WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- MACAMANA BANGSA ASING TAK CAKAP SOAL HUDUD KALAU MENTERI MELAYU YANG KATA DIRINYA ISLAM KUTUK HUKUM HUDUD
- MACAMANA NAJIB KUTUK ANWAR SELEPAS HIMPUNAN BERSIH
- Gerakan ABU Tekad Tumbang Umno Dalam PRU-13
- Anwar : Negara Hilang RM20 Bilion Setahun Akibat Ketirisan
- Pemuda PAS gesa JPA tangguh SBPA, terima rintihan Cuepacs
- Cuepacs buat perhimpunan jelas pendirian bantah SBPA Ahad ini
Posted: 16 Dec 2011 08:16 AM PST
| ||||
MACAMANA NAJIB KUTUK ANWAR SELEPAS HIMPUNAN BERSIH Posted: 16 Dec 2011 03:19 AM PST HANG TAK KENA......PANDAI LA HANG CAKAP | ||||
Gerakan ABU Tekad Tumbang Umno Dalam PRU-13 Posted: 16 Dec 2011 02:58 AM PST GOMBAK 16 Disember : Gerakan rakyat yang bermotokan 'Asal Bukan Umno' atau ABU yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat bersatu suara menyatakan ketetapan untuk menolak Umno dalam pilihanraya umum akan datang. ABU yang digerakan oleh Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang turut diwakili para mahasiswa mahasiswa, pekerja swasta, suri rumah tangga, aktivis politik,eksekutif muda,orang Asal,peniaga kecil,aktivis dan golongan pekerja akan digerakkan keseluruh negara selepas pelancaran di seluruh negara berakhir semalam. Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bard berkata ABU akan menggerakkan gelombang kesedaran terhadap seluruh rakyat betapa Umno merupakan pewaris penjajah yang menjadi punca kecelaruan dan perbagai masalah dalam negara ini. "Namun sejak tahun 1957, sehinggalah hari ini 2011, kita seringkali mendengar persoalan-persoalan penafian hak, penindasan,k ezaliman. Masing-masing persoalan ini merentasi masyarakat samada Melayu, Cina, India yang berhadapan dengan masalah realiti kehidupan, berhadapan dengan masalah birokrasi yang menekan. "Tetapi setiap kali rakyat membangkitkan masalah ini, kita dihadapkan dengan mood penafian dan dipisahkan dengan isu-isu kaum yang dimainkan oleh regim Umno," kata Badrul Hisham semasa program Rapat Rakyat ABU di hadapan kira-kira 500 orang di Taman Melewar di sini. Antara pimpinan politik yang hadir ialah Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar , Setiausaha Parti Socialis Malaysia S.Arulchelvam , presiden Pergerakan Hak Sivil Malaysia Haris Ibrahim (MCLM). Juga hadir wakil daripada SAPP serta aktivis Hindraf. Menurut Mahfuz, keberanian rakyat Jepun menolak parti yang sudah memerintah lebih 50 tahun sehingga akhirnya LDP tumbang kerana rakyat Jepun pada ketika itu mempunyai tanggapan asalkan bukan parti itu yang mentadbir negara tersebut akan menjadi pilihan rakyat. "Gerakan ABU ini kini diambil inisiatif oleh rakan-rakan menjadi institusi rakyat dalam negara kita. Sebenarnya slogan ABU ini sudahpun lama menjadi bahan fikir dan disebut dari mulut ke mulut oleh rakyat. "ABU ini gerakkan kebangkitan rakyat untuk menolak Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang," kata beliau yang juga MP Pokok Sena Gerakan ABU akan bergerak dengan perbagai pendekatan termasuk mengadakan kempen umum, pengedaran risaalah, vcd dan penyampaian mesra media baru tanpa menolak secara konvensional seperti edaran bahan ke rumah - rumah dan pejabat - pejabat. | ||||
Anwar : Negara Hilang RM20 Bilion Setahun Akibat Ketirisan Posted: 16 Dec 2011 02:55 AM PST KUALA LUMPUR 16 DIS: Negara mengalami kerugian RM20 bilion setahun akibat pelbagai ketirisan,salah urus, pemborosan serta amalan kronisme yang berleluasa berlaku dalam kerajaan Umno-BN sebagaimana dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit negara baru-baru ini. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesan dari kerugian tersebut mengakibatkan negara menghadap defisit selama hampir 15 tahun secara berturut-turut. Katanya, Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan penjenamaan semula bagi menutup segala kerugian dan ketirisan yang telah berlaku sebelum ini. "Kerajaan telah mengumumkan pada Ogos 2011 lalu RM173 bilion atau 77 peratus peruntukan ETP telah diberikan kepada syarikat-syarikat milik Kerajaan (GLC). "GLC adalah syarikat-syarikat milik kroni dan bukannya dibuat secara tender terbuka untuk disertai oleh rakyat atau syarikat-syarikat tempatan." kata beliau ketika menyampaikan ucaptama di Majlis Debunking ETP: Widening The Income Gap (Menjawab ETP : Melebarkan Jurang Pendapatan) malam tadi. Katanya, nasib yang sama juga di alami oleh syarikat petroliun negara, Petronas yang telah diperguna sepenuhnya oleh kerajaan untuk memperoleh sumber kewangan mudah tanpa melakukan apa-apa usaha mencari sumber baru. "Antara 2006 hingga 2009, Kerajaan Persekutuan menggunakan RM236 bilion wang dari 55 peratus dari perolehan Petronas kepada kerajaan tetapi masih tidak dapat menampung mengurangkan tekanan ekonomi terhadap negara. "Apa yang kita lihat, nilai defisit negara semakin bertambah banyak setiap tahun. "Ini antara bukti bagaimana negara boleh kehilangan sebegitu banyak wang disebabkan oleh salah pengurusan, ketirisan dan amalan kronisme yang akan meruntuhkan negara ini sekiranya dibiarkan," ujar beliau yang juga MP Permatang Pauh. Menurut Anwar, dasar-dasar yang dilakukan oleh pemerintah sebelum ini juga turut mengakibatkan kesan yang sama. "Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sememangnya baik dari segi matlamatnya tetapi akhirnya perlaksanaannya hanya berkisar kepada kumpulan-kumpulan tertentu yang ada kepentingan dengan pemimpin-pemimpin. "Akhir sekali matlamat mengsasarkan 30 peratus untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu tidak tercapai. "Yang tercapai hanya segelintir pembesar dan orang-orang yang rapat dengan pemimpin serta orang-orang Umno yang memperoleh kontrak-kontrak secara rundingan terus bersama para pemimpin mereka," kata beliau. Menurut Anwar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengumumkan di Parlimen bahawa RM52 bilion telah diperuntukkan dibawah DEB tetapi hanya RM2 bilion sahaja dapat dikesan. "Hingga ke saat ini Najib tidak memaklumkan kemana lesapnya baki RM50 bilion yang diperuntukan kepada agenda untuk memajukan orang melayu itu. "Kita bukan membantah DEB tersebut tetapi yang kita tentang adalah penyelewengan yang berlaku secara berleluasa oleh kerajaan Umno-BN sehingga gagal mencapai matlamat untuk memajukan orang Melayu," jelas beliau dimajlis yang dihadiri para kedutaan dan dif kehormat dari pelbagai negara. Di majlis yang sama beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata Dasar Penswastaan juga mempunyai matlamat yang baik tetapi perlaksanaan telah menjadikan budaya kronisme bertambah buruk. "Ketika zaman Dr Mahathir pula dasar penswastaan pula membentuk habuan kepada para kroni dan anak beranak dan apabila rugi wang rakyat digunakan untuk tujuan 'bail out'. "Yang rugi adalah rakyat tetapi para kroni dan anak beranak tidak pernah rugi tetapi terus mengaut wang berjuta ringgit dari wang rakyat. "Setiap hari para kroni merompak dan mengaut wang rakyat. Inilah kerja mereka." kata beliau. Sehubungan itu menurut Anwar, Pakatan Rakyat menerusi pentadbiran mereka di Selangor dan Pulau Pinang telah berjaya menjadi negeri contoh yang bukan sahaja berjaya meningkatkan pelaburan luar negara malah berjaya menghasilkan belanjawan berimbang. Ketika menjawab soalan para hadirin berhubung apa yang akan dilakukan sekiranya berjaya menguasai Putrajaya dalam pilihanraya akan datang, beliau berkata kaedah tersebut sedang dilaksanakan di negeri pakatan seperti Selangor dan Pulau Pinang "Kita mengamalkan dasar ketelusan, kebertanggungjawaban, memahami dan melaksanakan dasar undang-undang secara betul dan mengadakan sistem tender terbuka adalah antara kaedah untuk mengelak dari berlakunya ketirisan berbilion ringgit wang negara sebagimana berlaku sekarang," ujar beliau lagi. | ||||
Pemuda PAS gesa JPA tangguh SBPA, terima rintihan Cuepacs Posted: 16 Dec 2011 02:51 AM PST December 16, KUALA LUMPUR, 16 Dis — Pemuda PAS menggesa kerajaan tidak tergesa-gesa dalam pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mahu ia dikaji semula dengan melihat kesan dan keberkesanannya supaya kepentingan kakitangan awam terpelihara. Sehubungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, pihaknya bersetuju dengan gesaan Cuepacs supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA agar perbincangan dapat dibuat. SBPA akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini. "Pemuda PAS juga meminta kakitangan awam supaya menangguhkan dulu menandatangan borang opsyen sebelum perbincangan dan keputusan dibuat oleh kerajaan berhubung isu ini," kata beliau dalam satu kenyataan. Kata beliau, Pemuda PAS memandang serius tindakan Cuepacs yang semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA kerana didakwa kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu. Katanya, Pemuda PAS menganggap bantahan Cuepacs yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam adalah berasas dan kerajaan perlu mengambil perhatian terhadap tuntutan atau bantahan yang telah dikemukakan. "Cuepacs pula telah menyatakan keputusan bantahan tersebut melalui mesyuarat kongres khas (semalam) dengan undian 125 orang perwakilan mereka. "Ini menunjukkan keseluruhan ahli Cuepacs atau keseluruhan penjawat awam di negara ini tidak bersetuju tindakan kerajaan melaksanakan SBPA," kata beliau. "Pemuda PAS melihat polisi ini boleh menimbulkan kecelaruan dan dianggap menganiaya pekerja sektor awam. "Tambahan pula dasar ini boleh disalahgunakan untuk tujuan tertentu, terutamanya politik," katanya sambil menambah, ia boleh terdedah kepada pelbagai manipulasi kerana kuasa menentukan kenaikan pangkat dan markah prestasi ditentukan oleh kakitangan atasan. Selain itu, katanya, banyak item dalam SBPA yang mengundang pertikaian banyak pihak, khususnya penjawat awam. Antaranya skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan yang dilanjutkan sehingga usia 60 tahun, kata beliau. "Di samping itu dasar pemisah juga tidak jelas dan menimbulkan pertikaian," katanya lagi. | ||||
Cuepacs buat perhimpunan jelas pendirian bantah SBPA Ahad ini Posted: 16 Dec 2011 02:45 AM PST Buat apa nak berhenti kalau tanpa sebab yang munasabah.Bodoh lah jika berhenti dan memberi peluang kepada orang lain.Bantahan ini bukan disebabkan soal berhenti atau tidak,akan tetapi ianya mahukan keadilan dan selagi kuasa manusia menentukan... ianya sudah tentulah tidak seadil mana pun. Isu ini dibantah kerana ianya bersifat mengugut untuk memberhentikan,kakitangan kerajaan sendiri tidak tahu dan memahaminya,kenaikan gaji yang tidak sama adilnya bagi setiap individu dan lagi kenaikan tahunan dan pemisahan kumpulan gred perjawatan dengan kadar dan gaji yang berbeza serta ketara.Cuepacs buat perhimpunan jelas pendirian bantah SBPA Ahad ini December 16, 2011 KUALA LUMPUR, 16 Dis — Cuepacs yang mengambil pendirian membantah pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) semalam akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Ahad ini untuk membuat penerangan kepada ahlinya. Perhimpunan berkenaan pendirian membantah pelaksanaan SBPA diumumkan pada akhir mesyuarat kongres Cuepacs di Perlis tengah hari tadi. Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata, langkah itu diputuskan untuk menerangkan alasan pendirian badan induk kesatuan sekerja awam tersebut menolak pelaksanaan SBPA. "Kami menjangkakan sekitar 2,000 orang akan hadir, pemimpin dan ahli jawatankuasa kesatuan gabungan," kata beliau kepada The Malaysian Insider. "Kalau boleh kami mengharapkan kehadiran luar jangkaan, lebih 2,000 orang yang kami jangkakan," katanya lagi. Perhimpunan akan diadakan di dewan CIDB, Jalan Chan Sow Lin. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan