RAKYAT MARHAEN |
- SAMM Pertahan Adam, Bersolidar Dengan SMM dan Kesian Kepada Pemuda Umno
- Felda: Gamis tuntut PM beri penjelasan, jangan sembunyi ‘perkara besar’
- Baru Ingat : Dr M akui Malaysia pinjam dana Bank Dunia
- IMF, Mahathir saja bersumpah laknat
- 54 tahun merdeka :masih ramai rakyat miskin?
- Shahrizat terkangkang Suami pula terlondeh ditanduk lembu NFC
- To guarantee victory, Pakatan too needs to buck up
- Bukan Hanya UMNO Ada Agenda………………
- Nak berpolitik, tetapi apa itu politik?
- Perak disakat sebagai Darul Kartun
- Under attack, PAS maintains Islamic agenda party priority
- Shahrizat atau Zuraida yang lebih mirip Mak Lampir?
- WARGA TENTERA WAJIB TOLAK UMNO/BN JIKA SENSITIF DENGAN SOAL KESELAMATAN
- Sindrom Cerdik Dalam Dewan Pemuda Pas
- Justifikasi palsu Umno tolak laksana hudud
- Apabila Agong dan Timbalannya adalah dari negeri PAS
- Tangani jenayah ekonomi yang merugikan Negara
- Inilah nilai buat rakyat marhaen daripada Kedai 1Malaysia..
- Kemuncup dalam perjuangan, dasar PAS dijamin Majlis Syura
- SPR: Guna dakwat kekal PRU-13 muktamad, mahu semua terima syor Parlimen
- MAS siasat dakwaan sogokan di unit kargo, ketua diarah cuti
- Mahasiswa mahu Najib jawab isu Felda
- Apa Pun Hukuman Pada Anwar Tidak Sah - WADAH
- Najib's vanity begins to hurt and drag down Umno
- Aziz Bari ucap UIA ‘selamat tinggal’ 31 Dis
SAMM Pertahan Adam, Bersolidar Dengan SMM dan Kesian Kepada Pemuda Umno Posted: 20 Dec 2011 08:40 PM PST "Kenyataan Terbuka 21 Disember 2011 SAMM pertahankan tindakan Adam Adli dan kesian dengan Pemuda Umno yang tertipu alat propaganda sendiri Solidariti Anak Muda Malaysia dengan ini menyatakan secara terbuka mempertahankan tindakan Adam Adli, 22 tahun siswa UPSI yang bertindak meminjam tiang bendera di PWTC untuk menaikkan panji gerakan mahasiswa. SAMM juga menyatakan solidariti bersama SMM memperjuangkan kebebasan akedemik. Pertama yang perlu dilihat ialah isu kebebasan akedemik itu, tunjuk rasa mahasiswa pada 17 Disember lepas ialah untuk menuntut kebebasan akedemik di dalam negara ini. Jika regim Umno tidak campur tangan dan wujud kebebasan akedemik maka tunjuk rasa tersebut pasti tidak berlaku. Kehadiran kumpulan lebih 400 siswa di PWTC (Bangunan Umno) selepas mereka menghantar memorandum di SUHAKAM ialah selepas pimpinan Umno, Dato' Saifuddin Abdullah setuju menerima rombongan mereka untuk menghantar memorandum, malah beliau turut sudi berucap dalam himpunan tersebut memberikan jaminan bagi pihak Umno. Read More / Baca Lagi >> |
Felda: Gamis tuntut PM beri penjelasan, jangan sembunyi ‘perkara besar’ Posted: 20 Dec 2011 08:28 PM PST KUALA LUMPUR, 21 Dis — Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) meneruskan desakan meminta kerajaan agar menjelaskan beberapa kemusykilan berhubung urusan penyenaraian Felda Global Vanture Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia atas alasan isu tersebut menjadi semakin kronik, lebih-lebih lagi ekoran rombakan pegawai-pegawai kanannya termasuk arahan minta pengarah besarnya bercuti. Presiden Gamis Akram Ikrami Taib Azamudden berkata, pihaknya melihat ada perkara 'besar' hendak disembunyikan oleh kerajaan khususnya melalui campur tangan pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Kerajaan mesti mendedahkan sebab-sebab Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abdul Wahab diarahkan bercuti dalam tempoh yang lama dan timbalannya juga ditukarkan ke JPA. Read More / Baca Lagi >> |
Baru Ingat : Dr M akui Malaysia pinjam dana Bank Dunia Posted: 20 Dec 2011 08:26 PM PST Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia meminjam wang daripada Bank Dunia ketika pentadbiran beliau namun menegaskan bahawa beliau tidak pernah menulis kepada badan berkenaan untuk mendapatkan dana. Tiada surat mahupun permintaan bertulis dibuat oleh beliau kepada Bank Dunia, kata Mahathir, menjawab dakwaan yang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah berbuat demikian ketika krisis kewangan 1999, "Jika Anwar boleh menunjukkan bukti sebaliknya, dia patut berbuat demikian. Jika tidak dia mesti bersumpah dengan al-Quran di masjid bahawa di tahu apa yang dia kata itu benar. Read More / Baca Lagi >> |
IMF, Mahathir saja bersumpah laknat Posted: 20 Dec 2011 08:22 PM PST DR. MAHATHIR mengajak Anwar Ibrahim bersumpah laknat kerana mendakwanya pernah minta bantuan kewangan dari IMF, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia. Antara punca Anwar disingkirkan dari kerajaan dan Umno selain dari tohmah liwat adalah juga bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa menjadi hamba kepada IMF dan Bank Dunia. Hampir 15 tahun setelah keduanya berpatah arang berkerat rotan, Anwar pula mendakwa Dr. Mahathir juga kaki penyembah Bank Dunia. Ertinya kedua-duanya lebih kurang saja dalam hubungan Bank Dunia dan IMF. Justeru itu Dr. Mahatahir mengajak Anwar bersumpah laknat. Nampaknya bertambah orang yang mahu bersumpah laknat dengan Anwar. Tetapi tiada yang memikirkan Datuk Seri Najib mesti bersumpah laknat atas kes Altantuya dan tidak yang memikirkan Sharizat Jalil wajar berumpah laknat atas isu skandal lembu dan kondo. Read More / Baca Lagi >> |
54 tahun merdeka :masih ramai rakyat miskin? Posted: 20 Dec 2011 07:37 PM PST Oleh: umnopenyangak "Assalamualaikum,,. Kali ini umnopenyangak ingin mengajak pembaca sekelian menyusuri sejarah kemedekaan selama 54 tahun.Apa yang boleh digambarkan selama 54 tahun, negara sudah berada ditahap atau stadard hidup yang tinggi dengan kesemua kualiti berada ditahap yang tinggi.Tetapi ketika menyemak bajet negara dan bajet beberapa negeri, umnopenyangak menemui satu bentuk peruntukan yang menghairan iaitu peruntukan untuk membasmi kemiskinan termasuk satu bahagian kemiskinan tegar. Read More / Baca Lagi >> |
Shahrizat terkangkang Suami pula terlondeh ditanduk lembu NFC Posted: 20 Dec 2011 07:36 PM PST Oleh: mohdnoorawang "Shahrizat Jalil dalam sidang UMNO2011 sanggup SELAK KAIN DAN MENYELISING LENGAN BAJU DALAM ISU LEMBU NFC RM250 JUTA. Hari ini satu lagi kisah lembu NFC terbongkar. Malah Sharizat bukan saja selak kain malah dirinya sudah terkangkang dengan luas. Dan suaminya terlondeh bersamam anak anaknya dalam isu lembu NFC yang bernilai RM250 juta. Terkini keluarga Shahrizat Jalil membeli kondo mewah "Orchard Scotts Jalan Anthony di Singapura berharga RM10 juta atau mata wang Singapura SGD4.1 juta Read More / Baca Lagi >> |
To guarantee victory, Pakatan too needs to buck up Posted: 20 Dec 2011 07:33 PM PST After an atrocious showing by Umno at their General Assembly which basically comprised of fear-mongering the loss of Malay power, disrespect to the royal institution by the opposition and DAP bashing, I would have thought that Pakatan Rakyat, especially the DAP would capitalise on this hatred. However what has transpired since from the opposition parties have been extremely disappointing. Read More / Baca Lagi >> |
Bukan Hanya UMNO Ada Agenda……………… Posted: 20 Dec 2011 07:31 PM PST Oleh: tunlebah "Seminggu dua ini, Hassan Ali dan kemudiannya Nasharuddin menjadi tumpuan media dan penganalisis politik, apabila dilihat seolah terheret oleh mainan politik media UMNO. Kedua-dua tokoh yang pernah membuat jasa yang tersendiri kepada PAS seolah terjebak dalam percaturan " the big game". Jari sebahagian (mungkin besar dan mungkin kecik sahaja) pemimpin dan pengikut pas mula terhala ke muka Hassan Ali dan Nasharuddin. Media Umno pula kelihatan gah bertepuk tangan dengan kemelut yang berlaku. Read More / Baca Lagi >> |
Nak berpolitik, tetapi apa itu politik? Posted: 20 Dec 2011 07:21 PM PST "Dari Sudut Bahasa melayu Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain. Read More / Baca Lagi >> |
Perak disakat sebagai Darul Kartun Posted: 20 Dec 2011 07:20 PM PST Haji Abdul Subky Latif 21 DIS — Nga Koh Meng telah menyakat orang-orang Perak dengan sindirian tajamnya bahawa negeri Darul Ridhuan itu ibarat Darul Kartun dalam ceramah PAS di Kamunting. Ia segera mendapat reaksi melenting dari sekian banyak NGO di negeri itu hingga sekitar 200 demonstran berarak ke kompleks DAP di Ipoh menuntutnya minta maaf kerana memperleceh negeri itu, watan negeri dan Rajanya. Justeru reaksi melenting NGO itu sindiran Darul Kartun menjadi isu yang diketahui ramai. Jika NGO tidak tolong menyebar luaskan ia sebagai satu isu, tiada siapa sedar diberi darul baru iaitu Darul Kartun. Kerana ia sudah jadi isu dibincang umum dan istana cuba diseret mari kita bentuk mahkamah dunia melihat sindirian ini. Mari kita adili kes Nga Koh Meng dan beberapa NGO atas isu Perak Darul Kartun ini. Read More / Baca Lagi >> |
Under attack, PAS maintains Islamic agenda party priority Posted: 20 Dec 2011 07:11 PM PST SHAH ALAM, Dec 21 — PAS leaders have denied claims by two renegades that the party has abandoned its Islamic agenda, with its deputy president Mohamad Sabu pointing out that an Ulama panel oversees its policies. Read More / Baca Lagi >>National leaders from the Islamic party denied the accusations made by Datuk Dr Hasan Ali, a senior Selangor government member, and Nasharudin Mat Isa, the former party secretary-general, that PAS was deviating from its Islamic struggle, and have, in turn, alleged the two leaders were frustrated over their inability to secure top posts within the party. |
Shahrizat atau Zuraida yang lebih mirip Mak Lampir? Posted: 20 Dec 2011 07:10 PM PST Oleh Syed Imran Isu panas membabitkan keluarga Menteri Pembngunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semakin panas bahkan mula mendidih. Semuanya kerana sikap ketua Wanita Umno itu sendiri yang telah dan masih mengalihkan isu itu termasuk kepada Wanita Umno, wal hal ia tiada kaitan sama sekali dengan Wanita Umno. Shahrizat menggunakan pentas Wanita Umno untuk membidas dan menghentam ketua wanita Parti KeAdilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Perbuatan Shahrizat tidak disenangi oleh sebilangan tokoh veteran Wanita Umno kerana ia tiada kaitan sama sekali dengan pergerakan itu.Read More / Baca Lagi >> |
WARGA TENTERA WAJIB TOLAK UMNO/BN JIKA SENSITIF DENGAN SOAL KESELAMATAN Posted: 20 Dec 2011 07:07 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS UMNO pernah menuduh DS Anwar dan anaknya Nurul Izzah `menjual' keselamatan negara kepada negara luar hanya kerana mereka menerangkan perbuatan rasuah atau komisyen di dalam pembelian peralatan tentera negara ini, contohnya seperti komisyen kapal selam `scorpene'. Adakah kerana menerangkan korupsi pemimpin negara ini boleh menggugat keselamatan negara? Adakah DS Anwar dan Nurul Izzah menjual maklumat atau kerahsiaan pertahanan negara? Ini semua hanya tuduhan yang sehingga kini mereka gagal buktikan malahan Umno amat bimbang jika negara luar tahu perangai pimpinan mereka yang berselindung di sebalik pembelian tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Sindrom Cerdik Dalam Dewan Pemuda Pas Posted: 20 Dec 2011 06:48 PM PST Oleh Mohd Sayuti Omar KEBEBASAN bersuara dalam apa juga sistem ada hadnya. Begitu juga dengan kebebasan bersuara di dalam sistem demokrasi, ada hadnya. Kebebasan bersuara dalam parti ada juga had dan batasnya ia disekat oleh peraturan, adat dan juga ketinggian ilmu siasah dan strategi ahlinya. Begitu juga kebebasan bersosial di laman sosial ada hadnya malahan kebebasan itu perlu dilayani sebaik mungkin untuk tidak mendatangkan mudarat. Hari ini ada sindrom itu dari kalangan anak-anak muda Pas - Dewan Pemuda Pas. Mereka bukan saja obius menggunakan laman sosial, Fb dan blog untuk menyuarakan rasa hati mereka, tetapi berkecenderungan untuk menunjukkan kebijakan, ketinggian ilmu dan juga keperihatinan mereka kepada semua isu dalam parti yang akhir memberi kesan negatif dan kecelaruan kepada minda ahli dan penyokong di bawah. Read More / Baca Lagi >> |
Justifikasi palsu Umno tolak laksana hudud Posted: 20 Dec 2011 06:47 PM PST Oleh: Mat Zain Mat Isa Tidak ada bezanya kenyataan terbaru Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said berkaitan pelaksanaan hukum hudud berbanding kenyataan lain-lain pemimpin Umno sebelum ini. Biar pun pada zahirnya beliau menegaskan kerajaan negeri pimpinannya tidak menolak usaha melaksanakan hukum Allah itu, hujah dan alasan diberikannya menampakkan pendirian sebaliknya. Read More / Baca Lagi >> |
Apabila Agong dan Timbalannya adalah dari negeri PAS Posted: 20 Dec 2011 06:46 PM PST Oleh ZULKIFLI YAHAYA RIBUAN rakyat jelata berbaris di sepanjang jalan dari Istana Anak Bukit hinggalah ke Lapangan Terbang Kepala Batas. Rakyat Kedah sangat bangga untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Tuanku Sultan Kedah yang akan menaiki singgahsana takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong kali yang ke-14 pada usia 84 tahun. Kebanggaan rakyat berganda kerana baginda akan ditabalkan buat kali kedua dalam sejarah kehidupannya. Kali pertama baginda memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ialah pada tahun 1970 hingga 1975. Sebaik kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengambil alih Kedah pada 2008, negeri Jelapang Padi ini meraikan sambutan Jubli Emas pemerintahan baginda. Read More / Baca Lagi >> |
Tangani jenayah ekonomi yang merugikan Negara Posted: 20 Dec 2011 06:45 PM PST Rohami ShafieJenayah ekonomi tidak melibatkan kecederaan fizikal mahupun kematian. Pada era 1970-an, jumlah jenayah ini tidaklah sebegitu banyak berbanding sekarang. Ketika itu, penipuan tidak melibatkan ramai pihak. Jenayah ini semakin berkembang dengan rancaknya pada era 1990-an apabila adanya sindiket penipuan seperti penipuan kad kredit. Dengan penggunaan teknologi maklumat dalam era globalisasi yang serba canggih dan terkini, penjenayah juga semakin sukar dikesan. Mereka ini terlalu licik bagi mengelak diri daripada ditangkap. Dan, penipuan bukan setakat melibatkan ribuan mahupun ratusan ribu ringgit Malaysia, tetapi melepasi angka jutaan ringgit Malaysia. Read More / Baca Lagi >> |
Inilah nilai buat rakyat marhaen daripada Kedai 1Malaysia.. Posted: 20 Dec 2011 06:42 PM PST 1Malaysia telah melenyap slogan Islam Hadari daripada hasil mantan PM Paklah, Kini yang bermain dimulut pemimpin UMNO 1Malaysia, berapa lama 1Malaysia boleh bertahan, tunggu sahajalah,,, penunjuk aras akan kejatuhan Najib telah bermula, apabila secara simboliknya bendera wajah Najib dijatuhkan (diturun) didalam kawasan UMNO sendiri tanpa halangan..... Ada sesiapa dengar komen dari pesaing Najib Muhyiddin mengenai kejadian tersebut... Manakala Najib pula, walaupun maruah dirinya telah tercemar, namun ketebalan muka menghilangkan rasa malu, semalam ia masih lagi dok menjaja barangan 1Malaysia yang akan dijual di kedai-kedai koperasi Universiti, setelah budak-budak mahasiswa universiti memperlekehkan dirinya.... Aku tak boleh nak komen apa dengan barangan yang nak dijual tu, tetapi sebelum ini kita boleh apa yang terjadi dengan Sos 1Malaysia, Susu 1malaysia, Pencuci 1malaysia,,, Yang terkini Kedai ikan 1Malaysia, lu orang lihat dan sendiri fikir... Dalam suasana iklim ekonomi negara Malaysia waktu ini, hanya ini sahaja ikan-ikan yang sepadan dengan aku mampu beli waktu ini, Inilah ikan yang aku beli di pasar-pasar malam setiap hari minggu...mengenai harga tak tentu beb, tengok pada keadaan, kedang tu harga nya lebih mahal dari ayam.. . Aku sempat tengok dengan dekat ikan yang didalam gambar tu dalam TV dua tiga hari lepas,, memang murah jika nak dibandingkan dengan harga aku dok beli di pasar malam, tetapi itulah, kesegaran (fresh) ikan dah tak ada lagi, terutama ikan kembung tu,, terus terang aku katakan, aku lebih sanggup makan ikan sadin atau ikan masin dari nak ikan tu.... |
Kemuncup dalam perjuangan, dasar PAS dijamin Majlis Syura Posted: 20 Dec 2011 06:39 PM PST Mehnah atau tribulasi dalam perjuangan Islam adalah sunnatullah, bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah bagi ahli. Dalam sejarah perjuangan Islam yang panjang ini, kita meyaksikan betapa beratnya ujian atau mehnah yang dihadapi oleh jamaah dan ahli yang mendokongi jamaah tersebut. PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang lama di negara ini telah lali dengan pelbagai mehnah yang dihalakan kepada jamaah ini. Kita pernah diharamkan, dibatalkan logo, disekat aktiviti, didenda dan sebagainya, namun parti terus berkembang hingga kini. Manakala tribulasi kepada ahli berlaku setiap hari, samada kecil atau besar, ujian tersebut ianya akan pasti berlaku. Panduan kita ialah kenyataan: Read More / Baca Lagi >> |
SPR: Guna dakwat kekal PRU-13 muktamad, mahu semua terima syor Parlimen Posted: 20 Dec 2011 06:37 PM PST Sehubungan itu kata beliau, tidak harus ada keraguan mengenai langkah tersebut yang akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin termasuk memastikan tidak bercanggah dengan prinsip Islam dan SPR juga berharap tidak akan ada pihak yang membantahnya lagi. Semalam, Perkasa menolak keputusan SPR yang mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 atas alasan orang Melayu tidak akan keluar mengundi, selain mendakwa ia bertujuan mengurangkan peratusan pengundi kalangan kaum itu kelak. Read More / Baca Lagi >> |
MAS siasat dakwaan sogokan di unit kargo, ketua diarah cuti Posted: 20 Dec 2011 06:34 PM PST KUALA LUMPUR, 21 Dis ― Syarikat penerbangan nasional MAS, yang dihimpit dengan isu kerugian kebelakangan ini, sedang menyiasat dakwaan unsur sogokan di unit kargonya, turut membawa kepada pengarah urusan MASkargo, Shahari Sulaiman bercuti sejak awal bulan lalu, kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan, laporan siasatan dalaman telah dihantar kepada lembaga syarikat penerbangan nasional meskipun laporan polis tidak dibuat berhubung isu itu. "Ia berkaitan dengan bayaran sogokan di MASkargo dan lembaga sudah pun mempunyai menerima laporan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider. Read More / Baca Lagi >> |
Mahasiswa mahu Najib jawab isu Felda Posted: 20 Dec 2011 06:33 PM PST KUALA LUMPUR, 21 Dis: Mahasiswa hari ini sekali lagi mendesak kerajaan menjawab beberapa kemusykilan berhubung penyenaraian Felda Global Vanture Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia. Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Akram Ikrami Taib Azamudden (gambar) berkata, ini kerana isu tersebut telah menjadi semakin kronik di mata awam apabila Pengarah Besar Felda dan timbalannya diarahkan bercuti dan ditukar keluar daripada Felda. Katanya, Gamis melihat ada perkara 'besar' hendak disembunyikan kerajaan khususnya melalui campur tangan perlantikan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Kerajaan mesti mendedahkan sebab-sebab Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab diarahkan bercuti dalam tempoh yang lama dan timbalannya juga ditukarkan ke JPA," ujarnya kepada Harakahdaily. Read More / Baca Lagi >> |
Apa Pun Hukuman Pada Anwar Tidak Sah - WADAH Posted: 20 Dec 2011 06:30 PM PST PETALING JAYA, 20 DIS : Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa apa sahaja keputusan yang diputuskan berhubung kes yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertentangan dengan syariat Islam memandangkan ia dibicarakan di mahkamah sivil dan bukan mahkamah syariah.Setiausaha Agungnya, Abdul Halim Ismail berkata kes yang di libatkan kepada Anwar merupakan isu yang seharusnya dikaitkan dengan hukum Syariah yang memerlukan empat saksi yang amanah dan diyakini. Read More / Baca Lagi >> |
Najib's vanity begins to hurt and drag down Umno Posted: 20 Dec 2011 06:22 PM PST It is the first time many of us would have heard of such a practice by the Prime Minister of Malaysia. Najib Razak has a likeness of himself hoisted as a flag in front of his party headquarters. It is more the kind of thing one would expect of the late but unmissed Kim Jong-Il. The case of Najib's face on a flag moves from laughable to sinister when it is combined with a song called 'PM Kita' (Our PM) which is being played on the BN governments usual propaganda outlets. There is clearly method in Najib's vainness. He is starting a personality cult! Or perhaps we should be honest, and call it a lack-of-personality cult. For if there is one trait that differentiates Najib from Anwar Ibrahim; it is Anwar's charisma, personality and ready wit compared to Najib's startling lack of the same. Read More / Baca Lagi >> |
Aziz Bari ucap UIA ‘selamat tinggal’ 31 Dis Posted: 20 Dec 2011 06:18 PM PST KUALA LUMPUR, 21 Dis — Prof Dr Abdul Aziz Bari, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menjadi sasaran siasatan tiga pihak dua bulan lalu, akan melangkah keluar dari pusat pengajian tinggi itu, 31 Disember ini. Ketika dihubungi malam tadi, pakar perlembagaan itu mengesahkan perkembangan terbaru ini. "Ia hari terakhir saya berkhidmat di UIA," kata beliau (gambar). Bagaimanapun beliau tidak memberitahu rancangan masa depannya. "Saya tidak dipecat oleh UIA dan saya yakin mereka tidak ada alasan yang kukuh untuk berbuat demikian. "Apa pun senario yang ada tidak mengizinkan saya berfungsi sebagai ahli akademik yang komited kepada ideal kebebasan akademik," kata beliau dengan merujuk kepada perkembangan sejak beberapa bulan lalu. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan