shalehudin |
- Amy Search mengamuk...
- Wajib baca: Sejarah cinta dalam UMNO... kahkahkah...
- Ni la budaya orang yang kalah sebelum berjuang... haha...
- Mamak Mahathir nak putihkan kulit... kahkahkah...
- Jangan gelak kat depa, Umno memang bangang... kahkahkah...
- Mamak Mahathir berak tepi jalan... kahkahkah...
- Sebelah kaki Anwar sudah didalam penjara...
- Simpan bangang tu kat orang lain sama Muhyiddin oiii... kahkahkah...
- Hari-hari akhir seketol UMNO... kahkahkah...
- Muka basi, modal pun basi... kahkahkah...
- Lagi fitnah terhadap Sharizat... kahkahkah...
Posted: 01 Dec 2011 09:30 AM PST "Tindakan Nabila Malukan Keluarga" - Amy Search. KUALA LUMPUR 1 Dis. - Tindakan Pelakon Nabila Huda melepaskan geram terhadap bekas suami beliau melalui Laman Sosial Twitter mendapat reaksi negatif dari bapanya. Amy Search dalam reaksi mengenai tindakan anaknya itu mendakwa, Nabila tidak sewajarnya bertindak emosi dn mendedahkan masalah peribadi secara terbuka dipertontonkan masyarakatl. "Terus-terang saya katakan, biar apa pun yang berlaku di antara mereka berdua saya tidak mahu campur tangan. Namun sebagai seorang ayah, memang tidak patut dia berbuat demikian kerana dia perlu matang dan rasional untuk menyelesaikan masalahnya bersama bekas suami." "Dia tidak sepatutnya menggunakan laman sosial sebagai tempat melepaskan geram dengan tidak tentu arah. Sebaiknya, dia perlu berbincang secara baik dengan bekas suaminya daripada bertindak sedemikian," jelas beliau sambil kecewa dengan tindak tanduk anaknya itu. Amy Search turut meluahkan rasa kebimbangan terhadap sikap anaknya yang semakin tidak terkawal. "Perbuatan Nabila itu bukan sahaja memalukan dirinya, tetapi ia turut melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak. Kalau ditanya tentang perasaan saya, perasaannya pasti sama dengan ayah-ayah yang lain. Namun, sebagai bapa, pasti saya tidak mahu perkara sebegini berlaku dan harap di masa akan datang ianya tidak akan berulang lagi. Nabila Huda pada 27 November lalu telah mengeluarkan kata-kata emosi melalui laman sosial, Twitter terhadap sikap bekas suaminya yang dikatakan sering memburuk-burukkan sikapnya. Nabila Huda telah dikurniakan seorang anak perempuan, Keisya Laila hasil perkahwinan bersama bekas suaminya itu.- KLpos |
Wajib baca: Sejarah cinta dalam UMNO... kahkahkah... Posted: 01 Dec 2011 08:00 AM PST Syahdunya KALIMAT CINTA dalam Perhimpunan Agung UMNO Setiap Perhimpunan Agung UMNO seperti biasa Presiden akan memuji Timbalannya sebagai "setia". Manakala Timbalan Presiden akan membalasnya dengan memuji memuja Presiden. Apakah makna itu? Mari kita melihat sejarah "setia" dalam UMNO terutama sejak zaman Mahathir. Dikala seluruh negara riuh rendah dengan gelaran 2M iaitu Mahathir dan Musa yang menunjukkan betapa erat dan mesranya Mahathir -Musa. Mahathir memuji Musa sebagai Timbalan yang setia dan Musa membalas pujian itu dengan senyum-senyum kambing. Dalam hati keduanya dengan cebik berbisik, "Gua talak percaya sama lu". Musa letak jawatan. Masuk giliran Ghafar Baba jadi Timbalan. Seluruh negara riuh rendah memuji erat dan mesranya Mahathir-Ghafar. Dalam Perhimpunan Agung UMNO seperti biasa ucapan "setia" diulang-ulang". Ghafar senyum, Mahathir juga senyum. Tapi dalam hati, "Gua talak percaya sama lu". Mahathir seruh Anwar lawan Ghafar. Ghafar kalah. Giliran Anwar pula jadi Timbalan. Anwar anggap Mahathir bapa angkatnya dan Mahathir angkat Anwar jadi anak emasnya. "Kalimat cinta" diucapkan lagi bahkan beribu kali, kata Mahathir, "Anwar setia pada saya" dan balas Anwar,"Mahathir percaya pada saya". Tapi dalam hati masing-masing, "Gua talak percaya sama lu" Bagai berpesta ahli UMNO mendengar "kalimat-kalimat cinta" itu. Mereka lupa kisah sedih Musa dan Ghafar. Esok lusa, Mahathir tendang Anwar. Abdullah Badwi dilantik Mahathir jadi Timbalannya. Pak Lah selamat hingga boleh jadi PM. Malangnya akibat batalkan projek Jambatan Bengkok dan pengaruh Budak Tingkat 4, Pak Lah dicemuh dan dicebik oleh Mahathir. Bezanya, Mahathir tidak mampu tendang Pak Lah kerana dia sudah bersara. Apabila maki hamunnya tidak dipedulikan oleh Pak Lah, Mahathir merajuk. Keluar UMNO. Semasa keluar UMNO Mahathir atur percaturan bersama Muhyiddin untuk usir Pak Lah dari Sri Perdana. Usahanya berjaya. Naik Najib jadi PM dan Muhyiddin jadi Timbalan. Mahathir nampak jika Najib pegang jawatan PM terlalu lama, maka Mukhriz akan lambat menjadi PM. Jadinya, dia gunakan Muhyiddin sekali lagi untuk menghalau Najib dari Sri Perdana seperti Pak Lah dulu. Najib dapat membaca cara permainan Mahathir. Siapa kata Najib "kurang cerdik" ? Bukankah Najib ada Razak Baginda yang hebat dalam strategi peperangan ? Jika patukan ular boleh diubati dengan bisa ular sendiri, begitulah cara Najib menangani permainanan Mahathir. Bisa Mahathir hanya boleh ditawarkan dengan meniru caran Mahathir itu sendiri. Najib mulakannya dalam ucapan Perhimpunan Agung UMNO. Iaitu memuji Muhyiddin sebagai Timbalan Paling Setia. Mengulangi taktik Mahathir ke atas Musa, Ghafar dan Anwar. Muhyiddin juga tahu nasibnya bakal menjelma seperti Musa, Ghafar dan Anwar. Tapi dia agak gelojoh. Cepat-cepat dia menjawab pujian Najib, "Saya Timbalan Paling Setia". Ini kalimat cinta yang pernah memusnahkan Musa, Ghafar dan Anwar! Sepatutnya Muhyiddin diam dan senyap sahaja supaya tidak terkena sumpahan kalimat cinta itu! Beliau boleh sekadar jawab dalam hati, " Gua talak caya sama lu". |
Ni la budaya orang yang kalah sebelum berjuang... haha... Posted: 01 Dec 2011 07:50 AM PST Umno sudah jadi parti budaya maki-hamun? Tan Soo Aun Saya suka menarik perhatian laporan berita Malaysiakini bertajuk "Perwakilan dakwa penyokong DAP bangsat" dan dukacita sangat menyaksikan Pemuda Umno suda menjadi sebuah pergerakan yang menagih budaya maki-hamun. Daripada initipati berita itu, nyata sekali Pemuda Umno memiliki taraf budaya dan tamaddun yang rendah sekali. Mereka seolah-olah tidak pandai menggunakan bahasa Malaysia kecuali ayat-ayat kesat dan kasar. Suatu ketika itu, kerajaan yang dipimpin oleh Umno telah beriya-iya sangat menggerakkan kempen berbudi bahasa tetapi nyata sekali ianya tidak membawa kesan. Adalah lebih berfaedah kalau kempen ini diulangi sekali lagi dengan memfokus kepada tindak-tanduk Pemuda Umno semata-mata. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri begitu giat menggerakkan budaya transformasi dan perubahan. Umno juga dikatakan sedang membuat transformasi untuk memenangi sokongan rakyat. Barangkali budaya maki-hamun yang dibawa oleh Pemuda Umno menunjukkan parti itu sudah menyempurnakan sasaran-sasaran transformasi. Apakah Pemuda Umno melihat budaya maki-hamun ini sebahagian daripada KPI parti mereka untuk menghadapi PRU-13 ? Dalam negara demokrasi, rakyat berbilang bangsa dan agama, berhak menyokong mana-mana parti yang didaftarkan mengikut undang-undang. Umno hanyalah salah sebuah parti yang lebih besar daripada yang lain tetapi sazi keahlian parti tidak memberikan lesen kepada Umno untuk memaki hamun penyokong parti lain. Saya bukan penyokong DAP atau mana-mana parti yang lain. Saya melihat pertembungan mulut dan serangan verbal memang merupakan asam garam politik tetapi segala-galanya hendaklah tertakluk kepada budi bahsa yang tertib teratur. Apakah Pemuda Umno sudah ketandusan idea selain daripada pandai maki hamun. Umno seolah-olah mahu menunjukkan mereka lebih hebat dan berkuasa daripada parti yang lain kerana memegang tampuk kepimpinan negara sejak hari merdeka. Oleh yang demikian mereka boleh memaki hamun semua penyokong parti yang tanpa mempedulikan perasaan orang lain ? Inilah tabiat semulajadi Umno sesudah berkuasa terlalu lama. Mereka hanya pandai memaki hamun orang lain untuk menutup kelemahan sendiri. Kalau inilah budaya perbahasan yang dibawa oleh Pemuda Umno, maka tak hairanlah rakyat bertindak menolak parti kerajaan dalam PRU-13 nanti. Pemuda Umno mesti tepuk dada dan tanya selera; di mana letaknya kewibawaan dan kredibiliti parti kalau perwakilan hanya pandai memaki hamun orang lain? |
Mamak Mahathir nak putihkan kulit... kahkahkah... Posted: 01 Dec 2011 06:48 AM PST LIHAT INI ! Mahathir mula bimbang ! Oleh: sangkancil Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kemungkinan besar Arab Spring tidak akan merebak ke Malaysia kerana kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bekerja keras dalam memenuhi tuntutan rakyat. "Jika kerajaan tidak beri perhatian kepada masalah-masalah rakyat, maka rakyat akan memberontak. "Tetapi Malaysia sejak kemerdekaan, telah bekerja keras untuk mewujudkan peluang kepada rakyat ... Saya tidak nampak bagaimana Arab Spring boleh menjangkiti kita," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. Mengulas mengenai prestasi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata, beliau bersetuju bahawa Datuk Seri Najib Razak gigih berusaha tetapi menghadapi satu tugas yang sukar berbanding zamannya. "Beliau tidak mempunyai majoriti sepertimana yang saya ada. Saya mempunyai (lebih besar) majoriti yang membolehkan saya mengendalikan pembangkang. Jadi, beliau berdepan kesukaran." Sambil memberi amaran bahawa amalan rasuah akan menjadi penghalang kepada program transformasi kerajaan, Dr Mahathir berkata beiau berpuas hati dengan kemajuan transformasi Najib. "Jika ia boleh berjaya 100 peratus, itu soalan lain. Rasuah tidak mudah untuk dibendung, rasuah terdapat di mana-mana sahaja. "Jika ia adalah rasuah di bawah meja, maka ini lebih mudah untuk dibendung, tetapi jika rasuah adalah di atas meja dan telah menjadi satu budaya, maka ia lebih sukar ditangani," katanya. Walau bagaimanapun, Dr Mahathir berkata bahawa Malaysia masih belum terjerumus ke satu peringkat yang membimbangkan. Sambil memuji tindakan pantas reaksi kerajaan terhadap bantahan ke atas Akta Perhimpunan Aman, beliau berkata terpulang kepada rakyat untuk mentafsirkan sama ada kerajaan "tunduk" ataupun "sensitif" terhadap keperluan rakyat. "Saya fikir kerajaan mendengar suara rakyat dan bertindak dengan cepat. Semasa zaman saya, saya tidak mempedulikannya langsung," katanya sinis. Empat hari selepas dibentangkan di Dewan Rakyat, kabinet memutuskan rang undang-undan itu perlu dipinda tetapi menegaskan perhimpunan jalanan tetap diharamkan. Mengenai Umno, Dr Mahathir berkata parti itu semakin berkembang maju dan "jauh lebih baik daripada pada 2008". "Pada (pilihan raya umum) 2008, saya tahu banyak anggota UMNO mengundi pembangkang bukan kerana mereka "kurang sayangkan UMNO" tetapi mereka tidak sukakan kepimpinan pada masa itu," katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir menggesa semua negara bersiap sedia menangani krisis global yang "berjangkit" akibat globalisasi. "Hakikat yang kita perlu terima ialah kita tidak lagi boleh mengasingkan diri kita daripada apa yang berlaku di seluruh dunia. "Malahan, jika kita kaji apa yang belaku di seluruh dunia dan mengandaikan apa yang berlaku di seluruh dunia juga akan berlaku di negara kita dan kita lihat bagaimana masalah itu ditangani, dengan itu kita boleh lakukan perubahan yang sama di negara kita untuk membendung sebarang pemberontakan," katanya. Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata pemulihan yang serupa mungkin tidak sesuai untuk setiap negara dalam menangani krisis global berikutan persekitaran berbeza. "Anda perlu sesuaikan diri anda dengan perubahan persekitaran. Ia bergantung kepada negara anda. "Malaysia cuba melakukan banyak transformasi. Saya berharap kerajaan akan berjaya dalam mentransformasikan ekonomi dan masyarakatnya sendiri. Saya harap dengan berbuat demikian, mereka akan terus mendapat sokongan rakyat dan negara kekal makmur," katanya. sumber: malaysiakini.com |
Jangan gelak kat depa, Umno memang bangang... kahkahkah... Posted: 01 Dec 2011 03:30 AM PST Hari Pertama Umno Bersidang, Muhyiddin Sudah Merepek Oleh: WFAUZDIN NS Bermulalah perhimpunan yang terakhir buat parti sekular orang Melayu iaitu Umno bersidang sebelum PRU ke 13 diumumkan dan juga sebelum Umno bakal bertukar menjadi Pembangkang di negara ini, InsyaAllah. Sebenarnya parti ini sedang bergelut dengan `nyawa'nya memandangkan sokongan dan kepercayaan orang-orang Melayu terhadap parti tersebut semakin terhakis Justeru itu, tidak menghairankan apabila Timbalan Presiden Umno iaitu Muhyiddin Yassin merepek perkara yang langsung tidak masuk akal. Ini semua adalah untuk menghilangkan kegelabahan beliau melihat Umno semakin diusung orang ke tanah perkuburan. Muhyiddin mendendangkan irama kuno iaitu dengan menuduh DAP sebagai parti yang bersifat `rasis'. Bagi melindungi keburukan Umno, maka Muhyiddin sanggup meletakkan namanya di antara tokoh politik di negara ini yang paling rendah akalnya jika tidak bengap sekalipun. Memetik kenyataan beliau di dalam Malaysiakini, Muhyiddin berkata, dominasi DAP di Selangor dan kemenangan di Pulau Pinang seolah-olah memberi lesen paling besar kepadanya untuk menyerlahkan sikap "cauvinis melampau". Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu. DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP," katanya (Malaysiaikini). Kita tidak perlu pergi jauh atau mengkaji sejarah perjuangan DAP, cukup kita melihat pentadbiran di P.Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng sudah cukup membuktikan apa yang Muhyiddin sebut itu umpama `mulut busuk' semata-mata. Rasis kah Lim Guan Eng apabila di bawah Kerajaan Negeri P.Pinang hampir 100 % tender atau projek diperolehi oleh kaum Bumiputera? Adakah kerana Kerajaan Negeri P.Pinang menaikkan elaun Imam dan mereka yang Hafaz Al-Quran di samping menambah peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat itu menunjukkan DAP itu rasis? Hanya rakyat di P.Pinang tahu samada Lim Guan Eng yang jujur atau Muhyiddin yang berbohong. Muhyiddin sebut DAP gilakan kuasa dan mahu menyekat orang-orang Melayu dari menjadi pemimpin. Adakah kerana ramai kaum Cina menyokong DAP maka DAP dianggap rasis? Bagaimana pula dengan kaum Cina yang menyokong MCA atau Gerakan? Rasis kah mereka? Melabel DAP sebagai rasis adalah modal lapok yang dulunya adalah modal Tun Mahathir yang akhirnya tersungkur juga dari kerusi PM. Muhyiddin cuba gunakan semula modal ini untuk mempercepatkan perjalanan Umno/Bn ke liang lahad. Hakikatnya Muhyiddin sedar, kaum Cina tidak lagi berselera dengan Bn kerana mereka melihat Umno juga dianggap rasis tidak kurang sedikitpun dari Perkasa. Muhyiddin amat-amat maklum bahawa di dalam PRU akan datang, sekali lagi kaum Cina akan menolak Bn. /wfauzdin.blogspot.com |
Mamak Mahathir berak tepi jalan... kahkahkah... Posted: 01 Dec 2011 02:49 AM PST Wawancara Utusan dengan Dr Mahathir : siapa yang hendak mengaku berak di tepi jalan Semalam hari minggu. Pagi-pagi lagi saya mendapat panggilan talipon dan beberapa sms dari rakan-rakan dari jauh dan dekat bertanyakan saya samada saya membaca wawancara Utusan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. "Bro dah baca ke interview Dr Mahathir dalam Utusan?" Saya jawab "Saya tak langgan Utusan sudah 10 tahun, nanti saya baca Utusan on line lah!" Saya terus sahaja membaca setiap ulasan Dr M dalam Utusan itu dan saya tidak berapa hairan kerana saya sendiri telah menyebut segala-gala yang di sebut oleh Dr Mahathir dalam wawancara beliau itu. Bezanya Dr Mahathir seorang tokoh besar sedangkan saya hanya seorang biasa yang melata di tepian politik negara. Pada keseluruhannya Dr Mahathir bersetuju dengan pandangan ramai yang UMNO dan pemerhatian yang UMNO sekarang adalah parti yang lemah dan tidak pandai untuk menjadi parti pemerintah. Pendeknya UMNO sudah tidak serupa UMNO lagi. UMNO berpecah di setiap peringkat dari cawangan ke pusat dan tidak berkepimpinan. UMNO tidak lagi berdaya menjawab persoalan yang di timbulkan oleh orang ramai melalui parti-parti politik pembangkang serta NGO dan ini amat menyulitkan UMNO untuk terus relevan sebagai parti yang memerintah negara. Saya tidak akan menulis secara detail apa yang di sebutkan oleh Dr Mahathir di dalam wawancara beliau itu tetapi cukup kalau saya rumuskan sahaja secara pendek dan 'concise' tentang apa yang beliau rungutkan terhadap UMNO itu. Dr Mahathir tidak berselindung untuk mengatakan yang UMNO pada hari ini sangat lemah dan tidak berkemampuan untuk memulihkan imejnya yang jatuh teruk selepas pilihanraya umum yang lalu. Bekas Perdana Menteri itu berkata yang UMNO tidak mampu untuk menolak anggapan dan persepsi yang parti itu adalah parti yang sarat dengan rasuah samada di peringkat parti dan kerajaan. Stigma rasuah yang melekat kepada UMNO itu tidak dapat di buangkan oleh pemimpin serta ahli-ahli parti. UMNO tidak mampu untuk menjawab tuduhan dari banyak pihak, parti politik atau pun NGO yang parti itu adalah parti yang rasuah dan menyalah gunakan kuasa. Dengan jelas Dr Mahathir membayangkan yang Najib tidak berusaha dengan secukupnya kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja lain dan segala kelemahan yang ada kepada UMNO yang di benci rakyat belum lagi nampak usaha yang berkesan telah di lakukan oleh Najib. UMNO, katanya akan menghadapi masalah besar di dalam pilihanraya yang akan datang dan jika UMNO serta BN menang tipis ia akan menjadi satu kerajaan yang lemah dan tidak efektif. Perpecahan di setiap level parti kita begitu jelas kerana semuanya berebut-rebut untuk menjadi calon dan dengan keadaan in jelas membayangkan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO hanya lebih mementingkan kepentingan peribadi masing-masing. Walau bagaimana pun elok saudara membaca dengan teliti apa yang di ungkapkan oleh Dr Mahathir dan pada pendapat saya apa yang di nyatakan oleh Dr M itu semuanya benar. Mahathir telah menyalahkan semua orang terutamanya mengumpulkan semua kesalahan kepada Abdullah Badawi dan menantunya Khairy Jamaludin kerana kelemahan UMNO itu. Tetapi apa yang Mahathir terlupa untuk menyebut ialah Abdullah Badawi itu adalah lantikan beliau dan beliaulah yang memnyebabkan Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri yang beliau anggap sebagai lemah itu. Dr Mahathir telah berjaya menaik dan menurunkan sesiapa dalam negara ini. Itu kehebatan Dr Mahathir. Tetapi ramai termasuk diri saya hairan kenapa beliau tidak berhenti-henti menyalahkan Pak Lah sedang orang yang beliau persalahkan itu adalah pilihan beliau dan beliau tidak mampu atau pun mahu untuk menyekat Pak Lah untuk naik ke taraf Perdana Menteri. Jika si jembel seperti saya dari awal lagi menelah dan menjangka yang Pak Lah akan membawa negara tidur nyenyak kenapa Dr Mahathir masih mahukan Abdullah Badawi untuk mengambil alih tempat beliau. Sebenarnya Dr Mahathirlah penyebabnya kenapa UMNO pada akhir pemerintahannya sudah tidak ada pemimpin lagi. Dr Mahathir telah mengenepikan nama-nama besar di dalam UMNO secara sistematik untuk beliau tegak seorang di dalam parti. Mahathir takut di bayangi oleh pemimpin-pemimpin yang sezaman dengannya dan beliau telah melakukan segala-galanya untuk kekal berkuasa. Apa yang Mahathir terlupa untuk menyatakan dengan jelas dan berani ialah di mana-mana negara yang dipimpin oleh seorang pemimpin begitu lama akan akhirnya membawa durjana kepada negara itu. Yugoslavia telah berpecah kepada lima apabila Presiden Tito mati setelah memerintah selama 3 dekad. Begitu juga yang berlaku di Romania dan banyak lagi. Ruthopia telah kering kontang politiknya apabia Helle Salasie mati. Di negara kita Dr Mahathir memerintah 22 tahun melalui berbagai cara untuk terus berkuasa termasuk mematikan partinya sendiri. Mentadbir secara kuku besi yang sangat halus dan telah menyingkirkan semua pemimpin sezamannya untuk berkuasa seorang diri dengan di sokong oleh pengampunya sahaja. Setelah 22 tahun beliau merasakan yang tekanan terhadap beliau semakin bertambah supaya keluar dari Putrajaya. Dalam pada beliau berkuasa bersendirian beliau tidak membentuk kepimpinan lapisan malahan beliau lebih seronok untuk melihat pangganti beliau itu lebih lemah dari beliau. Beliaulah yang meninggalkan jawatan tanpa mewarisi kepimpinan gantian dan satu fakta yang mesti di terima ialah selepas beliau negara tidak akan lagi mempunyai kepimpinan yang baik. Kalau beliau begitu marah dan membenci Pak Lah kerana Pak Lah seorang yang lemah beliau patut berkata kepada diri beliau sendiri yang ini adalah kesalahan beliau kerana meletakan Pak Lah sebagai penggantinya. Siapa sahaja yang mengganti beliau adalah pemimpin yang lemah dan siapa juga yang akan menggantikan pemimpin lemah itu akan merupakan pemimpin yang lagi lemah. Dulu di katakan Pak Lah yang terlemah tetapi sekarang sudah menjadi pengakuan ramai pengganti Pak Lah lebih lemah. Pengganti Pak Lah ini tidak mungkin mampu mengawal negara kerana untuk mengawal ahli keluarganya pun tidak berdaya bagaimana beliau nak mengawal negara. Jika dulu Pak Lah dikatakan ada menantunya yang mempunyai pengaruh besar pemimpin pengganti Pak Lah mempunyai 'soul-mate' beliau yang lebih berpengaruh dari pengaruh Khairy kepada Pak Lah. Hakikatnya satu. Selepas Perdana Menteri Mahathir ketua eksekutif atau Perdana Menteri selepasnya adalah yang lemah. Jika UMNO masih diberi mandat, percayalah yang akan menggantikan Najib akan lebih lemah lagi dan begitulah seterusnya sehingga negara kita hancur lebur. Itulah sebabnya tindakan ahli-ahli UMNO meninggalkan parti tiu adalah perkara biasa. Kalau tidak secara terangan mereka meninggalkan parti di dalam peti undi dengan memangkah pembangkang. Tindakan ramai yang bijak pandai menyertai PAS dan DAP dan meninggalkan UMNO itu adalah benar tetapi ianya sudah bermula sejak zaman Dr Mahathir sendiri menjadi PM. Bezanya tindakan bijak pandai menyertai parti-parti alternatif itu baru bermula dan belum begitu jelas semasa itu. Dr Mahathir hanya bernasib baik kerana berhenti sebelum keadaan itu merebak. Maka yang menjadi mangsanya adalah pemimpin-pemimpin lemah yang beliau bentuk yang menerima padahnya. Pendeknya apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir di dalam wawancara dengan Utusan itu semuanya benar. Hanya beliau terlupa atau tidak mahu mengaku yang beliaulah yang menyebabkan UMNO menjadi lemah selepas beliau…dan bukannya kerana kesalahan Pak Lah. Mungkin Mahathir terlupa untuk mengatakannya kepada Utusan. Lagi pun takkan lah beliau nak mengaku salah pulak? Bak kata perpatah, siapa yang hendak mengaku berak di tepi jalan? |
Sebelah kaki Anwar sudah didalam penjara... Posted: 30 Nov 2011 11:30 PM PST Bil Perhimpunan Aman persediaan untuk Humban Anwar ke Penjara Akhirnya Rang Undang-undang Perhimpunan Aman diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga empat jam oleh enam anggota parlimen. Rang undang-undang tersebut telah mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat. Ia dilulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya.Rang undang-undang itu dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor). Tanpa disedari perbentangan akta ini oleh kerajaan UMNO-BN adalah sebagai langkah persedian awal lagi rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan protes besar-besaran oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat apabila Dato Seri Anwar Ibrahim dihumban ke penjara untuk menyabitkan kesalahan kes fitnah liwat 2 terhadap beliau. Ia adalah satu taktik licik bagi UMNO-BN dalam membendung kemarahan rakyat terhadap keputusan makamah yang bakal diumumkan tidak lama lagi. Yang pastinya akan berlaku satu gelombang besar dari rakyat terbanyak yang cintakan keadilan dan kebenaran kerana sudah tidak mampu bersabar dengan kerenah UMNO-BN yang semakin rakus dalam mempertahankan kuasa. Ketakutan dan kekalutan UMNO-BN terhadap kebangkitan pihak pembangkang yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim membuatkan mereka terus menghalalkan kezaliman bagi menyekat kemaraan Anwar Ibrahim dan juga PR dalam usaha besar melakukan perubahan menyeluruh bagi menumbangkan kerajaan UMNO-BN yang telah lebih 50 tahun berkuasa. Apa yang pasti seluruh rakyat Malaysia mahupun dunia luar ternanti-nanti akan keputusan makamah tinggi terhadap Kes Liwat 2 yang dihadapi Anwar Ibrahim. Apakah impak yang akan berlaku sama-sama juga kita nantikan." |
Simpan bangang tu kat orang lain sama Muhyiddin oiii... kahkahkah... Posted: 30 Nov 2011 10:15 PM PST Muhyiddin! Kalau panik pun janganlah tunjuk sangat Oleh Aspan Alias Muhyiddin Yassin semasa meresmikan perhimpunan 3 sayap Umno, Wanita, Pemuda dan Putri semalam menggunakan isu sensitif yang tidak masuk akal semata-mata kerana desperate mendapat sokongan orang Melayu yang tidak mungkin mahu bersatu lagi di bawah payung Umno. Ramai yang menghubungi saya bertanyakan kenapa Timbalan Presiden Umno itu menunjukkan sangat rasa desperado beliau dengan membidas parti-parti lawan dan individu yang tidak sealiran dengan Umno dengan tuduhan yang bukan-bukan. Orang ramai tahu yang Umno sedang desperate tetapi sebagai pemimpin besar kepada parti yang buat sementara ini masih memerintah, elok jangan tunjukan rasa tertekan itu terang-terangan. Jika rakyat nampak serta membuat penilaian terhadap roh ucapan Muhyiddin itu ia tidak lari dari rasa desperate untuk terus berkuasa dan boleh di kira sebagai ucapan yang tidak setimpal dengan jawatan besar yang beliau pegang itu. Apa yang di katakan oleh Muhyiddin itu boleh di baca dengan tepat. Kita boleh "menyelam air dalam tunggak" tentang apa sebenarnya dirasakan oleh Timbalan Presiden Umno itu. Agaknya sudah puas memendam rasa desperate itu, maka ianya terluah semasa ucapan perasmian pergerakan wanita, pemuda dan putri semalam. Isu yang paling besar ialah tuduhan beliau terhadap DAP yang beliau katakan tidak menghormati institusi raja-raja. Bila pula DAP menolak dan tidak menghormati institusi raja. Yang kita semua tahu Umnolah yang telah menelanjangkan Raja-Raja Melayu semasa krisis perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. DAP mengakui kedaulatan raja-raja kerana mereka tahu mereka perlu perlindungan raja-raja Melayu untuk keselamatan mereka. Raja-Raja di hina oleh pemimpin-pemimpin Umno yang Muhyiddin menjadi ahli dan sekarang menjadi Timbalan Presidennya. Akhirnya di pinda perlembagaan untuk menyekat kuasa Raja-Raja dalam banyak hal secara biadap dan tidak bertemaddun. Kalau dahulu orang Melayu ibarat duduk di dalam peti besi yang mempunyai 9 kunci untuk mempertahankan bangsa kita itu tetapi semua sembilan kunci itu di buang dan orang Melayu terdedah dengan segala ancaman. Ini semua perbuatan pemimpin besar Umno yang saya sudah malas untuk menyebut nama mereka. DAP tidak pernah menghina raja-raja Melayu. Umno lah parti yang terbukti menghina raja-raja Melayu dan institusi raja itu. Orang seperti saya masih hidup untuk melihat dan menjadi saksi terhadap segala kecelakaan yang di cipta Umno yang baru ini. PAS tidak pernah menghina raja-raja Melayu seperti yang di lakukan oleh Umno. Muhyiddin sepatutnya ada sedikit kesiluan untuk menuduh orang lain yang tidak menghormati raja-raja itu. Jika dahulu mereka pernah hina raja-raja apa yang boleh menghalang mereka untuk menghina baginda raja-raja Melayu jika raja Melayu bertindak untuk membetulkan keadaan buruk ciptaan Umno ini. Umno berkemampuan untuk melakukan apa sahaja waimma menghina raja Melayu sendiri apabila berada di dalam kesempitan seperti pernah berlaku hampir 20 tahun dahulu. Muhyiddin seterusnya menuduh DAP akan menubuhkan negara Republik dan ini merupakan satu tuduhan yang sangat gila. DAP telah menyatakan dengan jelas yang mereka tidak akan menjadi PM kerana mereka tahu mereka tidak boleh menungkah arus kerana orang Melayu merupakan rakyat majoriti dalam negara ini. DAP juga telah jelas menyatakan yang parti itu tidak mungkin menghantar wakilnya menjadi PM kerana parti itu tidak mempunyai cukup kerusi jika menang semua kerusi yang di tandingi mereka. Kalau hendak mengira pun tidak tahu bagaimana rakyat hendak meningkatkan keyakinan terhadap kepimpinan kita khususnya terhadap Muhyiddin? Dalam isu DAP ini Muhyiddin nyata bercakap bersalah-salahan dalam satu rangkap kata-katanya. Muhyiddin menyatakan yang DAP itu sebagai sebuah parti multiracial yang di dominasi oleh kaum cina. Tetapi apa bila DAP bergerak untuk meminta orang Melayu menyertainya orang-orang Melayu itu di anggap sebagai pengkhianat kepada negara pula. Muhyiddin tidak langsung mahu mengaku bahawa pemimpin-pemimpin yang mencuri harta rakyat itu adalah pengkhianat negara yang sebenarnya. Apakah bezanya perasuah-perasuah dalam pimpinan Umno itu dengan perompak Botak Chin yang dibunuh oleh polis dalam siri tembak-menembak dengannya pada pertengahan lapan puluhan dahulu? "Pembangkang itu anti Islam, dan tidak memperjuangkan Islam" kata Muhyiddin. Jika itu kata beliau persoalannya adakah Umno itu benar-benar memperjuangkan Islam seperti yang di war-warkan. Jika benar Umno itu memperjuangkan Islam kenapa rakyat mempunyai persepsi yang pemimpin Umno kebanyakannya ada pemimpin rasuah? Adakah persepsi buruk ini ciptaan pembangkang? Bagaimana pembangkang hendak memfitnah pemimpin Umno itu rasuah kalau tidak ada bukti yang jelas yang Umno itu benar-benar rasuah? Kalau pemimpin parti itu rasuah, adakah layak parti itu di anggap sebagai parti yang memperjuangkan Islam? Rasuah berlaku di setiap peringkat dalam kerajaan BN ini, kenapa tidak malu untuk mengaku yang kerajaan BN itu memperjuangkan Islam? Takkanlah mengambil rasuah itu perjuangan Islam. Islam apa itu? Saya ingin bertanya, adakah pemimpin utama negara yang menggunakan kuasa dengan mengambil lebih dari satu billion wang rakyat bagi menyelamatkan perniagaan anaknya yang kerugian besar? Islamkah itu? Berniaga apa itu? Sebenarnya yang ramai dalam Umno ini ialah orang Muslim tetapi Islamnya sudah pupus. Kalau di negara maju di barat, Muslimnya tidak ramai tetapi Islamnya banyak. Seorang ahli kabinet Britain telah hilang jawatannya hanya kerana mempercepatkan proses memberikan permit pekerjaan kepada pembantu rumah kawannya. Itu pun di anggap salah kerana di sana etika kepimpinannya amat tinggi seperti etika kepimpinan Islam yang tulin. Itu sebabnya saya katakan walaupun mereka bukan Muslim tetap nilai yang dipakai dalam kepimpinannya adalah nilai-nilai Islam. Itulah sebabnya saya selalu mengatakan yang di sini Muslimnya ramai Islamnya sudah hampir lupus sedangkan di sana Muslimnya kurang sangat tetapi Islamnya di mana-mana. Ucapan Muhyiddin benar-benar menanamkan sifat benci membenci di antara kita. Adakah itu tuntutan Islam yang dikatakan Muhyiddin sebagai perjuangan Islam Umno? Sikap Muhyiddin ini bertepatan dengan perbilangan, "sayang bertompok-tompok, benci merata-rata". Apa yang diucapkan Muhyiddin itu menampakan yang Umno itu sebagai parti yang "unIslamic" dan jauh sekali sebagai parti kebangsaan orang Melayu serta sebagai sebuah badan politik yang boleh menyatukan rakyat. Orang Melayu sendiri pun sudah tidak mahu lagi bernaung di bawahnya. Apa yang Umno mampu meningkatkan ialah gerombolan yang sentiasa terintai-intai peluang untuk mendapatkan keuntungan peribadi dan kekayaan keluarga dan kelompok mereka sendiri. Hakikatnya Umno sudah lama tiada. Umno itu hanyalah tinggal sebagai satu bahan sejarah perjuangan orang Melayu. Umno hanyalah satu nama... sama seperti nama-nama yang diberikan kepada jalan-jalan raya dengan nama-nama mereka yang sudah tiada lagi hidup di dunia ini lagi seperti Jalan P. Ramlee, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Siamang Gagap, Jalan Burhanuddin Helmi, Jalan Loke Yew dan sebagainya. Rakyat tahu yang parti Umno ini hanyalah sebuah parti asing yang meminjam nama Umno itu sahaja. Seperti seorang kawan saya, Haji Arshad, yang memberi nama anaknya Sudirman. Walaupun anaknya bernama Sudirman Haji Arshad, Sudirman ini tidak pandai menyanyi. Haji Arshad ini menamakan anaknya Sudirman kerana minat beliau kepada Sudirman seorang penyanyi yang telah lama meninggalkan kita. Begitu jugalah Umno ini. Ia hanya nama kepada parti yang telah mati lebih dari dua dekad yang lalu. Itu sebabnya Umno yang ada ini susah hendak di fahami orang kerana hakikatnya ia adalah parti lain yang hendak berlagak seperti Umno. Serba serbi tidak menjadi. — aspanaliasnet.blogspot.com |
Hari-hari akhir seketol UMNO... kahkahkah... Posted: 30 Nov 2011 07:10 PM PST Perwakilan dakwa penyokong DAP 'bangsat' Perbahasan dua perwakilan Pemuda Umno hari ini mensasarkan serangan mereka terhadap DAP dan PAS - parti gabungan dalam Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang dan Kedah. Kedua-dua negeri itu kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Perwakilan daripada Pulau Pinang Syeikh Husin Maidin mendakwa DAP mentadbir di pulau mutiara sepanjang tiga tahun di negeri itu dengan bersikap "memusuhi Islam dan Melayu". Bahkan Sheikh Husin yang juga ketua Pemuda Umno Pulau Pinang mendakwa dua lagi rakan gabungan Pakatan - PAS dan PKR - dayus dan diam membisu dengan tindakan DAP yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng. Dalam ucapan perbahasannya, beliau memberikan contoh beberapa langkah yang dibuat oleh Lim, antaranya mengumumkan dalam Dewan Undangan Negeri bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri itu. Syeikh Ismail juga mendakwa PAS dan PKR membisu terhadap tindakan Lim yang didakwa membatalkan perarakan Maulidul Rasul. "Tiba-tiba mereka batalkan perarakan Maulidul Rasul. Surat rasmi kita ada. Dia memusuhi Melayu dan Islam secara terbuka. Rasis. "Siapa saja, Melayu, Cina, India yang menyokong DAP, depa mereka daripada bangsa bangsat (perwakilan tepuk). Saya ulang sekali lagi, DAP adalah bangsa bangsat. mampuih pi depa nak kata apa, katalah. Saya bercakap demi Allah dan Rasul," katanya. Selain itu, katanya, Lim juga didakwa merobohkan gerai-gerai milik Melayu yang didakwanya tidak mahu orang Melayu berjaya di Pulau Pinang serta tiada pampasan kepada nelayan Melayu yang terjejas akibat pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua. "PAS diam, bapuk. PKR (pun) diam... Saya minta dayus-dayus PAS dan PKR jawab (isu-isu ini)," katanya. Sementara, perwakilan Kedah Badrul Hashim Hashim berkata rakyat di negeri ini kini asyik didendangkan dengan slogan "Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua" yang diperkenalkan oleh kerajaan yang diketuai Menteri Besar dari PAS Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Beliau mendakwa kerajaan Pakatan gagal mengotakan janji yang dibuat dalam pilihan raya umum lalu, malah mempersoalkan tentang pelaksanaan janji-janji tersebut, dengan memberi contoh projek perumahan yang dijanjikan, antaranya di kawasan Yan dan Baling. "Tetapi di mana hujung projek ini... Tidak ada rumah... Tidak ada penyelesaian untuk menunaikan janji. "(Ini semata-mata) gula-gula pilihan raya, retorik politik untuk mendapatkan sokongan dalam pilihan raya," katanya. Sehubungan itu, beliau yang juga ketua Pemuda Umno Padang Terap menyifatkan polisi kerajaan negeri "tidak jelas, tidak ada keikhlasan sejajar dengan apa yang dijanjikan". Manakala, perwakilan Perak Khairul Azwan Harun membidas kenyataan pemimpin DAP Nga Kor Ming yang didakwa menggelar Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai 'hitam metalik" "Hati DAP lebih hitam... Marilah sama-sama kita robek, cungkil betapa hitamnya (hati) DAP. "Kita jangan risau, khuatir untuk teruskan usaha menceritakan keburukan pimpinan DAP yang bersikap rasis, "katanya. Bahkan Khairul Azwan berkata wujudnya pemimpin India dalam DAP "tidak senang" susulan dari kenyataan Nga itu. sumber:malaysiakini.com |
Muka basi, modal pun basi... kahkahkah... Posted: 30 Nov 2011 05:00 PM PST Perang bermula ! Oleh Tok Pepijat TPM Muhyiddin membuka gelanggang UMNO dengan ucapan rasis persis kursus Biro Tata Negara (BTN). Dengan modal basi bercampur kahak lendir kuning, Muhyiddin dengan sekonyong-konyong membawa suara PERKASA dalam perhimpunan 3 sayap UMNO. Muhyiddin juga membawa wajah Mahathir. Setiap butir ayatnya adalah ucapan Mahathir. Dikala PM Najib bersama Hajah Rosmah begitu bersemangat dengan Transformasi untuk menarik semula undi Cina tiba-tiba Muhyiddin menjadi makhluk perosak segalanya. Hancur dan punah projek Transformasi ciptaan Najib selama ini. Tiga perkataan yang diucapkan oleh Muhyiddin yang menarik untuk kita senyum sinis : i) Ibu segala pilihanraya. ii) Jihad. iii) Mujahid dan Mujahidah. Begitu hebat Muhyiddin membakar semangat Pemuda,Puteri dan Wanita UMNO untuk mengekalkan kuasa dalam PRU 13 nanti. Rumusan ucapan Muhyiddin adalah : i) Menyeru ahli UMNO berjuang mati-matian demi mengekalkan kuasa pemimpin atasan. Yang penting, UMNO pegang kuasa supaya pimpinan senang dapat projek lembu, kapal selam, jet pejuang, kereta perisai, sekolah. Biar JKKK dan ahli bawah dapat sisa air basuh kaki pemimpin atasan. Ayat Muhyiddin iaitu, "ibu segala pilihanraya" sama seperti ucapan Saddam Husien diambang kejatuhannya. Adakah perkara yang sama bakal dialami oleh UMNO. Mudah-mudahan. ii) Menyeru seluruh pemuda, puteri dan wanita menlancarkan jihad dan menjadi mujahid dan mujahidah. Jika PAS buat Muktamar, masjid dan surau sekitar Kuala Lumpur penuh dan ceria dengan suasana qiyamulail dan tazkirah. Bila UMNO buat Perhimpunan Agung, "mujahid dan mujahidah" impian Muhyiddin akan meng"imarah"kan disko, kelab dangdut dan kelab malam ibu kota. Mereka ber"ibadah" dengan arak, dangdut dan perempuan simpanan. Perhimpunan Agung UMNO kali ini adalah tempat yang sesuai Muhyiddin mempromosikan dirinya untuk menggantikan PM Najib nanti. Dengan peluang dapat memberi ucapan di ketiga-tiga sayap UMNO, Muhyiddin bakal mendapat populariti yang hebat. Cumanya PM Najib perlu "memadamkan" segala isi ucapan rasis Muhyiddin pada ucaptama beliau nanti pada hari Jumaat nanti. Adakah ucaptama Najib nanti sama seperti ucapan Mahathir ketika membalas balik "ucapan perang" Zahid Hamidi tahun 1998 dahulu yang membawa pemecatan Anwar dan pepecahan UMNO ? http://tokpepijat.blogspot.com/ |
Lagi fitnah terhadap Sharizat... kahkahkah... Posted: 30 Nov 2011 02:30 PM PST Keluarga Shahrizat beli kereta mewah, guna dana NFC (Oleh: Nabihah Hamid) KUALA LUMPUR 30 Nov : KEADILAN mendedahkan penyelewengan terbaru membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Kali ini, parti itu membongkar pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009. Wang berkenaan diperoleh daripada RM250 juta dana awam yang disalur Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), milik suami dan anak Ketua Wanita Umno itu. "Pada 9 Disember 2009, hampir dua tahun yang lepas, keluarga Shahrizat menggunakan wang NFC itu untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. "Kos penyelenggaraannya tiap-tiap bulan adalah lebih kurang RM20 ribu, itumaintainance dia saja. Itu kereta mewah yang digunakan keluarganya," katanya. Menurutnya lagi, dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada satu tarikh pada tahun 2009. KEADILAN turut mendedahkan 15 cek berjumlah RM455,423 yang dibayar untuk tujuan melancong ke luar negara seperti ke Indonesia dan Thailand. Cek berkenaan dikeluarkan antara bulan Januari hingga Julai 2010 kepada Impian Global Networks Services (IGNS) yang menawarkan pakej percutian. "Kalau pegi semak akaun ini, tiap-tiap bulan ada pembayaran yang dibuat kepada 'Impian Global Network Services' (IGNS). "Bila kita siasat, IGNS ini ialah syarikat yang tawarkan pakej percutian, ke Bandung, Kuching, Phuket," kata Rafizi. Selain itu, Rafizi turut mendedahkan pembayaran lebih setengah juta ringgit kepada syarikat Meatworks (singapore) Private Limited, milikan suami Shahrizat yang membekalkan daging kepada restoran di negara jiran. Pendedahan terbaru itu muncul selepas Shahrizat bermatian mempertahankan dirinya daripada dikaitkan dengan skandal berkenaan, pada Perhimpunan Agung Umno hari ini. "Kalau dia singsing lengan, angkat kain.. kita akan dedah lagi lepas ni," kata Rafizi. Dalam pada itu, beliau juga menuntut penjelasan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mempertahankan Shahrizat dengan menyatakan NFC tidak mungkin membuat perdagangan di Singapura. "Saudara Khairy (Jamaluddin) kata kita temberang sebab kata tak boleh eksport ke Singapura. (Tapi) kenapa pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588, 585 secara terus ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd ? "Sedangkan Meatworks langsung tak ada kena mengena dengan NFC," katanya. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan