Pahang Daily Online |
Pengarah KOMAS, Tegaskan Demontrasi Perlu Di Buat Tempat Terbuka Bukannya Lokasi Tertutup Posted: 30 Nov 2011 08:42 PM PST SHAH ALAM 1 Dis - Dari segi matlamat dan semangat, sebuah demonstrasi menuntut hak atau kepentingan tidak sesuai dilakukan dalam kawasan tertutup seperti stadium, menurut sebuah badan bukan kerajaan yang sering menolong menganjurkan protes bagi golongan bawahan. Pusat Komunikasi (Komas) berkata tujuan demonstrasi jalanan adalah untuk menarik perhatian pihak pemerintah dan masyarakat awam terhadap rintihan dan masalah yang dihadapi kumpulan yang menganjurkan tindakan tersebut. Ini supaya golongan tersebut dapat mendesak pemerintah agar mengambil serius tuntutan mereka sekaligus mencari jalan bagaimana tuntutan-tuntutan tersebut dapat dipenuhi. "Demonstrasi diadakan bertujuan menyuarakan hasrat dan suara hati rakyat untuk menaikkan sesuatu isu disamping mendapatkan sokongan menyelesaikan isu tersebut," beritahu Pengarah Pusat KOMAS Tan Jo Hann (foto). Sejak ditubuhkan pada 1993, Pusat KOMAS telah menolong banyak kumpulan golongan yang berpendapatan rendah seperti peneroka bandar, pekerja kilang dan penjaja gerai untuk menuntut hak mereka daripada kerajaan. Antara demonstrasi yang Tan sendiri telah terlibat adalah protes oleh penduduk Kampung Chupadak di Sentul, Kuala Lumpur, terhadap pihak berkuasa tempatan dan sebuah lagi di Rumah Panjang Jinjang Utama, Kepong. Tan menjelaskan pendirian organisasi itu dalam tentangannya terhadap Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011 yang baru diluluskan di Parliman. Undang-undang itu telah dikecam kuat oleh aktivis masyarakat sivil yang mendakwa ia lebih menyekat kebebasan untuk berhimpun dan bersuara. Antara peruntukan akta tersebut adalah kuasa bagi pihak polis menentukan tempat dan masa sebuah perhimpunan atau demonstrasi. Sekatan juga diadakan ke-atas lokasi dimana sebuah perhimpunan boleh diadakan. Penganjur yang melanggar syarat-syarat ini boleh didenda sehingga RM20,000. Demontrasi perlu diadakan di kawasan terbuka bukan di stadium tertutup Bukti, nenek moyang pejuang Melayu UMNO juga berdemontasi dijalanan ketika menentang Malayan Union pada zaman penjajahan British dulu [UMNO cuba mengajar rakyat berhimpun serta berdemontrasi, sedangkan mereka lupa bahawa nenek moyang mereka dululah yang memulakan himpunan serta demontrasi jalanan membantah Malayan Union hingga kononnya membawa kemerdekaan kepada negara ini. Akta yang sengaja dipinda dan digubal untuk menghalang kebangkitan rakyat sama seperti menentang Malayan Union dulu kini mereka anggap salah dan tidak wajar dilakukan. Anehnya, bila perhimpunan serta demontrasi itu melibatkan puak-puak mereka atau NGO yang sekutu mereka maka undang-undang yang digubal secara automatik akan terbatal dengan begitu mudah sekali. Inilah ajaran sesat yang dibawa bertujuan untuk memesongkan rakyat sebenarnya. Amalan demokrasi berparlimen memberi hak dan kebebasan rakyat untuk menyatakan bantahan aman. Kenapa mereka rosakkannya!]. |
Posted: 28 Nov 2011 10:37 PM PST KUANTAN, 29 Nov - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) digesa menyiasat satu laporan ketidakpuasan hati ramai kontraktor kantin sekolah-sekolah agama seluruh Pahang akibat tindakan "pihak tertentu" mengatur kontraktor terpilih untuk "tender kantin sekolah-sekolah agama Pahang musim 2012". Difahamkan, semua tender kantin sudah pun tamat pada tahun ini dan sepatutnya MUIP seperti biasa akan membuka tender baru untuk dipohon oleh kontraktor-kontraktor terbabit. Namun, anehnya pada kali ini "tender dibuat secara runding terus" oleh Pejabat Kewangan Negeri Pahang. Difahamkan sebelum ini MUIP hanya mengeluarkan hebahan dan tender sebaliknya peruntukan diperolehi daripada Kerajaan Negeri sendiri. Namun, kali ini ia agak mengejutkan bilamana tender tidak lagi dikeluarkan sebaliknya pejabat Kewangan Negeri mengawal proses tersebut. Daripada sumber maklumat yang diperolehi, terdapat campurtangan yang begitu jelas oleh Pegawai Kewangan Negeri Pahang sendiri iaitu Dato' Norzan Bin Hj.Ahmad (foto) yang dipercayai menganugerahkan "tender runding terus" kepada proksi-proksi "isteri muda"nya. Menurut seorang saksi, beliau amat kecewa dengan senario yang berlaku ini. Ia jelas menggambarkan betapa teruknya sikap pegawai kerajaan menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat. "Sudahlah tender dibuat secara runding terus kali ini, malah harga tender juga dinaikkan secara tidak munasabah (RM2.00 satu kepala). Bayangkan berapa ratus ribu pelajar-pelajar sekolah agama di seluruh negeri Pahang ini?. Semuanya dikontrol oleh mereka. Sedangkan jika kami masuk tender sekali pun, mereka mahu agar harga direndahkan .. tiba-tiba tender runding terus mereka naikkan harga sedemikian rupa. Ini jelas satu lagi bukti penyelewengan yang nyata sebenarnya", kata kontraktor itu. Kemungkinan satu laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibuat oleh mereka terhadap dakwaan ini. [Difahamkan, banyak syarikat yang mendapat projek tender tersebut secara "runding terus" adalah dimiliki oleh proksi isteri beliau. Jika sebelum ini, rakyat melihat Rosmah Mansor mengawal projek-projek kerajaan pusat. Kini ia menular pula ke negeri Pahang, hingga projek tender kecil seperti ini pun mahu dikawal oleh mereka yang berkuasa. MUIP digesa mengambil tindakan segera untuk memberi hak kepada semua kontraktor masuk tender secara terbuka. Pegawai Kewangan Negeri Pahang tidak wajar campurtangan dalam hal ehwal yang membabitkan sekolah agama seperti ini. Malah difahamkan antara syarikat yang dipercayai mendapat tender runding terus itu ialah NS Jaya Enterprise yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan isteri pegawai terbabit. Hak rakyat tidak wajar dinafikan, dan mereka tidak perlu menunjukkan kuasa walau pun mereka ada kuasa. Justeru itu, diharapkan agar perkara ini diselesaikan dengan segera sebelum laporan lanjut yang lebih panas menyusul. Sudah tiba masanya rakyat mengetahui kebenaran daripada terus takut dibelenggu penyelewengan oleh mereka yang "gila berkuasa"]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan