Sabtu, 24 Disember 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Hassan Ali Memohon Maaf Atas Kesilapan Dirinya Keluarkan Kenyataan Panas Terhadap Parti PAS !

Posted: 23 Dec 2011 10:31 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali (foto) hari ini mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar Tahunan parti itu Jun lalu. Ekoran itu juga, beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada satu sidang media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti. "Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut. "Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu," katanya pada sidang media di kediamannya di sini. Sebelum ini pada satu sidang medianya juga, beliau mendakwa perjuangan PAS sudah menyimpang apabila mengangkat Negara Berkebajikan berbanding Negara Islam sejak sekian lama. Sehubungan itu beliau menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam. Mengakui ulasannya sebelum ini sebagai terlanjur kata, Hassan hari ini juga menyatakan pendirian bahawa beliau bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuang PAS kerana sebahagian dari initipati dan matlamat ke arah menubuhkan sebuah negara Islam. "Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini. "Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan," katanya. Sementara itu, Hasan juga berkata beliau bersedia bertemu kepimpinan parti bila-bila masa bagi merungkai permasalahan yang timbul yang turut kaitkan dirinya.

Tahniah: "Maahad Tahfiz Negeri Pahang" Berjaya Mencapai Keputusan Cemerlang Dalam PMR 2011!

Posted: 23 Dec 2011 05:34 PM PST

KUANTAN, 24 Dis - Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTPN) dekat sini berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini. Seramai dua puluh empat orang calon yang menduduki peperiksaan dan kesemmua calon telah berjaya lulus. Seramai sembilan belas orang berjaya mendapat 9A (Straight A) bersamaan 79.17% dan G.P.S (Gred Purata Sekolah) sebanyak 1.03 menjadikan MTPN sebagai sekolau atau institusi yang terbaik dalam semua kategori di negeri Pahang. Malah, MTPN konsisten menempatkan diri untuk berada dalam kelompok sekolah-sekolah terbaik di seluruh negara. Lebih membanggakan adalah dua puluh dua orang (91.67%) pelajar tersebut telah menamatkan Hafazan Al-Quran sekurang-kurangnya 20 Juzuk, dan baki seramai sepuluh orang dari mereka telahpun menamatkan Hafazan Al-Quran sebanyak 30 Juzuk.


Cemerlang, dua puluh dua orang pelajar yang mendapat 9A (Straight A)
[Syabas diucapkan kepada pihak Pengurusan dan Pentadbiran MTPN, Guru-Guru Tahfiz Profesional, Pensyarah-Pensyarah dan staf-staf demi menaikan nama MTNP untuk melahirkan Generasi Al-Quran yang Profesional. Semoga kejayaan ini akan menaikkan imej negeri Pahang dalam bidang pendidikan. Semoga apa yang berlaku di MTPN ini dapat dicontohi oleh semua pihak dalam merealisasikan hasrat untuk melahirkan pelajar cemerlang pada masa akan datang. Apa yang penting, selain pendididkan duniawi penekanan juga harus dilakukan kepada pendidikan Islam itu sendiri. Maka, tidak hairanlah kecemerlangan pelajar di MTPN ini membuktikan keduanya adalah seiring sebenarnya. Tahniah buat semua!].

PDO Ucap "Salam Takziah", Kepada Ahli Keluarga Dua Pemimpin Yang "Meninggal Dunia" Semalam

Posted: 23 Dec 2011 04:31 PM PST


Pahang Daily Online (PDO) mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara dua ahli politik Malaysia yang meninggal dunia semalam. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Paduka Dr. Abdul Hamid Othman, 72, meninggal dunia di sini sekitar jam 5 petang. Allahyarham yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO meninggal seorang balu Puan Sri Jamilah dan seorang anak, Dr Wafi Nazrin, 43. Menurut anaknya Dr Wafi, jenazah akan dibawa ke kediamaan di No 81 Taman Tenaga Batu 9, Jalan Puchong dan akan dikebumikan selepas solat Zohor hari ini. Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (PAS) Tendong, Dr Muhammad Md Daud pula telah pulang kerahmatullah pada jam 12.55 malam tadi. Menurut Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Haji Hanifa Ahmad, Dr Muhammad dipercayai mendapat serangan jantung. Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan tengah hari ini iaitu selepas solat zohor. Hanifa yang juga ADUN Pengkalan Pasir berkata, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dimaklumkan dan dijangka akan hadir sama untuk menyolatkan jenazah tersebut. Jenazah ADUN berkenaan kini berada di rumah di Lorong Haji Daud, Kampung Perakap, Bunut Susu. Hanifa berkata, pagi kelmarin allahyarham sempat hadir ke Pasti Pasir Mas untuk mengambil bekalan banjir yang akan diagihkan untuk penduduk dalam DUN Tendong yang mengalami banjir baru-baru ini. Hanifa juga merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas allahyarham dan semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan mendapat rahmat dariNya.

Panas: Datuk Zaid Ibrahim Dedah Penyelewengan Pembeliaan Kapal Peronda Tentera Oleh Kerajaan

Posted: 23 Dec 2011 04:30 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis - Ketua parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim (foto) mendedahkan butiran pembelian enam kapal peronda tentera oleh kerajaan yang didakwa dibuat melalui orang tengah yang mengaut jutaan ringgit daripada urusniaga tersebut. Menurut Zaid, tiga ejen berkenaan dibayar sejumlah RM11.36 juta untuk "bantuan teknikal" berhubung pembelian kapal tentera berkenaan daripada firma Perancis, DCNS. "Mengapa tentera laut tidak dapat menentukan apa yang diperlukan oleh mereka, dan bukannya perunding ini? Lainlah ianya perlu untuk menyalurkan wang rasuah," katanya ketika ditemui di Tropicana, Damansara semalam. Zaid yang enggan mendedahkan sumber maklumat itu mendakwa, firma perunding itu menerima bayaran dalam matawang euro melalui akaun di Singapura daripada 2010 hingga April 2011. Menurut satu invois bertarikh 25 Oktober 2010, salah satu daripada firma berkenaan didakwa menerima 935,000 euro sebagai bayaran "perkhidmatan teknikal." Dokumen itu menyenaraikan perkhidmatan berkenaan, termasuk konfigurasi infrastruktur, kejuruteraan dan penilaian sistem serta rundingan komersil untuk projek "Second Generation Patrol Vessel." Invois daripada sebuah syarikat yang didakwa berpengkalan di Paris itu dialamatkan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, yang memenangi kontrak bagi enam kapal berkenaan. Bayaran berkenaan didakwa telah dibuat dalam dua bahagian, masing-masing pada 28 Oktober dan 1 November tahun lalu. Berdasarkan dokumen tersebut, syarikat yang sama didakwa telah mengeluarkan invois untuk perkhidmatan sama pada 3 November 2010 untuk jumlah 986,000 euro dan dibayar pada bulan tersebut. Satu lagi syarikat, Setaria Holdings Limited, didakwa turut menghantar invois berjumlah 850,000 euro kepada Boustead Naval Shipyard.Syarikat yang dikatakan b erpengkalan di Brussels itu juga didakwa mengeluarkan dua lagi invois kepada Boustead Naval Shipyard untuk bayaran berjumlah 832,000 euro dan 725,000 euro.

[Nampaknya, berita ini sungguh mengejutkan kita semua. Rupanya bukan sahaja kapal selam Schorpene dan jet Sukhoi yang diberikan komisyen kepada pihak ketiga, kini kapal peronda tentera pun mengalami nasib yang sama. Nampak benar pemimpin UMNO sengaja mahu memperkayakan kroni-kroni mereka dengan tindakan ini Pembelian mana-mana peralatan tentera yang sepatunya dibuat menerusi kaedah G to G (goverment to goverment) kini telah disalah gunakan oleh mereka untuk merompak wang rakyat. Ini jelas dan sungguh mengecewakan kita sebenarnya. Sudah tiba masanya untuk rakyat menolak pemimpin yang khianat seperti ini, Umum sudah mengetahui, inilah kerja-kerja puak-puak UMNO sejak "dulu,, kini dan selama". Ambil komisyen atas projek-projek besar sebelum meluluskannya dan sengaja mencari projek untuk diberikan kepada proksi-proksi mereka. Walhal projek itu terkadang tidak relevan dan jelas ditolak rakyat. Semuanya kerana komisyen yang akan diperolehi itu. Inilah bukti bahawa pemimpin UMNO sebenarnya sudah rosak akhlak mereka. Rakyat perlu lakukan perubahan pada pilihanraya umum nanti jika mahu masa depan mereka lebih terjamin. Sudah cukup 53 tahun UMNO BN diberi kuasa untuk mentadbir, kini kuasa yang ada disalahgunakan oleh mereka untuk kepentingan peribadi masing-masing. "Tumbangkan BN sekarang" !].

Panas: Pesta Maksiat Berlaku Lagi Dekat Kuantan, Pengarah JAIP Di Gesa Arah Anak Buahnya Siasat

Posted: 23 Dec 2011 09:49 AM PST

KUANTAN, 24 Dis - Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato' Mohamad Ubaidillah (foto) digesa mengarahkan anak buahnya menyiasat tindakan sebuah pusat hiburan yang telah menganjurkan satu "pesta maksiat" di premis mereka baru-baru ini. Difahamkan, dengan tawaran sebanyak RM600 dan sebotol minuman keras maka beberapa orang wanita Melayu yang kononnya beragama Islam berusia antara 15 hingga 18 tahun telah sanggup menjual maruah masing-masing. Kejadian berlaku di pusat hiburan ala "Miami Beach" yang terletak di Beserah itu benar-benar memalukan dan telah menjatuhkan imej agama Islam itu sendiri. Ini kerana mereka rela membuat aksi ghairah dengan menari sambil berbogel untuk mendapatkan tawaran hadiah berkenaan. Kejadian yang berlaku pada 17 November itu, dipercayai satu pertandingan yang memberi peluang kepada mana-mana perserta yang berjaya mendapatkan perhatian penonton dengan sorakan tertinggi. Ia adalah satu pertandingan dimana peserta dikehendaki menari secara bebas, berpakaian seksi dan menghairahkan untuk mendapat markah tertinggi. Walau pun hadiahnya sekadar RM600 dan sebotol minuman keras, namun dua puluh orang peserta yang majoritinya berbangsa Melayu telah memberanikan diri untuk menyertai tarian separuh bogel itu. Sambil mengenakan pakaian seksi, sebahagian besar peserta sanggup menayangkan coli dan seluar dalam jenis G-string dipakai semata-mata mahu meraih sorakan penonton yang bakal tentukan mereka akan menang atau pun sebaliknya.


Bukti, salah satu gambar yang tersebar berkaitan dengan program itu

Imam "baca khutbah" pun JAIP siasat, kenapa tidak orang buat maksiat
[Difahamkan, acara itu pertama kali dianjurkan di pusat hiburan berkenaan sempena 'Lady's Nite' dan setiap peserta dikenakan bayaran RM50. Peserta yang meraih sorakan paling kuat daripada penonton dan pengunjung pusat hiburan berkenaan berpeluang memenangi pertandingan yang dimulakan jam 12 tengah malam itu. Peserta juga bebas menari dengan gaya tersendiri, tetapi perlu dalam keadaan seksi dan ghairah sambil diiringi muzik tekno yang dimainkan DJ. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri dan hanya dibenarkan membuat persembahan selama dua minit. Paling mengejutkan, peserta bukan sahaja berasal dari Kuantan, malahan ada juga yang datang dari Maran dan Kemaman. Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) digesa memperbanyakkan lagi rondaan untuk membenteras adengan sebegini pada masa akan datang. Apa yang jelas, ternyata generasi muda Melayu kini kian rosak akibat daripada sistem pemerintahan yang tidak berpaksikan Islam sepenuhnya. Jika inilah keadaannya, lama kelamaan mereka akan terus hanyut dan alpa dengan kehidupan duniawi dan lupa kepada akhirat. Maka itulah, menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan perkara sebegini agar ia dapat dihindari pada masa yang akan datang hendaknya].

Tiada ulasan: