Ahad, 18 Disember 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Jalan Runtuh, Kerajaan 'Wajar Siasat' Ada Dakwaan Berlaku Penyelewengan Projek Tersebut

Posted: 18 Dec 2011 02:50 AM PST

LinkKUANTAN, 18 Dis - Susulan kejadian jalan runtuh yang berlaku berhampiran sebuah stesen minyak Petronas di Jalan Sungai Lembing baru-baru ini, maka ramai yang menuding jari menyalahkan berbagai pihak terhadap isu itu. Mereka terkejut kenapa jalan itu boleh dibenarkan beroprasi sedangkan ia masih belum mendapat kelulusan sepenuhnya daripada Jabatan Kerja Raya (JKR). Soalnya kenapa kerajaan sanggup membiarkan jalan tersebut dilalui oleh orang ramai, sedangkan ia masih dalam peringkat kajian. Malah, laluan itu juga dilalui oleh banyak kenderaan selepas kewujudan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sejak beberapa tahun yang lalu (susur keluar Plaza Tol Kuantan). Difahamkan, jalan tersebut diuruskan oleh Petronas berikutan kewujudan sebuah stesen minyak terbaru mereka di situ. Menurut sumber, terdapat bukti penyelewengan dalam kes ini sebenarnya. Tambahan pula masing-masing kini cuba lepas tangan termasuk pihak Petronas dan konsultan yang terbabit. Ini kerana walau pun projek jalan itu dipercayai tidak mengikut piawaian yang ditetapkan, namun ia diteruskan juga. Malah pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dipercayai telah gagal meneliti pelan permohonan daripada konsultan Petronas hingga terlepas pandang tapak tersebut merupakan laluan air. Malah jika ditinjau pada lokasi kejadian ternyata jalan terbabit tidak mempunyai "retailing wall" sedangkan ia terletak di kawasan bukit dan bercerun. Soalnya sekarang, kenapa tiada laluan air di jalan terbabit?. Malah, pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah meluluskan jalan terbabit secara tergesa-gesa hingga membahayakan orang ramai. Mujurlah semasa kejadian tiada kemalangan jiwa berlaku. Jika tidak, sudah pasti isu ini akan menjadi lebih menggemparkan. Kenapakah Majlis Perbandaran Kuantan yang merupakan sebuah Majlis Tempatan yang telah mendapat sijil pengikhtirafan ISO 9001:2000 boleh melakukan kecuaian tersebut.


Terdapat bukti jelas berlaku penyelewengan dalam kejadian jalan runtuh ini

[Siasatan kami mendapati, pemilik stesen minyak terbabit adalah seorang individu bergelar "Dato" yang juga pernah dihebohkan dengan isu ceroboh tanah rizab surau di Taman Atabara Perdana, Indera Mahkota Kuantan sebelum ini. Beliau dipercayai mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan bekas Yang DiPertua MPK yang kini telah menjadi Pengarah di Jabatan Tanah & Galian Negeri Pahang. Malah, projek terbabit telah diluluskan oleh MPK ketika YDP terbabit masih bertugas di jabatan itu. Kes ini adalah hampir sama dengan isu ceroboh tanah rezab surau yang menjadi hak rakyat itu. Sebelum ini ada laporan panas daripada beberapa orang sahabat di MPK yang mengatakan stesen minyak itu diluluskan, sedangkan ia termasuk dengan rizab jalan. Ini semua adalah kerana hubungan "intim" antara pemilik terbabit dengan pihak yang berkenaan. Maknanya, kejadian jalan runtuh itu memang satu kesilapan yang telah dirancang. Mereka hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan. Jika kejadian tidak berlaku mungkin perkara ini dirahsiakan. Maka itu, satu laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terpaksa diadakan untuk menyiasat penyelewengan ini. Nasib rakyat terpaksa diperjudikan untuk kepentingan pihak yang berkenaan. Inilah isu sama yang berlaki terhadap pembinaan kilang Lynas di Gebeng itu sebenarnya. Rakyat yang tidak berdosa pasti akan menanggung akibatnya kelak. Maka, ubahlah sekarang sebelum keadaaannya menjadi lebih parah].

Ceramah Isu Lembu Sharizat Di Temerloh Malam Ini, Penyokong Pakatan Rakyat Di Jemput Hadir !

Posted: 18 Dec 2011 01:14 AM PST


Satu program ceramah perdana "Demi Rakyat" akan diadakan di Perkarangan Pejabat Keadilan Temerloh, Simpang Taman Saga jam 8.00 malam ini. Ceramah membariskan pimpinan PKR seperti Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang), Rafizi Ramli (Pengarah Strategik PKR) dan YB Elizabeth Wong (Exco Selangor & ADUN Bukit Lanjan). Orang ramai terutamanya penduduk yang berhampiran dengan kawasan terbabit dijemput datang beramai-ramai untuk mengetahui lebih lanjut tentang isu pendedahan kontroversi Lembu Fidlot yang libatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Sharizat Jalil.

Panas: Kerajaan Malaysia Pinjam US$300J (1998) Dan Sebanyak US$244J (1999) Dari 'Bank Dunia' !!

Posted: 18 Dec 2011 12:26 AM PST

SHAH ALAM, 18 Dis - Butiran yang tercatat dalam laman web Bank Dunia mencatatkan Malaysia telah memperoleh pinjaman sebanyak US$300 juta (anggaran RM1 bilion) pada 1998 dan US$244 juta (RM800 juta) pada 1999 kepada badan kewangan dunia tersebut. Butiran tersebut bertepatan dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyangkal kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia menolak bantuan dari Bank Dunia ketika nagara berhadapan krisis ekonomi dunia pada 1998. Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan Perdana Menteri itu semberono memfitnah Dato' Seri Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekaligus agen Barat. Menurut Laman Web Bank Dunia (http://go.worldbank.org/U29R77EBX0) dibawah subjek Projek dan Operasi mencatatkan pinjaman US$300 juta pada 1998 diluluskan pada 18 Julai 1998 dan pinjaman US$244 juta pada 1999 diluluskan pada 30 March 1999 pada kerajaan Malaysia. Sementara itu dalam lapuran muka depan akhbar milik Umno hari ini Dr Mahathir telah mencabar Anwar bersumpah dengan menjunjung Al-Quran bagi membuktikan kebenaran kenyataan Anwar. Menjawab cabaran tersebut Anwar berkata "eloklah dia (Dr Mahathir) meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel." Khamis lalu ketika memberikan ucaptama berhubung Program Tranformasi Ekonomi kepada diplomat asing dan para duta di Kuala Lumpur, Anwar berkata Dr Mahathir mendapatkan pinjaman dari Bank Dunia ketika tahun 1998/99 walaupun menafikannya kepada rakyat.


Bukti, laporan daripada laman web Bank Dunia berkenaan kenyataan ini
[Penafian Dr Mahathir berhubung pinjaman tersebut mempunyai hubung kait dengan populariti Anwar yang mendapat pengiktirafan beberapa badan dunia pada ketika itu. Anwar pada ketika itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Populariti Anwar tersebut dianggap mencabar posisi Dr Mahathir sebagai pemimpin negara. Malah dibimbangi pengaruh populariti timbalan beliau tersebut akan menenggelamkan beliau dimata rakyat jelata. Tindakan Dr Mahathir berbohong kepada rakyat berhubung menolak bantuan dari Bank Dunia disamping cubaan memburuk dan melebel Anwar sebagai agen kuasa asing disebabkan ketakutan Dr Mahathir terhadap imej Anwar diperingkat antarabangsa yang semakin menyerlah. Menurut kenyataan media oleh Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), berdasarkan rujukan pada pautan laman web Bank Dunia tersebut adalah bukti jelas betapa Mahathir telah berbohong serta cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu]. sumber

Tiada ulasan: