Muslimeen United |
- NAJIB TAK BERANI!!! Takut Shahrizat selak kain Ro$mah?
- Mampukah Suapan RM2.71B Untuk Umno-BN Tawan Selangor
- MARI MENGUNDI : PILIHAN DI TANGAN ANDA
- Video : Jika Menang DAP Cadang PAS Ketua Menteri Melaka
- Kes NFC: Ini Wayang Ke Apa? Boleh Tersenyum Girang Bila Kena Dakwa?
NAJIB TAK BERANI!!! Takut Shahrizat selak kain Ro$mah? Posted: 31 Dec 2011 02:35 AM PST Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil sebarang tindakan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menimbulkan pelbagai persepsi berhubung penyelewengan NFC membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan Pusat. Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata tidak ada sebab munasabah untuk Najib melengah-lengahkan tindakan sedangkan pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno sendiri menggesa Shahrizat berbuat demikian. "Apakah Najib takut bertindak disebabkan bimbang Shahrizat mendedahkan pelbagai lagi penyelewengan lain yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk keluarga Najib sendiri sekiranya beliau dipecat?. "Apakah juga disebabkan ada pemimpin lain yang turut terlibat, Kalau tidak mengapa Najib masih membisu" kata beliau mencabar Najib bertindak menjawab segala persepsi yang ada bagi membersihkan imej kerajaan dimata rakyat. "Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya mendepani masalah ini kerana beliau adalah ketuanya," tegas Haniza yang juga Timabalan Speaker Dun Selangor. Melihat kepada kepincangan yang dicetuskan oleh Shahrizat, Haniza menzahirkan rasa kecewa kerana tidakannya itu bukan sahaja mengkhianati wang rakyat, malah turut mengaibkan kaum wanita. "Ia amat memalukan sebagai seorang ketua wanita dari satu organisasi yang besar pada masa yang sama mewakili kaum melayu terbabit dalam salah laku seperti ini," katanya. "Ini adalah pertama kali pemimpin wanita negara melakukan kesalahan secara terang-terangan," jelas Hanzia ketika dihubungi TVSelangor. Katanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat pemimpin yang terlibat dengan skandal akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab. Haniza berkata ini tidak mungkin akan berlaku dalam kepimpinan Umno-BN. Mengulas lanjut, Haniza berkata penyelewengan tersebut adalah dilema hebat dalam kepimpinan Umno kerana apa jua tindakan yang bakal diambil tetap akan menerima hukuman dan kritikan daripada rakyat."'Luah mati emak, telan mati bapak' bagaimana cara sekalipun, Umno tidaka akan terlepas daripada diadili oleh rakyat dan tidakan mereka itu akan dilihat sebagai sebuah janji yang telah mengkhianati rakyat, " kata beliau PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam 'kucar-kacir' seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta. Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu. Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan. |
Mampukah Suapan RM2.71B Untuk Umno-BN Tawan Selangor Posted: 31 Dec 2011 02:32 AM PST Sehari selepas itu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pula, Datuk Seri Noh Omar mengeluarkan kenyataan bahawa peruntukan Kerajaan Pusat untuk membangunkan Selangor lebih besar dari kerajaan negeri. Menurut Noh lagi, di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), sebanyak RM2.62 bilion disalurkan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan 628 projek di Selangor, dan sebanyak RM83.81 juta lagi disalurkan menerusi pelbagai agensi dan kementerian. Manakala peruntukan RM2.71 bilion yang di terima Umno/BN kali ini adalah amat besar jika dibandingkan peruntukan untuk lima tahun bagi RMK-10 tersebut. Kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan belanjawan 2012 baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM1.9 bilion wang kerajaan negeri untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunannya. Susulan itu, Khalid menegaskan Najib dan Noh tidak perlu mendabik dada kononnya menyalurkan peruntukan yang besar untuk projek pembangunan di Selangor. Katanya, kesemua wang pembayar cukai dan dana rakyat tersebut akan di salurkan kepada ketua-ketua Bahagian Umno/BN untuk tujuan pilihan raya umum akan datang dan bukan untuk rakyat negeri itu. Sementara itu, wang tersebut juga di ambil dari belanjawan defisit negara dan bukannya dari perolehan sumber belanjawan berimbang. Ini meletakkan peruntukan tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat seluruh negara. Menurut Khalid, penyaluran wang tersebut cuba 'dihalalkan' di atas nama pembangunan negeri Selangor sedangkan hakikatnya wang tersebut untuk disalur kepada pemimpin-pemimpin Umno/BN melalui ganjaran dengan membuat projek-projek 'mee segera'. Projek-projek mee segera ini berupa projek-projek ringan seperti membina longkang, bilik gerakan pilihan raya dan sebagainya yang harganya berlipat kali ganda kerana selebihnya akan masuk ke saku pemimpin-pemimpin Umno bahagian serta kroni mereka. Baru-baru ini ketika mengadakan kempen keindahan kediaman dan mengecat rumah pangsa di Gombak, Khalid hanya menggunakan peruntukan RM400,000 untuk menjayakan program tersebut. Selang beberapa hari setelah pengumuman Najib, Umno Gombak pula mengumumkan peruntukan RM1.1 juta untuk tujuan yang sama. Bandingkanlah bagaimana 'pintarnya' pemimpin-pemimpin Umno mengurus tadbir wang dari dana rakyat tersebut. Ujar Khalid lagi, wang tersebut seharusnya di salur kepada kerajaan negeri sebagai pemerintah yang sah bagi membolehkan wang tersebut diurus secara berhemah dan terancang. "Ini adalah duit pembayar cukai dan bukan duit parti Barisan Nasional, wang RM2.71 bilion itu adalah pembangunan seluruh rakyat di Selangor dan bukan untuk kepentingan segelintir pemimpin-pemimpin Umno/BN," kata Khalid. Pakar perampas Najib telah melantik diri beliau sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor selepas Dr Khir Toyo meletak jawatan ekoran kes rasuah berhubung memiliki banglo di atas dua tanah lot di Shah Alam. Perlantikan beliau tersebut memperjelaskan lagi bahawa Umno Selangor benar-benar ketiadaan calon berwibawa. Mungkin Najib sendiri tidak yakin dengan kemampuan Umno Selangor untuk merampas kembali negeri Jugra tersebut dari PR. Najib mempunyai alasan kukuh untuk mengetuai Umno Selangor. Sebagai menteri kewangan, beliau telah merasakan betapa perbendaharaan wang negara sedang berada dalam keadaan nazak. Manakala Selangor adalah negeri yang kaya. Lantaran itulah Najib mengeluarkan kenyataan bahawa beliau dan Umno akan bertindak merampas kembali Selangor walau dengan apa cara sekali pun. Najib mempunyai pengalaman merampas Perak pada 2009 ketika berlaku krisis perlembagaan di negeri bekas pengeluar bijih timah dunia itu. Najib juga di lantik menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Perak ketika usaha merampas Perak dari tangan PR. Tujuan Najib berada di posisi tersebut semata-mata bagi membolehkan wang yang diperuntukkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) di keluarkan untuk membeli mana-mana pemimpin PR yang ingin melompat parti. Dalam kehidupan peribadi beliau pun, tidak perlulah dipanjangkan susulannya kerana Najib lebih maklum bagaimana beliau membentuk keluarga yang dimilikinya sekarang. Dana rakyat Untuk Umno/BN Selama ini mana-mana perdana menteri pun tidak pernah memperuntukkan dana yang sebegitu besar untuk 'membela' pemimpin-pemimpin Umno bahagian. Ini disebabkan segala kontrak secara terus dapat di berikan kepada ketua-ketua bahagian tersebut. Dari projek klas A hingga kepada tender cuci longkang dan potong rumput, semua disapu oleh kroni-kroni ketua bahagian dan mereka yang rapat dengan pemimpin. Maka tidak hairanlah kebanyakkan ketua-ketua bahagian Umno mempunyai rumah banglo bagaikan istana hinggap. Apabila Selangor jatuh kepada PR, semua punca pendapatan ketua-ketua bahagian tersebut hilang. Dasar tender terbuka Khalid bagaikan menutup segala periuk nasi mereka. Disebabkan selama ini Umno menjadikan wang sebagai kuasa untuk mendapatkan sokongan maka budaya tersebut telah memakan diri apabila sumber kewangan mereka terputus. Kemelut ini tidak pernah di alami oleh Umno/BN kerana sebelum PRU 2008 lalu hanya Kelantan dikuasai pembangkang. Sebagai jalan pintas, Najib teleh memberikan peruntukan yang sebegitu besar dibawah JPM yang dikepalai beliau. Berdasarkan akta parlimen, peruntukan wang tersebut tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk pihak polis, mahkamah, Jabatan Audit Negera, SPRM atau pembangkang. Peruntukan tersebut merupakan dana eksklusif kepada perdana menteri. Melalui peruntukan tersebut wang akan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang kemudiannya akan diagih kepada Pejabat-Pejabat Daerah dan Ketua-Ketua Umno Bahagian. Ekonomi tenat, Pemimpin Umno kaya raya Pada akhir 2010, jumlah hutang isi rumah yang ditanggung rakyat Malaysia telah mencecah RM577 bilion bersamaan 77 peratus dari KDNK. Manakala jumlah hutang keseluruhan dan defisit negara berjumlah RM417 bilion. Jumlah ini merangkumi hampir 14 tahun negara berada dalam keadaan defisit. Pada 7 Oktober lalu pula Najib baru sahaja membentangkan belanjawan 2012 bernilai RM232.8 bilion dengan RM181.58 bilion (78 peratus) perbelanjaan mengurus dan RM51.25 bilion ( 22 peratus) untuk perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus yang sebegitu tinggi membuktikan fokas kerajaan pimpinan Najib pada 2012 bukan lagi kepada pembangunan negara tetapi usaha untuk menyelamatkan Umno/BN dalam menghadapi PRU 13 nanti. Manakala perbelanjaan pembangunan pula bertujuan akan di beri fokus kepada projek-projek kroni yang akan membantu BN menghadapi pilihan raya nanti. Inilah amalan yang diamalkan oleh BN selama ini. Sementara itu, menurut Indeks Prestasi Rasuah (CPI) Malaysia meningkat dari tangga 56 kepada angka 60. Angka ini memperjelaskan bagaimana amalan rasuah semakin berkembang biak dalam kerajaan dan Umno. Didalam Umno sendiri, Isu politik wang ketika pemilihan dalam Perhimpunan Agung Umno telah menjadi darah daging yang tidak mampu diselesai hingga saat ini. Lantaran itulah juga Najib tidak sanggup untuk di adakan pemilihan dalam Umno hampir tiga tahun disebabkan takut berlaku perpecahan dan sogokan wang yang akan dijadikan modal PR dalam PRU-13 nanti. Penyelewengan Wang Rakyat di Selangor Baru-baru ini bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo didapati bersalah disebabkan amalan rasuah ekoran pembelian dua lot tanah di Shah Alam. Manakala bekas menteri Besar Selangor sebelum itu, Tan Seri Muhamad Taib juga didapati bersalah kerana membawa masuk berjuta wang tunai ke Australia beberapa tahun lalu. Begitu juga dengan kes Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar sebagimana didedahkan oleh Laporan Ketua Audit negara berhubung kehilangan RM110 juta dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani yang diterajui beliau. Ekoran itu petani dan pesawah di Selangor mengadakan tunjuk perasaan berhubung kehilangan dana yang di peruntukkan untuk subsidi peningkatan hasil petani di seluruh negara itu. Sehubungan itu, Najib sekali lagi meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM117 juta lagi untuk Noh membayar kepada para pesawah selepas seminggu demontrasi tersebut berlangsung. Persoalannya ke mana wang rakyat yang lesap dari kementerian Noh yang bernilai RM110 juta tersebut masih belum terjawab oleh beliau. Ketika Sidang Dewan DUN Selangor November lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan bagaimana syarikat milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman menjual tanah di Cyberjaya yang berstatus milik orang Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera. Menurut Khalid, pendedahan terperinci berhubung kes pecah amanah melibatkan Satim akan didedahkan tidak lama lagi. Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 25 Disember lalu bahawa "siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah", membenarkan lagi bahawa rasuah dan sogokan melibatkan hampir kesemua pemimpin Umno di semua peringkat adalah suatu amalan yang telah lama berlaku. Sokongan Rakyat Dalam ucapan Setiausaha Agung PKR, ketika Kongres Tahunan ke-8 di Johor Bharu November lalu di Saifudin Nasution Ismail berkata berdasarkan bancian dalaman parti mendapati sokongan rakyat di Selangor amat memberangsangkan. Katanya, dari bancian tersebut PR memerlukan lebih dari 809,000 undi untuk memperoleh dua pertiga kerusi Dun bagi menguasai kerajaan negeri. Manakala perolehan setakat November lalu mendapati sokongan rakyat terhadap PR melebihi 815,000 pengundi. Berdasarkan pengalaman beberapa siri PRU lalu dan tindakan saat akhir yang dilakukan Umno/BN dalam pelbagai bentuk sogokan dan ugutan untuk meraih sokongan, PR memerlukan sekurang-kurang 15 peratus tambahan (lebih 100,000 undi) dari jumlah undi yang diperlukan bagi berada dalam keadaan selesa. Pelbagai isu penyelewengan wang rakyat dan amalan rasuah dan sogokan politik seperti isu NFC dan rasuah membabitkan bekas Menteri Besar Selangor memberi impak yang besar terhadap penolakan rakyat terhadap Umno/BN. Apatah lagi bagi pengundi di Selangor yang kebanyakkannya terdiri dari pengundi bandar dan separa bandar yang celik maklumat dan berpendidikan. Bagi Najib dan Noh, sekiranya Selangor tidak dikembalikan pada Umno/BN semula dalam PRU akan datang bermakna Kerajaan Pusat sekarang akan kekal sebagai pembangkang. Tanpa wang, rasuah dan sogokan telah lama Umno/BN berkubur. Ini disebabkan jentera BN hanya akan berfungsi apabila ada wang dan rasuah. Apabila pusat jatuh ke tangan PR bererti BN akan ketiadaan sumber kewangannya. Dengan yuran tahunan keahlian Umno sebanyak RM2.00 setahun serta keahlian Umno berjumlah lebih kurang tiga juta apakah dengan RM6 juta tersebut mampu bagi parti tersebut beroperasi sebagimana sekarang. Semua rakyat mungkin merasa hairan bagaimana kerajaan menggunakan wang berjuta ringgit untuk kepentingan Umno/BN di seluruh negara sebagaimana peruntukan RM2.71 bilion yang diberikan kepada Umno/BN Selangor. Segala kehairanan ini setentunya akan terjawab apabila rakyat membuat keputusan meletakkan PR menerajui Putrajaya nanti. |
MARI MENGUNDI : PILIHAN DI TANGAN ANDA Posted: 30 Dec 2011 03:39 PM PST |
Video : Jika Menang DAP Cadang PAS Ketua Menteri Melaka Posted: 30 Dec 2011 03:32 PM PST Desas-desus UMNO/BN mengatakan Ketua Menteri Melaka jika Pakatan Rakyat menang akan diperintah DAP terjawab. DAP sebenarnya mahu PAS yang menjadi Ketua Menteri Melaka dan propaganda UMNO itu semata-mata mahu menakutkan orang Melayu. |
Kes NFC: Ini Wayang Ke Apa? Boleh Tersenyum Girang Bila Kena Dakwa? Posted: 30 Dec 2011 03:27 PM PST Datuk' didakwa menipu pengerusi NFC Seorang ahli peniagaan didakwa bergelar "Datuk", hari ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail. Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya. Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di ibunegara pada jam 6 petang 20 November lepas. Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 25 November hingga 6 Disember lepas. Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan. Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman oleh polis dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditahan pada 22 Disember. Shamsulbahrin yang kelihatan ceria ketika dibawa ke mahkamah hari ini berdepan hukuman sebat, denda serta penjara antara satu hingga sepuluh tahun sekiranya didapati bersalah. Tidak bayar jamin Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh juga diarahkan untuk menyerahkan pasport beliau. Ketua pengarah eksekutif Shamsulbahrin Ismail Resources Sdn Bhd itu tidak dapat membayar jaminan tersebut hari ini. Mahkamah turut menetapkan kes berkenaan untuk disebut semula pada 31 Januari. Tertuduh yang kini masih dalam siasatan polis – dilaporkan disiasat untuk 10 kes penipuan berasingan. Peguam J Rao memohon supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana aset tertuduh telah dibekukan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 pada 23 Disember. Aset berkenaan juga mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 pada 27 Disember. -mk
Pendakwaan yang dilakukan ke atas "Datuk" Shamsulbahrin Ismail sungguh menimbulkan prasangka dan pelbagai spekulasi dari rakyat. Pertama, kerana tertuduh lansung tidak menampakkan sebarang riaksi takut, cemas atau resah sewaktu dibawa ke mahkamah, sebaliknya tersenyum girang malah boleh melambai-lambai tangan kepada pihak media sekalipun tangannya bergari. Sesuatu senario yang amat jarang berlaku terhadap mana-mana kes yang seumpama. Apakah skrip yang disediakan terlupa untuk mengarahkan "datuk" berkenaan supaya berlagak seperti orang salah? Kedua, yang disuruh siasat oleh rakyat sebelum ini ialah suami Shahrizat, iaitu pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail. Tetapi lain pula yang disiasat dan orang lain pula yang didakwa. Shamsubahrin dikatakan menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya dan didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta. Seolah-olah kini polis dan SPRM bertindak bagi pihak NFC dan Mohamad Salleh dengan mendakwa dan membuat tuduhan kepada Shamsubahrin. Shamsubahrin memang sudah ada rekod penipuan. Apakah beliau kini dipergunakan untuk menjadi "kambing hitam" bagi menyelamatkan NFC dan suami Shahrizat? Tidak mengapa. Tuhan ada. Kita serahkan kepadaNya untuk mendedahkan kebenaran dan keadilan". Allah itu Hakim Yang seadil-adilnya. Justeru perbanyakkanlah berdoa seperti yang selalu GB nukilkan di blog ini: Kita sebagai rakyat terbanyak hanya mampu terus berdoa kepada Allah s.w.t. اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ 1) Allahumma arinaal haqqa haqqaan, warzuqnattiba'ah, wa arinaal bathila bathilaan, warzuqnajtinaabah Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya. رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً 2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathil innal bathila kaana zahuuqa Ya Allah, masukkanlah kami dengan cara yang benar dan keluarkanlah(pula) kami dengan cara yang benar dan berikanlah kepada kami dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya: Firman Allah bermaksud, Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81) -GB |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan