WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Adun PAS nafi terlibat projek Lynas
- Tiga Menteri Pertanian Didakwa Sangkut Projek NFC
- Kerajaan PR Selesaikan Masalah Syarikat Berkaitan BN
Adun PAS nafi terlibat projek Lynas Posted: 14 Dec 2011 05:16 AM PST
| ||||
Tiga Menteri Pertanian Didakwa Sangkut Projek NFC Posted: 14 Dec 2011 05:07 AM PST SHAH ALAM, 14 DIS : Projek bermasalah National Feedlot Corporation terus dihantui kontroversi. Terbaru, Gerakan Jingga 13 telah mengesa Suruhan Jaya Pencegah Rasuah agar menyiasat bagaimana wang rakyat disalurkan kepada projek tersebut sebelum perjanjian dibuat antara syarikat itu dan kerajaan pusat. Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa sejumlah wang didebitkan ke satu akaun khas sejak 2008 hingga 2009 iaitu sebelum perjanjian antara Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan NFC ditandatangani pada 2010. Menurut Fariz, pendedahan ini dinyatakan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid yang turut memberitahu bahawa kerajaan pusat gagal menjawab persoalan bagaimana wang dikeluarkan sebelum perjanjian dilakukan. Sehubungan itu, pagi ini, Jingga 13 bertindak membuat laporan ke Pejabat SPRM di sini berkenaan salah guna kuasa bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin (2004-2008), Datuk Mustafa Mohamed (2008-2009) dan menteri yang bertanggungjawab sekarang, Datuk Seri Noh Omar. "Jesteru kami memohon kehadiran kami pada hari ini adalah untuk membuat laporan kepada SPRM agar melakukan satu siasatan terperinci terhadap mereka yang terlibat termasuk bagaimana penyaluran wang rakyat yang besar tersebut dilakukan. "Bagi kami ini adalah penyelewengan yang nyata dan jelas oleh pihak kementerian kerana sebarang kelulusan pengaliran wang sememangnya perlu mendapat kelulusan kementerian berkaitan," ujar Fariz. Selain itu, Fariz juga turut membangkitkan persoalan istimewanya skandal NFC ini apabila dengan mudah dapat peruntukan wang yang besar sebelum perjanjian dimeterai. Ia lebih istimewa sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap mereka yang berkaitan. "Kami melihat ini sebagai satu tindakan yang luar biasa dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional serta kami yakin dan percaya banyak persoalan yang timbul dengan penglibatan yang jelas oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil selaku menteri kabinet dan juga Ketua Wanita Umno," tegas Fariz. | ||||
Kerajaan PR Selesaikan Masalah Syarikat Berkaitan BN Posted: 14 Dec 2011 05:04 AM PST SHAH ALAM, 14 DIS : Kerajaan Selangor komited mencari jalan penyelesaian yang adil bagi bekas pekerja Ladang Tumbuk yang sebelum ini dimiliki oleh cabang pelaburan MIC, Maika Holdings bhd. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Xavier Jayakumar berkata kerajaan negeri akan menggunakan peruntukan undang-undang dibawah Kanun Tanah Negara dalam mendepani masalah yang menghimpit bekas pekerja ladang itu. "Bidang kuasa untuk mengawal pemindahan tanah negeri terletak dengan lembaga tanah ladang (ELB) selaras dengan S 214A kod tanah negara. "ELB boleh menolak atau membatalkan kelulusan jika mendapati representasi palsu atau tidak betul atau jika ternyata bahawa kelulusan itu tidak demi kepentingan awam,"katanya. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat kerajaan negeri hari ini. Mengulas lanjut, Xavier yang juga Adun Sri Andalas berkata pemilik tanah perlu bertanggungjawab memenuhi sebahagian daripada kewajipan mereka seperti mana yang terkandung di dalam dasar-dasar kerajaan negeri dan kepentingan awam. Maika Holdings, adalah pemilik asal Ladang Tumbuk sebelum diambil alih oleh G Team Resources & Holding Sdn Bhd yang diketuai oleh Tan Sri Gnanalingam pada 2010. Pada 2006, ketika ladang itu masih di kelola oleh Maika Holdings, Syarikat itu berjanji untuk membina perumahan alternatif kepada bekas pekerja ladangnya. Selain itu, Maika Holdings juga menjanjikan tanah untuk pembinaan kuil dan sekolah tamil. Menurut laporan satu laman web National Express Malaysia pada 13 Dis, G Team Resources Sdn Bhd didakwa menafikan bekalan air kepada penduduk ladang Tumbuk dalam usaha memaksa mereka untuk berpindah. G Team dilaporkan telah menahan pembayaran bil-bil air yang berjumlah RM2,500 sehingga menyebabkan penduduk kawasan ladang itu kekurangan air selama tiga minggu. Ladang Tumbok terletak kira-kira 20km dari Banting bandar dan 5 kilometer dari Tanjung Sepat. Namun, sehingga kini janji tersebut tidak dilunaskan oleh Maika mahu pun G Team. "Ekoran itu, Kerajaan negeri bertanggungjawab untuk melindungi bekas pekerja ladang yang sejak beberapa generasi telah bersungguh-sungguh membina ekonomi negara tetapi hidup sebagai masyarakat yang terpinggir," jelas Xavier. Setakat ini, Kerajaan negeri masih belum menerima apa-apa permohonan dari G Team untuk memindahkan mana-mana tanah ladang itu dalam menunaikan janji-janji yang dibuat oleh Maika untuk bekas pekerja ladang.
|
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan