Muslimeen United |
- LEMBU UMNO MENGAMUK DI BUKIT AMAN
- Isu Turun Bendera Najib: Tiada Sebab Minta Maaf - SMM & BEBAS
- Najib tidak bersuara isu ini !!
- Mahasiswa bukan budak hingusan
- Peluang Menang di DUN Bandar Cerah
- SBPA: Cuepacs akan berhimpun di JPA jika sesi temu PM gagal
- Sumpah Laknat: Apabila Mahathir Menyamakan Tarafnya Dengan Saiful..
LEMBU UMNO MENGAMUK DI BUKIT AMAN Posted: 19 Dec 2011 09:20 AM PST Seperti juga Tun Mahathir yang menafikan beliau pernah meminjam dari Bank Dunia pada tahun 1989, begitulah juga dengan pencacai UMNO ini.. Beliau tidak mengaku beliau adalah pencacai UMNO.. katanya beliau bukanlah Gangster UMNO tapi ini melibatkan maruah… maruah siapa? "Saya rasa dia (Adam Adli) kurang ajar sangat, kalau dia betul-betul anak Melayu. Dia sudah masuk ke bangunan UMNO, pergi ke bangunan UMNO perlu beradaplah... Jangan sampai hendak turunkan bendera Presiden UMNO. "Lepas tu naikkan bendera dia. Ini sudah kurang ajar...bagi saya dia dah kurang ajar... saya seorang-orang cari dia, saya bukannya upahan samseng UMNO, semua itu tidak, sebab dia kurang ajar, kita akan cari dia, kata pencacai tersebut - sepenuhnya di SINI MARUAH??? ... maruah siapa? kalau bukan pemimpin UMNO.. |
Isu Turun Bendera Najib: Tiada Sebab Minta Maaf - SMM & BEBAS Posted: 19 Dec 2011 05:17 AM PST Kami tidak akan minta maaf turun bendera Najib, kata SMM dan Bebas KUALA LUMPUR, 19 Dis — Kumpulan mahasiswa yang menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno di sini kelmarin menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri atas insiden itu. Sebaliknya, pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum insiden itu berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf. "Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat" kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razak ketika dihubungi The Malaysian Insider tengah hari ini. Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di pekarangan ibu pejabat Umno petang kelmarin. Sebelum itu, mereka menyerahkan memorandum kepada wakil Suhakam. Difahamkan insiden menurun dan menaikkan semula bendera wajah Najib terjadi sebelum majlis penyerahan memorandum kepada Saifuddin. Dalam kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi, Saifuddin mengulangi pendiriannya mengutuk perbuatan menurunkan bendera wajah Najib tetapi menegaskan, insiden itu tidak akan mengganggu komitmen kerajaan meminda AUKU. Saifuddin menambah, beliau membuat kenyataan ini bagi mengulangi dan menjelaskan pendiriannya seperti yang telah nyatakan dalam Twitter dan Facebook kelmarin bahawa insiden menurunkan bendera gambar Najib selaku Presiden Umno di PWTC adalah perbuatan terkutuk. "Dan bahawa pihak yang bertanggungjawab iaitu SMM dan Gerakan Bebas mesti meminta maaf," katanya lagi. Pemuda Umno juga mengecam insiden itu semalam. Saifuddin menambah: "Saya ingin menjelaskan bahawa kehadiran saya di tempat insiden itu hanyalah semata-mata untuk menerima Memorandum daripada SMM dan Bebas." Mengulas lanjut pendirian mereka, yang diputuskan malam tadi, Ahmad Syukri berkata tindakan menurunkan bendera, yang dipercayai dilakukan oleh seorang peserta demonstrasi, sebenarnya tidak menggugat kedudukan mana-mana pihak termasuk Najib sendiri. Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya ingin menyampaikan mesej yang jelas kepada Najib dan ahli-ahli politik supaya jangan membuat kenyataan bersifat retorik dan sandiwara semata-mata. "Kita telah melihat sandiwara politik sejak kebelakangan ini, bermula dari 16 September, bahawa ISA, peruntukan Akta Polis akan dimansuhkan bagi memberi kebebasan perhimpunan, tetapi lain yang berlaku. "Datuk Seri Najib kata mahu memansukan peruntukan dalam AUKU tetapi masih mahu membuat rayuan (berhubung kes empat pelajar UKM). Jadi, bagi kami ini semua satu sandiwara politik," kata beliau lagi sambil menambah, "mahasiswa mahu memberi amaran dan mesej yang jelas kepada kerajaan, kepada perdana menteri." "Insiden menurunkan bendera hanyalah ekspresi, luahan perasaan pelajar. Kalau retorik politik ini berterusan, mahasiswa akan menggerakkan seluruh tenaga pelajar untuk mengubah rejim semasa menerusi saluran demokrasi nanti," katanya lagi. Ketika ditanya apakah tindakan mereka enggan memohon maaf bertentangan dengan pendirian sederhana diperlihatkan oleh Saifuddin yang sanggup menerima memorandum mereka kelmarin, Ahmad Syukri berkata, pihaknya tidak melihat ia akan menjejaskan imej timbalan menteri itu. "Sebaliknya kami berharap Datuk Saifuddin akan lebih berani memperjuangkan keterbukaan dan kepentingan generasi muda," katanya lagi. -TMI 'Bendera Najib': Siswa enggan mohon maaf |
Najib tidak bersuara isu ini !! Posted: 18 Dec 2011 08:25 PM PST Malaysia negara ke-empat paling rasuah di dunia tetapi Najib tidak bersuara Untuk dekad pertama dalam abad ini, Malaysia telah kehilangan RM 1.08 trillion (US$338 billion) dalam pengaliran wang haram yakni, merupakan ke-empat tertinggi di antara negara-negara membangun. Untukjangka masa 2000-2009, Cina telah kehilangan US 2.74 trillion dalam pengaliran wang haram dan merupakan negara membangun yang menduduki tempat pertama aliran wang haram ini menurut laporan ranking negara yang diterbit. Mexico menduduki tempat ke-dua dengan US504 billion dan Russia US501 billion. Negara jiran kita yang terdekat adalah Filipina di tempat ke 13 yang kehilangan IS12 billion. Pengaliran wang haram dapat dilihat sebagai penanda aras atau petunjuk kepada skala rasuah. Ini bermaksud Malaysia mempunyai sekumpulan pemimpin yang paling rasuah di rantau Asia Tenggara dan juga yang ke-empat paling rasuah di dunia dengan meletakkan sejumlah besar wang untuk dikerjakan di luar negara. Laporan Global Financial Integrity (GFI) melaporkan pada Januari, sejumlah RM930 billion telah mengalir keluar Malaysia dari 2000 hingga 2008. Ini bertambah kepada RM 218 billion setahun daripada RM 71 billion pada masa itu. Malaysia kehilangan RM150 billion kepada pengaliran wang haram pada 2009. Laporan itu mengulas bahawa "pertambahan itu lihat di beberapa negara Asian." Ia juga menambah "Dengan bertambahnya pengaliran kapital haram dari Malaysia, ia telah mengecilkan jumlah pengaliran capital yang bersih ke negara sejak beberapa tahun ini." Rasuah, kecurian dan pemberian faedah Loceng amaran dibunyikan seawal Januari 2011 oleh pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim yang mempersoalkan sifat pemaaf kerajaan terhadap masalah pengaliran wang haram melalui rasuah dan pengecualian cukai. Menurut laporan tersebut, rasuah, pencurian dan pemberian faedah adalah antara penyumbang kepada pengaliran wang haram ini dan ia dominan di negara timur tengah, utara Afrika dan negara membangun di Eropah. Pemalsuan inbois import/eksport yang dikenali sebagai salah nilai pula menyumbang kepada separuh daripada jumlah pengaliran wang haram terutamanya di Asia dan barat. Untuk menangani masalah ini, Gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz telah membentangkan Akta Wang Perkhidmatan Perniagaan pada Mac lepas, dan berkuatkuasa Disember lepas. Akta ini menyokong pembangunan yang lebih dinamik, kompetitif dan professional bagi industri perkhidmatan perniagaan, dengan mengukuhkan kawalan terhadap pengubahan wang haram, pembiayaan kekejaman dan aktiviti haram menurut bank negara. Tindakan separuh jalan Penguatkuasaan akta itu nampaknya sudah terlambat kerana ia Cuma tindakbalas spontan terhadap masalah yang sudah wujud sejak sedekad lepas. Selepas sedekad, Malaysia sudahpun kehilangan RM 1.08 trillion hasil perbuatan BN. Inilah kerajaan yang telah membazirkan wang sejak sekian lama dan sudah sampai masanya untuk terjadi sebuah letupan ekonomi yang menghuru-hurakan negara. Dengan kadar inflasi pada 3.4% pada September dan adalah yang tertinggi sejak 27 bulan, dan 3.5 % pada Jun, inflasi makanan kekal sebagai kebimbangan utama; meningkat kepada 5% dari tahun ke tahun sejak September dan dari 4.6% pada Ogos. Rakyat Malaysia akan menepuh masa-masa yang sukar dengan kos kehidupan yang semakin meningkat. Dan apakah reaksi daripada Menteri Kewangan mengenai semua ini? Tiada. Tiada satu pun usaha cerita indah daripada Najib Sebaliknya, kita telah disajikan dengan begitu banyak pengumuman untuk menjadikan Malaysia sebuah negara pendapatan tinggi dan semakin banyak projek mahal yang menemui kegagalan seperti NFC. Dengan secara tiba-tiba mahu meningkatkan gaji penjawat awam adalah suatu usaha untuk mendapatkan lebih banyak cukai dan pada masa yang sama mendapatkan sokongan penjawat awam untuk PRU 13. Segala usaha-usaha ini adalah semata untuk memastikan kemenangan pada pilihanraya kelak sementara keadaan negara semakin berkecamuk. Hakikat bahawa pengaliran wang haran dari Malaysia dari tahun ke tahun telah meningkat daripada RM71 billion kepada RM218 billion setahun telah memberi indikasi bahawa langkah-langkah yang kurang berkesan telah diambil oleh Kementerian Kewangan dan juga Bank Negara untuk menangani masalah tersebut. Pendek kata, usaha mereka gagal. PM Najib Razak yang juga menteri kewangan tidak mempunyai apa-apa pencapaian yang membanggakan sepanjang perkhidmatan beliau walaupun sudah mentadbir sejak April 2009. Kementerian Kewangan yang sunyi sepi telah mengundang persoalan –Adakah Najib orang yang patut dipersalahkan dalam kegawatan ekonomi negara? Adakah ia suatu keutamaan bagi menteri kewangan? Adakah BN bekerja keras untuk memperbaiki keadaan ekonomi negara? Isu-isu ini telah benar-benar memberi bayangan bahawa kita mungkin akan kecundang seperti Greece dan ramalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala bahawa kita akan bankrap pada tahun 2019 disebabkan negara tidak mampu membayar hutangnya yang semakin bertambah. Malaysia Chronicle |
Mahasiswa bukan budak hingusan Posted: 18 Dec 2011 08:21 PM PST KUALA LUMPUR, 19 Dis: "Saya ucapkan selamat berjuang, sabar dan tabah mendepani ujian buat seluruh mahasiswa yang berani dan benar," kata Nasrudin Hassan. Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu berkata mahasiswa adalah agent of change dan ilmu yang mereka miliki meletakkan mereka sebagai intelek muda dan ia merupakan aset untuk berani, yakin dan bertanggungjawab dengan tindakan yang mereka ambil. "Mereka bukan lagi budak hingusan yang boleh ditempelak, dipulas telinga dan ditampar, apa lagi untuk diludah," ujarnya kepada Harakahdaily. Menurutnya, mereka mampu bangkit membentuk gelombang third force yang berkesan ke arah membangkitkan ummah dari lena yang panjang lantas mencetus perubahan dan meletakkan negara selamat serta bebas dari anasir yang meruntuhkan peradaban seperti rasuah, pecah amanah, ketidaktelusan dan sebagainya. Katanya, kerajaan sekali-kali tidak wajar mengkesampingkan tuntutan mereka apatah lagi memperkecilkan mereka. "Saya lihat inilah masanya, mahasiswa menyusun kebangkitan lalu memposisikan diri mereka selayaknya, sesuai dengan ilmu dan semangat yang mereka miliki. Usah gentar berkelana di alam buana ini, menggalas cita-cita perjuangan," ujarnya. Tambahnya, tidak sekadar berjuang untuk membebaskan mahasiswa tetapi juga menggerak kesedaran serta kebangkitan rakyat. Justeru, katanya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan syabas kepada thaurah yang mula menampakkan rentak kebangkitan mahasiswa. Kini, ujar beliau mereka mula melepaskan diri dari pasung puaka yang membelenggu leher mereka sejak sekian lama. "Kami pastinya bangga dengan perkembangan ini. "Menuntut ilmu biarlah seiring dengan semangat perjuangan. Jangan abaikan salah satu dari keduanya. Ilmu adalah senjata berkesan bagi perjuangan yang kita dukung," tegasnya. Beliau menambah, ada senjata tetapi tidak menghunusnya untuk perjuangan suci itu hanya memperlihatkan kita lemah. "Demikian juga berjuang tanpa senjata (ilmu) membuatkan kita salah memilih hala tuju yang benar," jelasnya. -Hrkh |
Peluang Menang di DUN Bandar Cerah Posted: 18 Dec 2011 04:53 PM PST KUALA TERENGGANU – Berdasarkan suasan politik semasa dan pemikiran terbuka serta matang para pengundi Cina di Kuala Terengganu, PAS yakin peluang menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar adalah amat cerah. Menurut Pesuruhjaya PAS, Haj Mohd Abdul Wahd Endut, dengan kerja kuat ahli dan penyokong, PAS dan Pakatan Rakyat boleh menang kali ketiga di DUN tersebut. "Kita rasa dengan macam ini (keadaan) peluang kita cerah, DUN Bandar kita akan menang, macam dulu, kita menang walaupun 100 undi , "walaupun kalah dalam parlimen DUN Bandar kita menang walaupun sedikit tapi ini (adalah) satu peluang,"katanya ketika ditemui media selepas lawatan mesra beliau ke Kampung Cina, dekat sini, Sabtu 17 Disember. Katanya, PAS telah dua kali menang di DUN Bandar sebelum in pada tahun 1990 dan 1995. Oleh itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, dengan kerja kuat ahli dan penyokong, PAS bersama Pakatan Rakyat akan dapat merampas kembali DUN Bandar buat kal ketiga. Sementara itu, Pengerusir Penjaja Statik Kampung Tiong, Choi Chu Kan (gambar kiri, berbaju merah) yang mengambil kesempatan bertemu dengan Wahid mengadu kerajaan Umno dan Barisan Nasional tidak memberikan bantuan kanop sebagaimana yang diberikan setiap tahun. "sebagai Pengeusi di sini, jadi sebab BN tak boleh membantu kamp untuk (dpatkan) kanopi (sepertimana) setiap tahun, tahun ni tak tahu apa, (dia cakap) banyak alasan, cakap sultan mari.....tak tahu apalah, (ada) banyak masalah, "saya minta Haji (Wahid) tolong, kta bukan nak banyak, dua puluh sahaja,"ujarnya. Kata Choy, ia adalah amat penting kepada para peniaga, terutamanya waktu hampir kepada Tahun Baru Cina. Sebagai respon, Wahid berkata, belau akan cuba membantu mendapatkan kanopi sebagai kegunaan para peniaga tersebut. Turut sama dalam lawatan itu ialah ADUN Ladang, Dato' Tengku Hssan Omar, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Dr Balachandran dan ahli Jwatankuasanya, Pengerusi DAP Ng Chai Hing serta para petugas muslimin dan muslimat PAS DUN Bandar. -BO |
SBPA: Cuepacs akan berhimpun di JPA jika sesi temu PM gagal Posted: 18 Dec 2011 04:50 PM PST KUALA LUMPUR — Cuepacs sedang mempertimbangkan perhimpunan 'protes' di pekarangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya jika pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Khamis ini berkenaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tidak menemui penyelesaian. Perhimpunan itu dirancang untuk diadakan pada 27 Disember. Presiden Cuepacs Omar Osman berkata, perhimpunan itu bertujuan melahirkan perasaan tidak puas hati kakitangan awam berkenaan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini. Rasa tidak puas hati itu dilihat sebagai yang pertama dalam sejarah Cuepacs — sebelum sesuatu sistem saraan baru dikuatkuasakan. "Tengok dulu, jika pertemuan dengan Perdana Menteri pada 22 Disember ini tidak menemui hasil yang diharapkan, maka kami akan mengadakan perhimpunan selepas mesyuarat majlis kongres pada 27 Disember. "Mesyuarat majlis am akan membuat pendirian akhir. Kami mahu JPA mendengar rintihan ahli-ahli Cuepacs mengenai SBPA, kita akan berhimpun di Blok C1 (bangunan JPA di Putrajaya," kata beliau kepada The Malaysian Insider di akhir perhimpunan dan taklimat bantahan mengenai SBPA kepada sekitar 2,000 ahli jawatankuasa kesatuan gabungan Cuepacs di Pusat Konvensyen CIDB di sini hari ini. JPA mengeluarkan pekeliling pelaksanaan SBPA pada 7 Disember lalu bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Perhimpunan dan taklimat hari ini diadakan bagi menerangkan rasa tidak puas hati berkenaan kandungan SBPA. Cuepacs mahu JPA menangguhkan urusan opsyen SBPA selain membatalkan dasar pemisah, yang salah satu tujuannya ialah menghentikan kakitangan yang gagal memperlihatkan prestasi yang baik. Dasar pemisah juga akan digunakan untuk seseorang kakitangan awam berhenti kerja dan datang balik kemudian. Selain itu, badan induk kesatuan sekerja ini juga mahu kerajaan mengkaji semula komponen SBPA dengan mengadakan perundingan bersama pihaknya. Cuepacs juga mahu kerajaan menjelaskan pelaksanaan perubahan gaji antara tujuh dan 13 peratus ekoran pelaksanaan sistem gaji satu lapis berbanding gaji tiga lapis sekarang. Malah, ia juga mendakwa proses naik taraf gred-gred di bawah SBPA masih belum selesai. Cuepacs memutuskan bantahannya ke atas beberapa aspek SBPA ketika mengadakan mesyuarat majlis kongres di Kuala Perlis minggu lalu. Pada sidang media 7 Oktober lalu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata SBPA mewujudkan empat hierarki perkhidmatan awam iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Di bawah SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini, peruntukan gaji secara 'single point' tanpa kenaikan gaji tahunan diberikan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan kenaikan gaji tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi. SBPA juga menyediakan peruntukan jadual gaji sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana. Sekarang mereka berada dalam sistem gaji tiga baris atau tiga lapisan. Kesemua 1.4 juta kakitangan awam termasuk mereka yang masih di bawah Sistem Saraan Baru (SSB), yang diperkenalkan pada 1991 sebelum digantikan dengan SSM akan diberi opsyen sama ada mahu menerima SBPA ataupun sebaliknya. Jika mereka memlih untuk kekal dalam SSB dan SSM, mereka akan menikmati sistem saraan lama. -TMI |
Sumpah Laknat: Apabila Mahathir Menyamakan Tarafnya Dengan Saiful.. Posted: 18 Dec 2011 04:48 PM PST Tun Mahathir cuba alih isu KUALA LUMPUR : Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilihat berada dalam keadaan terdesak dan tertekan apabila tindakan beliau meminjam dari Bank Dunia sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya. Ketika dihubungi harakahdaily, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Mahathir sekarang terkedu dan terdesak dan sedang cuba mencari alasan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu beliau meminjam wang dari Bank Dunia pada tahun 1999. "Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman juga telah didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan krtika itu. "Kenapa beliau takut dan kalau betul baik mengaku sahaja jangan melepaskan apa yang beliau lakukan kepada orang lain," katanya. Tambahnya lagi pendedahan pinjaman itu menunjukkan ianya berlaku pada tahun 1999 iaitu selepas Anwar dipecat sebagai Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri. Laman web Bank Dunia mendedahkan bahawa Malaysia membuat pinjaman sebanyak tiga kali pada tahun 1999 dan sekali pada 1998 yang berjumlah AS$400 juta dan pinjamam itu dibuat setelah Anwar dipecat dari kabinet. Pinjaman Mac 1999 itu atas nama projek "Malaysia Education Sector Support Project", "Malaysia Social Sector Support Project" dan "Malaysia Year 2000 Technicial Assistance Project" manakala pada 18 Jun 1998 bagi projek "Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan". "Dulu beliau cuba tunjukkan dirinya sebagai 'hero' yang tidak akan tunduk kepada Bank Dunia yang bersikap 'kapitalis'. "Tetapi sekarang segalanya terbukti bahawa Mahathir diwaktu siang beliau bermusuh dengan Bank Dunia tetapi malam menjadi teman perbualan telefon. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, rakyat sendiri boleh melihat sikap berpura-puraan dan berbohong Mahathir hanya untuk kepentingan sendiri. Katanya, dalam isu itu Mahathir yang sepatutnya perlu bersumpah bukan Anwar, dan seluruh rakyat sedang menunggunya. "Beliau sepatutnya bersumpah yang beliau tidak pernah memohon bantuan dari Bank Dunia, dan jika laporan tersebut itu tidak benar maka beliau perlu mengambil tindakan undang-undang. "Tapi adakah beliau seberani itu untuk bertindak, yang saya pasti beliau akan terus menyerang Anwar kerana baginya isu Bank Dunia sewaktu Anwar berada dalam kabinet beliau," kata Mahfuz. KEADILAN dedah bukti Dr M buat 38 pinjaman Bank Dunia Dr M cabar Anwar tunjuk surat pinjaman Bank Dunia Bagi UMNO, sumpah dijadikan mainan bibir. Semata-mata untuk meyakinkan orang lain terhadap sesuatu perkara. Sumpah laknat sudah banyak kali diulas oleh ramai ulamak sebelum ini dan yang jelas: di dalam Islam, sumpah tidak boleh dipermain-mainkan. Apabila keadaan cukup terdesak, dengan tujuan untuk berlindung dari terbuka keaiban, kini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mendedahkan dirinya seorang yang setaraf Saiful yang pernah melafazkan sumpah laknat - yang mana di dalam kes Saiful, akhirnya laknat itu menimpa dirinya apabila pertunangannya terputus dan kes hubungan intimnya dengan peguam Pendakwa Raya Farah Azlina terbongkar. Kesan sumpah laknat Saiful BELUM BERAKHIR. Begitu juga sumpah laknat Datuk T. Kini Tun Mahathir pula mengekorinya. Berlagak semacam terlalu pandai agama, mencabar orang lain bersumpah laknat di Masjid dengan al-Quran, sedangkan ajaran Al-Quran sendiri ditinggalkan malah ditentang. Jangan lupa bahawa Mahathir telah banyak kali menghentam hukum dan undang-undang Islam, malah menghina sunnah Rasululah saw. Sebelum ini kita telah mendedahkan bahawa beliau terlupa dan buta bahawa anaknya yang bernama Mirzan adalah seorang ahli lembaga pengarah syarikat arak. Seorang bapa yang membenarkan anaknya bergelumang dengan puca rezeki yang haram di sisi agama. Orang sebegitu hendak dilayan bersumpah dengan Al-Quran? -GB |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan