Pahang Daily Online |
- Protes "Saman Parking MPK" Tidak Capai Sasaran Tetapi Memorandum Rakyat Berjaya Di Serahkan!
- Protes Rakyat Isu Saman Parking, Orang Ramai Di Gesa Hadir Untuk Menyatakan Bantahan Mereka !
- Protes: Pengerusi MAP Pahang, Desak MPK Lebih Bertimbang Rasa Kuatkuasakan Undang-Undang
- Panas: Orang Ramai Di Halang Masuk Ke Taklimat Penerangan 'Isu Lynas' Di RTM Pahang Semalam !
- Bekas 'Hakim Kes Liwat Anwar' Meninggal Dunia Beberapa Hari Sebelum Kes Liwat II Di Putuskan
Protes "Saman Parking MPK" Tidak Capai Sasaran Tetapi Memorandum Rakyat Berjaya Di Serahkan! Posted: 30 Dec 2011 01:18 AM PST KUANTAN, 30 Dis - People's Justice Voice (PJV) berjaya juga menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) biar pun Perhimpunan Protes Rakyat "Isu Saman Parking MPK" tidak mencapai sasaranya berikutan hujan turun dengan lebat dan gangguan lalu lintas yang agak teruk sekitar bandar Kuantan petang tadi. Menurut Pengerusinya, Mohd Shukri Mohd Ramli (Blogger Cucumatkilau), beliau tidak kecewa walau pun orang ramai gagal hadir seperti jadual yang telah ditetapkan. Tambahan pula katanya, berlaku perubahan tempat di saat akhir untuk majlis dialog yang sepatutnya diadakan di Dewan Ibu Pejabat MPK ke Dewan Tabika Perpaduan, Tanah Putih Baru yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi berkenaan. "Perubahan tempat disaat akhir menyebakan orang ramai keliru. Ramai yang menghubungi saya mengatakan mereka mungkin tidak sempat sampai pada masa yang ditetapkan, akibat hujan lebat dan jalan jem. Perubahan tempat hanya dimakluma sekitar jam 11.30 pagi dan ia menyebabkan saya sendiri sudah menjangkakan ia menyukarkan orang ramai untuk hadir. Malah ada yang menghubungi saya berkali-kali untuk bertanya lokasi sebenar majlis dialog yang akan diadakan itu", kata Shukri. Walau bagaimana pun beliau berbangga kerana berjaya menyerahkan memorandum terbabit di Pejabat Yang DiPertua MPK melalui Pegawai Khas beliau sekitar jam 4 petang tadi. MPK Perlu Amalkan Budaya Mesra Dan Berhemah Dalam memorandum tersebut beliau berharap Yang Dipertua MPK, Dato' Hj.Zulkifli Haji Yaacob (foto), dapat mengkaji dan mengambil tindakan atas perkara ini, jika tidak mahu rakyat terus bangkit memberontak. Jangan ingat rakyat berdiam diri dan terus membiarkan MPK melakukan tindakan sesuka hati. Kini, sudah tiba masanya MPK mendengar suara rakyat, kerana mereka adalah pembayar cukai yang memberi hasil kepada kewangan MPK setiap tahun. MPK boleh laksanakan undang-undang tetapi biarlah berpada-pada dan mengikut masa serta kesesuaiannya. Tidak perlu bertindak membabi buta sehingga menyusahkan dan menyakitkan hati rakyat Kuantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya. "Amalkan budaya kerja yang lebih bertimbang rasa, berhemah dan mesra rakyat dalam menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan. Janganlah emosi dengan rakyat terutamanya dalam bab-bab menyaman. Kami memberi tempoh sebulan sehingga penghujung Januari ini untuk MPK membuat perubahan ke arah kebaikan. Jika tidak, bantahan yang lebih besar serta kempen-kempen akan diadakan bagi menyedarkan orang ramai tentang isu ini. Usah jadikan rakyat sebagai bahan untuk ujikakaji dan sebagainya. Kami menentang sebarang bentuk penindasan walau pun atas nama peraturan dan undang-undang. Kami bersedia berbincang dengan pihak MPK dalam usaha memperbaiki mutu perkhidmatan ini", kata beliau. Blogger Cucumatkilau sempat bergambar bersama Razali Alias (MAP) dan Ram Ponnusamy (AMANAH) dihadapan lobi Pejabat MPK petang tadi |
Protes Rakyat Isu Saman Parking, Orang Ramai Di Gesa Hadir Untuk Menyatakan Bantahan Mereka ! Posted: 29 Dec 2011 11:03 PM PST KUANTAN, 30 Dis - Orang ramai ingin menyertai himpunan Protes Rakyat "Isu Saman Parking MPK" di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jalan Tanah Putih dekat sini mulai jam 3.00 petang ini digesa tidak menimbulkan provokasi melampau yang boleh menimbulkan huru-hara terhadap program itu nanti. Demikian ditegaskan oleh Penyelaras People's Justice Voice (PJV), Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) selepas beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan (IPD) semalam. "Saya menyeru agar warga Kuantan dapat bertindak secara aman tanpa ada sebaran unsur-unsur negatif seperti himpunan sebelum ini. Pihak polis telah memberikan kerjasama yang terbaik untuk melihat keselamatan rakyat terbanyak dan tidak mahu ada pihak yang membuat kacau ganggu. Kita berhimpun dengan aman untuk mempertahankan hak rakyat, memprotes beberapa tindakan MPK yang dilihat begitu melampau dan menyusahkan rakyat dalam isu ini", kata Mohd Shukri. Beliau turut menegaskan supaya semua peserta dapat bergerak secara aman dan teratur ke pejabat MPK kerana Yang DiPertuanya sendiri iaitu Dato' Hj.Zulkifli Haji Yaacob juga sudah bersetuju untuk membenarkan satu majlis dialog rakyat diadakan di dewan yang disediakan dalam pejabat majlis tempatan terbabit. "Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis dan YDP yang akhirnya setuju membenarkan rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati masing-masing dalam majlis dialog yang bakal diadakan. Cuma saya harap YDP sendiri yang akan turun bertemu rakyat dan tidak mewakilkan kepada pegawai lain. Kita mahu cari kata putus dan satu persetujuan secara damai dalam isu ini. Rakyat tidak mampu lagi hidup dalam tekanan dan terus dihantui dengan isu ini. Imej kerajaan juga akan rosak jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan betul tambahan pula menjelang Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal tiba tidak lama lagi", tambah beliau lagi. "Memandangkan protes ini bukanlah berunsurkan politik, maka saya berharap semua pihak yang mahu terlibat tidak membawa sebarang jenama parti, poster, kain rentang dan apa jua bahan yang berunsur politik. Saya juga tidak mahu ada pihak yang cuba membuat provokasi terhadap pihak polis demi keselamatan masing-masing. Jika ada yang cuba bertindak di luar batasan, maka itu adalah tanggungjawab mereka kerana saya sendiri bersedia untuk berjumpa dan berbincang secara baik dengan pihak Yang DiPertua MPK untuk menghantar memorandum bantahan rakyat. Marilah kita bersama mencari jalan penyelesaian isu ini dengan baik dan tidak terikut-ikut budaya demontrasi jalanan seperti yang pernah disaksikan selama ini", kata Shukri. [Apapun, kita ucapakan berbanyak terima kasih kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Dato' Hj.Zulkifli Haji Yaacob kerana bersikap terbuka untuk menerima kehadiran rakyat dalam sesi dialog yang akan diadakan di Ibu Pejabat MPK petang ini. Kesediaan itu, sudah cukup untuk memberi ruang terbuka kepada rakyat yang sudah sekian lama dihantui dengan isu-isu dan masalah ini sebenarnya. Mereka mahu mekanisme terbaik dicari dalam usaha membawa perubahan besar terhadap kehidupan rakyat di bandar Kuantan. Kita tidak mahu "saman menyaman" menjadi sumber kewangan kepada majlsi tempatan terbabit. Jika ia diteruskan, makanya amalan sdan tindakan sebegini akan terus dilaksanakan tanpa kawalan. Memang benar ia bukan satu kesalahan besar kepada mereka, tetapi tidak kepada rakyat. Takkanlah berhenti kereta tidak sampai 5 minit pun mahu disaman tanpa ada budibicara dan bertimbangan. Bukankah kita orang Melayu dan rakyat Malaysia yang penuh dengan tatasusila. Kenapa perlu bertindak keras kepada rakyat, sedangkan mereka membayar berbagai cukai terhadap MPK. Bukankah mereka yang membayar gaji kakitangan MPK itu sendiri, maka itu tidak perlulah melayan mereka seperti ini. Bertindak adil, saksama dan penuh dengan pertimbangan. Justertu, orang ramai digesa hadir beramai-ramai jam 3.00 petang ini untuk menyatakan bantahan mereka. Sila bawa bersama resit-resit saman yang berkenaan dan soalan yang mahu dikemukakan kepada Yang DiPertua MPK semasa majlis dialog petang ini]. |
Protes: Pengerusi MAP Pahang, Desak MPK Lebih Bertimbang Rasa Kuatkuasakan Undang-Undang Posted: 29 Dec 2011 06:33 PM PST KUANTAN, 30 Dis - Rata-rata pemimpin NGO pro rakyat di Pahang menyokong penuh perhimpunan aman Protes Rakyat "Isu Saman Parking MPK" yang akan diadakan di Ibu Pejabat MPK, Jalan Tanah Putih dekat sini petang nanti. Program anjuran People's Justice Voice (PJV) itu dilihat sebagai pemangkin ke arah membawa suara rakyat kepada pihak yang berkenaan dalam menyelesaikan isu-isu yang sekian lama membelenggu diri mereka. Pengerusi NGO Memacu Arus Perjuangan (MAP) Negeri Pahang, Razali Alias (foto) mendesak supaya MPK lebih bertimbangrasa dan mesra pengguna dalam menguatkuasakan undang-undang mereka. "Kepada Unit Parking MPK, jangan hanya fikir untuk saman pengguna tapi perlu fikirkan kemudahan yang patut disediakan dan sebab pengguna terpaksa meletak kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan", kata Razali Alias. |
Panas: Orang Ramai Di Halang Masuk Ke Taklimat Penerangan 'Isu Lynas' Di RTM Pahang Semalam ! Posted: 29 Dec 2011 05:36 PM PST KUANTAN, 30 Dis - Taklimat Penerangan Isu Lynas oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Pahang di Komplek Penyiaran Pahang di Tanah Putih dekat sini semalam kecoh apabila beberapa orang awam termasuk wartawan media tidak dibenarkan masuk. Tindakan tersebut menyebabkan kesemua mereka terpaksa berada diluar dan tidak dapat mendengar taklimat yang dibuat. Difahamkan, SMS berkenaan program tersebut telah disebarkan kepada orang ramai dan mereka dipelawa hadir beramai-ramai ke lokasi berkenaan. Namun, kehampaan jelas terbayang apabila mereka tidak dibenarkan masuk atas alasan tidak melalui jemputan yang diedarkan kepada jabatan kerajaan dan NGO yang berkenaan. Kamarul Hatta Md Ali (foto) salah seorang orang awam yang hadir mengatakan beliau terkejut dengan tindakan ini. "Pegawai JASA mengarahkan kami makan dan dan kata keputusan muktamad kami tak boleh masuk. Saya datang nak dengar maklumat terbaru tentang Lynas .. kenapa tak bagi masuk?. Apa yang nak dirahsiakan?", kata beliau. Difahamkan juga, wartawan akhbar arus perdana dari The Star dan Sinar Harian juga telah dihalang oleh petugas JASA. Bukan setakat menghalang, mereka juga diberi kata dua oleh pihak terbabit bahawa program itu adalah tertutup "Saya kecewa, kami wartawan yang sah .. ada surat jemputan yang difaxkan ke pejabat kami.. kenapa tak boleh masuk?. Kami mahu buat laporan supaya orang ramai dapat info yang disampaikan. Tapi kami pula dihalang dengan kasar oleh mereka", kata seorang wartawan akhbar berbahasa Cina. "Sudahlah kami tak diberi masuk, cakap kasar dan sombong pula. Memang kami amat kecewa sekali semua ini. Kalau macam ni memang ada yang tak kena", tambah beliau lagi. Pegawai JASA beri kata dua (kiri) agar mereka tidak dibenarkan masuk [Tindakan menghalang orang ramai masuk atas satu isu yang berkaitan dengan rakyat, jelas sekali melambangkan kesilapan besar kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Pahang. Bukankah isu Lynas adalah satu isu yang cukup panas, dan sudah semestinya rakyat mahu sama-sama hadir dan mendengar pandangan serta ulasan daripada mereka yang dikatakan pakar itu. Paling menyedihkan bilamana wartawan media juga dihalang menjalankan tugas mereka. Jika itu keadaannya, apa guna taklimat diadakan?. Apakah ia sekadar untuk mengampu atau mengiyakan apa yang diperkatakan selama ini. Khabarnya antara pemimpin UMNO yang turut hadir ialah Datuk Shafik Fauzan (ADUN Underapura), Suhaimi Sulong (Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota) serta ramai lagi. Diharap, selepas ini adengan semalam tidak berlaku lagi. Maklumat perlu sampai dan diterima oleh semua pihak barulah mereka faham isu yang sebenarnya]. |
Bekas 'Hakim Kes Liwat Anwar' Meninggal Dunia Beberapa Hari Sebelum Kes Liwat II Di Putuskan Posted: 29 Dec 2011 05:04 PM PST KUALA LUMPUR, 30 Dis - Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Arifin Jaka (foto) yang menjatuhkan hukuman sembilan tahun kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi semalam. Tidak diketahui bila beliau dimasukkan ke hospital tersebut tetapi Arifin memang mengidap penyakit kencing manis. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee mengesahkan kematian Arifin. Arifin, 78, ialah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2000 dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun. Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun 2004. Allahyarham meninggalkan balu Datin Maznah, dua anak lelaki dan seorang nak perempuan. Arifin telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presinct 20 Islam di Putrajaya petang semalam. [Kematian bekas hakim kes liwat I Anwar ini sungguh mengejutkan sebenarnya. Tambahan pula ia terjadi beberapa hari sahaja lagi menjelang kes liwat II diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 ini. Ariffin semasa menjatuhkan hukuman terhadap Anwar dulu, telah menerima kenyataan Azizan (Pemandu Wan Azizah) dengan mengatakan beliau tidak mempunyai apa-apa kepentingan terhadap kes tersebut. Sedangkan pada masa itu Azizan telah memegang satu jawatan penting di sebuah kilang makanan segera (Mamee) di Ayer Keroh Melaka. Malah Azizan juga telah ditangkap khalwat di sebuah hotel bersama pasangannya, bermakna dia tidak layak menjadi saksi kes ketika itu. Namun, arwah telah menerima segala keterangan Azizan walau pun beberapa kali beliau tersilap tarikh waktu liwat dan lokasi ia berlaku. Semua ini mengundang persoalan kepada seluruh rakyat ketika itu dan ia adalah keputusan hakim sehinggalah Anwar dibebaskan pada tahun 2004. Keputusan arwah telah mengundang kontroversi besar ketika itu. Namun, kini beliau telah pergi meninggalkan kita. Semoga roh arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang beriman hendaknya. Amin]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan