Rabu, 14 Disember 2011

shalehudin

shalehudin


Perghh... 8 juta punya pinjaman tuh, gila babun betoi...

Posted: 14 Dec 2011 09:30 AM PST

Tak guna punya hakim, bertambah Meloya aku... kahkahkah...

Posted: 14 Dec 2011 08:32 AM PST

Utusan diarah bayar RM200,000 kepada Guan Eng

Harakahdaily

PULAU PINANG, 14 Dis: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati Utusan memfitnah Lim Guan Eng dan diarahkan membayar RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu serta mendapati
dia tidak anti Melayu atau anti Islam tetapi itu adalah niat buruk Utusan.

Sebelum ini, Guan Eng berkata, "Jika menang, apa-apa wang yang diterima akan kami dermakan kepaada program membasmi kemiskinan."

Lim Guan Eng pada 6 Januri lalu mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan sebuah artikelnya memfitnah DAP.

Lim memutuskan untuk menyaman Utusan setelah akhbar harian itu menyiarkan sebuah artikel pada Disember lalu yang mendakwa DAP adalah alat kerajaan asing dan mahu parti berkenaan diharamkan.

Sebelum itu, Lim mengutuskan sepucuk surat tuntutan meminta Utusan menarik balik beberapa perkataan yang didakwa memfitnahnya dalam berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng'.

Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang 'rasis' dan 'anti-Melayu' dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu.

Lim dalam notis tuntutanya menafikan dakwaan berkenaan dan memohon akhbar itu menyiarkan permohonan maaf dan pampasan daripada Utusan kerana memfitnahnya.

Kehadiran Lim hari itu diiringi peguam yang juga ADUN Dato Keramat, Jagdeep Singh Deo dan juga beberapa ahli exco dan ADUN yang lain.

Mengenai jumlah pampasan yang dituntut, Lim berkata beliau menyerahkan perkara berkenaan kepada mahkamah untuk menentukkannya.

Mai berkenalan ngan Hassan Ali woii... kahkahkah...

Posted: 14 Dec 2011 07:43 AM PST

Hasan Ali Yang Saya Kenal

Oleh: setisab

Kerajaan Rakyat l Ikhlas saya katakan, saya memang TIDAK percayakan manusia yang bernama Hasan bin Ali. Bagi saya dia seorang hipokrit yang tersilap pilih olih PAS!

Bukan Hasan Ali yang silap tetapi PAS yang salah pilih, sepertimana PKR tersalah pilih, bilamana parti Keadilan Rakyat itu memilih seorang gigolo (klik di sini) untuk menjadi wakil rakyat..!!!

Hasan Ali memang tidak silap kerna saya telah sedia maklum dia adalah manusia yang gila glamour dan mendewakan DUIT.. !! Bagi saya, Hasan Ali seorang manusia "mata duitan" Period !!!

Ikuti perbincangan rakyat di Facebook di sini

Hari ini, seperti yang dilaporkan olih Malaysiakini Hasan Ali berkata dia ingin menjadi penyelamat Melayu dengan menyatu Melayu PAS/UMNO/PKR. Jawapan saya, BULLSHIT.. !! Ini adalah kelentong dan temberang Hasan Ali. Apa yang sebenarnya hendak diselamatkan adalah perutnya..!!

Pada September 24. 2009 saya telah menulis berkaitan manusia yang dikenali sebagai Hasan Ali ini. Sila rujuk titipan berkenaan di sini.

Sapa kata Zunar otak kartun, baca ni baru tau...

Posted: 14 Dec 2011 04:40 AM PST

Saat saya mula-mula menyokong Anwar dan kenapa dia perlu disokong

Zunar
Pada 2 September 1998, media seperti Utusan Malaysia atau nama timangannya "Utusan Meloya" serta TV3 menyiarkan berita dan afidavit penuh dari beberapa individu bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam perlakuan liwat. Kebanyakan penyokong reformasi dan Pakatan Rakyat pada ketika itu tidak mengenali Anwar, begitu juga dengan saya. Semua dalam kekeliruan.

Tetapi, saya mula menyoal kalau betul Anwar bersalah, pasti dia bukan begini peribadinya. Orang bersalah tidak akan berani berceramah di hadapan khalayak ramai, apatah lagi untuk bertentang mata dengan ribuan manusia. Sebagai manusia berakal, saya perlu mencari kepastian. Ketika itu, dari dua hingga ke 20 September, setiap malam di rumah Anwar diadakan ceramah.

Pada satu malam, saya berkesempatan untuk kali pertama mendengar ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di rumahnya di Bukit Damansara. Siang itu, penulis ucapan beliau Dr. Munawar Anees ditangkap.

Ceramah beliau pada malam itu mematikan keraguan saya termasuk satu baris pidato yang sangat penting dan signifikan. Kata Anwar, merujuk penangkapan Dr.Munawar, lebih kurang begini, "Kenapa tangkap orang-orang saya? Tangkap saya. Saya pemimpin!!!".

Hanya mereka yang "berani kerana benar" boleh berbicara seperti itu. Kata-kata seperti ini tidak mampu lahir dari mulut seorang yang bersalah. Atas kebenaran ini, dia berdiri tegak dan mencabar para rangkaian konspirator. Atas kebenaran ini, dia menerjang segala risiko demi membela orang yang dipimpin.

Saya percaya kalaulah situasi ini dihadapi oleh Dr.Mahathir, sejak awal beliau sudah lari ke kandang kuda di Argentina dan membiarkan pengikut-pengikutnya menghadapi segala risiko. Dan kalau Najib mungkin sudah lama lari ke Mongolia.

Sejak saat itu saya pasti semua tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar adalah fitnah dan hanya untuk membunuh karier politik beliau dan menyelamatkan perasuah. Betapa besarnya dosa pereka-pereka fitnah, penyebar, pentokong dan orang yang berdiam serta merelakannya.

Bagi saya Anwar layak membawa Malaysia keluar dari kemelut dan dia perlu disokong. Kepada dia, rakyat boleh sandarkan harapan. Di bawah ini beberapa insiden yang diberitahu kepada saya kemudiannya yang mengukuhkan menyerlahkan perwatakannya sebagai seorang pemimpin.

Dalam peristiwa demonstrasi membela petani miskin Baling pada tahun 1974, Anwar pada asalnya tidak ditangkap dan sudah berada di rumah bapanya (Datuk Ibrahim) di Petaling Jaya. Tapi apabila mendengar berita penangkapan teman-temannya (termasuk Fadzil Noor), beliau segera ke balai polis Jalan Stadium untuk membela, yang akhirnya menyebabkan dia terus ditangkap di bawah ISA selama dua tahun.

Insiden kedua, apabila menghadapi tuduhan, sehari sebelum dipecat, dia diberi kata oleh oleh Dr.Mahathir - "dipecat atau menghadapi tuduhan yang memalukan". Dan ini diiringi tawaran lumayan untuk bertugas di Bank Dunia sekiranya beliau memilih untuk meletak jawatan. Jawab Anwar, "Kenapa saya harus meletak jawatan, saya tidak bersalah." Kita percaya semua pemimpin UMNO/BN dalam situasi ini akan memlilih jawatan di Bank Dunia.

Satu kriteria penting bagi seseorang pemimpin berwibawa. "Apabila berhadapan dengan pilihan laba, beliau memilih untuk mempertahankan prinsip walaupun risikonya penjara."

Malah prinsip beliau jelas dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh 2008 di mana dia bertanding. Dalam kempen, taktik bersumpah atas nama agama dilakukan oleh Najib Razak dan Saiful demi mendapat undi.

Kerana tingkah lalu para sesumpah ini disiarkan oleh Meloya dan TV3, sokongan pengundi Melayu merosot mendadak, maka ada teman-teman yang menasihati Anwar untuk ikut bersumpah. Beliau menolak kerana amalan sumpah dilarang dalam Islam. Persoalan jenayah wajib di bawa ke mahkamah adil.

Beliau berpendirian tidak akan mengorbankan prinsip agama untuk tujuan politik kalaupun sekiranya ditakdir beliau kalah dalam pilihanraya itu.

Akhir kalam, rencana ini tidak membicarakan soal politik kepartian, tetapi keperluan membawa Malaysia keluar dari kebobrokan rasuah, penjarahan harta negara, perompakan wang rakyat yang menghalang kemajuan negara. UMNO/BN terjebak dalam lubuk keji ini dan mereka sendiri tidak mampu mencari jalan keluar, apa lagi membawa rakyat keluar.

Sebagai alternatif, kita punya seorang pemimpin yang berani, bertanggungjawab, berprinsip dan mempunyai jiwa pembela rakyat. Hanya seorang pemimpin tanpa rasuah seperti Anwar dengan gagasan Pakatan Rakyat mampu mengemudi Malaysia kembali berdaulat dengan rakyat yang berjati diri.

*Nota Zunar: Rencana khusus kepada golongan muda, terutama generasi selepas September 1998.

**Zunar (nama asal: Zulkiflee Anwar Ulhaque, gambar kiri) ialah kartunis politik. Tulisan ini dipetik dari blognya.

Betoi ka Anwar berkorban tuk nak lindungi saksi...

Posted: 14 Dec 2011 01:30 AM PST

Kes Liwat : Adakah Anwar terpaksa melindungi saksi tempat Kejadian

Oleh: anak_muar

Kes Liwat 2 telahpun masuk fasa terakhir dan kini berada diperingkat pengulungan bagi pihak pendakwaan. Pihak Pendakwaan terus melakukan serangan dan tuduhan-demi tuduhan bagi mengesahkan bahawa kejadian liwat itu memang benar berlaku dan Anwar perlu dihukum dan dihumban ke penjara sebelum PRU-13 diadakan. Pihak media pro kerajaan UMNO-BN tidak kurang secara berterusan mengambarkan Anwar telah bersalah dan perlu dihumban ke penjara.

Kes Liwat 2 kali ini sememangnya lebih karut dan tak masuk akal berbanding kes liwat 1 pada tahun 1999.Namun sebaliknya kali ini di pihak pembelaan agak lemah sedikit walaupun tuduhan liwat 2 ini lebih mengarut.Kenyataan saksi utama iaitu Saifool Bukhari yang tidak konsisten dan sering memberikan jawapan yang bodoh membuatkan kes kali ini membosankan dan tidak mendapat perhatian seperti kes liwat 1.

Apakah strategi tersembunyi pihak pembelaan yang diketuai oleh peguam hebat iaitu Karpal Singh yang dilihat kurang melakukan hujahan dan tidak seperti 12 tahun yang lepas dimana kejutan seperti yang dilakukan oleh Cristoper Fernando (Arwah) yang berjaya memerangkap Azizan sehingga menyatakan beliau tidak diliwat.Tidak dinafikan ramai juga penyokong pro PR agak kecewa dengan prestasi pihak pembelaan yang kurang menyerlah walaupun sedang berhadapan dengan perbicaraan yang penuh dengan kecurigaan dan berat sebelah.

Mengapakah sehingga kini pihak pembelaan masih tidak menyediakan dan memanggil saksi-saksi selain tuan rumah dan dua orang gaji yang berada di dalam kondo tersebut semasa hari dakwaan kejadian liwat itu berlaku.Difahamkan ada 7 orang individu lain antaranya bergelar Datuk turut berada dalam kondo tersebut dalam satu perjumpaan dan taklimat bersama Anwar Ibrahim dan pakar-pakat ekonomi.Persoalannya mengapakah mereka ini tidak dikemukakan oleh pihak pembelaaan sebagai saksi paling penting dalam menyanggah dakwaan liwat oleh pihak pendakwaan dan Saifool sendiri.

Adakah Anwar terpaksa mengambil risiko besar untuk melindungi mereka-mereka ini kerana bimbangkan keselamatan dan ancaman yang bakal dihadapi oleh 7 individu tersebut.Atau Anwar dan para peguammya mempunyai strategi tersendiri dalam erti kata lain senjata pemusnah untuk diletupkan pada peringkat terakhir perbicaraan kes liwat 2 ini jika Anwar jelas didapati bersalah dan akan dipenjarakan.Adakah masa itu masih sempat berbuat demikian.Sama-sama kita fikirkan.- TKO

Cara ni saja nak pekena Amerika...

Posted: 14 Dec 2011 12:00 AM PST

Iran tiru, bina pesawat kawalan jauh Amerika

Tehran yakin miliki senjata baru canggih tak lama lagi

TEHRAN- Iran akan meniru sistem kejuruteraan pesawat kawalan jauh Amerika Syarikat atau 'drone' yang dimilikinya dan kini dalam 'peringkat akhir' mendapatkan rahsia perisikan senjata canggih itu bertujuan menghasilkannya dengan lebih banyak pada masa depan.

Ketua Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan Iran di Parlimen, Parviz Sorouri, memberitahu semalam: "Tindakan kami berikutnya adalah untuk meniru sistem kejuruteraan pesawat itu," kata Parviz yang dilaporkan laman web televisyen tempatan Iran.

"Pada masa akan datang, kami akan berupaya mengeluarkannya secara besar-besaran. Jurutera Iran tidak lama lagi akan membangunkan sebuah pesawat canggih sama seperti pesawat Amerika," katanya lagi.

Iran berkata, ia memiliki pesawat canggih Amerika berbentuk kelawar yang melakukan misi pengintipan diberi nama RQ-170 Sentinel pada 4 Disember lalu ketika ia berada di ruang udaranya.

Iran menyatakan, sebuah unit perang siber Pengawal Revolusi menggodam kawalan penerbangan pesawat pengintip itu.

Pihak berkuasa Amerika yang dilaporkan berkata pesawat hendap itu melakukan misi CIA di atas ruang udara Iran, tetap tidak percaya bahawa Iran memiliki teknologi untuk membangunkannya.

Mereka berkata, kemungkinan pesawat itu mengalami kegagalan teknikal. Mereka juga menyatakan keraguan berhubung keupayaan Iran meniru pesawat terbabit, sekurang-kurangnya tanpa bantuan Russia atau China.

Namun, Sorouri bertegas dengan menekankan: "Kami berada dalam peringkat akhir memecahkan kod pesawat intip terbabit."

Beliau juga meramalkan, 'Iran akan memperoleh perisikan berharga menerusi usaha mentafsir maklumat perisikan dan pengintipan sulit sebaik saja kod rahsianya dipecahkan'.

Sorouri juga berkata: "Kami tidak memerlukan kerjasama Russia atau China untuk meniru pesawat itu. Mereka sudah pasti tidak akan terbabit.

"Keupayaan pertahanan hebat dengan memiliki pesawat seperti itu adalah untuk kegunaan kami saja dan kami tidak bersedia berkongsi dengan pihak lain.

"Kami akan menggunakan keupayaan ini sebagai satu pencegahan (terhadap serangan musuh). Saya ragu-ragu kerajaan Iran akan berkongsi teknologi dengan negara lain." – AFP

Anwar macam dah tau dia tak leh bertanding...

Posted: 13 Dec 2011 10:00 PM PST

Anwar ramal PRU-13 sejurus selepas kes liwatnya selesai

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil sebaik sahaja kes liwat dihadapinya sekarang berakhir, sambil menegaskan ia sebahagian daripada usaha menamatkan kerjaya politik beliau.

Ketua Pembangkang itu memberitahu pemberita bahawa beliau bersedia untuk yang terbaik tetapi pada masa yang sama menduga keadaan paling buruk.

"Ini bukan secara kebetulan, akhir kes ini akan secara kebetulan (selari) dengan pilihan raya (umum)," katanya di pekarangan mahkamah.

Hujah penggulungan masuk hari kedua hari ini.

Ini kes liwat kedua membabitkan beliau.

Semalam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan pilihan raya umum akan berlangsung awal tahun depan.

Mandat semasa hanya berakhir April 2013.

Menjawab hujah penggulungan pihak pendakwa yang menyerang keputusannya memberi keterangan dari kandang tertuduh, Anwar berkata beliau menggunakan perbicaraan untuk mengetengahkan keadaan sistem perundangan yang cacat.

"Saya mengambil kedudukan menerusi saksi-saksi yang kompeten. Satu-satunya usaha mereka ialah memusnahkan doktor-doktor yang ternama di dunia," kata beliau lagi.

Perbicaraan akan disambung Khamis ini dengan pasukan pembela akan menjawab hujah pihak pendakwa.

Kemudian Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah akan memutuskan tarikh mengumumkan keputusannya.

Bangsa UMNO wajib tau sapa pegang suis utama... kahkahkah...

Posted: 13 Dec 2011 08:00 PM PST

Masih ingat Rosmah Mansor?

Oleh Wong Choon Mei , Nawawi Mohamad


Masih ingat Rosmah Mansor? Sudah pasti. Siapa boleh lupa pada Wanita Pertama Malaysia – FLOM!

Beliau sememangnya telah menjadi sedikit 'low profile' semenjak dua menjak ini. Sehinggalah lelaki karpet beliau Deepak Jaikishan, yang popular setelah kes akuan bersumpah P.I. Balasubramaniam mengenai Altantuya dan juga Scorpenes dan sekarang muncul semula di tempat yang paling tidak disangka-sangka: dunia korporat Malaysia. Ini semua pun masih dibawah perhatian Rosmah.

Untuk Deepak, beliau seperti "kakak" dan kepada seorang lagi anak ikan korporat, Jho Low, beliau bukalah "mak angkat" tetapi "rakan baik". Tetapi apa pula dengan beliau- siapa mereka ini?

Sehingga kini, tiada satu kata pun yang beliau ucapkan walaupun beliau sangat dikenali dengan sesi karaoke beliau yang berpanjangan dan kadang-kadang memarahi orang apabila tidak dapat apa yang beliau mahu.

Suis utama

Walaupun Rosmah boleh mengawal banyak perkara kerana beliau adalah empunya suis utama – suami beliau- masih ada perkara yang tidak dapat beliau kawal. Contohnya, Perhimpunan Umno terbaru ini telah membuatkan beliau sedikit gementar.

Jelas bahawa keadaan ekonomi yang merudum, senario kewangan dan politik yang merisaukan termasuk prestasi buruk suami beliau dan kritikan yang mereka berdua telah terlalu banyak membuat perjalanan luar negara, rasmi dan tidak rasmi dan bukannya berusaha untuk bekerja memulihkan Malaysia.

Sememangnya Najib tidak banyak bekerja walaupun negara dibelenggu masalah ekonomi. Beliau begitu sibuk dengan berhibur dan cita-citanya.
PM itu juga tertidur semasa mesyuarat Ketua-ketua Komanwel baru-baru ini.

Skandal mereka berdua

Rosmah risau yang semua skandal beliau; cincin USD24 juta, beg Birkin, ipar Kazakh- Itali dan percutian di Perth akan menjadi perhatian di Perhimpunan Umno. Sehinggakan beliau dikatakan telah turun berat badan sekilo dua sebelum perhimpunan itu.

Tetapi nampaknya, beliau tidak perlu risau kerana, buat pertama kalinya
,sejak Najib ambil alih kepimpinan, Rosmah bukanlah wanita yang menjadi perhatian.

Wanita yang bertuah itu adalah Shahrizat Jalil ,Ketua wanita dan keluarga beliau yang terlibat dengan skandal NFC lembu dan kondo.

Jelas bahawa skandal RM250 juta Shahrizat dengan NFC lebih menyerlah berbanding rasuah RM570 juta Najib bersama kapal selam Scorpenes, tetapi,

siapalah yang mengira semua ini kerana pembayar cukai dan pengundi Malaysia seperti tidak kisah.

Sehinggakan kondo One Menerung yang dibeli NFC bernilai RM 7 juta seunit adalah sangat kecil berbanding cincin berlian gergasi Jacob & Co yang didakwan di import oleh Rosmah dan sehingga kini masih lagi beberapa orang pemimpin pembangkang cuba mendapatkan

butir-butirnya daripada Jabatan Imigresen terutama sekali mengenai pengeluarannya dari Malaysia.

Jangan terleka dulu

Jadi, disebabkan fokus adalah kepada Shahrizat, Rosmah sebenarnya tidak dapat untuk leka lagi. Walaupun beliau tidak dapat merawat penyakit gila belanja beliau, sebagai seorang isteri, beliau tentu faham bahawa skandal-skandal beliau dapat merosakkan imej Najib, yang sememangnya sudak calar walaupun tanpa bantuan beliau.

Wanita Pertama cengel berusia 60 tahun itu juga bertindak seperti beliau adalah pengurus Najib- ikutlah semua berita. Beliau sangat berhati-hati dengan mengikuti semua yang berlaku dalam Perhimpuanan Agong Umno di mana suami beliau berjaya meyakinkan delagasi untuk membenarkan beliau memilih calon-calon untuk PRU 13 nanti.

Menurut orang Umno, wanita itu seperti berpuas hati dengan keadaan. Segala perhatian dan gossip adalah berkenaan Shahrizat. Semua delegasi juga di arah untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat. Perkara terakhir sebagai penutup; seperti yang telah diramal, Mahathir Mohamad sebagai broker utama parti dan bekas PM telah berpuas hati.

Sepeti kucing yang dapat semangkuk susu, Rosmah tersenyum dan selesa untuk sepanjang hari dan pesaing mereka termasuk Muhyiddin Yassin, hanya boleh menjeling tajam. Tetapi, bolehkah Dr M berbuat yang sebaliknya? Sudah tentu tidak kerana beliau boleh menyebabkan Umno hancur.

Kebahagiaan

Walaupun Wanita Pertama penuh kontroversi itu berpuas hati, beliau sebenarnya tidak begitu berpuas hati sepenuhnya. Beliau mahu lebih banyak lagi, atau segalanya. Dan, sebelum anda tidak percaya, ingatlah bahawa ini adalah cara elit Umno- sapu bersih!

Kebahagian untuk Rosmah ataupun untuk beliau benar-benar gembira adalah gambaran dirinya di kaca tv, membuat ucapan dalam majlis yang besar dan glamor, di mana ucapan beliau itu disiarkan dan mempunyai sarikata dalam bahasa Inggeris, Tamil dan Cina.

Dengan Perhimpunan Umno sudah berakhir, ia adalah balik kepada normal untuk Rosmah. Deepak sudahpun ada di dada akhbar dengan mendapatkan kepentingan besar dalam firma membuat penapis air dan udara Envair. Semua orang tahu bahawa Rosmah sangat benci kepada orang yang gagal dan akan mengelak mereka jadi tidak hairanlah Envair akan ditukar menjadi syarikat minyak dan gas tidak lama lagi seperti Scomi dan Kencana yang dimiliki anak-anak Abdullah Badawi dan Mahathir.

Jadi, tak sangatlah "low profile" tersebut! Bagi Rosmah, sifat pemarah beliau adalah dominan dan keadaan senyap dan sederhana ini adalah sesuatu yang tidak normal untuk beliau. Sunyilah kita tanpa beliau menunjukkan watak sebenar beliau itu dan sememangnya beliau telah membuatkan kita lebih miskin kerana watak beliau juga.

Adakah Shahrizat sebenarnya kambing hitam pasangan pertama itu?

Persoalan terakhir yang ada di minda orang ramai- adakah skandal Shahrizat telah direka cipta untuk mengalih perhatian orang ramai daripada pasangan pertama? Sangat sukar dikatakan tetapi kemunculan Deepak sejurus selepas Perhimpunan Agong Umno dan juga penggunaan wang rakyat untuk ke Kazakh dan Perth, nampak gaya pasangan ini mungkin sudak lali dengan kritikan.

Kedua-dua suami isteri telah dituduh melakukan pelbagai kesalahan dan telah dipanggil dengan pelbagai nama seperi Bonnie dan Clyde Malaysia dan mungkin juga sebab ini mereka lakukan sahaja apa yang mereka sudah rencanakan. Bukan sahaja Malaysia yang kesuntukan masa, mereka juga begitu.

Rosmah telah berjaya melepaskan diri daripada kritikan semasa AGM Umno dan beliau mungkin bersyukur. Tetapi, beliau dan Najib tidaklah sebodoh yang disangka. Mereka tahu isyarat kuat daripada perhimpunan itu bahawa Najib harus pergi. Najib tidak mampu meneraju parti dan parti tahu mereka memang sangat memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber sekarang.

Dan Rosmah tidak mampu membantu- walau betapa besar cita-cita beliau.

Malaysia Chronicle

Che Det dok merapu dana apa pulak dahh... haha...

Posted: 13 Dec 2011 06:00 PM PST

MENGENANG MASA DULU


Pulau Pinang negerinya baru
Kapten Light menjadi Raja
Bila terkenang zaman dahulu
Duduk mengalir air mata

1. Pantun ini dikarang oleh "tukang karut" pasukan boria di Pulau Pinang di zaman British.

2. Kita jarang mendengar pantun ini sekarang, Tetapi semasa saya masih budak belasan tahun, saya sering mendengarnya. Sedikit sebanyak saya rasa sedih juga. Air mata tidak mengalir tetapi ia menghantui fikiran saya.

3. Orang Melayu Pulau Pinang pada zaman itu sudah hilang kedudukan mereka dalam pulau yang membangun dengan pantas hasil daripada pengisytiharannya sebagai pulau bebas cukai oleh British. Sementara deretan kedai dan rumah batu seperti mahligai diduduki oleh orang lain, mereka, orang Melayu terpaksa pindah melarikan diri daripada pembangunan bandaraya Pulau Pinang kerana tawaran untuk menjual hartanah mereka begitu tinggi, dan mereka semua miskin dan tidak mampu membeli atau menyewa bangunan kedai atau rumah kediaman yang didirikan, selepas menjual tanah mereka.

4. Kemudian apabila pembangunan sampai ke kawasan di mana orang Melayu telah lari, mereka sekali lagi menjual tanah dan berpindah jauh daripada pembangunan.

5. Lama-kelamaan mereka tenggelam dalam masyarakat asing yang semakin bertambah dan mewah. Itulah nasib mereka, menjadi kumpulan orang yang terasing di negeri sendiri. Maka mengalirlah air mata mereka.

6. Sukar bagi mereka yang dilahir di zaman ini, zaman peluang bertimbun-timbun, zaman serba mudah, zaman tersohor bangsa Melayu, zaman kuasa di tangan Melayu, sukar bagi mereka menggambarkan kehidupan orang Pulau Pinang di zaman British.

7. Apa perlunya kita diperingati akan kedudukan orang Melayu Pulau Pinang di zaman itu? Sebenarnya tidak perlu. Setelah mencapai kejayaan, tidak mungkin kita ditimpa nasib orang Melayu Pulau Pinang.

8. Sekali berjaya tetap berjaya, sekali merdeka, tetap merdeka. Bukankah Hang Tuah telah berkata tak akan Melayu hilang di dunia. Ini jaminan yang diberi kepada bangsa Melayu. Kita akan terus Melayu walaupun hanya menjadi pemandu kereta, buruh kasar, budak pejabat. Kita Melayu juga. Tak perlu mengalir air mata.

Najib pun Mahathir tibai, Rosmah pun kena sidai... haha...

Posted: 13 Dec 2011 04:00 PM PST

Dr M: 'Usahlah cari bomoh kerana ingin menang'

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Sementara tumpuan negara menuju ke arah pilihan raya umum ke-13, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan ahli-ahli politik tidak perlu mendapatkan khidmat bomoh untuk menang.

Kata beliau, kemenangan tidak akan dijamin oleh bomoh, sebaliknya kualiti perkhidmatan dan tingkah laku seseorang akan membawa kejayaan dalam pilihan raya.

"Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan," kata beliau dalam entri terbaru blognya, bertajuk "Tajuk" hari ini.

Bekas presiden Umno ini berkata orang Melayu tidak wajar menjadi bangsa penakut kerana ia juga akan menjadi penghalang kepada kejayaan mereka.

"Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani," katanya lagi.

Dr Mahathir (gambar) berkata Melayu mempunyai banyak sebab yang menghalang kejayaan mereka.

Oleh itu katanya, tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.- TMI

Mak Cik ni sahkan gerombolan dah hilang akai... kahkahkah...

Posted: 13 Dec 2011 02:30 PM PST

Tiada ulasan: