shalehudin |
- PAS makin bertambah pelik... kahkahkah...
- Wajib baca, cara UMNO tipu bangsanya...
- Cara Melayu ajar Cina yang kurang ajar... kahkahkah...
- PEKIDA Umno dah mula berselerak... kahkahkah...
- Memang kurang ajar...
- Senarai kelahiran paling pelik di Dunia...
- Sapa tok guru Agama Razak Baginda...
- Gambaq orang yang penaya Chegubard?
- GEMPAR ! Ini dia ahli politik TERLAMPAU !
- Apa peliknya Hassan Ali mintak maaf kat Nik Aziz
PAS makin bertambah pelik... kahkahkah... Posted: 29 Dec 2011 09:28 AM PST Hasan Ali: Harakahdaily seleweng fakta Oleh Mohd Farhan Darwis KUALA LUMPUR, 29 Dis — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Dr Hasan Mohamed Ali hari ini menafikan laporan media rasmi PAS, Harakahdaily berkenaan laporan dia pergi berjumpa Mursyidul Am untuk meminta maaf di Kelantan kelmarin. Sebaliknya, menurut bekas Pesuruhjaya PAS berkenaan, tujuan dia ke Kelantan adalah untuk menghadiri majlis mahabbah melibatkan dirinya dan Nasharudin Mat Isa, bersama-sama pemimpin tertinggi PAS. "Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah melibatkan saya dan Nasharudin Mat Isa bersama-sama dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu. "Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali. "Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan," jelasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider. Laporan Harakahdaily semalam menyebut Hasan Ali (gambar) dan Nasharuddin berjumpa Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar tersebut untuk meminta maaf terhadap beberapa isu sebelum ini dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti. Kenyataan itu turut disahkan oleh Nik Aziz sendiri, malah beliau turut bercadang untuk membuat kenduri kecil-kecilan bagi meraikan perkara tersebut. Tambah Nik Aziz, pertemuan tersebut dianjurkan oleh PAS Pusat dan menurutnya, "sekiranya PAS Pusat tidak mengatur pertemuan itu sekalipun, saya akan panggil dia." "Saya berharap PAS Pusat dapat menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan rancangan berkenaan," katanya. Malah, beliau yakin, perkara itu tidak lagi akan dijadikan isu oleh Umno ekoran ruang mereka untuk tujuan itu sudah tertutup rapat. Sementara itu, menurut Hasan, majlis mahabbah tersebut berlangsung dengan penuh kemesraan, keakraban dan keikhlasan dan antara perkara yang disentuh termasuklah halatuju parti, persediaan PRU 13, dan perjalanan Harakah sebagai lidah rasmi parti. "Kami telah memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya," kata Hasan lagi. Sehubungan itu, Hasan turut menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan terhadapnya dalam meneruskan perjuangan untuk memartabatkan Islam di negara ini. |
Wajib baca, cara UMNO tipu bangsanya... Posted: 29 Dec 2011 07:24 AM PST Mitos UMNO untuk menipu rakyat! Assalamualaikum, sejak merdeka, UMNO telah membina mitos yang telah berjaya menipu rakyat terutamanya orang melayu yang kini sebahagiannya masih berpegang dengan mitos tersebut.Berbagai bagai mitos dibina, direka dan yang masih berkesan sehingga kini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian pertama : Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana masyarakat majmuk.Masih ramai yang percaya dengan mitos ini walaupun secara jelasnya telah dibuktikan bahawa masyarakat majmuk bukan penghalang kepada perlaksanaan hukum ALLAH itu.Kerana hudud dilihat tidak adil oleh UMNO dan rakan rakan cina dan indianya, maka negara Islam juga tidak sesuai diperkenalkan di Malaysia.Inilah fahaman negara Islam yang dipublisitikan UMNO sehingga satu ketika Karpal Singh turut gerun dengan negara Islam yang dilihat semacam negara pengganas.Kerana itu jugalah negara berkebajikan yang baru diperkenalkan PAS dilihat sebagai menyimpang dari negara Islam yang asalnya menjadi matlamat PAS.Negara Berkebajikan dijadikan alasan untuk mendakwa PAS mengugurkan menifesto negara Islam dan hudud kerana tunduk kepada DAP dan menyebabkan rakyat keliru.Persepsi ini terhasil dari tarbiyah mitos UMNO mengenai tidak perlunya hudud dilaksanakan demi menjaga keadilan dalam masyarakat majmuk walaupun hari ini keadilan yang diagung agungkan UMNO itu terbukti jauh tersasar bilamana ada kes kes curi yang melibatkan nilai yang terlalu kecil malah nilai yang tidak menyamai nisab hudud untuk dipotong tangan menerima hukuman penjara yang lebih panjang dari Khir Toyo yang mencuri jutaan ringgit wang rakyat. Bahagian dua : Hudud adalah hukum ALLAH tetapi tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana suasana yang tidak kondusif di mana perlaksanaannya hanya akan membawa ketidakadilan dalam negara.Mitos yang dimodifikasikan dari mitos awal dengan alasan bahawa pengetahuan mengenai hudud masih lagi rendah di kalangan rakyat terutama orang Islam. Jadi sehingga pengetahuan hudud dapat ditingkatkan hudud tidak boleh dilaksanakan.Mitos ini cukup memperbodohkan rakyat tetapi cukup malang lagi bilamana ada rakyat terutama orang melayu mempercayainya.Rakyat cuba dibodohkan kerana pengetahuan tentang hudud telah lama disekat oleh UMNO, ada ustaz yang mensyarahkan tentang keadilan hudud ditahan dan kitab yang dibaca dirampas.Sementara tarbiyah menyeluruh tentang Islam telah lama diabaikan UMNO, malah tulisan jawi yang menjadi bahasa penghantar banyak kitab kitab ilmu agama di Nusantara dihapuskan.Sistem pendidikan digubal dengan mengabaikan ilmu fardu ain dan penyebaran hiburan yang mengandungi unsur unsur maksiat diberi keutamaan.UMNO membunuh pengetahuan hudud dan pengetahuan tentang pandang alam insaniah yang berjiwa hamba sehingga melahirkan ramai orang orang melayu yang mengagung agungkan undang undang ciptaan manusia dari barat serta melihat hudud itu bukan undang undang yang sebenarnya.Mitos UMNO yang masih kuat mempengaruhi ramai cerdik pandai melayu yang dididik dengan silibus ilmu barat. Bahagian tiga: Harga minyak tinggi kerana harga minyak dunia yang tinggi.Malah UMNO mempublisitikan bagaimana harga semasa minyak dalam negara masih rendah dari negara negara jiran dan harga yang masih rendah ini kerana kerajaan UMNO memberi subsidi kepada harga minyak.Mitos ini masih berkesan kepada sebahagian orang melayu terutama mereka yang banyak merasa nikmat dari agihan wang rakyat kepada kroni UMNO.Tetapi ramai dari kalangan mereka tidak peduli apakah kesan buruk yang terpaksa ditanggung oleh sebahagian besar rakyat jadi mereka tetap tidak percaya kalau ada yang mendakwa hasil minyak mentah yang dikorek didasar laut negara dirompak oleh UMNO.Mereka tetap bertegas bahawa harga minyak yang tinggi adalah disebabkan pasaran dunia.Tetapi mereka buat pekak ketika ditanya apakah pula menafaat yang diperolehi negara dari kedudukan pasaran dunia kerana negara menjual minyak yang dikorek di dasar laut negara?Apakah menafaat hasil jualan minyak tidak langsung dirasai rakyat?Jadi siapa yang menikmatinya? Bahagian empat : Melayu akan hilang kalau UMNO tumpas(walaupun Dato Hang Tuah berkata Tak Hilang Melayu Di Dunia).Mitos yang cukup kuat mempengaruhi sebahagian orang melayu sehingga mereka cepat percaya Mat Sabu itu kominis semata mata kerana fakta sejarah yang disebutnya.Mereka cepat percaya PAS sekarang sudah tunduk kepada DAP yang dianggap penentang utama negara Islam, kominis dan musuh orang melayu.Termasuk yang percaya ialah seorang professor berketurunan cina yang semacam lupa bahawa dia sebenarnya berbangsa cina yang beragama Islam bukannya seorang melayu Islam baka.Maka melaung launglah golongan yang percaya kepada mitos UMNO ini agar PAS menerima lamaran penyatuan dengan UMNO apatah lagi sekarang ini HAMAS sudah menerima kerjasama dengan FATAH di Palastin, maka makin kuatlah seruan untuk bersatu dilaungkan UMNO.Mitos bahawa UMNO tidak boleh hilang dari persada politik negara walaubagaimanapun disedari oleh sebahagian rakyat lain tidak boleh dipercayai kerana sekali UMNO tewas pilihanraya maka ianya akan berkubur dan apabila ianya berkubur maka dengan sendirinya PAS akan menggantikan UMNO serta melayu tidak akan hilang malah akan terus terbela mengikuti panduan insaniah kehambaan yang lurus. Bahagian lima : Semua pemimpin UMNO adalah pemimpin melayu yang ikhlas dan jujur.Mitos ini sering dilaungkan oleh pemimpinnya terutama PM dan TPM.Sekalipun apa yang dialami oleh Khir Toyo, UMNO terus melaungkan mitos ini dan yang terbaru ialah pertanyaan Sharizat kepada UMNO, namakan siapakah pemimpin UMNO yang bersih?Tidak ada malah kesemuanya tidak layak menjadi pemimpin rakyat.Rakyat Malaysia yang bermaustatin di luar Negara ada yang merasai insentif insentif tertentu di negara yang mereka bermaustatin yang tidak diperolehi di negara sendiri.Dalam konteks insentif kerakyatan, pemimpin UMNO sudah gagal, maka jangan cerita lagilah aspek aspek yang lain.BR1M yang bernilai RM500-00 itu langsung tidak boleh dijadikan ukuran kelayakan kepimpinan UMNO. Demikianlah beberapa mitos yang disebarkan UMNO yang cukup mempengaruhi orang melayu sehingga kini.Kini beberapa usaha dijalankan oleh PAS dan rakan pakatannya seperti kempen PAS ganti UMNO dan ABU(Apa Saja Asal Bukan UMNO) untuk menyedarkan rakyat mengenai mitos UMNO yang mesti ditinggalkan.Terpulang kepada individu untuk bersama sama dengan kempen ini dan bertanya setakat mana komitmen masing masing.Ingatlah bagi orang Islam, menyertai kempen ini merupakan sebahagian amal maaruf, nahi mungkar yang insyaallah mendekatkan kita kepada pertolongan ALLAH.Jadi tanyalah diri kita masing masing, apakah sumbangan kita? |
Cara Melayu ajar Cina yang kurang ajar... kahkahkah... Posted: 29 Dec 2011 03:00 AM PST Nga terima ugutan bunuh, peluru melalui pos Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini menerima sampul surat yang mengandungi ugutan bunuh dan sebutir peluru, yang dikirimkan ke rumah ibu bapanya di Ayer Tawar, Perak. Sambil menggelar Nga sebagai "cina kurang ajar Yeop" dalam loghat tempatan, pengirimnya memberi "tiga pilihan", iaitu: Mampus cepat dengan peluru; Mampus lambat simbah dengan asid kat muka; dan Mampus lambat langgar dengan kereta, pakai kerusi roda. "Ini amaran dari orang Melayu - jangan kurang ajar," bunyi surat tersebut,di mana peluru diletakkan dan dibalut dengan kertas tisu. "Ini sudah melampau... tak boleh diterima langsung," kata Nga ketika dihubungi, sambil menambah bahawa ibu bapanya yang sudah tua, amat terkejut dengan kejadian itu. "Kami dalam politik, kami boleh berdepan dengan tekanan sebegitu, tetapi tidak ahli keluarga kami," katanya. Menurut Nga, sampul surat itu telah dikirim melalui pos dan ibu beliau yang menerimanya. "Saya tinggal di Ipoh, saya telah menghantar seseorang untuk mengambil kandungannya dari ibu saya. Saya akan buat laporan polis selepas saya menerimanya, "katanya. Nga, yang juga setiausaha DAP Perak, menjadi perhatian umum minggu lalu berikutan dakwaan seorang penulis blog yang beliau mempunyai peranan dalam pemberian kontrak menjahit kepada syarikat, di mana isterinya adalah "rakan kongsi tidak aktif". Nga dan syarikat yang didakwa itu, telah menafikan dakwaan rasuah dan mencabar penulis blog tersebut supaya membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).- Malaysiakini |
PEKIDA Umno dah mula berselerak... kahkahkah... Posted: 29 Dec 2011 01:30 AM PST Jentera Pekida Umno Beralih Arah Oleh: badok Baru baru ini digemparkan sejumlah ahli PAS telah masuk UMNO dikawasan Penaga Kepala Batas. Hebat ..., sehingga Rezal Merican turun dan juak juak YB Dato Azahar ADUN UMNO Penaga rasa bangga sangat sangat. Ada yang selimut diri dengan bendera UMNO. Pada 19.12.2011 yang lepas satu program penyerahan borang keahlian PAS telah diterima oleh Timb. Presiden PAS Tn. Hj. Mat Sabu di Dataran Pasar Malam Pekan Darat Tasek Gelugor dalam daerah DUN Telok Air Tawar dan Parlimen Tasik Gelugor. Apa yang hebat... borang tersebut diserahkan oleh orang kuat PEKIDA Tasik Gelugor beserta pengikut pengikut beliau. Beliau dikenali sebagai "Non Singa" berpangkat Paduka Ayahanda. Habis sudah kekuatan UMNO dibelakang PEKIDA Tasik Gelugor. Mungkin ADUN Penaga YB Dato Azhar tak tau tentang pekara ini, penghijrahan orang kuat mereka kedalam PAS, lantas kemasukan segelintir ahli PAS yang ada kepentingan diPenaga itu diperbesarkan. Ini hanyalah publisiti murahan. Menang sorak di Penaga tapi kampung tergadai di Parlimen Tasik Gelugor. Apa pun hingga saat ini penambahan kemasukkan ahli baru dari UMNO amat memberansangkan. Terima kasih UMNO kerana mengujudkan satu sistem pemerintahan yang korup dan penuh kezaliman. |
Posted: 29 Dec 2011 12:00 AM PST Budaya politik kurang ajar Oleh Fairuz Azhan Semakin jelas bahawa para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa mereka yang semakin dicabar oleh rakyat prihatin. Ini termasuk menyeleweng wang negara, memfitnah anak bawah umur Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang didakwa mencabul seorang gadis dan menghina rakyat Malaysia yang menolak politik mereka dengan menggelar mereka dengan pelbagai nama termasuk "bangsat". Semasa Perhimpuan Agung UMNO baru-baru ini, seorang wakil Pemuda UMNO yang berketurunan India Muslim, atas nama Allah SWT dan Rasulullah SAW, telah menggelar warga Malaysia yang menyokong DAP sebagai "bangsat:. Konco-konco UMNO di Pulau Pinang pula telah menghantar kek berbentuk najis kepada Guan Eng sempena hari lahir beliau. Begitu bangga sekali mereka yang kebanyakannya dari keturunan India Muslim dengan kelakuan tidak senonoh dan memalukan orang Melayu yang dahulunya terkenal dengan sifat sopan santun serta beradab mulia. Malah, jika diingatkan semula, apabila segelintir warga Indonesia melemparkan najis ke bangunan kedutaan Malaysia di Jakarta tahun lalu, ramai rakyat Malaysia marah dengan perbuatan biadap itu. Apakah ia tidak menjadi peringatan buat kita semua? Inilah politik samseng yang berasaskan ugutan, tekanan, membuat kacau bilau, fitnah terhadap orang yang tidak sealiran politik dengan mereka. Inilah 'kehebatan' kepimpinan UMNO dan konco-konco mereka. Apakah ini warisan perjuangan Melayu 1946? Kedangkalan politik, kerendahan hati budi Seolah-olah tiada daya intelektualisme untuk berhujah dan menggunakan akal untuk membuktikan bahawasanya mereka adalah pilihan yang lebih baik daripada alternatif yang ditawarkan pihak lawan. Rakyat melihat dan menilai mana satu pihak yang memberikan alternatif yang lagi baik melalui wacana penyampaian ilmu yang baik, bukannya siapa paling samseng di Malaysia mahu pun siapa lagi banyak membuat fitnah dan dusta. Anak-anak sekolah pun jijik dengan 'kematangan' wira-wira perkauman ini. Bagaimana mereka tangkis skandal yang benar-benar berlaku? Dengan memfitnah orang lain. Bagaimana mereka menjelaskan penyelewengan dan salah guna kuasa? Dengan menjadikannya isu perkauman. Bagaimana mereka mahu membuktikan pentadbiran Pakatan Rakyat lemah dan tidak baik untuk rakyat? Dengan menghantar 'Mat Rempit' yang berusia 'bapak budak' untuk membuat demonstrasi sambil memakai t-shirt perkauman. Malah pengayuh beca juga dikatakan dibayar sedikit wang untuk berdemonstrasi menentang kerajaan Pakatan Pulau Pinang. Semua itu dihebohkan oleh lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia. Apabila yang berdemo itu meminta maaf dan mengakui mereka dibayar oleh pihak-pihak perkauman, semua media kawalan BN diam membisu. Mereka melayan rakyat seperti hamba yang dangkal otak. Apabila rakyat mendesak hak dan peluang untuk berhujah, dikusi, debat dan sebagainya, ia dibalas dengan intimidasi, fitnah dan budaya samseng. Mahasiswa pun menjadi mangsa fitnah Awal bulan ini, sekumpulan mahasiswa telah ditahan kerana berpidato di UiTM walau pun Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah diisytiharkan oleh Mahkamah sebagai tidak sah kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan. Apa yang lebih dikesali ialah sekumpulan mahasiswa pro-BN telah membuat kacau dan berlagak samseng di majlis tersebut. Bapa borek anak rintik, guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Ramai orang UMNO, khususnya ahli-ahli veteran sudah sedar bahawa demokrasi dalam UMNO sudah lama mati di mana titik nokhtahnya bermula semenjak penubuhan UMNO Baru pada 1988. Tetapi bagi rakyat, itu soal UMNO. Jika tidak suka dengan demokrasi dalam parti sendiri, itu soal parti tersebut sahaja. Tapi janganlah mendidik rakyat dengan sedemikian juga. Kita ada Perlembagaan Persekutuan. Walau ada beberapa pindaaan yang menghalang hak dan kebebasan, yang penting adalah amalan mengikut perlembagaan asal yang membentuk negara kita yang merdeka lebih 54 tahun lalu. Ia adalah amanah dan tanggungjawab kerajaan yang diberikan oleh rakyat. Rakyat yang mahu demokrasi perlu membuat pilihan Sesungguhnya rakyat dahagakan sebuah demokrasi yang matang dan baik. Ia memberikan peluang yang adil untuk segenap lapisan masyarakat terlibat dalam isu membangunkan negara yang tercinta ini. Janganlah kita menganggap demokrasi itu sebagai 'agama baru' untuk menghancurkan negara semata-mata kerana takut berhadapan dengan rakyat yang sudah celik, bijaksana dan prihatin tentang hak dan tanggungjawab. Budaya samseng dan kurang ajar bukan sahaja tiada tempat di Malaysia, ia juga ditolak oleh semua ajaran agama dan ideologi politik yang bebas dan demokratik. Mengugut dan berselindung di sebalik undang-undang yang zalim hanya menonjolkan kedangkalan untuk berhujah dengan baik dalam ruang demokrasi. Rakyat yang bosan dan meluat dengan budaya UMNO-BN ini, termasuk dari kalangan ahli-ahli parti-parti komponen mereka sendiri, mempunyai alternatif untuk memperbaiki keadaan yang semakin parah ini. Sesungguhnya kuasa itu di tangan rakyat. – Roketkini.com |
Senarai kelahiran paling pelik di Dunia... Posted: 28 Dec 2011 10:00 PM PST Kes-kes Kelahiran Pelik Di Dunia Oleh KongsiKongsi erm...aku ada dapat satu email menarik daripada seorang membe ni. dah lama simpan. sumber asal pun mungkin daripada salah satu yahoo group yang popular tu kot. mari membaca...tapi jangan percaya sebab aku sendiri tak pernah tahu pasal kebanyakan kes ni. huhu... Ibu Termuda Dunia (5 tahun) Lina Edina ialah seorang ibu termuda yang dikenal pasti dalam sejarah perubatan. Dia dilahirkan pada 27 September, 1933 di sebuah perkampungan kecil Paurange dan berusia hanya 5 tahun 8 bulan ketika melahirkan anaknya pada 14 May 1939. Sebelum itu, ibu bapa Lina Medina menganggap anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun menghidap tumor abdomen yang besar apabila bapanya membawanya ke hospital. Walaubagaimanapun, ia berubah apabila dia dilaporkan mengandung dan berat bayinya 2.7kg. Bayi Terkecil Dunia Rumaisa Rahman dilahirkan pada 19 September 2004 dengan kepanjangan 10 inci dan berat 8.6 ounce. Ibunya Mahajabeen Sheikh hanya mengandung selama 25 minggu dan 6 hari. Ibu Lelaki Pertama Dunia Thomas Beatie dilahirkan sebagai seorang wanita sebelum dia menjalani pembedahan untuk bertukar menjadi seorang lelaki. Apabila isterinya yang berusia 34 tahun pada ketika itu tidak boleh hamil disebabkan oleh hysterectomy (pembedahan dan pembuangan rahim), Thomas Beatie mengambil keputusan yang dia sendiri akan mendapatkan zuriat melalui inseminasi buatan (artificial insemination). Kembar Hitam dan Putih Ini antara kes satu dalam sejuta kembar yang masih hidup yang dilahirkan dengan kulit dan warna mata yang berbeza. Marcia dan Millie Biggs kedua-duanya berumur 4 tahun mengejutkan ramai dokor, guru dan orang ramai apabila diyakinkan mereka adalah kembar. Marcia berambut perang mengikut belah ibunya sementara Millie yang berkulit hitam mengikut belah bapanya. Anak Paling Ramai Selamat Dalam Satu Kelahiran (8 orang) Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez mendapat perhatian antarabangsa apabila dia melahirkan 8 orang bayi dalam satu kelahiran pada Januari 2009. Kesemua bayi diperoleh melalui kaedah in-vitro fertilization. Ibu tunggal yang tidak bekerja ini sudah mempunyai 6 anak kecil di rumah yang juga hasil daripada kaedah in-vitro fertilization. Ibu Tertua Untuk Kelahiran Pertama (70 tahun) Rajo Devi Lohan dari India melahirkan anak pertamanya pada November 2008 apabila dia berusia 70 tahun. Ibu Tanpa Kaki Dan Tangan Melek, 24, menjadi ibu kepada bayi bernama Semih. Walaupun tiada kaki dan tangan, dia masih berjaya untuk mempunyai anak melalui pembedahan perut untuk melahirkan bayi (caesarean sention). Ibubapa Hitam Dan Anak Putih Pasangan Nigeria, Ben dan Angela Ihegboro melahirkan seorang bayi perempuan berkulit cerah, bermata biru dan berambut perang yang mengejutkan semua pakar. Bayi ini tidak albino. Ujian saintifik juga menafikan setiap gosip ketidaksetiaan si isteri. |
Sapa tok guru Agama Razak Baginda... Posted: 28 Dec 2011 08:00 PM PST Razak Baginda sudah dekati Islam Oleh Subky Abd Latif KATA Tan Sri Abdullah Kok Lanas dalam tulisannya bahawa Dr. Abd Razak Baginda mengaku bahawa dia sedang mendekati politik Islam dan agama Islam. Alhamdulillah Ia mengingatkan saya kepada Almarhum Tan Sri Nordin Saufee, pengasas dan pengarah ISIS yang pertama.Dalam satu majlis Hari Kemerdekaan Amerika, Tan Sri Nordin sengaja memberitahu saya bahawa dia sedang mempelajari dan mendalami Islam. Suatu yang baik, penghargaan saya kepadanya. Dia tidak sekadar menyampaikan maklumat itu saja, bahkan cuba meyakinkan saya bahawa dia beliau bersungguh mendekati Islam. Saya tidak tahu mengapa dia sampaikan perkara itu kepada saya dan adakah dia buat begitu juga dengan orang lain. Saya gembira dengan perkembangannya itu. Tetapi saya tidak bertanya, siapa gurunya? Guru amat penting bagi setiap penuntut Islam. Mestilah guru itu ulama yang diakui masyarakat tentang ilmunya, ibadatnya dan muamalatnya. Bukan saja dia mesti berguru kepada tok guru yang betul tetapi ilmu yang dipelajarinya itu mesti diredai oleh tok guru itu. Tidak sempurna mengajinya sekadar membuat penyelidikan dan kajian tanpa guru kerana mengaji tanpa guru sama seperti mengaji pada seteru Adam a.s. Kalau guru itu sekadar ulama muda UMNO, ia seperti tidak mengaji. Kalau orang bertanya, siapa pula saya? Guru saya ialah Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang dan sekalian ulama PAS. Maka kita boleh menghargai perkembangan Dr. Razak Baginda itu tanpa melupakan namanya telah dikaitkan dalam skandal seks dan pembunuhan Altantuya. Dia telah dibebaskan oleh mahkamah, tetapi mahkamah Malaysia adalah tidak berwibawa. Apakah maklumat baru tentangnya akan dapat membebaskannya dari pembabitannya dengan pembelian kapal selam dan pesawat pejuang Sukoi dari Rusia dengan keuntungan sekitar setengah bilion dan hubungannya dengan kes Altantuya? Jika dia bukan seorang Islam sebelum pembabitannya itu, apabila dia memeluk Islam maka dia adalah ibarat bayi yang baru lahir bebas dari sebarang dosa. Itu dari segi Islam tetapi dari sudut undang-undang dunia, entahlah. Apabila dia dibabitkan sebagai seorang Islam, maka pembabitan barunya dalam Islam tidak menjadikan dia sesuci bayi yang baru lahir. Tetapi langkahnya mendalami ilmu Islam sebagai addin dan menghayatinya boleh membawanya menjadi seorang yang soleh dan dapat membersihkan dirinya dari sebarang keterlanjurannya. Syaratnya dia mesti melalui syarat taubat yang ditentukan oleh Islam yang sedang dipelajarinya itu. Setiap orang Islam mesti mengalu-alu dan menggalakkannya untuk membuat kerja yang baik itu. Jangan pula ada prasangka kepadanya kerana dia sedang dan hendak membuat kerja yang baik. Insya Allah ilmu Islam yang diperolehinya nanti dapat memberinya jalan yang betul bagi menyelesaikan segala masalah yang berlalu bagi menjalani hidup yang baru. Cabarannya adalah besar. Dia mesti bersedia menjadi saksi seperti yang dikehendaki oleh Islam dalam skandal besar yang ada sekarang. Tanpa ilmu Islam yang secukupnya tiada sesiapa sedia menjadi saksi yang jujur. Razak Baginda dipercaya sudah berada di landasan yang betul, apabila dia mula mempelajari ilmu Islam termasuk politiknya. Politik Islam yang paling releven sepanjang seabad lalu ialah yang diasaskan oleh Imam Hassan Al-Banna. Beliau pula telah memahami segala yang disarankan oleh Jamaluddin Al-Afghani, Muhamad Abduh dan lain-lain. Razak kena dekati semua rangkaian gerakan Islam di seluruh dunia sekarang yang asas masing-masing bertolak dari Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh Hassan al-Banna itu. Mengkaji dan mempelajari saja tidak cukup tanpa menyertai dan melibatkan diri. Para orientalis juga mempelajari Islam dari guru-gurunya sendiri. Bila ilmunya tidak menjadikannya Islam, maka ilmu Islamnya menjadi mereka bertambah sesat. Sebelum orientalis mempelajari Islam, ia sudah sesat. Apabila ia menguasai ilmu Islam, ia bertambah sesat dan menyesatkan. Justeru itu Dr. Razak cari jalan berguru dengan tokoh seperti Yusuf Qardawi dan sekutu-sekutunya yang ramai di England, di Mesir dan lain-lain. Kalau balik ke Malaysia bagi mendalami politik Islam, Dr. Razak wajar berdamping dengan Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Hadi. Mereka sendiri adalah sebahagian dari politik Islam kerana mereka terlibat secara langsang. Mereka tua dalam politik Islam. Tetapi kalau berguru dengan ulama muda UMNO, politik Islak tidak mengiktraf mereka terlibat dalam politik Islam. Pertama mereka bukan pemimpin, bahkan pegawai penyelidik Islam. Mereka tidak dapat mentransformai Najib dan UMNO, tetapi mereka pula ditransformasi oleh Najib. Saya boleh bersangka baik kepada Razak. |
Gambaq orang yang penaya Chegubard? Posted: 28 Dec 2011 06:00 PM PST Taktik Kotor Politik Dalaman Menyebabkan Chegubard Ditahan Polis !! Atas sebuah laporan polis dari Umno bahagian Ampang, menyebabkan petang semalam (27 Dis 2011), Chegubard telah ditahan di balai polis Seremban 2 kerana sebuah akaun twitter samaran yang menggunakan nama AMK_Rembau, didapati membuat komen yang kononnya menghina DYMM YDP Agong. Penahanan ke atas chegubard adalah kerana kononnya beliau mempunyai hubung kait dengan pemilik akaun twitter AMK_Rembau sedangkan akaun twitter AMK_Rembau hanya muncul ketika Pemilihan 2010 PKR semata-mata untuk memburuk-burukkan Chegubard yang bertanding jawatan Ketua AMK. Akaun twitter palsu/samaran AMK_Rembau didapati terus aktif untuk menyerang Chegubard walaupun Pemilihan 2010 telah berakhir kerana banyak masalah pemilihan yang tidak selesai terutamanya dalam isu aduan Chegubard ke atas penyelewengan Pemilihan 2010 PKR. Strategi menggunakan akaun palsu/samaran ini dipercayai adalah satu taktik jahat yang berlaku dari kalangan dalaman PKR sendiri. Mereka sengaja menulis tweet yang melampau supaya ia disambut oleh Umno dan kesempatan ini diambil oleh pihak polis untuk bertindak ke atas Chegubard dan turut menyebabkan Ketua AMK Cabang Rembau berada dalam buruan polis. Akhirnya lewat petang yang sama, Chegubard dilepaskan dengan jaminan polis. Walaupun Chegubard bertegas bahawa akaun twitter AMK_Rembau tiada kena-mengena dengan pihak kami, namun pihak polis tetap merampas BlackBerry kepunyaan Chegubard dan pihak polis juga cuba untuk mendapatkan laptop milik Chegubard dan juga laptop kepunyaan PKR Cabang Rembau. Seharusnya mereka yang telah menang pemilihan parti memberi tumpuan kepada gerak kerja memperkukuh parti terutamanya dari aspek menggapai sokongan anak muda. Chegubard pernah menyuarakan betapa Anwar Ibrahim akan kembali ke Sungai Buluh maka gerakan untuk menarik sokongan anak muda serta mobilisasi besar untuk membela Anwar sepatutnya menjadi keutamaan. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, sayap pemuda parti tidak berdaya saing malah apa yang lebih diberi tumpuan ialah menggerakkan politik kotor dalaman yang tidak berkesudahan. Chegubard akan terus fokus mengggerakan SAMM sebagai platform terbaik untuk anak muda berjuang. Kini SAMM baru selesai mengedar mengedar 30 ribu DVD kesedaran penting betapa Umno itu harus ditinggalkan dalam kempen nasional ABU (Asalkan Bukan Umno), selain telah melancar dan edar 25 ribu naskah risalah penjelasan isu 'cincin puaka' sebelumnya. Kami kumpulan Solidariti Anak Muda biarpun tanpa jawatan dan dana bantuan, akan terus membina kekuatan anak muda untuk menumbangkan regim Umno. Tetapi ada pihak yang sedang menikmati pelbagai 'kemewahan' dan terus nikmati keselesaan untuk buat kerja kotor memancung dan mengganggu fokus pihak lain. Kini keterangan telah diberi kepada pihak polis mengenai siapa pemilik akaun twitter AMK_Rembau. Berikut kami siarkan semula kenyataan penafian yang pernah dibuat oleh Ketua AMK Rembau ketika laporan polis ke atas pemilik akaun pada awal Julai 2011; Kenyataan Media ini dibuat oleh saya Md Sani Mohd Shah selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rembau. 5 Julai 2011; Semalam sebuah NGO (baca: Umno) telah membuat laporan polis ke atas sebuah akaun twitter yang menggunakan nama 'AMK Rembau', kononya kerana menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Tindakan ini dilihat hanya tindakan politik kerana sebelum ini penghinaan secara terus pernah dilakukan contohnya orang Umno yang tidak puas hati dengan tindakan Sultan Terengganu menolak Idris Jusoh sebagai MB telah menunjuk perasaan dan dengan 'selamba' merentang kain tertulis perkataan 'natang' (binatang) yang dituju kepada Sultan Terengganu. Namun pada ketika itu lansung tidak ada pihak Umno muncul membuat laporan mahupun tidak ada kenyataan kecaman lansung. Namun perlu dipertegaskan dan dijelaskan akaun twitter AMK Rembau, tidak ada kena mengena akaun twitter "AMK Rembau". Saya yakin akaun ini telah menyamar dengan menggunakan nama AMK Rembau secara sengaja mahu mengelirukan orang ramai dengan memburukkan nama. Akaun telah dipantau sejak kewujudannya, menggunakan perkataan lucah dan segala macam kenyataan yang tidak sesuai. Ini taktik jahat. Sejak pemilihan parti tahun lepas, ini taktik jahat kem tertentu yang menggunakan banyak membuka akaun 'palsu' di laman - laman sosial seperti di Facebook dan Twitter. Kebanyakan taktik ini digunakan untuk memburukkan nama che'GuBard dan akaun palsu "AMK Rembau" ini adalah antara taktik jahat secara berterusan kumpulan ini menyerang che'GuBard. taktik ini tidak terhenti hanya ketika pemilihan tetapi berterusan sehingga selepas pemilihan. AMK Rembau mengecam kumpulan yang menggunakan taktik jahat ini. Kepada kumpulan tersebut AMK Rembau memberi amaran sudahlah hentikan politik kotor dengan taktik jahat ini. Kamu sudah menang terus bekerja jangan setiap kali kamu gagal melakukan sesuatu maka che'GuBard dan kawan-kawan disalahkan. Kesempatan ini juga AMK Rembau mendesak satu penyiasatan menyeluruh dilakukan dalam parti mengenai isu pemilihan yang masih tergantung. Kami lama menahan sabar, kami pendam demi kepentingan parti. Namun kami terus dilihat jahat. Adakah kerana sesekali bersuara keras terhadap kepincangan pemilihan dalam parti kami dilihat kianat atau merengek ? Kami seolah dihalau dengan kenyataan jika tidak suka dan tidak terima keputusan boleh keluar parti jangan 'merengek' tindakan ini sama seperti tindakan bacul Umno yang mahu melucut taraf kewarganegaraan Dato' Ambiga hanya kerana tidak bersetuju dengan beliau yang membangkitkan isu pilihanraya yang adil dan bersih. Sekian. Md Sani Mohd Shah, Ketua AMK Rembau. Link asal di sini Turut ingin dikongsi dalam artikel ini ialah tweet penting yang dirasakan dapat membantu pihak polis mencari identiti sebenar pengguna twitter AMK_Rembau; Tweet dan Gambar di atas menunjukkan pengguna AMK_Rembau ini sangat rapat dengan beberapa orang kuat kepada pesaing Chegubard dalam Pemilihan 2010 PKR. Oleh kerana panik dan cuba menimbulkan kekeliruan, gambar di bawah menunjukkan pemilik akaun twitter AMK_Rembau telah menukar nama twitternya (surface username) kepada UMNO_BARU dan mula berlagak seolah-olah menyerang Pakatan Rakyat sedangkan ribuan tweetnya sebelum ini menyokong PR. Lihat gambar di bawah, avatar asal pemilik akaun AMK_Rembau ini juga masih kelihatan menyokong kempen bela Anwar Ibrahim tetapi dalam tweet menceritakan penipuannya. Akhir sekali, gambar di bawah yang ditangkap sendiri oleh pemilik akaun twitter AMK_Rembau. Mohon pihak polis siasat siapakah wanita yang berada dalam gambar ini, nescaya akan akhirnya dapat memberkas pemilik akaun twitter AMK_Rembau. Sepertimana pantasnya pihak polis bertindak atas laporan dari Umno di Ampang, diharapkan sepantas itu jugalah pihak polis bertindak menyiasat di atas maklumat yang didedahkan. Pemegang akaun samaran AMK_Rembau telah merosakkan nama baik pihak lain kononnya telah menghina raja wajar dikenakan hukuman yang setimpal. EDYES @ edyesdotcom Pengarah Propaganda SAMM |
GEMPAR ! Ini dia ahli politik TERLAMPAU ! Posted: 28 Dec 2011 04:00 PM PST Oleh: sangkancil KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat. Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu. Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun. Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan. "Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya. "Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing," katanya di pejabat Jaips di sini, semalam. Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam. "Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya. "Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid," katanya. Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan |
Apa peliknya Hassan Ali mintak maaf kat Nik Aziz Posted: 28 Dec 2011 02:30 PM PST Hasan minta maaf kepada Mursyidul Am Oleh Mohd Farhan Darwis KUALA LUMPUR, 28 Dis — Bekas Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat semalam untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti yang sebelum ini. Perkara itu disahkan sendiri oleh Nik Aziz, dan menurutnya, Hasan turut memohon maaf daripada pimpinan PAS mengenai perkara itu. "Saya melahirkan kesyukuran di atas rasa rendah diri Datuk Hasan Ali (gambar) yang bersedia membuat permohonan maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini. "Bukan mudah orang nak mengaku salah selepas melakukannya, jadi tindakan beliau itu mengharukan saya. "Saya juga berharap orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Hasan," kata Nik Aziz selepas melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama Bachok hari in. Menurutnya, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hasan dan Nasharuddin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS yang lain di Kota Bharu. Antara pemimpin yang ditemuinya adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din. Tambah Nik Aziz, pertemuan tersebut dianjurkan oleh PAS Pusat dan menurutnya, "sekiranya PAS Pusat tidak mengatur pertemuan itu sekalipun, saya akan panggil dia." Sehubungan itu, menurut Nik Aziz, pihaknya sendiri akan mengadakan kenduri kesyukuran kecil-kecilan di JKR 10 hari ini sebagai tanda syukur terhadap penyelesaian kes berkenaan. "Saya berharap PAS Pusat dapat menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan rancangan berkenaan," katanya lagi. Beliau yakin, perkara itu tidak lagi akan dijadikan isu oleh Umno ekoran ruang mereka untuk tujuan itu sudah tertutup rapat. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan