shalehudin |
- Kadang-kadang tak paham betoi aku ngan PAS nih...
- Rosak habih la ngan anak didik Anwar nih... kahkahkah...
- Haluih ja aku tengok muka orang tua nih...
- Ketagih nak berbohong...
- Kalau Anwar dipenjara...
- Jangan ambik mudah benda alah nih...
- Kelahiran paling pelik di Dunia...
- Mai tengok 3 negeri Pakatan yang dalam bahaya
- Kurang ajar...
- UMNO bengong, percaya pada tukang tilik Cina...
- JIM akan dibubar tahun depan...
Kadang-kadang tak paham betoi aku ngan PAS nih... Posted: 27 Dec 2011 08:50 AM PST Esok akan berlaku perkara yang mematikan semua spekulasi Esok akan ada satu Majlis yang akan menghentikan semua spekulasi-spekulasi jahat golongan Parasit di dalam PAS. Program yang baik ini telah dihalang dengan sedaya upaya mungkin oleh golongan parasit supaya tidak berjaya. Semua kita doakan semoga ia berjaya Iallah. Saya telah berhenti menulis artikel untuk mendedahkan isu-isu kekeliruan di dalam parti setelah menerima email dari seorang ustaz dari majlis syura yang meminta tolong saya berbuat demikian. Antara isi kandungan email tersebut ialah: "Kalau boleh enta tolong hentikan sebab kebanyakan orang menuduh yang memberikan maklumat itu adalah saya". Justeru menghormati permintaannya dan menjaga kedudukannya takut2 dituduh kerana tuduhan-tuduhan jahat golongan parasit di dalam jemaah ini cukup berleluasa setelah mereka menguasai banyak kerusi. Dari sumber dalaman, saya mendapat maklumat bahawa esok (27 Disember 2011) akan ada satu peristiwa penting yang akan menamatkan semua spekulasi-spekulasi tidak berasas golongan parasit terhadap musuh-musuh mereka dikalangan pendokong PAS. "Musuh mereka" yang saya maksudkan ialah, sesiapa sahaja yang boleh dianggap penghalang kepada agenda JIM seperti Dr. Hassan Ali, Ustaz Nasharuddin dan lain-lain yang saya gariskan di bawah: 1. Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din. 2. Tuan Guru Dato' presiden. 3. YAB Dato' Azizan. dan lain-lain. Tetapi tiga di atas adalah antara target utama mereka. Iallah, nanti saya akan dedahkan satu-satu. http://selamatkan-pas.blogspot.com/ |
Rosak habih la ngan anak didik Anwar nih... kahkahkah... Posted: 27 Dec 2011 06:00 AM PST Anak didik DSAI yang terkulai layu: Roslan Kassim Assalamualaikum,,.. Di zaman refomasi 1998, Terdapat beberapa personaliti yang beketrampilan hebat tampil menentang kezaliman Mahathir, di antaranya ialah Roslan Kassim, peguam muda yang berjiwa besar untuk menegak keadilan di bumi Malaysia.Di mana Roslan Kassim sekarang?Masih hebat berjuang demi generasi baru Malaysia?Masih kental mempertahankan keadilan untuk semua?Atau sudah jadi tahi lembu bersama Sharizat?Atau menjadi burung kakak tua macam Kamal saidin?Roslan hilang ari senario politk negara sejak keluar dari Keadilan(PKR) sesudah 5 tahun berjuang dengan sumpah setia bersama DSAI. Roslan hilang dari kancah politik tetapi tidak hilang dari aktiviti politik cuma fokusnya berubah. Kalau dulu Roslan berpolitik untuk cita cita Malaysia baru, tetapi kini Roslan berpolitik untuk mengenyangkan perutnya semata mata. Roslan sudah tidak hirau kepada nasib generasi muda yang dirosakkan malah Roslan turut sama merosakkan generasi tersebut kerana Roslan sejak keluar dari PKR memilih menjadi burung kakak tua yang hanya pandai berkata kata tetapi tidak tahu makna apa yang dikatakan itu, asalkan selepas bercakap dia mendapat sebutir jagung untuk mengenyangkan perutnya sahaja. Apa berlaku pada orang lain sudah tidak dihiraukan oleh Roslan seperti satu masa dulu. Pada 8-10 disember yang baru lalu, satu kursus dalam tugasan bagi guru guru dan kakitangan sekolah agama seluruh Terengganu telah diadakan di hotel COSTA Melaka dan di sana, Roslan Kassim muncul untuk menyanyi dan menari. Lagunya, DAP mahu menguasai Malaysia dengan menggunakan PAS dan PKR sebagai batu loncatan. Nyanyiannya di hadapan warga pendidik nampak sumbang, tetapi sebagai seeokor burung kakak tua, Roslan sudah tidak ada "feel" dan sudah hilang segan menyanyi di hadapan warga pendidik yang bermaklumat dan waras. Nampaknya UMNO meneruskan agenda menipu kakitangan awam dan warga pendidik menerusi pendekatan BTN dengan menggunakan wang rakyat. Roslan mengajak warga pendidik supaya menolak DAP yang didominasikan oleh orang cina kerana orang melayu bakal hilang kuasa kalau DAP berkuasa. Lihatlah bagaimana UMNO menggunakan wang rakyat untuk mengajak rakyat membenci orang cina yang menyokong DAP. Dan burung kakak tua macam Roslan digunakan, di mana untuk menyakinkan warga pendidik yang mendengarnya, Roslan bercerita yang beliau pernah bersama DSAI dan pernah ditahan ISA selama sebulan kerana penglibatan dalam refomasi. Tetapi akhirnya beliau menyedari DSAI tidak boleh diharapkan,akhirnya beliau mengambil keputusan untuk keluar dan bersama UMNO demi orang melayu. Sekali imbas, alasan yang diberi oleh Roslan hampir sama dengan alasan yang diberikan oleh beberapa "katak" yang melompat masuk ke tong taik UMNO seperti Sabree Cheek dan Fairuz yang dah jadi Dr sejak melompat masuk ke tong taik UMNO. Begitu juga dengan Luqman Nor Adam dan Ezam senatak. Kepada yang memerhati dan memahami dengan hati yang tulus, alasan Roslan dan lain lain katak itu hanya menyembunyikan sesuatu kerana alasan melompat dari kem pembangkang ke tong taik UMNO demi kesinambungan survival bangsa melayu adalah janggal, janggal kerana apa yang sebenarnya berlaku ialah yang menyebabkan melayu semakin ke belakang ialah UMNO bukan pembangkang, baik PKR atau PAS atau juga DAP. Malah yang jelas memberi masalah kepada melayu ialah MCA, juga dikuasai oleh orang cina dan bersengkongkol pula dengan UMNO. Banyak kes kerosakan melayu yang berpunca dari MCA sudah dibangkitkan tetapi nampaknya tidak memberi kesan kepada orang orang seperti Roslan. Ini disebabkan Roslan telah ditransfom kepada burung kakak tua oleh UMNO menerusi kepakaran BTN yang menggunakan dana rakyat. Roslan mengajak warga pendidik supaya jangan sokong DAP serta menolak PAS dam PKR kerana bekerjasama dengan DAP untuk menguasai negara tetapi Roslan buat selamba jer dengan MCA sedangkan MCA merupakan musuh orang melayu nombor satu sekarang ini kerana orang melayu yang beragama Islam umumnya(kecuali orang melayu yang masih bersama UMNO dalam tong taik) mahukan hudud dilaksana sebagai pemangkin carahidup Islam yang sudah lama ditinggalkan melayu, mendapati MCAlah penghalang utama hudud. Roslan juga buat selamba land dengan sikap presiden MCA yang merupakan seorang penzina yang disahkan dan pelakon filim biru tetapi Roslan lupa semasa beliau menyampaikan ceramahnya, warga pendidik di hadapannya membuat perbandingan setiap patah dan fakta yang disampaikan dengan apa sebenarnya berlaku, ini bermakna setiap kali Roslan mengajak warga pendidik menolak DAP maka setiap kali juga yang terbayang di kepala warga pendidik itu, yang patut ditolak ialah MCA. Ketika Roslan mengajak warga pendidik menolak PAS dan PKR maka setiap kali juga yang terbayang ialah UMNO yang patut ditolak. Sebagai seekor bururng kakak tua, Roslan tidak kisah samaada yang disampaikan itu betul atau salah, samada orang yang mendengarnya menyedari klentongnya atau tidak. Inilah sikap membuncitkan perut yang ditunjukkan Roslan tanpa mengira lagi samaada ianya memberi menafaat kepada keadilan yang pernah Roslan cita citakan. Roslan ialah antara anak didik DSAI yang akhirnya terkulai layu kerana tidak tahan lapar sama seperti yang lainnya yang men"evolusi"kan diri mereka kepada katak kemudian burung kakak tua dan kini tahi lembu bersama Sharizat. " |
Haluih ja aku tengok muka orang tua nih... Posted: 27 Dec 2011 04:30 AM PST Ramasamy: The Star punca pertelingkahan dengan Karpal Oleh Mohd Farhan Darwis KUALA LUMPUR, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P. Ramasamy hari ini menyalahkan akhbar The Star atas pengeluaran artikel yang menjadi punca pertelingkahan dirinya dengan Karpal Singh kerana memutar belitkan fakta. Ramasamy mendakwa kenyataannya berkenaan terdapat penyelewengan dalam kalangan pemimpin DAP dan pergerakan untuk menyingkirkan dirinya dari dalam parti seperti yang dilaporkan akhbar The Star pada 23 Disember lalu adalah tidak benar dan berasas. Menurut Ahli Parlimen Batu Kawan ini, kenyataan yang dibuatnya adalah berkisar pembangunan Pulau Pinang dan bukannya terdapat cubaan untuk menyingkirkan dirinya dari parti dan penyelewengan dalam DAP. "Punca kepada kontoversi yang timbul baru-baru ini adalah daripada perbualan saya dengan dua wartawan, seorang dari The Star dan seorang lagi daripada wartawan 'online' pada 21 Disember. "Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Saya yakin 99 peratus daripada perbualan berkenaan hanya berkisar berkenaan pembangunan Pulau Pinang dan tidak melibatkan sebarang tuduhan terhadap pemimpin DAP," katanya lagi. Tambahnya lagi, "kenyataan yang dikeluarkan oleh The Star itu adalah tidak berasas dan dilakukan dengan sewenang-wenangnya". "Saya tidak pernah membuat kenyataan sedemikian, dan wartawan terbabit turut menyatakan kekesalan terhadap perkara yang berlaku. Menurut Ramasamy lagi, wartawan 'online' terbabit turut menyemak semula kenyataannya dan mengesahkan beliau tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Saya sudah menyatakan kekesalan kepada wartawan terbabit atas berita yang dikeluarkan, dan wartawan berkenaan berjanji akan memperbetulkan kesilapan terbabit, namun begitu, keesokan harinya, kenyataan yang dikeluarkan dalam satu ayat itu berbunyi '' Professor menukar kenyataan lagi'' dan pada hari yang sama juga, Pengerusi DAP, Karpal Singh menuntut saya meletak jawatan," katanya menjelaskan perkara itu dalam sidang media di sini. Ketika ditanya berkenaan krisis antara dirinya dan Karpal, Ramasamy enggan memberikan sebarang ulasan, sebaliknya menyerahkannya kepada pimpinan parti itu. "Tiada komen, saya tidak mempunyai masalah dengan Pengerusi DAP, biar parti yang tentukan," katanya lagi. |
Posted: 27 Dec 2011 03:00 AM PST Pemimpin; ketagihnya berbohong Oleh Bara Jiwa "Siapakah Sang Munafik itu?" demikian guru agama kami bertanya sebaik saja memasuki kelas. Ketika itu aku masih di sekolah menengah rendah, mungkin dalam tingkatan dua. Ya, guru agama kami yang sering bersyarah tentang pelbagai tajuk selain daripada apa yang termaktub dalam sukatan pelajaran itu, ingin tahu tanda-tanda sang munafik. Waktu itu tak ada yang memberikan jawapan. "Apakah tandanya bahawa seseorang itu munafik?" ulangi Cikgu agama sambil menapak ke kiri dan ke kanan di depan kelas. "Tanda-tanda munafik itu begini: Apabila berjanji dia mungkir, apabila bercakap dia berbohong dan apabila diberikan amanah, dia khianat." Beberapa waktu kemudian aku menemui ayat-ayat seperti lain dalam Surah Al-Baqarah (2: 9-10, 12-14, 200 – 201, 204) tentang perangai dan sifat mereka yang munafik ini. 2. Sejak dulu lagi kegamatan pertempuran Pas dan Umno merebut trofi Juara Islam tidak pernah reda walaupun perlembagaan negara kita sudahpun memaktubkan bahawa Islam itu agama rasmi negara dengan klausa tambahan bahawa agama-agama lain bebas diamalkan. Kita dapat perhatikan bagaimana siri-siri pergelutan untuk menjadi juara Islam itu semakin sengit, lebih-lebih lagi setiap kali tibanya musim pilihan raya. Ertinya setiap kali negara kita di ambang pilihan raya umum, pertandingan merebut Sang Juara Islam ini diulangi. Entah bersenjatakan nasihat pakar Islam mana, atau mungkin atas nasihat dan dorongan pakar strategik yang tertentu, pada suatu hari yang terang benderang tanpa hujan tanpa ributnya, tiba-tiba saja sejarah rentap-merentap dalam menentukan siapakah juara tulen dan pembela sebenar Islam ini telah memasuki fasa kejutannya ―seorang Perdana Menteri mengisytiharkan ― dengan lantang sekali ― sesungguhnya negara ini adalah negara 'Islam' yang sebenar. Pengisytiharan ini dikira menjadikan pukulan maut kepada Pas. Ertinya parti Islam itu telah kalah total kerana tertinggal dalam perebutan menjadi Sang Juara. Pengumuman ini membuat ramai politikawan yang terlondeh. Yang terlondeh dan terkapa-kapa ini termasuk para kerabat kental BN sendiri. Apakah tuan masih ingat segala reaksi ketua-ketua parti komponen BN akibat pengisytiharan penuh kejutan ini? Ya, apakah yang telah mereka lakukan? Adakah Chua Soi Lek (yang belum Presiden ketika itu) lakukan? Apakah orang besar MCA ini serta merta ajurkan seminar hudud? Jika kita salah ingat, para pemimpin parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan sunyi dan sepi. Mereka menikus. Masing-masing mencawat ekornya lalu bersembunyi di balik kandang. Yang cukup lantang dan begitu keras memprotes bahawa ini adalah negara sekular ialah Karpal Singh dari DAP. Apa pun yang terjadi kemudiannya, semenjak itu maka sahlah dan rasmilah 'keIslaman'nya negara kita. 3. Ya, di permulaan abad ke-21 ini kitalah di antara negara Islam di dunia ini. Ya, kitalah Negara Islam kaya lambang dan jenuh label Islam itu, sebuah negara Islam diterajui pula oleh puak puaka politikawan pemerintah yang rata-rata bukan saja begitu selesa ― malah begitu percaya dan yakin sekali dengan amalan serta kaedah politik Machiavellinya. Pertentangan nilai yang kononnya menjadi panduan dan pegangan itu rupa-rupanya tidak serasi dengan pelbagai amalan songsang di dunia yang nyata. Ini menyebabkan kecelaruan yang maha dahsyat. Ya, kecelaruan-kecelaruan akibat ketidakserasian serta pertentangan nilai Islam dan kehendak nafsu (real-politik?) yang mereka ciptakan menjadikan seluruh struktur kepimpinan itu benang-benang kusut yang sudahpun bersimpul mati. Sebagai contoh lihatlah bagaimana satu ketika dulu seorang politikawan terbesar Negara Islam ini berhujah ― untuk dihormati, orang-orang Melayu (1) mestilah kaya raya. Sebagai tambahan dia juga berhujah bahawa bahasa sesuatu bangsa itu dihormati jika bangsanya kaya raya. Falsafah ini dibentangkan secara terbuka dan meluas kepada seluruh negara. Hujah bahawa sesiapa yang miskin dan melarat tidak mungkin dihormati telah memacu segala Melayu, khususnya Ketua-ketua Bahagian untuk cepat-cepat kaya. Maka perlahan-lahan tanpa syak mereka pun berpura-pura dan berlakon. Dan demi kelangsungan hidup yang berserabut, mereka telah ramai-ramai memilih memakai pakaian munafik. Apakah tuan tidak percaya betapa absurdnya halatuju kita? Ketika falsafah itu dibentangkan adakah sesiapa yang bangun menyanggah bahawa itu adalah teori karut lagi bejat? Bahawa falsafah pembangunan manusia Malaysia seperti itu adalah karut itu tidak boleh dipakai dan bahawa teori seumpama ini tak sewajarnya keluar dari mulut seorang pemimpin. Malangnya biar pun betapa karut dan tidak masuk akalnya gagasan seperti itu, maka kekayaan juga yang mereka kejari. Maka ketua-ketua Bahagian mestilah kaya cepat untuk dihormati. Maka mereka semua berlumba-lumba untuk mejadi kaya raya supaya dipilih menjadi calon. Saban hari mereka pun makan dan minum angka pasaran saham, sepuas-puasnya. Yang menjadi pemimpin teruja melihat sahamnya mencanak di pasaran. 4. Sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan, para pemimpin yang mesti kaya supaya mereka dihormati in, perlulah melengkapkan diri sepenuhnya sebagai persediaan menjadi calon. Mereka juga nilaitambahkan diri masing-masing dengan kualiti tambahan yang diperlukan sebagai ahli-ahli politik, mereka value-add dengan kemahiran-kemahiran yang lain. Ertinya untuk dipilih, mereka bukan saja mesti kaya@berduit supaya mampu menyuap para perwakilan yang bagaikan buaya yang lapar tetapi mereka juga mestilah hebat berbohong. Ahli-ahli politik jenis ini sentiasa saja berbohong kepada khalayaknya dan mereka berbohong berulang-ulang kali seolah-olah apa yang mereka bohongi itu tidak mungkin membawa maksud lain kecuali kebenaran belaka. Ini bermakna langam berbohong, penipuan, putar-belit dan konspirasi ala Machiavelli telah mereka angkat sebagai satu yang wajar. Oleh sebab keterlaluan gemarnya mereka berbohong, akhirnya mereka sehingga menjadi ketagih yang amat sangat berbohong. 5. Sebagai penutup kita petik bahagian ini, kisah seorang Komunis yang selalu dituduh sebagai anti Tuhan itu: Even Chin Peng had his side of the stories as told in his book, 'My Side of History' (2003) – a 527-page 'recorded journey of a man who opted to travel along a different road to pursue a dream he had for his country'. Reading his 'journey' makes us understand how stoic this man was and how he stuck strong to his principles till the end of his struggle. Leaders – good or bad – are often 'successful' due to their strong character. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kisah pexxxxx di dalam rumah itu, silalah baca: Mahathir's side of history: As they say, liars are sightless yang ditulis oleh Moaz Nair, Malaysia Chronicle |
Posted: 27 Dec 2011 01:30 AM PST Dilema Najib Andai Anwar Di Penjara Oleh Mat Zahari Ali Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu menyampaikan ucapan di Kongres PKR ke-8, di Johor Bharu, November lalu menyeru supaya gerakan reformasi bagi membebaskan negara dari cengkaman Umno/BN perlu terus digerakkan walaupun beliau akan di penjara. Manakala tarikh 9 Januari tahun depan akan menjadi satu detik bersejarah yang akan menentukan samaada Ketua Umum PKR itu ke penjara atau tidak. Keputusan tersebut bukan sahaja dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia malah turut dinantikan oleh seluruh media antarabangsa. Dikalangan media antarabangsa akan melihat isu yang dibabitkan ke atas Anwar merupakan 'kaedah tradisi'yang dilakukan oleh seluruh pemerintah di dunia untuk menyingkirkan musuh politik mereka. Kalau Anwar Dibebas... Membebaskan Anwar dari hukuman penjara akan memberikan persepsi bahawa segala konspirasi untuk menfitnah dan mengaibkan beliau selama ini telah gagal. Di mata rakyat pula, pembebasan Anwar akan memperjelaskan lagi bahawa Anwar tidak bersalah. Di masa yang sama rakyat akan mengutuk pelbagai 'adegan' samaada pertuduhan yang disabitkan dengan Saiful Bukhari Azlan atau filem prono yang dikaitkan dengan 'skuad' trio Datuk 'T'. Kesimpulannya, Pembebasan bukan hanya sekadar kemenangan besar terhadap personaliti Anwar sahaja malah kepimpinan serta parti yang beliau wakili turut mendapat kemenangan saikologi. Atau dalam lain perkataan, seluruh rakyat akan percaya bahawa segala tindak tanduk selama ini adalah perancangan yang sengaja di atur oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk mengenakan Anwar. Namun perencanaan tersebut ternyata membenarkan lagi tanggapan rakyat bahawa rentetan fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib. Maka tokoh yang akan menjadi bahan telunjuk seluruh rakyat adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sebagai Perdana Menteri dan pemimpin tertinggi negara pula, penolakan rakyat terhadap beliau merupakan pantang larang yang amat mencarik adat seorang pemimpin. Justeru, diatas fakta inilah juga mungkin Anwar membuat kenyataan bahawa beliau akan di penjara walau dalam apa situasi kebenaran pun. Dilema Najib Najib paling takut dilebel sebagai pemimpin terakhir dalam pemerintahan yang lebih 54 tahun diterajui Umno. Ini bukan hanya akan memburukkan keturunan beliau malah seluruh anggota parti akan menuding jari meletakkan kesalahan terhadap beliau sekiranya gagal meneruskan kesinambungan Umno selama ini. Pengalaman Tun Abdullah Badawi ekoran prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu sehingga memaksa beliau melepas jawatan sebagai perdana menteri mungkin masih segar dalam ingatan Najib. Justeru mengulangi kesilapan Abdullah tidak ubah seperti memasang jerangkap samar untuk mengorbankan diri sendiri. Kalau Anwar dipenjara ... Berdasarkan pandangan penganalisa politik dan peramal media dalam maupun luar negara, ramai menyatakan Anwar akan di penjara walau apa pun keadaannya. Pandangan tersebut bukan berkhilaf kepada kekuatan yang akan membawa kemenangan Anwar memimpin jentera pilihanraya PR ketika menghadapi kempen pilihanraya Umum (PRU) sekiranya beliau bebas. Namun Mungkin juga Najib melihat melepasi persepsi tersebut. Najib juga sedar samaada Anwar di penjara atau tidak gerakan kebangkitan rakyat akan tetap berlaku. Kemenangan terbesar pembangkang dalam PRU ke-10 pada 1999 dimana PAS memenangi 32 kerusi parlimen dan DAP 10 kerusi semuanya berkisar kepada isu kebangkitan rakyat kerana simpati dengan Anwar yang dipenjara oleh Dr Mahathir. Persoalannya apakah dengan sekali lagi membawa Anwar ke penjara akan mengujudkan memontum kebangkitan rakyat yang sama setelah pelbagai isu moral ditimpakan dikepala Anwar dengan pelbagai 'bukti' seperti kes Saiful dan gambar prono. Apakah dengan menggunakan media-media milik Umno bagi memburukkan imej dan kredibiliti Anwar sudah memadai untuk rakyat mempercayainya lalu menolak Anwar dan PR dalam PRU ke-13 nanti?. Apakah juga dengan isu liwat dan sex bersama pelacur yang disensaikan dengan penuh bergaya sebelum ini berjaya mempengaruhi rakyat untuk membenci Anwar serta PR yang diterajui beliau?. Di atas hukum realiti, memenjarakan Anwar akan menambahkan lagi koleksi isu PR untuk kempen menjelang PRU nanti. Apakah dengan membawa kembali Anwar ke Sungai Buluh akan membolehkan isu NFC yang teruk membelenggu Najib dapat di alih kepada isu penganiayaan pada Anwar. Di peringkat antarabangsa pula, Najib akan menerima pelbagai tekanan berhubung amalan demokrasi dibawah pimpinan beliau sekiranya ketua pembangkang itu dipenjarakan. Pilihanraya dan sistem dua parti Gesaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini supaya Najib mengadakan PRU pada saat akhir penggal (March 2013) bukan sekadar masej bagi mengelak negeri-negeri PR mengadakan pilihanraya berasingan. Tetapi disebabkan Dr Mahathir mungkin telah berjaya menghidu sesuatu yang kurang enak berhubung pencapaian BN untuk memenangi PRU 13 nanti. Perlu di ingat Dr Mahathir adalah seorang yang sangat berpengalaman dalam menghadapi PRU setelah lebih 22 tahun memerintah negara. Manakala bagi Najib pula, inilah kali pertama beliau akan berhadapan detik paling mencabar dalam kerjaya kepimpinan beliau sebagai pemimpin tertinggi negara. Apa pun zaman Dr Mahathir dan era Najib situasinya agak berbeza. Era Mahathir pembangkang terdiri dari palbagai parti politik tetapi zaman Najib negara sedang bergerak ke arah sistem dua parti. Sistem dua parti akan memberi peluang yang lebih besar kepada rakyat untuk menukar dan menggantikan kerajaan. Ini bermaksud sekiranya kerajaan semasa tidak berjaya membantu dan menolong rakyat, rakyat mampu menukarkannya pada pilihanraya akan datang. Ini disebabkan hanya ada dua parti sahaja yang bertanding, pembangkang dan kerajaan. Faktor ini jugalah yang merungsingkan Najib dan Dr Mahathir. Mood rakyat untuk menukar kerajaan setelah Umno/BN memerintah lebih 54 tahun telah bergema sejak bermulanya era reformasi jalanan pada 1988. Sepuluh tahun kemudian, tsunami politik melanda negara. Enam negeri termasuk wilayah persekutuan jatuh ketangan pembangkang. Survival BN PRU ke-13 menyaksikan 70 peratus pengundi berdaftar adalah pengundi muda berusia 21 - 40 tahun. Kebanyakan mereka adalah generasi Media Baru yang majoritinya cenderung kepada pembangkang. Manakala selebihnya terdiri dari pengundi atas pagar yang tidak terpengaruh dengan sentimen perjuangan masa lampau serta pengaruh ras dan agama. Secara langsung generasi ini adalah penentu kerajaan selepas PRU 13. Kebimbangan besar Najib bukan sekadar untuk mempertahankan Putrajaya semata-mata malah beban yang akan ditanggung selepas kejatuhan Umno/BN selepas lebih 54 tahun menguasai negara lebih memeritkan. Sebagai sebuah kerajaan baru, Pakatan Rakyat (PR) setentunya akan memastikan segala penyelewengan wang negara dibongkar untuk mengembalikan maruah negara. Secara tidak langsung segala kepincangan yang berlaku selama 54 tahun Umno/BN memerintah akan diketahui rakyat. Media Baru Entah apa anginnya, tiba-tiba pada tahun ini Najib membina facebook dan twitternya. Mungkin diatas sebab baru menyedari pengaruh media baru yang ternyata lebih berkesan dari media milik Umno. Tapi semua sedia maklum, yang updatenya mungkin sekali sekala Najib tetapi selebihnya agen-agen APCO atau agen-agen penasihat media beliau yang dibayar berjuta-juta ringgit. Perlu disedari juga BN mempunyai 26 saluran media termasuk radio dan media cetak. Ini tidak termasuk lapan saluran tv di seluruh negara. Apakah saluran media ini masih belum cukup untuk menyebarkan propoganda BN?. Rakyat menolak media-media ini disebabkan terlalu banyak 'mengampu' dan 'over propoganda' sehingga rakyat jelek untuk menatap media-media kerajaan. Dalam konteks media baru ini, Pembangkang memang jauh lebih 'advance' jika dibandingkan dengan keselesaan Najib dan BN sebelum ini. Dengan pelbagai sekatan maklumat dan media yang dilakukan oleh BN kepada pembangkang selama ini telah menjadikan pembangkang lebih maju menggunakan media baru dalam berkomunikasi bagi menyebar maklumat kepada masyarakat awam. Maka tidak hairanlah pelbagai usaha dilakukan oleh Kementerian Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan untuk menyekat pelbagai saluran maklumat untuk disebar kepada rakyat. Ini tidak termasuk pelbagai akta seperti akta penerbitan dan mesin cetak yang semuanya berkisar kepada usaha membelenggu saluran maklumat sampai kepada rakyat. Begitu juga baru-baru ini kerajaan mahu menubuhkan Majlis Perundiang Media bertujuan memantau bahan-bahan berita di internet. Kedudukan Malaysia pula jatuh 10 anak tangga kepada 141 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2010 iaitu yang terendah dalam tempoh sembilan tahun dari senarai 178 negara. Persoalannya apakah dengan memenjarakan Anwar akan menghalang rakyat dari mendapat maklumat berhubung pelbagai penyelewengan dan salah guna kuasa BN selama ini. Mungkin juga Najib ada alasan dan jawapannya yang tersendiri bagi memastikan survival politik dan masa depan parti pimpinannya disaat rakyat sedang menolak Umno/BN dari terus menguasai negara. |
Jangan ambik mudah benda alah nih... Posted: 27 Dec 2011 01:20 AM PST Jangan ambil mudah fatwa merokok adalah haram PUTRAJAYA: Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha. Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran. Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat. Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan. Keterangan/Hujah: 1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut: i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan. ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi. iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti. iv. Imam al-Syafi'e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:" Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri". v. Para ulama' sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut: a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan". b. Firman Allah swt dalam Surah al-A'raf ayat 157 yang bermaksud; " Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk". c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan". (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni) d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud " menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan" e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : "Pemborosan adalah haram". Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah: i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun. ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya. iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia. vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama' muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok. Antaranya seperti berikut: a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan. b. Ulama'-ulama' semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat. c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya "Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud" telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. 2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat'ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama' terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma' Ulama', Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini. 3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan: " Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama'-ulama' fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan." "Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya." Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.- Sumber disini |
Kelahiran paling pelik di Dunia... Posted: 26 Dec 2011 11:30 PM PST Kes-kes Kelahiran Pelik Di Dunia Oleh KongsiKongsi erm...aku ada dapat satu email menarik daripada seorang membe ni. dah lama simpan. sumber asal pun mungkin daripada salah satu yahoo group yang popular tu kot. mari membaca...tapi jangan percaya sebab aku sendiri tak pernah tahu pasal kebanyakan kes ni. huhu... Ibu Termuda Dunia (5 tahun) Lina Edina ialah seorang ibu termuda yang dikenal pasti dalam sejarah perubatan. Dia dilahirkan pada 27 September, 1933 di sebuah perkampungan kecil Paurange dan berusia hanya 5 tahun 8 bulan ketika melahirkan anaknya pada 14 May 1939. Sebelum itu, ibu bapa Lina Medina menganggap anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun menghidap tumor abdomen yang besar apabila bapanya membawanya ke hospital. Walaubagaimanapun, ia berubah apabila dia dilaporkan mengandung dan berat bayinya 2.7kg. Bayi Terkecil Dunia Rumaisa Rahman dilahirkan pada 19 September 2004 dengan kepanjangan 10 inci dan berat 8.6 ounce. Ibunya Mahajabeen Sheikh hanya mengandung selama 25 minggu dan 6 hari. Ibu Lelaki Pertama Dunia Thomas Beatie dilahirkan sebagai seorang wanita sebelum dia menjalani pembedahan untuk bertukar menjadi seorang lelaki. Apabila isterinya yang berusia 34 tahun pada ketika itu tidak boleh hamil disebabkan oleh hysterectomy (pembedahan dan pembuangan rahim), Thomas Beatie mengambil keputusan yang dia sendiri akan mendapatkan zuriat melalui inseminasi buatan (artificial insemination). Kembar Hitam dan Putih Ini antara kes satu dalam sejuta kembar yang masih hidup yang dilahirkan dengan kulit dan warna mata yang berbeza. Marcia dan Millie Biggs kedua-duanya berumur 4 tahun mengejutkan ramai dokor, guru dan orang ramai apabila diyakinkan mereka adalah kembar. Marcia berambut perang mengikut belah ibunya sementara Millie yang berkulit hitam mengikut belah bapanya. Anak Paling Ramai Selamat Dalam Satu Kelahiran (8 orang) Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez mendapat perhatian antarabangsa apabila dia melahirkan 8 orang bayi dalam satu kelahiran pada Januari 2009. Kesemua bayi diperoleh melalui kaedah in-vitro fertilization. Ibu tunggal yang tidak bekerja ini sudah mempunyai 6 anak kecil di rumah yang juga hasil daripada kaedah in-vitro fertilization. Ibu Tertua Untuk Kelahiran Pertama (70 tahun) Rajo Devi Lohan dari India melahirkan anak pertamanya pada November 2008 apabila dia berusia 70 tahun. Ibu Tanpa Kaki Dan Tangan Melek, 24, menjadi ibu kepada bayi bernama Semih. Walaupun tiada kaki dan tangan, dia masih berjaya untuk mempunyai anak melalui pembedahan perut untuk melahirkan bayi (caesarean sention). Ibubapa Hitam Dan Anak Putih Pasangan Nigeria, Ben dan Angela Ihegboro melahirkan seorang bayi perempuan berkulit cerah, bermata biru dan berambut perang yang mengejutkan semua pakar. Bayi ini tidak albino. Ujian saintifik juga menafikan setiap gosip ketidaksetiaan si isteri. |
Mai tengok 3 negeri Pakatan yang dalam bahaya Posted: 26 Dec 2011 09:29 PM PST Kedah, Pulau Pinang, Selangor di Ambang Bahaya Oleh: Azman Ariffin BERDASARKAN maklumat dalaman mengenai perkembangan terkini adalah difahamkan yang PR berada di ambang kekalahan di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor dalam PRU akan datang. Justeru, sebagai penyokong setia PR, penulis merasakan tidak ada faedahnya untuk turut meniupkan semangat palsu agar rakyat terus dibuai retorik konon PR masih kuat sepertimana yang dimainkan oleh pemimpin tertentu kita. Realitinya, terlihat jelas kini akan perubahan sikap pengundi terutama kaum Melayu dan India akibat tidak puas hati dengan DAP. Bukan rahsia bahawa amat sukar bagi kita membendung persepsi terhadap DAP sebagai chauvinis dan rasis kerana pemimpin DAP sendiri kerap kali 'tersasul' dan membuka pekung sendiri. Walaupun ia adalah kesilapan individu dan bukan parti, tetapi rakyat tidak melihatnya begitu. Akibatnya, PAS dan PKR terpaksa melakukan 'damage control' bagi pihak DAP. Namun, kerosakan telah pun berlaku dan PR tidak mampu mengekang masalah kehilangan sokongan Melayu dan India kerana sikap beberapa pemimpin DAP. Walaupun PR yakin mendapat sekurang-kurangnya 70% undi kaum Cina tetapi itu bukanlah jaminan bahawa PR akan dengan mudah dapat mengekalkan negeri-negeri yang telah ditawan di sebalik keghairahan ingin menawan negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan, Johor dan Perlis. PR perlu sedar bahawa BN telah melancarkan strategi yang begitu halus terutamanya untuk menawan kembali Pulau Pinang dan Selangor dengan majoriti mudah iaitu dengan perbezaan hanya 2 kerusi. BN juga begitu agresif memindahkan pengundi ke kawasan tertentu bagi membolehkan mereka menguasai beberapa kerusi DUN yang diwakili oleh MCA dan Gerakan. BN nampaknya cukup sedar bahawa tanpa pemindahan pengundi mereka tidak mungkin akan menang di kawasan majoriti bukan Melayu dan itulah yang mereka lakukan di Pulau Pinang apabila MCA dan Gerakan masing-masing hanya mensasarkan kemenangan 3 kerusi sahaja manakala UMNO mensasarkan 15 kerusi bagi membolehkan BN membentuk kerajaan. Di Kedah pula, UMNO begitu bersemangat dan yakin akan menang besar apabila tersebar cerita bahawa Dato' Mukhriz Mahathir akan dinobatkan sebagai Menteri Besar yang baru. Tun Mahathir juga dikatakan akan 'all out' membantu BN pada PRU nanti bagi memastikan kemenangan di Kedah. Ini pastinya akan menjadi faktor peningkatan sokongan secara drastik kepada BN. Aktiviti BN di 3 negeri ini boleh dilihat dengan jelas, namun apa yang berlaku di Kelantan juga tidak boleh dipandang sebelah mata. Dikhabarkan BN hanya memerlukan 5 kerusi DUN bagi mendapat majoriti mudah dan melihat dari perkembangan di Kelantan akhir-akhir ini, perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Pastinya ramai yang menyangkal dan tidak mahu menerima pendapat dari pemerhatian penulis. Itu adalah hak masing-masing. Namun, adalah lebih elok jika PR tidak terus leka dan bertindak segera menangani perkara ini supaya tidak berputih mata gara-gara syok sendiri. |
Posted: 26 Dec 2011 06:30 PM PST Budaya politik kurang ajar Oleh Fairuz Azhan Semakin jelas bahawa para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa mereka yang semakin dicabar oleh rakyat prihatin. Ini termasuk menyeleweng wang negara, memfitnah anak bawah umur Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang didakwa mencabul seorang gadis dan menghina rakyat Malaysia yang menolak politik mereka dengan menggelar mereka dengan pelbagai nama termasuk "bangsat". Semasa Perhimpuan Agung UMNO baru-baru ini, seorang wakil Pemuda UMNO yang berketurunan India Muslim, atas nama Allah SWT dan Rasulullah SAW, telah menggelar warga Malaysia yang menyokong DAP sebagai "bangsat:. Konco-konco UMNO di Pulau Pinang pula telah menghantar kek berbentuk najis kepada Guan Eng sempena hari lahir beliau. Begitu bangga sekali mereka yang kebanyakannya dari keturunan India Muslim dengan kelakuan tidak senonoh dan memalukan orang Melayu yang dahulunya terkenal dengan sifat sopan santun serta beradab mulia. Malah, jika diingatkan semula, apabila segelintir warga Indonesia melemparkan najis ke bangunan kedutaan Malaysia di Jakarta tahun lalu, ramai rakyat Malaysia marah dengan perbuatan biadap itu. Apakah ia tidak menjadi peringatan buat kita semua? Inilah politik samseng yang berasaskan ugutan, tekanan, membuat kacau bilau, fitnah terhadap orang yang tidak sealiran politik dengan mereka. Inilah 'kehebatan' kepimpinan UMNO dan konco-konco mereka. Apakah ini warisan perjuangan Melayu 1946? Kedangkalan politik, kerendahan hati budi Seolah-olah tiada daya intelektualisme untuk berhujah dan menggunakan akal untuk membuktikan bahawasanya mereka adalah pilihan yang lebih baik daripada alternatif yang ditawarkan pihak lawan. Rakyat melihat dan menilai mana satu pihak yang memberikan alternatif yang lagi baik melalui wacana penyampaian ilmu yang baik, bukannya siapa paling samseng di Malaysia mahu pun siapa lagi banyak membuat fitnah dan dusta. Anak-anak sekolah pun jijik dengan 'kematangan' wira-wira perkauman ini. Bagaimana mereka tangkis skandal yang benar-benar berlaku? Dengan memfitnah orang lain. Bagaimana mereka menjelaskan penyelewengan dan salah guna kuasa? Dengan menjadikannya isu perkauman. Bagaimana mereka mahu membuktikan pentadbiran Pakatan Rakyat lemah dan tidak baik untuk rakyat? Dengan menghantar 'Mat Rempit' yang berusia 'bapak budak' untuk membuat demonstrasi sambil memakai t-shirt perkauman. Malah pengayuh beca juga dikatakan dibayar sedikit wang untuk berdemonstrasi menentang kerajaan Pakatan Pulau Pinang. Semua itu dihebohkan oleh lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia. Apabila yang berdemo itu meminta maaf dan mengakui mereka dibayar oleh pihak-pihak perkauman, semua media kawalan BN diam membisu. Mereka melayan rakyat seperti hamba yang dangkal otak. Apabila rakyat mendesak hak dan peluang untuk berhujah, dikusi, debat dan sebagainya, ia dibalas dengan intimidasi, fitnah dan budaya samseng. Mahasiswa pun menjadi mangsa fitnah Awal bulan ini, sekumpulan mahasiswa telah ditahan kerana berpidato di UiTM walau pun Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah diisytiharkan oleh Mahkamah sebagai tidak sah kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan. Apa yang lebih dikesali ialah sekumpulan mahasiswa pro-BN telah membuat kacau dan berlagak samseng di majlis tersebut. Bapa borek anak rintik, guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Ramai orang UMNO, khususnya ahli-ahli veteran sudah sedar bahawa demokrasi dalam UMNO sudah lama mati di mana titik nokhtahnya bermula semenjak penubuhan UMNO Baru pada 1988. Tetapi bagi rakyat, itu soal UMNO. Jika tidak suka dengan demokrasi dalam parti sendiri, itu soal parti tersebut sahaja. Tapi janganlah mendidik rakyat dengan sedemikian juga. Kita ada Perlembagaan Persekutuan. Walau ada beberapa pindaaan yang menghalang hak dan kebebasan, yang penting adalah amalan mengikut perlembagaan asal yang membentuk negara kita yang merdeka lebih 54 tahun lalu. Ia adalah amanah dan tanggungjawab kerajaan yang diberikan oleh rakyat. Rakyat yang mahu demokrasi perlu membuat pilihan Sesungguhnya rakyat dahagakan sebuah demokrasi yang matang dan baik. Ia memberikan peluang yang adil untuk segenap lapisan masyarakat terlibat dalam isu membangunkan negara yang tercinta ini. Janganlah kita menganggap demokrasi itu sebagai 'agama baru' untuk menghancurkan negara semata-mata kerana takut berhadapan dengan rakyat yang sudah celik, bijaksana dan prihatin tentang hak dan tanggungjawab. Budaya samseng dan kurang ajar bukan sahaja tiada tempat di Malaysia, ia juga ditolak oleh semua ajaran agama dan ideologi politik yang bebas dan demokratik. Mengugut dan berselindung di sebalik undang-undang yang zalim hanya menonjolkan kedangkalan untuk berhujah dengan baik dalam ruang demokrasi. Rakyat yang bosan dan meluat dengan budaya UMNO-BN ini, termasuk dari kalangan ahli-ahli parti-parti komponen mereka sendiri, mempunyai alternatif untuk memperbaiki keadaan yang semakin parah ini. Sesungguhnya kuasa itu di tangan rakyat. – Roketkini.com |
UMNO bengong, percaya pada tukang tilik Cina... Posted: 26 Dec 2011 05:08 PM PST UMNO Percaya Pada Tilikan Dan Ramalan? PENULIS mendapat maklumat bahawa dua hari lepas, akhbar berbahasa cina, China Press dilaman A5 telah menyiarkan ramalan berkenaan pilihanraya umum ke 13 oleh peramal 'terkenal' Han Jia Siang. Pada yang tidak tahu, laman A5 ini ialah tempat dimana biasanya China Press meletakkan berita-berita yang eksklusif. Di dalam ramalan tersebut, Han meramalkan jika pilihanraya diadakan pada tahun 2012, BN akan memenangi 143 kerusi parlimen (dari 222 kerusi) dan mengawal 9 negeri, termasuk Kedah yang diramalnya terlepas ke tangan BN semula. Han juga meramalkan Perlis akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan Kedah kembali ke tangan BN. Ramalan Han ini berdasarkan logo 1Malaysia yang mempunyai 9 bucu melambangkan 9 negeri yang bakal ditadbirnya. Setakat yang penulis perhatikan, ramalan ini menjadi bualan hebat di laman media sosial pro BN terutama dikalangan mereka yang diketahui kuat kepada UMNO bagi menyokong teori BN akan sekali lagi berkuasa setelah PRU-13 berakhir. Sejak bila UMNO menerima pakai ramalan-ramalan yang sedemikian pun penulis kurang pasti. Gamaknya kalau Perdana Menteri Najib tahu 9 bucu pada lambang 1Malaysia yang diciptanya hanya mampu membuahkan 9 negeri, mungkin dia akan memikirkan kembali dengan menambah 13 bucu pula untuk melambangkan 13 negeri. Pada penulis, ramalan-ramalan sedemikian boleh dibuat oleh sesiapa sahaja, lebih lagi bila pertandingan ini begitu mudah, hanya melibatkan 2 pakatan politik, sama ada BN atau Pakatan Rakyat. Kalau tak dia, kita dan begitulah sebaliknya. Tidak ada apa yang istimewa sangat mengenai perkara tersebut melainkan dikalangan orang cina yang diketahui sangat percaya kepada ramalan-ramalan sedemikian. Tapi jangan dilupa, Han Jia Siang tidak punyai rekod ramalan tepat sebelum ini, namanya pun baru sekarang saja kedengaran. Dan kalau ada yang tepat, itu adalah kerana kebetulan. Jadi penulis nak nasihatkan para pengundi cina, janganlah sangat terpengaruh dengan ramalan-ramalan sedemikian. Tidak ada apa-apa berkaitan politik ini yang mudah diramal. Apa pun dapatan dari kajiselidik yang dijalankan hanya mampu memberikan indikasi sahaja, keputusan akhir masih lagi ditangan rakyat. Itu kita bercakap tentang kajiselidik yang mempunyai data yang boleh dilihat dan dikaji, sedangkan ramalan oleh Han Jia Siang ini tidak boleh dikaji pihak-pihak lain melainkan peramalnya sahaja. Dalam masa yang sama penulis melihat orang UMNO semakin terdesak sehinggakan ramalan-ramalan macam ini pun diangkat menjadi bukti kukuh yang UMNO akan terus memerintah selepas PRU13. Pada penulis, biarlah mereka leka dengan ramalan mereka sementara kita menambah hebat gerak kerja yang penulis percaya sudah pun bermula.- SPR |
JIM akan dibubar tahun depan... Posted: 26 Dec 2011 02:50 PM PST Ikram ganti pembubaran JIM Oleh: naifus SEBAHAGIAN peserta yang menyertai PPN JIM di Kompleks Darul Puteri, Cheras semalam. KUALA LUMPUR - Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang ditubuhkan sejak Julai 1990 dan dianggotai seramai 10,000 orang ahli akan dibubarkan dalam tempoh enam bulan bermula semalam. Menurut Presidennya, Zaid Kamaruddin, pembubaran itu merupakan satu proses transisi bagi membolehkan semua ahli dan aktivis menyertai sebuah organisasi baharu yang dikenali sebagai Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram). "Biasanya pembubaran ada kaitan dengan masalah tetapi apa yang JIM lakukan adalah menyambung kesinambungan perjuangan dakwah menerusi satu saluran baharu bagi menghadapi cabaran masa hadapan. "Malah penubuhan Ikram sebenarnya diasaskan sendiri oleh ahli-ahli JIM berasaskan pengalaman yang dimiliki sejak 20 tahun lalu," katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) JIM ke-21 di Kompleks Darul Puteri, Cheras di sini semalam. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan