Sabtu, 31 Disember 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Fuziah Salleh 'Sangkal Dakwaan' Pengarah JAS Pahang Kononnya Lynas Adalah Kilang Kimia

Posted: 30 Dec 2011 11:15 PM PST

KUANTAN, 31 Dis - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) hari ini menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang, Dr Ahmad Kamarul Najuib Che Ibrahim kononnya kilang Lynas ialah kilang kimia dan bukan kilang radioaktif. Kenyataan itu dibuat oleh Dr.Ahmad dalam taklimat "tertutup" Isu Lynas anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang di Kompleks Penyiaran Pahang dekat sini dua hari lalu (29 Dis). Menurut Fuziah, kenyataan tersebut jelas merupakan kenyataan "separuh benar" yang berselindung di sebalik fakta. "Mengapakah pihak tuan selaku Pengarah JAS tidak boleh berterus terang dengan status sebenar kilang Lynas", kata Fuziah. Beliau turut memberikan beberapa fakta penting yang perlu diperjelaskan oleh Pengarah JAS yang kini masih menimbulkan tanda tanya dikalangan rakyat sebenarnya. Antara fakta tersebut iaitu; (1) Bahawa kilang ini ialah kilang kimia yang akan mengeluarkan sisa buangan bersifat radioaktif diparas 6bq|g. Menteri MOSTI didalam Dewan Rakyat pada 14 Nov juga telah mengakui bahawa WLP (water leach purification) solid residue -sisa berbentuk pepejal ialah sisa yang diklasifikasikan sebagai radioaktif.; (2) Bahawa Kilang Lynas juga merupakan logi pemrosesan "rare earth" yang terbesar didunia di luar negara Cina apabila ianya beroperasi sepenuhnya kelak dan akan mengeluarkan sebanyak 30% keperluan "rare earth" di dunia. Kilang Lynas menggunakan bahan galian yang dibawa dari Australia dan kemudian di proses di Gebeng dimana sisa radioaktifnya akan di buang di Malaysia.; (3) Sisa pepejal bersifat radioaktif (WLP solid residue) yang akan di keluarkan nanti ialah sebanyak lebih dari 60,000 metric ton setahun dan setakat ini masih belum ada jalan penyelesaian yang ditemui oleh Lynas berkenaan dengan pengurusan jangka panjang sisa buangan radioaktif tersebut. Malah cadangan daripada Lynas telah di tolak sekurang-kurangnya tiga kali oleh pihak AELB.;


Kanak-kanak ini juga pun turut bersama membantah projek kilang Lynas
(4) Bahawa Preliminary EIA untuk kilang Lynas diluluskan secara ekspres dalam masa tiga minggu oleh JAS Pahang. (Diterima 21 Jan 2008 dan mendapt kelulusan 15 Feb 2008.; (5) Bahawa Detailed EIA tidak pernah di pinta keatas Lynas oleh pihak JAS Pahang.; (6) Bahawa pada 20 Jun 2011, pihak JAS telah pun meletakkan aktiviti seperti kilang Lynas ini diantara yang memerlukan DEIA. (Aktiviti memproses bahan radioaktif dan mengeluarkan sisa buangan radioaktif) - fakta ini menunjukkan bahawa aktiviti kilang ini termasuk didalam aktiviti yang memerlukan penelitian dan kajian terperinci berkenaan kesan pemrosesan di kilang ini terhadap alam sekitar dan kesihatan awam. "Kesemuanya ini wajib di terangkan kepada orang ramai. Mengapa JASA perlu adakan taklimat tertutup? JASA juga telah tidak membenarkan sebahagian dari meraka yang hadir dan wartawan untuk masuk ke Dewan Auditorium RTM. Mengapa perlu JASA mengatakan bahawa isu ini isu sensitif dan juga mengatakan bahawa ada pihak yang cuba manipulasi fakta. Mengapakah Pengarah JAS perlu bersekongkol dengan JASA dalam taklimat tertutup? Bukan kah juga tanggungjawab Pengarah JAS ialah memberitahu perkara yang benar kepada rakyat dan tidak diperalatkan sebagai alat politik oleh pihak pemerintah yang mahu memutar belitkan fakta sebenar? Demi Rakyat, saya tuntut Pengarah JAS Pahang menjelaskan kebenaran kepada rakyat berlandaskan fakta sebenar", katanya.

[Ramai yang kecewa dengan tindakan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang yang mengadakan taklimat tertutup isu Lynas baru-baru ini. Sedangkan merekalah yang sepatutnya bertanggungjawab membantu kerajaan untuk memberi penerangan kepada orang ramai tentang isu ini. Apabila diadakan secara tertutup dan yang diundang pula ialah kakitangan kerajaan dan NGO yang terpaksa hadir atas arahan jabatan, maka apalah yang boleh mereka lakukan sangat dengan info tersebut. Malah, difahamkan kehadiran mereka hanya sekitar 80 hingga 100 orang sahaja. Kenyataan Pengarahnya, Yusof Jamaluddin bahawa taklimat itu diadakan secara tertutup kerana ia merupakan isu sensitif dan eksklusif adalah sangat melucukan sebenarnya. Ini bukti jelas bahawa mereka sebenarnya cuba menyembunyikan fakta sebenarnya untuk dimomokkan kepada beberapa kerat pemimpin dan mereka yang hadir pada hari itu. Tindakan ini jelas sekali tidak wajar, kerana kewujudan JASA itu adalah untuk memberikan penerangan dan memperbetulkan kekeliruan terhadap kerajaan kepada rakyat. Jika rakyat tidak dipanggil, maka apalah guna taklimat ini. Bukan semua yang hadir itu bersetuju dengan penerangan yang diberikan, maka mereka terpaksa jadi "pak angguk" dan mengiyakan apa jua dakwaan "palsu" yang dibuat pihak yang berkenaan tentang isu ini].

Lim Guan Eng, Kejayaan Dapat Di Nikmati Melalui Kekuatan, Jujur Serta Bijak Dalam Segala Urusan!

Posted: 30 Dec 2011 10:27 PM PST


PULAU PINANG, 31 Dis - Setiap kejayaan hanya akan dapat dinikmati oleh mereka yang bekerja kuat, jujur dan bijaksana dalam mengendalikan setiap urusan hidup. Demikian antara intisari yang terkandung dalam ucapan Perutusan Tahun Baru 2012 Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melalui kenyataannya kepada media. Berikut adalah ucapan penuh beliau. Selama hampir 225 tahun sejak Pulau Pinang mula muncul dalam persada dunia, nasibnya telah mengalami kemakmuran dan juga kemerosotan. Pulau Pinang makmur apabila kita sedar bahawa sesuatu negeri tanpa apa-apa sumber asli haruslah bergantung kepada sumber manusia dan pembangunan modal insan. Pulau Pinang merosot apabila kita lupa bahawa sumber keistimewaan negeri kita merupakan tenaga, kepakaran dan daya kesusahawanan rakyat kita. Walaupun kerajaan-kerajaan yang telah memerintah Pulau Pinang selama 225 tahun ini telah mengambil pelbagai haluan yang berlainan, negeri kita masih lagi kukuh kerana hubungan sesama rakyatnya yang dijalinkan melalui darah, diuji masa dan didorong oleh semangat hormat kepada kepelbagaian. Tradisi keharmonian dan saling hormat-menghormati di antara pelbagai etnik dan budaya yang dilambangkan dalam pembinaan masjid, gereja, kuil-kuil India dan Cina di sekitar kawasan yang berdekatan, telah diiktiraf oleh UNESCO apabila George Town diberi status Bandar Warisan Dunia pada 7.7.2008. Untuk sebab ini, kita yakin Pulau Pinang mampu mengalahkan golongan pelampau yang menggunakan emosi jijik dan juga mengatasi golongan rasis yang menakutkan rakyat dengan ancaman sama ada untuk mendominasi atau didiskriminasikan. Mari kita bebaskan diri daripada sikap-sikap pengabaian, tidak peduli dan tidak toleransi. Pulau Pinang hendak memeluk masa depan. Untuk sebab ini, Pulau Pinang bercita-cita untuk menjadi sebuah negeri yang pintar dan bertaraf antarabangsa demi berdaya saing dalam dunia globalisasi. Sebagai negeri yang tiada sumber asli, kita harus membangunkan sumber manusia dengan melatih, melatih semula, mengekalkan dan menarik modal insan. Pulau Pinang harus memeluk masa depan yang mapan dengan perumahan mampu milik dan kawasan-kawasan hijau yang lebih. Kita harus memeluk teknologi hijau masa depan, terutamanya tenaga boleh diperbaharui serta tenaga solar.


Pulau Pinang terus maju dan makmur dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat

Sementara inisiatif hijau akan berterusan, perumahan mampu milik juga diberi kepentingan. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan jumlah terbesar di kalangan semua kerajaan negeri di Malaysia, iaitu sebanyak RM500 juta untuk Dana Perumahan Mampu Milik demi memastikan anak-anak kita akan dibesarkan dalam keadaan yang selesa dan bermartabat. Kita harus memeluk masa depan tanpa kemiskinan. Pulau Pinang telah menjadi negeri pertama untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2009 dengan pemberian bantuan kewangan sosial. Tahun depan, kita akan memastikan bahawa setiap keluarga di Pulau Pinang akan menerima pendapatan minima sebanyak RM600 sebulan. Pulau Pinang juga mempunyai hasrat untuk menjadi negeri pertama di Malaysia untuk membasmi kemiskinan menjelang 2015. Kita harus memeluk masa depan yang selamat di mana kadar jenayah adalah rendah dan bandaraya kita selamat untuk wanita dan kanak-kanak. Sementara pihak polis di Pulau Pinang telah bekerja keras untuk mengurangkan kadar jenayah, Kerajaan Negeri juga telah memainkan peranan dengan memasang CCTV dan memulakan program polis masyarakat untuk menjadikan Pulau Pinang negeri yang paling selamat di Malaysia. Kita harus memperbaharui semangat kerja yang kuat, jujur dan bijak. Hanya melalui penubuhan institusi dan kewujudan peluang boleh kita mencetuskan inovasi yang berteraskan teknologi, nilai tambah yang tinggi dan ekonomi berasaskan pengetahuan. Kita harus memeluk masa depan yang berintegriti dan bersih. Mengikut laporan Global Financial Integriti yang berpusat di Washington, dari tahun 2000-9 Malaysia telah kehilangan satu dekad dek korupsi berjumlah RM1,007 bilion melalui penyelewengan wang haram. Sebaliknya di Pulau Pinang, kita telah mencapai lebihan bajet setiap tahun dan berjaya menyelamatkan Majlis Perbandaran Seberang Perai daripada kemuflisan sejak mengambil alih Kerajaan Negeri dengan pengamalan pentadbiran yang berasaskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabel, Telus) yang telah diiktiraf oleh Transparency International. Mari kita memeluk masa depan yang lebih bersih, hijau dan selamat dan yang membawa rezeki kepada mereka yang bekerja secara keras, jujur dan bijak. Selamat Tahun Baru 2012!

[Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng yang terus melaksanakan segala agenda perubahan buat seluruh rakyat Pulau Pinang, biar pun diserang bertalu-talu oleh UMNO BN melalui media arus perdana. Ternyata, rakyat Pulau Pinang sebenarnya lebih selesa berada di bawah Pakatan Rakyat berbanding ketika BN berkuasa sejak sekian lama. Kini kemakmuran dan kejayaan dan dikecapi oleh Pulau Pinang terus meningkat dari masa ke semasa. Melihat kepada senario ini, maka kami menjangkakan rakyat akan tetap setiap dibawah pemerintahan Lim Guan Eng selepas ini. Segala tohmahan dan provokasi yang dilakukan oleh "budak-budak nakal upahan UMNO BN" rupanya tidak sedikit pun menimbulkan kesan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Malah terbaru, pemimpin muda MCA bersama penyokongnya telah meninggalkan parti itu dan menyokong pembangkang. Ia membuktikan semua golongan mula yakin dengan ketelusan dan keterbukaan yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam merealisasikan agenda perubahan selepas PRU13 ini nanti].

Tiada ulasan: