RAKYAT MARHAEN |
- Umno tidak boleh dipakai lagi - bekas Pengarah Pendidikan
- Anak Nik Aziz selar Harakah, SU agung PAS
- PRU-13, Shahidan atau Isa Sabu bakal tersungkur
- Giliran Mahathir Pula Perlu Bersumpah Laknat
- Daripada dok bangang bela Hassan Ali, baik bela Adam Adli
- Susulan Pengarah Besar diarah cuti, Felda rombak pengurusan kanan
- Dasar Pakatan baik, BN pun terpaksa tiru
- DAP bela semua rakyat, tak perlu bodek, tak payah kipas
- Siapa sebenarnya mahu kurangkan kakitangan awam?
- AMK: Henti kasari, ugut pelajar turun bendera Najib
- Surat terbuka Bar Malaysia kepada Senator
- AS tinggalkan Iraq bersama kemusnahan
- 7,000 Facebook ‘likes’ over Najib flag incident
- SMM Ugut Revolusi Jika Pelajar Turunkan Bendera Najib Dikenakan Tindakan
- Dakwat Kekal : Semua Pihak Sambut Baik Keputusan SPR
- Sidang media : Yb Nasir
- Kedah : Gayung Pusaka Cikgu Majid
- Penang : Rapat Rakyat Zuraidah Kamaruddin
- Umno hidup atas tipu helah
- Polls reforms: Two down, six more to go
- When protesters are ‘makers of history’ elsewhere
- Masuk Zul Nordin... Perkasa bertukar jadi Perkosa
- AMK kecam pihak ugut mahasiswa
- Power to the pupil
- Kemenangan Islam akan sampai
Umno tidak boleh dipakai lagi - bekas Pengarah Pendidikan Posted: 19 Dec 2011 09:09 PM PST BUTTERWORTH, 20 Dis: Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim yang juga pelakun bersiri 'Cucu Opah nak kahwin lagi' rasa terpanggil untuk bersama turun padang memberikan penjelasan kenapa perlu rakyat tolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti. Jelas sekali ujarnya, Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran. "Saya walaupun tidak sihat, rasa bersalah sekiranya tidak bersuara mengatakan yang hak sebab itu saya datang untuk menyampaikan apa yang terpendam dalam lubuk hati selama ini. "Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu, " ujarnya ketika ditemui selepas program ceramah perdana di Pekan Darat, Butterworth semalam. Read More / Baca Lagi >> | ||
Anak Nik Aziz selar Harakah, SU agung PAS Posted: 19 Dec 2011 09:08 PM PST Bukan itu sahaja, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga menjadi mangsa kritikan atas kenyataannya terhadap Nasharudin dan bekas pesuruhajaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sebelum ini. "Saya menolak kartun Drnots dalam Harakah cetak terbaru yang menghina kekanda saya, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa. "Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh," kata Nik Abduh (kanan). Harakah edisi Isnin menerbitkan kartun karya Drnots yang digambarkan terjerat dengan panjing di depan bendera BN. Seorang watak mirip Datuk Seri Najib Razak digambarkan memegang pancing itu sambil berkata dalam hati: "kena dahhh...." Penerbitan kartun dalam ruangan "Malaysia Kini" itu dilihat sebahagian daripada 'perang' menghadapi pemimpin itu yang sering dikaitkan dengan Umno sejak beberapa tahun lalu. | ||
PRU-13, Shahidan atau Isa Sabu bakal tersungkur Posted: 19 Dec 2011 09:05 PM PST Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB Perlis bukan sebuah negeri yang memiliki keluasan yang besar seperti Pahang mahupun Sarawak.Kedudukan Perlis di hujung sempadan antara Malaysia-Thailand sedikitpun tidak memberi kelebihan kepada pintu masuk Malaysia itu untuk berkembang pesat sebagai pengkalan darat. Namun Perlis pernah mencatat sejarah politik yang menggemparkan negara semasa bantahan sebilangan pihak ke atas pelantikan Dato' Seri Dr Mohd Isa Sabu selaku Menteri Besarnya selepas pilihan raya umum 2008. Read More / Baca Lagi >> | ||
Giliran Mahathir Pula Perlu Bersumpah Laknat Posted: 19 Dec 2011 09:04 PM PST Dr Mahathir Mohamad nampaknya panas pedih juga dengan pendedahan tiga dokumen menunjukkan beliau ada meminta pinjaman wang dari Bank Dunia untuk selamatkan Malaysia dari bankrupsi seperti mana didedahkan oleh parti PKR. Mahathir meragui dokumen berkenaan dan mahu bertanya kepada pihak Bank Dunia. Katanya dia akan pergi ke bank dunia untuk mengesahkan apakah dokumen itu asli atau tidak. Sekali lagi Mahathir cuba membuat riverse psykologis dengan menimbulkan perkara itu. Apabila beliau berani untuk bertanya bank dunia orang akan mengora dokumen yang didedahkan itu sebagai palsu. Menurut Mahathir beliau perlu mengesahkan kerana akhir ini banyak pemalasuan berlaku termasuk gambar orang lain disambung dengan tubuh orang lain. Beliau juga persoal kenapa dokumen ditimbulkan sekarang, apakah kerana pilihan raya. Wah... mahathir terlupa dokumen itu didedahkan setelah dia melemparkan tahi kepada Anwar Ibrahim mengatakan Anwar beriya mahukan wang IMF sampai menuntut Anwar bersumpah. Read More / Baca Lagi >> | ||
Daripada dok bangang bela Hassan Ali, baik bela Adam Adli Posted: 19 Dec 2011 08:59 PM PST Oleh Penarik Beca Nak jadi cerita, budak-budak press yang bijak korek cerita telah berjaya menjadikan proses pemilihan calon di dalam PAS Gombak terburai dari mulut Haji Saari Sungib. Tu la, jangan main-main dengan press. Lain kali, kalau tak cukup licik dan cerdik, jangan bercakap dengan press. Akibatnya, kawan saya telefon semalam, disebarkan make believe punya auta kononnya apa yang berlaku tu perancangan JIM nak lingkupkan PAS. Senang sungguh cara depa nak tutup bangkai kawan depa. Reka cerita ikut sedap mulut kurang ajaq depa. Read More / Baca Lagi >> | ||
Susulan Pengarah Besar diarah cuti, Felda rombak pengurusan kanan Posted: 19 Dec 2011 08:57 PM PST KUALA LUMPUR, 20 Dis — Pengurusan kanan Felda sedang melalui rombakan besar-besaran susulan keputusan kerajaan mengarahkan Pengarah Besarnya Datuk Dzulkifli Abdul Wahab bercuti sembilan bulan - didakwa sebahagian usaha menyingkirkan mereka yang dikatakan menjadi 'penghalang' kepada proses penyenaraian tahun depan. The Malaysian Insider difahamkan salah satu tindakan drastik susulan selepas Dzulkifli diminta bercuti mengikuti pengajian di United Kingdom ialah menghantar Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Abidin Abd Rahman, yang akan bersara dalam beberapa bulan lagi, ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Abidin juga merupakan Setiausaha Koperasi Permodalanan Felda (KPF). Dzulkifli pula merupakan pengerusinya sebelum ini dan dilaporkan digantikan oleh Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad. Read More / Baca Lagi >> | ||
Dasar Pakatan baik, BN pun terpaksa tiru Posted: 19 Dec 2011 08:55 PM PST BERUAS, 20 DIS – Keberkesanan pentadbiran dan dasar pro-rakyat yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat telah banyak memberikan faedah yang besar kepada rakyat tanpa mengira warna kulit dan faham politik. Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berkata, kecekapan dan ketelusan pentadbiran di negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara baru-baru ini telah menyebabkan Barisan Nasional cemas. Katanya, rasa cemas itu menyebabkan BN terpaksa mengikut jejak langkah Pakatan dengan mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat dengan lebih banyak melalui program pembangunan mahu pun skim-skim bantuan lain. Read More / Baca Lagi >> | ||
DAP bela semua rakyat, tak perlu bodek, tak payah kipas Posted: 19 Dec 2011 08:49 PM PST Oleh Fairuz Azhan 20 DISEMBER – Keadaan masyarakat majmuk Malaysia sejak sekian lama sudah diambil kesempatan sejak dahulu lagi. Kehadiran British di Malaya telah menyaksikan bermulanya pemisahan masyarakat melalui pecah dan perintah mengikut kaum. Tujuannya hanya satu, iaitu supaya masyarakat tidak boleh bersatu padu dalam menentang penjajahan mereka secara efektif. Strategi ini memang cukup terkenal oleh negara-negara penjajah terhadap negara yang mereka ingin tawan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Siapa sebenarnya mahu kurangkan kakitangan awam? Posted: 19 Dec 2011 08:47 PM PST Oleh Adil Mat Selamat 20 DISEMBER – Apabila pemimpin DAP Tony Pua mencadangkan supaya perkhidmatan awam diuruskan dengan baik dengan cara mengambil tindakan terhadap mereka yang malas dan makan gaji buta, para pemimpin UMNO dan konco-konco mereka menuduh DAP dan Pakatan sebagai anti-Melayu. Cadangan "edit policy" DAP telah dicanangkan oleh lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, sebagai usaha untuk menjejaskan orang Melayu. Read More / Baca Lagi >> | ||
AMK: Henti kasari, ugut pelajar turun bendera Najib Posted: 19 Dec 2011 08:41 PM PST Adam Adli Halim, pimpinan Legasi Mahasiswa Progressif (LMP) yang bertindak menurunkan bendera Perdana Menteri sebagai tindakan protes terhadap sistem pengajian tinggi yang tertutup dan menyekat para akademik dan mahasiswa telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan caci maki yang menjatuhkan maruah. Read More / Baca Lagi >>Ugutan yang dihantar kepada Adam Adli termasuk daripada blogger-blogger pro-UMNO seperti Papagomo, PAS Beruk, Azmy Kelana Jaya, kiriman sms malah video melalui youtube yang dihantar oleh Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara yang mengugut ingin meludah dan memukul mahasiswa ini. | ||
Surat terbuka Bar Malaysia kepada Senator Posted: 19 Dec 2011 08:39 PM PST Kepada Ahli Dewan Negara, Surat Terbuka kepada Ahli-Ahli Dewan Negara mengenai Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam 42/2011 Anda mungkin pernah dengar bahawa Bar Malaysia menentang Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 ("PA 2011") di atas alasan ia meletakkan sekatan yang tidak munasabah dan tidak seimbang ke atas kebebasan berhimpun yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Terdapat peruntukan-peruntukan di dalam PA 2011yang jauh lebih ketat daripada undang-undang semasa seperti pengharaman "tunjuk perasaan jalanan" (perhimpunan bergerak atau perarakan) dan kuasa tidak terhad yang terletak pada pihak polis untuk menetapkan masa, tarikh, tempat dan kelakuan perhimpunan. Terdapat juga peruntukan-peruntukan dalam PA 2011 yang tidak logik. Sebagai contoh, walaupun pihak polis tidak perlu diberitahu tentang satu perhimpunan agama, perhimpunan seperti itu tidak boleh diadakan di tempat ibadat. Tambahan pula, orang yang tinggal dalam jarak 50 meter daripada tadika atau sekolah tidak dapat mengadakan rumah terbuka bagi perayaan, perarakan pengebumian atau majlis perkahwinan. Read More / Baca Lagi >> | ||
AS tinggalkan Iraq bersama kemusnahan Posted: 19 Dec 2011 08:31 PM PST BAGHDAD – Konvoi tentera Amerika telah meninggalkan Iraq, menamatkan pencerobohan Amerika yang berlangsung hampir sembilan tahun, namun rakyat Iraq masih harus menghadapi pemberontak dan siri serangan terutama dengan adanya perseteruan sengit puak Syiah dan Sunni. Pengunduran tentera Amerika itu menamatkan 'campur tangan tidak diundang' Washington yang telah menyebabkan kematian sekitar 4,500 tentera Amerika, puluhan ribu warga Iraq dan menghabiskan beratus-ratus bilion dolar Amerika. Mengimbas kembali, peperangan di Iraq bermula pada tahun 2003 dengan kempen untuk menggulingkan diktator Saddam Hussein. Ketika kemuncak peperangan, dikatakan lebih daripada 170,000 tentera Amerika ditempatkan di lebih 500 pangkalan di Iraq. Namun pada Sabtu lalu, tentera Amerika yang masih berada di Iraq berjumlah kurang daripada tiga ribu orang. Para pengkritik bagaimanapun telah mengecam Amerika kerana meninggalkan negara yang hancur itu dengan ribuan janda dan anak yatim, rakyatnya yang bersengketa dan berpuak-puak serta tidak banyak membina semula infrastruktur yang musnah. Read More / Baca Lagi >> | ||
7,000 Facebook ‘likes’ over Najib flag incident Posted: 19 Dec 2011 08:29 PM PST KUALA LUMPUR, Dec 20 — Close to 7,000 people have backed a Facebook campaign supporting student activist Adam Adli Abdul Halim, who came under fire for the infamous "flag incident" last Saturday. Read More / Baca Lagi >>During Saturday's march for academic freedom, Adam had lowered and then raised a flag with a picture of Datuk Seri Najib Razak in front of the Umno headquarters here, immediately drawing criticism from the public and several government officials. However, the Facebook page, believed to have been set up a day after the march by the 100-strong group, has been attracting "likes" from university students who demand the repeal of the Universities and University Colleges Act (UUCA), which they say denies them academic freedom. | ||
SMM Ugut Revolusi Jika Pelajar Turunkan Bendera Najib Dikenakan Tindakan Posted: 19 Dec 2011 08:24 PM PST | ||
Dakwat Kekal : Semua Pihak Sambut Baik Keputusan SPR Posted: 19 Dec 2011 08:23 PM PST | ||
Posted: 19 Dec 2011 08:23 PM PST | ||
Kedah : Gayung Pusaka Cikgu Majid Posted: 19 Dec 2011 08:21 PM PST | ||
Penang : Rapat Rakyat Zuraidah Kamaruddin Posted: 19 Dec 2011 08:21 PM PST | ||
Posted: 19 Dec 2011 08:19 PM PST
| ||
Polls reforms: Two down, six more to go Posted: 19 Dec 2011 07:14 PM PST Bersih says it will take to the streets again if only two of its eight demands are met when Malaysia goes to the polls. PETALING JAYA: The Election Commission (EC) has finally made a move to institute reforms in the country's election procedures but the catalyst to these changes, Bersih 2.0, is far from satisfied.On July 9, Bersih 2.0 mobilised a massive street demonstration calling for free and fair elections. The result of that was the setting up of a Parliamentary Select Committee (PSC) in August to study the movement's eight demands for electoral reforms. Yesterday, the EC announced three new developments in the election procedure. The first is a recommendation to use indelible ink in the next general election, which fulfils one of Bersih's demands. The second is allowing the police and military to cast their votes at the ballot box two days in advance instead of through postal vote. And the third is abolishing the objection period for candidates. Read More / Baca Lagi >> | ||
When protesters are ‘makers of history’ elsewhere Posted: 19 Dec 2011 07:09 PM PST At a time when an international magazine makes protesters its Person of the Year, Najib is fighting hard to keep protesters off the streets, says Charles Santiago. This period in time is certainly Malaysia's historic tragedy for rights. Why do I say this? It is because the country's Prime Minister Najib Tun Razak has played a double game when it comes to basic rights of the people. While the world's biggest-selling news magazine, TIME, has named the protesters as Person of the Year, Najib's administration had bulldozed through the Peaceful Assembly Bill in Parliament – an act that poses a grave threat to the civil and political liberties of Malaysians as it tries to keep the protesters away from the streets. How Najib manoeuvered this dangerous turn of events is interesting. He spent weeks playing the reformist role – making an unannounced entrance at a pop concert, cycling with Penangites and announcing a so-called people-friendly budget. Read More / Baca Lagi >> | ||
Masuk Zul Nordin... Perkasa bertukar jadi Perkosa Posted: 19 Dec 2011 07:08 PM PST Oleh Zulkifli Yahaya Timbalan Presiden Perkasa Zulkifli Nordin sekarang diusung ke hulu ke hilir oleh Umno kononnya untuk membawa gagasan perpaduan Melayu. Ceramah Perkasa hanya bertumpu di kalangan orang Melayu. Ramai yang teruja dengan sentimen perpaduan akan berpusu-pusu menghadiri ceramah tersebut. Tetapi bukan gagasan perpaduan yang dihidangkan sebaliknya penuh dengan fitnah dan pembohongan terhadap PAS dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar diaibkan semahu-mahunya. Read More / Baca Lagi >> | ||
AMK kecam pihak ugut mahasiswa Posted: 19 Dec 2011 07:06 PM PST KUALA LUMPUR, 20 Dis: Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia ingin mengingatkan pihak yang mengugut mahasiswa termasuk Pemuda Umno, samseng-samseng dan pihak universiti agar berhenti mengugut dan mengasari mahasiswa jika tidak mahu berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Pengarahnya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli menegaskan sejarah Indonesia pada Reformasi 98 telah membuktikan gerakan mahasiswa mampu menumbang sesebuah regim. Tambahnya, tindakan pemerintah yang mengasari mahasiswa sehinggakan 3 orang mahasiswa Universitas Trisakti meninggal dunia mengakibatkan kebangkitan anak muda dan rakyat menentang kerajaan yang zalim. Justeru, tegasnya lagi Biro Mahasiswa Angkatan Muda ingin memberi amaran bahawa bangkitan anak muda di Indonesia itu bakal berlangsung di Malaysia natijah daripada kebobrokan dan keangkuhan pemerintah Umno Barisan Nasional mentadbir Negara. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 19 Dec 2011 07:01 PM PST Teach For Malaysia, a government-backed organisation, is seeking to transform the way our children are educated It was the fifth week of the school holidays and SMK Batang Kali should still be in its cocoon of peaceful solitude. Instead, the classrooms on its upper floor were throbbing with the energy of teachers and students.In one classroom, Hawa Othman had just awarded a thrilled student a gold star for correctly answering an algebra question. Hawa called out another question and the other students almost leapt out of their seats to gain notice for their raised hands. "Be a detective, be a CSI," Hawa said when a particular question had them stumped. At the end of the class, she asked the students how algebra was relevant to their lives. Satisfied with their answers, she prepared to dismiss the class for the day. But her parting words were drowned out by explosive laughter and a motivational chant from the next class. Hawa immediately led her class into a responding chant. "We want, we can, every time, all the time," the students shouted at the top of their voices and finished off with whoops and claps. The students pattered out of class in a single file while cheerily thanking Hawa. "In my whole life I have never learnt in this manner before," said Aziera Azli, 14, over lunch. "I wish these teachers would never leave." Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 19 Dec 2011 06:59 PM PST Sejak dari kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia sehinggalah penjajahan sepenuhnya terhadap bumi Islam, jatuhnya kerajaan Uthmaniyah pada 1924, kemuncak segala penghinaan terhadap orang Islam apabila tiga tempat suci orang Islam dikuasai secara direct atau indirect oleh Yahudi dan Nasara yang bersifat mustakbirin. Makkah dan Madinah dikuasai oleh Lawrence of Arabia dan proksinya. Dan Inggeris menguasai Baitulmaqdis 1917 diikuti dengan Yahudi menguasai sepenuhnya pada tahun 1967. Umat Islam kehilangan arah, kehilangan tamadun dan kehilangan arah tuju berada di bawah penjajah begitu lama di antara 100 tahun sehingga 400 tahun berada di bawah penjajahan. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan