2012 pada tangal 7 oktober lalu dimana felda global venture akan menyenaraikan kepentingan felda dalam Bursa Malaysia dimana tanah Felda Platation seluas 360,000 hektar akan di senaraikan sebagai tanah untuk di perniagakan.Menurut Mazlan Aliman selaku pengerusi ANAK yang menentang penyenaraian ini, tindakan Isa Samad yang memangil notis mensyuarat Agong Luar biasa pada 5 Januari ini adalah kerana untuk mengesahkan bahawa isteri beliau yang akan di lantik sebagai pengerusi Koperasi Felda Bhd.Penentangan ini dilakukan oleh seluruh kakitangan Feldan,Peneroka Felda kerana bertentangan dengan kehendak warga felda sendiri.
Ekoran dari pada itu persatuan anak felda kebangsaan anak pada 12 hb yang lalu telah bertemu dangan menyerahkan bantahan di jalan semarak kepada Yusof Abdul Wahab, tetapi apabila kita menerima notis AGM yang akan dilakukan oleh KPF Bhd , nampaknya tindakan kerajaan semakin jauh dan dengan tindak tanduk yang tidak dihiraukan kepada 1.6 juta warga felda agar ianya dibatalkan maka pihak ANAK dan NGO lainya telah berusaha mendapatkan pembatalan dan atas pandangan semua pihak dan peguam, maka satu saman pemula telah dilakukan untuk menghalang KPF dari mengadakan mesyuarat agong luar biasa pada 5 januari akan datang.
Selain daripada itu , pada tangal 28hb ni , pihak kita juga akan menyerahkan satu laporan ke SPRM atas tindak tanduk yang dilakukan oleh Tan Sri Isa Samad dan tindakan lain yang dilakukan . Namun jika semua usaha ini gagal bagi menghalang tindakan kita tidak ada tujuan lain kecuali kita akan melakukan pendekatan seperti BERSIH , PPSMI ,dan ISA, malah kita akan menjemput semua rakyat selain 1.6 juta warga Felda bagi mendapatkan sokongan YDPA Agong agar Tuanku dapat memberikan nasihat kepada Perdana Menteri agar 90% instutiusi ini akan kekal di tangan orang Melayu dan di asaskan dengan segala kesusahan dan kepayahan warga Felda dan yang mempunyai nilai tanah terluas di dunia.
"Jangan jadi macam nasib peneroka Labu Johnson ,Sendayan,Felda Sg Buaya,dan juga lain-lain institusi bumiputera lainya seperti Bank Bumiputera,BERNAS,Amanah saham negeri yang semuanya lingkup dibawah tangan pimpinan Umno.Sudahlah duit peneroka digunakan bagi membangunkan tanah Felda Plantation seluas 360,000 hektar, yang membawa keuntungan 2.2 billion setahun, yang sepatutnya dipulangkan kepada peneroka atau anak-anak peneroka ,kini ianya bakal dimiliki oleh sesiapa sahaja yang mempunyai modal untuk mengaut keuntungan " Demikian jelas Sdr Mazlan Aliman lagi.
Menurut Mazlan lagi, Datuk Sabri Ahmad yang merupakan CEO Global Ventures BHD yang pernah memegang CEO Golden Hope Plantation yang juga mempunyai dalam skandal membaitkan kerugian120 juta ringit dalam saham syarikat tersebut.Bayangkan jika orang-orang ini menjadi tungak kepada penyenaraian Felda pLantation ini
sebelum 1990 tanah ini dijanjikan kepada peneroka dan apabila Mahathir kemudiannya telah mengubahnya dengan tidak mengambil peneroka baru,dan isunya ialah tanah seluas 360,000 hektar ini yang sepatutnya diberikan kepada peneroka , tiba-tiba ianya cuba disenaraikan walau sebelumnya telah mengunakan dana dari Felda.
Salah satu dalam janji BUku Jingga, ialah kita nak kembalikan semula kepada dsar awal iaitu kepada peneroka dan hasilnya kini adalah 2.1 billion setahun namun dengan penjanjian dengan Felda Global Ventures BHD setelah disenaraikan , perjanjian selama 99 tahun ini akan hanya membawa pulangan 231 juta setahun sahaja.
Malah kita telah menerima report anak syarikat Felda Global Ventures yang mempunyai prestasi yang sangat buruk iaitu di Amerika ,China,Arab Saudi, semuanya lingkup.Kita akan membuat pendedahan prestasi Felda Global Ventures ,jika dilihat kepada prestasinya kita percaya tidak akan ada sesiapa pun yang akan tertarik ,malah cukup teruk.Sebab itulah usaha pengambilan tanah ini dilakukan.
|
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan