Jumaat, 30 Disember 2011

shalehudin

shalehudin


Tak nampak macam kambing hitam punn... kahkahkah...

Posted: 30 Dec 2011 08:00 AM PST

Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' didakwa menipu pengerusi NFC

Datuk Shamsubahrin Ismail keluar dari mahkamah sambil melambaikan tangan kepada media. — Foto oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Seorang ahli perniagaan bergelar "Datuk" yang cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan CCID semasa siasatan skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) hari ini didakwa atas tuduhan menipu di Mahkamah Tinggi di sini.

Datuk Shamsubahrain Ismail dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat.

Shamsubahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah.

Beliau dikatakan melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 20 November di sebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November dan 6 Disember di Solaris Mont Kiara, juga di Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan Shamsubahrain boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Beliau mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan itu.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Shamsubahrain menyerahkan passportnya.

Kes ini akan disebut semula pada 21 Januari.

Shamsubahrain sebelum ini ditahan reman oleh polis kerana dikatakan cuba memberi rasuah kepada tiga hingga empat pegawai kanan CCID yang menyiasat skandal NFCorp.

Polis menyiasat NFCorp atas kesalahan pecah amanah berikutan dakwaan PKR bahawa syarikat itu menyalahgunakan dana jutaan ringgit yang diberikan kepada NFC.

Shamsubahrain, yang memiliki syarikat khidmat perunding dan syarikat teksi premium kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Agensi anti-rasuah itu telah mengumumkan akan menyiasat dakwaan terhadap NFCorp walaupun sebelum ini mengatakan tidak akan berbuat demikian.

SPRM turut merampas sebuah komputer dan beberapa dokumen semasa melakukan serbuan di ibu pejabat NFCorp di Solaris Mont Kiara.

PKR membangkitkan perkara itu selepas projek ternakan lembu bernilai RM250 juta yang dibiayai kerajaan — diuruskan Mohamad Salleh, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil — gagal mencapai sasaran pengeluaran dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Parti pembangkang juga turut membuat beberapa pendedahan berkaitan dengan skandal itu termasuk pembelian dua unit kondominium oleh NFC di Bangsar dan mendakwa syarikat itu menggunakan dana projek untuk perbelanjaan peribadi dan ke luar negara.

Ia juga mendakwa berlaku perpindahan wang ke syarikat yang tidak berkaitan dengan NFCorp di Singapura serta pembelian Mercedes-Benz CLS350 berharga RM534,622 dan dia lot tanah di Presint 10 Putrajaya bernilai RM3,363,507.

Pendedahan terbaru dibuat PKR Selasa lalu, menuduh sebanyak RM10 juta telah digunakan untuk pembelian seunit kondominium di Singapura untuk keluarga Shahrizat.

Shahrizat cuba mengelak daripada dituduh terlibar dengan mengatakan hanya beliau "satu-satunya isteri" pengerusi NFC dan tiada apa-apa kaitan dengan NFC.

Beliau turut berdepan dengan gesaan agar meletakkan jawatan sebagai menteri termasuk dari pemimpin Umno serta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Se ekor mamak yang tak cerdik... kahkahkah...

Posted: 30 Dec 2011 07:43 AM PST

Mahathir Bukan Cerdik Sangat: Ku Li

Oleh: amanlegend

Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.

Rosmah Mansor... kahkahkah...

Posted: 30 Dec 2011 03:00 AM PST

Siapa Perdana Menteri wanita kita


DR. MAHATHIR Mohamad ketika diraikan oleh pengikut-pengikutnya termasuk Perdana Menteri Najib dan isteri menyebutkan kemungkinan Malaysia juga akan berperdana-menterikan seorang wanita.

Suatu yang tidak mustahil. Kalau Yaman di zaman Nabi Sulaiman a.s. pernah diperintah oleh Ratu Balqis, dunia akhir zaman ini pula sudah ramai wanita jadi Presiden dan Perdana Menteri, maka juga tidak mustahil

Siapakah Perdana Menteri pertama wanita Malaysia itu?

Jika ia berlaku sebagai ganti Perdana Menteri Najib, siapakah wanita yang bertuah itu?

Tuntulah dia seorang yang kanan dalam parti yang mendapat majoriti. Jika BN berkuasa semula selepas PRU 13, Perdana Menteri Najib ditakdirkan kalah, tiada laki-laki UMNO yang diterima oleh pimpinan UMNO, maka wanita yang paling kanan ialah Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Dia adalah ketua Wanita UMNO dan bertaraf sebagai Naib Presiden parti itu. Tetapi dengan skandal lembu dan kondominium termahal dari duit lembu yang melibatkan suami anak beranak, dia tidak menjadi calon yang terbaik.

Siapa lagi wanita yang kanan di samping UMNO yang masih dipimpin Najib?

Dalam parti tiada yang tertonjol. Tetapi di luar hiraki parti ada, bahkan lebih berkuasa dan lebih berpengaruh dari Perdana Menteri Najib iaitu Wanita Pertama merangkap isteri Najib. Malah dia sudah pun dilihat Perdana Menteri sebenarnya sejak pengunduran Tun Abdullah Badawi.

Sekalian ahli Majlis Tertinggi UMNO adalah di bawah pengaruhnya. Bahkan pemimpin dunia mengenalinya dan suka mendekatinya bagi memenangi hati kerajaan Malaysia. Lee Kuan Yew yang terkenal serius dengan protokol mencari peluang bersua dengannya semasa mengadakan kunjungan ke Malaysia.

Soal dia tidak ada pimpinan parti boleh diurus. Betullah Muhyiddin Yassin orang kedua dalam UMNO tetapi Muhyiddin telah mengepalai perwakilan Perhimpunan Agung UMNO berikrar setia kepada Najib dan UMNO.

Jika Najib merasakan orang yang paling layak menggantikannya sebagai Presiden UMNO, maka tiada pilihan bagi UMNO.

Setakat ini Rosmah Mansor bukan saja wanita paling berpengaruh di Putrajaya bahkan orang yang paling berkuasa.

Jika masanya telah tiba bagi wanita menjadi Perdana Menteri sebagai ganti Najib, wanita yang paling menonjol ialah Rosmah Mansor.

Tetapi kalau BN kalah kepada Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim berada di penjara, maka siapa pula calon Perdana Menteri?

Pakatan Rakyat tentu ada calon yang diterima oleh semua tetapi pengundi yang mahukan perubahan juga mungkin ada calonnya bagi mengambil tempat yang sepatutnya disandang oleh Anwar.

Sebelum Anwar jadi ketua pembangkang, ia disandang oleh Dr. Wan Azizah. Dia masih Presiden PKR tetapi dia tidak layak bertanding kerana MP yang meletak jawatan tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun.

Jika semua diberi sama peluang, maka yang paling kanan mewakili parti masing-masing ialah Tuan Guru Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Azmin Ali.

Tetapi mungkin masyarakat, seperti yang diwawaskan oleh Dr. Mahathir berkehendakkan seorang Perdana Menteri wanita, maka siapakah wanita yang paling terserlah di kalangan Pakatan Rakyat selepas Wan Azizah?

Yang paling menonjol dalam parti dan dalam Parlimen ialah Nurul Izzah, Naib Presiden PKR yang paling kanan.

Dr. Mahatahir adalah orang yang paling tidak suka kepada suku sakat Anwar tetapi kalau rintihan hati Dr. Mahathir hendak dikabulkan, antara Shahrizat Jalil, Rosmah Mansor, Nurul Izzahlah yang paling bersih dan paling tidak bermasalah.

Masalahnya ialah dia budak. Sebagai budak dia adalah anak Anwar Ibrahim. Kalau tiada pengalaman dan kepintarannya belum menonjol, tetapi kepintaran Anwar boleh dipinjamkan kepadanya.

Saya bukan hendak menidakkan kebijaksanaan, kepintaran dan wibawa Ustaz Hadi, Kit Siang dan Azmin tetapi bagi meraikan pandangan Dr. Mahathir yang merasakan wanita juga berpeluang menjadi Perdana Menteri di Malaysia.

Yang Mahathir tidak suka ialah ia boleh mengambilkan harapan Anwar jadi Perdana Menteri. Mahathir boleh terima siapa saja asal jangan Anwar. Kalau Izzah naik, dia adalah sementara menguruskan perbicaraan semula Anwar oleh mahkamah yang berwibawa. Jika Anwar jadi Perdana Menteri, maka Mahathir rela mati?

Anwar tunjai2 dahi Najib... kahkahkah...

Posted: 30 Dec 2011 01:30 AM PST

ANWAR IBRAHIM: UMNO semakin gusar dan resah


Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik UMNO. Tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan UMNO semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan ini serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono.

Komitmen pentadbiran Dato' Sri Najib Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong. Perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah AUKU sememangnya menzahirkan ketakutan UMNO terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa. Tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus.

Insiden remeh di depan ibu pejabat UMNO di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik UMNO seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan.

Tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan AUKU terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.

Saya menggesa agar dihentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa kerana jelas ini merupakan kehendak politik pimpinan UMNO yang terdesak. Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual.

ANWAR IBRAHIM
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Hampa suka sangat ka Zaid Ibrahim join balik PKR...

Posted: 30 Dec 2011 12:00 AM PST

Zaid Ibrahim bantu Nurul Izzah lawan Azmin?

Oleh SiasahDaily

Persaingan kuasa dalam PKR, yang semakin jelas dilihat sejak menjelang pemilihan lalu muncul lagi, mengaitkan pemimpin-pemimpin tertinggi parti.

Pengendali laman Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin mendakwa Azmin Ali, timbalan presiden PKR di belakang penyebaran surat layang memburukkan Nurul Izzah Anwar, naib presiden PKR.

Surat itu menggesa ahli-ahli PKR menghalang Nurul Izzah yang didakwa cuba membawa semula Datuk Zaid Ibrahim - yang kini memimpin partinya Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) - menyertai semula PKR.

Dalam kolum terbaharunya, Raja Petra menerbitkan semula surat itu dengan ulasan ringkas mengatakan Azmin dipercayai di belakang penyebaran surat layang tersebut, dalam usaha menyekat anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu daripada menghalang kemaraan Azmin.

Menurut surat itu, Nurul Izzah mempunyai pengaruh untuk membolehkan Zaid dibawa semula menyertai PKR disebabkan kedudukannya.

"Sebagai naib presiden paling kanan dalam PKR dan anak kepada Anwar Ibrahim, Nurul Izzah pastinya mampu memanipulasi ayahnya dan setidak-tidaknya dapat membuka ruang buat Zaid menyertai PKR dan Pakatan Rakyat semula."

Menurut surat itu lagi, "Nurul Izzah perlu sedar bahawa status beliau sebagai anak kepada Anwar Ibrahim tidak semestinya akan merestui semua tindakan politiknya."

Zaid keluar parti setelah kecewa dengan politik Anwar dan permainan Azmin menyekat kemaraannya dalam parti.

Dakwaan Raja Petra ini sekiranya benar memberi gambaran usaha Azmin mengukuhkan kedudukannya dalam parti termasuk dengan menyekat Nurul Izzah, pemimpin muda yang dilihat berpotensi dan tidak mempunyai beban sejarah seperti beberapa pemimpin lain termasuk Azmin.

Kedudukan Nurul Izzah sebagai anak Anwar, pemimpin kanan yang muda dan popular mampu menggugat Azmin dalam kepimpinan parti.

Zaid semasa masih dalam PKR juga dilihat sebagai pencabar terdekat Azmin, disebabkan kedudukan seniornya yang dilihat mengatasi kelayakan Azmin.

Bedebah punya bapak...

Posted: 29 Dec 2011 10:00 PM PST

DUA beradik diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang tergamak mengikat kaki mereka dengan rantai besi, mengurung mereka dalam tandas selama lebih lima jam dan membiarkan mereka kelaparan.

Anwar masih pemimpin suci... hihi...

Posted: 29 Dec 2011 08:00 PM PST

Kalau Pun Bukan Imam Mahdi, Anwar Masih Pemimpin Suci

SECARA peribadi, penulis ingin menjelaskan disini bahawa penulis tidak sama sekali bersetuju dengan pandangan yang mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi walaupun ada dakwaan mengatakan perkara itu disebut oleh Ketua Cabang Sabak Bernam, Ustaz Dr. Badrul Amin, merangkap penasihat agama kerajaan Negeri Selangor, dalam satu majlis ceramah.

Penulis juga telah menonton sendiri video tersebut dan memang pada pendapat penulis Dr. Badrul ada menyatakan yang Anwar adalah Imam Mahdi walaupun telah dinafikan Dr. Badrul dalam entri Facebooknya semalam. Penulis tak boleh nak masuk dalam kotak pemikiran Dr. Badrul untuk memahami apa sebenar yang cuba disampaikan tapi bila empunya diri dah menafikan, rasanya penulis dan yang lain perlu akur sajalah.

Bagaimanapun, penulis juga berpendirian bukan semua yang disebut oleh Dr Badrul dalam ceramahnya itu salah. Banyak juga yang betul, antaranya menyatakan bagaimana Anwar merapatkan timur dan barat, memimpin gerakan Islam dan banyak lagi. Semua itu (melainkan Anwar sebagai Imam Mahdi) adalah perkara yang merujuk kepada Anwar.

Kita tidak boleh menafikan hakikat itu. Dimana sahaja Anwar berucap, khalayaknya bukan setakat orang Islam atau orang Barat sahaja, malah terdiri dari pelbagai kelompok. Anwar bijak menyampaikan buah fikirannya tanpa dalam masa yang sama menyentuh sensitiviti mana-mana pihak yang mendengar.

Anwar mungkin adalah satu-satunya pemimpin yang tidak gentar bercakap mengenai kebaikan dan kemurnian Islam di hadapan pemimpin Kristian dan Yahudi. Anwar juga tidak kekok bercakap di dalam forum orang Islam, mengupas segala jenis pembaharuan dalam Islam bagi membolehkan perbezaan yang wujud dengan masyarakat barat dapat dikurangkan, kalau tidak dihapuskan terus.

Maka itu tidak hairan kenapa undangan untuk Anwar berucap dari seantero dunia seakan-akan tiada penghujung dan dalam masa yang sama, sedikit masa perlu diluangkan untuk ceramah dalam negara, ceruk kampung atau desa bagi menyampaikan amanat dan membentangkan hala tuju Pakatan Rakyat jika akhirnya nanti berjaya juga menawan Putrajaya.

Penulis tidak pasti sama ada masyarakat kampung yang bertuah mendengar Anwar sendiri menyampaikan ceramah di kawasan masing-masing itu sedar atau tidak bahawa batang tubuh yang berdiri di depan mereka itu adalah sebenarnya seorang pemidato hebat yang mana buah fikirannya berkumandang hampir disetiap ceruk dunia – bukan ceruk dimana dia menyampaikan ceramah itu sahaja.

Inilah yang penulis nak tekankan, disebalik kontroversi Dr. Badrul dan Imam Mahdi itu, masih lagi perlu diakui bahawa Anwar adalah seorang pemimpin yang hebat dan suci dalam masa yang sama.

Suci dalam erti kata merapatkan perbezaan antara dunia Islam dan dunia barat tanpa perlu menumpahkan darah sesiapa.

Mungkin cara Dr. Badrul menggambarkannya itu agak 'ke dalam' dan sukar bagi orang biasa memahaminya, tapi maksud yang nak disampaikan itu masih lagi sama – Anwar adalah pemimpin hebat dan kita sebenarnya bertuah mempunyai seorang seperti ini dikalangan kita.

Anwar sebenarnya tidak perlu disamakan atau digambarkan sebagai Imam Mahdi, pelbagai kerja-kerja baik beliau sedia ada pun sudah menunjukkan bahawa beliau memang seorang yang istimewa.- SPR

Ajal PAS Kedah dah sampai...

Posted: 29 Dec 2011 06:00 PM PST

Perobohan Madrasah Salihiah Kanchut Akan Percepat Ajal PAS Di Kedah

PENULIS tertarik dengan kenyataan bekas OCPD Pagoh dalam peristiwa Bukit Kepong tahun 1950, Inspektor JJ Raj Jr. mengenai orang Melayu. Menurutnya, orang Melayu akan berada dalam keadaan paling sensitif bila 2 perkara ini 'disentuh', isterinya dan agamanya.

Tujuan penulis membawa pandangan JJ Raj itu ialah, orang bukan Islam pun faham dengan sensitiviti orang Melayu dan Islam di negara ini.

Penulis cuba nak bawa pendekatan sama dalam isu perobohan Madrasah Salihiah Kanchut di Kedah ini, bagaimana kerajaan pimpinan orang Islam sendiri tidak sensitif dengan kehendak masyarakat setempat apabila membuat keputusan untuk merobohkan madrasah tersebut.

Umumnya, penulis faham memang ada situasi-situasi tertentu yang membenarkan perobohan rumah-rumah ibadat seperti Madrasah, surau dan sebagainya ini untuk apa tujuan yang difikirkan perlu.

Apatah lagi bila Madrasah Salihiah Kanchut ini adalah bukti sejarah Islam telah bertapak di Kedah sejak lebih 100 tahun dahulu.

Bagaimanapun, dalam isu perobohan Madrasah Salihiah Kanchut ini, tindakan itu dilihat ramai sebagai lebih bersifat komersial dengan tapak peninggalan madrasah itu nanti akan dibina sebuah pusat membeli belah.

Penulis rasa, isunya disitu sahaja – roboh madrasah untuk bina pusat membeli belah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak (Ustaz Azizan) hendaknya perlu lebih sensitif dalam perkara seumpama ini. Ustaz Azizan bukan lagi pihak di luar kerajaan yang hanya memfokus kepada satu atau dua perkara sahaja bila bercakap tentang sebarang tindakan seumpamanya oleh kerajaan terdahulu.

Sebagai Menteri Besar yang dilantik atas sokongan orang Melayu dan Islam di Kedah, Ustaz Azizan perlu sedar bahawa sebarang tindakan dan keputusan yang dibuat beliau sebagai Menteri Besar akan menjadi buah mulut masyarakat setempat. Apatah lagi bila keputusan tersebut tidak selari dengan aspirasi rakyat Kedah yang majoritinya beragama Islam dan parti PAS yang menaungi Ustaz Azizan.

Kalau boleh penulis ulas peristiwa perobohan Surau Kampung Bujai di Terengganu beberapa tahun dulu. Pada waktu itu PAS adalah pihak yang tegas menghalang usaha merobohkan surau tersebut walaupun hakikatnya surau tersebut tidak dibina dengan kelulusan daripada pihak berwajib.

Penulis membandingkan perkara tersebut untuk menunjukkan bagaimana PAS telah menetapkan pendirian dalam hal-hal sedemikian tapi jadi benar-benar berbeza dalam hal perobohan Madrasah Salihiah Kanchut ini.

Dalam hal ini penulis tidak berminat dengan permainan politik seperti yang banyak dimainkan sekarang. Bukan resmi penulis dan laman ini menjawab soalan dengan soalan, yang penting kepada penulis ialah bagaimana tindakan ini boleh menjejaskan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam kempen pilihanraya mendatang.

Apa pun tindakan UMNO di Terengganu dalam kes surau Kg Bujal, itu adalah dalam konteksnya yang tersendiri dan salah satu sebab kenapa PAS harus menentang UMNO. Tapi bila isu perobohan Kg Bujal di Terengganu dibawa ke dalam isu perobohan Madrasah Salihiah Kanchut ini, itu hanya membuktikan satu perkara – UMNO dan PAS sama sahaja.

Sekurang-kurangnya hujah UMNO dalam isu perobohan di Kg Bujal ialah surau itu dibina tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berwajib, justeru tahap keselamatan struktur binaannya tidak dapat dipastikan. Surau tidak sama seperti tokong Hindu yang dibina di tepi-tepi jalan. Surau ada manusia yang berlindung di bawahnya dan dengan itu menjustifikasikan tindakan UMNO di Terengganu.

Dan ketika dirobohkan, surau tersebut masih belum siap!!

Sedangkan apa isunya pula di Madrasah Salihiah Kanchut ini? Madrasah tersebut telah terbina disitu sejak 100 tahun lepas, kalau pun ada kecacatan struktur akibat dimamah peredaran masa, jawapannya ialah pembaikan, bukan perobohan!!

Penulis tak pastilah sama ada penyokong PAS di Internet yang berhujah mempertahankan perobohan Madrasah Salihiah Kanchut ini sedar atau tidak dengan perkara tersebut. Penulis bimbang jika rakyat menganggap kalau mereka menentang UMNO kerana merobohkan surau Kg Bujal di Terengganu, kenapa tidak menentang PAS dalam isu perobohan Madrasah Salihiah Kanchut ini?

Dalam erti kata lain, penulis melihat tindakan membawa isu perobohan Surau Kg Bujal ke dalam isu Madrasah Salihiah Kanchut ini tidak langsung membantu PAS dan kerajaan pimpinannya di Kedah, malah tidak keterlaluan kalau penulis katakan, akan hanya memendekkan tempoh pemerintahan PAS di Kedah.- SPR

Aku setuju ngan Ku Li...

Posted: 29 Dec 2011 04:00 PM PST

Anwar Pasti Akan Masuk Penjara...

Oleh: siasahkini

Kuli, Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1974 yang juga Ketua UMNO Bahagian itu menjangkakan Anwar Ibrahim akan dipenjarakan, kerana menurutnya jika Anwar tidak dipenjarakan,UMNO akan habis punah ranah@mampos dalam PRU13 yang akan datang."La nih Anwar menjadi ketakutan kepada Najib. Ini mengikut logik yang aku tengok la.Kuli yakin yang anwar nih akan dipenjarakan Kalau anwar tak kena penjara alamat lingkoplah umno dalam PRU nanti...Itu komen Kuli sendiri

Kuli juga berpendapat Umno akan menerima kekalahan lagi dalam PRU13 nanti kerana orang cina dan india bukannya semakin mendekati Bn tetapi semakin jauh lagi adala...Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Kuli menyifatkan pentadbiran najib ni sangat lemah disamping bini dia Rosmah akan menjadi liabiliti kepada kekalahan besar umno nanti.Mengikut Ku Li pentabiran sekarang nih selalu berdolak-dalik atau flip flop apabila mengemukakan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana ianya tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menyatakan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan sebagai hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak nih atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui.

Mengulas mengenai Tun Dr. Mahathir beliau berkata bahawa Mahathir nih bukannya cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri@mencedok idea orang lain dan lepastu dia kata ni idea dia..

"Dia curi lah!. Aku selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau selama 5 tahun bersama Mahathir Mohamad sebagai menteri.

Ku Li berpendapat bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam keadaan yang huru hara kacau bilau.Contohnya seperti isu Syarizat lebu NFC.Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai.

Kalau bab Royalti minyak kelantan, Aku memang sokong hang KULI!!

Betoi ka UMNO jaga Agama... kahkahkah...

Posted: 29 Dec 2011 02:30 PM PST

Tiada ulasan: