shalehudin |
- Hodoh betoi gambaq katak nih... kahkahkah...
- Lamanya masa Najib ambik nak perbetoikan apa yang tak betoi... haha...
- Anwar nak kena penajra, kita dok maki sesama sendiri...
- Ca ingat sama pesanan orang lama...
- Takkan kelaku Hassan Ali ngan Nasharuddin hodoh sampai camni kot...
- Ezam oiii, bangang tu simpan kat KJ sama... kahkahkah...
- Berat kes ni, betoi ka Anwar jadi mangsa keangkuhan Karpal...
- Panas!! Senarai pemimpin PAS berjiwa UMNO...
- 10 artis wanita cantik bertudung
Hodoh betoi gambaq katak nih... kahkahkah... Posted: 17 Dec 2011 07:25 AM PST Wakil Rakyat Yang Melompat Parti Hendaklah Bertanding Semula Oleh: WFAUZDIN NS PENDENGARAN Awam Jawatankuasa Khas Parlimen penambahbaikan Pilihanraya baru-baru ini telah mendengar satu cadangan yang pada saya amat baik untuk sokong agar dikuatkuasakan. Cadangan tersebut adalah mengadakan undang-undang dan peraturan bahawa Adun/MP yang melompat parti diwajibkan mengosongkan kerusinya untuk diadakan Pilihanraya semula bagi menentukan samada tindakannya itu direstui oleh para pengundi di kawasannya. Cadangan itu menyebut, setiap Adun/MP yang melompat parti ke parti yang bukan dari komponen parti asalnya, contohnya Adun/MP dari Umno/Bn melompat ke parti PR, maka hendaklah diadakan Pilihanraya semula di kawasannya dan Adun/MP tersebut dibenarkan bertanding bagi mewakili parti yang baru disertainya. Begitu juga jika Adun/MP berkenaan melompat menjadi calon Bebas. Melainkan, sekiranya Adun/MP berkenaan melompat dari partinya ke parti yang menjadi rakan sekutu partinya maka tidak perlu diadakan Pilihanraya. Sebagai contoh, Adun/MP dari PKR melompat menyertai PAS maka tidak perlu kerusi tersebut dikosongkan. Begitu juga jika Adun/MP dari Umno melompat menyertai parti Gerakan maka tidak perlu kerusi tersebut dikosongkan. Peraturan ini perlu diwujudkan demi kebaikan dan keadilan semua pihak, khususnya untuk rakyat yang telah memberikan amanah kepada calon berkenaan. Di antara lain, sebab-sebab peraturan ini perlu dikuatkuasakan adalah seperti berikut; 1. Mengelak dari amalan rasuah, jual beli Adun/MP. 2. Mengelak dari berlakunya `rampasan kuasa' secara tidak demokratik samada di peringkat Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri. 3. Mewujudkan sebuah kerajaan yang benar-benar datang dari pilihan rakyat, bukan dari pilihan atau selera Adun/MP yang kadangkala mempunyai kepentingan peribadi. 4. Melahirkan suasana yang tenteram, rakyat tidak memberontak dan merasa tidak berpuas hati jika Adun/MP yang mereka pilih khianat terhadap mereka. 5. Adun/MP yang berhasrat untuk melompat parti akan berfikir dua, tiga kali untuk berbuat demikian kerana belum tentu beliau akan menang semula jika Pilihanraya Kecil diadakan. Sebenarnya terlalu banyak kebaikan yang boleh diperolehi sekiranya peraturan ini dikuatkuasakan, tetapi yang paling penting adalah demokrasi hendaklah diamalkan di mana hak rakyat mesti dihormati bagi menentukan Wakil Rakyat yang mereka pilih. /wfauzdin.blogspot.com |
Lamanya masa Najib ambik nak perbetoikan apa yang tak betoi... haha... Posted: 17 Dec 2011 04:26 AM PST Foto haji satu fitnah, kata Najib Aidila Razak Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyelar golongan yang mempolitikkan ibadat haji yang dikerjakannya bulan lalu. Berucap di satu majlis yang dihadiri ulama dan imam di Kuala Lumpur, Najib berkata tindakan berkenaan juga merupakan satu "fitnah menggunakan media" ke atasnya. Najib mendakwa, sebilangan foto yang berlegar di Internet, didakwa menunjukkan beliau mengerjakan haji itu telah diubahsuai. "Gambar buat tawaf telah dipadam jemaah haji lain. Itu dilakukan untuk timbulkan kemarahan rakyat kepada pemimpin. "Di mana letak moral dan etika... Fitnah itu dosa yang amat besar," katanya yang turut memetik satu ayat daripada al-Quran. Beberapa gambar yang menunjukkan Najib dan dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menerima layanan istimewa ketika mengerjakan haji itu tersebar di Internet sejak bulan lalu. Dalam pada itu, Najib turut mengambil peluang untuk menyelar golongan ulama tertentu yang didakwa "taksub" dan "fanatik" dengan politik kepartian. Najib dipercayai berkata demikian dengan merujuk kenyataan mufti perlis, Dr Juanda Jaya sebelum ini yang mempersoalkan bagaimana perdana menteri dapat menamatkan hajinya lebih awal daripada jemaah lain. "Ulama tidak boleh bersikap fanatik dan partisan dalam politik, taksub melulu atau suka menjatuhkan hukuman terhadap orang lain tanpa usul periksa. "Bukan semua isu dalam negara ini, terutama isu agama, perlu dipolemik dan dipolitikkan. Hatta isu mengerjakan haji di tanah suci pun turut dipolitikkan demi keuntungan politik sesetengah pihak," katanya lagi. |
Anwar nak kena penajra, kita dok maki sesama sendiri... Posted: 17 Dec 2011 01:30 AM PST Kepada siapa hala muncung senjatamu Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man Keupayaan mengalahkan musuh melalui senjata mereka atau mengelirukan mereka merupakan kaedah terbaik, sehingga musuh sudah tidak lagi dapat membezakan siapa sahabat dan siapakah musuh dan akhirnya membenamkan diri sendiri. Strategi mengelirukan ini menyebabkan musuh akan menembak kawan mereka sendiri bahkan tidak mustahil ia sanggup menghalakan muncung senjata kepada diri sendiri; terutama bilamana wujud kekeliruan luar biasa dalam diri. Inilah yang menyebabkan berlaku bunuh diri disebabkan wujudnya desakan dalaman agar menamatkan musuh yang sentiasa membisikkan dalam diri sendiri. "Bunuh dia, agar kamu lepas dari bebanan ini" - lalu ia akan bertindak bukan membunuh musuh sebenarnya, kerana musuh itu tidak akan mati, tetapi ia bunuh dirinya. Dalam detik perjuangan yang semakin genting, harus diingatkan musuh akan melakukan pelbagai cara untuk menimbulkan suasana huru hara dan konflik dalaman pasukan musuh, sehingga mereka sanggup menghalakan senjata kepada kawan sendiri. Teknik ini seringkali diguna oleh pelbagai agen sehingga berlaku pertembungan dalam pasukan. Untuk berhadapan dengan konflik ini, setiap kita mesti menyedari plot sesuatu perkara, kerana modus operandi mereka hampir sama. Apa yang paling malang, bilamana wujudnya pengaruh besar dalam diri (senangnya 'ego diri') sehingga mereka sangat yakin bahawa tindakan mereka itu adalah betul dan semua tindakan yang lain adalah salah. Kekeliruan luarbiasa ini berlaku sehingga apa jua yang dinyatakan terus ditolak dan dianggap mengarut. Hal ini terjadi adalah disebabkan kelewatan mengenali punca berlakunya konflik dalaman atau sikap membiarkan konflik tersebut tanpa mengambil sebarang usaha mengatasinya. Lebih malang apabila konflik yang sepatutnya dicari jalan penyelesaian baik, diurus dengan emosi amaran dan provokasi melampau, seolah-olah tiada jalan keluar melainkan dengan perisytiharan konfrantasi terbuka. Rakan-rakan yang dikelirukan dan terkeliru dan dirumitkan keadaan kerana ego mereka yang tinggi, kadang-kadang diperlukan satu genjatan tajam untuk menyedarkan mereka bahawa mereka terperangkap dalam agenda musuh. Persoalan utama ialah apakah muncung senjata itu dihadapkan kepada musuh, bukan kepada rakan sepasukan apatah lagi kepada diri sendiri. Perjuangan ini jauh dan mempunyai banyak halangan sebagaimana dinyatakan oleh Allah. Kalau ia jauh, tentu dengan kemampuan diri tidak akan mampu melainkan perlunya kesinambungan perjuangan oleh barisan pelapis yang baru. Barisan pelapis ini akan tetap ada dalam sejarah perjuangan Islam ini, namun bukan bermakna kita tidak perlu mempedulikan apa yang ada, kerana mata rantai perjuangan perlu bersambung, bukan terputus sehingga perlu diikat kembali. Demikian juga mehnah dalam perjuangan Islam ini datang dalam pelbagai bentuk, terkadang bukan untuk menguji orang yang berhadapan dengan mehnah itu, tetapi untuk melihat sejauh mana kita berusaha membantu rakan yang ditimpa mehnah itu. Di sinilah, lahirnya nikmat persaudaraan dalam perjuangan Islam. Dalam perjuangan yang sengit ini, tiada sepatutnya wujud individu yang boleh memeras ugut jamaah ataupun merasakan dirinya 'tinggi' sehingga tidak boleh ditegur. Bak kata Inggeris, "No one is indespensible." Bilamana kita berada dalam jamaah, kita mesti sedar bahawa pandangan jamaah lebih baik dari pandangan peribadi, apatah lagi menganggap jamaah tidak memelihara perjuangan Islam, atau lari dari prinsip Islam. Semoga Allah memelihara perjuangan ini dan memberi kesabaran di atas mehnah sedikit ini. Amin. Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat 16 Disember 2011 |
Ca ingat sama pesanan orang lama... Posted: 17 Dec 2011 12:00 AM PST Elak perbalahan sesama sendiri Waspada dengan kelicikan serta propaganda pihak lawan yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menghancurkan perjuangan menegakkan Islam. Dalam perjuangan Islam, elakkan berlaku perbalahan atau permusuhan di kalangan sesama sendiri kerana ini akan membuka ruang kepada musuh bukan sahaja untuk mengeruhkan lagi keadaan yang telah terjalin erat selama ini. "Yang perlu ditentang adalah musuh kita bukan di kalangan sesama kita sendiri, mereka yang sepatutnya ditentang habis-habisan kerana menghalang usaha kita," tegas Ketua UlamaK PAS Pusat, Dato' Ustaz Harun Taib, di sini, baru-baru ini. Beliau berkata demikian pada Forum Maal Hijrah bertajuk 'Umat Islam dan Cabaran Semasa' di Kampung Air Merah, dekat sini, 3 Disember lalu. Hadir sama Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Dr Mahfodz Muhamad, Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Khairuddin Razali Attakiri serta Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Ismi Taib yang bertindak selaku moderator forum ini. Forum yang diadakan sempena program Hari Keluarga dan Liqa Fikri Ulamak PAS Pusat yang diadakan julung kalinya di negeri ini turut disertai Pengarah Program yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Abu Bakar Abdullah, Timbalan Pengarah Program yang juga Ke- tua Dewan Ulamak PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussein serta wakil Ulamak PAS negeri-negeri termasuk ahli keluarga masing-masing. Menurut Ustaz Harun, setiap pendukung perjuangan Islam perlu berhati-hari dan berwaspada dengan kelicikan serta propaganda pihak lawan yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menghancurkan perjuangan Islam yang didokong PAS selama ini. "Mereka tidak hentihenti berusaha untuk mengagalkan usaha murni kita, mereka guna berbagai cara dan kaedah yang sangat tidak demokratik bagi mencapai cita-cita jahat mereka namun setakat hari ini segala usaha mereka gagal untuk mempengaruhi rakyat terutama umat Islam supaya menolak PAS. "Meskipun begitu kita perlu sentiasa berhati-hati dengan setiap perangkap politik yang cuba digunakan untuk menjerat kita, ini kerana pihak lawan akan terus berusaha dengan apa cara sekali pun tanpa jemu-jemu bagi mencapai cita-cita jahat ini," dedah beliau. Beliau selanjutnya mengingatkan setiap pendokong perjuangan ini supaya yakin akan kemenangan Islam yang dijanjikan oleh Allah SWT. "Setiap kita mesti yakin bahawa perjuangan Islam ini akan diberi kemenangan oleh Allah manakala pihak musuh yang berjuang atas dasar kebatilan pasti akan kecundang suatu ketika kelak." "Untuk mencapai kemenangan ini bukan sesuatu yang mudah atau ada jalan pintas untuk menuju ke arah itu sebaliknya memerlukan keyakinan yang tinggi selain berbagai ben - tuk pengorbanan yang perlu disumbang kepada perjuangan Islam ini," ujar beliau.' Sementara itu, pada forum yang sama Dr Mahfodz menjelaskan, orang Islam tidak boleh berpisah dengan politik kerana politik merupakan sebahagian dari tuntutan agama.- Tranungkite |
Takkan kelaku Hassan Ali ngan Nasharuddin hodoh sampai camni kot... Posted: 16 Dec 2011 10:00 PM PST Ustaz Nasha tak pernah Hadir Mesyuarat - Mustafa Ali KUALA LUMPUR 16 Sept. - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hari ini berkata, Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS. Datuk Dr Hassan Ali pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah datang ke mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan. Mustafa berkata demikian dalam wawancara khas dengan wartawan Harakah dan Harakahdaily semalam. Ekoran laporan mengenainya oleh Harakahdaily semalam, pelbagai pihak menghubungi Harakahdaily dan Mustafa untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Dalam wawancara itu, Mustafa melahirkan rasa kesal dengan kedua-dua pemimpin itu dan menyifatkan mereka sejak akhir-akhirnya terperangkap dalam agenda Umno. "Ingin saya dedahkan, dalam rekod di Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Selangor, Nasharudin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat yang dilantik, tetapi sepanjang masa selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat PAS Pusat. "Sementara Hassan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor, sekalipun beliau tidak hadir (mesyuarat). "Walaupun telah dinasihati supaya hadir dan saya sendiri menghubungi Nasharudin Mat Isa supaya datang mesyuarat walaupun sanggup awalnya (untuk hadir), tetapi akhirnya tidak hadir," beritahu Mustafa dalam wawancara khas itu. Ekoran beberapa tindakan dan kenyataan kedua-duanya sejak akhir-akhir ini Mustafa membuat kesimpulan mereka terperangkap dalam agenda musuh. "Jadi sebab itu saya buat kesimpulan berdasarkan maklumat yang saya terima dari pelbagai puhak samada sedar atau tidak kedua-dua mereka ini terperangkap dalam agenda musuh politik PAS, dan sebab itu ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS," katanya.- KLpos |
Ezam oiii, bangang tu simpan kat KJ sama... kahkahkah... Posted: 16 Dec 2011 08:00 PM PST Kalau Malaysia jadi seperti Singapura, apa yang Ezam takutkan? Senator Ezam Mohd Nor berkata kalau PR memerintah PR akan dipengaruhi DAP dan Malaysia akan menjadi seperti Singapura. Apa maksud beliau susah hendak difahami dan itu tidak menjadi hal, kerana UMNO memangnya sebuah parti yang pemimpin-pemimpinnya selalu bercakap yang susah hendak difahami oleh orang ramai. Apa yang tidak eloknya di Singapura itu mungkin Ezam sahaja yang tahu. Apa yang Ezam takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura? Adakah Ezam takut Malaysia tidak lagi kaya rasuah seperti di Singapura? Adakah Ezam takut Malaysia akan menjadi negara maju jika negara ini menjadi seperti Singapura? Adakah Ezam takut jika Malaysia menjadi negara yang mempunyai kepimpinan yang beretika dan pemimpin-pemimpinnya tidak berlumba-lumba untuk menakluki segala harta kekayaan negara? Atau mungkin kah Ezam takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura pemimpin-pemimpinnya terpaksa menjadi pemimpin-pemimpin yang berdisiplin dan penuh dengan etika kerja yang tinggi? Elok bertanya kepada Ezam, adakah beliau akan merasa kerugian jika tidak ada lagi pemimpin-pemimpin kerajaan yang menggunakan pengaruh dan kuasa untuk mendapatkan pinjaman kerajaan dalam jumlah ratusan juta ringgit? Wang yang sepatutnya digunakan untuk membiayai perniagaan lembu itu digunakan untuk membeli kondominium dan Mercedez walaupun pengerusi syarikat itu mengakui yang perniagaannya belum berjalan lancar. Kalau Malaysia menjadi seperti Singapura ini kah yang amat ditakuti oleh Ezam? Adakah Ezam takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura PMnya tidak boleh lagi menggunakan wang berbillion ringgit untuk menyelamatkan anaknya yang kerugian besar dalam perniagaannya? Kenapa Ezam takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura kerajaannya tidak mengamalkan rasuah? Atau Ezam takut Malaysia akan menjadi financial hub jika negara ini menjadi seperti Singapura? Atau Ezam takut jika tidak ada lagi pegawai penguat kuasa rasuah dari MACC tidak lagi tertangkap merompak penggurup wang di KLIA? Jika Malaysia menjadi seperti Singapura ramai berkeyakinan yang tidak akan berlaku ibu segala rasuah seperti isu PKFZ yang melibatkan jumlah wang rakyat yang berbelas billion ringgit yang mengaitkan pemimpin UMNO Selangor dan ahli jemaah kabinet Persekutuan dari MCA dan UMNO? Adakah ini yang Ezam takutkan? Saya rasakan jika Malaysia jadi seperti Singapura tidak akan terjadi seorang setiausaha politik menteri ditangkap dengan wang tunaiRM2 juta di pangsapurinya di P Pinang. Ezam takut jika perkara seperti ini tidak berulang lagi? Apa lagi Ezam. Apa yang saudara takutkan? Cuba cerita sikit. Orang ramai di negara ini semuanya bodoh. Dah saudara yang pandai boleh tolong beri sedikit jawapan? |
Berat kes ni, betoi ka Anwar jadi mangsa keangkuhan Karpal... Posted: 16 Dec 2011 06:00 PM PST Anwar Ibrahim Bukan Umat Nabi Muhammad S.A.W? WALAUPUN pahit, kita terpaksa mengakui bahawa penggulungan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kita dikasihi tidak berakhir dengan begitu baik. Apalah daya seorang individu melawan seluruh sistem kehakiman dan kerajaan. Namun, apa yang kita kesali ialah sikap yang diambil oleh peguam bela, terutamanya Karpal Singh sebagai ketua yang seolah-olah tidak mencuba sebaik mungkin dan mengaku kalah sebelum berjuang ke titisan darah yang terakhir. Komen-komen Karpal kepada media bila ditanya mengenai kes ini juga menunjukkan yang dia sudah putus asa. Sikap ini dapat dilihat dari tindakan Karpal menyerahkan penggulungan kepada dua peguam junior iaitu Sankara Nair dan Ram Karpal secara bergilir dan tidak melakukannya sendiri sehingga akhir sepertimana sepatutnya. Akibatnya, hujah penggulungan dilihat tidak konsisten dalam menyatakan pembelaan. Malah, kita juga amat terkejut apabila Karpal seolah-olah cuba menggambarkan yang kejadian liwat itu berlaku secara suka sama suka. Antara hujah yang digunakan ialah Saiful punya banyak peluang untuk keluar dari bilik tidur itu sebelum dakwaan liwat itu dilakukan dan beliau memilih untuk tidak berbuat demikian. Karpal langsung tidak mempertikaikan tarikh, masa dan tempat kejadian iaitu di unit 1151 walaupun cuba menimbulkan keraguan terhadap unit tersebut sebelumnya. Karpal juga tidak mempertikaikan dakwaan mengenai kewujudan KY Jelly dan bahawa Saiful makan karipap serta minum kopi selepas kejadian. Selain dari itu, penampilan Najwan Hilmi sebagai saksi pembelaa dan provokasi seolah-olah cuba untuk menggambarkan Saiful sebagai seorang gay hanya menguatkan lagi bahawa liwat benar-benar berlaku. Pembelaan diri yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar dari kandang tertuduh di mana, pastinya atas nasihat dan hujah-hujah yang disediakan Karpal juga, tidak terdapat satu pun hujah yang menerangkan bagaimana konspirasi dilakukan sehingga membolehkan DNA Anwar dijumpai di dalam dubur Saiful. Malah, nasihat Karpal untuk membiarkan bela diri dilakukan dari kandang tertuduh yang tidak boleh disoal-balas juga jelas adalah satu nasihat yang salah. Karpal pula menyediakan hujah-hujah secara am sahaja dalam menafikan bukti saintifik yang dikemukakan pendakwa. Lebih dari itu, semua saksi pembela yang dibawa Karpal terbukti tidak punya kredibiliti dan kenyataan mereka dengan mudah boleh dipertikai dan dipatahkan oleh pendakwa. Satu persoalan yang bermain di kalangan penyokong Datuk Seri Anwar ialah, tidak mungkin Karpal tidak terlebih dahulu menyelidik latar belakang saksi-saksi pembela yang dikemukakannya. Apakah Karpal tersilap terlalu memandang rendah terhadap pihak pendakwa dan menyangka yang mereka tidak akan mampu mendedahkan latarbelakang yang meragukan saksi-saksi yang dikemukakannya? Inikah sikap peguam yang kononnya tersohor? Politik apa yang dimainkan Karpal sehingga memerangkap Datuk Seri Anwar? Karpal mungkin menyangka yang hujah mengesahkan bahawa kejadian liwat berlaku secara suka sama suka akan membantu Anwar mendapat sokongan luar. Namun, sedarkah Karpal impak hujah sedemikian terhadap sokongan terhadap Anwar dari kalangan umat Islam? Tidak mungkin Datuk Seri Anwar yang warak itu melakukannya secara suka sama suka mahupun paksa. Sebagai seorang Muslim yang beriman Datuk Seri Anwar pasti tahu bahawa liwat adalah satu dosa besar yang dilaknat Allah S.W.T. Perlakuan sedemikian akan menyebabkan Nabi Muhammad tidak mengaku sebagai umatnya. Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: "Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth." (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim). Tabiat suka kepada pasangan sejenis bermula pada zaman kaum Nabi Luth yang gemar hidup menentang arus, mengikut nafsu serakah tanpa mempedulikan nilai agama dan kemasyarakatan. Walaupun Nabi Luth menasihati mereka, ia tidak diterima sedikitpun, sehinggakan tetamu baginda sendiri mahu diusik. Disebabkan itu, mereka ditimpa musibah yang sungguh dahsyat, buminya tenggalam sehingga menjadi lautan. Kisah ini diceritakan dalam al-Quran melalui beberapa surah, antaranya surah al-Akabuut, an-Naml dan al-Hijr. Jelas di sini, bahawa Karpal Singh sudah benar-benar terlalu angkuh dan tidak membuat kerjarumah dengan baik bagi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak hairanlah terdapat desas-desus bahawa berlaku perbalahan di kalangan peguam-peguam Datuk Seri Anwar yang menimbulkan dolak dalih dalam membuat keputusan sama ada untuk mengsapina Tan Sri Musa Hassan. Perbalahan ini tidak mungkin berlaku jika Karpal adalah seorang ketua yang baik. Amatlah malang bagi Datuk Seri Anwar kerana terperangkap dalam keangkuhan Karpal. Kes ini mungkin tidak akan berakhir begini jika Karpal lebih bertanggungjawab serta tidak bersikap terlebih yakin. Oleh: Azman Ariffin |
Panas!! Senarai pemimpin PAS berjiwa UMNO... Posted: 16 Dec 2011 04:00 PM PST Polemik Hasan Ali: Perlukah Harun Taib Dan Nasarudin Tantawi Disingkirkan? PENULIS tidak boleh menolak daripada bersetuju dengan pandangan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali bahawa dua pemimpin kontroversi PAS masing-masing Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa terperangkap (atau memilih untuk diperangkap) dalam agenda UMNO untuk melemahkan PAS dari dalam. Bila Mustapha menyebut 'terperangkap', penulis melihat pemilihan bahasa yang 'selamat' untuk menggambarkan keadaan yang mungkin atau mungkin tidak berlaku kepada 2 nama yang disebut di atas. Kalau penulis ditempat Mustapha, penulis akan memilih ayat yang lebih berterus terang sahaja. Penulis kurang faham mengenai Nasharudin, penulis lebih sedia maklum tentang Hasan Ali kerana penulis mengikut dengan dekat perkembangannya sejak isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) menjadi isu nasional. Mungkin Datuk Mustapha ada alasan sendiri kenapa mengaitkan Nasharudin dalam hal ini. Sepanjang pengetahuan penulis, kalaupun ada perkara yang boleh menyebabkan Nasharudin termasuk dalam golongan 'pro UMNO' bersama-sama dengan Hassan Ali ialah kerana kekecewaan akibat kalah dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden di tangan Ustaz Mat Sabu. Tapi dalam masa yang sama, penulis lihat 2 pemimpin PAS masing-masing Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib dan Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Tantawi juga terpalit dengan 'tahi' yang sama, walaupun tidak sebusuk Hasan Ali yang amat-amat terserlah ke'UMNO'annya. Ini berikutan tindakan kedua pemimpin tersebut membawa sama sayap dalam PAS pimpinan masing-masing untuk membela dan menyokong Hasan Ali yang dipetik majoriti media arus perdana hari ini. Penulis faham kenapa kedua pemimpin ini masih mahu menyokong Hasan Ali, mungkin kerana sayangkan perpaduan dalam PAS, tapi sedarkah mereka Hasan Ali sedang bersengkokol dengan UMNO untuk memusnahkan UMNO dari dalam dan penulis tidak faham kenapa dia masih mahu diberi peluang bertanding mewakili PAS dalam pilihanraya umum akan datang? Hasan Ali diketahui telah mengeluarkan kenyataan terbuka sanggup bekerjasama dengan UMNO dalam isu Islam dan Melayu di negara ini tanpa mempedulikan arahan yang telah dikeluarkan kepimpinan pusat PAS!! Hasan Ali Bergambar Bersama Blogger UMNO - Anjing Besar Tanpa sedar, memang selama hari ini pun trio ini (Hasan Ali, Harun Taib dan Nasarudin Tantawi) adalah ibarat duri dalam daging kepada perpaduan dan kesatuan Pakatan Rakyat dalam banyak hal berkaitan dengan Islam. Masing-masing mahu menjadi jaguh dengan mengenepikan keputusan pucuk pimpinan. Dikala semua pihak senada dan sekata bersama komponen Pakatan Rakyat yang lain dalam isu DUMC ini, masing-masing Hasan Ali, Nasharudin (merujuk Mustapha Ali), Harun Taib dan Nasarudin Tantawi memilih untuk melawan arus semasa dengan bercakap perkara yang tidak termaktub dalam persetujuan bersama yang telah dipersetujui masing-masing kepimpinan utama Pakatan Rakyat. Nasarudin sebelum juga ini pernah mengeluarkan kenyataan mahu membawa Pemuda PAS menaiki Genting Highland untuk merobohkan kasino di kawasan peranginan tersebut – kenyataan yang hanya memalukan PAS dan mengundang ketawa dikalangan rakyat. Penulis benar-benar berharap, kepimpinan PAS terutama Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS dapat mencontohi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak menunggu kerosakan yang lebih 'dalam' berlaku dalam parti tersebut dengan mengambil tindakan menyingkirkan beberapa orang pemimpin utama mereka dari parti tersebut walaupun ketika masing-masing masih bergelar Ahli Parlimen dan ADUN. Penulis tidak nampak kenapa ada masalah untuk PAS melakukan proses 'pembersihan' ini dari sekarang kerana Fasal 9 (1) c, Perlembagaan PAS telah memberi kuasa kepada Mursyidul Am untuk mengambilapa-apa jua langkah yang perlu bagi mengawasi dan memelihara Perlembagaan, dasar dan hukum PAS dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.- SPR |
10 artis wanita cantik bertudung Posted: 16 Dec 2011 02:30 PM PST Artis Wanita Cantik Sekiranya Bertudung Oleh beautifulnara Jika kita lihat, semakin ramai artis wanita di Malaysia yang mula bertudung. Antaranya ialah Irma Hasmie, Liza Hanim, Catriona Ross, Farah AF, Nora dan ramai lagi. Alhamdulillah, perubahan mereka ini sedikit sebanyak akan memberi impak kepada wanita-wanita di luar sana untuk turut bertudung. Artis wanita yang bertudung sememangnya nampak lebih cantik dan ayu. Kalau tak percaya boleh lihat gambar 10 artis wanita bila mereka mengenakan tudung yang lengkap. 1. Fazura 2. Tiz Zaqyah 3. Fouziah Gous 4. Erra Fazira 5. Neelofa 6. Nora Danish 7. Lisa Surihani 8. Maya Karin 9. Fasha Sandha 10. Dato' Siti Nurhaliza Semoga satu hari nanti akan terbuka pintu hati mereka untuk terus bertudung, InsyaAllah. Yang penting niat kena ikhlas, bukan bertudung kerana ikut trend ataupun sekadar nak dapatkan perhatian media sahaja. Sama-sama kita doakan.- Sumber |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan