Khamis, 15 Disember 2011

shalehudin

shalehudin


Bengong betoi mamat nih... kahkahkah...

Posted: 15 Dec 2011 09:33 AM PST

Pengucapan bebal disana sini

Dalam dua minggu ini, saya ingat saya sudah mendengar semua kenyataan tolol dan bebal dalam negara kita. Rupa2 nya saya salah. Tiba2 senator Ezam Mohd Nor mengeluarkan suatu kenyataan yang mengatasi kebebalan kenyataan2 yang sudah2.

Mula saya ingat Muhyiddin Yassin sudah tebiat bila menakutkan orang Melayu mengenai ancaman keatas Melayu oleh bangsa lain. Setelah itu, ketua penerangan Umno mengukuhkan lagi rasa cemas pemimpin parti yang kian tenat bila menyatakan pandangan bebal yang sama. Jika DAP dan orang Cina memerintah negara habis lah orang Melayu, habis lah Islam dan habislah Raja2 Melayu.

Sana sini orang bercakap. Adakah pemimpin Umno sudah jadi bingung? DAP yang bukan Kristian mahu mengkristiankan orang Melayu? Yang sepatutnya di soalkan orang Melayu ialah mengapa terjadi nya murtad di kalangan orang Melayu? Adakah kebajikan mereka tidak di jaga oleh pihak yang berwajib? Mengapa aqidah mereka teruk sedangkan masyarakat Melayu di lemaskan dengan 1,001 program keIslaman?

Islam yang sudah sempurna berada dalam ancaman? Hello, yang terancam dan berada dalam keadaan yang teruk ialah orang Muslim dan majoriti Muslim dalam negara kita ialah orang Melayu. Keadaan mereka terjadi demikian disebabkan sistem pemerintahan dan cara orang Umno berpolitik.

Orang Cina yang berjumlah lebih kecil mahu menjatuhkan orang Melayu yang merupakan 65 peratus penduduk negara ini? Tauke Cina kalau dapat, hendak lagi baik dengan raja2 Melayu sebab melalui sistem raja, mereka dapat menguasai lebih banyak bisnes dan pengaruh. Sebab itu, saya menganggap bila dua pemimpin Umno dari Johor ini mengeluarkan kenyataan bebal tersebut, Umno sudah cemas dan kebingungan.

Tapi, bila Ezam Mohd Noor yang mendakwa DAP akan menjadikan Malaysia sebuah Singapura, saya rasa trademark Umno dan orang2 yang menyokong nya, ialah mereka semua sudah buang tebiat. Mengikut hemat orang Melayu, orang yang buang tebiat, ialah orang yang hampir mati. Demikian agaknya, yang terjadi keatas Umno sekarang.

Elok rasanya kita jawab kenyataan Ezam. Apa salahnya jika Malaysia jadi kaya dan kekayaan tersebut di nikmati oleh semua berbanding pada masa sekarang dimana kekayaan dan nikmat ekonomi di monopoli oleh segelintir orang yang rasuah? Apa salahnya negara kita menjadi negara macam Singapura di mana perkhidmatan awamnya kelas pertama? Dan apa salahnya negara kita jadi macam Singapura yang mengenakan disiplin yang ketat keatas rasuah?

Bila kita bercakap pasal rasuah, di manakah kotak2 yang pernah di laungkan oleh Ezam Mohd Nor yang di katakan mengandungi maklumat mengenai kes2 rasuah oleh pimpinan Umno? Rasuahlah yang merupakan kezaliman yang paling teruk merosakkan orang Melayu. Apabila sesebuah negara rasuah, amat sukarlah untuk pemimpin yang berada dalam sistem tersebut, melakukan perubahan.

Tidakkah kamu lihat apa jadi kepada orang Melayu di Singapura? Maka saya jawab apa yang terjadi kepada mereka? Walaupun kita enggan mengakuinya, pandangan dunia Melayu Singapura berbeza dengan pandangan Melayu Malaysia. Orang Melayu Singapura sedar bahawa mau tidak mahu, mereka terpaksa cultivate diri dengan ciri2 menjayakan diri melalui kerja keras dan mengelokkan diri dari segi mental. Orang Melayu Singapura merupakan hanya 15 peratus dari penduduk di sana. Mustahillah suatu kumpulan minoriti dapat menguasai kumpulan yang majoriti. Apatah lagi jika yang majoriti juga kuat dari segi ekonomi dan dari segi mempunyai kelompok kuasa intelek yang lebih tinggi.

Bahkan apa yang terjadi keatas orang Melayu di Singapura patut menjadi peringatan dan pengajaran kepada orang Melayu Malaysia. Satu bangsa yang meletakkan masa depan mereka keatas kepercayaan mutlak dalam tangan orang lain hanya menempah masa depan yang sengsara. Orang Melayu Singapura sepatutnya mengingatkan orang Melayu di Malaysia peri pentingnya bergantung kepada kekuatan diri sendiri.

Dan orang Melayu di Singapura, mengingat kita di Malaysia, kita mesti menolak pemimpin yang bodoh. Kita mesti tolak pemimpin yang rasuah. Orang Melayu Singapura mentertatwakan orang Melayu Malaysia sebab sejak 13 tahun kebelakangan ini, orang Melayu Malaysia di penjarai oleh soal seks pemimpin Melayu lain. Bangsa lain hendak maju, kita asyik obsess dengan citarasa seks Anwar Ibrahim. — sakmongkol.blogspot.com

Hebatnya Rosmah... kahkahkah...

Posted: 15 Dec 2011 06:20 AM PST

Rosmah sebagai penentu PRU ke-13?

SHAH ALAM, 14 DIS – Adakah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, akan menjadi faktor penentu keputusan pilihan raya umum akan datang?

Sama ada berseloroh atau serius, soalan itu telah dibangkitkan oleh seorang hadirin wacana 'PRU13: Undi Siapa Jadi Penentu' anjuran Sinar Harian di sini semalam yang panas dengan idea dan cadangan para pembicara.

Mereka yang menyertai wacana itu adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Presiden KITA Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Prof Madya Dr Abu Hassan Abdullah dari Universiti Malaya. Moderator wacana ialah Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa.

Menjawab persoalan itu, tokoh politik Datuk Zaid Ibrahim yang juga Presiden KITA berkata, demi kebaikan Malaysia, rakyat yang tidak berada dalam lingkungan politik tidak sepatutnya terpengaruh dengan gosip-gosip sebegitu.

"Sama ada Rosmah jadi penentu PRU13, saya sebenarnya merasakan dia ada memainkan peranan penting.

"Tetapi saya rasa eloklah buat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), bukan sahaja Rosmah malah Tun Mahathir Mohamad pun janganlah masuk campur. Kalau dah berhenti, berhentilah.

"Inilah masalah parti pemerintah yang memerintah terlalu lama yang merasakan seolah-olah perlu dinasihati, perlu menjaga hati, perlu menjaga itu, ini… Sampai bila?" katanya.

Jelas Zaid yang sebelum ini seorang menteri kerajaan persekutuan dan kemudian menyertai PKR sebelum meninggalkannya untuk menubuhkan KITA, jika Najib serius dengan reformasi, perkara yang lama sepatutnya ditinggalkan sahaja.

Namun, katanya, apa yang rakyat lihat adalah wujudnya kuasa-kuasa di belakang tabir yang memainkan peranan dalam politik tanah air yang semakin dibenci oleh orang ramai.

Dr Abu Hassan pula berkata, jika seseorang itu terbukti telah menyalahgunakan duit rakyat, maka rakyatlah yang berhak untuk menumbangkan mereka dalam PRU13.

"Tidak kira dia isteri Perdana Menteri, anak Perdana Menteri dan sebagainya, seandainya benarlah mereka telah menggunakan duit negara yang sepatutnya digunakan untuk rakyat, termasuk untuk membaiki sistem pengangkutan awam kita yang teruk ini, maka mereka harus ditentang, harus dijatuhkan," katanya.

Beliau menjelaskan, rakyat boleh melakukan perubahan untuk mengubah indeks kebebasan, demokrasi dan rasuah negara.

"Mengapa kita harus sayang pada parti yang tidak mampu melakukan janji yang mereka katakan. Jika mereka tak dapat lakukan janji itu, kita harus tukar dan beri pada yang lain.

"Kita tidak perlu bimbang jika mana-mana parti akan jatuh untuk digantikan dengan yang lain kerana ia adalah proses membina sebuah tamadun," tambah beliau.

Nurul Izzah pula mahu Najib menjamin pilihan raya yang bersih, malah menjelaskan PKR sanggup menerima apa sahaja keputusan jika proses pilihan raya yang benar-benar adil dan bersih dilaksanakan.

Malah, beliau mencabar Perdana Menteri menterjemahkan slogan 1Malaysianya dengan bertanding di kerusi Parlimen yang majmuk seperti Parlimen Lembah Pantai yang diwakilinya dalam PRU 2008.

"Kerusi (yang diwakli Najib sekarang) di Parlimen Pekan adalah 93 peratus pengundi Melayu. Jika benar Najib adalah pemimpin untuk semua kaum, sila bertanding di Lembah Pantai," ujarnya.

Saifuddin pula yang mewakili UMNO dan Barisan Nasional dilihat tertekan dalam wacanan itu kerana bersikap defensif dalam usaha mempertahankan parti dan kerajaan yang diwakilinya.

Walau pun bersetuju dengan beberapa pandangan pemimpin Pakatan dalam wacana tersebut, beliau tetap mempertahankan kepimpinan Najib dan menonjolkan keyakinannya bahawa BN akan menang besar dalam PRU13.

"Bagi saya, pengundi yang mengundi pembangkang dalam PRU yang lalu akan kembali menyokong BN manakala yang telah memilih BN akan kekal dengan BN dan pengundi-pengundi baru pula akan mengundi BN," jelasnya.

Menurutnya, mereka menyokong usaha transformasi Najib yang kononnya sedang membuat perubahan baik untuk rakyat. – Roketkini.com

Tu dia aiihh, AURA Mat Sabu... kahkahkah...

Posted: 15 Dec 2011 01:30 AM PST

UMNO GAGAL Halang, MAT SABU Tawan Penduduk MUAR

Seperti yang dijangka, kehadiran Mat Sabu malam tadi mendapat sambutan yang hangat. Tidak kira daripada penyokong PR ataupun puak-puak yang tidak bersetuju beliau masuk ke negeri Johor sama ada datang melawat atau dengan apa jua tujuan. Pada tanggapan mereka, Mat Sabu tidak mengenang budi atas jasa bakti pahlawan yang membawa keamanan dan kemerdekaan negara.

Keadaan persekitaran tempat ceramah begitu meriah dengan kain rentang yang mengecam Mat Sabu dan perang bendera antara UMNO/BN dan bendera PAS,PKR. Sekumpulan 20 anak muda motor dipercayai penduduk kampung telah berada di luar tapak ceramah bersama bendera BN bersedia menunggu arahan untuk menggempur Mat Sabu. Namun seperti biasa, Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor sudah bersedia untuk berhadapan dengan puak-puak ini. Jika mereka datang secara baik, maka baiklah sambutan yang diberikan. Jika mereka datang secara samseng, mungkin itulah yang diharapkan kumpulan ini supaya Polis seterusnya dapat menghentikan program pada malam tadi.

Akhirnya selepas giliran Chegu'Bard berucap selesai dan tiba giliran kepada Mat Sabu, kumpulan anak yang berkumpul di atas motor ini bergabung pula dengan sekumpulan JKRT (Jawatan Kuasa Rukun Tetangga) yang lengkap memakai vest JKRT. Sebelum itu kumpulan JKRT ini hanya berada disepanjang jalan dan ramai yang menyangkakan mereka antara anggota keselamatan yang bertanggungjawab menjaga lalulintas yang sesak dengan kehadiran orang ramai malam tadi.

Rupa-rupanya sangkaan itu meleset sama sekali apabila. Kumpulan JKRT ini rupanya menjadi pencacai UMNO untuk mengangkat poster-poster provokasi terhadap Mat Sabu. Kumpulan yang bergabung ini dianggarkan sekitar 50 orang berarak sehingga di luar pintu pagar masuk ke rumah Sdr Zainudin, iaitu tuan rumah yang menjadikan rumahnya sebagai tempat ceramah. Mereka tidak dapat masuk ke dalam kawasan ceramah kerana Unit Amal, SAMM dan skuad AMK sudah bersedia di situ menantikan kehadiran mereka.

Akhirnya selepas perbincangan, dua orang wakil daripada kumpulan ini diberikan keizinan untuk berjumpa Mat Sabu dan menyampaikan memorendum. Dua wakil ini ialah Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang datang di atas kapasiti sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dan seorang lagi ialah Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais. Apa yang mereka tidak jangka dan tahu, sebenarnya pihak penganjur malam itu telah merancang untuk membawa wakil-wakil ini naik di atas pentas ceramah PR bagi menyuarakan sendiri di atas dasar apakah menyebabkan mereka tidak bersetuju dan menghalang kehadiran Mat Sabu.

Alhamdulillah, walaupun budaya politik cacian, hinaan dan samseng yang ditunjukkan oleh kumpulan ini pada awalnya bertujuan untuk menimbulkan huru-hara. Namun kematangan yang ditunjukkan oleh Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor malah para penyokong PR lainnya yang tidak memperdulikan laungan dan ejekan mereka. Sebaliknya memberikan ruang kepada wakil-wakil mereka untuk bertemu sendiri Mat Sabu dan diberi ruang untuk berucap. Tujuan mereka supaya huru-hara berlaku sekaligus memaksa pihak Polis menamatkan program malam tadi lebih awal tidak berlaku.

Tahniah kepada PR kerana mengajar kumpulan ini erti politik matang apabila setiap wakil ini diberikan ruang untuk berucap dipentas mereka.

Antara yang menarik di dalam ucapan wakil-wakil mereka malam tadi, Mat Sabu sekali lagi disebut sebagai 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu'. Jika sebelum ini Mat Sabu dipanggil oleh YB dan Datuk oleh PERKASA ketika berhadapan secara empat mata. Tetapi malam tadi, gelaran 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu' diucapkan sendiri di atas pentas kepada orang ramai. Gelaran-gelaran yang 'tidak tepat' itu menimbulkan rasa lucu dan geli hati pada orang ramai apatah lagi Mat Sabu yang tersenyum mendengar gelaran-gelaran itu.

Sebenarnya asas ketakutan UMNO itu tidak sukar dibaca. Namun begitu, UMNO masih berselindung dibawah ngo-ngo dan badan belia bagi menggambarkan ketakutan mereka ini di atas kebangkitan rakyat, terutama rakyat di Muar khususnya. Gambar-gambar di bawah menjadi bukti kehadiran ribuan pengunjung tempatan yang datang untuk mendengar ceramah Mat Sabu malam tadi. Perkarangan tapak ceramah yang penuh sesak sehingga melimpah ke luar jalan, menunjukkan rakyat Muar sudah muak dengan UMNO dan dahagakan perubahan pimpinan di Muar. Inilah sebabnya, dan puncanya mereka takut dengan aura Mat Sabu yang mampu menarik rakyat keluar untuk mendengar hujah-hujahnya.

Akhirnya selepas dua wakil kumpulan yang hendak mengusir Mat Sabu ini selesai berucap dan menyerahkan sendiri memorendum kepada Mat Sabu. Kumpulan yang berkumpul di luar pintu pagar masuk tadi bersurai dengan aman tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Namun begitu ada di antara mereka yang tidak pulang, tetapi menyorok ditempat-tempat yang gelap untuk mendengar ceramah Mat Sabu.

Sekumpulan anak muda bersama bendera BN, berkumpul di atas motorsikal menunggu arahan untuk menggempur tempat ceramah.

Sekitar 50 orang yang mendakwa sebagai penduduk yang menentang kehadiran Mat Sabu bersedia untuk menggempur betul-betuldi hadapan pagar masuk ke tempat ceramah bersama kain rentang provokasi terhadap Mat Sabu.

Ahli Rukun Tetangga (memakai vest) sekadar menjadi pencacai UMNO malam tadi untuk mengangkat poster provokasi.

'PERGI JAHANAM SABU KEPARAT'...lagi poster yang dianggkat oleh pemuda bertopi logo JKRT.

Dan seperti biasa...selepas kumpulan tadi tiba dihadapan pintu pagar tempat ceramah dan melaungkan pelbagai kata cacian dan hinaan terhadap Mat Sabu, barulah FRU tiba untuk membuat benteng bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Antara pegawai polis yang berkawal di bawah pentas ceramah.

Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang naik ke pentas ceramah sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dalam masa yang sama, beliau juga merupakan Ahli UMNO Seumur Hidup (03109330) dengan memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri, Setiausaha UMNO Cawangan Sri Serdang, Pegawai Khas Kepada YB. Datuk Hj. Abdullah bin Md. Ali (ADUN Bukit Naning, Johor), AJK Gerakan Belia 4B Negeri Johor dan Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri.

Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais diberikan ruang untuk berucap sambil diperhatikan oleh Chegu'Bard.



Chegu'Bard sedang menyampai ceramah

Mat Sabu, Chua Jui Meng menerima 300 borang kemasukan PKR dan PAS daripada Sdr Zainudin,selaku tuan rumah dan juga antara bekas pemimpin UMNO yang kuat di Simpang Pt No.3 sebelum ini.

Aura Mat Sabu berjaya menarik ramai pengunjung malam tadi.

Sdr Zainudin berucap dan menyeru penduduk Pt No.3 supaya meninggalkan UMNO dan bersama Pakatan Rakyat.



-pulakdah

Bab ni memang aku sokong sangat Mahaguru58

Posted: 15 Dec 2011 12:00 AM PST

Bila Ketua2 Agama Islam engkar Perintah Allah Surah An Nur Ayat ke 31

Bilamana Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke 13 pada tahun 2006 dahulu, saya bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana akhirnya kita mendapat Raja Permaisuri Agong yang kedua tahu menutup aurat baginda bila muncul dikhalayak ramai selepas Tuanku Siti Aishah, Raja Permaisuri Almarhum Sultan Salahudin Shah, Sultan Selangor sebelum ini.

Tidak lupa saya turut mengaminkan doa para khatib semasa Solat Jumaat untuk kesejahteraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong selama Tuanku Sultan Mizan bertugas memikul amanah memimpin negara.

Tuanku Siti Aishah, Raja Permaisuri Agong pertama berhijab di dalam Malaysia

Ada kalanya saya merasa terkilan bilamana Baginda Sultan Mizan tidak tegas bersuara menangani hal ehwal urusan Agama Islam tatkala pemimpin kaffir harbi didalam negara kita berani mempersoalkan kedudukan agama Islam atau berkata nesta terhadap institusi agama rasmi negara? Namun, saya serahkan perkara itu kepada pertimbangan Allahu Ta'ala untuk menghakimi 'Ketua Agama Islam' negara ini di Yaum al Mahsyar nanti.

Kekhuatiran saya mengenai nasib dan masa depan umat Islam seMalaysia untuk jangkamasa 5 tahun akan datang, bertambah sebaik sahaja diumumkan bahawa Sultan Kedah telah dilantik memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke 14 bermula semalam.

Ini disebabkan kegagalan baginda untuk memastikan yang Raja Permaisuri akur terhadap Perintah Allahu Ta'ala didalam Surah An Nur ayat ke 31 yang mewajibkan mana mana perempuan yang sudah mencapai akli baligh untuk menutup aurat masing masing bila di hadapan mereka yang bukan muhrim bagi nya seperti diwahyukan dibawah:


Transliteration

Waqul lilmu/minati yaghdudnamin absarihinna wayahfathnafuroojahunna wala yubdeena zeenatahunna illa mathahara minha walyadribnabikhumurihinna AAala juyoobihinna wala yubdeenazeenatahunna illa libuAAoolatihinna aw aba-ihinnaaw aba-i buAAoolatihinna aw abna-ihinna awabna-i buAAoolatihinna aw ikhwanihinna aw baneeikhwanihinna aw banee akhawatihinna aw nisa-ihinnaaw ma malakat aymanuhunna awi attabiAAeenaghayri olee al-irbati mina arrijali awi attifliallatheena lam yathharoo AAala AAawratiannisa-i wala yadribnabi-arjulihinna liyuAAlama ma yukhfeena min zeenatihinnawatooboo ila Allahi jameeAAan ayyuhaalmu/minoona laAAallakum tuflihoon

Terjemahan:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Sadaqallah hal Adzhim!

Perintah Allah didalam Surah An Nur ayat ke 31, Al Qur'anul Karim.

Amat malang sekali bagi umat Islam negara ini bilamana kita menyaksikan pelanggaran terhadap perintah Allahu Ta'ala ini oleh mereka yang menjadi isteri kepada Ketua2 Agama Islam negara Malaysia semberono sahaja tampil duduk dengan megah didalam Majlis Santapan Di Raja sempena Upacara Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke14 dengan tidak menutup aurat masing masing secara sempurna selayak kedudukan masing masing sebagai Raja Permaisuri negeri masing masing dan juga isteri Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong terkini!

Apakah Duli Duli Tuanku berkenan tidak tahu akan kewajipan baginda masing masing untuk memastikan permaisuri tuanku tuanku berkenaan menutup aurat dengan sempurna bila hadir didalam upacara majlis rasmi kerajaan dan negara?

Saya khuatir bahawa pelanggaran terhadap perintah Allahu Ta'ala ini akan di ikuti kebanyakan mereka yang juga merupakan isteri para pembesar negara yang lain?

Isteri Perdana Menteri dan juga isteri Menteri Penerangan sudah pasti riang gumbira mendapat Raja Permaisuri Agong bersanggul karan kerana mereka sekian lama ini semberono sahaja keluar dikhalayak ramai tanpa hijab atau jilbab!

Nak kata mereka miskin tak mampu membeli kain tudung, harta masing masing melimpah ruah tak cukup tas tangan untuk menyimpannya?

Saya sudah bertekad bahawa sekiranya keadaan ini tidak ditangani oleh Ketua2 Agama Islam berkenaan dengan kadar segera untuk menurunkan tangan dan tidak akan mengaminkan do'a kesejahteraan bagi mereka yang terbabit semasa Solat Jumaat atau mana mana majlis yang meraikan mereka.

Saya rasa sekelian mufti dan penasihat agama istana istana berkenaan GAGAL mentarbiyyah kaum kerabat di raja dan para pembesar pemerintah negara ini.

Sia sia sahaja masing masing gah berbangga dengan ilmu pengetahuan mencakupi sekelian bab bab pengajian agama Islam tetapi ternyata lemah dan tidak berguna untuk membimbing yang terlibat.

Apatah lagi golongan ulama kaki ampu dan pembodek yang menghalalkan kelemahan para pemimpin negara berkenaan dengan mengeluarkan pelbagai alasan demi untuk mendapatkan apa apa keistimewaan dan kedudukan didalam susun galur siyasah pemerintahan negara?

Minta maaf le. Tok Mamu tak reti nak kipas mereka yang gagal memimpin isteri masing masing tetapi ada hati nak mengaku ketua begitu begini terutama didalam bab Agama Islam negara kita. Munafik bersifat begini!

Matlamat tidak menghalalkan cara beb. Sembang deraih lah macamana pun?

Yang haram tetap haram dan sia sia lah kehidupan sesiapa sahaja yang mendiamkan perkara melibatkan maruah umat Islam seperti ini hanya kerna takut kehilangan kedudukan atau darjat duniawi.

Buat pedoman kaum wanita yang mengaku dirinya beriman, ini saya lampirkan pedoman buat anda:


Ini pula kesalahan2 yang dilakukan oleh wanita Muslim Malaysia walaupun berjilbab kononnya?

Sebarkan lah kepada semua rangkaian siber anda.

Mudah2an bermanfaat pada semua. Insya Allah.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Untuk gambar yang lebih jelas, sila ke sini: mahaguru58.blogspot.com

Perasan betoi orang tua nih, masuk bakui angkat sendiri...

Posted: 14 Dec 2011 10:00 PM PST

Shahidan Kassim: 'Saya calon boleh menang'

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau adalah seorang "winnable candidate" iaitu calon boleh menang untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Menteri Besar Perlis itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis kawasan Tambun Tulang berkata keyakinannya itu berdasarkan pandangan rakyat terutama di kawasan yang diwakilinya.

"Semua rakyat tahu. Kalau tidak ada hal saya tak akan keluar dari Perlis.

"Saya akan duduk dari pagi sampai ke malam di kawasan saya sahaja... jumpa rakyat dan sebagainya. Kalau macam itu bukan 'winnable candidate', apa makna sebenarnya?" katanya dipetik Bernama Online.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk bertanding semula pada pilihan raya umum datang, Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Arau, itu terserah kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.

Dalam laman Facebook beliau, Shahidan turut mengulas mengenai calon boleh menang bagi semua kawasan di Perlis, dengan memberi penilaian iaitu baik, sederhana baik, buruk, terburuk kepada mereka.

"Ada sesetengah pihak mempersoalkan kenapa saya buat macam itu.

"Masalahnya rakyat dah bercakap (menilai) macam itu. Bukan kita yang buat penilaian tetapi rakyat yang membuat penilaian. Jadi saya bagi pandangan rakyat apa yang berlaku. Kita bercakap (mengenai winnable candidate) tapi tak ada ciri yang jelas," katanya.

Shahidan berkata bahawa dalam menyelesaikan masalah rakyat, seorang calon boleh menang tidak akan memberi alasan tidak ada peruntukan dan sebagainya, sebaliknya perlu berikhtiar dan berusaha termasuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

"Rakyat tak faham (soal peruntukan) itu. Kalau calon boleh menang, dia perlu berkorban. Tetapi pada masa yang sama hakikatnya ialah bukan semua masalah boleh diselesaikan serta merta oleh kerajaan," katanya.

Mengenai senario politik semasa, beliau berkata negara tidak akan kekal aman sekiranya kemenangan berpihak kepada minoriti yang mahu menguasai majoriti.

Katanya penduduk Malaysia merangkumi 67 peratus kaum Melayu dan Bumiputera, 22 peratus Cina dan lapan peratus India, jadi kemenangan wakil rakyat mesti mewakili nisbah mengikut kaum untuk keharmonian negara.

"PAS tak akan jadi pemerintah sebab dia minoriti. Kalau nak jadi pemerintah pun DAP. Tapi kalau dia jadi pemerintah pun, bolehkah dia mewakili rakyat secara keseluruhan?" kata Shahidan.

Menyentuh politik di Perlis, beliau berkata, Umno dan BN boleh mengekalkan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang dengan syarat parti dapat memperkukuhkan perpaduan anggota dan mempunyai jentera pilihan raya yang berkesan.

"Kita boleh menang dengan cemerlang dan boleh kalah dengan teruk. Isu dalaman kena diperbetulkan. Begitu juga dengan orang yang menyokong MCA. Tapi di peringkat akar umbi, jentera sudah bergerak di seluruh negeri," katanya.

Shahidan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri telah menunjukkan jalan terbaik dan memberi contoh kepada kepimpinan peringkat bawahan supaya bermula sekarang bagi memenangi hati rakyat.

"Siapa yang tak mahu ikut perubahan dia mesti diubah," katanya. -TMI

Panas!! Anwar silap besar, Karpal Singh bakal perlingkup masa depan politiknya...

Posted: 14 Dec 2011 08:00 PM PST

Kes Fitnah II Datuk Seri Anwar: Apa Motif Karpal Singh?

SEBAGAI seorang peguam kanan yang berpengalaman, penulis tidak rasa YB Karpal Singh mempunyai masalah untuk menggulung kes fitnah yang membabitkan Datuk Seri Anwar tanpa dalam masa yang sama, menimbulkan persoalan-persoalan yang boleh merosakkan dan menghancurkan karier politik Anwar dimasa hadapan.

Justeru, penulis tidak faham kenapa dalam penggulungan kesnya semalam (sebelum Timbalan Pendakwaraya mengambil tempat), Karpal lebih banyak menimbulkan hujah-hujah yang menjurus kepada kejadian liwat itu benar-benar berlaku tapi atas kapasiti suka sama suka, bukan secara paksa seperti yang didakwa Saiful.

Penulis boleh faham tujuan Karpal membangkitkan perkara tersebut – untuk menimbulkan keraguan ke atas pertuduhan yang dikenakan ke atas Anwar seterusnya mencerahkan peluangnya untuk dibebaskan. Tetapi sedarkah Karpal bahawa perbuatannya itu hanya akan merosakkan karier politik Anwar dalam jangka masa panjang – kalau pun tidak 'membunuhnya' (karier politik) terus!!

Tidak ada gunanya Anwar terlepas daripada pertuduhan yang ini tapi masyarakat kekal memandangnya sebagai peliwat. Rakyat hari ini semakin bijak, bukan seperti 20-30 tahun lepas ketika Karpal memulakan kariernya sebagai peguam. Ketika itu yang dilihat orang hanyalah keputusan bersalah atau tidak sahaja, alasan disebalik keputusan itu orang tidak peduli.

Nak mengaksesnya (alasan penghakiman) juga bukan mudah.

Tapi hari ini berbeza keadaannya. Dengan akses internet yang meluas, rakyat boleh membaca alasan penghakiman yang membebaskan Anwar seperti mana keadaannya pada 2004 dalam perbicaraan fitnah liwat 1. Benar ketika itu Anwar dibebaskan tapi stigma masyarakat dan diapi-apikan oleh musuh Anwar ialah, Anwar dibebas secara teknikal (tarikh kejadian yang berubah-ubah), bukan kerana tidak meliwat.

Bagi mengukuhkan tuduhan mereka, alasan penghakiman yang menjelaskan perkara tersebut dimuat turun dari internet dan digunakan secara meluas sebagai bukti untuk melengkapkan dakwaan bahawa Anwar sememangnya seorang peliwat (walaupun dibebaskan).

Kesilapan pasukan pembelaan Anwar ketika itu tidak menyemak semula alasan penghakiman yang mengesahkan penglibatan Anwar dalam hubungan homoseksual, menyebabkan sehingga ke hari ini masih ada segelintir rakyat yang percaya Anwar benar-benar seorang peliwat.

Rakyat hari ini mahukan satu penjelasan yang muktamad dari perbicaraan ini iaitu sama ada Anwar meliwat Saiful atau tidak. Soal secara paksa atau secara suka-suka ini bukan masalahnya, yang penting adakah kejadian liwat itu benar-benar berlaku. Menjadi tugas Karpal Singh sebagai ketua peguambela Anwar untuk memastikan bahawa dari segala apa segi pun Anwar bebas dari 'bayangan' liwat yang menghantuinya sejak 1998 lagi.

Tambah buruk lagi kalau keputusan hakim nanti benar-benar menjadi seperti mana yang dihendaki oleh Karpal (liwat secara suka sama suka), Anwar masih lagi tidak terlepas daripada kemungkinan dituduh dibawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan pula.

Memang benar sistem perundangan negara tidak membenarkan pesalah yang dibebaskan daripada pertuduhan dibawah Seksyen tertentu, dituduh semula dibawah Seksyen yang sama, tapi kini kita bercakap tentang 2 Seksyen (377B dan 377C) berbeza dibawah Kanun keseksaan yang sama.

Penulis dari dulu pun mempersoalkan kebijakan memilih Karpal Singh sebagai peguam untuk mengetuai kes Datuk Seri Anwar. Bukan soal kebolehannya tapi kerana Karpal mempunyai sejarah yang panjang membela tertuduh daripada pertuduhan tanpa mengambil kira kesan-kesan langsung selepas dari itu.

Disamping 'dosanya' membangkitkan isu liwat Anwar di Parlimen pada 1997.

Yang penting pada Karpal (malah mana-mana pengamal profession perundangan sekalipun) ialah menang kes, soal ia akan mencemarkan imej tertuduh atau tidak selepas proses perbicaraan selesai, itu bukan masalah mereka. Asal duit masuk cukuplah.

Sebagai peguam dan ahli politik dalam masa yang sama, Karpal perlu sedar bahawa tertuduh dalam kes ini bukan orang biasa, kita bercakap tentang bakal Perdana Menteri Malaysia dan imej sebagai peliwat ini tidak baik untuk dirinya dan negara ini.

Kalau majoriti penduduk negara barat pun masih memandang hina amalan homoseksual dan pelakunya apatah lagi di Malaysia yang dihuni majoriti orang Melayu beragama Islam.

Karpal perlu ingat, jika dalam kes pembunuhan model Altantunya, Pakatan Rakyat berjaya juga mengaitkan dengan Perdana Menteri dan isteri melalui 'calit-calit' kecil berkaitan dengan kes tersebut, tidak mustahil dimasa hadapan bila Datuk Seri Anwar pula yang menjadi Perdana Menteri, keadaan sama boleh digunakan musuh politik beliau untuk menjatuhkan karier politiknya.

Apatah lagi bila 'calit' yang kita cakapkan ini bukan kecil tapi besar saiznya.

Sebenarnya ada banyak lagi 'kecacatan' yang penulis lihat dari cara Karpal mengendalikan kes pembelaan Anwar, antaranya menyerahkan kepada peguam-peguam yang lebih 'junior' dalam pasukan pembelaannya untuk menggulung hujah mengenai perkara-perkara rumit berkaitan DNA lelaki Y dalam dubor Saiful yang dikatakan sepadan dengan DNA Anwar.

Tetapi penulis memberi keutamaan kepada soal yang dibincangkan di atas kerana ia mempunyai kesan jangka panjang kepada karier politik Datuk Seri Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri Malaysia.- SPR

Susah jugak kerja usung tilam nih... kahkahkah...

Posted: 14 Dec 2011 06:00 PM PST

Musa Hassan Saman Tiga blog Pro-Pakatan Rakyat

Kuala Lumpur - "Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.

Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut.

"Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya.

"Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26.

Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya.

Tiga laman blog itu adalah free malays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com. -utaranews

Sedap jugak dia ni tibai Hassan Ali... hihi...

Posted: 14 Dec 2011 04:00 PM PST

Dr Hassan Ali Perlu Hormati Prinsip Pas, Atau Pas Perlu Hormati Prinsip Beliau?

DR HASSAN ALI menyebut beliau mempunyai tiga prinsip yang PAS mesti menghormatinya iaitu prinsip Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja. Jika ketiga-tiga prinsip ini PAS tidak menghormatinya, beliau menyebut bahawa berkemungkinan bersedia untuk mengambil keputusan keluar dari PAS setelah berbincang dengan beberapa rakannya termasuk para-para Mufti. 

Itulah hakikat yang boleh disimpulkan setelah membaca kenyataan beliau di SINI. Persoalan pertama, adakah selama ini PAS tidak menghormati ketiga-tiga prinsip yang beliau sebutkan itu? Dan, adakah Dr Hassan Ali juga menghormati prinsip di dalam PAS? Mudah kata, PAS kah yang perlu menghormati prinsip Dr Hassan Ali atau Dr Hassan Ali sebagai Jemaah PAS yang perlu mematuhi prinsip PAS? Ini mengelirukan.

Secara teorinya, ketiga-tiga prinsip Dr Hassan Ali itu amat baik tetapi ada prinsip yang hukumnya mutlak dan ada yang bersyarat. Prinsip Islam, sudah tentu hukumnya mutlak kerana Islam itu hukum tertinggi. Prinsip Melayu, ianya tidak mutlak kerana Melayu bukan Islam dan Islam juga bukan Melayu. Prinsip ketiga juga tidak mutlak kerana menghormati atau taat kepada Raja-Raja hanya sekiranya institusi itu taat kepada Allah dan Rasul. Di dalam Perlembagaan juga, Raja-Raja mesti tunduk kepada Perlembagaan yang digubal di dalam Dun atau Parlimen.

Di mana silapnya Dr Hassan Ali? Silapnya Dr Hassan Ali adalah kerana beliau menjauhkan diri dari Jemaahnya sendiri. Banyak keputusan yang dibuat oleh PAS seolah-olah tidak memberi erti kepada Dr Hassan Ali kerana kononnya beliau mempunyai prinsip Islamnya tersendiri. Pada ketika Kerajaan Negeri Selangor mempunyai masalah dengan perlantikan SUK, Datuk Khusrin dan masalah ini dikongsi juga oleh PAS, PKR dan DAP, berbeza pula dengan Dr Hassan Ali ketika itu. Pada waktu PAS dan PKR membuat keputusan tidak mahu terlibat di dalam perhimpunan anjuran NGO di Stadium Shah Alam yang kononnya untuk menangani masalah Murtad, tindakan ini tidak memberi erti pada DR Hassan Ali.

Pada waktu ramai di kalangan YB-YB PAS (kebanyakannya berilmu agama yang tinggi) merungut kerana setelah PR memerintah Selangor mereka tidak boleh membaca Khutbah atau bertazkirah di dalam masjid di seluruh negeri Selangor hanya kerana tiada Tauliah, Dr Hassan Ali menyokong JAIS di dalam perkara ini. Dr Hassan Ali menyertai perhimpunan menangani isu murtad di Stadium Shah Alam atas alasan amat sensitif dengan gejala murtad yang berleluasa, tetapi di dalam masa yang sama Bob Lokman diheret ke mahkamah kerana memberi tazkirah tanpa Tauliah. Di mana suara Dr Hassan Ali dan apakah tindakan beliau selantang seperti di dalam isu serbuan gereja?

Saya juga sebenarnya tidak bersetuju apabila Shaari Sungip, Ketua Penerangan PAS mendedahkan bahawa nama Dr Hassan Ali tidak tersenarai di dalam majoriti yang dipilih sebagai calon untuk bertanding di dalam PRU akan datang. Sepatutnya tidak perlu didedahkan kerana lihat sekarang, Dr Hassan Ali cuba kaitkan pendedahan tersebut dengan anugerah yang beliau terima dari Sultan Selangor. Kita tidak peduli samada beliau terima anugerah atau tidak, malahan kita tidak mahu berfikir atas sebab apa beliau menerima anugerah tersebut. Mungkin ada sebabnya beliau layak dan itu adalah rezekinya maka kita tidak boleh pertikaikan. Cuma, kita mahu tahu mengapa begitu sukar untuk Dr Hassan Ali menerima prinsip dan pendekatan PAS, tetapi di dalam masa yang sama beliau menuntut PAS menghormati prinsipnya?

Dr Hassan Ali patut memahami dan sedar bahawa Negeri Selangor walaupun diperintah oleh PR, tetapi kerajaan negeri diketuai oleh PKR bukan PAS. Justeru itu, kerjasama di antara PKR, PAS dan DAP perlu kepada pendekatan yang sudah tentu berbeza dengan negeri yang diketuai oleh PAS. Sedangkan, di Negeri Kedah yang diketuai oleh PAS sendiri pun berbeza pendekatannya dengan Negeri Kelantan yang juga diketuai oleh PAS. Sebab apa? Ini adalah kerana situasi di Kelantan dan Kedah mempunyai perbezaan khususnya dari segi polarisasi kaum yang memerlukan kaedah yang berbeza tetapi tetap menuju ke arah dasar dasar dan prinsip PAS. Apatah lagi negeri yang diketuai oleh PKR mahupun DAP.

Ada suara-suara sumbang terutamanya dari Umno yang sememangnya mengharapkan Dr Hassan Ali menyeberang kepada parti sekutu Apco itu mendakwa bahawa PKR dan DAP sebenarnya menjadi dalang kepada hilangnya sokongan ahli-ahli PAS kepada Dr Hassan Ali. Benarkah begitu? Jika begitu, mengapa MB Selagor dari PKR itu tidak melucutkan sahaja jawatan Exco Agama yang dipegang oleh Dr Hassan Ali sekarang? Jawapannya tidak samasekali. PKR dan DAP tidak memberi kesan kepada pengaruh Dr Hassan Ali. Sokongan kepada beliau ditentukan oleh ahli-ahli PAS sendiri terutamanya di Selangor setelah melihat sendiri gelagat Dr Hassan Ali selama ini. Igauan `rundingan dalam gelap' bersama Umno tahun 2008 mungkin sering menganggu tidor ahli-ahli PAS yang semakin meluat dengan Umno sekarang.

Pada saya, sekiranya Dr Hassan Ali mahu meninggalkan PAS hanya kerana PAS tidak menghormati prinsip beliau maka Dr Hassan Ali lebih layak untuk bertindak sedemikian. Ini adalah kerana jika semua ahli atau pemimpin PAS bersikap seperti beliau, sudah pasti PAS sudah lama berkubur. Mursyidul Am PAS sendiri pun tidak pernah berkata sedemikian. PAS wujud sehingga kini adalah kerana PAS tetap berpegang pada dasar Islamnya yang berijtihad di dalam keadaan yang memerlukan di samping ketaatan ahli kepada keputusan Jemaah. /wfauzdin.blogspot.com

Kisah menarik nih pasai KD Tun Razak...

Posted: 14 Dec 2011 02:30 PM PST

Latar Belakang KD TUN RAZAK.


KD TUN RAZAK

Dinamakan bersempena nama Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein sebagai mengenang jsa negarawan ulung itu di atas sumbangan beliau kepada kemerdekaan,pemodenan,pentadbiran dan pembangunan Negara.

Lambang

Langit Biru Muda
sentiasa berwaspada terhadap semua ancaman termasuklah dari udara dalam menjaga keselamatan perairan Negara

Ombak Putih
Cabaran,keazaman dan semangat kental yang perlu dilalui serta dimiliki oleh setiap warga Kapal Selam semasa melaksanakan tugas mereka.

Laut Biru Tua
Beroperasi di lautan samudera yang luas tanpa had batasan demi menjaga keselamatan dan kedaulatan Negara.Ianya melambangkan kecekalan dan ketabahan warga kapal selam dalam melaksanakan tugas dengan risiko yang amat tinggi.

Ikan Lumba Lumba warna kuning
lambang kepakaran anggota kapal selam yang berkeupayaan melaksanakan sebarang tugas dengan penuh tanggungjawab,efisien dan bijaksana demi menjunjung kedaulatan Negara

Fin kapal selam di permukaan
Mempamerkan keupayaan kapal selam sebagai aset martim yang paling digeruni.Ianya juga melambangkan keupayaan kapal selam beroperasi secara senyap dan penuh muslihat serta sukar dikesan pihak musuh.

Latar Belakang KD Tun Razak

Perolehan kapal selam telah meningkatkan kemampuan Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM)secara keseluruhannya kerana ia mempunyai faktor cegah rintang dan force multiplier.mengambil kira kepentingan ini,keperluan kapal selam telah didaftarkan oleh TLDM sejak sekian lama

sebagai persiapan awal ke arah penubuhan angkatan kapal selam,TLDM telah menghantar beberapa Pegawai dan anggota mengikuti kursus dan latihan kelayakan kapal selam di beberapa buah negara seperti Australia,Turki dan Perancis sejak tahun 80-an lagi.inisiatif ini sejajar denganb hasrat TLDM mewujudkan tenaga pakar dalam bidang kapal selam.namum begitu,hasrat ini tidak menjadi kenyataan kerana beberapa kekangan yang dihadapi pada masa tersebut.

projek kapal selam telah diberi nafas baru apabila pihak kerajaan pada 3 Mei 2000 memutuskan agar kajian kesesuaian ke atas beberapa buah kapal selam dilaksanakan oleh kementerian pertahanan.

17 April 01
pasukan kajian tawaran kapal selam ditubuhkan untuk menilai setiap tawaran yang diterima.

05 jun 02
kerajaan Malaysia telah menandatangani kontrak perolehan 2 buah kapal selam jenisSCORPENE bersama pakej latihan dan bantuan logistik bersepadu(ILS)dengan konsortium bernama ARMARIS yang dianggotai oleh syarikat DCNS,Perancis dan syarikat NAVANTIA,Sepanyol.

25 Okt 02
kontrak ini mula berkuatkuasa.

21 Feb 03
titik bersejarah dalam pembinaan KD TRZ bermula dengan upacara pemotongan besi pertama.

24 Jul 07
Upacara penyambungan kedua dua bahagian kapal selam di limbungan Navantia,cartagena sepanyol telah disempurnakan oleh mantan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali.

8 Okt 08
Upacara pelancaran dan penamaan KD TRZ di limbungan Navantia,Cartagena sepanyol telah disempurnakan oleh Seri Paduka Naginda(SPB)Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

4 Nov 09
KD TRZ telah diserahkan seara rasmi kepada Kerajaan Malaysia.

5 Nov 09
KD TRZ telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan TLDM dengan kekuatan anak kapal seramai 32 pegawai dan anggota lain lain pangkat.majlis pentaulihan disempurnakan oleh panglima Tentera Laut Ybhg Laksmana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar.

19 Feb 10
Pelayaran dari cartagena,Sepanyol ke Toulon Perancis sebagai persediaan pelayaran pulang dan juga rutin senggaraan Assisted Maintenance Period(AMP)pertama.

30 April 10
KD TRZ telah memulakan pelayaran sulang dari Toulon Perancis.Pelayaran memakan masa selama 72 hari dengan persinggahan di 4 buah pelabuhan bagi tujuan ulang bekal iaitu di Iskandariah Mesir,Jeddah Arab Saudi,salalah Oman dan Cochin India serta Tambatan Pangkalan TLDM Lumut(TPL)sebelum tiba di pangkalan TLDM Kota Kinabalu(PTKK),Sabah.

2 Jul 10
Sambutan Ketibaan KD TRZ Di Lumut.DYMM sultan Perak,Sultan Azlan Muhibbiddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussof Izzuddin Shah telah berkenaan berangkat ke majlis tersebut.DYMM Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj Ibni Al Marhum Sultan,Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad an PTL,Laksmana Tan Sri Abdul Aziz Shah Hj Jaafar telah bersama sama belayar dengan KD TRZ dari perairan Pulau Jarak menuju ke TPL,DYMM Sultan Selangor turut berkenan menguji keupayaan Kapal untuk menyelam di kedalaman terhad di sekitar peraiaran Pangkor.

15 Jul 10
KD TRZ tiba di PTKK disambut meriah Oleh Yang Dipertua Negeri Sabah,Tun Ahmad Shah Abdullah.ketibaan ini melengkapkan Pelayaran pulang KD TRZ dari Perancis ke Malaysia.

25 Jul 11
kunjungan kedua DYMM Sultan Selangor ke kapal,bagina telah berkenan bersantap bersama warga kapal.

Spesifikasi Kapal


1) panjang keseluruhan: 67.56 Meter
2) Lebar keseluruhan: 8 Meter(termasuk Hydroplane)
3) Lebar Pressure Hul: 6.2 meter
4) Draught Purata: 5.4 Meter
5) Sesaran Permukaan: 1,599 tan
6) Sesaran selaman: 1,758 tan
7) Reserved Bouyancy: 9 peratus
8) Kelajuan Maksima: 20 Knots (menyelam),12 Knots (permukaan)
9) krew: 35 Krew
10) ketahanan operasi: 45 hari

Visi
Pencegah rintangan Maritim yang efektif dan kredibel

Misi
mencegah rintangan ancaman terhadap keaulatan dan kepentingan Maritime Malaysia.

Tiada ulasan: