Rabu, 28 Disember 2011

shalehudin

shalehudin


Amboi lajunya PAS... hihi...

Posted: 28 Dec 2011 08:00 AM PST

Aziz Bari dilamar PAS

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Prof Dr Aziz Bari dipelawa Dewan Pemuda PAS Pusat Malaysia (DPMM) untuk menyertai parti berkenaan bagi meneruskan perjuangannya sebagai Pakar Perlembagaan dan Undang-undang negara selepas menamatkan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) baru-baru ini.

Naib Ketua DPMM, Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini berkata, pihaknya mengharapkan agar bekas pensyarah UIA itu dapat menyertai parti komponen Pakatan Rakyat itu supaya dapat terus berjuang mengembalikan sistem negara kepada landasan yang betul dan tepat.

"Kami mengalu-alukan penyertaan beliau ke dalam parti sebagai ahli politik bagi membetulkan sistem negara kerana parti amat memerlukan pengalaman dan ilmunya yang luas dalam bidang perundangan.

"PAS yakin penyertaan Aziz (gambar) akan dapat memberikan manfaat yang baik kerana ilmu yang telah di ajarnya selama ini akan diterjemahkan di dalam membentuk sebuah negara mengikut lunas undang-undang yang sebenar," katanya.

Menurut Raja Ahmad, perjuangan Aziz dalam memelihara Perlembagaan negara akan akan terus berkembang di bawah PAS.

"Kami yakin dengan displin ilmu yang selama ini diamalkannya akan terus terpelihara kerana Aziz bukan sahaja mengajar malah turut menggubal perundangan itu sendiri," tambahnya.

Jelasnya lagi, PAS yakin penyertaan Aziz akan memantapkan lagi cita-cita mereka untuk melaksanakan Islam di negara ini.

"Kami masih menunggu keputusan beliau, malah kami tetap menghormati Aziz sebagai seorang yang berpegang teguh dengan pendiriannya," katanya lagi.

Bekas pensyarah Fakulti Undang-undang UIA ini dalam laporan awal The Malaysian Insidersebelum ini tidak menafikan beliau akan meninggalkan universiti berkenaan ekoran siri tekanan termasuk siasatan terhadap kenyataan beliau menyentuh titah Sultan Selangor dalam kes Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.

Namun demikian, mengulas berkenaan spekulasi yang beliau akan memasuki arena politik, Aziz memberitahu, "politik sebagaimana akademik adalah medan yang perlu untuk perubahan dalam masyarakat."

"Tetapi politik bukan bidang yang akan jadi profesyen saya sebagaimana akademik. Saya tetap akan berfungsi sebagaimana sebelumnya, khususnya memberi pandangan, menulis dan seumpamanya. Saya harap saya akan kembali ke dunia akademik meskipun tidak semestinya di UIA," katanya lagi.

Rosmah tak kata apa, hampa yang kalut lebih... kahkahkah...

Posted: 28 Dec 2011 06:02 AM PST

Tarikh PRU-13: Bubar 17 Februari, Pengundian 11 Mac 2012

PEMERHATIAN penulis ke atas beberapa akhbar berbahasa cina kebelakangan ini menyaksikan wujudnya persaingan hebat dalam meramal tarikh sebenar pembubaran parlimen dan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan.

Akhbar Sin Chew Jit Poh dan China Press sebagai contoh meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari untuk membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan pada bila-bila masa dari 1 Mac hingga 20 Mac 2012. Ramalan ini adalah berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti anggota polis pada tempoh tersebut yang dikatakan ada kaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum.

Lebih menarik, akhbar Sin Chew dan Nan Yang Siang Pau juga meramalkan parlimen akan dibubarkan pada 15 Februari (Rabu) manakala proses pengundian pula pada 11 Mac 2012 (Sabtu).

Namu berdasarkan trend semasa tarikh yang lebih logik ialah pada 17 Februari 2012 iaitu pada hari Jumaat kerana Jumaat dianggap hari yang lebih afdal selain menjadi trend semua Perdana Menteri Malaysia yang menganggap Jumaat adalah hari bertuah untuk mengumumkan sebarang acara besar.

No 11 adalah nombor yang dikatakan menjadi kegemaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sering dikaitkan dengan elemen tuah. Justeru tarikh pengundian pada Sabtu dilihat akan memberi kelebihan kepada BN berbanding jika diadakan pada 12 Mac (Ahad) kerana penganut Kristian akan mudah dipengaruhi untuk menentang kerajaan ketika mereka bersembahyang di gereja pada hujung minggu.

Menurut akhbar tersebut, selain sumber dalaman daripada pihak polis, semua maklumat ini juga dikatakan diperolehi daripada kumpulan pemikir (think tank) yang rapat dengan Perdana Menteri. Atas sebab-sebab tertentu, akhbar-akhbar tersebut tidak pula menyatakan badan pemikir mana yang menyalurkan maklumat tersebut kepada mereka.

Dalam perkembangan yang sama, sumber lain pula memaklumkan kepada penulis bahawa Barisan Nasional (BN) akan memberi penumpuan kepada 190 buah kerusi parlimen dan dari jumlah tersebut, BN yakin akan menawan sejumlah 170 buah kerusi. Indikasinya, BN kini kembali bernafsu untuk mendapat semula majoriti 2/3 yang hilang dalam PRU12 pada 2008.

Tapi dalam masa yang sama, temubual eksklusif Sin Chew dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula membayangkan sebaliknya.

Nazri membayangkan BN akan mengalami kesukaran untuk kembali menguasai majoriti 2/3 dalam pilihanraya umum akan datang. Alasannya ialah, Malaysia sedang melangkah menjadi negara maju dan dengan itu rakyat juga menjadi lebih 'sofsikated' dalam menentukan pilihan masing-masing di peti undi.

Pada pendapat penulis keghairahan akhbar-akhbar cina ini adalah semata-mata untuk melariskan jualan akhbar masing-masing kerana umum mengetahui majoriti masyarakat cina memang taksub dengan 'ramalan' yang telah menjadi hampir sebahagian daripada kehidupan mereka, walaupun dizaman moden hari ini.

Bagaimanapun, suatu yang pasti ialah, akhbar berbahasa cina jarang menampilkan maklumat dari sumber yang tidak kuat. Justeru untuk menolak bulat-bulat maklumat ini juga boleh menjurus Pakatan Rakyat kepada kesilapan dalam membuat perhitungan dari segi kos dan merangka strategi pilihanraya yang berkesan.

Oleh itu penulis beranggapan, tidak salah untuk pimpinan Pakatan Rakyat mengkaji semua kemungkinan termasuk ramalan-ramalan sedemikian dalam menyediakan parti berhadapan dengan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Paling penting mengenal pasti 190 kawasan-kawasan parlimen yang disebut akan menjadi fokus BN dan merencana strategi yang betul, daripada calon dan parti yang akan bertanding, sehinggalah kepada persiapan logistik yang bersesuaian.- SPR

Bangang memang tercipta untuk UMNO... kahkahkah...

Posted: 28 Dec 2011 04:35 AM PST

Umno Terpaksa Melutut Dengan Parti Gerakan Di Pulau Pinang

Oleh: reformis1998

Pembangkang Pulau Pinang sudah menemui jalan kehancuran apabila suara lantang Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zahid Hamidi yang mahukan Umno memegang jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang telah DICAMPAK begitu sahaja oleh Gerakan dan Barisan Nasional.

Parti Melayu Umno terpaksa melutut dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan yang telah dilantik sebagai pengerusi baru BN Pulau Pinang.

Zahid Hamidi pernah lantang meminta supaya Umno menjadi Pengerusi BN negeri, kerana hanya wakil Umno telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.

"Parti Gerakan tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang," tegas Zahid.

Pergolakan Bn Pulau Pinang itu menunjukkan bahawa 'bangkai' mereka sebenarnya amat membusukkan… dan kerana itu, mereka cuba menutup isu ini dengan 'kononnya' ramai ahli PR keluar di Pulau Pinang baru-baru ini.

Beberapa waktu yang lepas, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang pernah mengatakan 'orang Cina sebagai pendatang' sebelum ini, dengan mengoyak gambar Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon, sebagai punca desakan dalaman dalam Umno sendiri dan punca pergolakan ini berlaku.

Pergolakan ini menggambarkan masalah besar BN yang dijangkakan turut mencetuskan 'konflik kepentingan' BN di seluruh negara kelak.

KECOH FASAL MELAYU AKAN HILANG KUASA

Tapi… apa boleh buat… Umno Pulau Pinang hanya pandai melalak terlolong di Pulau Pinang yang mengatakan ke seluruh dunia, bahawa Melayu akan hilang kuasa…. Tetapi hakikatnya UMNO yang akan hilang kuasa!!!

Bila hampir pilihanraya, Utusan Malaysia memainkan propaganda nasib bangsa Melayu yang bertujuan, hanya untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu tatkala kuasa UMNO dalam politik tanahair kian terhakis.

BUKTI MELAYU TAK AKAN HILANG KUASA, MELAYU UMNO HILANG KUASA

Kenapa surat khabar tak keluarkan fakta dibawah ini?

PRU11 - BN 198 kerusi, BA 21 kerusi, MP Melayu 123
PRU12 - BN 140 kerusi, PR 81 kerusi, MP Melayu 130

*Kerusi MELAYU PRU 12 = UMNO-77, PAS & PKR 53 (Sekarang Umno 77, Pakatan Rakyat 48, KATAK 5)

Oleh itu, pastikan PAS menang kerana PAS akan letak calon di kerusi Melayu, PKR dan DAP kerusi campuran dan sebab itulah PAS paling sedikit menang kerusi sebab MELAYU selalu ditipu. . . .

Mampuih keraih la hang... kahkahkah...

Posted: 28 Dec 2011 01:30 AM PST

'Datuk' Ditahan Reman Sehingga Khamis

KUALA LUMPUR: Datuk 'berusia 45 tahun, yang pada mulanya ditahan kerana didakwa cuba merasuah pegawai-pegawai kanan polis yang menyiasat isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dan ditangkap semula Isnin terhadap kes penipuan, ditahan reman sehingga Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asistan Komisioner Izany Abdul Ghany, berkata bahawa 'Datuk' sedang disiasat atas tuduhan menipu seorang wanita berusia 43 tahun pada Oktober, 2007 untuk membina stesen minyak di Lembah Klang.

"Suspek didakwa meminta wang sebanyak RM280,000 sebagai yuran rundingan untuk projek itu. Walau bagaimanapun, sehingga kini, stesen masih belum dibina walaupun yuran telah dibayar,"katanya.

Difahamkan bahawa perempuan itu telah membuat laporan polis mengenai perkara itu pada Ogos, 2009.

'Datuk' pada mulanya telah ditangkap selepas dia didakwa menawarkan rasuah berjumlah RM1.7mil kepada beberapa pegawai yang ditugaskan menyelesaikan isu NFC.

Tahanan reman beliau dilanjutkan sehingga Isnin.

Beliau ditahan sekali lagi dengan segera oleh polis di luar balai polis Bukit Jalil pada pukul 11.30 pagi Isnin, berhubung kes penipuan.

Datuk, yang dikatakan banyak menipu orang ramai, turut dikaitkan dengan beberapa kes penipuan lain di Cheras dan Ipoh.

Pada hari Jumaat, pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pergi ke pejabat utama NFC di Jalan Solaris Mont Kiara dan mengambil dokumen dan komputer.

Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan pada bulan Oktober telah menyatakan bahawa NFC telah gagal untuk mencapai sasaran pengeluaran lembu dan berada dalam keadaan kucar-kacir.

Suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Dr Mohamad Salleh mengetuai NFC dan anak-anaknya memegang jawatan-jawatan kanan dalam syarikat itu.

SPRM dikatakan akan menyiasat jika Shahrizat mempunyai terlibat dalam pinjaman RM250mil yang diberikan kepada NFC.- mStar

PRU13: Bahaya negeri2 Pakatan nih...

Posted: 28 Dec 2011 12:00 AM PST

Kedah, Pulau Pinang, Selangor di Ambang Bahaya

Oleh: Azman Ariffin

BERDASARKAN maklumat dalaman mengenai perkembangan terkini adalah difahamkan yang PR berada di ambang kekalahan di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor dalam PRU akan datang.

Justeru, sebagai penyokong setia PR, penulis merasakan tidak ada faedahnya untuk turut meniupkan semangat palsu agar rakyat terus dibuai retorik konon PR masih kuat sepertimana yang dimainkan oleh pemimpin tertentu kita.

Realitinya, terlihat jelas kini akan perubahan sikap pengundi terutama kaum Melayu dan India akibat tidak puas hati dengan DAP. Bukan rahsia bahawa amat sukar bagi kita membendung persepsi terhadap DAP sebagai chauvinis dan rasis kerana pemimpin DAP sendiri kerap kali 'tersasul' dan membuka pekung sendiri.

Walaupun ia adalah kesilapan individu dan bukan parti, tetapi rakyat tidak melihatnya begitu. Akibatnya, PAS dan PKR terpaksa melakukan 'damage control' bagi pihak DAP. Namun, kerosakan telah pun berlaku dan PR tidak mampu mengekang masalah kehilangan sokongan Melayu dan India kerana sikap beberapa pemimpin DAP.

Walaupun PR yakin mendapat sekurang-kurangnya 70% undi kaum Cina tetapi itu bukanlah jaminan bahawa PR akan dengan mudah dapat mengekalkan negeri-negeri yang telah ditawan di sebalik keghairahan ingin menawan negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan, Johor dan Perlis.

PR perlu sedar bahawa BN telah melancarkan strategi yang begitu halus terutamanya untuk menawan kembali Pulau Pinang dan Selangor dengan majoriti mudah iaitu dengan perbezaan hanya 2 kerusi.

BN juga begitu agresif memindahkan pengundi ke kawasan tertentu bagi membolehkan mereka menguasai beberapa kerusi DUN yang diwakili oleh MCA dan Gerakan.

BN nampaknya cukup sedar bahawa tanpa pemindahan pengundi mereka tidak mungkin akan menang di kawasan majoriti bukan Melayu dan itulah yang mereka lakukan di Pulau Pinang apabila MCA dan Gerakan masing-masing hanya mensasarkan kemenangan 3 kerusi sahaja manakala UMNO mensasarkan 15 kerusi bagi membolehkan BN membentuk kerajaan.

Di Kedah pula, UMNO begitu bersemangat dan yakin akan menang besar apabila tersebar cerita bahawa Dato' Mukhriz Mahathir akan dinobatkan sebagai Menteri Besar yang baru. Tun Mahathir juga dikatakan akan 'all out' membantu BN pada PRU nanti bagi memastikan kemenangan di Kedah. Ini pastinya akan menjadi faktor peningkatan sokongan secara drastik kepada BN.

Aktiviti BN di 3 negeri ini boleh dilihat dengan jelas, namun apa yang berlaku di Kelantan juga tidak boleh dipandang sebelah mata. Dikhabarkan BN hanya memerlukan 5 kerusi DUN bagi mendapat majoriti mudah dan melihat dari perkembangan di Kelantan akhir-akhir ini, perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil.

Pastinya ramai yang menyangkal dan tidak mahu menerima pendapat dari pemerhatian penulis. Itu adalah hak masing-masing. Namun, adalah lebih elok jika PR tidak terus leka dan bertindak segera menangani perkara ini supaya tidak berputih mata gara-gara syok sendiri.

Cari makan ngan Tikus...

Posted: 27 Dec 2011 10:00 PM PST

Kampung tikus di Vietnam

SEORANG lelaki menangkap seekor tikus yang akan dijual di Kampung Canh Nau, Vietnam kelmarin.

HANOI, Vietnam – Daging tikus menjadi makanan istimewa buat penduduk Kampung Canh Nau yang terletak 40 kilometer dari sini.

Tikus dijual pada harga 80,000 dong (RM12.01) bagi setiap satu kilogram (kg) untuk dijadikan makanan.

Menurut media tempatan, kampung itu dikenali sebagai Kampung Tikus kerana secara puratanya, seratus kg tikus dijual pada setiap hari.

Tikus dimakan oleh penduduk kampung tersebut sebelum ini kerana kemiskinan.

Namun, daging haiwan itu menjadi makanan istimewa pada setiap penghujung bulan.

Tikus ditangkap dengan menggunakan perangkap, jaring dan baldi. – Agensi

Sedap betoi Nik Aziz tibai UMNO... kahkahkah...

Posted: 27 Dec 2011 07:55 PM PST

Umno sebenarnya ancaman kepada orang Melayu

Oleh TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

SAYA ingin berpesan kepada setiap ahli PAS supaya sentiasa bersedia untuk pilihan raya setiap saat. Pilihan raya bukan sahaja antara PAS dengan Umno, pilihan raya ini empat, lima tahun sekali, tapi sebenar pilihan raya adalah pilihan antara nafsu dan akal hari-hari.

Pilihan antara syaitan dengan malaikat, nak sembahyang atau tak sembahyang, nak bayar hutang atau tak nak bayar, makan kedai kopi nak bawa balik ke anak isteri atau habis di kedai. Orang yang bayar hutang bererti dia telah pangkah benda wajib, tak bayar hutang ertinya orang yang pangkah tidak wajib.

Bila dia pilih tidak bayar bererti dia pangkah yang salah. Oleh demikian, pilihan raya bukan antara PAS dengan Umno sahaja, tapi antara nafsu dengan akal. Di antara agama dengan tidak ingat agama. Bukan empat tahun sekali tetapi setiap saat, setiap detik.

Pilih hendak ke syurga atau neraka, nak ke syurga hutang kena bayar, sampai waktu sembahyang kena sembahyang, sampai waktu puasa kena puasa, sampai waktu tinggal rokok tinggal rokok. Saya di Kelantan saya sebut lama dah, nak jadi wakil rakyat mesti orang tidak merokok. Yang merokok saya tidak pilih, itu pandai-pandai dialah.

Dalam Perhimpunan Agung Umno mereka mainkan emosi untuk lawan kita, sedangkan perpecahan antara Muhyiddin dengan Najib begitu ketara. Najib mahu letak calon boleh menang iaitulah calon pilihannya, kroninya. Dengan serangan hebat dibuat atas kita, macam mana Tok Guru simpulkan PAU itu?

Umno (sebenarnya) ancaman bagi orang Melayu, sebab itu 60 tahun hidup orang Melayu tidak ke mana.

Umno sebut Melayu tiada kuasa sekarang, siapa jaga Melayu, kalau tidak Umno? Bila PAS guna Islam, maka sebanyak mana dikehendaki golongan kebangsaan ada belaka dalam Islam, sebanyak mana dikehendaki ekonomi ada belaka dalam Islam.

Banyak mana yang jaga Melayu ada belaka dalam Islam. Jadi mengapanya ambil Melayu sahaja, ambil Islam mencakupi segala- galanya. Ekonomi ada dalam Islam, jaga bangsa ada dalam Islam, sosial ada dalam Islam.

Dalam pimpinan politik ini, Tok Guru paling utama Umno serang. Tok Guru disuruh berhenti dan sebagainya.

Macam orang nak main bola dengan 'Red Warrior' (Kelantan) tapi Apek tak boleh jadi 'golkeeper'. Nak lawan apa, kalau nak lawan biarlah Apek jadi 'golkeeper'. Bubarlah pasukan kamu tu.

Tiada arah kecuali Islam. Islam ini baru betul-betul arah. Tak pasal-pasal Umno tolak Islam pilih kebangsaan. Arah tuju kita orang Islam nak masuk syurga. Arah tuju orang Umno nak jadi kaya. Kontrak sana sini, tak dapat kontrak, dia rasuah. Syurga neraka dia tidak fikir kerana tiada Islam, Islam hanya jadi tradisi. Umno tiru Eropah, bukannya tiru Nabi Muhammad.

Macam Eropah nak kaya jajah negeri sana, jajah sini, bunuh orang, tidak padan dengan negeri dia datang negeri orang. Kerana hendak kaya saja, syurga neraka bukan dia peduli.

PAS tonjolkan syurga neraka, tonjolkan dosa pahala, tonjolkan nafsu amarah syaitan iblis, tapi Umno tidak tonjolkan ini. Sedangkan inilah kelainan antara sekular dengan agama. Orang sekular tak tonjol langsung syurga neraka, tonjolnya hanya pembangunan.

Misalnya begini, pengajian matematik sains benda ni tak payah mari dari langit, tak payah wahyu dari langit kerana manusia ada otak.

Otak ni dah cukup untuk manusia faham teknologi, sains, matematik ni. Sebab itu kalau kita pergi mengaji matematik di Russia, dua kali dua sama empat. Pergi Amerika, dua kali dua sama empat juga. Kerana ini semua boleh guna otak.

Bahkan Russia yang kata tiada Tuhan, dia lebih terkehadapan dari segi ilmu angkasa. Kapal Soyuz tu, Amerika pun tumpang. Maknanya, komunis lebih terkehadapan untuk naik ke bulan, hal angkasawan.

Ini cukup dengan otak sahaja. Tetapi bila mari wahyu ertinya beri pada kita ilmu yang otak kita tak sampai hendak fikir. Dosa pahala mana orang hendak reti, syurga neraka mana orang nak faham, iblis nafsu di mana orang hendak tahu melainkan dengan wahyu.

Umno tidak tonjol benda ni. Kalau Umno tonjol benda ni, semua rakyat jadi PAS. Kerana syurga neraka ini bukan projek PAS, bukan projek kerajaan, tapi projek Allah.

Allah yang buat bumi, Allah yang buat langit, Allah itu juga akan buat kiamat, akan buat azab kubur. Oleh yang demikian, kalau Umno tak tunjuk benda ni ertinya Umno telah potong 50 peratus daripada ajaran ilmu wahyu.

PAS tonjol benda ni hingga Umno kata susah Nik Aziz ni kata syurga neraka. Dah memang agama ni begitu. Syurga neraka ni barang ada, kita terima memang dia ada, kita tak terima pun dia ada, jadi baik kita terima.

Hari ini orang Eropah pun sudah boleh sistem kewangan Islam selepas keruntuhan dan krisis ekonomi Amerika dua tahun lepas.

Sistem perbankan Islam mula berkembang sekarang. Itu baru ekonomi Islam, insya-Allah sikit lagi akidah Islam juga dunia akan terima. Sekarang ini banyak bank Islam walaupun masih ada kelemahankelemahannya, tapi orang boleh terimanya.

Hari ini walaupun tiada krisis ekonomi tapi (berlaku) hutang atas hutang. Hutang ini bukan apa, dipanggil 'al-gharar' iaitu spekulasi. Islam akan diterima dunia.

Kepala masam betoi dia nih...

Posted: 27 Dec 2011 07:26 PM PST

Pegawai polis kena tetak ketika serah saman

ALOR SETAR - Seorang pegawai polis cedera parah ditetak manakala seorang lagi cedera ringan setelah terlibat dalam satu pergelutan dengan seorang lelaki di Kampung Gelam 2, Alor Pudak, Bukit Besar dekat Yan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, Inspektor Mohd. Firdaus Zainal, 29, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, cedera parah di kaki kiri dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala seorang lagi mangsa, iaitu pegawai polis berpangkat Inspektor, menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Yan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sepasukan 12 pegawai dan anggota polis ke rumah suspek yang berusia 45 tahun bagi menyerahkan saman kepada suspek berhubung satu kes lain.

Beliau berkata, suspek yang melihat kehadiran polis mengambil parang panjang sebelum menyerang pegawai serta anggota polis itu serta merosakkan kenderaan mereka.

"Suspek dan pasukan polis itu terlibat dalam pergelutan dan pihak polis tidak menggunakan senjata kerana mahu menangkap suspek secara biasa. Seorang pegawai kena libasan parang dan mengalami kecederaan serius," katanya kepada pemberita ketika melawat Mohd. Firdaus. - BERNAMA

PAS yang pelik...

Posted: 27 Dec 2011 06:00 PM PST


Esok akan berlaku perkara yang mematikan semua spekulasi

Esok akan ada satu Majlis yang akan menghentikan semua spekulasi-spekulasi jahat golongan Parasit di dalam PAS.

Program yang baik ini telah dihalang dengan sedaya upaya mungkin oleh golongan parasit supaya tidak berjaya.

Semua kita doakan semoga ia berjaya Iallah.

Saya telah berhenti menulis artikel untuk mendedahkan isu-isu kekeliruan di dalam parti setelah menerima email dari seorang ustaz dari majlis syura yang meminta tolong saya berbuat demikian. Antara isi kandungan email tersebut ialah: "Kalau boleh enta tolong hentikan sebab kebanyakan orang menuduh yang memberikan maklumat itu adalah saya".

Justeru menghormati permintaannya dan menjaga kedudukannya takut2 dituduh kerana tuduhan-tuduhan jahat golongan parasit di dalam jemaah ini cukup berleluasa setelah mereka menguasai banyak kerusi.

Dari sumber dalaman, saya mendapat maklumat bahawa esok (27 Disember 2011) akan ada satu peristiwa penting yang akan menamatkan semua spekulasi-spekulasi tidak berasas golongan parasit terhadap musuh-musuh mereka dikalangan pendokong PAS. "Musuh mereka" yang saya maksudkan ialah, sesiapa sahaja yang boleh dianggap penghalang kepada agenda JIM seperti Dr. Hassan Ali, Ustaz Nasharuddin dan lain-lain yang saya gariskan di bawah:

1. Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din.
2. Tuan Guru Dato' presiden.
3. YAB Dato' Azizan.
dan lain-lain.

Tetapi tiga di atas adalah antara target utama mereka.

Iallah, nanti saya akan dedahkan satu-satu.

http://selamatkan-pas.blogspot.com/

Transformers... kahkahkah...

Posted: 27 Dec 2011 05:00 PM PST

MAT MONGOL JADI TRANSFORMER


KENYATAAN MEDIA
27hb Disember 2011

PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI: KERAJAAN MENGELAK DARI MENJAWAB ISU YANG DIBANGKITKAN

Saya meneliti jawapan kerajaan Dato' Seri Najib terhadap kritikan saya yang terkandung dalam satu ucapan di ibu kota bertarikh 15hb Disember 2011. Ucapan tersebut yang berjudul Debunking ETP: Widening Income Gap menegaskan kaedah yang sedang dilaksanakan kerajaan, Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) merupakan suatu kebijakan ekonomi lapuk dan gagal membawa sebarang perubahan.

Jawapan tersebut tidak menjawab persoalan utama yang saya lontarkan, iaitu menjelang tahun 2020, sekitar 7 hingga 8.3 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan bakal digolongkan sebagai miskin bandar. Jumlah ini merangkumi sehingga 51% tenaga kerja negara ini dalam tahun 2020, berbanding 56% bagi tahun 2009.

Makanya, sebuah program ekonomi yang tidak berjaya meningkatkan pendapatan rakyat terbanyak malah menambah bilangan rakyat termiskin adalah perancangan ekonomi yang tempang dan membelakangkan kebajikan rakyat. Persoalan utama ini wajar dijawab denganberkesan oleh Perdana Menteri sendiri.

Apatah lagi apabila hujah saya dikemukakan dengan mengambil kira unjuran-unjuran ETP meragukan. Misalnya unjuran pertumbuhan upah 3.6% setiap tahun, dari tahun 2010 sehingga tahun 2020 yang bertentangan dengan pertumbuhan upah pekerja tahun 2000 hingga 2009 yang hanya menokok sekitar 2.6% setiap tahun manakala kos sara hidup meningkat mengatasi pertumbuhan upah. Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Kajian Pasaran Buruh 2009 yang melibatkan 24,000 majikan dan 1.3 juta pekerja.

Laporan tersebut menyatakan 33.8% dari jumlah pekerja tersebut mendapat upah kurang dari RM 700 sebulan. Angka ini sekiranya diunjurkan kepada keseluruhan tenaga kerja negara menyimpulkan 34% dari jumlah keseluruhan tenaga kerja negara berada di bawah paras kemiskinan. Justeru berdasarkan fakta-fakta ini, unjuran pertumbuhan upah pada paras 3.6% adalah tidak tepat.

Manakala itu unjuran kerajaan bahawa inflasi akan berada pada paras 2.8% setiap tahun sehingga tahun 2020 juga tidak realistik apabila kadar inflasi sejak 12 bulan lalu sentiasa melangkaui paras 3%. Sasaran untuk mencapai pendapatan kasar kebangsaan (gross national income) per kapita sebanyak RM 48,000 setahun pada tahun 2020 tidak akan dicapai sekiranya inflasi melebihi dari 2.8% untuk tahun mendatang.

Jika inflasi purata sehingga tahun 2020 mencecah 4% setiap tahun, dianggarkan seramai 7.6 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan dalam tahun 2020, meningkat sebanyak 1 juta berbanding jumlah 6.6 juta dalam tahun 2009. Keadaan ini lebih parah sekiranya inflasi purata mencecah 6% setiap tahun bila mana jumlah rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan adalah 8.3 juta orang.

Persoalan paling utama yang langsung tidak dijawab adalah kesimpulan saya bahawa kekayaan negara akan semakin dibolot golongan kaya di bawah ETP sementara rakyat terbanyak dipinggirkan. Perdana Menteri Dato' Seri Najib langsung tidak menafikan analisa saya bahawa nisbah upah pekerja kepada pendapatan kasar negara akan berkurangan dari 40% (tahun 2009) kepada 33% sahaja (tahun 2020). Walhal, ini merupakan permasalahan utama di negara kita, manakala golongan kecil, keluarga dan kroni mengaut kekayaan, sementara majoriti rakyat dibebankan dengan kos sara hidup yang melonjak sedangkan pendapatan tidak meningkat.

Persoalan-persoalan ini adalah isu besar ekonomi negara apabila pentadbiran sedia ada menyalurkan seluruh kekayaan negara untuk membiayai projek-projek besar di bawah ETP. Malang sekali apabila kesannya kepada rakyat adalah menambah golongan miskin dan melebarkan jurang di antara yang miskin dan kaya menjelang tahun 2020 nanti.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Berani ka Anwar penjarakan Najib... Oppss... Berani ka Najib penjarakan Anwar...

Posted: 27 Dec 2011 04:37 PM PST

Dilema Najib Andai Anwar Di Penjara

Oleh Mat Zahari Ali

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu menyampaikan ucapan di Kongres PKR ke-8, di Johor Bharu, November lalu menyeru supaya gerakan reformasi bagi membebaskan negara dari cengkaman Umno/BN perlu terus digerakkan walaupun beliau akan di penjara.

Manakala tarikh 9 Januari tahun depan akan menjadi satu detik bersejarah yang akan menentukan samaada Ketua Umum PKR itu ke penjara atau tidak.

Keputusan tersebut bukan sahaja dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia malah turut dinantikan oleh seluruh media antarabangsa.

Dikalangan media antarabangsa akan melihat isu yang dibabitkan ke atas Anwar merupakan 'kaedah tradisi'yang dilakukan oleh seluruh pemerintah di dunia untuk menyingkirkan musuh politik mereka.

Kalau Anwar Dibebas...

Membebaskan Anwar dari hukuman penjara akan memberikan persepsi bahawa segala konspirasi untuk menfitnah dan mengaibkan beliau selama ini telah gagal.

Di mata rakyat pula, pembebasan Anwar akan memperjelaskan lagi bahawa Anwar tidak bersalah. Di masa yang sama rakyat akan mengutuk pelbagai 'adegan' samaada pertuduhan yang disabitkan dengan Saiful Bukhari Azlan atau filem prono yang dikaitkan dengan 'skuad' trio Datuk 'T'.

Kesimpulannya, Pembebasan bukan hanya sekadar kemenangan besar terhadap personaliti Anwar sahaja malah kepimpinan serta parti yang beliau wakili turut mendapat kemenangan saikologi.

Atau dalam lain perkataan, seluruh rakyat akan percaya bahawa segala tindak tanduk selama ini adalah perancangan yang sengaja di atur oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk mengenakan Anwar.

Namun perencanaan tersebut ternyata membenarkan lagi tanggapan rakyat bahawa rentetan fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib.

Maka tokoh yang akan menjadi bahan telunjuk seluruh rakyat adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebagai Perdana Menteri dan pemimpin tertinggi negara pula, penolakan rakyat terhadap beliau merupakan pantang larang yang amat mencarik adat seorang pemimpin.

Justeru, diatas fakta inilah juga mungkin Anwar membuat kenyataan bahawa beliau akan di penjara walau dalam apa situasi kebenaran pun.

Dilema Najib

Najib paling takut dilebel sebagai pemimpin terakhir dalam pemerintahan yang lebih 54 tahun diterajui Umno. Ini bukan hanya akan memburukkan keturunan beliau malah seluruh anggota parti akan menuding jari meletakkan kesalahan terhadap beliau sekiranya gagal meneruskan kesinambungan Umno selama ini.

Pengalaman Tun Abdullah Badawi ekoran prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu sehingga memaksa beliau melepas jawatan sebagai perdana menteri mungkin masih segar dalam ingatan Najib.

Justeru mengulangi kesilapan Abdullah tidak ubah seperti memasang jerangkap samar untuk mengorbankan diri sendiri.

Kalau Anwar dipenjara ...

Berdasarkan pandangan penganalisa politik dan peramal media dalam maupun luar negara, ramai menyatakan Anwar akan di penjara walau apa pun keadaannya.

Pandangan tersebut bukan berkhilaf kepada kekuatan yang akan membawa kemenangan Anwar memimpin jentera pilihanraya PR ketika menghadapi kempen pilihanraya Umum (PRU) sekiranya beliau bebas. Namun Mungkin juga Najib melihat melepasi persepsi tersebut.

Najib juga sedar samaada Anwar di penjara atau tidak gerakan kebangkitan rakyat akan tetap berlaku.

Kemenangan terbesar pembangkang dalam PRU ke-10 pada 1999 dimana PAS memenangi 32 kerusi parlimen dan DAP 10 kerusi semuanya berkisar kepada isu kebangkitan rakyat kerana simpati dengan Anwar yang dipenjara oleh Dr Mahathir.

Persoalannya apakah dengan sekali lagi membawa Anwar ke penjara akan mengujudkan memontum kebangkitan rakyat yang sama setelah pelbagai isu moral ditimpakan dikepala Anwar dengan pelbagai 'bukti' seperti kes Saiful dan gambar prono.

Apakah dengan menggunakan media-media milik Umno bagi memburukkan imej dan kredibiliti Anwar sudah memadai untuk rakyat mempercayainya lalu menolak Anwar dan PR dalam PRU ke-13 nanti?.

Apakah juga dengan isu liwat dan sex bersama pelacur yang disensaikan dengan penuh bergaya sebelum ini berjaya mempengaruhi rakyat untuk membenci Anwar serta PR yang diterajui beliau?.

Di atas hukum realiti, memenjarakan Anwar akan menambahkan lagi koleksi isu PR untuk kempen menjelang PRU nanti.

Apakah dengan membawa kembali Anwar ke Sungai Buluh akan membolehkan isu NFC yang teruk membelenggu Najib dapat di alih kepada isu penganiayaan pada Anwar.

Di peringkat antarabangsa pula, Najib akan menerima pelbagai tekanan berhubung amalan demokrasi dibawah pimpinan beliau sekiranya ketua pembangkang itu dipenjarakan.

Pilihanraya dan sistem dua parti

Gesaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini supaya Najib mengadakan PRU pada saat akhir penggal (March 2013) bukan sekadar masej bagi mengelak negeri-negeri PR mengadakan pilihanraya berasingan.

Tetapi disebabkan Dr Mahathir mungkin telah berjaya menghidu sesuatu yang kurang enak berhubung pencapaian BN untuk memenangi PRU 13 nanti.

Perlu di ingat Dr Mahathir adalah seorang yang sangat berpengalaman dalam menghadapi PRU setelah lebih 22 tahun memerintah negara.

Manakala bagi Najib pula, inilah kali pertama beliau akan berhadapan detik paling mencabar dalam kerjaya kepimpinan beliau sebagai pemimpin tertinggi negara.

Apa pun zaman Dr Mahathir dan era Najib situasinya agak berbeza. Era Mahathir pembangkang terdiri dari palbagai parti politik tetapi zaman Najib negara sedang bergerak ke arah sistem dua parti.

Sistem dua parti akan memberi peluang yang lebih besar kepada rakyat untuk menukar dan menggantikan kerajaan. Ini bermaksud sekiranya kerajaan semasa tidak berjaya membantu dan menolong rakyat, rakyat mampu menukarkannya pada pilihanraya akan datang.

Ini disebabkan hanya ada dua parti sahaja yang bertanding, pembangkang dan kerajaan.

Faktor ini jugalah yang merungsingkan Najib dan Dr Mahathir. Mood rakyat untuk menukar kerajaan setelah Umno/BN memerintah lebih 54 tahun telah bergema sejak bermulanya era reformasi jalanan pada 1988.

Sepuluh tahun kemudian, tsunami politik melanda negara. Enam negeri termasuk wilayah persekutuan jatuh ketangan pembangkang.

Survival BN

PRU ke-13 menyaksikan 70 peratus pengundi berdaftar adalah pengundi muda berusia 21 - 40 tahun. Kebanyakan mereka adalah generasi Media Baru yang majoritinya cenderung kepada pembangkang. Manakala selebihnya terdiri dari pengundi atas pagar yang tidak terpengaruh dengan sentimen perjuangan masa lampau serta pengaruh ras dan agama.

Secara langsung generasi ini adalah penentu kerajaan selepas PRU 13.

Kebimbangan besar Najib bukan sekadar untuk mempertahankan Putrajaya semata-mata malah beban yang akan ditanggung selepas kejatuhan Umno/BN selepas lebih 54 tahun menguasai negara lebih memeritkan.

Sebagai sebuah kerajaan baru, Pakatan Rakyat (PR) setentunya akan memastikan segala penyelewengan wang negara dibongkar untuk mengembalikan maruah negara.

Secara tidak langsung segala kepincangan yang berlaku selama 54 tahun Umno/BN memerintah akan diketahui rakyat.

Media Baru

Entah apa anginnya, tiba-tiba pada tahun ini Najib membina facebook dan twitternya. Mungkin diatas sebab baru menyedari pengaruh media baru yang ternyata lebih berkesan dari media milik Umno.

Tapi semua sedia maklum, yang updatenya mungkin sekali sekala Najib tetapi selebihnya agen-agen APCO atau agen-agen penasihat media beliau yang dibayar berjuta-juta ringgit.

Perlu disedari juga BN mempunyai 26 saluran media termasuk radio dan media cetak. Ini tidak termasuk lapan saluran tv di seluruh negara. Apakah saluran media ini masih belum cukup untuk menyebarkan propoganda BN?.

Rakyat menolak media-media ini disebabkan terlalu banyak 'mengampu' dan 'over propoganda' sehingga rakyat jelek untuk menatap media-media kerajaan.

Dalam konteks media baru ini, Pembangkang memang jauh lebih 'advance' jika dibandingkan dengan keselesaan Najib dan BN sebelum ini.

Dengan pelbagai sekatan maklumat dan media yang dilakukan oleh BN kepada pembangkang selama ini telah menjadikan pembangkang lebih maju menggunakan media baru dalam berkomunikasi bagi menyebar maklumat kepada masyarakat awam.

Maka tidak hairanlah pelbagai usaha dilakukan oleh Kementerian Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan untuk menyekat pelbagai saluran maklumat untuk disebar kepada rakyat. Ini tidak termasuk pelbagai akta seperti akta penerbitan dan mesin cetak yang semuanya berkisar kepada usaha membelenggu saluran maklumat sampai kepada rakyat.

Begitu juga baru-baru ini kerajaan mahu menubuhkan Majlis Perundiang Media bertujuan memantau bahan-bahan berita di internet.

Kedudukan Malaysia pula jatuh 10 anak tangga kepada 141 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2010 iaitu yang terendah dalam tempoh sembilan tahun dari senarai 178 negara.

Persoalannya apakah dengan memenjarakan Anwar akan menghalang rakyat dari mendapat maklumat berhubung pelbagai penyelewengan dan salah guna kuasa BN selama ini.

Mungkin juga Najib ada alasan dan jawapannya yang tersendiri bagi memastikan survival politik dan masa depan parti pimpinannya disaat rakyat sedang menolak Umno/BN dari terus menguasai negara.

Merokok tu haram...

Posted: 27 Dec 2011 03:05 PM PST

Jangan ambil mudah fatwa merokok adalah haram

PUTRAJAYA: Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha.

Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.

Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.

Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah:

1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

iv. Imam al-Syafi'e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:" Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri".

v. Para ulama' sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan".

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A'raf ayat 157 yang bermaksud; " Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk".

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan". (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud " menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan"

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : "Pemborosan adalah haram". Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama' muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.

Antaranya seperti berikut:

a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.

b. Ulama'-ulama' semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.

c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya "Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud" telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.

2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat'ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama' terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma' Ulama', Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.

3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

" Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama'-ulama' fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan."

"Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya."

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.- Sumber disini

Tiada ulasan: