Pahang Daily Online |
Menteri Besar Pahang Melancarkan Kedai Rakyat Satu Malaysia Yang Pertama Di Kuantan Hari Ini ! Posted: 07 Dec 2011 05:53 AM PST KUANTAN, 7 Dis - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob telah melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia yang pertama di negeri ini pagi tadi. Kedai yang dibuka di persimpangan Jalan Bukit Ubi ke Jalan Gambut dijangka mendapat sambutan hangat dari kalangan rakyat kerana ia menawarkan jualan barangan harian dengan harga yang lebih murah. Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Pengarah Urusan Mydin Holdings Datuk Ameer Ali Mydin. Pembukaan kedai rakyat 1Malaysia itu dijangka mendapat sambutan hangat kerana ia terletak dilokasi tengah bandar dan mudah untuk dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di situ. Tinjauan mendapati, orang ramai berpusu-pusu berkunjung ke kedai terbabit hingga petang tadi untuk meninjau sendiri barangan jualan yang ditawarkan. Ada berbagai persepsi yang ditimbulkan oleh mereka terbabit selepas berurusan. Apapun, pembukaan kedai rakyat 1Malaysia diharap dapat dimanfaatkan oleh semua. Namun, lokasinya yang agak hampir dengan pasaraya Mydin itu sendiri di Jalan Tun Ismail dilihat tidak berapa sesuai kerana barangan yang dijual itu juga adalah sama dengan yang dijual di pasaraya terbabit. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan