Khamis, 15 Disember 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


JANGAN MINTA BELAS KASEHAN - BANGUN DAN LAWAN

Posted: 15 Dec 2011 05:58 PM PST




JADIKAN MOGOK SATU BUDAYA


tunjuk perasaan dan demonstrasi
kini telah menjadi darah daging kita
demo telah menjadi manifestasi politik kita

maka telah sampai masanya
kita melangkah ke hadapan
ke satu tahap yang lebih tersusun
dimana kaum buruh dan kaum pekerja
dapat meneruskan perjaungan mereka
melalui mogok

sejarah tanah melayu ini
penuh dengan perjuangan mogok kaum buruh
sejarah negara kita ini
ialah sejarah perjuangan kaum buruh
menuntut hak

mogok adalah senjata ampuh kaum buruh!


JADI MOGOK SATU BUDAYA

















JERMAN MOGOK- AKHIRNYA MENJADI REPUBLIK












ARAB MOGOK - AKHIRNYA RUNTUH REJIM MUBARAK


NOTA:
ini mogok besar di ghazal el-mahalla mesir
mogok tahun 2006 ini menuntut pembayatan upah
yang berpaatutan - ini mogok pekerja tektil mesir
yang membawa kejatuhan mubarak

tanpa sokongan kaum buruh
tidak mungkin berlaku
dataran tahrir

tanpa sokongan kaum buruh
tiadak akan berlaku
perubahan sosial


HIMPUNAN BESAR BESARAN BANTAH AKTA PEKERJA
- harakah daily

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Satu himpunan besar-besaran akan diadakan pada 25 Februari 2012 akan datang bagi mendesak kerajaan menarik balik pindaan Akta Pekerja 1955 yang dijangka diluluskan oleh Dewan Negara hari ini.

Himpunan yang disifatkan sebesar himpunan Bersih 2.0 itu bakal menghimpunkan seluruh kesatuan pekerja dan orang ramai untuk menyatakan bantahan mereka di Kula Lumpur.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani tindakan tersebut adalah sebagai kemuncak bantahan yang telah diadakan sebelum ini yang menyaksikan pihak kerajaan tidak berbuat apa-apa.

"25 Februari tahun hadapan adalah isyarat rakyat kepada kerajaan dan kita akan melancarkan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur, ia akan menjadi himpunan terbesar selepas BERSIH 2.0.

"Begini sahaja cara untuk kita melakukan desakan kepada rakyat sebelum ia direalisasikan pada kertas undi," katanya yang menyertai perhimpunan bantah Akta Kerja di hadapan Bangunan Parlimen hari ini .

Menurutnya, himpunan tersebut juga diadakan demi menyelamatkan generasi akan datang terhadap kedegilan kerajaan.

Kelulusan akta tersebut ujarnya hanya akan mewujudkan satu senario penjualan pekerja di mana semua pekerja akan berstatus kontrak yang boleh ditendang bila-bila masa oleh majikan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INI BERITA BAIK.... kah kah kah...

kah kah kah...INI BERITA HANGAT.... kah kah kah..

kah kah kah.... ANAK SEMUA BANGSA WAJIB SOKONG.... kah kah kah...

kah kah kah.... ANAK MUDA SEMUA WAJIB TURUN....kah kah kah..

kah kah kah...INI MASA DEPAN NEGARA..... kah kah kah...

woit... INI GARIS POLITIK BAGUN MEMBELA NASIB SENDIRI....kah kah kah..

kah kah kah...TAK PAYAH MINTA TOLONG DARI ORANG LAIN ...kah kah kah..

woit...NAK GAJI MAHAL... LAWAN TUAN PUNYA SYARIKAT...kah kah kah kah...

woit...NAK OVERTIME... NAK CUTI SAKIT.... LAWAN MAJIKAN... LAWAN TUAN PUNYA KOMPENI...kah kah kah..

woit...TAK SUKA UNDANG UNDANG...LAWAN KERAJAAN.... kah kah kah

kah kah kah...DALAM DUNIA HARI INI...FESHEN TERBARU IALAH LAWAN KERAJAAN.... kah kah ah


NOTA:
bawa kembali mogok
sebagai politik kaum buruh



APA YANG COOL DAN APA YANG POYO

Posted: 15 Dec 2011 05:29 PM PST




INI PALING COOL



CADANGAN DARI PEMBACA

aku cadangkan firdaus zolkifli a k a mesin cetak sbg manusia paling cool tahun ini. juga fesyen rambut tercool. status2 FB dia pun cool, keh3.

Warna hitam cam t shirt abu tu "cool". Bayangkn kalo kita trun dgn serba hitam, hitam sehitam hitamnye hehehe... Cool. Mana nk dpt t shirt tuu... Cool
By Anonymous on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB on 12/16/11

poyo, daftar jadi ahli sayap pemuda Umno, PAS, PKR. cool: jadi ABU kah kah kah. tiada siapa jadi bos politik kita. kita adalah bos kita sendiri. amacam?
By Anonymous on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB on 12/15/11

cool dude tahun ini sudah tentu Mohamed Bouazizi. Pembakar semangat arab tu. Yang cool bawak basikal g kerja, yg masih cool tidur lambat bangun lambat..yang poyo, isap rokok skang dah poyo laa..

yang poyo gua rasa ketua amk tu, siapa namanya tu yang gendut tu, dia tu sesuai laa dengan puteri umno tu kahkahkah

fesyen yang cool pakai baju koyak lengan, peghh cool bro..style rambut gua tengok sekarang ni budak2 into Faux-hawk laa, jenis mohawk tipu punya, tak cool la bagi gua, puih! tempat paling cool kuala kubu bharu laa, rilekk er chill..buku paling cool TAPAI feveret gua ni bro, tapi gua tak cool sangat laa sebab gua pinjam kawan punya, kawan gua tu kira coolio laa..aaa lagi paling cool tahun ni jambang laa, gua tengok mat saleh pun into jambang tahun ni, nampak garang bukan jenis k-pork laa..amacam list gua ni bro? boleh pergi jauh tak?
By Cap Ayam on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB on 12/15/11



politikus paling cool - mat sabu warna paling cool - kuning rokok paling cool - surya, marlboro baju paling cool - generation 709, bersih 2.0 seluar paling cool - levi's 501 tarikh paling cool - 9 julai kasut paling cool - boot dr martens
By suara rakyat on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB on 12/15/11

politikus paling cool - mat sabu warna paling cool - kuning seluar paling cool - levi's 501 baju paling cool - generation 709, bersih 2.0 kasut paling cool - boot dr martens rokok paling cool - surya, marlboro tarikh paling cool - 9 julai sasterawan paling cool - a samad said
By suara rakyat on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB on 12/15/11

bro yang gambarnya sedang sepak carnister masa bersih 2.0 paling cool!
By Anonymous on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB on 12/15/11



cool - samad said,ambiga,TT,ong kim swee,kalid ibrahim,mat sabu,mat indera,team 4x100 malaysia,lim guan eng,azrai khor n team N9 poyo - brahim ali and the perkasa kompeni,KJ,SPR,sahrizat,ko kay kim,KOAM,tv1,tv3,team takraw malaysia zaid ibrahim???
By Anonymous on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB on 12/15/11

TT, sorry to say. dalam list aku, sejak nak ke penghujung tahun ni, aku masukkan TT sebagai antara yang poyo kerana banyak NATO.
By Anonymous on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB on 12/15/11

aku rasa trend hitam bleh cool kot cam sample baju ABU tu. bayangkan gerakan rakyat bergerak serba hitam di tengah2 ibukota kl. hitam sehitam hitamnya, biar khairi je gerakan bangla merah dia huahahah..... podha chit patriot.... P/s kalo baju itam tu bukak for sale, bg la info mana ble dpt. aku nk 1
By Anonymous on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB on 12/15/11

warna paling cool - kuning politikus paling cool - mat sabu rokok paling cool - surya & marlboro kasut paling cool - dr martens seluar paling cool - levi's 501 band paling cool - dum dum tak
By suara rakyat on PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB



DATARAN MERDEKA PETANG ESOK


DUA TIGA EKOR MALAON DALAM PAS BIKIN KACAU

Posted: 15 Dec 2011 10:15 AM PST




LAWAN DAN LAWAN





MAHFUZ : HASAN ALI BOLEH KELUAR PAS SERTAI UMNO JIKA MAHU – minsider

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali yang menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini termasuk berhubung desas-desus kemungkinan digugurkan daripada menjadi calon, boleh keluar parti Islam itu dan menyertai Umno jika mahu, kata Mahfuz Omar.

"Itu terserah kepada beliau (jika mahu meninggalkan parti). Bagi saya, ini negara demokrasi, setiap orang ada hak untuk memihak parti yang mereka pilih," kata Naib Presiden PAS ini kepada pemberita pada sidang media hari ini.

"Tetapi sama ada beliau benar-benar berkata (mahu meninggal PAS), (saya) tidak tahu," kata beliau lagi.

Hasan (gambar), yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.





SU AGUNG PAS : HASAN , NASHARUDIN TERPERANGKAP AGENDA UMNO - minsider

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali menyifatkan Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti Islam itu.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin yang pernah memegang jawatan timbalan presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau (gambar) dipetik Harakahdaily hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...NAMPAK JELAS PAS TAK MINAT DENGAN DUA MALAON INI...... kah kah kah

NOTA:
gerombolan tahu orang melayu telah berpindah
ada masuk pkr ada masuk pas
cara terbaik untuk terus berkuasa ialah memecahkan
pakatan rakyat
kalau pakatan pecah – gerombolan selamat

cara terbaik memecahkan pakatan ialah melalui pas
cara terbaik melalui pas ialah dengan menggunakan
dua tiga ekor malaon dalam pas
malaon malaon yang diharapkan
buat onar
buat kacau
dengan harapan pas akan meninggalkan pakatan

malaon ini telah diberi janji
apa janji itu masih belum jelas
yang jelas mereka akan menjadi menteri
yang jelas bank tak akan kacau asan ali
yang jelas nasarudin akan diangap cerdik oleh gerombolan
kah kah kah


HEGEMONI SEMENANJUNG KE ATAS SABAH DAN SARAWAK

Posted: 14 Dec 2011 10:19 PM PST





PALING COOL



BERSIH DAN SARAWAK

Ada sesuatu yang tidak kena antara hubungan kita dengan Sabah dan Sarawak. Ini bukan tentang tentang ramainya politikus dan aktivis NGO yang dilarang masuk ke Sarawak. Sikap yang saya maksudkan ini agak halus dan mungkin tidak disedari oleh Orang Semenanjung.

Biar saya surahkan disini satu kesah yang berlaku di hadapan mata saya ketika mengikuti kempen pilihan raya Sarawak pada bulan April yang lalu. Saya ke Miri mengekori para aktivis Pakatan Rakyat untuk membuat laporan di Suara Keadilan dan di blog. Sesekali saya juga turut juga berceramah di rumah-rumah panjang.

Pada malam terakhir saya telah datang mengikuti Ceramah Penutupm disebuah perkampongan rumah panjang. Kampong rumah panjang ini terletak diluar kota Miri yang majoriti penduduknya berbangsa Iban Kristian. Saya sampai awal satelah hampir dua jam dengan kereta.

Apabila saya sampai ke tempat ceramah saya terfikir mungkin baginilah betuk rupa ceramah politik di Semenanjung ketika sebelum atau sesudah beberapa tahun British mengundur diri. Ketika itu belum bayak lagi jalan raya. Ketika tidak banyak kawasan kampong yang ada api leterik atau air paip.

Saya ternampak anak-anak kecil bogel bekeliaran. Ibu dan kakak mencangkong dan berdiri dalam gelap menunggu ceramah bermula. Pak Cik dan Abah Abah berdiri berlabon sesama sendiri sambil merokok dibelakang basikal mereka. Beberapa orang Abang Moto telah memberhentikan motor tidak jauh di padang ceramah.

Pentas ceramah pun tidak gah – hanya varanda rumah seorang penyokong tegar Pakatan Rakyat. Alat pembesar suara pada malam itu tidak lumayan tetapi cukup untuk 400 orang pendengar. Dua lampu kalimantan yang disambung dari rumah telah cuba menerangkan pandang rumput yang lecah.

Tetapi bukan ini ibu ceritanya. Yang menjadi cerita ialah ceramah seorang aktivis Pakatan Rakyat dari Terengganu. Mamat berumur empat puluhan ini cekap berceramah. Mungkin dia sering berceramah di masjid atau di surau. Ayat dari mulutnya tersusun baik. Hujahnya juga teratur.

Tetapi saya terperanjat dan meloncat masuk ke kawasn gelap apabila Si Mamat ini mula mengutuk Taib Mahmud. Tangannya menunjuk-nunjuk ke arah rumah panjang di hadapan kami. Dia mengutuk Taib Mahmud kerana kalau di Malaysia Rumah Panjang ini hanya untuk sementara. Lalu Si Mamat dengan bengis lagi marah menyoal Taib Mahmud – kenapa di Sarawak ini masih ada lagi warga yang duduk dirumah panjang bertahun-tahun.

Ini bukan lawak Rumah Panjang. Ini episod politik dan kesah benar. Dan sayalah Tok Perawi saheh yang membawa surah ini ke pengetahuan umum.

Apabila saya terdengar isi ucapan tentang Rumah Panjang ini saya disedarkan bahawa memang wujud, malah ramai Orang Semenanjung tidak faham tentang budaya, kehidupan dan politik Sabah dan Sarawak. Kebebalan memahami budaya Rumah Panjang di Serawak ini samalah seperti komen Haji Hadi tentang 'cawat' orang Sarawak. Apa yang jelas disini ialah wujudnya rasa angkuh – aku lebih berbudaya dari kamu – dan aku dari Semenanjung memiliki moral yang lebih tinggi dari kamu yang di Sarawak.

Hegemoni budaya dan politik yang dijalankan oleh United Malay National Organisation terhadap Sabah dan Sarawak nampak jelah telah juga mempengaruhi cara berfikir para aktivis dan pemimpin politik dari Pakatan Rakyat. Mengenai Sabah dan Sarawak saya perhatikan tidak berapa jauh bezanya budaya politik Pakatan Rakyat dengan yang diamalkan oleh United Malay National Organisation. Malah hegemoni United Malay National Organisation itu pun sana diguna pakai oleh Pakatan Rakyat.

Minggu lalu saya sekali lagi pergi ke Sarawak. Kali ini bukan untuk berkempen tetapi untuk menerangkan tentang 8 Tuntutan Bersih kepada sebanyak mungkin aktivis dan warga Sarawak. Yang menjadi tuan rumah kami NGO tempatan penyokong Bersih.

Dalam dua forum terbuka di Kuching dan Miri telah dijalankan. Forum ini walau pun tidak diiklankan tetapi telah mendapat sambutan. Ramai warga yang datang dan ingin mengambil tahu tentang konsep demokrasi dalam pilihanraya yang bersih dan adil. Malah di Kuching ramai anak anak muda yang turut sama berforum. Di Miri walau pun forum ini diadakan pada jam 2.00 petang – sambutan cukup menjanjikan – sehinggakan kami kekurangan kerusi duduk.

Saya hanya menerangkan satu persatu tuntutan Bersih sejelas, setuntas mungkin. Saya campurkan juga dengan humour politik. Kelihatan tidak ada perbezaan antara warga Semenanjung dengan warga Kuching untuk menghayati humour politik yang saya taburkan. Tetapi disesi soal jawab saya sekali lagi melihat dengan jelas tentang kehodohan hegemoni Semenanjung terhadap Sarawak.

Dari dua forum Bersih ini memang saheh bukan sahaja Mamat Penceramah dari Terangganu tidak faham apa itu Rumah Panjang. Badan NGO yang seharusnya memiliki kesedaran budaya politik yang lebih matang pun terperangkap sama dalam hegemoni budaya politik United Malay National Organisation.

Contoh terbaik ialah tentang tuntutan Bersih ke 4 : memanjangkan masa pilihan raya minima 21 hari. Ketika PRU11 tahun 2004 dahulu warga Malaysia hanya diberi 8 hari untuk membuat pilihan siapa yang berhak untuk mewakili mereka. Dalam sejarah pilihanraya inilah masa berkempen yang paling singkat. Saya masih ingat lagi apbila masa 8 hari ini diumumkan oleh SPR hanya ada beberapa kritikan dan bantahan dari Parti Pembangkang pada ketika itu. Yang didengar hanyalah suara-suara lemah. Tidak ada protest yang menakjubkan berlaku

Kita tidak ada langsung mendengar apa-apa komen atau bantahan dari Sabah atau Sarawak? Atau ketika itu kita pekak? Kenapa agaknya tidak ada suara bantahan yang lantang? Saya berani menjawab disini bahawa Hadi Awang , Wan Azzizh dan Lim Kit Siang tidak memiliki kesedaran yang tuntas tentang makna dan implikasi kempen 8 hari untuk warga Sarawak. Justeru mereka tidak meloncat dan mengambur.

Untuk memperkuatkan apa yang saya nyatakan biar saya surahkan kesah-kesah PRU yang baru saya pungut dari Kuching dan Miri. . Memang saheh pada PRU11 dahulu kerana masa berkempen terlalu singkat ada sebahagian dari warga di kawasan pendalaman Sarawak yang tidak tahu bahawa piliharaya akan diadakan. Ertinya mereka tidak mengundi sisapa pun. Bukan tidak mahu mengundi tetapi apabila helikopter datang untuk memungut kertas undi tidak ada sesiapa yang telah turun mengundi.

Tidak percaya apa yang saya surahkan ini?

Saya sendiri pun baru dikejut dan disedarkan tentang hakikat keluasan bumi Kenyalang ini. Memang dari peta kita melihat Sarawak ini agak besar sadikit dari Semenanjung. Mata kita hanya melihat peta tanpa apa-apa pemahaman yang jelas. Dalam masa yang sama peta Atlas ini adalah lakaran kuasa imperialis dimana negara Eropah memang diperlihatkan lebih besar berbanding dengan negara Dunia Ketiga. Justeru kesedaran kita tentang wilayah kita sendiri pun amat terhad.

Kedudukan Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dipisahkan oleh Laut China Selatan membuatkan kita di Semenanjung ini gagal untuk memahami makna hakikat sebenarnya keluasan Sabah atau Sarawak itu. Kita hanya tahu bumi Sabah dan Sarawak itu luas tetapi kita tidak merasakan keluasan itu.

Tahukah para pembaca bahawa Perlimen P216 Hulu Rajang amat-amat luas. Dalam kawasan Parlimen ini ada dua DUN . DUN Belaga N51 dan DUN Baleh N50. Jangan terperanjat bila saya nyatakan bahawa Parlimen Hulu Rajang ini luasnya - seluas Pahang. Malah DUN Baleh sahaja keluasannya hampir menyamai Terengganu.

Di dalam wilayah seluas Pahang ini ada terdapat 234 rumah panjang. Ada 10,000 Iban 7,000 Orang Hulu – sadikit warga Melayu dan China. Jumlah pengundi di kawasan ini ialah 17,696. Sila hitung - berapa kali ganda jumlah pengundi disini berbanding dengan pengundi di Putrajaya?

Kita sebagai warga Semenanjung sila tanya diri kita sendiri – apakah mungkin kita melakukan kempen ke seluruh Pahang dan di seluruh Terengganu dalam masa satu minggu lebih. Apakah mungkin kita melawat ke semua 234 rumah panjang ini dalam masa dua minggu? Jawabnya mustahil. Ini kerja orang gila.

Jika jawabnya mustahil dan jika ini kerja orang gila maka inilah bukti bahawa SPR ini adalah barua United Malay National Organisation. Saya berani berkata sedemikian kerana amat jelas konspirasi SPR yang menetapkan masa bekempen yang singkat ini hanya bertujuan untuk memastikan United Malay National Organisation akan terus berkuasa.

Saya menimbulkan kesah ini kerana warga di Sarawak selama ini telah membantah masa berkempen yang diberikan oleh SPR. Malah mereka juga merasa amat amat kecewa dengan tuntuan Bersih yang hanya mahu menuntut masa minima 21 hari. Untuk warga Serawak 21 hari ini bukan masa minima tetapi masa mandatori. Ini lah yang saya dengar dari forum dan pebincangan Bersih di Kuching dan Miri.

Pada hemat saya jika masa berkempen ini tidak dipanjangkan oleh SPR - semakin jelas menunjukkan piliharaya kita tidak adil dan tidak telus. Sesudah membaca apa yang saya tulis ini dan SPR tidak memanjang waktu berkempen maka terbukti jelas PRU13 ini nanti akan dimenangi oleh United Malay National Organisation dengan cara tipu.

Untuk warga Sabah dan Sarawak – memanjangkan waktu berkempen adalah tuntutan hak keadilan yang paling minima. Menafikan ini bukan satu kezaliman tetapi satu keganasan. Justeru warga Sarawak bukan hanya mahu 21 hari masa berkempen tetapi mahu masa yang lebih panjang.

Justeru mereka berharap NGO di Semenanjung apabila membuat tuntutan yang mencakupi kepentingan bersama tidak akan dipengaruhi oleh hegemoni budaya United Malay National Organisation. Ujian awal sebagai usha untuk memecahkan hegemoni ini ialah mengharamkam penggunaan ayat: Sabah dan Sarawak masuk Malaysia pada thun 1963. Faham? Sabah dan Sarawak tidak pernah masuk Malaysia. Sabah dan Sarawak bersama Semenanjung menubuhkan Malaysia. Faha, tak? (TT)


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45




LIHAT KEMBALI SEJARAH PERJUNGAN RAKYAT

Posted: 14 Dec 2011 09:04 PM PST



JADIKAN JALAN RAYA PARLIMEN KITA


anak anak muda
aku tuliskan ini
untuk kamu

anak anak muda
aku lakarkan ini
untuk kamu

anak anak muda
aku rakamkan ini
untuk kamu

kau lihatlah
kau dengarlah
gegak gempita laungan perjuangan
dengar bisikan dan ombak
sejarah perjuangan bangsa

anak anak muda
jika kau belum lahir ketika itu
jika kau ketika itu masih dalam mimpi berahi sang ibu
jika kau ketika itu masih dalm mimpi berahi sang ayah
kau lihatlah
kau bukakan mata hati mu
untuk melihat lakaran sejarah

anak anak muda
jika ketika itu kau masih bersekolah
hari ini kau telah dewasa
hari ini kau telah punya kekasih
tarik tangan kekasih mu
dan lihat sejarah perjuangan bangsa

anak anak muda
tarik tangan kekasih mu
genggam erat
dan acungkan ke langit
laungan suaran perjuangan

abang ibu ayah dan kakak
ketika itu
kita semua masih muda
kita bersepatu dan bercelana
kita berlari dan bergema
kita tersenyum dalam perjuangan
kita sebaris penuh harapan

ingatkan kembali
kenangkan kembali
niat dan cita cita
harapan dan mimpi kita
ketika kita bertemu di jalan raya

detik detik itu
datang kembali
detik detik itu
tidak pernah pergi

anak anak muda
mari bersama membuat sejarah
anak anak muda ingatlah
akhirnya dunia ini milik kamu

anak semua bangsa
marilah kita jadikan jalan raya
parlimen kita

anak semua bangsa
jangan hidup dalam harapan
mati menunggu janji
genggamkan tangan
satu saf kita bergerak

mari kita bersama melakar
sejarah negara bangsa


SEJARAH PEERJUANGAN BANGSA



BERITA UNTUK KETUA AMK - SILA SUSUN DAN BAWA ANAK MUDA KE JALAN RAYA

Posted: 14 Dec 2011 08:37 PM PST



NOTA:

berita ini sebenarunay ditujukan khas
untuk shamsul iskandar ketua amk

berita in secara resmi mencabar
apakah shamsul iskandar ada keupayan
untuk menyusun anak anak muda
pada 9 januari nanti untuk turun berdemo


NOTA:
kalau tak ada demo
poyolaaaa amk
dan yang tinngal hanya
mat keropok lekor
kah kah kah






NASIB ANWAR DIKETAHUI 9 JANUARI – mkini


Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim akan berpanjangan sehingga 2012 apabila keputusan ditetapkan untuk disampaikan pada 9 Januari.

"Saya akan sampaikan penghakiman pada 9 Januari," kata hakim Mohamad Abidin Mohd Diah hari ini selepas penggulungan penghujahan kedua-dia pihak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perbicaraan itu ditutup selepas 87 hari pendengaran bulan lalu, selepas bermula hampir dua tahun lalu.

Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

TUGAS SEJARAH UNTUK AMK


NOTA:
kalau tak turun ke jalan raya
nampak sangat amk ini
perjuangan keropok lekor
kah kah kah

NOTA:
apa dia perjuangan keropok lekor?
tunngu dan nanti
akan disurahkan
tidak lama lagi
kah kah kah

PENGUMUMAN TERBUKA DARI TUKAR TIUB

Posted: 14 Dec 2011 08:03 PM PST




INI TANDA COOL




SIAPA COOL - APA YANG COOL -
SIAPA POYO - APA YANG POYO



tim tukar tiub sedang meneliti
siapa cool dude untuk tahun ini
siapa cool dude untuk tahun akan datang
apa yang cool
apa yang masih cool
apa yang telah poyo
siapa yang poyo

feshen apa yang cool
style rambut mana yang cool
warna apa yang cool

cafe mana yang cool
wilayah mana yang cool
untuk bersantai dan dilihat cool

membuat apa yang cool
memmbuat apa yang poyo

buku apa paling cool untuk dibaca
buku apa paling poyo
muka siapa paling cool
muka siapa paling poyo

sesiapa ada cadangan
sila hantar seberapa segera

tunggu dan nanti senarai cool
hanya tukar tiub membuat trend
hanya tukar tiub pemula feshen
hanya tukar tiub mengubah fikrah

siapa bertukar tiub dia wujud
i tukar tiub therefore i exist
je tukar tiub donc je suis

PENDATANG BARU YANG COOL



Tiada ulasan: