Isnin, 12 Disember 2011

shalehudin

shalehudin


Hebat betoi mangkuk nih... haha...

Posted: 12 Dec 2011 09:30 AM PST

Terkini: Peguam Anwar Berjaya!!!

Posted: 12 Dec 2011 07:55 AM PST

Peguam Anwar berjaya patah hujah pendakwa

Muhammad Faizal
KUALA LUMPUR, 12 Dis: AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang turut hadir mengikuti sesi penggulungan hujah kes liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika perbicaraan itu dilakukan secara adil akan memihak kepada Anwar.

Beliau yang ditemui di perkarangan lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberitahu peguam Anwar telah memberikan bukti yang begitu banyak dan dari segi teknikal amat mustahil untuk hakim membuktikan Anwar bersalah.

"Bukti-bukti begitu terperinci telah dikemukakan oleh peguam-peguam Anwar dan segala hujah pihak pendakwa sebelum ini telah dapat dipatahkan oleh barisan peguamnya.

"Begitu juga berkaitan dengan DNA ataupun bukti Saiful berada di kondominium sewaktu kejadian fitnah tersebut, malah bukti-bukti yang menimbulkan kesangsian," jelasnya.

Beliau begitu yakin dengan pengadilan yang adil akan mendapati begitu banyak keraguan yang telah ditimbulkan oleh pihak pembela hari ini.

"Sewaktu pihak pembela mengemukakan hujah pihak pendakwa tidak sedikit pun bangun untuk mencelah atau mencabar, sudah tentu mereka akan memberikan hujan mereka esok dan mereka mengatakan hanya memerlukan masa dua jam untuk mengemukakan hujah mereka.

"Dalam pada itu saya amat yakin bahawa pembelaan yang dilakukan oleh barisan peguam Anwar itu amat berkesan," katanya lagi.

Sementara itu, mahkamah yang bersidang semula jam 2 petang tadi memperlihatkan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berhujah dengan menyifatkan Saiful Bukhari adalah seorang penipu.

Beliau yang memulakan hujah menyatakan banyak fakta serta kenyataan yang dinyatakan oleh Saiful bersifat luar biasa, seperti menipu apabila mendakwa pintu kondominium tempat kejadian ditutup dan dikunci dengan rapat.

Menurutnya lagi, jika benar pintu tersebut dikunci rapat siapakah yang telah menghidang kopi dan karipap yang didakwa telah dimakan oleh Saiful dan Anwar selepas kejadian fitnah tersebut.

Berkenaan dengan Saiful yang mendapatkan nombor telefon bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga sesuatu yang aneh di mana beliau mendapat nombor telefon tersebut dengan cara mencuri dengar perbualan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada waktu itu.

Sankara berhujah, mana mungkin Timbalan Perdana Menteri tidak mempunyai nombor telefon Ketua Polis Negara ketika itu.

Dalam pada itu, Sankara bercakap kepada media menjelaskan sesi penggulungan hujah pihak pembelaan sudah selesai dan menunggu pihak pendakwa mengemukakan hujah mereka esok.

"Hari ini kita telah tamat mengemukakan hujah bagi pihak pembela dan esok pihak pendakwa akan memulakan hujah mereka sebelum Hakim menentukan tarikh keputusan.

"Selesai sahaja pihak pendakwa mengemukakan hujah, pihak pembela diberi peluang untuk menjawab hujah pihak pendakwa.

"Mungkin esok atau lusa mahkamah akan menentukan bila keputusan akan diputuskan dan kalau pihak pembela tidak dapat habiskan esok hujah terhadap pihak pendakwa kita akan meminta tempoh untuk satu hari lagi," jelasnya.

Sementara itu, Anwar memberitahu, peguamnya telah selesai mengemukakan hujah penggulungan.

"Hari ini peguam telah mengemukakan hujah penggulungan pembelaan dan kalau mengikut kepada fakta serta undang-undang maka kes ini telah habis, inilah yang kita tunggu iaitu mendengar keputusan dari hakim.

"Mereka yang kecam kita tidak pernah hadir mendengar segala perbahasan di dalam mahkamah dan kalau mereka yang mengikut perbicaraan ini secara teperinci segala hujah-hujah pihak pendakwa telah dapat dipatahkan, begitu juga segala bukti-bukti yang mereka kemukakan.

"Kita tunggu keputusan dan pihak pendakwa akan memulakan hujah mereka esok pada jam 1.30 petang," jelasnya.

Chis... Bedebah punya batu api...

Posted: 12 Dec 2011 06:51 AM PST

Utusan Terus Jadi Batu Api Pecahkan PAS

KUALA LUMPUR : Akhbar Umno, Utusan Malaysia didakwa terus cuba menjadi batu api untuk memecah belahkan PAS dengan melaga-lagakan antara kepimpinan parti Islam itu.

(Tulisan Zaini dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia)

Terbaru, akhbar bahasa Melayu itu sekali lagi memainkan isu kerjasama PAS dan Umno yang telah dikuburkan PAS sebelum ini.

Malah tulisan editor kanan akhbar milik Umno itu, Datuk Zaini Hassan cuba menjadikan pemimpin PAS Selangor pula sebagai kambing hitam.

Sambil menyelar tindakan Utusan itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor berkata, Zaini seolah-olah kekeringan idea sehingga cuba memainkan api permusuhan antara pemimpin PAS agar mereka bertelagah dan berprasangka buruk antara satu sama lain.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, bahawa PAS tidak sudi 'berkahwin' dengan UMNO yang hanya tahu memperalatkan Islam demi survival politik mereka.

"Umat Islam masih menyimpan kemarahan ekoran keceluparan Presiden MCA yang mempertikai hukum Islam dalam Forum Hudud yang baru dilangsungkan beberapa hari lalu di Wisma MCA, malah wakil Umno turut sama mempertikai hukum Islam dengan pelbagai persepsi yang negatif terhadap hukum Islam itu," katanya.

Selain itu, rakyat pula masih tidak boleh melupakan bagaimana tindakan rakus pemimpin Umno BN meluluskan Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang menyekat kebebasan rakyat bersuara dan berhimpun, Akta Pekerja yang menindas golongan pekerja dan Akta Perbadanan Kampung Baru yang meminggirkan nasib orang Melayu di Kuala Lumpur.

"Bagaimana dalam keadan begini, Umno masih mahu berbaik dengan PAS. Tangan kanan mahu berjabat, tangan kiri pula menikam perut," soalnya.

Mengulas lanjut, beliau juga membangkitkan sikap pemimpin Umno ketika Perhimpunan Agung parti itu yang dijadikan medan menghentam PAS dan Pakatan Rakyat sesuka hati.

"Seolah-olah PAS dan Pakatan Rakyat adalah parti yang penuh noda dan dosa yang perlu dibuang oleh seluruh rakyat Malaysia.

"Dalam keadaan demikian, mahu disuruh PAS berbaik dengan Umno pula," soalnya lagi.

Sementara itu beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS akan tetap kekal bersama Pakatan Rakyat melakar perubahan bersama dengan rakyat Malaysia dalam PRU ke 13.

"Usah lagi bermimpi untuk 'berkahwin' dengan PAS, kerana PAS tidak ingin bersahabat dengan Umno yang semakin tenat dimamah usia," tegasnya.- SPR

Gerombolan ikut nafsu Soi Lek... kahkahkah...

Posted: 12 Dec 2011 03:29 AM PST

Hudud: Terangkan secara jelas agar hukum Islam tidak dihina

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM), Malaysia, menasihatkan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin, supaya kembali menuntut ilmu Allah yang sangat luas sebelum memberi nasihat yang menyesatkan akibat nafsu serakah politik.

Kenyataan Mohd Kamal Sadin, seperti mana dilaporkan di dalam media, di dalam forum di ibu pejabat MCA yang mengkritik Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah kenyataan tidak bertanggungjawab dan mengelirukan.

Sebagai contoh, takrifan mukallaf sebagai seorang yang berusia lebih 18 tahun, kononnya adalah undang-undang British dan Eropah, menonjolkan kejahilannya di dalam perselisihan pandangan para ulamak mazhab. Mazhab Hanafi, sebagai contoh, meletakkan umur 18 tahun sebagai umur baligh, manakala Mazhab Maliki meletakkan umur 18 tahun sebagai umur baligh selepas dilihat sifat-sifat yang lain. Oleh kerana itulah ulamak memutuskan, sesiapa yang tidak mengetahui kepelbagaian pandangan, bukanlah seorang yang alim, apatah lagi menjadi penasihat agama seorang menteri besar.

Begitu juga kenyataannya berkenaan meliwat isteri yang kononnya dibenarkan dalam undang-undang berkenaan. Liwat isteri memang tidak dikategorikan sebagai kesalahan yang membawa hukuman hudud oleh rata-rata ulamak, namun ia sama sekali tidak dibenarkan. Perlu diingat bukanlah segala perilaku yang tidak dihukum di dalam kategori hudud itu dibolehkan. Terdapat 1001 lagi perilaku haram yang tidak termasuk kategori hudud tetapi boleh dijatuhi hukuman takzir. Kenyataan tidak bertanggungjawab berbaur fitnah oleh Mohd Kamal perlu ditarik balik.

ILMAM turut menyeru Mohd Kamal, Fathul Bari serta seluruh yang menggelarkan diri mereka sebagai ilmuan di dalam UMNO supaya duduk secara serius dan membentangkan apakah set undang-undang yang benar-benar bertepatan dengan Al-Quran dan Hadis, kemudian mendesak kerajaan supaya memberi penerangan dan pendidikan berkenaannya supaya masyarakat lebih memahami dan tidaklah dikaburkan lagi kerana permainan politik.

ILMAM juga mendesak mereka supaya memberikan penerangan yang lebih jelas berkenaan hudud dan seluruh undang-undang Islam supaya tidak dihina dan terus dihina oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek (gambar kanan), seperti mana yang dilaporkan dalam media. Penghinaan seperti mengatakan hukuman Islam, kejam, tidak adil kepada wanita, serta menyebabkan kemusnahan diri, menunjukkan kejahilan yang melampau oleh Presiden salah satu Parti Komponen BN tersebut, serta menampakkan tuduhan yang kedangkalan hujah tanpa fakta ilmiah.

*Kenyataan daripada ILMAM (Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir).

Mak Cik Felda mampuih nak sedaq cerita nih...

Posted: 12 Dec 2011 01:30 AM PST

Harga barang naik mendadak

Syed Abdullah Jamalullail
Harga barang dapur kini merunsingkan kita terutama sekali kepada kaum ibu kerana harga barang basah naik mendadak setiap hari di mana berkemungkinan suatu hari nanti ikan kembong, sotong, udang dan ketam tidak lagi menjadi menu harian kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Kalau gaji RM1000 dengan tanggungan keluarga seramai 6 orang bagaimana hendak menempuh kehidupan yang sempurna jika sekiranya dengan pendapatan RM1000 itu sahajalah jadi penyambung nyawa seisi keluarga.

Bayangkan untuk bayar sewa rumah yang paling murah mungkin rumah setinggan adalah tidak kurang daripada RM200.

Perbelanjaan sekolah anak-anak apabila dicampurkan tambang dan wang saku mereka tidak kurang RM5 seorang mesti disediakan jika tidak mahu melihat mereka belajar dalam keadaan kelaparan hingga ke petang.

Ikan kembong kini RM15 sekilo, sotong RM22 sekilo, udang pula RM22 sekilo dan ketam sudah mencecah harganya RM25.00 sekilo.

Bagaimana 5 tahun akan datang? tidakkah nanti harga ikan kembong akan mencecah RM30 dan sotong mungkin RM40 sekilo dan kemungkinan-kemungkinan ramalan sebegini tidak mustahil akan berlaku kerana sebelum ini pun telah pun menjadi kenyataan.

Rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah sebegini mengeluh pendam dalam diam dan menjadi tradisi mereka ini tidak mahu menunjukkan kesusahan apatah lagi mengadukan nasib kepada orang luar dari lingkungan keluarga mungkin kerana menjaga maruah diri dan kerana tabah dan mungkin kerana keberkatan hasil pendapatan yang halal itu dapat mengharungi hidup dengan tenang dan rasa bersyukur apa yang ada tetapi nasib mereka ini sepatutnya terbela dan diambil perhatian sewajarnya.

SYED ABDULLAH JAMALULLAIL
AMPANGAN, SEREMBAN

Sapa yang gelojoh sangat dalam PAS nih...

Posted: 12 Dec 2011 12:00 AM PST

PAS nafi Hasan Ali, Nasharudin digugur jadi calon PRU-13

Oleh Melissa Chi
SHAH ALAM, 11 Dis — PAS menafikan laporan Mingguan Malaysia hari ini bahawa Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa telah digugurkan daripada bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, partinya belum memuktamadkan senarai calon yang bakal bertanding kali ini.

"Isu calon belum dibawa lagi. Kami tidak tahu bila pilihan raya umum akan diadakan. Tunggu hingga hari penamaan calon.

"Tidak benar, tidak benar. Kami belum melihat lagi senarai calon," kata Hadi selepas melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di sini hari ini.

Laporan akhbar pro-Umno itu berkata Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, akan digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya umum.

Sumber-sumber mengesahkan bahawa nama Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu telah 'disingkirkan' oleh PAS Selangor dan direstui kepimpinan pusat.

Menurut laporan akhbar itu, PAS pusat turut menggugurkan beberapa pemimpin yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Erdogan dan antaranya Nasharuddin yang merupakan bekas timbalan presiden parti.

Pada 2008, Nasharudin bertanding di kerusi Parlimen di Kelantan.

Kata akhbar itu, pengguguran Hasan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan.

Ia berikutan kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog bahawa kemungkinan besar Hasan akan digugurkan daripada menjadi calon parti itu.

Shaari memberi alasan bahawa Hasan tidak mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi dari setiap cawangan.

Ketika diminta mengulas isu yang sama, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menolak penjelasan Shaari.

"Kami tidak tahu sama ada kami akan dicalonkan ataupun sebaliknya (di peringkat bahagian)," kata beliau.

Mohamad juga enggan mengulas isu berkenaan pembahagian kerusi di kalangan komponen Pakatan Rakyat.

"Masih di peringkat akhir perbincangan," katanya lagi.

Depa bermasaalah, tapi dok tenyeh DAP... haha...

Posted: 11 Dec 2011 10:00 PM PST

Payah la apek kalau lu tak paham bahasa...

Posted: 11 Dec 2011 08:00 PM PST

LU BANYAK LANGSI Oooooo.....

Apa yang ABIM persoalkan bukan berkaitan agama...lu persoalkan orang yang mempersoalkan lu masuk campur agama islam.Luu tarak faham ka?...Lu faham banyak mana hukum hudud.Ini sudah menjadi camputangan dalam urusan Sultan dan Raja-Raja Melayu.Kalau Raja-Raja Melayu tidak mempersoalkan hudud Pas atau apa sahaja hukum Hudud...lu apa crita.??

Inil ah yang selalunya menjadi masaalah.MCA telah menjadi masaalah besar kepada Bn sejak si keparat ini mula mempersoalkan hak hukum islam dalam perlembagaan dan hanya dibincangkan dalam Majis Raja_raja Melayu.Yang anehnya Umno diam membisu dan tidak pula menasihati si apek tua ini.

Lu bukan orang islam mau bincang soal hudud atau agama Islam.Lu tarak faham la soal hudud sebab tu lu banyak cakap bukan-bukan.kalau lu faham....apa ini menteri...banyak langsi ooooo


*******************************


Soi Lek: Jika ABIM berhak, saya pun ada hak persoal hudud

KUALA LUMPUR, 11 Dis ― Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau ada hak untuk mempersoalkan pelaksanaan undang-undang hudud yang hendak dibawa oleh PAS.

Menurut Dr Chua, sementara Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mempunyai hak untuk memintanya memohon maaf, beliau juga ada hak untuk bercakap mengenai hudud versi PAS dan impaknya ke atas bukan Islam di negara ini.

"ABIM seharusnya mengiktiraf hak MCA sebagai parti politik. Satu forum (yang dianjurkan baru-baru ini) sebulat suara mendapati bahawa hudud PAS akan ada impak ke atas bukan Islam.

"Anda perlu dengan khusus berkata ia hudud PAS dan bukan hanya hudud," kata beliau (gambar) dipetik Sunday Star hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, adalah sesuatu yang mengarut untuk mengatakan bahawa bukan Islam tidak boleh bercakap mengenai hudud.

"Akhirnya, ia ada impak ke atas kesemua rakyat Malaysia, kita semua adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia," katanya lagi.

Kelmarin, ABIM menyerahkan satu memorandum kepada Dr Chua, mengulangi gesaan agar presiden MCA itu memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini ekoran kenyataannya mengenai hudud baru-baru ini.

Setiausaha Agung ABIM Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, pihaknya kesal di atas kenyataan prejudis beliau yang merendahkan martabat perundangan hudud sekiranya dilaksanakan di negara ini.

"Adalah jelas bahawa kenyataan beliau bersifat tohmahan, prejudis dan tidak langsung disandarkan kepada sebarang fakta atau perangkaan empirikal yang boleh menjustifikasi dakwaaan beliau.

"Namun sehingga hari ini, beliau masih belum membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung dengan kenyataan tersebut," kata beliau.

Justeru kata beliau, ABIM terpanggil untuk sekali lagi menggesa beliau berbuat demikian dalam tempoh masa 48 jam menerusi saluran-saluran media di negara ini.

Kesian Hassan Ali...

Posted: 11 Dec 2011 06:00 PM PST


Hassan Ali Memang Patut Digugurkan

PENULIS memang rasa lega yang amat sangat sebaik dimaklumkan oleh sumber yang hampir dengan kepimpinan PAS Selangor bahawa Datuk Hassan Ali akan digugurkan dari senarai pencalonan untuk pilihanraya umum yang akan datang.

Kenyataan Ketua Penerangan PAS, YB Shaari Sungib semalam walaupun bukan muktamad tapi sudah cukup menjelaskan apa yang akan berlaku dalam pilihanraya umum akan datang – Hassan Ali tidak akan dicalonkan.

Lagipun desas desus mengenai perkara ini sudah bermula sejak Hassan Ali disingkirkan dari menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor dan digantikan dengan ADUN Meru, YB Dr Abdul Rani bin Osman.

Daripada terus menjadi duri dalam daging kepada hubungan mesra bersama-sama DAP dan PKR dalam kepimpinan Pakatan Rakyat, lebih baik kalau Hassan Ali disingkirkan terus dari barisan kepimpinan sedia ada dan digantikan dengan muka baru yang terbukti kesetiaannya kepada parti dan Pakatan Rakyat.

Penyingkiran Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor adalah permulaan yang sepatutnya diikuti dengan penyingkirannya dari barisan Exco Selangor. Tapi entah kenapa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mengambil tindakan serupa, mungkin beliau ada sebabnya yang tersendiri yang hanya diketahui olehnya.

Sebenarnya kalau difikirkan ada banyak sebab kenapa Hassan Ali lebih sesuai berada dengan UMNO dibanding dengan Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya. Banyak tindakan Hassan Ali jelas bercanggah dengan pendirian bersama yang telah dipersetujui kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada Ogos 2008.

Rampasan arak di Shah Alam pada 2009 dan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Damansara Utama Methodist Church (DUMC) pada Ogos 2011 adalah bukti jelas kepada keengkaran Hassan Ali itu. Yang menerima akibat dari tindakannya ialah Pakatan Rakyat dan kepimpinan kerajaan Negeri Selangor dimana Hassan Ali adalah Exco Kanan yang memegang portfolio penting.

Dalam kes DUMC, persepsi masyarakat sehingga ke saat ini ialah Pakatan Rakyat melindungi cubaan memurtadkan orang Islam walaupun hakikat sebenarnya Pakatan Rakyat hanya cuba melindungi hak dan kebebasan beragama yang dijamin perlembagaan Malaysia.

Jika itu pun salah, penulis tidak nampak apa lagi yang betul.

Ini adalah tindakan yang wajar dilakukan untuk mana-mana organisasi politik didunia dengan Pakatan Rakyat turut tidak terkecuali. Lebih lagi dalam keadaan Pakatan Rakyat yang digambarkan sebagai rapuh kerana tidak didaftarkan akibat masalah yang ditimbulkan RoS.

Penulis tidak rasa kalau keadaan sama berlaku dalam UMNO, Presidennya, Datuk Seri Najib akan membiarkan inividu tersebut terus menerus memegang jawatan dalam parti dan kerajaan. Tindakan sama seperti yang dikenakan ke atas Hassan Ali ini juga akan dilakukan kepada individu tersebut.

Walaupun keputusan akhir masih lagi terletak di tangan kepimpinan PAS Pusat tapi keputusan muktamar lalu telah memutuskan bahawa calon PAS bagi sesuatu kawasan pilihanraya hanya akan ditentukan sebahagian besarnya oleh ahli PAS dikawasan tersebut. Hanya dalam keadaan yang 'ekstrim istimewa' sahaja baru kepimpinan PAS pusat akan masuk campur.

Dalam kes Hassan Ali, penulis tidak nampak keadaan 'istimewa' itu wujud untuk kepimpinan PAS pusat mencalonkan Hassan Ali dalam pilihanraya akan datang bila mana pencalonannya di tolak oleh ahli-ahli parti kawasannya sendiri!!

Disamping segala macam kerosakan yang dibawanya kepada PAS dan Pakatan Rakyat sendiri.

Kepada penyokong Hassan Ali, diharapkan dapat menerima keputusan ini dan menyokong dengan sepenuh hati. Individu bersilih ganti, yang tetap disitu ialah parti dan kepimpinanannya. Penulis tidak rasa tindakan ini menganiaya Hassan Ali kerana UMNO sentiasa disitu menerimanya dengan tangan terbuka.

Zaid Ibrahim tu sapa dia... kahkahkah...

Posted: 11 Dec 2011 04:00 PM PST

Pakatan tak pernah bincang penyertaan Kita

Muhammad Faizal

SHAH ALAM, 11 Dis: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberitahu Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan soal Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) untuk menyertai gabungan itu. Malah katanya, sehingga sekarang belum ada sebarang permohonan dari Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim untuk menyertai Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Beliau juga menjelaskan, segala keputusan penyertaan parti Kita itu perlu melalui pembincangan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

"Perkara ini baru saya ketahui walaupun ia telah disiarkan di dalam akhbar, tapi apa yang ingin dinyatakan sehingga sekarang kita belum menerima apa-apa permohonan dari Presiden Kita.

"Setiap apa jua keputusan setelah permohonan diterima kita akan membincangkan pada peringkat tertinggi Pakatan Rakyat," jelasnya pada satu sidang media selepas Majlis Pelancaran Dokumen Negara Berkebajikan di Kompleks PKNS hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menambah buat masa sekarang tidak ada sebarang jawapan dapat diberikan terhadap dakwaan itu.

"Secara dasarnya kita tidak boleh membuat sebarang keputusan kerana ia perlu diputuskan oleh peringkat tertinggi.

"Banyak perkara yang perlu dinilai kembali sewaktu beliau keluar dari Keadilan dan sepanjang beliau berada di dalam Kita," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Tambahnya Pakatan Rakyat mempunyai dasar bersama dan setiap dasar perlu dipersetujui oleh Kita jika mereka mahu menyertai Pakatan Rakyat.

Sebelum itu Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataannya bahawa parti itu tidak akan meletakkan mana-mana calon bertanding dalam PRU 13 dan bersedia menyokong Pakatan Rakyat.

Sokongan itu menurutnya ekoran tidak sehaluan dengan dasar Barisan Nasional sejak akhir-akhir ini yang membangkitkan isu perkauman dan menghina parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Islam dihina begitu sistematik sekali...

Posted: 11 Dec 2011 02:30 PM PST

Penghinaan Terhadap Hukum Allah

1. Sebelum ini negara kecoh dengan kenyataan Kamal Saidin Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu dan Chua Soi Lek Presiden MCA yang mempersenda hukum Allah swt dalam Majlis Wacana Hudud di Wisma MCA baru - baru ini sedang beliau tiada authoriti untuk bercakap mengenai hukum Islam. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ust Fathul Bari selaku Pengerusi Sekretariat Ulama' Muda UMNO sebagai salah seorang panel.

2. Belum pun reda rasa sugul diatas penghinaan terhadap hukum Allah swt dan perlecehan terhadap disiplin ilmu ketika membincangkan persoalan ini, kini tercetus pula penghinaan yang lebih strategik dan terancang dengan terhasilnya filem pendek di bawah tajuk Lagi Hudud PAS yang kini disiar menerusi laman youtube.

3. Pelaku yang mendalangi penghinaan terancang terhadap hukum Allah swt sedang berdepan dengan satu tanggungjawab yang sangat berat. Saya terlebih dahulu mewakili DPPM mengharapkan dalang dan para pelakon muslimnya bertaubat kepada Allah swt dan kembali kepangkalan jalan [bahkan pelakon non muslim juga selayaknya tidak menghina agama Islam dan mereka mesti memohon maaf] lalu menjadikan bakat mengarah dan berlakon filem itu ke arah pembikinan filem pendek yang mendidik rakyat agar lahir sebuah generasi yang soleh serta menghormati nilai agama dan ilmu.

4. DPPM juga mengharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan wajar kepada mereka termasuk ke atas pemilik akaun kawasaki9722 yang menyiarkan filem tersebut. Filem ini tidak menguntungkan sesiapa malah mengundang kebencian ramai. Lihat sahaja [statistik sehingga artikel ini ditulis] jumlah like [91 orang] berbanding jumlah dislike [4,299 orang] sementara jumlah penontonnya [10, 123 orang].

5. Kami kesal apabila kebebasan berkarya digunakan untuk menghina hukum Allah swt. sedang mereka tanpa segan silu menikmati segala macam kemudahan, keselesaan dan nikmat anugerah Allah swt di atas muka bumi ini. Masih terlalu banyak ruang kebaikan untuk mereka menghasilkan karya bermutu dengan bakat seni yang mereka miliki.

6. Saya doakan agar mereka insaf dan mengalu - alukan bakat seni yang mereka miliki untuk disalurkan kepada pelbagai bentuk karya yang mampu menaikkan nama Islam.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan: