Tukar Tiub |
- INI HANYA BUKTI KAPITALIS KUAT
- DUIT ZAKAT PUN GEROMBOLAN REMBAT
- BERSEDIA 901 !
- PROGRAM PROGRAM MELAWAN
- MODAL LEBIH KUAT DARI AGAMA
- PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA
- DEMONSTRASI TELAH MENJADI BUDAYA KITA
- BERHIMPUN 901
INI HANYA BUKTI KAPITALIS KUAT Posted: 28 Dec 2011 06:56 PM PST DIROBOH UNTUK GEDUNG KAPITALIS UTAMAKAN KEPENTINGAN AWAM - meloya ALOR SETAR 28 Dis. - Kerajaan Pas Kedah perlu menggunakan kaedah fiqh yang lebih menyeluruh iaitu mengutamakan 'maslahah ammah' atau kepentingan awam berhubung keputusannya mahu merobohkan Madrasah Salihiah di sini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim berkata, Menteri Besar, Azizan Abdul Razak tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kaedah 'istibdal' (wakaf gantian) terhadap tanah wakaf khas milik madrasah itu untuk meneruskan keputusannya. "Walaupun beliau (Azizan) hendak 'istibdal' tanah wakaf khas itu tetapi beliau tidak boleh tolak kepentingan orang ramai yang menuntut madrasah itu dikekalkan. "Pucuk pimpinan negeri perlu bijak kerana dalam pemerintahan, pokok pangkal dalam membuat keputusan adalah mengutamakan 'maslahah ammah'," katanya. KOMENTAR TUKAR TIUB jangan silap faham apa yang ditulis oleh tukar tiub bukan hal siapa salah dan hukum apa? yang cuba dimunculkan oleh tukar tiub ialah bukti bhawa kuasa lobi kaum pemodal lebih kuat dari kuasa agama ayat hukum dan hukum boleh dicari dan digunakan oleh lobi kapitalis untuk menghalal projek mereka ini bukan pasal ada tempat ganti ini bukan pasal telah dipersetujui ramai ini bukan pasal majlis fatwa setuju ini bukan pasal di mekah pun ada buat yang sama bukan bukan bukan ini hanya bukti bahawa pelobi kapitalis lebih kuat dari pelobi agama jangan nak putar putar jangan nak pusing pusing NOTA: mengikut akta warisan bangunan yang berumur lebih dari 50 tahun adalah harta warisan justeru: merutuhkan warisan ini bukan kerja pas saja gerombolan telah banyak merobohkan warisan apa yang saheh ialah kuasa pemodal lebih kuat dari akta warisan apa yang saheh ialahn kuasa pemodal lebih kuat dari kuasa agama NOTA: dalam bahasa inggeris ini adalah : the power of capital is stronger over the power of religion |
DUIT ZAKAT PUN GEROMBOLAN REMBAT Posted: 28 Dec 2011 10:37 AM PST DI YAHOO KLIK DISINI: http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/mahathir-bukan-cerdik-sangat-ku-li-044503213.html MANA SUARA MUFTI ZAKAT BIAYAI GUAMAN MENTERI - harakah daily KUALA LUMPUR, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta para ulama dan Mufti di negara ini bersuara dengan memberikan pandangan terhadap isu penggunaan duit zakat untuk tujuan membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom. Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pandangan segera para ulama dan Mufti penting bagi mengelakkan timbulnya pelbagai persepsi negatif dari umat Islam di negara ini terhadap institusi zakat dan pemimpin yang berkuasa menjaga institusi tersebut. Katanya, isu sama ada duit tersebut telah dikembalikan tidak timbul kerana persoalan pokok yang perlu dijawab adalah bolehkah duit zakat digunakan untuk kepentingan peribadi pemimpin. "Sebagai pemimpin yang berkuasa dalam urusan hal ehwal umat Islam di negara ini, sepatutnya beliau memegang amanah ini sebaiknya. "Wang zakat perlu diuruskan dengan betul dan disalurkan ke tempat yang sewajarnya. Wang zakat tidak boleh sewenang-wenangnya dikeluarkan selain dari urusan yang selayaknya," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya, tindakan Jamil Khir mengeluarkan wang zakat bagi membiayai kos guaman beliau dan orang bawahannya amat dikesali seluruh umat Islam yang membayar zakat di negara ini, khususnya di Wilayah Persekutuan. Tindakan tersebut ujarnya, boleh menimbulkan prejudis dikalangan umat Islam dengan persoalan adakah wang zakat disalurkan ke tempat yang sepatutnya ataupun ianya digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu RUMAH PENYAMUN MELAYU DARI FACEBOOK ZUNAR Mungkin kerana kemiskininan membolehkan menteri jaga agama Datuk Jamil Khir Baharom keluarkan wang zakat MAIWP RM63,650 untuk biaya kos guaman peribadinya. Tengoklah betapa daifnya rumah beliau di Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh ni |
Posted: 28 Dec 2011 10:22 AM PST ANAK MUDA BERSEDIA! PERHIMPUNAN 9 JAN MENJURUS PADA REVOLUSI - mkini PERKASA memandang serius berhubung penyebaran risalah yang mengajak orang ramai berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari keputusan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar diumumkan pada 9 Januari depan. Presiden kumpulan pendesak Melayu itu Ibrahim Ali mendakwa "ada pihak yang mahu membuat huru-hara" pada hari tersebut. "Ini kerja menghasut, menghina sistem kehakiman negara dan menodai serta mencabuli keluhuran undang-undang dan perlembagaan negara. "Dalam laman web ada kempen-kempen (ini) begitu meluas... Mereka bangkitkan kembali cerita di Tahrir Square, seolah-olah mengambil keputusan Anwar Ibrahim tidak bersalah," katanya dalam sidang media petang ini. Sambil menunjukkan risalah tersebut, Ibrahim menyeru rakyat supaya tidak turut sertadengan tindak tanduk pihak yang didakwanya mempunyai kepentingan politik dan peribadi dalam perhimpunan itu. "Saya menyeru kepada rakyat supaya menghormati undang-undang. Kita mahu melihat negara kita aman damai, jangan dipunah ranah oleh kerana seorang individu. "Serah kepada mahkamah untuk membuat keputusan. Tetapi tindakan pre-emptive ini menjurus kepada revolusi. "Siapa ganggu gugat perjalanan mahkamah, saya anggap (ingin) mencetuskan revolusi dalam negara," katanya. Sehubungan itu, ahli parlimen Pasir Mas itu berharap pihak keselamatan menggunakan tindakan sekeras-kerasnya bagi menjamin keselamatan pada hari tersebut. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH kah kah kah...%%3*(0 )&%$Hnio 96723^&* kah kah kah kah kah kah ...(*67236A5S7...&$80uyqwbzt6e434..t6237390... kah kah kah kah kah kah...*#56^&...(*78526678..akZ... kah kah kah |
Posted: 28 Dec 2011 10:12 AM PST TT DI KAJANG MALAM ESOK DI WANGSA MAJU MALAM ESOK REMBAU MALAM TAHUN BARU KENYATAAN MEDIA 28 DISEMBER 2011 Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik UMNO. Tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan UMNO semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan ini serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono. Komitmen pentadbiran Dato' Sri Najib Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong. Perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah AUKU sememangnya menzahirkan ketakutan UMNO terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa. Tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus. Insiden remeh di depan ibu pejabat UMNO di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik UMNO seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan. Tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan AUKU terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa. Saya menggesa agar dihentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa kerana jelas ini merupakan kehendak politik pimpinan UMNO yang terdesak. Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual. ANWAR IBRAHIM |
Posted: 28 Dec 2011 01:42 AM PST LOBI PEMODAL KUAT DARI ISLAM PERTAHAN MADRASAH:BBMS ANJUR MUNAJAT PERDANA SABTU INI - meloya ALOR SETAR 27 Dis. - Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) akan menganjurkan program munajat perdana, Sabtu ini bagi memohon dan memperkukuhkan usaha mereka dalam mempertahankan madrasah berusia lebih 100 tahun itu daripada dirobohkan untuk pembinaan sebuah kompleks beli-belah. Pengerusi jawatankuasa bertindak tersebut, Mansor Ahmad berkata, program itu akan diadakan di madrasah berkenaan bermula pukul 12 tengah hari hingga 5 petang. "Antara pengisian program adalah solat hajat, kenduri rakyat dan tazkirah mengenai kemuliaan berjihad oleh seorang penceramah yang dijemput khas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. BBSMS yang dianggotai seluruh ahli jawatankuasa dan kariah madrasah itu dilancarkan Jumaat lepas dan dalam tempoh tiga hari sahaja, mereka menerima lebih 1,200 khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai tanda sokongan terhadap usaha mempertahankan madrasah tersebut. Mansor berkata, pada program Munajat Perdana Selamatkan Madrasah Salihiah itu nanti, pihaknya turut melancarkan kempen mengumpul tandatangan orang ramai yang menyokong usaha mempertahankan kewujudan madrasah berkenaan. KOMENTAR TUKAR TIUB mari kita semua memahami apa makna berita ini kerajaan kedah dalam pimpian pakatan rakyat pakatan rakyat kedah dipimpin oleh pas pas sebuah parti yang mengajukan islam jika mengajukan islam kenapa madarasah yang bersejarah diruntuh? jika mengajukan islam kenapa tidak mempertahan bangunan islam yang kuno ini? sesudah madarasah ini di roboh apa yang akan didirikan? jawabnya ialah: pusat membeli belah faham tak? kalau tak faham melalui tanda ini tukar tiub ingin menerangkan dengan sejelas mungkin bila tapak madarasah 100 tahun ini di ambil dan digantikan dengan puast membeli belah maka saheh terbukti bahawa sistem kapitalis lebih kuat dari islam kepentingan modal telah berjaya mengalahkan kepentingan spritual ini hakikat ini realpolitik ini yang nampak jelas justeru lobi kapitalis lebih gah lobi kaum pemodal lebih ampoh dari lobi agamawan inilah hakikat dalam dunia islam hari ini mb kedah memberi contoh bahawa di mekah pun pekara yang sama berlaku ini untuk menghalalkan apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan pas kedah apa berlaku ialah: kapitalisma yang datang ke mekah atau kedah dipangil kapitalisma lewat ianya baru sampai ciri dan perangai kapitalisma lewat ialah : ganas apa boleh jual jual apa boleh beli sistem ekonomi kapitalis baru sampai ke malaysia 200 tahun dahulu pekara yang sama berlaku di britain budak kecil kena jual ada hamba abdi rumah gereja di musnah emak ayah dan nenek di jual untuk dapat untung nobel charles dicken – tale of two cities – adalah kesah ini cuba lihat bagaimana kapitalis bergerak di china ini juga contoh terbaik untuk memahami kapitalis lewat susu dicampur tepong telor tipu dijual daging tipu dijual kanak kanak kerja di kilang semua ini pernah berlaku di britain 200 tahun dahulu kalau kita lihat pembangunan di sekitar kaabah kita akan sedar bahawa mekah juga adalah contoh kapitlisma lewat ini berbeza dengan kota suci baitul mukaddis jalan yang dilalui oleh nabi isa 2000 tahun dahulu masih wujud batu batu yang dijejaki oleh nabi isa 2000 tahun dahulu masih boleh kita temui tidak ada bangunan tinggi yang lucah atau jam tinngi seperti jam big ben di dirikan di baitul mukaddis ini kerana kapitalisma telah sampai lama kapitalisma eropah telah mengendur kerana untung telah banyak dan kapitalisma sedar bahawa sejarah juga boleh menghasilkan keuntungan mb kedah hanya nampak duit dari gedung membeli belah mb kedah tidak memahami nilai sejarah justeru madarash 100 tahun ini akan diroboh maka terbukti bahawa kapitalisma lebih kuat dari islam |
PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA Posted: 27 Dec 2011 09:09 PM PST NOTA: tukar tiub memaparkan surat dari kiri kanan dan tepi untuk dalam usaha membawa pencerahan bani melayu ini selama 54 tahun telah ditakut-takutkan siang ditakutan oleh united malay national organistion ditakutkan oleh china ditakutkan oleh kaum pendatang tapi bila mat bangla tapi bila mat indon tapi bila mat pilipina dapat kad pengenalan semua menikus ini bukti bahawa mereka takut senja bani melayu ditakutkan oleh hantu senja mereka ditakutkan oleh bomoh senja mereka ditakutkan oleh pawang buktinya tarikh 31 ogos 1957 pun pakai bomoh malam bani melayu ditakutkan oleh ustaz malam terus ditakut takutkan tak henti henti berbagai macam jenis ustaz apa yang keras ada yang manis ada yang lawak semua menakutkan bani melayu dari lahir hinnga ke mati bani melayu ditakut takutkan akhirnya bani melayu menjadi pelopong akhirnya bani melayu menjadi pak turut tidak memiliki fikarah yang kritikal tidak memiliki fikrah yang bertanya dan bersoal bani melayu takut untuk menyoal lebih senang menjadi pak turut bani melayu takut untuk bertanya kerana jawapan yang didengar akan membuka seribu satu lagi persolan akhirnya bani melayu malas berfikir akhirny bani melayu malas membaca bani melayu cukup senang mendengar melopong mendengar asuk lalat keluar langau melopong mendengar ceramah lalu bani melayu menjadi pak turut akhirnya bani melayu senang membontot SILA BACA SURA INI Aku sebenarnya malas nak mengulas panjang, tetapi terpaksa la jugak untuk membetulkan salah tanggapan penganut kepercayaan Kristian... Mereka yang tak bersetuju dengan artikel Hisham Sosialis ni bukan bermaksud nak menghina kepercayaan korang... Lantak korang la... Nak percaya Jesus tu Santa Claus ker... Nak percaya Jesus tu anak Tuhan ke... Nak percaya Jesus tu disalib ke... Yang penting korang punya kepercayaan xde siapa yang nak ganggu, cuma puak-puak korang sahaja dok ganggu nak cuba menggugat keimanan umat Islam... Puak-puak korang tabur duit untuk heret umat Islam yang rendah tahap kualiti imannya masuk Kristian... Satu lagi kepada yang sedap dok backup Hisham Sosialis, aku nak bagi tahu kat sini... Siapa Rasul kita? Apa kitab kita? Walapun Nabi Isa adalah Nabi... Tetapi sebagai ahlilsunnah wal jamaah... Satu-satunya Rasul kita ialah Nabi Muhammad SAW... Di dalam Al-Quran juga tak menyebut Nabi Isa sebagai Rasulullah... Hanya Muhammad Bin Abdullah... Cucu Abdul Mutallib... Satu lagi perkara yang aku tak suka ialah kenyataan Hisham Sosialis menganggap Krismas ialah sambutan Maulid Nabi Isa... Pernah ke umat Islam kat Malaysia ni sambut maulid Nabi Isa? Tahukah bila Nabi Isa dilahirkan? Berhati-hati dengan kenyataan anda, silap hari bulan akidah orang lain boleh terpesong... Lebih-lebih lagi pada mereka yang berpegang kpd kitab Malaysiakini dan Harakahdaily... Hanya menelan sahaja apa yang dilaporkan dalam kedua akhbar tersebut tanpa dakwa-dakwi lagi... Hisham, aku cadangkan ko TUKAR FIUS dalam otak ko dulu sebelum ko nak TUKAR TIUB... Aku cuma takut nanti, ko terpaksa makan melalui tiub bila Allah turunkan bala... Ingat kalimahsyahadah kita... Hanya Nabi Muhammad SAW satu-satunya Rasul kita... Tiada Tuhan Melainkan Allah, Nabi Muhammad Itu Rasul Allah... Kepada penganut kepercayaan Kristian, korang jangan sentap lebey-lebey... Aku tau perancangan jahat korang semua mahu menyesatkan lebih ramai umat Islam yang rendah tahap kualiti imannya... Aku tahu mereka yang rendah tahap kualiti imannya, Agama mereka mudah korang beli dengan RM... Semoga Allah memberikan hidayah kepada kamu semua... Islam sahaja AGAMA YANG BENAR!! Allahuakbar!! By Anonymous on SELAMAT MENYAMBUT MAULUDDUL RASUL NABI ISA on 12/27/11 |
DEMONSTRASI TELAH MENJADI BUDAYA KITA Posted: 27 Dec 2011 08:45 PM PST NOTA: demonstrasi atau turun ke jalan raya telah menjadi budaya kita apa saja yang tidak suka kita wajib bawa ke jalan raya jalan raya ialah parlimen rakyat tertindas ketika ini kita lihat ada demo kecil kecilan ini amat baik ertinya orang ramai tahu menyusun orang ramai tahu mengumpul orang ramai tahu buat kain rentang orang ramai tahu buat placard ini lah ilmu politik sayangnya tidak diajar oleh parti politik demo kevil kecil ini akan mendidik orang ramai untuk jadi berani demo kecil kecil ini adalah kursus pratikal pada 901 ialah demno besar besar sila turun sebagai hari konvokasi! NELAYAN SUDAH BERDEMO Seramai 500 orang nelayan dari sembilan kampung sekitar Selat Tebrau hadir dengan menaiki bot sambil membawa poster bagi mengadakan bantahan terhadap Danga Bay Sdn Bhd dan menyerahkan memorandum bagi menuntut baki pampasan berjumlah RM2.9 juta selepas punca pendapatan mereka terjejas akibat projek pembangunan Danga Bay, Johor Baharu pada Selasa. - Foto TIEWNAMA PENIPU TELAH DI SERBU PEMBELI SERBU PEJABAT PEMAJU - meloya AMPANG 27 Dis. – Kira-kira 100 pembeli unit Pangsapuri Ukay Bistari di Hulu Klang hari ini menyerbu pejabat tapak pihak pemaju untuk mengambil kunci rumah sebagai protes terhadap kegagalan pemaju menyerahkan kunci hari ini seperti yang dijanjikan. Mereka yang ternyata kecewa dengan kegagalan pemaju memenuhi janji itu, turut merobohkan sebahagian pagar zink untuk memasuki kawasan pangsapuri itu. Projek perumahan Ukay Bistari yang mula dibina pada 2003 itu meliputi pembinaan 1,172 unit rumah pangsapuri dan 1,428 rumah kos rendah merupakan projek pertama Damai Bistari Sdn. Bhd. dan sepatutnya siap sepenuhnya pada 2006 |
Posted: 27 Dec 2011 07:56 PM PST PKR NAFI KERAH AHLI CETUS HURU HARA 9 JANUARI – harakah daily KUALA LUMPUR, 27 Dis: PKR hari ini menafikan pihaknya terlibat dalam penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta semua anggota parti itu berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur. Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution berkata, SMS itu menggunakan namanya dengan mendakwa beliau telah mengeluarkan suatu surat pekeliling mengarahkan semua ahli parti hadir. "Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat Umno yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara. "Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa Umno. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai, anggota PKR dan penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada hari berkenaan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit....KAH KAH KAH....kah kah kah.. kah kah kah...JENG JENG JENG.....kah kah kah PERKASA MINTA RAKYAT JAUHI PERHIMPUNAN 9 JANUARI - mStar KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa rakyat agar tidak terpengaruh atau terlibat dengan rancangan mengadakan perhimpunan 9 Januari depan, kononnya bagi menuntut keadilan untuk ketua pembangkang Anwar Ibrahim. Presiden Perkasa Ibrahim Ali berkata penganjur perhimpunan itu tidak sepatutnya menggunakan rakyat bagi mendesak mahkamah membebaskan Anwar daripada pertuduhan yang dihadapinya. Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Anwar yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas. Ibrahim berkata usaha mengajak rakyat menyertai perhimpunan itu perlu dihentikan segera kerana perbuatan tersebut seolah-olah mempergunakan rakyat untuk kepentingan peribadi. "Ini adalah kerja menghasut dan cuba menghina sistem kehakiman negara. Bila rakyat cabar dia bersumpah, dia (Anwar) tak nak bersumpah, tetapi sekarang minta rakyat pula menjadi hakim. "Saya seru kepada rakyat yang cinta kepada keamanan di negara ini, jangan terpengaruh dengan tindakan pihak berkepentingan politik dan peribadi ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Perkasa di sini Selasa. |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan