Pahang Daily Online |
Panas: Ramai Keliru Serta Kecewa Dengan Syarat Untuk "Permohonan Bantuan" Rakyat 1Malaysia ! Posted: 12 Dec 2011 01:39 AM PST KUANTAN, 12 Dis - Orang ramai yang berpusu-pusu menyerbu kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dekat sini untuk mengambil wang RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kecewa dengan syarat-syarat yang mengelirukan pada borang permohonan terbabit. Menurut seorang mangsa yang ditemui berkata, berdasarkan kepada borang yang diedarkan terdapat syarat "Lelaki atau perempuan yang menjadi Ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah", namun anehnya ramai yang mengikut syarat "tidak layak" untuk memohon bantuan tersebut. "Sepatutnya jumlah pendapatan ketua isi rumah sahaja ... tidak termasuk pendapatan isteri dan tanggungan. Tapi, apa yang berlaku mereka campur semua sekali untuk kiraaan termasuk kerja lebih masa (overtime). Ini menyebabkan, sebahagian daripada kami akhirnya gagal untuk memohon. Contohnya, kalau gaji basic RM2,500, Overtime (OT) RM500 dan bekerja lebih lapan jam maka orang itu tidak layak dapat. Tapi orang yang gaji RM2,999.99 sen... dia tetap layak dapat kerana melepasi garis RM3,000. Apakah ini adil?", kata beliau. Beliau turut kecewa kerana syarat yang ditetapkan dikira termasuk dengan elaun. "Sepatutnya, mereka tidak kira elaun sebab bila-bila masa saja boleh ditarik balik", tambah beliau dengan nada kecewa. [Nampaknya, isu Bantuan Rakyat 1Malaysia ini seolah-olah satu strategi memancing undi untuk pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Banyak "risikan yang dibuat" oleh pegawai yang berkenaan sebelum boleh mendapat bantuan RM500 yang mereka harapkan. Paling mengejutkan di Kuantan, ada pegawai yang bertanya tentang parti mana yang akan dipangkah pada PRU-13 nanti atau sudahkah pemohon mendaftar sebagai pengundi. Tindakan ini amatlah tidak selarasa dengan apa yang kerajaan war-warkan itu sebenarnya. Rupanya, ternyata Bantuan Rakyat 1Malaysia itu "ada udang disebalik mee". Rakyat akhirnya tertipu dengan segalanya. Apapun, semua diminta mengambik wang terbabit kerana itu adalah "wang rakyat". Namun mereka harus buat pilihan terbaik pada PRU-13 ini nanti !]. |
Panas: Cucu Mat Kilau Meninggal Dunia Hari Ini ! Posted: 11 Dec 2011 08:41 PM PST KUANTAN, 12 Dis - Cucu Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau (foto) iaitu Ibrahim bin Umar telah meninggal dunia di Kg.Pulau Tawar Jerantut pada hari ini. Berdasarkan sumber, arwah meninggal dipercayai akibat sakit tua dan beliau tidak meninggalkan seorangnya keturunannya. Ibrahim yang juga dikenali sebagai "Aki Aik" oleh penduduk Pulau Tawar dipercayai tidak berkahwin sepanjang hidupnya. Beliau merupakan anak kepada Omar Bin Mat Kilau iaitu anak kepada Mat Kilau bersama isterinya Teh Mahda. Arwah merupakan satu-satunya "Cucu Asal" Pahlawan Melayu Pahang itu yang masih tinggal di kamoung asal pahlawan tersebut. Semasa hayatnya, arwah tidak dapat banyak menyumbang ke arah perjuangan membela rakyat seperti yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu. Cuma, arwah hanya menjadi tempat kunjungan para wartawan media dari seluruh dunia untuk mendapatkan pandangan dan komen beliau tentang perjuangan pahlawan Melayu Pahang itu. Semasa hayatnya juga, arwah lebih banyak menghabiskan masa dirumahnya. Dalam satu pertemuan dengan krew PDO beberapa tahun yang lalu arwah nyata kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri Pahang yang gagal membantu membangunkan semula peninggalan sejarah pahlawan Mat Kilau dan Tok Gajah di Pulau Tawar. Malah, beliau juga kecewa dengan sikap wartawam media dan majalah yang hanya mengaut untuk menghasilkan artikel dan buku-buku berkaitan perjuangan Mat Kilau sedangkan tiada royalti langsung yang dipulangkan kepada keturunan pahlawan Melayu Pahang itu. Terbaru, cerita "Mat Kilau" pula mahu difilemkan oleh pihak tertentu. "Semuanya mahu untung, tapi sedikit pun tidak disumbangkan kepada kami", kata Arwah ketika itu. Kini, kampung asal Pahlawam Melayu Pahang itu terus terbiar layu dan tiada pembangunan sejarah yang dilakukan oleh kerajaan selama ini. Malah, makam Mat Kilau sendiri pun terpaksa dibangunkan oleh pihak swasta sebelum ini. Dengan kematian "Cucu Mat Kilau" ini, maka berakhirlah sudah riwayat salah silah keluarga asal Mat Kilau di Pulau Tawar. Mungkin yang ada ialah keturunan Mat Kilau diluar Pulau Tawar yang kini bertebaran di seluruh negara. Al-Fatihah buat roh arwah Ibrahim. [Mat Kilau seorang pahlawan agung yang berjuang menentang penjajahan Inggeris kerana Islam. Pemergiaan cucunya ini merupakan satu kehilangan besar buat roh perjuangan Islam di Pahang. Sejak zaman berzaman, memang Pulau Tawar terus terpinggir dari arus pembangunan. Entah apa sebabnya pun kita tidak tahu. Cukup berbeza dengan Pasir Salak (Perak), Kg.Duyung (Melaka), Padang Mat Sirat (Langkawi) dan sebagainya, Kerajaan Negeri masing-masing membangunkan kawasan tersebut sebagai kawasan sejarah untuk dikunjungi oleh generasi muda hari ini. Namun, Pulau Tawar hanya ada "makam Mat Kilau" yang dijaga dengan rapi sebaliknya Masjid Lama tempat beliau isytiharkan dirinya Mat Kilau, rumah kelahirannya, tempat beliau mengajar ilmu persilatan, serta lain-lain peninggalan sejarah yang sepatutnya boleh dijadikan produk pelancongan terbiar layu. Kerajaan Negeri Pahang langsung tidak berusaha untuk membangunkan lokasi berkenaan selama ini. Malah, kebajikan keturunan Mat Kilau juga tidak terurus termasuk arwah Ibrahim Bin Omar itu. Beginilah nasib pejuang Melayu Pahang. Namanya diagungkan tetapi pengorbanan dan perjuangannya dipinggirikan oleh arus pembangunan]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan