Ahad, 4 Disember 2011

PakSupir..

PakSupir..


Anak Muda Peneraju Perubahan

Posted: 03 Dec 2011 10:49 PM PST

Wahai anak muda,

Tulisan aku ini bukanlah untuk memperkudakan kamu sekalian cuma hanya ingin memesan supaya kita percaya bahawa anak muda boleh bangun membawa perubahan untuk negara kita. Di samping membawa perubahan di negara kita janganlah kita lupa perjuangan suci yang telah di bawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Wahai saudaraku, para pembesar dan golongan kapitalis sedang menindas rakyat marhaen di bawah tidakkah kamu sekalian nampak tidakkah kamu dapat membezakan dalam kehidupan sekeliling kalian.

Percayalah wahai anak muda, Situasi hari telah kembali ke Zaman Jahiliyyah cuma membezakan masa dan putaran waktu. Rakyat menjadi hamba menjadi takut dengan kekejaman regim yang menindas dengan cara halus untuk mengaut keuntungan sistem cukai yang membebankan rakyat.

Kenapa anak muda perlu takut dengan keangkuhan regim. Anak muda punya masa hadapan apa yang nak dibanggakan dengan kereta myvi yang baru dibeli sedangkan berhutang hampir sembilan tahun, apa yang dibanggakan dengan perkahwinan dengan pinjaman bank. Akhirnya anak muda akan dikelilingi dengan hutang lantas menjadikan orang tua yang benak dengan hutang yang takut untuk melawan.

Wahai anak muda, jika kamu sedar tentang kepincangan ini ayuhlah bersuara dengan cara hormat dan bijaksana..Pelajarilah sejarah perjuangan negara dengan betul dan jangan mudah terpedaya dengan media regim yang menipu untuk kepentingan kroni.

Percayalah sehingga hari ini aku berjuang, tidak ada dalam hati aku untuk menikmati hasil susah payah rakyat. apa yang selalu aku inginkan adalah aku dan bersama-sama dapat mengembalikan zaman kegemilangan Islam. Islam tidak pernah menindas sesiapa dan Islam menjadi empayar yang besar kerana memerdekakan orang yang tindas.

Pada hari ini, aku risau dengan pembesar dan pemerintah yang bernama islam tapi terus menindas rakyat demi kepentingan tembolok mereka. Mereka mencanangkan untuk membela nasib bangsa mereka. Lihatlah saudara melalui mata hati nilaikan sejarah dengan baik.

Carilah sejarah orang lama dan carilah ilmu sebagaimana yang telah Rasulullah sampai kepada umatnya. Rasulullah tidak hanya memilih bangsa baginda sendiri sebalik mengajak semua umat manusia dengan kalimah Allah. Baginda tidak berseorangan membawa perubahan ketika itu Baginda bersama-sama para sahabat menentang Kafir Quraisy. Apa yang ingin saya sampaikan adalah perjuangan yang Nabi Muhammad bawa pada hari ini telah balik semula kepada masyarakat kita hari ini. Fitnah telah melanda seperti Bani Quraidhah yang menuduh Baginda mengambil semua harta rampasan perang. Menuduh Siti Aishah berlaku curang terhadap Baginda. Perbuatan fitnah menfitnah telah melanda di segala ceruk di planet bumi yang membawa kehancuran.

Saya mahu semua anak muda supaya dapat berfikir secara baik dari semua segi dan berani membawa perubahan kerana dari situ kita dapat mengecapi satu kemerdekaan dari hidup dibawah sistem kapitalis yang membodohkan dan membaculkan hak rakyat..



Sekian.

Tiada ulasan: