Sabtu, 31 Disember 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Demo UPSI Bertukar Jadi Tragedi Berdarah Malam Tahun 2012?

Posted: 31 Dec 2011 09:48 PM PST

demo upsi 2 Demo UPSI Bertukar Jadi Tragedi Berdarah Malam Tahun 2012?
Dalam keadaan malam tadi ramai yang tertumpu untuk menyambut tahun baru 2012, tetapi berlainan pula buat kalangan mahasiswa yang bertindak buat demo kebebasan akademik di UPSI. Tetapi lain pula jadi….
Apabila FRU didakwa bertindak membelasah sekumpulan mahasiswa yang berhimpun. Dalam ramai-ramai mungkin ada kalangan yang membuat provokasi atau tidak ikut arahan & amaran yang diberikan oleh FRU sehingga menyebabkan FRU "hilang sabar & pertimbangan" seterusnya bertindak sebegini rupa. Mungkin?
Tetapi walaubagaimanapun, itu bukanlah alasan untuk FRU membelasah sesuka hati. Tindakan kasar yang dilakukan bukanlah satu tindakan yang sangat bijak daripada pihak keselamatan negara sebenarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS akan berhimpun di IPD Tanjung Malim

Posted: 31 Dec 2011 09:35 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengerahkan seluruh ahlinya yang berada di sekitar Lembah Klang dan Perak untuk turun berhimpun di hadapan IPD Tanjung Malim bagi menuntut pembebasan sekurang-kurangnya 17 mahasiswa yang ditahan polis sejak malam tadi.

Arahan tersebut dikeluarkan ketuanya, Nasruddin Hassan melalui khidmat pesanan ringkas SMS kepada Harakahdaily pagi ini.

"Semua  pemuda dikerahkan berkumpul secara aman dalam tempoh sekarang ke jam 2 petang di hadapan IPD Tanjung Malim Perak untuk menuntut pembebasan segera 17 mahasiswa yang ditahan sejak semalam," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan layan mahasiswa dengan cara 'kebinatangan'

Posted: 31 Dec 2011 09:32 PM PST

KOTA KINABALU, 1 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah hari ini mengutuk sekerasnya tindakan keganasan terhadap sekumpulan mahasiswa yang menyertai himpunan aman di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, tindakan memukul dan membelasah mahasiswa tersebut untuk menyeleraikan mereka sebagai satu tindakan yang bersifat 'kebinatangan' dan terkeluar dari norma manusia beragama.

"Tindakan tidak berperikemanusiaan dan lebih kepada kaedah 'kebinatangan' dalam menyuraikan kemaraan mahasiswa dan anak muda ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

UPSI : NGO, kumpulan siswa kecam tindakan polis

Posted: 31 Dec 2011 09:31 PM PST

Tindakan polis menyuraikan perhimpunan mahasiswa di Tanjung Malim malam tadi -- yang menyaksikan hampir 20 orang ditahan dan seorang cedera -- terus mendapat kritikan pelbagai pihak, termasuk NGO dan kumpulan mahasiswa.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, tindakan polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) akan menimbulkan polemik baru kerana ia tidak bertepatan dengan hasrat perdana menteri untuk mengukuhkan demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat.
"Seharusnya sebarang perbezaan pandangan serta kritikan perlu diraikan serta diberikan ruang dengan sebaik-baiknya," kata presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.
Read More / Baca Lagi >>

Insiden UPSI: PAS desak KPN, menteri letak jawatan

Posted: 31 Dec 2011 09:29 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Jan: PAS mengutuk keras kekejaman polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, polis yang didakawa sebagai profesional tidak wajar menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman untuk menyuarakan pendirian mereka mengenai kebebasan.

"PAS kecewa, marah dengan tindakan polis yang bertindak kasar, mencederakan pelajar hanya untuk menyuraikan mereka. Sepatutnya mereka yang mempunyai kepakaran menghadapai apa jua situasi tidak perlu menggunakan kekerasan pun.
Read More / Baca Lagi >>

shair - Altenatif Countdown 2012 Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Posted: 31 Dec 2011 09:16 PM PST

"Ustaz Azhar Countdown Shah Alam"-Sham Kamikaze With Syahir AF

Posted: 31 Dec 2011 09:16 PM PST

Ustaz Azhar Idrus feat Zizan Raja Lawak - Malam Tahun Baru 2012 a

Posted: 31 Dec 2011 09:14 PM PST

Ustaz Azhar Idrus feat Zizan Raja Lawak - Malam Tahun Baru 2012

Posted: 31 Dec 2011 09:13 PM PST

UST AZHAR VS ZIZAN "GORENG" GITAR - DIAMBANG MALAM 2012

Posted: 31 Dec 2011 09:13 PM PST

Ustaz Azhar Idrus dan Zizan (Soalan-langgar lampu merah)

Posted: 31 Dec 2011 09:12 PM PST

Sambutan Tahun Baru 2012 Bersama Ustaz azhar idrus Dataran Shah Alam

Posted: 31 Dec 2011 09:11 PM PST

Bersama Ust Azhar Idrus, Zizan Raja Lawak Diambang Malam Tahun Baru 2012

Posted: 31 Dec 2011 09:11 PM PST

2012 'we need actions'

Posted: 31 Dec 2011 09:10 PM PST

Sekali lagi setahun berlalu dengan pantas terutama bagi kita yang mempunyai banyak tugas yang masih belum selesai. Walau bagaimanapun saya merasa lega kerana hari yang kita tunggu-tunggu semakin dekat walaupun tiada siapa yang tahu bila tarikh keramat PRU13 akan menjelma kecuali........

Ya, tahun 2012 yang dinanti-nanti telah tiba dan kini kita melangkah bersama-sama ke dalamnya. Maka ramailah yang akan atau telah membuat resolusi tahun baru. 

Apa ya resolusi anda? Saya antara orang yang tidak suka membuat resolusi tahun baru... ha ha ha kerana selalu tak menjadi. Sebab itu saya tidak ghairah menyambut tahun baru. 
Read More / Baca Lagi >>

MAHASISWA YANG TERUK DIBELASAH FRU DIHADAPAN UPSI

Posted: 31 Dec 2011 09:08 PM PST

TANJUNG MALIM, 1 Jan: Himpunan mahasiswa protes Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dicemari insiden keganasan pihak polis yang bertindak memukul mahasiswa ketika cuba meleraikan mereka.

Dalam insiden awal pagi tadi, dua mahasiswa termasuk Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS, Safwan Anang Talib dilaporkan cedera parah dibelasah anggota FRU.

Beliau dilapor patah tulang rusuk, patah gigi geraham akibat dipijak anggota polis dan kini didakwa sedang mendapat rawatan di wad kecemasan di Hospital Slim River.

Seorang lagi mahasiswa yang cedera parah, Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipukul.

Selain itu, sekurang-kurangnya 17 mahasiswa lain ditangkap dalam insiden malam tadi dan kini telah dibawa ke balai polis Tanjung Malim.

Antara mereka termasuk pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli; dua bekas Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir dan Hilman Idham serta Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath.

Dalam satu respon segera, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan mengutuk keganasan ke atas mahasiswa yang berhimpun secara aman malam tadi.

"Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini agar semua tahanan itu dibebaskan.



Safwan Anang ditumbuk dua kali dimuka dan mengalami cedera parah.

Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipukul.


Darah mahasiswa gugur membasahi bumi.....


Adam Adli dilokap IPD Tanjung Malim



Keranda AUKU & protes Najib Razak di UPSI!



Tulisan difacebook & tweeter ini memberitahu bagaimana kejamnya mereka dilayan:

Darah Mahasiswa ada HARGANYA!! Carefull Bangsawan UMNO!

Posted: 31 Dec 2011 09:04 PM PST

story malam tahun baru, mahasiswa jadik mangsa kekejaman KERAjaan!
bangun anak muda! sahabat kamu di patahkan tulang rusuknya hanya kerana menuntut akan keadilan! kekejaman sang pemerintah ini mesti kita tamatkan!
Read More / Baca Lagi >>

Apabila pelajar menggenggam hak politiknya

Posted: 31 Dec 2011 09:03 PM PST

Perbuatan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Adam Adli Abdul Halim, yang kononnya telah merendahkan bendera yang menampakkan wajah Perdana Menteri Najib Razak di depan ibupejabat United Malays National Organization (UMNO) di Putra World Trade Centre (PWTC) baru-baru ini telah dijangka mengundang kontroversi yang hangat dalam konteks masyarakat di mana kritikan terhadap tindak-tanduk kepimpinan negara lazim disamakan dengan tindakan memburuk-burukkan imej negara.

Dan keengganan pelajar berumur 22 tahun ini  (gambar kiri) untuk memohon maaf atas perbuatannya itu sudah tentunya menarik bukan sahaja perhatian serius daripada sebilangan ahli UMNO dan Barisan Nasional, malah menerima maki hamun serta pelbagai ugutan daripada pihak tertentu terhadap dirinya.  Adam berani berhadapan dengan cabaran yang menggugat ini.
Read More / Baca Lagi >>

Demo siswa berdarah membuka tirai tahun 2012

Posted: 31 Dec 2011 09:02 PM PST

"Lalu, tahun baru pun panas bertunas; lalu, demo siswa pun ganas ditindas."  Demikianlah puisi yang ditulis oleh Sasterawan Negara A.Samad Said pada laman Facebooknya, setelah perhimpunan kira-kira 60 orang siswa-siswi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disuraikan secara kasar oleh pihak polis.

Perhimpunan yang bermula pada jam 1.30 awal pagi 1 Januari 2012 ini berakhir dengan penangkapan 17 orang, termasuk 14 orang siswa, dan kecederaan tiga orang pemimpin siswa, iaitu Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang, Presiden KAMI Haziq Abdullah Abdul dan Amar Rasyidi.

OCPD Tanjung Malim Othman turun sendiri pada jam kira-kira jam 2 pagi untuk berunding dengan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Razab, menyatakan bahawa polis tidak berhasrat untuk menyuraikan pelajar dengan kekerasan, dan meminta agar pelajar bersurai dengan aman - memandangkan kedua-dua pihak adalah muslim.
Read More / Baca Lagi >>

Hadiah tahun baru 2012: Keganasan polis terhadap mahasiswa

Posted: 31 Dec 2011 09:00 PM PST


Tahun baru 2012 dibuka dengan keganasan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) terhadap mahasiswa yang berhimpun di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Ramai yang ditahan dan cedera dibelasah anggota PDRM.


Baca berita tentang keganasan PDM terhadap mahasiswa disini.


Dahulu di Mesir, regim Hosni Mubarak juga menggunakan aparat negara seperti polis dan tentera untuk mengganasi rakyat yang menentangnya. Apa terjadi kepada Mubarak? Terhumban dalam tong sampah sejarah.


Jeneral Chun Doo Hwan juga menggunakan tentera untuk membunuh mahasiswa dalam kebangkitan mahasiswa di Gwangju, Korea Selatan pada 18 May 1980. Apa terjadi kepada Jeneral Chun Doo Hwang? Tersungkur dalam tong sampah sejarah.


Jeneral Haji Soeharto menggunakan kekuatan militer (tentera) untuk mengodam mahasiswa dan gerakan rakyat yang menentangnya. Apa terjadi kepada Jeneral Haji Soeharto? Dibenamkan ke dalam tong sampah sejarah.


Datuk Seri Haji Najib Razak menggunakan PDRM untuk mengganasi mahasiswa yang berhimpun di UPSI. Apa bakal terjadi kepada Datuk Seri Hajin Najib Razak? Tepuk dada anda, tanyalah selera.

Soalan terakhir Ust. Azhar Idrus 2011 -Zizan

Posted: 31 Dec 2011 08:57 PM PST

PANIK Reformasi

Posted: 31 Dec 2011 08:55 PM PST

31/12/2011 - Ustaz Azhar Idrus, Zizan dan Gitar Elektrik 2

Posted: 31 Dec 2011 08:53 PM PST

31/12/2011 - Ustaz Azhar Idrus, Zizan dan Gitar elektrik

Posted: 31 Dec 2011 08:52 PM PST

Ulangsiar : Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis

Posted: 31 Dec 2011 08:39 PM PST

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
 Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Tugas Mulia
Saudaraku anggota polis,
Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

LFL Condemns Police Brutality On Student Movement

Posted: 31 Dec 2011 08:18 PM PST


Lawyers For Liberty condemns the act of police brutality inflicted on student activists who were peacefully assembling to demand academic freedom in front of Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) on January 1,2012 at about 12.30am.
 
The police have unlawfully used excessive force against peaceful and unarmed students in their attempt to disperse the students.A number of students was severely injured including Safwan Anang, the President of BEBAS who was according to eyewitness account beaten and stomped on by the police, leaving him unconscious with broken teeth.17 students have been arrested and detained in Tanjung Malim Police Station.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: