Rabu, 7 Disember 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Alahai, Utusan mahu tawan Selangor…

Posted: 07 Dec 2011 09:33 PM PST

8 DISEMBER – Kolum "Cuit" dalam lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, semalam telah sekali lagi menggunakan Datuk Dr Hasan Ali sebagai bahan untuk mencetuskan perbalahan antara komponen Pakatan Rakyat di Selangor.
Apa yang Utusan mahu sampaikan adalah memaparkan pemimpin PAS dan Exco kerajaan negeri Selangor itu sebagai api dalam sekam bagi kerajaan Pakatan. Bagi Utusan, Hasan adalah satu-satunya "wakil" UMNO dalam kerajaan negeri Selangor.
Isinya sama ada sahaja, iaitu mengadu domba, membangkitkan rasa curiga antara kaum, dan mengulangi pendirian ketuanan satu kaum.
Mungkin Utusan mahu memecahbelahkan perpaduan Pakatan Selangor atau mungkin ia ingin menghancurkan karier politik Hasan Ali.
Yang tersurat dan tersirat
Read More / Baca Lagi >>

Adakah pemimpin UMNO akan menuduh JPA rasis kerana hapuskan 29,000 jawatan kerajaan?

Posted: 07 Dec 2011 09:29 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 DIS – Adakah para pemimpin UMNO dan konco-konco mereka akan menuduh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai rasis kerana menghapuskan 29,000 jawatan dalam kerajaan?
Adakah mana-mana kumpulan pelampau kaum, termasuk lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia, akan mendakwa kononnya JPA menghina Melayu kerana telah menyediakan sistem saraan baru yang boleh "memecat" kakitangan awam yang malas dan tidak cekap?
Di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kakitangan kerajaan yang mendapat kurang dari 70 markah penilaian, mereka akan diberi amaran, dan jika tiada peningkatan dalam masa 6 bulan, mereka akan "dipecat" keluar melalui satu dasar "pintu keluar".
Semalam, Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah menyatakan bahawa pemansuhan 29,000 jawatan awam serta memperkenalkan SBPA adalah usaha untuk "mengawal saiz" kakitangan awam.
"Sukar hendak mengatakan bahawa saiz tenaga kerja sektor awam kita terlalu besar atau terlalu kecil…dan saya tidak mengatakan sama ada tenaga kerja perkhidmatan kita terlalu besar atau pun kecil," katanya dipetik oleh portal berita The Malaysian Insider.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pengumuman Abu Bakar membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Razak dan para pemimpin UMNO lain hanyalah oportunis politik kerana telah menuduh Pakatan Rakyat sebagai anti-perkhidmatan awam dan anti-Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Saraan Baru Perkhidmatan Awam 2012

Posted: 07 Dec 2011 09:24 PM PST

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2011

PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi semua pegawai lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan yang melibatkan struktur perkhidmatan yang merangkumi skim perkhidmatan, syarat perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, dan persaraan serta faedah persaraan.
Read More / Baca Lagi >>

Dan Tercabarnya Kuasa Politik Melayu…

Posted: 07 Dec 2011 09:19 PM PST


Oleh Khalid Samad
Kebelakangan ini, gendang perang perkauman hangat dipalu tanpa henti oleh para pemimpin UMNO. Kedengaran di perhimpunana Agung UMNO dan juga Himpunan Perdana Pekida Malaysia, suara yahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-VKAWmV0A3XLZQfo977hIAzWL_XtlK8t8j1zja_vX7ps4lIYmEltcRVOekTiNER3ucDXXn_0_nJu6EqVWNGS8O4GDbSXz6qgai35VPWA8odvW3bquPoubK-3BFGhE4nmnGeZcuEiELk8X/s220/Khalid+Samad2.jpgng ingin 'menggegarkan' bangsa Melayu dengan pelbagai amaran, kononnya masa depan kekuasaan politik Melayu sedang dicabar dan ingin dihapuskan.


Gambaran yang segelap mungkin dilakarkan oleh para 'pemimpin Melayu' ini dengan bertujuan menghasilkan persepsi bahawa sekiranya UMNO/BN dijatuhkan dan PR berkuasa; lebih-lebih lagi sekiranya di peringkat Pusat, maka alamatnya Melayu akan turut terpupus di bumi sendiri. 
 
MELAYU ATAU UMNO YANG TERCABAR?
Read More / Baca Lagi >>

JPA: Exit Policy tak wajar jadi isu, staf prestasi rendah hanya 1.1 peratus...

Posted: 07 Dec 2011 09:13 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Pelaksanaan dasar "exit policy" tidak wajar menjadi satu isu kerana bilangan kakitangan yang tergolong dalam kumpulan mereka berprestasi rendah sangat kecil, jelas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini.
Ketua Pengarahnya Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) berkata, rekod JPA menunjukkan bilangan mereka yang memperoleh markah 69 peratus dan ke bawah, kumpulan yang terdedah kepada tindakan dibersarakan di bawah sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari ini, hanyalah 1.1 peratus.
Paras itu bersamaan dengan sekitar 15,400 orang daripada keseluruhan 1.4 kakitangan awam buat masa sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

GE-13 seen pushed down to mid-2012 after Umno assembly fisaco, NFC debacle

Posted: 07 Dec 2011 09:11 PM PST

GE-13 seen pushed down to mid-2012 after Umno assembly fisaco, NFC debacleIt looks like the 13th general election will not be held early next year after all - most likely towards the middle of 2012 instead. Umno watchers say after the recent annual assembly, it has become clear the party and the BN coalition it leads will be headed for steep losses if Prime Minister Najib Razak tried to stage GE-13 in January or February, as he had been expected to.
Uninspiring leadership and a lack of vision
Top on the list of impediments was Najib's failure to inspire his party and the nation at the assembly. Instead of charting a course for the Malays and Malaysians, he could only whip out tired old messages that only Umno could protect the Malays, while bashing the opposition Pakatan Rakyat coalition.
The RM250mil NFC financial debacle involving Women's chief Shahrziat Jalil and her family was also another destabilizing factor. The Shahrizats have been accused of misusing as much as RM181mil from a government soft loan of RM250mil to pay themselves huge salaries, buy condos, car, holiday trips, residential land and so forth.
Read More / Baca Lagi >>

Sikap Umno-BN bantut Kg Seri Aman

Posted: 07 Dec 2011 09:09 PM PST

Kerajaan negeri terdahulu telah menukar pendirian sebanyak empat kali dalam membuat keputusan berhubung pembangunan tanah lot kampung itu.
PETALING JAYA Sikap acuh tak acuh pentadbiran Umno-Barisan Nasional terdahulu berkenaan pembangunan lot tanah Kampung Seri Aman, Kuala Selangor membawa masalah kepada pentadbiran Pakatan Rakyat.
Menurut satu kenyataan media dari pejabat Menteri Besar, antara tahu 2001 hingga 2007, kerajaan negeri terdahulu telah menukar pendirian sebanyak empat kali dalam membuat keputusan berhubung pembangunan tanah lot itu.
Berdasarkan maklumat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), pada 16 Januari 2001 kerajaan negeri membenarkan cadangan pembangunan secara penswastaan kepada Westmine Development Sdn Bhd (Westmine) dan sebagai timbang balas, pemaju mestilah membina bangunan JKR, surau serta dewan.
Pada 29 Mei 2001, Pentadbir Tanah Kuala Selangor menerima permohonan rasmi dari Westmine yang telah menjalankan bancian yang mana terdapat 169 peneroka yang terlibat. Pemaju bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) bersetuju untuk menyelesaikan masalah setinggan
Kata kenyataan itu, mereka ditawarkan dengan sebuah rumah kos rendah berharga RM35,000 dan elaun perpindahan RM2,000 manakala setinggan fasa 1 diberi pilihan samada pindah ke rumah sementara atau menerima elaun sewa sebanyak RM500 sebulan.
Read More / Baca Lagi >>

Calon boleh menang yang bagaimana?

Posted: 07 Dec 2011 09:06 PM PST

Ada perbezaan di antara calon yang masyarakat akar umbi mahu dan calon yang pemimpin atasan mahu.
Calon boleh menang (winnable candidate) yang bagaimana pemimpin parti politik mahukan dan calon boleh menang bagaimana pula yang kita mahu?
Dalam memperkatakan pemilihan calon selalu ada perbezaan calon bagaimana yang dimahukan masyarakat akar umbi dengan calon yang dimahukan oleh sang pemimpin di atas sana.
Perbezaan kemahuan pemimpin dengan kemahuan rakyat terbanyak ini bukan sahaja berlaku dalam parti pemerintah sahaja, malah parti pembangkang juga tidak ketinggalan.
Kalau kita mungkin mahukan calon yang berani mendedahkan penyelewengan, tetapi sebaliknya sang pemimpin pula mendambakan calon yang boleh diharap untuk melindungi segala rahsia, baik rahsia parti mahupun rahsia mereka sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Kantoi : Lembah Pantai tolak Shahrizat sejak 2006

Posted: 07 Dec 2011 09:05 PM PST

"Sejak 2006 lagi, kami tidak mahu Ketua Wanita Umno itu bertanding di Lembah Pantai. Hari ini pun kami tidak mahu dia bertanding di sini," kata Yusri Ahmad.
PETALING JAYA: Umno Bahagian Lembah Pantai tidak mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dicalonkan lagi bertanding di kerusi berkenaan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata timbalan ketua bahagian, Yusri Ahmad.
"Sejak 2006  lagi, kami tidak mahu ketua Wanita Umno itu bertanding di Lembah Pantai. Hari ini pun kami tidak mahu dia bertanding di sini.
"Waktu itu (2006) Umno Wilayah Perrsekutuan menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno, Tun Mohd Khalil Yaakub mengenai perkara tersebut. Tetapi entah macam mana parti masih memilih beliau bertanding pada tahun 2008," katanya.
Dalam PRU 2008, menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat kalah kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan majoriti 2,895 undi.
Read More / Baca Lagi >>

EU to cut aid to Malaysia, other emerging economies

Posted: 07 Dec 2011 09:03 PM PST

KUALA LUMPUR, Dec 8 — Malaysia is among several fast-growing economies that are about to lose funds from the European Union (EU) from 2014, the Financial Times (FT) reported today.
The international business daily cited the European Commission, the bloc's executive arm, as saying it plans to halt paying aid worth hundreds of millions in euros a year spent in 17 countries following a review into its developmental programmes as they graduate to "new partnerships" that are not based on bilateral aid.
A picture illustration shows euro banknotes outside the European Commission headquarters in Brussels. Malaysia will no longer get aid from 2014 when the new EU policy in enforced. — Reuters pic
Malaysia, along with Indonesia, Thailand, Argentina, Colombia and Peru, will no longer get aid from 2014 when the new EU policy in enforced, the paper said. FT reported that under the current funding plan, the EU pumps €423 million (RM1,776 million) directly into Indonesia's treasury to plug the shortfall into its national budget. It was silent on how much it spends on Malaysia.
In contrast, the EU — which set up a delegation here in 2003 — appears to not have a fixed country budget for Malaysia but takes a multi-policy dialogue approach based on an EU-Malaysia Strategy Paper (2007-2013).
In the first four years of the agreement, it budgeted €8 million to support a range of programmes in six areas including trade and investment; human capital; human rights; governance and migration, according to that report.
Read More / Baca Lagi >>

DAP: Musa tak berhak tuntut permohonan maaf

Posted: 07 Dec 2011 09:01 PM PST

NONEDAP membidas Datuk Musa Sheikh Fadzir sebagai tidak berhak untuk menuntut permohonan maaf daripada dua akhbar berbahasa Cina yang didakwa menyiarkan pembohongan berhubung ucapannya dalam perhimpunan agung parti itu di Kuala Lumpur.

ADUN Komtar, Ng Wei Aik (kiri) berkata, timbalan ketua badan perhubungan Umno Pulau Pinang itu mungkin tidak menuturkan kenyataan yang disiarkan di muka depan kedua-dua akhbar berkenaan - Kwong Wah Jit Poh dan Guang Ming Daily.

Bagaimanapun, kata Ng, rakan Musa dalam Umno yang juga perwakilan Melaka - Hasnoor Sidang Hussein - memang mengeluarkan kenyataan yang dipertikaikan itu, semasa perhimpunan agung Umno yang lalu.

Katanya, Hasnoor dipetik dalam akhbar-akhbar berkenaan dan Malaysiakini sebagai berkata parti komponen BN perlu menyerahkan kepada Umno semua kerusi yang mereka tidak yakin untuk menang dalam pilihan raya umum baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan bagi hadiah harijadi kepada saya - Guan Eng

Posted: 07 Dec 2011 08:59 PM PST

PULAU PINANG, 8 Dis: Dalam usahanya untuk membanteras rasuah, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengarahkan semua pihak agar jangan memberikan sebarang hadiah sempena hari jadi beliau.

Kepada mereka yang ingin juga memberikan hadiah sempena hari jadi beliau itu, diminta memberikannya kepada mana-mana badan amal.

"Adalah juga dimaklumkan bahawa sesiapa yang ingin memberi hadiah atau sumbangan boleh berbuat demikian kepada mana-mana badan amal," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik beliau, Zairil Khir Johari.

Bagi Lim Guan Eng, hari jadi beliau selaku Ketua Menteri Pulau Pinang adalah sesuatu yang peribadai dan bukan rasmi.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan terus jadi batu api pecahkan PAS

Posted: 07 Dec 2011 08:58 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Akhbar Umno, Utusan Malaysia didakwa terus cuba menjadi batu api untuk memecah belahkan PAS dengan melaga-lagakan antara kepimpinan parti Islam itu.
(Tulisan Zaini dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia)

Terbaru, akhbar bahasa Melayu itu sekali lagi memainkan isu kerjasama PAS dan Umno yang telah dikuburkan PAS sebelum ini.Read More / Baca Lagi >>

Syukur: PAS tidak pernah bina kasino, kilang arak

Posted: 07 Dec 2011 08:57 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Umat Islam khususnya orang Melayu diseru bersyukur kepada Allah SWT kerana sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan dan Terengganu bukan sahaja tidak pernah membina kasino dan kilang arak bahkan tidak terdetik untuk merestuinya.
"Apa yang orang Islam khususnya orang Melayu saksikan kewujudan pusat judi Genting dan kilang arak di negara ini adalah hasil daripada kelulusan yang diberikan oleh kerajaan Umno," kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din.
Beliau menyatakan demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa PAS hanya berjaya membina satu masjid sepanjang pemerintahannya di Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

RUU Perhimpunan Aman jadi sasaran pelapor khas PBB

Posted: 07 Dec 2011 08:56 PM PST

Kumpulan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengingatkan bahawa rang undang-undang baru itu bukan sahaja menghadkan hak berhimpun secara aman, termasuk demonstrasi jalanan, tetapi juga akses bersyarat kepada pihak media di perhimpunan awam.

Pelapor khas PBB, Maina Kiai menyuarakan rasa "amat kecewanya" kerana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) atau masyarakat sivil, tidak dirujuk dalam merangka rang undang-undang tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Terengganu dapat RM11 bilion tapi bajet masih defisit

Posted: 07 Dec 2011 08:55 PM PST

KUALA TERENGGANU, 8 Dis: Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu didedahkan bahawa kerajaan negeri telah memperolehi pemberian wang tunai 'Dana Khas' dari kerajaan persekutuan berjumlah RM10,658,677,81.
Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut melahirkan rasa dukacita kerana masih banyak isu antara kerajaan negeri dengan pusat yang belum selesai.
Katanya, jawapan di Parlimen mengenai pemberian wang tunai dana khas oleh kerajaan persekutuan kepada negeri sebanyak itu dari tahun 2005 hingga September 2011.
"Tahun 2005 dapat RM1.099 bilion, tahun 2006 (RM1.996 bilion), tahun 2007 (RM1.369 bilion), tahun 2008 (RM1.6 bilion), tahun 2009 (RM1.394 bilion), tahun 2010 (RM1.6 bilion) dan tahun 2011 (RM1.6 bilion) sehingga September, lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Mohamad Sabu tetap saman Utusan

Posted: 07 Dec 2011 08:52 PM PST

FORUM : Students and Politics In Islam (PART 3/3)

Posted: 07 Dec 2011 08:22 PM PST

FORUM : Students and Politics In Islam (PART 2/3)

Posted: 07 Dec 2011 08:22 PM PST

FORUM : Students and Politics In Islam (PART 1/3)

Posted: 07 Dec 2011 08:21 PM PST

WAHABI KURANG AJAR MOHD RIZAL AZIZAN HINA ZIKIR IMAM SYAFIE.

Posted: 07 Dec 2011 08:15 PM PST

Handover in Anbar

Posted: 07 Dec 2011 08:00 PM PST

Withdrawal from Taiz

Posted: 07 Dec 2011 07:57 PM PST

Sen Mumtaz soal Menteri Pengangkutan (8 Dis 2011)

Posted: 07 Dec 2011 07:56 PM PST

Tan Kar Hing: Isu Kaum Pekerja (Part 2/2)

Posted: 07 Dec 2011 07:55 PM PST

Tiada ulasan: