Pahang Daily Online |
- Eksklusif: 'Projek SMS Blaster', Ada Yang Berjaya Dapat 'Lima Angka Sehari' Dengan Program Ini !!
- Mahkamah: Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim Akan Di Ketahui Pada 9 Januari Tahun Hadapan!
- Isu Panas: ADUN Kuala Semantan, YB Syed Hamid Nafi Dakwaan 'Dia Terlibat' Dengan Projek Lynas !
- Isu Rakyat: 'Penduduk Temerloh' Minta Kerajaan Negeri Selesaikan Masalah Operasi Bas City Liner!
Eksklusif: 'Projek SMS Blaster', Ada Yang Berjaya Dapat 'Lima Angka Sehari' Dengan Program Ini !! Posted: 14 Dec 2011 11:27 PM PST Percayakah anda jika dikatakan ada yang sudah menjana pendapatan sehingga lima angka setiap hari dengan Projek SMS Blaster www.1whp.net sekarang ini. Itulah hakikatnya, yang sudah pasti mengejutkan semua pihak sebenarnya. Kini projek tersebut semakin meletup di pasaran dan semakin ramai rakyat Malaysia yang menyertainya. Apa yang menarik, peluang ini terbuka kepada mereka yang mempunyai telefon bimbit (HP) sahaja. Bayangkan dengan modal serendah RM55 anda berpeluang mencipta pendapatan lumayan sehingga mencecah lima angka setiap hari. Sesuatu yang sungguh menakjubkan, dan ramai sudah mengecapinya. Justeru itu, kepada mereka yang masih belum mendaftar untuk menyertai program ini digesa berbuat demikian dengan segera. Ini kerana, banyak kawasan di seluruh negara yang masih belum diterokai oleh usahan sedia ada. Anda mempunyai dua pilihan sertai program ini, satunya menjadi pengguna SMS Blaster dan Portal Pengiklanan yang disediakan. Paling hebat, walau pun anda hanya pengguna tetapi anda tetap akan mendapat imbuhan yang datang terus ke dalam telefon bimbit anda. Syarikat memperuntukan, imbuhan secara adil dan saksama dalam konsep tolong menolong antara satu sama lain yang sukar anda temui sebelum ini. Namun, bagi mereka yang mahu menjadi usahawan ICT untuk memasarkan produk ini maka mereka akan menjana pendapatan yang lebih lumayan. Bayangkan satu produk SMS Blaster yang terjual anda akan dibayar komisyen RM40 atas bayaran RM55 yang orang lain keluarkan. Inilah yang membuatkan mereka yang menyertai program ini kini semakin agreasif untuk memasarkanya. Bukti, menakjubkan bila ada yang berjaya mendapat pendapatan sebegini Justeru, kami dengan bangganya mempelawa seluruh rakyat Malaysia yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan secara sambilan atau sepenuh masa agar bertindak segera. Jangan lepaskan peluang keemasan ini, kerana jika anda simpan duit RM55 di mana-mana bank sekali pun, tidak mungkin ia akan berkembang menjadi ratusan dan ribuan ringgit. Namun, menerusi program ini ia mampu melakukannya. Kami juga membuka peluang kepada anda yang berminat untuk mengatur taklimat (melebihi 20 orang) di mana-mana lokasi seluruh negara sekarang. [Selepas anda lakukan tugas di atas, sila tunggu beberapa minit untuk Server membalasa mesej bagi mengesahkan anda sudah berdaftar dengan program ini cuma belum diaktifkan lagi. Sila forwarkan maklumat APP#NAMA#IC#ALAMAT ANDA ke talian hotline o19-2845511 untuk tindakan selanjutnya bagi membolehkan akaun anda diaktifkan. Kepada anda yang sudah membuat arahan Pre-Registration ini, sila ikuti langkah kedua bagi tujuan pembayaran berdasarkan maklumat yang telah dihantar sebelum ini. Jangan persiakan peluang ini begitu sahaja kerana inilah caranya untuk anda menjana pendapatan dengan produk terhebat dan modal termurah di pasaran sekarang. Kami masih memerlukan lebih ramai usahawan yang berwibawa untuk menjalankan perniagaan ICT ini. Kejayaan adalah hak milik kita bersama. Buatlah tindakan segera sekarang]. |
Mahkamah: Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim Akan Di Ketahui Pada 9 Januari Tahun Hadapan! Posted: 14 Dec 2011 09:57 PM PST KUALA LUMPUR, 15 Dis - Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berpanjangan sehingga 2012 apabila keputusan ditetapkan untuk disampaikan pada 9 Januari. "Saya akan sampaikan penghakiman pada 9 Januari," kata hakim Mohamad Abidin Mohd Diah hari ini selepas penggulungan penghujahan kedua-dia pihak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Perbicaraan itu ditutup selepas 87 hari pendengaran bulan lalu, selepas bermula hampir dua tahun lalu. Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008. Sementera itu tiga minggu sebelum keputusan disampaikan, Anwar hari ini berikrar untuk merperjuangkan keadilan walaupun mungkin beliau didapati bersalah atas tuduhan melakukan liwat. Anwar berkata penjara tidak akan mengubah ketetapan hatinya. Beliau akan terus menguatkan kesatuan pembangkang untuk melakukan reformasi dan perkara itu tidak sukar walaupun beliau mungkin berada dalam penjara, katanya. Menegaskan bahawa tuduhan meliwat pembantu beliau Saiful Bukhari itu "tidak harus diutamakan", Anwar bagaimanapun mempunyai persoalan tentang tarikh keputusan itu akan disampaikan. Beliau membangkitkan sama ada tarikh 9 Januari itu akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum berlangsung. Menjelang keputusan yang ditunggu-tunggu itu, banyak pihak percaya bahawa keadaan tidak memihak kepada Ketua Pembangkang itu. Akhbar The Guardian UK, dalam kolumnya penolong editornya Simon Tidall semalam dilaporkan berkata,"tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar Ibrahim apabila kes itu menghampiri penghujungnya. Anwar dan Wan Azizah bersama anak-anaknya di mahkamah pagi tadi [Apapun keputusan, maka sudah pasti ia akan menjurus kepada pembubaran parlimen dan Pilihanraya Umum Ke-13 sebenarnya. Ramai yang meramalkan Anwar akan "ke dalam semula" berdasarkan beberapa fakta yang jelas sekali cuba diselewengkan. Anwar khabarnya akan datang ke Pahang jam 9.00 malam esok (16 Disember) dalam program "Demi Rakyat Menjelang PRU-13" di Sekilau Seafood, Jalan Hj.Ahmad Kuantan. Beliau sebelum itu akan program Minum Petang anjuran Cabang Keadilan Temerloh bertempat di Shakira Cafe, Batu 1, Temerloh bermula jam 5.00 petang. Persoalannya sekarang, apakah rakyat boleh menerima apa jua keputusan yang bakal diumumkan itu?. Kami amat yakin, satu lagi gelombang reformasi pasti akan melanda jika keputusan kontroversi itiu diambil. Rakyat sebenarnya melihat, kes Liwat II yang dihadapi oleh Anwar itu adalah percaturan pemimpin UMNO BN untuk memastikan riwayat politik beliau berakhir]. |
Isu Panas: ADUN Kuala Semantan, YB Syed Hamid Nafi Dakwaan 'Dia Terlibat' Dengan Projek Lynas ! Posted: 14 Dec 2011 07:10 PM PST TEMERLOH, 15 Dis - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad (foto) semalam tampil memberi penjelasan menafikan keterlibatan beliau dalam kontrak melibatkan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng sebagaimana disiarkan sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini. Dalam sidang medianya di pejabat Perhubungan PAS Pahang, beliau mendakwa ia berpunca daripada kesilapan Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob dalam kenyataannya ketika membentangkan Bajet 2012 yang mengaitkan beliau melalui rakan kongsi telah mendapat kontrak Lynas. Kenyataan tersebut telah dipetik dan dieksplotasi oleh akhbar berkenaan. "Saya ingin menegaskan bahawa, saya menafikan sekeras-kerasnya terlibat dengan sebarang kontrak dengan syarikat berkenaan walau setengah sen pun seperti yang dipetik akhbar berkenaan. "Malah pada ucapan penggulungan oleh Menteri Besar, beliau telah membetulkan kenyataannya sebelum itu bukannya rakan kongsi tetapi rakan seperjuangan yang merujuk kepada ahli PAS lain yang telah menerima kontrak daripada syarikat berkenaan. "Malangnya pembetulan tersebut tidak disiarkan oleh akhbar berkenaan membuatkan pelbagai tanggapan buruk terhadap saya," katanya. "Saya agak dukacita dengan cara akhbar harian memuatkan berita di mana banyak perkara yang saya sebagai wakil rakyat sebutkan di dalam Dewan Undangan Negeri untuk kepentingan orang ramai, telah tidak mereka siarkan. "Umpamanya dalam sidang baru-baru ini saya telah menyentuh tentang kewajaran PBT membenarkan banyak program konsert di Taman Kubang Gajah sedangkan kesan kepada kerosakan akhlak muda-mudi sepatutnya juga diambil kira. "Saya juga telah membangkitkan kerugian PBT yang membina jambatan gantung merentangi sungai di Kuala Semantan yang melibatkan kos sebanyak RM399,000. Tetapi hanya boleh dinaiki oleh dua orang dalam satu-satu masa. Ini sudah tentu membawa kepada pembaziran. "Saya juga menawarkan pemuda-pemuda PAS untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Namun semuanya tidak diketengahkan oleh media," katanya. Mengenai Lynas, beliau berkata prinsipnya ialah sentiasa bersama rakyat, selagi mana rakyat tidak meyakini keselamatan mereka terjamin maka saya tetap bersama rakyat. Beliau juga tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang kepada mana-mana pihak kerana menganggap semua itu salah faham semata-mata. [Penafian yang dibuat oleh YB Syed Hamid ini sedikit melegakan penyokong PAS di Pahang. ADUN terbabit tidak wajar menyerang PDO berhubung artikel PAS Pahang Perlu Berani Bertindak Siasat Dua ADUN Di Kata Terlibat Dengan Projek Lynas dan artikel ADUN PAS Menyokong Dasar Kerajaan BN Serta Ucapkan Terima Kasih Kepada MB Dan PM terutamanya berhubung dengan gambar yang kami siarkan. Ini kerana gambar tersebut hanyalah hiasan semata-mata bagi menunjukkan betapa akrabnya ADUN terbabit dengan pemimpin UMNO BN selama ini. Malah, beliau juga dilihat begitu akrab serta menyanjung tinggi segala usaha kerajaan UMNO BN selama ini. Sedangkan dia adalah DUN Pembangkang, yang sepatutnya mencari isu untuk dibawa ke Sidang DUN untuk membela rakyat. Apapun, kami harap kemelut yang mengaitkan ADUN PAS ini akan berakhir, cuma "Orang PAS" yang mendapat projek Lynas sahaja yang masih belum diselesaikan sekarang. Harapan kita agar isu ini dapat berakhir secara berhemah sebelum Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Jika tidak, sudah pasti ia akan dijadikan senjata BN menyerang pembangkang]. |
Isu Rakyat: 'Penduduk Temerloh' Minta Kerajaan Negeri Selesaikan Masalah Operasi Bas City Liner! Posted: 14 Dec 2011 11:20 AM PST TEMERLOH 15 Dis - Kerajaan Negeri Pahang diminta supaya menyelesaikan masalah operasi perkhidmatan bas henti-henti yang dikendalikan oleh syarikat City Liner bagi memastikan pengangkutan awam itu kembali pulih seperti sediakala. Selain itu, lebih 30 pemandu bas syarikat tersebut kehilangan sumber pendapatan utama dan mendesak kerajaan negeri campur tangan dalam menyelesaikan masalah tersebut. Seorang pemandu bas, Ahmad Bila Adam, 46, berkata, pemandu dan penumpang merayu kerajaan menyelesaikan masalah itu segera memandangkan perkhidmatan pengangkutan itu menjadi keutamaan penduduk di daerah itu. Menurutnya, sejak bekerja dengan syarikat itu lebih 20 tahun lalu, masalah yang berlaku kali ini agak perit kerana kehilangan sumber pendapatan utama dalam keadaan harga barangan semakin mahal sekarang. "Kami tidak ada punca pendapatan lain, sebab itu menggesa kerajaan negeri atau agensi berkaitan berkaitan campur tangan dalam isu ini. "Mereka kena turun sendiri dan sekurang-kurangnya adakan perbincangan supaya perkara itu diselesaikan segera," katanya kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi aman di Stesen Bas Henti-Henti di Lurah Semantan baru-baru ini. Seorang lagi pemandu bas, Mohd. Safran Abdul Karim berkata, pendapatan mereka kini hanya bergantung pada gaji pokok antara RM300 dan RM600 sebulan. Menurutnya, dia sendiri dibayar di bawah RM400 sebulan dan pendapatan sebanyak itu tidak cukup untuk menyara keluarga dan anak-anak yang masih bersekolah. Dalam pada itu, seorang penumpang bas, Shamsudin Bakar, 95, yang menggunakan perkhidmatan bas berkenaan sebagai pengangkutan utama ke bandar Temerloh merayu supaya kerajaan menyelesaikan isu berkenaan. Menurutnya, sebelum ini, masalah itu tidak pernah wujud dan berharap kerajaan dapat menyelesaikan demi kepentingan rakyat. Bagi Jumina Juhani 49, dari Temerloh Jaya berkata, dulu dia hanya membayar RM1.60 untuk ke bandar Temerloh dengan menaiki bas, tetapi kini beliau terpaksa bayar RM10 sehari menaiki teksi untuk ke sana. sumber [Kerajaan Negeri Pahang wajar melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah pengangkutan bas awam di Temerloh ini. Ia kerana, ketiadaan bas City Liner terbabit telah mengundang lebih banyak kesulitan kepada para pengguna. Jika Menteri Besar Negeri Sembilan boleh campurtangan masalah yang sama di Seremban baru-baru ini, maka kenapa tidak MB Pahang juga melakukan tindakan yang sama. Masalah bas awam ini bukan sahaja melanda warga Temerloh, malah di Kuantan sendiri senarionya adalah sama. Kerajaan perlu sedar kerumitan yang dihadapi oleh para pengguna terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Ketiadaan bas awam menyebabkan mereka terpaksa berbelanja besar untuk menaiki teksi ke destinasi yang ingin ditujui. Langkah sebaiknya perlulah dilakukan segera untuk mengurangkan bebanan rakyat yang amat memerlukan pengangkutan bas awam ini sebenarnya. Rakyat didahulukan]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan