Sabtu, 24 Disember 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Terlajak kata termakan umpan

Posted: 24 Dec 2011 08:34 PM PST

Sekarang telah kedengaran perbahasan mengenai tindak tanduk dua orang kuat Pas. Melihat kepada keadaan kini dibimbangi akan berlaku keputusan yang akan mengejutkan parti.

Saya memebimbangi dua tokoh ini telah melakukan perkara terlajak kata tidak boleh diundur lagi. Kata yang terpaksa ditunaikan walau dikira tersilap dan terlanjur. Perkiraan mereka dalam menerajui parti untuk membawa parti segandingan dengan Umno menjadi sukar.

Janji telah diberikan tapi tidak disangka ditolak oleh akar umbi. Peranan yang dimainkan mendapat tentangan dari penyokong parti. Mungkin sumbangan telah diambil dan digunakan namun pulangan masih tidak dapat. Kelihatan seolah akan timbul masalah perlaksanaan nanti.

Bagaimana untuk menjawab jika ini berlaku. Bagaimana untuk berundur kerana telah terlanjur. Diterus masalah diundur juga msalah.

Jika benarlah seperti saya jangkan ini, maka perti memang mempunyai masalah dalaman yang teuk. Perlu diselesaikan dengan segera. Mereka ini telah melakukan kesilapan dalam percaturan politik. tujuan asal yang murni tidak disangka menjadi keruh dan gagal. Kemana arah mereka ini nanti. Apa tindakan mereka.

Seperti dapat diramalkan jika cerita telah terbongkar lebih baik berundur. Sebelum orang buang baik kita letakkan diri kita tempat yang kita pilih sendiri.

Kita lihat nanti apakah dapat dibongkar tindakan mereka ini atau mungkin mereka ini tidak melakukan apa apa. Sama sama kita tunggu pembongkaran dibuat untuk melihat perkara sebenar. Jika salah tak lama salah itu sembunyi ia akan diketahui juga.

Harap jangan lama perkara ini berada dalam kancah politik kerana kita semakin hampir dengan pilihanraya. Banyak kesukaran yang akan timbul nanti jika tidak dibendung segera.

Akar umbi jangan dipandang rendah. Mereka tahu buat kerja mereka. Lihatlah hasilnya nanti.


--
Posted By almahdha to Almahdha at 12/15/2011 08:48:00 PM

PANGLIMA PELUDAH

Posted: 24 Dec 2011 08:33 PM PST

Panglima peludah




Kemarahan yang ditunjukkan tidak menunjukkan sifat sebagai seorang yang berpelajaran dan mempunyai pendidikan. Dia ni lebih kepada mengugut anak muda yang berani menurunkan bendera PM tidak siapa sangka anak muda yang berdemo itu berani dan tergerak hati menurunkan bendera PM.

Apa yang dilaungkan dalam sidang media itu sebenarnya tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana laungan itu bersifat ugutan kosong. Mereka ini mungkin diupah oleh orang tertentu untuk melihat bahawa rakyat marah dengan tindakan anak muda tadi.

Melihat kepada pengikut pengikut dia ni yang sama berada disidang media tidaklah berani sangat menunjukkan kegarangan seperti jurucakap. Mereka kelihatan hanya mengikut dan sebagai hiasan penyokong juucakap tadi.

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa sidang media itu hanya dibuat buat saja bukan bermaksud memerangi anak muda yang berdemo. Perkara ini akan diam selepas ini kerana tidak ada apa lagi hendak dilakukan. Mereka ini pun bukan berhajat meneruskan apa yang diucapkan hanya sekadar bertindak menjual nama.

Peluang bagi juru cakap dan pengikut menampilkan diri dalam berita dan menunjukkan bahawa mereka adalah diantara yang menjaga kehormatan PM.

Sayang sekali mereka menunjukkan sifat tidak matang dan gelojoh. Menambahkan kagi gambaran bahawa PM mempunyai penyokong tidak tinggi moralnya.



--
Posted By almahdha to Almahdha at 12/19/2011 01:37:00 PM

BERSOPAN DALAM MENULIS

Posted: 24 Dec 2011 08:30 PM PST



Saya tidak faham kenapa perlu mengeluarkan perkataan tidak sopan dalam tulisan bagi penulis blog. Kenapa budaya begini digunakan dalam masyarakat kita. Sepatutnya penulis blog lebih menghargai bahasa yang indah untuk memberitahu pembaca walau dalam nada kemarahan.

Banyak blog yang saya baca menggunakan perkataan buruk dan lucah bagi mencapai maksud perkaara hendak disampaikan. Dilihat kebanyakan tilisan mengambarkan penulis ini gila kepada seks. Setiap penulisan mereka tidak dapat ditinggalkan perkataan yang menggambarkan kerakusan dalam seks.

Dari tajuk lagi kita telah faham bahawa penulis ini memaki dan memarahi dengan menggunakan perkataan lucah. Walau itu menunjukkan penulis marah tapi susila dalam penulisan tidak menunjukan bahawa kita sebagai penulis yang menjaga kehormatan.

Sikap begini menunjukkan bahawa penulis seorang yang otak lucah. Banyak becakap pasal kelucahan dan mendorong terlibat dalam kelucahan. Sikap yang amat buruk.

Jangan mengajar pembaca menerima kemarahan dengan mengeluarkan perkataan lucah sebagai perkataan kemarahan penulis. Penulis bersopan, pembaca juga akan bersopan.


--
Posted By almahdha to Almahdha at 12/19/2011 01:58:00 PM

Kenyataan Media oleh wakil Majlis Pimpinan Negeri dan Jabatan Pilihanraya Parti KEADILAN Rakyat Pulau Pinang – YB Sim Tze Tzin

Posted: 24 Dec 2011 08:12 PM PST

Kenyataan Media oleh wakil Majlis Pimpinan Negeri dan Jabatan Pilihanraya Parti KEADILAN Rakyat Pulau Pinang – YB Sim Tze Tzin

15 Disember 2011

Majlis Pimpinan Negeri Parti KEADILAN telah mengemukakan 15 point Memorandum kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihanraya. Ini adalah hasil penyelidikan mendalam yang dijalankan oleh Parti KEADILAN Rakyat. Bersama-sama dengan Kenyataan media ini, dikepilkan memorandum yang berjumlah 53 mukasurat dan CD yang memaparkan ratusan ribu kes ragu.

Antara 15 cadangan utamaParti KEADILAN adalah seperti berikut:

1. Tiga sesi Debat Perdana antara calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Debat Perdana mengenai dasar ini seharusnya disiarkan secara langsung dalam kesemua TV dan Radio milik kerajaan dan Swasta. Setiap sesi tidak harus kurang daripada 1 jam. Ini akan menjamin bahawa semua rakyat mempunyai maklumat yang sewajarnya apabila membuat pilihan.

2. Bersihkan Daftar Pengundi

Kami ingin menarik perhatian terhadap kes Kg Bagan Serai, Permatang Pauh yang mempunyai 91 pengundi didaftarkan dirumah bernombor alamat 1155 manakala 67 pengundi didaftarkan dirumah bernombor alamat 1138. (rujuk m/s 13-17)

3. Mereformasikan Undi Pos (m/s 40-42)

Kami ingin mengadukes DUN Batu Maung yang pengundi pos meningkat mendadak sebanyak 1400 undi dalam suku tahun ke-3 2011.

4. Penggunaan Dakwat Kekal. (m/s 43)

Kami telah sertakan bukti bahawa Majlis Fatwa telah menghalalkan penggunaannya pada 8 Ogos 2007. Oleh itu, SPR tidak lagi perlu untuk menunggu Fatwa sekali lagi.

5. Tempoh Kempen minimum 21 hari. (m/s 43)

6. Akses Media yang Adil. (m/s 45)

Kami ingin menonjolkan kes Mutiara FM yang merupakan satu-satu Radio untuk negeri Pulau Pinang. Sejak Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, tidak pernah seorang Exco Pakatan Rakyat dibenarkan wawancara dengan radio Mutiara FM. Tetapi semua pemimpin BN dibenarkan sehinggakan NGO-NGO berdemo anti Kerajaan Negeri diwawancara. Mengapa tidak diberi wawancara seimbang?

7. Kukuhkan institusi Awam (m/s 46)

8. Hentikan Rasuah Politik Wang (m/s 46)

Kami ingin mencadangkan system kewangan pilihanraya untuk parti politik ala Negara Jerman dimana kerajaan pusat akan menyalurkan kewangan untuk sebahagian daripada perbelanjaan parti politik

9. Hentikan Politik Kotor dan Lucah. (m/s 47)

10. Hentikan sekatan polis dan FRU semasa tempoh berkempen (m/s 47)

11. Pemantau Antarabangsa dan Tempatan dibenarkan. (m/s 48)

12. Tarikh Pilihanraya ditetapkan lebih awal secara rundingan bersama Ketua Pemimpin Pakatan Rakyat

Kami menyeru kerajaan BN menjamin kestabilan politik dan ekonomi dengan menetapkan tarikh PRU13 dengan lebih awal dengan cara bermuswarah dengan pemimpin Pakatan Rakyat umpamanya ketua Pembangkang supaya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Kerajaan Pakatan Rakyat dibubarkan sama sekali.

13. Deposit dikurangkan (m/s 51)

14. Umur layak Pengundi diturunkan ke umur 18 tahun (m/s 52)

15. Jangkamasa pameran pengundi dipanjangkan ke 21 hari. (m/s 52)

16. Pendaftaran Automatik menjadi pengundi selepas umur layak

Parti KEADILAN Pulau Pinang menerima baik beberapa cadangan yang baru diterima dalam Parliament, tetapi ingin menyeru supaya Pilihanraya hanya boleh diadakan selepas kesemua cadangan PSC dilaksanakan umpamanya cadangan hari ini di Pulau Pinang. Kerajaan UMNO/BN harus menunjukkan keikhlasan terhadap janji-janji Transformasi politik dan bukan sekadar berselindung disebalik PSC. Segala cadangan-cadangan PSC akan menjadi sia-sia jika parlimen dibubarkan dalam masa terdekat seperti diramalkan.

Parti KEADILAN Pulau Pinang juga ingin merakamkan rasa kesal terhadap kerajaan UMNO/BN atas kelewatan melaksanakan beberapa perubahan yang dianggap senang untuk dilaksanakan terutamanya akses media yang adil. Ini boleh dilaksanakan dengan serta merta.Adakah ini menunjukkan bahawa kerajaan BN langsung tidak berminat untuk memastikan Pilihanraya yang adil serta bebas?

YB Sim Tze Tzin

Jurucakap, Mewakili Majlis Pimpinan Negeri

Parti KEADILAN Rakyat Pulau Pinang

MB : Wang RM2.71 Bilion Milik Rakyat, Bukan Milik BN

Posted: 24 Dec 2011 04:23 AM PST



KUALA SELANGOR, 24 DISEMBER : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak perlu mendabik dada kononnya menyalurkan peruntukan yang besar untuk projek pembangunan di Selangor kerana wang tersebut adalah milik wang rakyat yang membayar cukai.

Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.71 bilion bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di Selangor.

Justeru, menyebabkan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor memberikan reaksi dengan menggesa wang berkenaan disalurkan terus kepada kerajaan Selangor untuk membela kebajikan rakyat dan bukan untuk digunakan demi kepentingan politik Umno dan Barisan Nasional.

"Ini adalah duit pembayar cukai dan bukan duit parti Barisan Nasional, wang RM2.71 bilion itu adalah untuk prasarana dan pembangunan infrastruktur dan saya rasa masalah terbesar dalam pentadbiran Barisan Nasional dia tidak boleh menjalankan projek dengan harga yang terbaik," kata Abdul Khalid yang ditemui TVSelangor selepas program Jom Shopping anjuran Dun Ijok di Pasaraya Econsave Alam Perdana di sini.

Menurut Menteri Besar, sewajarnya Kerajaan Persekutuan mengambil contoh pengurusan kewangan dan pelaksanaan projek kerajaan negeri yang menekankan konsep nilai wang atau 'value for money' untuk mengelakkan pembaziran wang rakyat.

"Seumpamanya sebagai contoh kerajaan negeri menjalankan program Jom Shopping, kita mengeluarkan kos untuk seorang peserta ialah RM100 yang mana terus diberikan kepada peserta tersebut, tetapi apabila Barisan Nasional membuat program, dia melalui perantara.

"Kalau projek itu sepatutnya sampai kepada pengguna ialah RM100, tetapi kos untuk pengoperasian, ia semakin bertambah antara RM50 sehingga RM100 lagi, jadi maknanya kos keseluruhannya ialah RM200. Maka pembayar cukai terpaksa membayar kos tambahan sebanyak RM100 lagi untuk kos pengurusan yang tidak diperlukan," tegas Abdul Khalid.

Abdul Khalid juga mempersoalkan pelaksanaan projek-projek penswastaan Kerajaan Persekutuan dengan kos yang terlalu tinggi sedangkan kesannya terhadap membela kebajikan rakyat dipersoalkan.

"Contohnya lagi, seperti projek untuk pemeliharaan lembu ataupun National Fidlot Corporation (NFC), untuk mendapatkan lembu pun kosnya adalah RM250 juta, ini menunjukkan kerajaan Barisan Nasional tidak sensitif tentang penggunaan wang rakyat," katanya.

Beliau juga mempersoalkan pengendalian peruntukan wang rakyat untuk skim insentif peningkatan hasil padi dan subsidi padi kepada petani yang mana dipersoalkan golongan petani dan pesawah berhubung pengendaliannya yang didakwa tidak telus.

"Jadi Noh Omar kena tengok juga kos untuk mengendalikan subsidi padi, adakah kesemua peruntukan itu kembali kepada rakyat, itu pun kerajaan negeri akan menjalankan penyelidikan berhubung perkara tersebut," katanya.

Bukan saya jumpa pemimpin Umno tapi Mustafa Ali’ jawab Hasan

Posted: 23 Dec 2011 10:12 PM PST

'Bukan saya jumpa pemimpin Umno tapi Mustafa Ali' jawab Hasan


December 24, 2011
KUALA LUMPUR, 24 Dis — Datuk Dr Hasan Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dibuat Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bahawa beliau ada mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak yang dikaitkan dengan Umno.
Menurut Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya merupakan fitnah dan palsu.
Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana dakwaan itu dibuat oleh setiausaha agung kepada parti yang berteraskan Islam.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka (Umno) sama ada pimpinan Umno peringkat bawahan, pertengahan atau atasan seperti yang dinyatakan (Mustafa).
"Sekali lagi Mustafa Ali (gambar) terperangkap dengan prasangka buruk dan api fitnah sesama Muslim. Sebagai setiausaha agung sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan-tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dari mulut seorang setiausaha agung yang berwibawa," katanya pada sidang media di kediamannya di sini.
Mustafa sebelum ini mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan agenda Umno.
Mustafa berkata ia merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan tiga individu lain di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lepas.
Dalam sidang media itu, Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor mendedahkan individu yang kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno adalah Mustafa.
"Malah terdapat permohonan daripada setiausaha agung sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin tertinggi Umno yang sehingga kini setakat saya maklum belum dapat diadakan," katanya.
Enggan mengulas lanjut mengenai pendedahan itu, Hasan berkata kepimpinan tertinggi PAS sepatutnya menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
"Saya hendak berhenti setakat itu seperti mana Datuk Mustafa a Ali berhenti dari menuduh saya bertemu dengan pemimpin Umno di Hotel Meridien dan 'stop-short' di situ.
"Kalau misalnya, nak tanya lebih lanjut, saya pulangkan kepada pimpinan (PAS) untuk buat siasatan lanjut. Kalau nak siasat pertemuan saya, siasatan sama juga harus dilakukan kepada pertemuan setiausaha agung dan pemimpin Umno," katanya. Sumber: TMI

Peneroka Asal Kg Seri Aman Diberi Geran Tanah

Posted: 23 Dec 2011 09:54 PM PST

SHAH ALAM 24 DIS : Seramai 111 peneroka asal Kampung Seri Aman, Ijok, akan menerima geran tanah yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Selangor selepas majoriti peneroka ini menolak cadangan pembangunan semula yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemberimilikan tanah ini akan dibuat berdasarkan susun atur yang mengambil kira keperluan tapak untuk pembinaan jalan, longkang , rumah ibadat dan kemudahan lain dan selepas selesai dijalankan penyusunan semula senarai pemohon yang tinggal di atas tanah milik pemohon lain.

Katanya, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) akan menyediakan pelan yang telah diukur yang mana kosnya ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor.

"Apabila semua peneroka terlibat bersetuju dengan pelan susun atur, notis 5A akan dikeluarkan kepada mereka yang berhak. Geran tanah kemudiannya akan dikeluarkan selepas peneroka membayar premium tanah sebanyak RM1,000," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan peneroka terlibat di pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor di sini.

Kesemua 111 peneroka ini akan menerima tanah seluas 4,000 kaki persegi yang bernilai RM5 sekaki persegi. Peneroka yang layak tetapi tidak mahu tinggal di atas tanah tersebut, Kerajaan Negeri akan membelinya dengan harga RM20,000.

Untuk mengelakkan spekulasi penjualan tanah serta melindungi hak peneroka, Kerajaan Negeri akan mengenakan sekatan yang mana peneroka yang diberi geran tanah tidak boleh menjual tanah tersebut dalam tempoh tiga tahun.

"Jika kesemua 111 peneroka bersetuju untuk menerima tawaran ini, Notis 5A akan dikeluarkan pada minggu kedua Januari hadapan," katanya lagi.

Bagi mereka yang tidak tersenarai pula, boleh membelinya dengan harga RM20,000 tetapi perlu membuat permohonan kepada Pejabat Tanah Kuala Selangor.

"Wang ini akan digunakan untuk membaiki infrastruktur seperti longkang bagi mengelak berlakunya banjir dan membina kemudahan asas seperti jalan dan lampu," kata Menteri Besar.

Beliau juga mengarahkah Pejabat Daerah untuk mengedarkan risalah penerangan dalam Bahasa Melayu dan Tamil agar mereka benar-benar memahami tawaran sebelum membuat keputusan.

Masalah berlanjutan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk Kg Seri Aman ini berpunca daripada keputusan berubah-ubah pentadbiran Kerajaan Negeri yang terdahulu. Antara 2001 hingga 2007, Kerajaan Negeri terdahulu telah menukar pendirian sebanyak empat kali dalam membuat keputusan berhubung pembangunan tanah lot itu.

Pada 16 Januari 2001, Kerajaan Negeri telah meluluskan Cadangan Pembangunan Secara Penswastaan di atas tanah tersebut kepada Westmine Development Sdn Bhd (Westmine) tetapi keputusan itu ditarik balik pada 26 Oktober 2005.

Tetapi pada 18 Oktober 2006, Kerajaan Negeri mengubah keputusan dengan membenarkan Westmine meneruskan kerja tetapi pada 2007, Kerajaan Negeri sekali lagi mengubah keputusan dengan membatalkan projek pembangunan penswastaan kepada Westmine sebaliknya meluluskan pemberimilikan tanah kepada pemohon di kawasan tersebut.

Bagaimanpun, notis 5A untuk pemilikan tanah tidak dikeluarkan kepada mereka.

Akibatnya, Westmine telah menfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri pada 15 Julai 2008. Dalam tempoh ini. Kerajaan Negeri tidak boleh meneruskan pembangunan tanah atau mengeluarkan geran tanah tanah kepada peneroka.

Selepas, mahkamah telah membuat keputusan berpihak kepada Kerajaan Negeri, barulah kerajaan negeri dapat membuat keputusan tentang status tanah di kampung tersebut.

Mohamad Sabu: Hasan Ali Tidak Akur Keputusan Muktamar

Posted: 23 Dec 2011 09:54 PM PST

SHAH ALAM, 23 DIS: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menganggap tindakan Bekas Pesuruhjaya PAS, Selangor, Datuk Dr Hasan mengkritik Dasar Negara Kebajikan yang menjadi pokok perbahasan ketika membahaskan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar Tahunan PAS lalu sebagai tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip parti.

Dalam satu temubual bersama TV Selangor, beliau berkata Pas mendasari perjuangan kesepakatan, dan bersendikan panduan Majlis Syura Ulama selama lebih 60 tahun bertarung dalam arena politik tanahair.

"Kita yang berada dalam kumpulan itu boleh mencurahkan pandangan dalam mesyuarat. Dalam mesyuarat kadangkala berlaku ketegangan, meninggikan suara,mempertahankan hujah adalah perkara biasa.

Tetapi bila secara umum satu pandangan diterijma sebagai pandangan Pas Pusat, maka tugas kita adalah mematuhi keputusan.

Saya amat kesal kalau ada di kalangan pimpinan Jawatankuasa Pas Pusat yang ada saluran untuk mencurahkan idea dalam mesyuarat tetapi mencurahkan idea di luar mesyuarat terutamanya kepada media yang selamanya tidak senang dengan parti Islam,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keluh-kesah bekas Persuruhjaya Pas Selangor Dr Hassan Ali yang mendapat liputan meluas media pro-Barisan Nasional, serta kritikan berbalas-balas antara bekas pakar motivasi itu dan pemimpin lain dalam Pas.

Menjawab tuduhan Pas telah menyeleweng dari landasan Islam, Mohammad Sabu menambah mana-mana ahli Pas, khususnya yang pernah menduduki jawatankuasa kerja pusat seperti Dr Hassan Ali sedia maklum bahawa keputusan yang disepakati pasti dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Syura Ulama.

Majlis Syura ini dianggotai oleh pemikir-pemikir Islam yang tidak diragui wibawa dan ketokohan mereka. Ditubuhkan sejak 1983, majlis ini terkenal dengan pantauan ketatnya keatas

strategi dan pembikinan dasar parti bagi memastikan ia selaras dengan kitab suci Islam.

"Saya hairan mengapa negara kebajikan dijadikan isu sedangkan negara kebajikan adalah diluluskan di muktamar. Itu ucapan dasar Presiden [Abdul Hadi Awang]. Kita
sebagai ahli harus akur kerana ia keputusan muktamar, bukan keputusan individu,"katanya.

Meneruskan hujahnya, Mohammad Sabu berkata Negara Kebajikan ini disepakati semua pucuk pimpinan parti sebagai penegasan semula komitmen Pas kepada perjuangan politik Islam.

"Perjuangan untuk menegakkan negara kebajikan dalamnya terkandung negara Islam itu sendiri. Ini bukan perkara baru, telah beberapa tahun kita tekankan negara kebajikan ini.

Cuma tahun ini kita pertegaskan lagi iaitu pembentukan negara yang diisytihar Allah sebagai negara yang bentuknya baik (untuk semua), berkebajikan dan mendapat pengampunan Tuhan.

Umumnya diceritakan dalam negara kebajikan, tetapi syarahnya dijelaskan dalam buku jingga. misalnya dalam negara kebajikan tidak dijelaskan berapa elaun yang patut diberi pada kaum buruh bulan-bulan.

Negara kebajikan hanya ditekankan dasar umum iaitu kerajaan bertanggungjawab memberi keselesaan kepada rakyat, tetapi butirannya terdapat dalam buku jingga,"katanya

Mengenang semula perjuangan 60 tahun Pas, Mohammad Sabu berkata setiap ahli Pas harus akui bahawa Pas adalah parti yang kuat walaupun pernah dikhianati oleh Barisan Nasional semasa penggabungan dua parti itu pada era 70-an.

Walaupun begitu kekuatan Pas terhad di Kelantan dan Terengganu sahaja sehinggalah wujud kesepakatan kelompok masyarakat sedar untuk bersama menumbangkan Barisan Nasional.

"Sebenarnya parti Islam ini kuat, tetapi di sudut pilihanraya sudah 11 kali ia bertapak di Kelantan dan Terengganu bergilir-ganti, bahkan tidak berupaya menguasai Kedah.

Begitu juga DAP, sebuah parti yang kuat, biasa memungut undi lebih daripada satu juta tetapi tidak berjaya memerintah walau satu negeri.

Bagaimana kita nak ubah soal penyelewengan, kezaliman dan rasuah melainkan formula berlaku kesepaduan Pas, DAP dan PKR, barulah boleh menjatuhkan Barisan
Nasional. Ini terbukti berlaku pada tahun 2008.

Kalau kita pergi kepada kerajaan perpaduan bersama Umno-Barisan Nasional, ertinya kita meneruskan kezaliman yang ada, rasuah yang ada, penyelewengan yang ada.
Saya tidak nampak boleh berlaku perubahan melalui penggabungan dengan Umno dan Barisan Nasional,"jelasnya lagi.

Khir Toyo Dihukum Penjara setahun, Harta Dilucuthak

Posted: 23 Dec 2011 09:51 PM PST

SHAH ALAM 24 DIS : Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh Mahkamah
Tinggi Shah Alam hari ini dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara selain harta terbabit dilucutkan hak kepada Kerajaan Malaysia.


Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.

Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut, lapor Malaysiakini

Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.

Tiada ulasan: