shalehudin |
- Bengong pompuan nih...
- Wajib baca: Berdakwah melalui diri ala UMNO... kahkahkah...
- Bro, hang nak sesangat ka gelaran HERO UMNO tuh...
- PANAS!! SPR batalkan PRU 13 pasai tak dak calon yang bersih... kahkahkah...
- Amin ni dok berletiaq apa pulak dahh....
- Pasai apa aku nak tergelak tak tau bila dengaq orang tua ni bercakap... haha...
- Video fitnah: Bangsa UMNO dilarang tonton... kahkahkah...
- Khas untuk sesapa yang berasa depa tu ahli PAS saja...
- Dinasour dalam DAP... haha...
- Kisah Benar... kahkahkah...
- Memang Bangang dicipta untuk UMNO... kahkahkah...
- Tak baik woi kata Zahid Paria... kahkahkah...
- Soi Lek hebat pasai UMNO...
Posted: 10 Dec 2011 09:20 AM PST KULIM - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dibelasah kekasihnya sehingga mengakibatkan mukanya berdarah dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat karaoke di sini kira-kira jam 10.30 malam kelmarin. Kejadian berlaku apabila teman lelaki mangsa ternampak mangsa ditegur beberapa kawan lelaki ketika berada dalam pusat karaoke terlibat. Berang dan cemburu terhadap perlakuan mangsa, suspek bertindak menumbuk, menendang dan kemudiannya menerajang mangsa sehingga mengalami kecederaan di bahagian muka. Mangsa yang ketakutan kemudiannya melarikan diri ke tingkat bawah pusat hiburan itu sebelum ditemui anggota polis Cawangan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim. Mangsa berkata, dia hanya mengenali teman lelakinya sehari selepas beberapa kali menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah kepadanya. "Saya baru sahaja mengenali teman lelaki saya itu dan tidak mengetahui nama sebenarnya. Ketika kejadian, saya berada dalam bilik karaoke dan menyanyi bersama beberapa rakan lain. Kekasih saya kemudiannya menyerang dan mencederakan saya. "Suspek mengajak beberapa rakannya untuk memukul saya tetapi mereka enggan berbuat demikian sebaliknya hanya melihat saya dibelasah. Dia juga mengugut saya. Kerana tidak tahan ditendang, saya melarikan dari bilik itu," katanya. Suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. sumber:sinarharian.com.my |
Wajib baca: Berdakwah melalui diri ala UMNO... kahkahkah... Posted: 10 Dec 2011 07:50 AM PST Ustaz Muthalib bidas geng mamak "tahi diutamakan... akhirnya makan tahi sendiri Bayi kalau berak dibiarkan akan makan tahi sendiri...itu lumrah dan kita tidak hairan sebab masih bayi...tak kenal mana satu makanan, yang mana satu tahi...begitulah jika sudah tua nyanyuk dan uzur..perangainya akan menyerupai bayi semula...dah nyanyuk agaknya ghani tahi dan mail kerang budak suruhan katak zahrain... Sementara itu Ustaz Muthalib, Yang Dipertua Yayasan An-Nahdhoh Pulau Pinang melalui faceboknya membidas mereka dengan menulis... Bila nak buang air besar jangan kata nak terberak..kita kena kata saya nak ketandas, itulah yg di ajar nabi kita supaya nampak org islam sangat beradab. Tapi bila org islam buat kek berbentuk najis manusia nak di beri kepada KM amat menyedihkan..sy pernah ke pejabat KM untuk menerangkan beberapa hukum islam dia mendengar dengan baik sambil menulis apa yg sy sebut..dan mempersilakan sy menaiki lif vip bersamanya semasa turun dari komtar..berdakwahlah dengan baik. |
Bro, hang nak sesangat ka gelaran HERO UMNO tuh... Posted: 10 Dec 2011 04:30 AM PST Jerat UMNO, Utusan untuk Hasan Ali Daing Yahya Setelah perhimpunan agung UMNO puas memaki dan memfitnah DAP, kini lidah rasmi parti itu Utusan Malaysia kembali memasang jerat "percintaan" di antara PAS dan UMNO. Isu yang dibangkitkan adalah pemimpin PAS Selangor Hasan Ali yang diketahui umum berbeza pandangan dalam beberapa perkara melibatkan pelaksanaan dasar kerajaan negeri Selangor. Perbezaan pendapat Walau pun perbezaan pendirian itu tidak bermakna prinsip perjuangan politik beliau sudah berubah, Utusanmelalui kolum "Cuit" tulisan pengarang kanannya Zaini Hasan, sengaja membangkitkan pergeseran politik di antara Hasan Ali yang juga EXCO kerajaan negeri Selangor dan beberapa tokoh politik Pakatan Rakyat. Perbezaan pendapat dalam proses pelaksanaan sesuatu agenda sebenarnya indikasi politik yang demokratik. Mungkin itu sesuatu yang tidak akan difahami oleh Utusan Malaysiayang menganut ajaran ketuanan satu kaum. Sedangkan jika Utusan dan pengarang kanannya membuka mata, mereka akan melihat perbezaan pendapat di antara Presiden UMNO Najib Razak dan tokoh besar UMNO Tengku Razaleigh Hamzah dalam banyak perkara. Perbezaan mereka begitu ketara sehingga Ku Li menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) untuk bersuara kerana ruang untuk meluahkan pandangan semakin sempit dalam parti itu. Adakah ini bermakna Ku Li membenci UMNO yang didokongnya sekian lama dan mahu keluar dari UMNO? UMNO memancing Hasan Ali Memancing Hasan Ali agar segera melompat ke dalam UMNO dalam persiapan Barisan Nasional untuk menawan kembali Selangor pada pilihan raya yang akan datang, hanya akan merosakkan imej pemimpin PAS itu sendiri secara peribadi. Malah ia tidak membawa apa-apa makna kepada UMNO kerana parti itu sangat menolak pelaksanaan hukum hudud sedangkan Hasan mendukung hudud. Bukankah itu sangat hipokrit kepada kedua-dua belah pihak? Strategi murahan pengarang kanan Utusan itu tidak menunjukkan sikap politik yang bijak. Tetapi apalah yang diharapkan sangat daripada lidah rasmi UMNO itu. Seperti mana UMNO sekarang, Utusan hari ini bukan lagi suara perjuangan umat Melayu menentang Malayan Union pada 1946 atau menuntut Merdeka pada 1957. Hasan sebagai pemimpin PAS bukanlah ahli politik yang mudah gelap mata dengan tawaran wang, jawatan atau gelaran sebagai hero Melayu di Selangor. Rakyat di Selangor tahu bahawa beliau tidak bercita-cita untuk menjadi wira, apatah lagi hero buatan UMNO. Malah beliau sendiri pernah menuturkan bahawa perjuangannya hanya untuk mengharapkan keredhaan Allah dan balasan syurga. Erti gelaran hero Apalah sangat gelaran hero UMNO ini. Malah kita pelik, mana dia hero Melayu dari parti UMNO yang sebelum ini diwarwarkan sebagai yang paling hebat di Selangor? Senator Ezam Mohd Noor sudah tidak bertenaga lagikah? Atau Noh Omar sudah karamkah? Maka tidak perlulah Utusan bersusah payah untuk memancing Hasan Ali menyeberangi ke kapal UMNO yang hendak karam itu. Hasan lebih sedar bahawa jika UMNO menang sekali pun di Selangor, tiada apa-apa yang UMNO janji dan berani lakukan kecuali hanya "janji-janji manis" yang biasa dituturkan sepanjang zaman. Sekali pun Hasan Ali mempunyai pengaruh besar di Selangor, kita yakin beliau lebih redha jika gelaran hero yang ingin Utusan nobatkan itu datangnya dari rakyat Selangor sendiri. Tiada apa-apa harga gelaran hero yang diberi oleh Utusan. Ia lebih merupakan jerat terhadap Hasan. Jika Sultan Selangor mengurniakan anugerah kepada Hasan Ali, ia adalah pengiktirafan kepada PAS dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Tentunya rakyat Selangor gembira dengan pengiktirafan diraja untuk pemimpin kerajaan negeri Pakatan Selangor. *Tulisan ini dipetik dari Roketkini.com. |
PANAS!! SPR batalkan PRU 13 pasai tak dak calon yang bersih... kahkahkah... Posted: 10 Dec 2011 03:00 AM PST Semua Pemimpin Yang Ada Skandal Mesti Berundur Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menyokong gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri yang meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya berundur kerana terpalit dengan kes rasuah yang dikaitkan dengan beliau dan keluarganya. Bagi DPP Malaysia, elok benar jika Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur waktu ini sebelum beliau 'dihalau' keluar oleh partinya. DPP Malaysia berpendapat hayat politik Datuk Seri Shahrizat sudah tamat dengan siri pendedahan yang dilakukan yang sukar untuk dinafikan. Bahkan, isu beliau kini sudah menjadi bebanan pula kepada UMNO-BN dan sukar untuk mereka menjawab setiap persoalan yang ditanyakan oleh rakyat. DPP Malaysia melihat pertarungan politik baru bagi menghadapi PRU ke 13 perlu dijalankan dalam dimensi baru. Rakyat sekarang sudah mula menilai pemimpin atau calon yang bertanding dari mana-mana parti politik dan kriteria utama yang mereka letakkan untuk mengangkat pemimpin yang akan dinobatkan dalam PRU ke 13 nanti adalah bersih, berakhlak mulia, berjiwa rakyat, mempunyai wibawa, membela isu rakyat, serta mempunyai iltizam yang tinggi untuk membangunkan negara. Rakyat sudah jemu dan menolak pemimpin yang dipalitkan dengan rasuah, skandal, korup serta tidak berwibawa. Selain itu, parti-parti politik perlu menjaga imej negara di pentas antarabangsa. Rakyat negara ini tidak rela reputasi negara ini jatuh di mata masyarakat dunia angkara pemimpin yang dikaitkan dengan rasuah. Untuk membina imej yang baik ini, pemimpin di mana-mana peringkat perlu bersih malah dilihat bersih oleh rakyat. Pemimpin tidak boleh terkait dengan apa juga skandal yang menjadi masalah kepada beliau di kemudian hari. Pemimpin mesti menjadi contoh yang baik kepada masyarakat untuk diikuti agar mudah arahan mereka dipatuhi oleh rakyat. Justeru itu, DPP Malaysia melihat saranan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu ditujukan juga kepada semua pemimpin parti politik tidak kira mereka dari UMNO-BN mahupun pembangkang. DPP Malaysia menasihatkan mana-mana pemimpin yang pernah dikaitkan dengan apa juga kes sama ada rasuah, korupsi, penyelewengan kuasa, mengamalkan kronisme, terlibat dengan skandal seks, jenayah, dan lain-lain lagi perlu berundur dengan terhormat dengan memberikan laluan kepada pemimpin lain untuk mengemudi bahtera perjuangan parti politik masing-masing. Lanskap politik baru Malaysia mesti dicoretkan di atas kanvas yang putih bersih diwarnai oleh pemimpin yang murni dan bersih dari sebarang skandal! Disediakan oleh; RIDUAN MOHD NOR Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia |
Amin ni dok berletiaq apa pulak dahh.... Posted: 10 Dec 2011 01:30 AM PST Kebebasan bersuara, Internet dan fitnah Oleh Amin Iskandar Kebebasan bersuara adalah diantara isu penting dan seringkali menjadi perdebatan di Malaysia. Ini kerana walaupun perlembagaan persekutuan menjamin hak ini bagi setiap warganegara, terdapat pelbagai undang-undang dan akta yang menyekat rakyat daripada menikmatinya. Akan tetapi, terdapat undang-undang dan akta secara langsung menafikan hak yang telah dijamin oleh perlembagaan persekutuan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan Akta Media dan Mesin Cetak. Malaysia mempunyai sejarah yang unik dalam isu kebebasan bersuara. Jika kita bandingkan kebebasan bersuara semenjak dari merdeka sehingga hari ini, kita akan dapati grafnya semakin lama semakin menurun. Dari masa ke semasa pemerintah mengekang kebebasan bersuara. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk terus mengekalkan kuasa. Kongkongan demi kongkongan terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia walaupun negara sudah 54 tahun merdeka. Tidak hairanlah mengapa Malaysia masih lagi belum pernah menukar parti pemerintah semenjak pilihanraya pertama dijalankan di negara ini. Di negara-negara maju seperti United Kingdom, bertukar pemerintahan adalah perkara biasa dan tidak pula berlaku huru-hara. Malahan ianya menyebabkan negara tersebut terus maju oleh kerana parti-parti politik yang ada sentiasa berusaha keras untuk memastikan program mereka dapat diterima oleh rakyat. Revolusi Internet Kehadiran Internet merubah keadaan semasa. Jika pada satu masa dahulu, rakyat Malaysia hanya menerima maklumat dari sebelah pihak kerana terdapat kongkongan yang ketat terhadap media. Internet telah memecahkan dominasi maklumat yang selama ini dikawal oleh pemerintah. Internet turut menjadi ancaman kepada negara-negara kuku besi. Dominasi maklumat oleh pemerintahan kuku besi seperti di negara-negara Timur Tengah dapat dipecahkan. Revolusi Mesir adalah contoh bagaimana Internet menjadi senjata untuk melawan regim kuku besi Hosni Mubarrak. Facebook, Twitter dan blog menggantikan senjata-senjata tradisional seperti AK-47 dan "Molotov *****tail" bagi memenangkan revolusi di Dataran Tahrir. Di Malaysia, kita dapat menyaksikan bagaimana Internet telah merubah lanskap politik negara. Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa disingkirkan lebih awal daripada pemerintahannya oleh kerana serangan dari Internet terutamanya blog. Dalam pilihanraya umum (PRU) ke 12, kebanyakkan kawasan-kawasan bandar yang mempunyai akses kepada Internet dimenangi oleh parti pembangkang. Di Wilayah Persekutuan kita dapat menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mampu mempertahankan kerusi parlimen Setiawangsa dan Putrajaya. Selebihnya disapu bersih oleh Pakatan Rakyat (PR). Sebelum PRU 12, hanya ahli politik PR dan penyokong meraka menggunakan Internet secara agresif, dalam bahasa mudahnya, pada ketika itu majoriti blog-blog dikuasai oleh pihak yang menentang kerajaan. Pasca PRU 12 telah merubah dunia Internet di Malaysia. Hari ini, kebanyakkan ahli-ahli politik BN juga telah mempunyai blog, Facebook dan Twitter masing-masing. Kini terdapat banyak juga blog-blog dari golongan menyokong pemerintah. Ini adalah satu perkembangan yang baik. Ertinya, perdebatan di ruang Internet di Malaysia tidak lagi didominasi oleh satu pihak. Rakyat Malaysia terutamanya golongan muda dapat menilai maklumat-maklumat yang mereka perolehi dengan seimbang. Tidak lama lagi, media-media tradisional yang berat sebelah seperti Utusan Malaysia akan ditinggalkan oleh kerana tidak mengikut perkembangan zaman. Akhbar sebegini masih boleh terus hidup hari ini kerana masih terdapat golongan tua yang membaca. Jika tidak melakukan perubahan drastik dalam corak penulisan berita, tidak mustahil akhbar seperti Utusan Malaysia akan pupus bersama-sama golongan tua di Malaysia. Fitnah dan tohmahan menjadi budaya Dalam keghairahan berjuang di alam siber, terdapat juga segelintir kecil yang menyalahgunakan Internet. Internet dijadikan medan untuk menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan pihak-pihak tertentu. Terdapat juga blog-blog yang menggunakan kata-kata kesat dan lucah untuk memaki hamun pihak lawan mereka. Fitnah direka untuk mensensasikan penulisan mereka. Lebih aneh lagi, mereka-mereka ini berbangga dengan penulisan yang menggunakan kata-kata kesat dan lucah. Jika dikaji penulis-penulis sebegini kebiasaannya tidak berani mendedahkan identiti mereka. Mereka berlindung disebalik nama-nama samaran yang pelik-pelik dan kadangkala lucu juga. Untuk membela tuan-tuan politik mereka, fitnah dan tohmah digunakan untuk mematahkan hujah lawan. Yang lebih pelik lagi apabila aktiviti sebegini dihalalkan oleh pemimpin-pemimpin politik yang tidak sedar satu hari nanti mereka juga bakal menjadi mangsa kepada penulis-penulis sebegini. Kita seharusnya mengambil iktibar tentang apa yang berlaku kepada bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan. Jika dizaman beliau menjadi KPN tindakan diambil keatas laporan-laporan polis yang dibuat terhadap penulis-penulis lucah dan fitnah tanpa memilih bulu, sudah tentu fitnah seperti yang berlaku kepada beliau baru-baru ini tidak terjadi. Baru-baru ini, bekas KPN difitnah di Internet — menggunakan gambar "super impose" yang mengatakan kononnya beliau berkahwin dengan seorang artis. Penulis-penulis fitnah dan lucah terus berleluasa. Aktiviti sebegini mungkin sudah tidak dapat dihentikan oleh kerana ianya telah menjadi budaya sesetengah pihak. Akan tetapi, sepandai-pandai tupai melompat, pasti akan jatuh ke tanah jua. Kita tidak akan dapat bersembunyi selama-lamanya. Nama samaran yang digunakan tidak dapat melindungi diri selama-lamanya. Kekuasaan tidak akan memayungi diri selama-lamanya. Percayalah, langit tidak selalunya cerah. Amin Iskandar adalah penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) bagi sesi 2009-2010. Beliau memblog di www.aminiskandar.blogspot.com dan "berkicau" diwww.twitter.com/aminiskandar. |
Pasai apa aku nak tergelak tak tau bila dengaq orang tua ni bercakap... haha... Posted: 10 Dec 2011 12:00 AM PST Pergilah sebelum anda dihalau, Dr M berkata kepada Shahrizat Written by Sherina Yusof Dalam apa yang kelihatan sebagai tanda buruk kematian politik bagi Menteri Umno Shahrizat Jalil, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad adalah yang terbaru untuk memanggil beliau bagi meletak jawatan. Memandangkan pengaruh beliau masih ketara dalam Umno, seruan Mahathir dijangka untuk membuka jalan untuk majlis tertinggi Umno untuk menyeru Shahrizat, yang telah dinafikan terlibat dalam kejatuhan kewangan NFC yang bernilai RM250 juta, berkata hanya keluarganya telah terlibat dalam projek ini dan bukannya dia, jadi mengapa dia perlu meletak jawatan? Tetapi seperti yang disahut oleh rakan-rakan partinya, keluarganya tidak akan menang projek itu jika dia tidak pernah menjadi menteri atau ketua Wanita Umno. Tidak malu untuk menggunakan dirinya sebagai contoh untuk diikuti, Mahathir berkata Shahrizat sepatutnya mementingkan parti mereka terlebih dahulu dan tidak sabar untuk meletak jawatan. "Apabila saya mahu berhenti pada masa itu, saya tidak bertanya pada orang lain, saya fikir sebaiknya saya berhenti. Saya harap yang lain berkelakuan seperti itu juga, jangan tunggu sehingga orang menghalau anda," kata Mahathir kepada pemberita pada hari Jumaat selepas melancarkan memoir 'A Doctor in the House' versi e-book . "Jika kita berasa ia adalah perlu untuk berhenti demi parti, kita berhenti, jika kita ingin menyumbang, maka kita bertanding." Ambil tindakan sebelum terlambat Kata-kata Mahathir bakal dilihat oleh Shahrizat, yang merupakan kegemaran bekas Perdana Menteri lain iaitu Abdullah Badawi. Bukan sahaja Mahathir masih berpengaruh dalam Umno, tetapi diketahui ramai bahawa beliau tidak menyukai Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin. Apabila pemberita bertanya jika Shahrizat perlu tahu had sendiri, respon Mahathir yang agak biadap, "Ya, ukur baju badan sendiri," yang bermaksud seseorang itu perlu melihat diri di cermin. Selain daripada Mahathir, pemimpin-pemimpin lain yang telah menggesa Shahrizat untuk meletakkan jawatan untuk menyelamatkan Umno dari malu ialah MPKinabatangan Bung Mokhtar, manakala Raja Nong Chik Menteri FT telah menggesa kepimpinan tertinggi Umno untuk membuat keputusan mengenai masa depan beliau. Penyalahgunaan duit rakyat Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah ragu-ragu berhubung perkara itu, takut untuk meninjak jari kakinya yang sekarang ini lemah. Najib, yang juga merupakan Presiden Umno, telah dibelenggu skandal rasuah dan perbelanjaan sendiri. Mereka yang mempertahankan Shahrizat ialah Khairy dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan Menteri Pertanian yang meluluskan pemberian projek Perbadanan Fidlot Nasional untuk suami dan anaknya. NFC adalah projek penternakan lembu kebangsaan yang bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia mendapat bekalan daging lembu yang murah. Projek ini menerima satu pinjaman lembut kerajaan sebanyak RM250 juta, dan parti lawan PKR telah menuduh keluarga Shahrizat, menyalahgunakan kuasa mereka dan perbelanjaan RM181 juta ke atas barangan yang tidak berkaitan termasuk 2 kondominium mewah, satu Mercedes mewah CLS 350 CGI, tanah kediaman yang mewah, percutian-percutian, diskaun jutaan ringgit dan pemindahan tunai kepada syarikat-syarikat yang dikawal oleh keluarganya. Malaysia Chronicle |
Video fitnah: Bangsa UMNO dilarang tonton... kahkahkah... Posted: 09 Dec 2011 11:00 PM PST |
Khas untuk sesapa yang berasa depa tu ahli PAS saja... Posted: 09 Dec 2011 10:00 PM PST Mantapkan Ukhwah Di Kalangan Ahli Pas Perkara kedua yang dilakukan oleh nabi Muhammad SAW ketika sampai di Madinah ialah mempersaudarakan antara orang Muhajirin dan Ansar. Mereka disatukan di atas dasar akidah, bukan atas bangsa. Rasulullah SAW menitik beratkan soal ukhwah supaya budaya asabiah di kalangan masyarakat Arab jahiliah yang telah menjadi darah daging dapat dimusnahkan. Bukan senang untuk memecah tradisi masyarakat Arab yang tebal dengan fahaman asabiah dan bangga dengan keturunan . Baginda memberi tarbiah kepada kita bahawa semangat ukhwah kena dimantapkan, lebih lebih lagi ketika negara Madinah baru dibentuk pada ketika itu. Inilah asas yang paling awal perlu dilakukan jika kita mahu membentuk masyarakat yang mantap untuk menghadapi cabaran semasa. Sehingga persahabatan mereka yang kita tidak akan bertemu dalam sejarah sepanjang zaman. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari di dalam sohehnya "Setelah mereka tiba di Madinah Rasulullah SAW telah mempersaudarakan di antara Abdul Rahman bin Auf dengan Saad bin Rabi'. Saad telah berkata kepada Abdul Rahman, "Saya adalah orang yang paling kaya di kalangan Ansar, marilah kita bahagi dua harta itu, saya mempunyai dua isteri , pilih yang mana satu awak suka supaya saya ceraikan dia, apabila selesai 'iddahnya, berkahwinlah dengan dia". Abdul Rahman bin 'Auf menjawab, mudah-mudahan Allah memberkati keluarga dan hartamu, tunjukkanlah saya di mana pasar kamu" Ahli Pas perlu membentuk ikatan ukhwah yang mantap di kalangan ahli dengan ahli, pimpinan dengan ahli. Ikatan ini dibentuk tanpa ada pilih kasih di kalangan anggota parti. Ia dibina di atas dasar Islam bukan atas dasar duniawi, bukan dibina di atas dasar benda atau pangkat. Apabila ada ikatan kasih sayang barulah semangat untuk berkorban akan dijelmakan. Kita perlu bina ikatan ini seperti bangunan yang tersusun kukuh. Jamaah hanya kuat apabila wujudnya pertautan hati di kalangan anggota parti. Ia bukan dibina di atas dasar pura-pura atau atas dasar dunia dan kebendaan. Perkara-perkara yang membawa kepada pertautan hati ialah sifat kasih sayang yang suci, sifat timbang rasa, sifat baik sangka dan semangat ingin berkorban sesame anggota.Hati yang dipenuhi dengan kebencian tidak akan bersatu. Perpaduan yang dibina di atas dasar pura-pura tidak mampu menghasilkan perpaduan yang sebenar. Persahabatan yang berasakan kepada sifat tamak akan melahirkan pertelingkahan. Suatu persahabatan yang hanya mementingkan perniagaan tidak akan melahirkan sifat timbangrasa dan kasih sayang. Keperluan duniawi mungkin dapat mempersatukan segala ciri-ciri yang belainan ini , tetapi ciri-ciri ini mudah sangat untuk berpecah belah. Sebuah jamaah yang kuat apabila ahli-ahlinya berfikir dengan ikhlas dan mencintai matlamat yang dituju. Jamaah yang kukuh ukhwah seumpama acuan keluli di mana syaitan tidak dapat untuk mencelah masuk dan melakukan kerosakan. Ketika sambutan masyarakat terhadap Pas begitu memberangsangkan maka soal ukhwah adalah suatua perkara yang amat perlu dititik beratkan. Sekiranya ukhwah longgar maka perjalanan jamaah juga akan tempang. Mutu kerja dan semangat di kalangan anggota akan hilang. Ahli-ahli Pas perlu menunjukkan ukhwah yang teguh walaupun bilangan ahlinya sedikit di suatu tempat, terutamanya bagi ahli Pas yang berada di luar bandar. Banyak di kalangan orang Melayu yang tinggal di pendalaman bukan mereka tidak sudi untuk menyertai Pas, tetapi mereka bimbang akan dipulau oleh ahli Umno sewaktu kenduri dan mati. Sebab itu kita boleh lihat perkara ini yang diterjemahkan di dalam peti undi setiap kali pilihanraya. Jika dicula, tidak ramai yang menjadi ahli Pas, tetapi apabila peti undi dibuka, Pas mendapat sokongan berganda. Oleh itu cawangan Pas di seluruh negara perlu memperhebatkan program yang boleh mengikat dan memberi motivasi keberanian untuk orang bersama dengan Pas. Masyarakat luar Bandar mereka tidak termakan sangat dengan isu yang berlaku di dalam negara. Yang menjadi perhitungan mereka ialah "politik bermasyarakat". Pada mereka apa erti mereka sensitif dengan isu penyelewingan yang dilakukan oleh pemimpin Umno, jika mereka dipulau oleh ahli Umno. Oleh itu program usrah, kemasyarakatan dan kebajikan adalah pengikat kepada ahli Pas untuk berani berjuang bersama dengan Pas. Biar mereka ada keberanian kerana kebajikan mereka dipedulikan oleh jamaah. Sepanjang pengalaman saya melihat cawangan yang kuat dengan ikatan ukhwah dan kemasyarakatan di situ ahlinya mempunyai motivasi yang tinggi untuk melawan Umno. Sebab itu program kebajikan perlu diaktifkan dalam apa keadaan sekali pun jika kita mahu mendapat sokongan ahli terutama di kawasan pendalaman. Walaupun nampak remeh sahaja isu ini tetapi isu inilah yang menyebabkan ahli Umno bimbang untuk menyeberang menyertai Pas takut dipulau apabila mereka berbuat demikian. |
Posted: 09 Dec 2011 09:57 PM PST Guan Eng 'selami' pula krisis 'godfather' DAP Susan Loone Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng bergegas pulang ke Pulau Pinang petang semalam untuk 'menyelami' pula krisis lain yang mungkin 'meletup' di konvensyen DAP negeri itu esok. Difahamkan Lim, (kiri) yang juga ketua menteri Pulau Pinang, terbang dari Langkawi ke Pulau Pinang pada kira-kira jam 8 malam, selepas menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak, untuk menghadiri mesyuarat tergempar pada jam 10 malam, dengan tiga pemimpin DAP yang sedang bertelagah. Mereka adalah Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy; ADUN Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Bagan Dalam, A Thanasekharan (Bagan yang bertelagah mengenai kenyataan berhubung 'godfathers'. Kenyataan tersebut muncul selepas pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh menasihatkan pemimpin parti itu supaya jangan menjanji dan mengumumkan kerusi untuk kepada kroni dan penyokong mereka dalam pilihan raya umum akan datang. Sebarang Keputusan mengenainya, tegas Karpal, adalah budibicara jawatankuasa eksekutif pusat parti itu. Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Lim dijangka menyelesaikan pertelingkahan tersebut bagi mengelak ianya 'meletup' di konvensyen parti itu esok. Selain Lim, Karpal (kanan) dan pihak-pihak yang bertelingkah, mesyuarat tertutup itu turut dihadiri pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan setiausaha DAP negeri, Ng Wei Aik. Pertelingkahan itu semakin meruncing apabila Rayer yang juga ahli jawatankuasa pusat DAP, cuba mengadakan tunjuk perasaan bersama dengan kira-kira 40 yang lain, di ibu pejabat parti itu di Jalan Talipon semalam (Jumaat). Rayer membatal hasrat itu atas nasihat Karpal Singh dan penasihat parti itu, Lim Kit Siang tetapi mengadakan sidang akhbar untuk menekan Ramasamy supaya menarik balik kenyataannya mengenai 'godfather' itu dan memohon maaf kepada pemimpin-pemimpin kanan parti. Rayer juga mengecam pembantu peribadi Ramasamy Satees Muniandy, yang menulis dalam tweet mendakwa dua wakil rakyat telah "menyalahgunakan dana kerajaan negeri". |
Posted: 09 Dec 2011 08:40 PM PST Kisah Benar !! Mereka Usung Taik Kemudian Mereka Juga Yang Memakannya..... AGAK suspen juga aku bila menonton Buletin Utama TV 3 malam tadi bila melihat sekumpulan `mamak' mengusung kek dan `taik' memasuki perkarangan Pejabat KM P.Pinang. Tidak pernah tersangka oleh fikiran aku sampai tahap ini rendahnya darjat sekutu Umno P.Pinang itu untuk menunjukkan kehebatan mereka yang kononnya membela Melayu P.Pinang Bayangkan jika sudah sampai `geng mamak' Penang (tidak semua, yang bodoh je) sudah `bermain dengan taik' maka ertinya mereka sudah sampai ke peringkat `nyanyuk' kerana kebiasaannya orang tua yang sudah terlalu tua dan nyanyuk akan bermain dengan taik. Adakah ini sebagai tanda parti mereka sudah sampai tahap `nyanyuk' kalau pun tidak sudah hilang akal? Jom...kita sendirilah makan taik ni..... Paling aku geli hati, mereka yang usung taik, mereka juga akhirnya terpaksa makan taik tersebut. Syabas kepada Lim Guan Eng kerana tidak melayan golongan yang suka bermain taik itu. Biarkan mereka makan sendiri taik yang mereka usung sambil diperhati dan diteretawakan oleh kakitangan di Pejabat KM P.Pinang itu. Kesihan juga melihat betapa Umno sudah sampai ke tahap `zero' modal untuk mencari kesalahan atau rasuah Kerajaan PR P.Pinang. Maka, TV 3 pula sampai hati menyiarkan aksi geng mamak tersebut mengusung taik dan memakannya beramai-ramai selepas itu. Bayangkan jika ada media dari luar negara yang hadir, tentu kecoh merata dunia akan berita masih ada lagi manusia di Malaysia yang suka makan taik. Patutlah bodoh dan bengap dulu, kini dan selamanya.........../wfauzdin.blogspot.com |
Memang Bangang dicipta untuk UMNO... kahkahkah... Posted: 09 Dec 2011 06:00 PM PST Kalau Menang 47 Kerusi Boleh Jadi PM Ke? UMNO/BN Otak di Kepala Lutut. Oleh: siasahkini Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti DAP itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang, negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, - RM12.2 billion, iaitu paling tinggi dalam sejarah negara. Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di antara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling sedikit. "Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97. "Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan? "Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu," kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang. Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman. "Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu," kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang. "Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh sepuluh tahun," katanya "Walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan kita di Pulau Pinang, serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa, kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat," kata Lim. Demi menutupkan kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, Umno menggunakan senjata terakhir iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP "Itulah sebabnya kita mesti Bersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana rakyat akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah boleh bermaharajalela" Antara kejayaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat di Pulau Pinang * dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion. * pengurangan hutang yang paling besar - 95 peratus atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011. * berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27 peratus - penurunan yang paling tinggi di Malaysia. * negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik yang mencemar alam. * negeri tunggal dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka. * negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan. * negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran one-off sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada waris-waris. * mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010. |
Tak baik woi kata Zahid Paria... kahkahkah... Posted: 09 Dec 2011 04:50 PM PST Zahid Pariah! Assalamualaikum, Zahid Hamidi tunjuk lagak! konon nak ajak LGE naik kapal selam jumaat ini sebagai bukti kapal selam Malaysia berfungsi dengan baik.Poraahhhh! Zahid juga action bila dengan sombongnya mengatakan telah mempelawa kesemua ahli parlimen termasuk dari PR untuk turut serta dalam pelayaran menyelam nanti.Zahid angkuh bilamana menuduh ahli parlimen PR takut untuk menyelam walaupun buat bising mengenai kapal selam negara. Zahid memang pariah kerana tidak menyedari bahawa rakyat mengetahui tujuannya mengajak LGE dan pemimpin PR belayar dengan kapal KD Tun Razak sambil diam membisu mengenai KD Tungku Abdul Rahman.Bukankah yang dipersoalkan PR dan rakyat ialah wang RM3.4 bilion yang dibelanjakan untuk membeli kapal selam yang kemudiannya didapati salah sebuah daripadanya tidak dapat menyelam?Jadi apa ker jadahnya Zahid ajak menyelam dengan kapal yang boleh menyelam?Yang tak dapat menyelam tu apa hal?Apakah Zahid ingat dengan menyelam dengan kapal yang boleh menyelam boleh tutup kes kehilangan wang rakyat yang begitu besar begitu saja?Pariahlah engkau Zahid nak bodahkan rakyat! KD Tungku Abdul Rahman pernah dilapurkan pada bulan julai dulu tersadai di Teluk Sepanggar Sabah kerana tidak pandai menyelam.Tetapi di LIMA Langkawi yang dibawa ialah KD Tun Razak bukannya KD Tungku Abdul Rahman dan dengan KD Tun Razak inilah Zahid berlagak.Diajaknya pemimpin PR menyelam bersamanya dengan KD Tun Razak kononnya untuk membuktikan dakwaan kapal selam tidak boleh menyelam itu hanya fitnah semata mata.Fitnah kepala bapak kau! Orang cakap kapal lain yang kau bawa kapal lain tu apa hal?Pariah! Apa kau ingat rakyat Malaysia ini boleh kau tipu macam tu ajer?kepala kau wahai Zahid setahi dengan bloggers UMNO yang bertaraf pencacai pariah,nak pusing cerita konon, macamlah orang tak perasan. Zahid pariah! |
Posted: 09 Dec 2011 02:56 PM PST Hudud: ABIM serah Soi Lek memo, gesa minta maaf dalam 48 jam KUALA LUMPUR, 9 Dis― Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyerahkan satu memorandum kepada Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini, mengulangi gesaan agar presiden MCA itu memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini ekoran kenyataannya mengenai hudud minggu lalu. Setiausaha Agung ABIM Mohamad Raimi Ab Rahim berkata pihaknya kesal di atas kenyataan prejudis beliau yang merendahkan martabat perundangan hudud sekiranya dilaksanakan di negara ini. "Adalah jelas bahawa kenyataan beliau bersifat tohmahan, prejudis dan tidak langsung disandarkan kepada sebarang fakta atau perangkaan emprikal yang boleh menjustifikasi dakwaaan beliau. "Namun sehingga hari ini, beliau masih belum membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung dengan kenyataan tersebut," kata beliau dalam satu kenyataan. Justeru kata beliau, ABIM terpanggil untuk sekali lagi menggesa beliau berbuat demikian dalam tempoh masa 48 jam menerusi saluran-saluran media di negara ini. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan